• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA TEMPOH PKP, PKPB DAN PKPP DENGAN KESIHATAN FIZIKAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KESAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA TEMPOH PKP, PKPB DAN PKPP DENGAN KESIHATAN FIZIKAL"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

451 KESAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

SEMASA TEMPOH PKP, PKPB DAN PKPP DENGAN KESIHATAN FIZIKAL

Sirajudin bin Sapuan, Ph.D 1

1Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru, Johor, Malaysia.

(E-mail: sirajudin8277@ gmail.com)

__________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian semasa tempoh PKP, PKPB dan PKPP dengan kesihatan fizikal kepada pelajar, guru serta pensyarah yang terlibat secara langsung dalam proses PdPR sepanjang tempoh Pandemik Covid-19. Sampel kajian seramai 160 orang terdiri daripada pelajar, guru serta pensyarah dari seluruh negeri Johor. Kajian ini dijalankan secara kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik skala likert 5 mata. Prosedur analisis data melibatkan statistik deskriptif serta statistik inferensi. Pengumpulan data melalui kaedah kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package For Social Science’ (SPSS) versi 22 bagi memperolehi jumlah kekerapan, min, sisihan piawaian, Pekali Korelasi Pearson, ANOVA dan Regrasi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesihatan fizikal merentas PdPR semasa PKP, PKPB dan PKPP melibatkan pelajar, guru serta pensyarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Ini menunjukkan PdPR sewaktu PKP, PKPB dan PKPP telah memberi kesan kepada kesihatan fizikal.

Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, Dalam Talian, Kesihatan Fizikal

Abstract: This study aims to determine the effect of online teaching and learning during the MCO, CMCO and RMCO periods, on physical health among students, teachers and lecturers who are directly involved in the PdPR process during the Covid-19. The sample consisted of 160 students, teachers and lecturers from Johore. This study was conducted quantitatively by using 5-point likert scale questionnaire. The data analysis procedures involved descriptive statistics as well as inference statistics. Data collection by quantitative method is analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22 to obtain the total frequency, mean, standard deviation, Pearson Correlation Coefficient, ANOVA and Regression. The findings showed that there is no significant difference between physical health across the PdPR during MCO, EMCO and EMCOO among the students, teachers and lecturers of IPG Temenggong Ibrahim Campus during the implementation of PdPR throughout the MCO, CMCO and RMCO period. This shows that the PdPR during that time does affect their physical health.

Keywords: Teaching and Learning, Online, Physical Health

__________________________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pandemik Covid-19 telah merubah kehidupan biasa masyarakat dunia. Kerajaan Malaysia mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020.

Bagi kumpulan pendidik dan pelajar, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tetap dilaksanakan meskipun negara dilanda pandemik Covid-19. Tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan walau dengan pelbagai cara dan kaedah. PdPR secara dalam talian atau maya merupakan langkah dalam mendepani cabaran norma baharu di era pandemik

(2)

452 Covid-19 walaupun ia bukan suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan (Mohan, 2020).

Pelaksanaan PdPR secara dalam talian telah mewujudkan pelbagai persepsi dalam kalangan pendidik (pensyarah dan guru), pelajar dan ibu bapa. Namun, PdPR dapat dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai medium seperti Google Classroom, Google Meet, Google Teams, Zoom disamping kaedah tambahan seperti menggunakan aplikasi WhatsApp, Telegram dan sebagainya (Khairul Asyraf, 2020).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (2020) menyatakan kesihatan merujuk kepada suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan diri. Kesihatan dalam aspek fizikal membawa kepentingan yang besar terhadap diri seseorang individu, masyarakat dan negara (Zainudin, 2014). Dalam pelaksanaan PdPR secara dalam talian ini, para pendidik dan pelajar tidak terkecuali daripada mengalami kesihatan fizikal. Cabaran yang dihadapi oleh pendidik dan pelajar ialah perlu duduk melebihi dua jam pada satu-satu masa dan masalah penglihatan disebabkan terlalu lama menggunakan komputer, laptop atau telefon tangan. Situasi ini menyebabkan pendidik dan pelajar yang duduk terlalu lama atau sendentary position boleh mengakibatkan pelbagai kesan seperti kedudukan postur badan, ketegangan otot, meningkatkan risiko obesiti, kurangnya pergerakan dan menjejaskan sistem penghadaman.

Pernyataan Masalah

Pandemik Covid-19 telah mencetuskan perubahan dalam norma baharu PdP di seluruh dunia.

Malaysia tidak terkecuali untuk turut sama melaksanakan PdPR secara dalam talian berikutan wabak Covid-19. Perubahan kepada suatu norma baharu ini telah mencetuskan perubahan hampir 100 peratus kehidupan bagi kumpulan pendidik dan pelajar. Tindakan memperkenalkan beberapa kaedah dalam pelaksanaan PdPR secara dalam talian dilihat mampu menyumbang kepada penyampaian ilmu dari pendidik kepada pelajar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan yang berlaku kepada diri pendidik dan pelajar semasa tempoh PdPR secara dalam talian sepanjang PKP, PKPB dan PKPP dengan masalah kesihatan fizikal yang dihadapi. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada berlaku masalah kesihatan dari aspek fizikal kesan daripada PdPR secara dalam talian dalam kalangan pendidik dan pelajar. Akhirnya, kajian ini bertujuan untuk membentuk satu model peramal PdPR secara dalam talian dengan kesihatan fizikal.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Meninjau sejauh mana persediaan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dalam kalangan pendidik dan pelajar

2. Menentukan kesan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian semasa tempoh PKP, PKPB dan PKPP dengan kesihatan fizikal dalam kalangan pendidik dan pelajar

Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan agar dapat menjawab beberapa persoalan. Diantaranya ialah:

1. Apakah persediaan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dalam kalangan pendidik dan pelajar

2. Apakah kesan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian semasa tempoh PKP, PKPB dan PKPP dengan kesihatan fizikal dalam kalangan pendidik dan pelajar

(3)

453 2. Metodologi Kajian

Secara umumnya kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Reka bentuk kajian ini adalah bersifat deskriptif. Menurut Ghazali dan Sufean (2016), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.

Jenis penyelidikan ini adalah berbentuk kajian lapangan. Di dalam kajian lapangan, penyelidikan dilakukan dalam persekitaran semulajadi dan situasi yang realistik.

Pembolehubah bebas dimanipulasikan oleh penyelidik dalam keadaan yang terkawal bertujuan untuk melihat pengaruhnya kepada pembolehubah bersandar.

Data-data yang dipungut adalah melalui soal selidik dan akan dianalisis melalui kaedah kuantitatif. Data kuantitatif berbentuk soal selidik diberikan kepada kumpulan pendidik terdiri daripada pensyarah dan guru serta pelajar di negeri Johor. Di dalam kajian ini, soal selidik merupakan instrumen utama kajian bagi membolehkan responden yang terdiri daripada pendidik dan pelajar yang melalui PdPR secara dalam talian memberikan pandangan berkenaan diri dan pengalaman mereka setelah melalui PdPR secara dalam talian. Kaedah ini dipilih oleh pengkaji kerana ia dapat mengumpul data pada satu-satu masa dengan hasrat menerangkan sifat keadaan semasa atau mengenal pasti ’standard’ di mana keadaan semasa boleh dibandingkan atau menentukan hubungan yang wujud antara kejadian. Kaedah ini juga berfokus ke atas manusia, fakta penting tentang manusia, kepercayaan, pendapat, sikap, motivasi, tingkah laku dan kesihatan mereka. Kaedah ini turut membenarkan pengkaji untuk membuat rumusan ciri kumpulan berlainan atau mengukur sikap dan pendapat mereka terhadap sesuatu isu.

3. Dapatan Kajian

Pengkaji telah mengedarkan sebanyak 160 set soal selidik kepada kumpulan pendidik dan pelajar yang telah dikenal pasti melaksanakan pengalaman PdPR secara dalam talian di seluruh negeri Johor. Semua soal selidik ini telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 22. Berikut merupakan hasil dapatan yang diperoleh mengikut aspek yang dikaji oleh pengkaji.

Persoalan Kajian 1:

Apakah persediaan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dalam kalangan pendidik dan pelajar

Bagi melihat persediaan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.

Jadual 1 menunjukkan hasil dapatan.

Jadual 1: PdPR Secara Dalam Talian

PdPR Secara Dalam Talian Kekerapan Peratus

Bersedia 65 40.6

Tidak Bersedia 95 59.4

Jumlah 160 100

Dalam mengenalpasti kesediaan kumpulan pendidik dan pelajar untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Hasil dapatan sebagaimana dalam Jadual 1 menunjukkan bahawa sebanyak 40.6 peratus pendidik dan pelajar menyatakan bersedia

(4)

454 manakala 59.4 peratus menyatakan tidak bersedia. Dapatan ini bersesuaian dengan Jadual 2 iaitu berkenaan masalah PdP secara dalam talian menunjukkan punca ramai tidak bersedia disebabkan akses internet terhad (64.4 peratus, sumber rujukan terhad (32.5 peratus), ketidak mempuan untuk membeli data internet (2.5 peratus) dan ketiadaan komputer riba (0.6 peratus).

Jadual 2: Masalah PdPR Secara Dalam Talian

Masalah PdPR Secara Dalam Talian Kekerapan Peratus

Akses Internet Terhad 103 64.4

Ketiadaan Komputer Riba 1 0.6

Sumber Rujukan Terhad 52 32.5

Ketidakmampuan Untuk Membeli Data Internet 4 2.5

Jumlah 160 100

Bilangan jam kelas dalam seminggu yang dilalui oleh pendidik dan pelajar sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Bilangan Jam Kelas Dalam Seminggu

Bilangan Jam Kelas Dalam Seminggu Kekerapan Peratus

Bawah 4 jam 10 6.3

5 - 8 jam 42 26.3

9 - 12 jam 41 25.6

13 - 16 jam 19 11.9

17 - 20 jam 13 8.1

21 jam ke atas 35 21.9

Jumlah 160 100

Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan jam kelas dalam seminggu bagi pendidik dan pelajar melaksanakan PdPR dalam waktu PKP, PKPB dan PKPP.

Dapatan menunjukkan 5 hingga 8 jam (42 orang = 26.3 peratus), 9 hingga 12 jam (41 orang = 25.6 peratus), 21 jam ke atas (35 orang = 21.9 peratus), 13 hingga 16 jam (19 orang = 11.9 peratus), 17 hingga 20 jam (35 orang = 21.9 peratus) dan bawah 4 jam (10 orang = 6.3 peratus).

Bagi melihat apakah jenis talian E-Learning utama yang digunakan semasa PdP.

Dapatan kajian ditunjukkan sebagaimana Jadual 4.

Jadual 4: E-Learning Utama Digunakan Semasa PdPR

E-Learning Utama Digunakan Semasa PdPR Kekerapan Peratus

Google Classroom 59 36.9

Google Meet 60 37.5

Google Teams 1 0.6

Zoom 3 1.9

WhatsApp 23 14.4

Telegram 10 6.3

Lain-lain 4 2.5

Jumlah 160 100

Dengan merujuk kepada Jadual 4, dapatan kajian menunjukkan bahawa E-Learning utama yang digunakan semasa PdPR adalah aplikasi Google Meet sebanyak 60 orang (37.5 peratus). Penggunaan aplikasi Google Classroom sebanyak 59 orang (36.9 peratus) dan

(5)

455 WhatsApp pula mencatatkan 23 orang (14.4 peratus). Dapatan kajian juga menunjukkan wujud pelbagai aplikasi lain yang digunakan seperti Google Teams, Zoom, Telegram dan lain-lain digunakan seramai 18 orang (11.3 peratus).

Persoalan Kajian 2:

Apakah kesan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian semasa tempoh PKP, PKPB dan PKPP dengan kesihatan fizikal dalam kalangan pendidik dan pelajar

Jadual 5: Sakit Pada Bahagian Leher dan Kepala

Sakit Bahagian Leher dan Kepala Kekerapan Peratus

Tidak Pernah 10 6.3

Jarang 17 10.6

Kadang-kadang 13 13.7

Kerapkali 34 21.3

Selalu 77 48.1

Jumlah 160 100

Jadual 5 menunjukkan sakit pada bahagian belakang leher dan kepala dalam kalangan responden. Daripada pecahan tersebut didapati bahawa responden dalam kategori selalu seramai (77 orang = 48.1 peratus), kerapkali (34 orang = 21.3 peratus), jarang (17 orang = 10.6 peratus), kadang-kadang (13 orang = 13.7 peratus) dan tidak pernah (10 orang = 6.3 peratus).

Jadual 6: Sakit Pada Bahagian Tulang Belakang dan Pinggang

Sakit Bahagian Tulang Belakang dan Pinggang Kekerapan Peratus

Tidak Pernah 16 10

Jarang 16 10

Kadang-kadang 18 11.3

Kerapkali 36 22.5

Selalu 74 46.3

Jumlah 160 100

Jadual 6 menunjukkan sakit pada bahagian tulang belakang dan pinggang dalam kalangan responden. Seramai 74 orang (46.3 peratus) menyatakan selalu, 36 orang (22.5 peratus) menyatakan kerapkali, 18 orang (11.3 peratus) menyatakan kadang-kadang, 16 orang (10 peratus) pula menyatakan jarang dan tidak pernah.

Jadual 7: Kedudukan Semasa Pelaksanaan PdPR

Kedudukan Semasa Pelaksanaan PdPR Kekerapan Peratus Duduk di kerusi dan meja yang lengkap (bilik

belajar)

62 38.8

Duduk di lantai, kaki bersila dan kadang kala melunjur (di ruang tamu)

42 26.3

Duduk di kerusi dan meja (ruang makan)

26 16.2

Duduk di atas katil (bilik tidur) 16 10

Lain-lain 14 8.8

Jumlah 160 100

(6)

456 Jadual 7 pula melihat bagaimana kedudukan semasa pelaksanaan PdPR oleh responden.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa 62 orang (38.8 peratus) duduk di kerusi dan meja yang lengkap (bilik belajar), 42 orang (26.3 peratus) duduk di lantai, kaki bersila dan kadang kala melunjur (di ruang tamu), 26 orang (16.2 peratus) duduk di kerusi dan meja (ruang makan), 16 orang (10 peratus) duduk di atas katil (bilik tidur) dan 14 orang (8.8 peratus) lain-lain.

Jadual 8: Kaedah Penyediaan BBM Semasa PdPR

Kaedah Penyediaan BBM Semasa PdPR Kekerapan Peratus

Pada waktu senggang (masa terluang) 30 27.0

Pada waktu malam (selepas jam 9.00 malam)

43 38.7

Pada lewat malam (selepas jam 12.00 malam)

21 18.9

Pada awal pagi (selepas jam 01.00 pagi) 13 11.7

Diserahkan kepada pelajar (dibahagikan mengikut kumpulan)

4 3.6

Jumlah 111 100

Jadual 8 menunjukkan kaedah penyediaan BBM semasa PdPR oleh pendidik. Seramai 111 orang pendidik terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 43 orang (38.7 peratus) menyediakan BBM pada waktu malam (selepas jam 9.00 malam), 30 orang (27.0 peratus) pada waktu senggang (masa terluang), 21 orang (18.9 peratus) pada lewat malam (selepas jam 12.00 malam), 13 orang (11.7 peratus) pada awal pagi (selepas jam 1.00 pagi) dan 4 orang (3.6 peratus) diserahkan kepada pelajar (dibahagikan mengikut kumpulan).

Jadual 9: Penggunaan Cermin Mata Sebelum PdPR Diperkenalkan

Penggunaan Cermin Mata Sebelum PdPR Diperkenalkan

Kekerapan Peratus

Ya 79 49.4

Tidak 81 50.6

Jumlah 160 100

Merujuk kepada Jadual 9, dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan cermin mata sebelum PdPR diperkenalkan seramai 79 orang (49.4 peratus) menggunakan cermin mata berbanding 81 orang (50.6 peratus) tidak menggunakan cermin mata. Namun dapatan pada Jadual 10 menunjukkan penggunaan cermin mata meningkat selepas PdPR diperkenalkan iaitu seramai 87 orang (54.4 peratus) menggunakan cermin mata berbanding 73 orang (45.6 peratus) tidak menggunakan cermin mata.

Jadual 10: Penggunaan Cermin Mata Selepas PdPR Diperkenalkan

Penggunaan Cermin Mata Selepas PdPR

Diperkenalkan Kekerapan Peratus

Ya 87 54.4

Tidak 73 45.6

Jumlah 160 100

(7)

457

Jadual 11: Semua PdPR Secara E-Learning

Semua PdPR Secara E-Learning Kekerapan Peratus

Tidak Pernah 1 0.6

Jarang 8 5

Kadang-kadang 38 23.8

Kerapkali 52 32.5

Selalu 61 38.1

Jumlah 160 100

Jadual 11 pula menunjukkan pelaksanaan semua PdPR secara E-Learning. Walaupun pelaksanaan 40 peratus (kelas segerak) dan 60 peratus (kelas tidak segerak) telah mula diperkenalkan. Namun dapatan kajian menunjukkan seramai 61 orang (38.1 peratus) menyatakan selalu, 52 orang (32.5 peratus) menyatakan kerapkali, 38 orang (23.8 peratus) menyatakan kadang-kadang, 8 orang (5 peratus) menyatakan jarang dan 1 orang (0.6 peratus) menyatakan tidak pernah.

Jadual 12: Kesihatan Tubuh Badan Selepas PdPR Secara E-Learning

Kesihatan Tubuh Badan Selepas PdPR Secara

E-Learning Kekerapan Peratus

Letih 130 81.3

Tidak Letih 16 10

Lain-lain 14 8.8

Jumlah 160 100

Dengan merujuk kepada Jadual 12, dapatan kajian menunjukkan bahawa kesihatan tubuh badan selepas PdPR secara E-Learning dilaksanakan menunjukkan seramai 130 orang (81.3 peratus) menyatakan letih. Manakala 16 orang (10 peratus) menyatakan tidak letih dan 14 orang (8.8 peratus) menyatakan lain-lain.

Keletihan selepas PdPR secara E-Learning didapati sebagai penyumbang terbesar kepada responden yang kebanyakkan terdiri daripada pendidik dan pelajar. Jadual 13 menyatakan tentang aktiviti selain PdPR yang perlu disertai oleh guru dan pelajar seperti mesyuarat, seminar, webinar dan lain-lain yang turut menggunakan aplikasi dalam talian.

Jadual 13: Aktiviti Lain (Mesyuarat, Seminar, Webinar dan lain-lain) Menggunakan Aplikasi Dalam Talian

Aktiviti Lain (Mesyuarat, Seminar, Webinar dan lain-lain) Menggunakan Aplikasi Dalam

Talian

Kekerapan Peratus

Tidak Pernah 3 1.9

Jarang 15 9.4

Kadang-kadang 36 22.5

Kerapkali 52 32.5

Selalu 54 33.8

Jumlah 160 100

Jadual 13 menunjukkan seramai 54 orang (33.8 peratus) menyatakan selalu, 52 orang (32.5 peratus) menyatakan kerapkali, 36 orang (22.5 peratus) menyatakan kadang-kadang, 15 orang (9.4 peratus) menyatakan jarang dan 3 orang (1.9 peratus) menyatakan tidak pernah.

(8)

458

Jadual 14: Tugasan Tambahan Dari Pentadbir dan Perlu Diselesaikan Dalam Tempoh Tertentu Secara Dalam Talian

Tugasan Tambahan Dari Pentadbir dan Perlu Diselesaikan Dalam Tempoh Tertentu Secara

Dalam Talian

Kekerapan Peratus

Tidak Pernah 9 5.6

Jarang 26 16.3

Kadang-kadang 24 15

Kerapkali 37 23.1

Selalu 64 40

Jumlah 160 100

Jadual 14 menunjukkan tugasan tambahan dari pentadbir dan perlu diselesaikan dalam tempoh tertentu secara dalam talian. Dapatan kajian menunjukkan seramai 64 orang (40 peratus) menyatakan selalu, 37 orang (23.1 peratus) menyatakan kerapkali, 26 orang (16.3 peratus) menyatakan jarang, 24 orang (15 peratus) menyatakan kadang-kadang dan 9 orang (5.6 peratus) menyatakan tidak pernah.

Jadual 15: Pentadbir Pernah Bertanya Tentang Kesihatan Semasa Tempoh PKP, PKPB dan PKPP

Pentadbir Pernah Bertanya Tentang Kesihatan

Semasa Tempoh PKP, PKPB dan PKPP Kekerapan Peratus

Tidak Pernah 49 30.6

Jarang 37 23.1

Kadang-kadang 34 21.3

Kerapkali 24 15

Selalu 16 10

Jumlah 160 100

Merujuk kepada Jadual 15, dapatan kajian menunjukkan aspek pentadbir pernah bertanya tentang kesihatan semasa tempoh PKP, PKPB dan PKPP. Seramai 49 orang (30.6 peratus) menyatakan tidak pernah, 37 orang (23.1 peratus) jarang, 34 orang (21.3 peratus) kadang-kadang, 24 orang (15 peratus) kerapkali dan 16 orang (10 peratus) selalu.

Jadual 16: Perasaan PdPR Secara E-Learning

Perasaan PdPR Secara E-Learning Kekerapan Peratus

Suka 68 42.5

Tidak 92 57.5

Jumlah 160 100

Jadual 16 menunjukkan dapatan kajian tentang perasaan PdPR secara E-learning.

Seramai 92 orang (57.5 peratus) menyatakan tidak suka melaksanakan PdPR secara E- Learning. Manakala seramai 68 orang (42.5 peratus) menyatakan suka melaksanakan PdPR secara E-Learning.

Melihat kepada Jadual 17, tentang kesediaan PdPR untuk dilaksanakan secara E- learning dalam tempoh yang panjang. Seramai 93 orang (58.1 peratus) menyatakan tidak

(9)

459 bersedia. Sementara 67 orang (41.9 peratus) menyatakan suka untuk melaksanakan PdPR dalam tempoh yang panjang.

Jadual 17: Bersedia PdPR Dilaksanakan Secara E-Learning Dalam Tempoh Panjang

Bersedia PdPR Dilaksanakan Secara

E-Learning Dalam Tempoh Panjang Kekerapan Peratus

Suka 67 41.9

Tidak 93 58.1

Jumlah 160 100

Dalam menyatakan tentang keadaan diri (pening atau mabuk) setelah melaksanakan PdPR secara E-Learning. Ia sebagaimana ditunjukkan dalam jadual 18.

Jadual 18: Merasa (Pening atau Mabuk) Setelah Melaksanakan PdPR Secara E-Learning

Merasa (Pening atau Mabuk) Setelah

Melaksanakan PdPR Secara E-Learning Kekerapan Peratus

Tidak Pernah 12 7.5

Jarang 28 17.5

Kadang-kadang 26 16.2

Kerapkali 32 20

Selalu 62 38.7

Jumlah 160 100

Merujuk kepada Jadual 18, kajian menunjukkan bahawa keadaan diri (pening atau mabuk) setelah melaksanakan PdPR secara E-Learning adalah selalu (62 orang = 38.7 peratus), kerapkali (32 orang = 20 peratus), jarang (28 orang = 17.5 peratus), kadang-kadang (26 orang

= 16.2 peratus) dan tidak pernah (12 orang = 7.5 peratus).

Jadual 19: Analisis Kesihatan Fizikal

Bil Item Min SP Aras

1 Sakit Leher dan Pinggang 4.18 1.41 Tinggi

2 Sakit Tulang Belakang dan Pinggang 4.04 1.33 Tinggi

3 Pening atau Mabuk selepas kelas 3.58 1.19 Sederhana

Keseluruhan 3.93 1.31 Tinggi

Berdasarkan Jadual 19 secara keseluruhannya menunjukkan kesihatan fizikal dalam kalangan pendidik (Pensyarah dan Guru) serta pelajar menunjukkan skor min berada pada tahap tinggi pada sakit leher dan pinggang dengan nilai min 4.18 dan sisihan piawai 1.29.

Begitu juga pada sakit tulang belakang dan pinggang dengan nilai min 4.04 dan sisihan piawai 1.33. Terdapat satu pernyataan yang menunjukkan pada tahap sederhana iaitu pening dan mabuk selepas kelas dengan nilai min 3.58 dan sisihan piawai 1.19. Secara keseluruhannya min yang diperolehi ialah 3.93 dan sisihan piawai ialah 1.31. Ini menunjukkan kesihatan fizikal dalam kalangan pendidik (Pensyarah dan Guru) serta pelajar berada pada tahap tinggi dan perlu diberi perhatian.

(10)

460 Bagi melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesihatan fizikal merentas PdPR semasa PKP, PKPB dan PKPP, ujian ANOVA telah dilakukan. Hasil yang berpadanan bagi menjawab persoalan kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 20.

Jadual 20: Analisis Ujian ANOVA Kesihatan Fizikal Merentas PdPR Semasa PKP, PKPB dan PKPP

Kesihatan Fizikal Sum of Squares df Mean

Square F Sig. PdPR Min

Antara Kumpulan .621 2 .311

1.080 .341

PKP 1.59

Dalam Kumpulan 100.950 191 .288 PKPB 1.69

Jumlah 101.571 193 PKPP 1.69

Berdasarkan hasil analisis ujian ANOVA, didapati bahawa nilai F yang terhasil ialah 1.080 dengan nilai signifikan p=0.34>0.05. Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesihatan fizikal merentas PdPR semasa PKP, PKPB dan PKPP. Secara spesifiknya, nilai min bagi kesihatan fizikal adalah lebih rendah dalam tempoh PKP (min=1.59) berbanding PKPB dan PKPP (min=1.69). Ini menggambarkan bahawa PdPR sewaktu PKP dilihat memberi kesan kepada kesihatan fizikal sama seperti sewaktu PKPB dan PKPP. Namun perbezaan yang wujud adalah tidak signifikan. Justeru, hipotesis nol gagal ditolak.

4. Perbincangan

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, didapati bahawa kesihatan fizikal bagi setiap pendidik dan pelajar perlu diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendamik Covid-19 merupakan asbab yang telah merubah bentuk PdP kebiasaan kepada PdPR yang bersifat baharu. Bermula dari 18 Mac 2020 hingga kini, negara telah melalui PKP, PKPB dan PKPP. Malahan negara telah mengistiharkan darurat dalam memerangi Covid-19 pada 4 Februari 2021. Justeru PdPR yang mulanya sebagai suatu norma baharu telah menjadi suatu kebiasaan baharu.

Penggerak sistem pendidikan negara akan lumpuh tanpa kerjasama dari golongan pendidik dan pelajar. Justeru, bagi memastikan elemen pendidikan terus berlangsung dengan jayanya. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya melihat aspek kesihatan melibatkan kumpulan pendidik dan pelajar. Dapatan yang diperolehi dalam kajian ini boleh dijadikan panduan kepada KPM dalam melihat kesan PdPR dengan kesihatan fizikal pendidik dan pelajar. Analisis kesihatan yang diperolehi menunjukkan PdPR sewaktu PKP, PKPB dan PKPP telah memberi kesan kepada kesihatan fizikal. Kebanyakkan responden mengalami sakit leher dan pinggang serta sakit tulang belakang dan pinggang yang tinggi. Disamping faktor- faktor lain yang turut menyumbang kepada kesihatan fizikal. Justeru, perlu dimaklumi bahawa pendidik dan pelajar merupakan manusia biasa yang perlu sentiasa diberi perhatian dan bukan menjadi mangsa keadaan. Aspek pendidikan perlu diberi perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kelangsungan pendidikan di negara ini. Sekiranya kesihatan fizikal terancam dan gagal dikawal dengan baik, pastinya akan merugikan masyarakat dan negara.

(11)

461 5. Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, dapat ditegaskan bahawa berhadapan dengan situasi PdPR di era Pendamik Covid-19 bukanlah tugas yang mudah. Banyak faktor terlibat dalam memainkan peranan sehingga wujudnya masalah kesihatan. Jarang-jarang ditemui hanya satu faktor yang jelas menjadi penyebab wujudnya masalah kesihatan dalam aspek fizikal. Biasanya lebih dari satu faktor yang menyumbang kepada kesihatan fizikal ini. Huraian di atas mempunyai implikasi langsung kepada ibu bapa, pendidik, kaunselor, pentadbir, Kementerian Pendidikan Malaysia dan ahli masyarakat dalam melihat situasi pendidik yang mengalami masalah kesihatan fizikal namun tetap melaksanakan kewajipan mengasuh dan mendidik pelajar-pelajar ke arah pencapaian yang cemerlang. Kesihatan fizikal yang terus sepi dari pandangan ramai perlu diangkat untuk diberikan perhatian agar PdPR dapat dilaksanakan dan dalam masa sama kesihatan fizikal turut diberikan tumpuan.

Masih banyak lagi faktor-faktor yang menyebabkan kesihatan fizikal. Faktor-faktor penyumbang kepada kesihatan fizikal ini perlu dikaji dan dikupas kerana ianya akan dapat memberi sumbangan yang besar kepada semua golongan pendidik dan pihak kerajaan dalam usaha menangani masalah ini. Jika tidak dapat dikawal, dikuatiri akan berterusan sehingga membawa kepada pendidik berkeinginan untuk bersara awal.

Rujukan

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

BERNAMA. 17 Mac 2020. Kronologi COVID-19 di Malaysia.

Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan, Amalan dan Analisis Kajian. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Khairul Asyraf Mohd Rodzi. (2021). Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah, Bersediakah Kita?.Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Md. Safiah Bin Mohd Tajuddin. (2020). Kesan Aspek kesihatan Terhadap Produktiviti Kerja Dalam kalangan Pensyarah Maktab Perguruan. Universiti Sains Malaysia.

Mohan Rathakrisnan. Dr. (2020). Buletin BH Online. Kuala Lumpur.

Patton, M. Q. (2002). Qualitative Research And Evaluation Methods (3rd Edition).

Thousand Oaks, CA : Sage Publications.

World Health Organization (WHO). (2020). WHO Coronavirus (COVID-19) Dashboard. Capaian pada 7 Jun 2021 dari https://covid19.who.int/

Zainudin Abu Bakar. (2014). Psikologi Pendidikan Pedoman Untuk Guru dan Ibu Bapa. Johor : Partridge.

Referensi

Dokumen terkait