• Tidak ada hasil yang ditemukan

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

34

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA PRAKTIKUM: ISU DAN CABARAN GURU PELATIH (IMPLEMENTATION OF ONLINE TEACHING AND LEARNING DURING

PRACTICUM: ISSUES AND CHALLENGES OF TRAINEE TEACHERS)

Fatimah Ibrahim, Ph.D1

1Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

1Corresponding author :[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian semasa guru pelatih menjalani praktikum sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif.

Empat orang guru pelatih yang menjalani praktikum Fasa I selama 12 minggu dipilih sebagai peserta kajian. Data dikumpul melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen semasa guru pelatih melaksanakan PdPR melalui pelantar Google Classroom.

Dapatan kajian menunjukkan isu utama yang dihadapi guru pelatih ialah talian internet kurang stabil, masalah teknikal, pengurusan masa, penyertaan murid kurang memuaskan serta penggunaan kaedah dan bahan bantu mengajar kurang sesuai. Cabaran utama guru pelatih adalah untuk memastikan semua murid dapat mengikuti sesi PdPR, peralatan yang sesuai serta kos data. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru pelatih lebih bersedia untuk menggunakan pelbagai jenis aplikasi bagi tujuan PdPR. Guru pelatih juga lebih kreatif dalam menyediakan bahan bantu belajar dan tugasan yang sesuai untuk murid.

Kata kunci: Pengajaran dan pembelajaran dalam talian, guru pelatih, praktikum, isu, cabaran.

(2)

35

ABSTRACT

This study aims to look at the implementations of online teaching and learning at home (PdPR) whilst trainee teachers were undergoing practicum during the period of Movement Control Order (MCO). This qualitative design study uses four trainee teachers who underwent phase I practicum for 12 weeks. They were selected as participants using a purposive sampling method. Data were collected through observation, interview methods, and document analysis while participants implemented online teaching and learning using the Google Classroom platform. The findings of the study showed that the main issues faced by the participants were the problem of unstable internet line, technical problems, time management, unsatisfactory student participation and the use of inappropriate teaching methods and aids. The main challenge of trainee teachers is to ensure that all students are able to attend PdPR sessions, appropriate equipment as well as data costs. The implications of this study indicate that trainee teachers are more willing to use various types of applications for PdPR purposes. Trainee teachers are also more creative in providing learning aids and appropriate assignments for students.

Keywords: Online learning and teaching, trainee teachers, practicum, issues, challenges.

PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Pengisyiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai 18 Mac 2020 telah menyebabkan berlakunya perubahan drastik dalam corak pendidikan di Malaysia.

Bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19 semua institusi pendidikan terpaksa ditutup sepanjang PKP. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara dalam talian bagi memastikan pembelajaran murid-murid tidak tergendala. Dalam hal ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan garis panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) semasa PKP pada 27 Mac 2020 (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 2020). Berdasarkan garis panduan tersebut, KPM menyarankan agar guru-guru memanfaatkan aplikasi teknologi seperti

(3)

36

Google Classroom, Microsoft Teams, Quizizz, Kahoot, EduwebTV dan CikgooTube bagi meneruskan PdPR. Trend pembelajaran secara maya mula berkembang dan guru-guru perlu mengadaptasikan kaedah PdPR yang bersesuaian dengan norma baharu.

Pernyataan Masalah

Dalam konteks PKP, pelaksanaan PdPR dalam talian bukannya sesuatu yang mudah kepada semua pihak yang terlibat dalam pendidikan. Menurut Norazilawati et al. (2014), pelaksanaan pembelajaran secara maya di Malaysia merupakan satu konsep pembelajaran yang baharu, tetapi sudah lama diamalkan di negara lain, seperti Ireland, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Singapura. Cavus (2011) menyatakan bahawa pembelajaran secara maya ini berkait dengan sistem pengurusan pembelajaran (LMS) yang berasaskan web.

LMS direka untuk menguruskan kandungan pembelajaran, alat penilaian, interaksi pelajar, maklum balas kemajuan pembelajaran dan semua aktiviti murid secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai sistem operasi, komputer dan peranti mudah alih (Nurul Nadhirah et al., 2016). Kini pembelajaran dalam talian menjadi begitu penting dan melibatkan pengenalan pembelajaran secara maya melalui pelbagai aplikasi.

Justeru, guru harus bersedia untuk melakukan transformasi dalam PdPR bagi memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka. Misalnya, bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, guru-guru terpaksa merancang aktiviti PdPR dalam talian yang bersesuaian dengan kemahiran bahasa yang hendak diajar. Keupayaan murid-murid untuk mengikuti pembelajaran dalam talian harus dikaji agar dapat memastikan kelancaran PdPR yang dilaksanakan.

Ekoran daripada itu, beberapa kajian tentang keupayaan guru terlatih melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian telah dijalankan dan menunjukkan hasil dapatan yang berbeza mengikut tempat. Hasil kajian Lau et al. (2021), Mohammad Ziaul Haq (2020) serta Irfan Fauzi dan Iman Hermawan Sastra Khusuma (2020) menunjukkan bahawa guru terlatih bersedia untuk melaksanakan pengajaran dan

(4)

37

pembelajaran secara dalam talian sewaktu pandemik COVID-19 tersebut berlaku.

Manakala dapatan kajian Azhar Md Sabil et al. (2020) pula menunjukkan keadaan yang sebaliknya dan menyokong hasil kajian lepas yang dijalankan sebelum penguatkuasaan PKP. Laporan daripada Ketua Audit Negara (2013) menunjukkan bahawa penggunaan TMK dalam kalangan guru dan murid di Malaysia berada pada tahap yang rendah berdasarkan penggunaan FROG VLE. Hal ini turut dibuktikan dalam kajian Nur Zaira Zolkefli dan Mohd Kasri (2016) yang menunjukkan bahawa antara faktor kurangnya keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian adalah disebabkan kelemahan tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru terlatih. Justeru, kejayaan kaedah PdPR dalam talian juga bergantung pada keupayaan guru untuk menggunakan TMK dengan berkesan.

Oleh yang demikan, wujudnya isu dan cabaran yang perlu dilihat secara menyeluruh bagi memastikan proses pendidikan di negara ini dapat dilaksanakan dengan berkesan walaupun medium penyampaiannya sudah berganjak dari takuk lama. Kajian yang dijalankan sebelum ini lebih tertumpu kepada keupayaan guru terlatih melaksanakan PdPR secara dalam talian. Bagaimanakah pula dengan keupayaan guru-guru pelatih yang menjalani praktikum dan terpaksa melaksanakan PdPR secara dalam talian? Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji serta merungkai isu dan cabaran yang dilalui oleh guru pelatih dalam mendepani pengajaran dan pembelajaran di rumah secara dalam talian semasa menjalani praktikum Fasa 1.

Objektif Kajian

I. Mengenal pasti isu yang dihadapi oleh guru pelatih untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa praktikum

ii. Mengenal pasti cabaran yang perlu ditangani oleh guru pelatih untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa praktikum

(5)

38

Soalan Kajian

i. Apakah isu yang dihadapi oleh guru pelatih untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa praktikum?

ii. Bagaimanakah guru pelatih menangani cabaran untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa praktikum?

Kepentingan Kajian

Kajian ini dapat membekalkan maklumat berkaitan kesiapsiagaan guru pelatih menjalani praktikum secara dalam talian. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan bagi mengambil kira keperluan meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi baharu yang diperlukan untuk melaksanakan transformasi terhadap sistem pendidikan terutamanya di Institut Pendidikan Guru.

Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada empat orang guru pelatih major Bahasa Melayu yang menjalani praktikum Fasa 1 selama 12 minggu secara dalam talian.

Kerangka Teori Komuniti Inkuiri

Teori Komuniti Inkuiri atau Community of Inquiry (CoI) adalah kerangka teori yang digunakan bagi menerangkan cara pembelajaran berlaku secara dalam talian bagi menyokong pemikiran kritis, penyelidikan kritis dan wacana dalam kalangan pelajar dan guru (Garrison et al., 1999). Pembelajaran pelajar berlaku melalui pengalaman pendidikan yang berlaku di tiga persimpangan iaitu; (i) kehadiran sosial, (ii) kehadiran kognitif dan (iii) kehadiran pengajaran serta bertujuan untuk mengembangkan persekitaran pembelajaran dalam talian yang produktif (Lindita, 2018). Semua pengalaman pendidikan ini merupakan ciri-ciri yang menyokong kepada Sistem

(6)

39

Pengurusan Pembelajaran (LMS). Google Classroom (GC) adalah pembelajaran digital percuma yang mengandungi ciri-ciri LMS dan membolehkan para pendidik berhubung dengan pelajar secara dalam talian (Siti Asmah Mohamed & Maisurah Shamsuddin, 2020). Guru boleh berkomunikasi secara maya melalui pelantar GC dengan menggunakan filtur yang tersedia. Kandungan pembelajaran juga dapat dikongsikan dan diuruskan dengan lebih tersusun mengikut kerangka kurikulum kerana adanya filtur folder di ruang tugasan. Murid dapat mengakses bahan pembelajaran pada bila-bila masa. Menurut Shaharanee et al. (2016), guru boleh membuat penilaian melalui tugasan di ruang classwork seperti kuiz, ujian atau apa-apa yang bersesuaian dengan kursus. Guru boleh menyemak dan memulangkan semula hasil kerja pelajar berserta markah yang diperoleh.

Pelajar dapat melihat markah mereka pada ruangan gred di dalam GC yang tersedia, iaitu fungsi forum, komen, pengumuman, notifikasi e-mel dan gabungan aplikasi sedia ada dari Google seperti Google Meet.

SOROTAN LITERATUR

Menurut Arifah Prima dan Iis Prasetyo (2020) serta Lapada et al. (2020), kesukaran untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara pelajar dengan guru telah menjadikan kaedah pembelajaran dalam talian ini sukar atau tidak dapat dilaksanakan. Masalah interaksi antara pelajar dengan guru, kesukaran mendapat kerjasama daripada ibu bapa juga menyebabkan para pelajar tidak dapat menghadirkan diri dalam sesi pembelajaran secara dalam talian (Ramakanta & Sonali, 2020). Keadaan ini menjadi kekangan kepada guru untuk berinteraksi dengan pelajar sekali gus menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai.

Namun, hasil kajian Mohammad Ziaul Hoq (2020) menunjukkan keadaan yang sebaliknya iaitu majoriti guru lelaki berpendapat bahawa pendekatan pembelajaran dalam talian menjadikan sesuatu tugas pengajaran lebih efektif, mudah untuk dikemas kini dan menjimatkan masa. Sebilangan besar guru lelaki mempunyai persepsi yang positif mengenai pembelajaran dalam talian semasa tempoh pandemik ini. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Irfan Fauzi dan Iman Hermawan Sastra Khusuma (2020) yang

(7)

40

dilaksanakan di Banten dan Jawa Barat, Indonesia. Guru berpendapat bahawa bahan pengajaran dari pelbagai sumber mudah untuk dikemas kini serta mudah untuk diberikan kepada pelajar apabila sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku secara dalam talian (Irfan Fauzi & Iman Hermawan Sastra Khusuma, 2020).

Manakala hasil kajian Siti Norbaizura Che Azizan dan Norfaradilla Mohamad Nasri (2020) pula menunjukkan bahawa guru-guru bersedia untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian semasa tempoh pandemik COVID-19 dengan menggunakan modul dan Youtube sebagai bahan bantu mengajar dan sistem pengurusan pembelajaran seperti Google Classroom, Zoom atau Meet sebagai pelantar untuk pembelajaran dalam talian. Guru menyatakan bahawa pembelajaran dalam talian merupakan pilihan yang terbaik semasa tempoh pandemik ini, namun begitu cara ini tidak sesuai dijadikan sebagai pengganti kepada pembelajaran konvensional (Irfan Fauzi & Iman Hermawan Sastra Khusuma 2020).

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes.

Instrumen kajian yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen. Pemerhatian dilakukan sebanyak dua kali ketika guru pelatih menjalankan PdPR secara dalam talian. Temu bual separa struktur berdasarkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih sewaktu mengendalikan PdPR secara dalam talian. Manakala analisis dokumen dilihat berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) serta latihan yang diberikan oleh guru pelatih serta semakan jawapan latihan murid.

Data dianalisis secara deskriptif.

(8)

41

Peserta Kajian

Kajian ini melibatkan empat orang guru pelatih pengkhususan Bahasa Melayu yang menjalani praktikum Fasa I selama 12 minggu sebagai peserta kajian. Pemilihan peserta kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Semua guru pelatih ini menjalani praktikum kali pertama secara dalam talian dan melaksanakan PdPR dengan bimbingan pensyarah penyelia dan guru pembimbing.

Instrumen Kajian

Soalan temu bual dibina berdasarkan teori dan konstruk-konstruk utama dalam kajian ini.

Menurut Noraini Idris (2013), temu bual sangat praktikal digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada populasi yang kecil. Data-data diperoleh dengan menggunakan alat pengumpulan data, iaitu senarai semak pemerhatian, soalan temu bual separa struktur serta analisis dokumen secara digital. Dalam kajian ini, pengkaji melaksanakan temu bual menggunakan aplikasi Google Meet ekoran daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Beryarat (PKPB) untuk mengetahui lebih lanjut isu dan cabaran guru pelatih sewaktu mengendalikan PdPR secara dalam talian.

Dalam kajian ini, data kualitatif dibanding dan disahkan melalui triangulasi kaedah.

Triangulasi kaedah bermaksud pengkaji menggunakan kaedah yang berlainan untuk mengumpul data daripada peserta kajian yang sama. Bagi triangulasi kaedah, pengkaji telah membandingkan data temu bual, data senarai semak pemerhatian dengan data analisis dokumen untuk menyemak kredibiliti data yang dikumpul untuk menjawab soalan kajian.

Analisis Data

Data-data berasaskan teks seperti senarai semak pemerhatian, transkrip temu bual dan hasil semakan dokumen diuruskan secara sistematik agar dapat dianalisis berdasarkan komponen tertentu. Komponen-komponen utama dalam kajian ini adalah komponen

(9)

42

pengumpulan, penguncupan, pengolahan dan kesimpulan seperti yang dicadangkan oleh Noraini Idris (2013). Kod dibina berasaskan teori, pengetahuan atau rumusan daripada teks serta merujuk PdPR secara dalam talian. Seterusnya penjanaan tema, pola dan perkaitannya bersifat interpretatif.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Isu-isu yang dihadapi oleh guru pelatih untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa praktikum

Pelaksanaan PdP secara dalam talian semasa PKP telah mengalami revolusi daripada kaedah penyampaian dalam bilik darjah atau dewan kuliah kepada pembelajaran dalam talian dari rumah. Berdasarkan senarai semak pemerhatian Jadual 1 dapat dilihat bahawa terdapat beberapa isu yang dihadapi oleh guru pelatih sewaktu menjalankan PdPR secara dalam talian.

Jadual 1

Isu Guru Pelatih Melaksanakan PdPR dalam Talian Bil. Isu Guru Pelatih Pemerhatian 1

(Guru Pelatih)

Pemerhatian 2 (Guru Pelatih) GP

1 GP

2 GP

3 GP

4 GP

1 GP

2

GP3 GP

4 1 Talian internet

kurang stabil

2 Pemilihan kaedah PdP kurang sesuai

3 Pemilihan BBM (digital) kurang sesuai

4 Pengurusan masa PdPR melebihi tempoh

5 Murid kurang aktif

6 Murid kurang bermotivasi

7 Masalah teknikal

8 Murid lambat masuk pelantar GC

(10)

43

Jadual 1 menunjukkan isu utama yang dihadapi oleh guru pelatih ialah memastikan kehadiran murid dalam sesi PdPR. Berdasarkan pemerharian, tiga orang guru pelatih menghadapi masalah kehadiran murid dalam sesi PdPR. Hal ini ada kaitannya dengan talian internet yang kurang stabil serta masalah teknikal. Pengurusan masa sewaktu melaksanakan PdPR juga kerap melebihi tempoh yang ditetapkan ekoran daripada masalah teknikal yang perlu diatasi oleh guru pelatih sewaktu PdPR berlangsung.

Penglibatan aktif murid juga banyak bergantung kepada pemilihan kaedah PdPR yang sesuai serta bahan bantu mengajar (BBM) interaktif yang digunakan oleh guru pelatih bagi meningkatkan penyertaan aktif murid sewaktu PdPR dalam talian. Hal ini diakui oleh guru pelatih yang menyebut bahawa,

“Pembelajaran secara dalam talian bukanlah mudah. Guru boleh pelbagaikan medium pembelajaran dan kaedah penilaian, tetapi penglibatan murid kadangkala

mengecewakan. ” (GP 1)

“Kadangkala kelas secara dalam talian terganggu disebabkan capaian internet yang kurang memuaskan sama ada di pihak guru atau murid, tambahan lagi ketika waktu puncak pembelajaran.” (GP 3)

“Pembelajaran yang dilakukan secara dalam talian menyebabkan murid kurang motivasi dan kurang disiplin diri, malah keterbatasan capaian internet, masalah teknikal dan murid bergilir-gilir menggunakan peranti juga adalah antara isu yang dihadapi guru pelatih semasa PdPR” (GP 4)

Berdasarkan pemerhatian dan temu bual menunjukkan bahawa penglibatan murid dalam perbincangan dan bimbingan rakan sebaya pula agak lemah semasa PdP dalam talian dijalankan. Fenomena ini menunjukkan bahawa motivasi murid untuk belajar lebih rendah tanpa dorongan daripada guru. Hal ini selaras dengan kajian Khadija et al. (2020) yang menyatakan bahawa sikap murid mempengaruhi keberkesanan PdP dalam talian.

Kesukaran murid untuk memainkan peranan aktif dalam perbincangan berpunca daripada faktor rakan yang tidak serius belajar dan kekurangan kemahiran untuk berkomunikasi dengan berkesan.

Pengkaji juga mendapati murid lebih berminat jika guru pelatih dapat menggunakan aplikasi digital yang sesuai bagi tujuan menguji kefahaman murid terhadap

(11)

44

tajuk yang dipelajari berbanding dengan penggunaan buku teks atau lembaran kerja yang disediakan oleh guru pelatih. Dalam hal ini, kesukaran guru pelatih untuk memastikan bahawa latihan atau lembaran kerja berkenaan diselesaikan oleh murid juga merupakan cabaran yang besar kepada mereka. Hasil semakan latihan atau lembaran kerja yang dimuat naik oleh murid juga menunjukkan bahawa kebanyakan mereka lambat menghantar latihan atau tidak melengkapkan latihan yang diberikan sepenuhnya oleh guru pelatih. Tambahan pula, aplikasi dalam talian tidak dapat digunakan oleh murid jika mereka mempunyai masalah peranti dan capaian internet yang lemah (Lau et al., 2021).

Hal ini jelas berbeza jika guru pelatih memberikan latihan dalam bentuk aplikasi digital seperti Quizizz, Blooket, Quizlet dan lain-lain yang dapat menarik minat murid untuk menyelesaikan latihan berkenaan. Semakan pada leaderboard menunjukkan murid dapat menyiapkan kuiz yang diberikan oleh guru.

Menangani cabaran untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa praktikum

Tidak dapat dinafikan pelbagai cabaran timbul dalam menjayakan usaha mewujudkan pembelajaran secara berterusan pada masa kini akibat daripada penularan wabak COVID- 19 di seluruh dunia. Berdasarkan pemerhatian dan temu bual dengan guru pelatih, terdapat beberapa cabaran utama yang mereka hadapi sewaktu melaksanakan PdPR secara dalam talian. Guru pelatih mengakui bahawa kos data dan penyediaan peralatan yang sesuai bagi melaksanakan PdPR adalah antara cabaran yang perlu ditangani, di samping komitmen murid untuk menghadiri kelas dalam talian tepat pada waktunya.

“Dulu saya gunakan wifi yang disediakan pihak IPG jadi tidak ada masalah dari segi capaian internet. Tapi di rumah, saya terpaksa menanggung kos tambahan untuk capaian internet yang dahulunya wang tersebut saya gunakan untuk pembelian makan, jadi kena banyak berjimat” (GP 3)

“Saya perlu memperuntukkan wang untuk pembelian peralatan PdPR seperti green screen dan peningkatan kos data internet. Banyak masa yang digunakan untuk menyediakan bahan PdP yang sesuai” (GP2)

(12)

45

Dapatan kajian ini selari dengan hasil kajian Mahatdir Yahaya dan Wardatul Hayat Adnan (2021) yang mendapati cabaran yang dihadapi oleh pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam menggunakan pembelajaran dalam talian adalah capaian internet, kos internet, suasana pembelajaran yang tidak kondusif dan keberkesanan belajar secara maya. Selain itu, kesukaran guru mewujudkan komunikasi dua hala dengan murid, kurangnya sokongan pembelajaran daripada ibu bapa dan penjaga, kurang pengetahuan serta kemahiran guru untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian turut memberi impak kepada keberkesanan PdP (Siti Norbaizura Che Azizan & Norfaradilla Mohamad Nasri, 2020).

Walaupun peratusan murid yang mempunyai komputer untuk mengakses internet agak rendah, namun hal ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ketiadaan komputer sebenarnya menyebabkan murid hanya bergantung kepada telefon bimbit untuk mengikuti pembelajaran. Penggunaan telefon bimbit sebenarnya kurang sesuai untuk pembelajaran. Selain itu, ada sesetengah murid yang terhad akses bagi menggunakan kemudahan komputer atau telefon bimbit. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka terpaksa berkongsi kemudahan tersebut dengan adik- beradik mereka kerana ibu bapa tidak mampu membeli kemudahan tersebut untuk semua anak mereka. Justeru, murid sering menjadikan hal ini sebagai alasan kepada guru pelatih jika mereka lambat masuk atau tidak hadir kelas secara dalam talian. Hal ini dikongsikan oleh guru pelatih sewaktu ditemu bual.

“Masalah yang sering timbul adalah pelajar tidak hadir atau mengikuti PdPR selalunya disebabkan berkongsi peranti dengan adik-beradik, ibu bapa atau kekangan ibu bapa yang bekerja. Jadi tugasan lambat dihantar.Murid juga kurang interkasi dengan guru.” (GP3) Keadaan tersebut akan mengganggu murid untuk menyiapkan tugasan yang diberi ataupun menghadiri kelas secara dalam talian. Pembelajaran dalam talian kelihatan seperti mudah untuk dilaksanakan, namun pelaksanaannya adalah satu cabaran yang besar kepada sesetengah murid yang hidup dalam keluarga yang sederhana dan mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai serta kepada guru pelatih yang pertama kali menjalani praktikum secara dalam talian. Di samping itu, terdapat juga murid dan ibu bapa yang kurang cakna akan pdPR yang dibuat oleh guru. Hal ini dibuktikan melalui hasil kajian

(13)

46

para pengkaji yang menyokong serta membuktikan kurangnya komitmen ibu bapa dan isu kos penggunaan data internet dalam kalangan pelajar (Adnan & Anwar, 2020).

Dalam hal ini, guru perlulah sentiasa bersikap tenang dan mempunyai iltizam untuk meningkatkan kemahiran kendiri dalam konteks penggunaan pelbagai platform pembelajaran serta penggunaan aplikasi digital yang bersesuaian seperti yang dikongsikan oleh guru pelatih ke- 4.

“Jika dahulu rekod dan edit video hanya untuk mereka yang mahir, tetapi kini guru pelatih juga perlu menghasilkan video pengajaran yang menarik. Memang banyak masa dan peralatan yang canggih diperlukan untuk dapatkan hasil yang baik. Tapi dengan adanya perkongsian bahan bantu mengajar sesama guru pelatih, hal ini dapat diatasi.” (GP4)

Pendapat guru pelatih ini selaras dengan kajian Idawati Suliman (2019), Kamlin dan Keong (2020) yang mencadangkan agar penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar secara dalam talian. Oleh yang demikian, sebagai warga pendidik, mereka perlu bersifat kreatif dan bersedia mempelajari ilmu baharu bagi mendepani cabaran masa kini dengan mempelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian seperti menggunakan platform aplikasi media sosial dan telesidang iaitu aplikasi Zoom, Youtube, Google Classroom, Kahoot dan Quiziz . Sementara itu, temu bual dengan guru pelatih juga menunjukkan bahawa kebanyakan murid tidak lagi canggung dengan corak pembelajaran normal baharu ini apabila masuk minggu yang ketiga dan seterusnya bagi memastikan kelangsungan mereka untuk menuntut ilmu walaupun pelbagai cabaran dihadapi. Hal ini diungkapkan oleh guru pelatih kedua-2 yang menyebut bahawa ‘sebagai seorang pendidik, walau apa jua cabaran kita seharusnya tukarkan cabaran menjadi satu peluang, semuanya tentang cara kita memilih pendekatan serta metadologi yang sesuai dan yang lebih penting adalah yakin dengan apa yang kita lakukan.

Oleh itu, dalam keadaan capaian internet yang masih belum stabil bagi semua murid, pembelajaran dalam talian secara tidak segerak perlu dimanfaatkan sepenuhnya di samping pembelajaran dalam talian segerak. Berdasarkan dapatan kajian ini, guru pelatih berusaha untuk menangani masalah murid yang tidak dapat hadir kelas secara segerak

(14)

47

dengan pelbagai cara dengan bimbingan guru pembimbing dan pensyarah penyelia. Guru pelatih membuat rakaman video pembelajaran dalam talian segerak dan kemudiannya dimuat naik ke pelantar pembelajaran dalam talian tidak segerak. Hal ini membolehkan murid yang mengalami masalah semasa pembelajaran dalam talian segerak boleh mengakses kembali bahan tersebut di pelantar pembelajaran dalam talian di kemudian hari. Guru pelatih juga membuat perkongsian pintar dengan rakan guru pelatih lain bagi mewujudkan ‘bank bahan bantu mengajar’ dalam bentuk digital yang boleh dikongsi bersama-sama. Dengan cara ini masa yang diperuntukkan bagi penyediaan bahan bantu mengajar dapat dijimatkan. Selain itu, guru pelatih juga memanfaatkan kemudahan wifi dan peralatan sedia ada di sekolah bagi memastikan pelaksanaan PdPR berjalan lancar dan pada masa yang sama kos data dapat dijimatkan.

Terdapat juga usaha guru pelatih untuk memberi peringatan mesra kepada ibu bapa agar memastikan anak mereka menyelesaikan tugasan yang diberi secara dalam talian serta mengikuti PdPR tepat pada waktunya. Penggunaan aplikasi WhatsApp dan Telegram yang diwujudkan oleh pihak sekolah dapat membantu guru pelatih mengesan masalah murid yang ketinggalan dalam topik yang diajar. Penggunaan kaedah perbincangan melalui aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram adalah selaras dengan pendapat Jenri et al. (2020) dan Mohamad Ziaul Hoq (2020) yang menyatakan bahawa guru-guru dapat menerima perubahan norma baharu dan menjadi lebih kreatif dalam mengendalikan PdP secara berkesan dalam talian. Oleh yang demikian, guru dapat merancang perbincangan secara maya dengan baik, berfokus dan berpandu sepanjang proses pembelajaran agar wujud pengalaman pembelajaran yang berkesan.

Implikasi Kajian

Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru pelatih lebih bersedia untuk menggunakan pelbagai jenis aplikasi bagi tujuan PdPR. Guru pelatih juga lebih kreatif dalam menyediakan bahan bantu belajar dan tugasan yang sesuai untuk murid. Selain itu, dapatan daripada kajian ini dapat dijadikan rujukan atau sumber maklumat kepada guru-guru untuk melaksanakan PdP dalam talian secara berkesan. Dengan perubahan norma PdP

(15)

48

yang berlaku, sudah pasti lebih banyak latihan dan bimbingan diperlukan oleh guru untuk menjalankan PdP dalam talian. Oleh yang demikian, pelbagai jenis kursus dan latihan dalam talian boleh dianjurkan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan menjemput pakar-pakar bidang bagi membimbing lebih ramai guru untuk mendalami kaedah pelaksanaan PdP dalam talian yang berkesan.

Penutup

Pengajaran dan pembelajaran dalam talian merupakan satu alternatif yang dapat membantu para pendidik untuk melaksanakan proses PdPR semasa pandemik COVID- 19. Oleh yang demikian, kajian menyeluruh setiap aspek tentang pengajaran dan pembelajaran dalam talian perlu diteruskan memandangkan pelaksanaan PdP dalam talian masih di peringkat awal, terutamanya yang melibatkan pentaksiran alternatif secara holistik. Dengan menggunakan pelbagai kaedah serta skop penyelidikan, pengkaji dapat mengetahui keberkesanan, kebolehlaksanaan, keperluan, halangan dan masalah yang dihadapi bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Oleh itu, kajian selanjutnya harus difokuskan dari sudut reka bentuk atau pedagogi pembelajaran, kaedah belajar seseorang individu, motivasi murid, potensi teknologi dan media yang selaras dengan Dasar Pendidikan Digital. Kesimpulannya, semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan harus cakna dan mengembleng tenaga serta memastikan kesiapsiagaan untuk pelaksanaan PdP secara dalam talian yang mantap.

RUJUKAN

Abdul Shukor Abdullah (2004). Kepimpinan unggul tonggak pengurusan pendidikan cemerlang. Jurnal IAB, 14(1), 18-33.

Adnan, M., & Anwar, K. (2020). Online learning amid the COVID-19 pandemic:

Students' perspectives. Online Submission, 2(1), 45-51.

Arifah Prima & Iis Prasetyo. (2020). Persepsi guru dampak pandemik COVID-19 terhadap pelaksanaan pembelajaran daring di PAUD. Jurnal Obsesi: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 5 (1), 633-640.

(16)

49

Azhar Md Sabil, Shamsudin Othman, Abdul Rasid Jamian & Rozita Radiah Said. (2020).

Keberkesanan penggunaan Frog VLE terhadap pengajaran dan pembelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu murid sekolah menengah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 8 (4), 50-55.

Cavus, N. (2011). Selecting a learning management system (LMS) in developing countries:Instructors’ evaluation. Interactive Learning Environments, 21(5), 419- 437.

Ehwan,N.C.(2020). Implikasi pengajaran dan pembelajaran atas talian.https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-mplikasi-

pengajaran-dan- pembelajaran-at as-talian/

Garrison, D. R., Anderson, T., & Archer, W. (2000). Critical inquiry in a text-based environment: Computer conferencing in higher education model. The Internet and Higher Education, 2(2-3), 87-105.

Idawati Suliman. (2019). Penggunaan Frog-VLE dalam pembelajaran dan pemudahcaraan di sekolah:Perbandingan antara sekolah rendah bandar dan luar bandar daerah Kluang. Batu Pahat. [Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan], Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Irfan Fauzi & Iman Hermawan Sastra Khusuma. (2020). Teachers’ elementary school in online learning of COVID-19 pandemic conditions. Jurnal Iqra': Kajian Ilmu Pendidikan, 5(1), 58-70.

Jenri Ambarita, Ester Yuniati & Nurmiani Sinaga. (2020). Persepsi guru pendidikan agama Kristen Indonesia terhadap pembelajaran online di tengah COVID-19 dan era industri 4.0. Jurnal Shanan, 4 (2), 174-193.

Kamlin, M., & Keong, T. (2020). Adaptasi video dalam pengajaran dan pembelajaran.

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 10 (1), 105-112.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Surat siaran KPM Bil. 3 2020: Garis panduan pelaksanaan PDP semasa perintah kawalan pergerakan disebabkan penularan jangkitan COVID-19. https://www.moe.gov.my/pekeliling/3361- surat-siaran- kpm-bilangan-3-tahun- 2020-garis-panduan-pelaksanaan-pengajaran-

danpembelajaran-pdp-semasa-pkp-disebabkanpenularan-jangkitan-covid-19/file Ketua Audit Negara. (2013). Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen

berhubung projek perkhidmatan 1BestariNet oleh Kementerian Pendidikan.

https://www.parlimen.gov.my/pac/review/do cs-123-147.pdf

Khadija Alhumaid, Sana Ali, Anbreen Waheed, Erum Zahid & Mohammed Habes.

(2020). COVID-19 and e-learning: Perceptions and attitudes of teachers towards

(17)

50

e-learning acceptancein the developing countries. Multicultural Education, 6 (2), 100-107.

Lapada A.A., Miguel, F.F., Robledo, D., Arthur, R..& Alam, Z. F.(2020). Teachers’

Covid-19 awareness, distance learning education experiences and perceptions towards institutional readiness and challenges. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 19(6), 127-144.

Lau, F.Y.F., Kee, G. F., Khoo, P. L., & Lee H. S. (2020). Kaedah pengajaran dalam talian guru bahasa Melayu dan motivasi murid sekolah jenis kebangsaan Cina sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan . Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1), 57-74.

Lindita Bektashi. (2018). Community of inquiry framework in online learning: Use of technology.https://techandcurriculum.pressbooks.com /chapter/coi-and-online- learning/

Mahatdir Yahaya & Wardatul Hayat Adnan. (2021). Cabaran pelajar melalui kaedah pembelajaran atas talian: Kajian Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia.

Journal of Media and Information Warfare,14(1), 11-20.

Mohammad Ziaul Hoq. (2020). E-learning during the period of pandemic COVID-19 in the Kingdom of Saudi Arabia: An empirical study. American Journal of Educational Research, 8 (7), 457-464.

Norazilawati Abdullah, Noraini Mohamed Noh & Nik Azmah Nik Yusuff. (2014).

Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru Sains.

https://fkip.unri.ac.id/wpcontent/uploads/2017/08/2014-3- Norazilawati-ms-44- 54-1.pdf

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan (Edisi ke-2).Mc Graw Hill Education.

Nur Zaira, Zolkefli & Mohd Kasri. (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Frog VLE dalam kalangan guru di sekolah menengah. Proceeding of ICECRS, 1, 1023-1032.

Nurul Nadirah Mohd Kasim & Fariza Khalid. (2016). Sistem pengurusan pembelajaran dan sistem pengurusan kandungan: Satu analisis perbandingan. Dlm Nabilah Othman, Chiang Wei Luan & Nurul Syaida Md Zuki. (Eds.), Pendidikan abad ke-21: Peranan teknologi maklumat dan komunikasi serta cabarannya.

Ramakanta Mohalik & Sonali Suparna Sahoo, (2020). E-readiness and perception of student teachers’ towards online learning in the midst of COVID-19 pandemic.

Available at SSRN 3666914.8

(18)

51

Shaharanee, I. N. M., Jamil, J. M. & Rodzi, S. S. M. (2016). Google classroom As a tool for active learning. AIP Conference Proceedings, 1761(1).

https://doi.org/10.1063/1.4960909

Siti Asmah Mohamed & Maisurah Shamsuddin. (2020). Google classroom sebagai sistem pengurusan pembelajaran (LMS) mod atas talian untuk pengajaran dan pembelajaran Matematik sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Creative and Innovative Teaching Practices during COVID-19 Movement Control Order (MCO), 1, 66-75.

Siti Norbaizura Che Azizan & Norfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan home based learning semasa tempoh pandemik COVID-19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 46-57.

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini dijalankan untuk meninjau masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah..

4.1 Garis panduan ini merangkumi tatacara pelaksanaan kursus pendek dalam talian (KPDT) serta kadar agihan bayaran yang ditetapkan dari semasa ke semasa bagi

Perkembangan perniagaan secara dalam talian menggunakan aplikasi media sosial menjadi titik awal untuk kajian ini memahami isu-isu penting seperti privasi dan keselamatan maklumat

Hal ini disebabkan oleh bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas menyebabkan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar seperti kaedah perbincangan, penyelesaian

Dalam kajian yang dijalankan oleh Jones (2004) mendapati bahawa tujuh halangan yang wujud semasa pengintegrasian ICT dalam pengajaran ialah guru kurang berkeyakinan semasa

Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan kemudahan peralatan pembelajaran dan persepsi pelajar mengenai pembelajaran dalam talian berada pada tahap sederhana dengan

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesediaan pelajar terhadap pentaksiran Matematik dalam talian antara lelaki dan perempuan.. Dapatan

Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Atas Talian Dalam Kalangan Guru Matematik Pada masa kini, Byun Sooyeon dan Slavin 2020 menyatakan bahawa cabaran untuk mengakses pembelajaran dalam