• Tidak ada hasil yang ditemukan

Literasi Kewangan UMS Dayangku Aslinah.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Literasi Kewangan UMS Dayangku Aslinah.docx"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1

Literasi Kewangan Dalam Kalangan Mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah.

CLAUDIA STANIS BUANDI DAYANGKU ASLINAH ABD. RAHIM*

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah

MALAYSIA

Penulis dihubungi*: [email protected]

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap literasi kewangan dalam kalangan mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Seramai 114 responden yang telah terpilih untuk mengikuti kajian ini. Mereka merupakan pelajar sarjana muda dalam program bukan kewangan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan. Kaedah pengumpulan data kajian adalah melalui borang soal selidik dalam talian dan data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27. Hasil kajian mendapati bahawa mahasiswa sarjana muda program bukan kewangan di FPEP mempunyai tahap literasi kewangan yang sederhana. Namun majoriti pelajar bersetuju bahawa mempelajari ilmu kewangan adalah penting. Ini menunjukkan bahawa pengetahuan mengenai ilmu kewangan perlu diperkembangkan dan didedahkan dengan lebih meluas. Kursus ilmu kewangan sama ada melalui kelas, bengkel, seminar, ceramah atau taklimat sama ada secara maya atau fizikal boleh dianjurkan dengan lebih banyak lagi agar dapat meningkatkan pengetahuan kewangan di kalangan pelajar secara khusus dan orang awam secara amnya.

Kata Kunci: Literasi Kewangan, Mahasiswa, FPEP, UMS, Sabah

(2)

Abstract

This study was conducted to identify the level of financial literacy among students at Universiti Malaysia Sabah (UMS). A total of 114 respondents have been selected to participate in this study. They are undergraduate students in non-financial programs at the Faculty of Business, Economics and Accounting. The method of data collection of the study is through online questionnaires and the data obtained were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 27. The results of the study found that undergraduate students of non-financial programs in FPEP have a moderate level of financial literacy. Yet majority of the students agree that learning financial course is important.This indicates that knowledge of financial knowledge needs to be expanded and exposed more widely. Financial knowledge courses whether through classes, workshops, seminars, talks or briefings whether virtual or physical can be organized more in order to improve financial knowledge among students in particular and to the public in general.

Keywords: Financial Literacy, Undergraduate, FPEP, UMS, Sabah

(3)

Literasi Kewangan Dalam Kalangan Mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah.

CLAUDIA STANIS BUANDI DAYANGKU ASLINAH ABD. RAHIM*

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah

MALAYSIA

Penulis dihubungi*: [email protected]

1.0 Pengenalan

Menurut Garman dan Gappinger (2008) dalam Noor Azizah et al. (2013), literasi

kewangan bermaksud pengetahuan, prinsip, konsep dan alat-alat teknologi asas yang membolehkan seseorang itu menjadi bijak berkaitan dengan ilmu dan pengurusan kewangan. Pada era globalisasi ini, pengetahuan dalam pengurusan kewangan adalah amat penting kerana setiap urusan akan menggunakan wang. Oleh itu, setiap pelajar di Malaysia yang berada di institut pengajian tinggi terutamanya, perlu mempunyai literasi kewangan yang tinggi selaras mengikut perubahan ekonomi yang semakin mencabar masa kini. Hasil kajian Chen & Volpe (1998), menyatakan bahawa tahap literasi kewangan yang rendah terdapat di kalangan golongan pelajar-pelajar penuntut universiti. Ini bermakna literasi kewangan di kalangan mahasiswa di tahap yang membimbangkan.

Seperti yang dinyatakan oleh hasil kajian Willis (2008) dalam kajian Aisyah Abdul- Rahman et al (2016), mendapati pengurusan kewangan seseorang tidak efektif akan menyebabkan seseorang itu akan berdepan dengan krisis kewangan. Di Malaysia perancangan kewangan peribadi masih dipertimbangkan pada peringkat awal kerana kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak dapat mengendalikan urusan kewangan mereka sendiri (Boon et. al, 2011). Bank Dunia mencatat sebanyak 60 peratus golongan belia telah diisytiharkan muflis di negara Malaysia antaranya ialah golongan yang berumur 25 hingga 44 tahun.Oleh itu, masalah muflis selalu berlaku di kalangan individu yang tidak mempunyai cukup pengetahuan yang mendalam mengenai literasi mengurus kewangan atau celik kewangan menyebabkan mereka gagal untuk mengurus kewangan peribadi mereka sendiri. Oleh sebab itu, pengkaji menjalankan kajian mengenai tahap literasi kewangan dalam kalangan mahasiswa sarjana muda program bukan kewangan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan di Universiti Malaysia Sabah.

2.0 Sorotan Literatur

Literasi kewangan adalah satu bentuk pengetahuan dan kebolehan atau kemahiran untuk menerapkan pengetahuan. Selain itu, Kamus Dewan mendefinisikan literasi sebagai kebolehan atau berkemampuan. Manakala, kewangan bermaksud perihal wang.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM, 2011) menyatakan bahawa tahap literasi kewangan di kalangan belia haruslah di terapkan bagi membantu mereka dalam mengurus atau mengendalikan kewangan mereka setelah mereka mempunyai pendapatan sendiri. Berdasarkan Nor Syahidah Norazam dan Norasmah Othman(2017), literasi kewangan terhadap mahasiswa di universiti dapat dinilai melalui kecerdikan atau

(4)

pengetahuan seseorang itu terhadap kewangan, sikap kewangan dan amalan kewangan.

Hasil kajian Lusardi & Tufano (2015) dan Lusardi (2015) mendapati bahawa seseorang yang memiliki literasi kewangan yang rendah akan menghadapi masalah kewangan seperti hutang, kurang tahu mengumpul kewangan, dan kurang tahu untuk merancang kewangan pada waktu persaraan. Ini disokong olehdapatan kajian daripada Lusardi A. et.al (2010), menyatakan beberapa masalah akan di hadapi oleh mahasiswa apabila seseorang itu mempunyai pengetahuan kewangan pada tahap rendah. Seperti yang dinyatakan kajian Rubayah Yakob et al (2015), golongan belia masa kini dinyatakan mereka cenderung membazirkan wang bagi untuk memenuhi kehendak semata-mata untuk mengikuti trend gaya hidup zaman kini daripada menyimpan duit untuk hari tua, insurans/ takaful, pelaburan, hutang dan kad kredit.

Sebagai tambahan, literasi kewangan adalah kebolehan menggunakan pengetahuan atau kemahiran untuk mengurus kewangan dengan efisien supaya sumber kewangan pada seseorang terjamin seumur hidup (Jump$tar Coalition, 2007).

Seseorang itu dapat dikatakan celik wang apabila mereka berwibawa dan dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari.Manakala, hasil kajian Zuriana & Rosniyati (2012), mendapati apabila memberi ilmu kepada pengurusan kewangan peribadi kepada pelajar itu akan membantu pelajar itu sendiri menjadi individu yang berwibawa dan berkebolehan untuk mengurus dan merancang kewangan mereka. Oleh yang demikian, kajian Mandell dan Klein (2009) dan Grifoni dan Messy (2012), menyatakan individu yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam kewangan individu tersebut akan membuat keputusan yang lebih baik selain itu secara keseluruhan akan membawa kesan positif dalam ekonomi.

3.0 Kaedah Kajian

kajian yang dijalankan adalah kajian kuantitatif dalam bentuk tinjauan. Namun untuk kertas kerja ini, hasil kajian akan ditulis secara deskriptif. Kajian ini menggunakan persampelan secara rawak. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk borang soal selidik atas talian yang menggunakan kaedah pengukuran. Pengukuran bermaksud yang lebih luas berbanding pengujian dan ditarifkan sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik. Kajian ini adalah untuk mengetahui pengetahuan berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan. Sasaran sampel kajian ini adalah melibatkan golongan mahasiswa di FPEP, UMS. Mahasiswa yang terpilih pula adalah pelajar yang bukan mengambil program kewangan di FPEP seperti program keusahawanan, ekonomi sumber manusia dan pengurusan hotel. Pengkaji memperolehi data melalui soal selidik dengan 114 orang responden dan hasil data soal selidik diproses secara deskriptif.

4.0 Hasil Kajian

Dalam kajian ini, peratusan jantina lelaki bagi responden ialah 20.3% manakala responden perempuan ialah sebanyak 79.8%. Ini menunjukkan bahawa responden perempuan adalah lebih ramai daripada responden lelaki. Seterusnya, peratusan tahun pengajian responden bagi tahun pertama sebanyak 26.3%, tahun dua sebanyak 20.2%, tahun tiga sebanyak 50% dan tahun empat dan ke atas ialah sebanyak 3.5%. Maka peratusan responden tertinggi adalah daripada tahun tiga di FPEP, UMS. Peratusan responden bagi etnik Bumiputera Sabah pula adalah tertinggi bagi kategori suku bangsa iaitu sebanyak 52.6%, diikuti etnik Melayu sebanyak 23.7%, etnik Cina sebanyak

(5)

10.5%, etnik Bumiputera Sarawak sebanyak 6.1% dan etnik India serta etnik lain-lain sebanyak 3.5%.

Bagi program yang diikuti oleh responden pula, peratusan tertinggi adalah daripada program HE11 (Ekonomi Sumber Manusia) sebanyak 32.5%, diikuti dengan program HE08 (Pengurusan Hotel) sebanyak 15.8%, kemudian program HE02 (Perakaunan) sebanyak 13.2%, program HP08 (Pengurusan Pelancongan) sebanyak 10.5%, program HE05 (Ekonomi Sumber Manusia) sebanyak 9.6%, program HE10 (Pemasaran) sebanyak 8.8%, seterusnya program HE09 (Perniagaan Antarabangsa) dan Program HE04 (Keusahawanan). Terdapat 10 program yang ada di FPEP, UMS (setakat tahun 2020) termasuk dua program yang berkaitan dengan kewangan iaitu Ekonomi Kewangan (HE07) dan Kewangan dan Perbankan (HE06).

Dalam soal selidik berkaitan pengetahuan kewangan pula, sebanyak 14 item yang digunakan untuk mengenal pasti tahap literasi kewangan responden. Soalan merangkumi pengetahuan dan pemahaman responden mengenai aspek kewangan iaitu simpanan, hutang, pelaburan dan perbelanjaan. Tiga pilihan jawapan diberikan kepada responden iaitu betul, salah, atau tidak pasti. Perbincangan merujuk kepada jawapan sebenar bagi setiap jawapan berdasarkan jadual di bawah.

(6)

Sumber: Soal selidik penulis, 2020 Bagi item mengenai simpanan, penyataan simpanan setiap bulan adalah penting untuk membuat simpanan tabungan kecemasan mencatatkan skor paling tinggi iaitu seramai 112 orang (98.2%) semua responden dapat menjawab soalan ini dengan betul.

Bagi penyataan simpanan adalah lebihan pendapatan setelah di tolak perbelanjaan menunjukkan majoriti responden juga dapat menjawab dengan betul seramai 96 orang (84.2%).Manakala, bagi penyataan simpanan iaitu tabungan setiap bulanan adalah 10%

daripada pendapatan bulanan menunjukkan responden dapat menjawab dengan betul iaitu seramai 61 orang (53.5%). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai pengetahuan dan memahami fungsi utama simpanan. Simpanan haruslah dilakukan dan dipraktikkan di usia yang muda tidak semestinya dengan jumlah nilai yang tinggi tetapi harus komited dan konsisten pada setiap bulan bagi untuk masa kecemasan atau masa hadapan individu.

Seterusnya, bagi item hutang iaitu penyataan pemilikan kad kredit dapat meningkatkan kuasa beli seseorang mencatatkan seramai 85 orang (74.6%) memilih jawapan betul padahal pada asasnya penggunaan kad kredit akan mengurangkan kuasa

(7)

beli seseorang. Seterusnya, seramai 57 orang (50%) menjawab betul bahawa pada masa hadapan kuasa beli akan berkurang apabila membeli barang secara berhutang.

Manakala, seramai 77 orang (67.5%) dapat memahami penyataan dan fungsi Agensi Kaunselling dan Pengurusan Kredit (APKP) bertujuan untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara kredit. Dapatan kajian menunjukkan bahawa separuh responden kurang mengetahui mengenai kegunaan kad kredit. Ini dapat dibuktikan dari dapatan kajian Nuraini (2015) menyatakan kurangnya literasi kewangan akan menyebabkan faktor berlakunya kegagalan dalam pengurusan hutang.

Bagi item pelaburan pula, bagi penyataan iaitu saham adalah pelaburan berisiko tinggi yang menghasilkan pulangan yang tinggi mencatatkan peratusan yang paling tinggi bagi konstruk pelaburan iaitu seramai 85 orang (74.6%) menjawab betul.

Seterusnya, seramai 80 orang (70.2%) menjawab betul bagi penyataan semua jenis pelaburan sama ada saham amanah, saham atau bon berpulangan tinggi mempunyai risiko kerugian. Selain itu, bagi penyataan semua bentuk pelaburan sentiasa memberikan keuntungan seramai 55 orang (48.2%) menjawab dengan betul. Manakala, majoriti responden 80 orang (70.2%) berpendapat bahawa penyataan pembelian insurans adalah pelaburan yang baik. Meskipun ini bertentangan dengan pemahaman asas pengurusan risiko iaitu insurans merupakan satu cara atau strategi mengurus risiko. Menurut Mohd Fazli Sabri et. Al (2007) insurans adalah bukan satu bentuk pelaburan yang sesuai ataupun baik dimana ianya lebih kepada perlindungan risiko.

Hasil dapatan ini menunjukkan responden kurang memahami konsep atau pemahaman berkaitan kad kredit tetapi responden memahami konsep pelaburan.

Bagi item perbelanjaan pula, seramai 85 orang (74.6%) salah menjawab untuk penyataan iaitu penyata pendapatan menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan keluarga pada satu tarikh tertentu. Kebanyakan responden seramai 61 orang (53.5%) mengetahui bagi penyataan bahawa pemilik kad kredit tidak boleh berbelanja melebihi had kerana insitusi kewangan yang telah menetapkan. Seterusnya, sebanyak 71 orang (62.3%) mengetahui bahawa sekiranya mereka menggunakan tabungan ataupun simpanan untuk membeli keperluan harian dan ini menunjukkan mereka telah terlebih belanja. Majoriti responden sebanyak 101 orang (88.6%) mengetahui bahawa perbelanjaan melebihi perancangan akan mendatangkan masalah. Untuk merancang belanjawan sebelum berbelanja adalah sangat penting agar tidak melebihi daripada pendapatan yang ada. Tambahan pula, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa responden merancang bagi memenuhi setiap keperluan di mana merancang kewangan adalah proses mengurus kewangan dengan baik.

Analisis selanjutnya dilakukan bagi mendapatkan tahap literasi kewangan responden secara keseluruhan. Bagi setiap jawapan yang betul diberikan satu markah manakalah jawapan yang salah atau tidak pasti tidak diberikan markah. Skor bagi 14 item literasi kewangan dikira mengikut jawapan yang diberikan oleh responden. Tahap literasi kewangan kewangan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu rendah (0 hingga 4), sederhana (5 hingg 9) dan tinggi (10 hingga 14). Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden dalam mempunyai tahap literasi kewangan sederhana (78.1%), diikuti tahap literasi kewangan tinggi (15.8%) dan tahap literasi kewangan rendah (6.1%).

Dalam bahagian kepentingan mengenai mempelajari ilmu kewangan dalam kajian ini, majoriti responden bersetuju bahawa setiap individu perlu belajar mengenai kewangan dan kursus berkaitan pengurusan kewangan juga perlu diambil oleh setiap

(8)

pelajar sebagai kursus asas. Selain itu, kursus kewangan dapat meningkatkan kesedaran tahap literasi kewangan juga dipersetujui oleh majoriti responden. Seterusnya, kebanyakkan responden juga bersetuju bahawa kewangan mengajar pelajar untuk merancang perbelanjaan. Malah ilmu kewangan membantu untuk mengurus kewangan lebih teratur di mana majoriti responden bersetuju dengan pernyataan ini. Akhir sekali, kebanyakkan responden bersetuju bahawa ilmu kewangan adalah penting.

5.0 Kesimpulan

Secara keseluruhan, hasil dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa literasi kewangan dalam kalangan mahasiswa sarjana muda program bukan kewangan berada di tahap yang sederhana. Sebaliknya, beberapa aspek kewangan terutama mengenai kad kredit dan pelaburan literasi mereka adalah rendah. Selain itu, mahasiswa haruslah juga lebih memberi tumpuan kepada ilmu pengetahuan mengenai hutang dan pelaburan agar mereka tahu untuk merancang kewangan yang lebih baik pada masa hadapan.

Sekurang-kurangnya, mahasiswa harus mempunyai pengetahuan untuk mengurus kewangan peribadi, berikan ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Hal ini haruslah dipandang serius kerana kebanyakan belia yang muflis disebabkan menanggung bebanan hutang yang amat serius dan kurang ilmu pengetahuan dalam menguruskan kewangan peribadi. Selain daripada itu, setiap mahasiswa yang berada di insitusi pengajian tinggi digalakkan untuk belajar ilmu kewangan tanpa mengira program yang diikuti. Hal ini kerana, apabila pelajar bergraduan dan menginjak ke fasa dunia pekerjaan, mereka akan mengurus kewangan mereka sendiri. Dengan mempunyai literasi kewangan yang tinggi, para pelajar akan berupaya untuk mengelak pembaziran wang serta berjaya mengurus kewangan peribadi dengan lebih baik.

Bibliografi

Abdul Basit bin Hodari, Tamat Sarmidi & Norlida Hanim Mohd Salleh(2014), Hutang Dan Golongan Muda Di Malaysia: Satu Kajian Awal. Prosiding Perkem ke-9, 833 - 844.

Aisyah Abdul-Rahman & Wajeeha Zulkifliy(2016). Faktor Penentu Pengurusan Kewangan: Kes Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar .19(2): 85-94.

Alecia Puyu Anak, Anuar Ahmad (2017). Pola perbelanjaan dalam kalangan mahasiswa:

Satu kajian perbandingan antara IPTA dan IPTS. Research Gate, 2389.

Azwadi Ali & Mohd Shaari Abd Rahman, & Alif Bakar. (2013). Financial Literacy and Satisfaction in Malaysia: A Pilot Study. The International Journal of Applied Economics and Finance. 4. 319-324. 10.7763/IJTEF. 2013. V4.309.

Boon, T. H., Yee, H. S., & Ting, H. W. (2011). Financial literacy and personal financial planning in Klang Valley Malaysia. Int. Journal of Economics and Management 5(1): 149 – 168.

Brown, M. & Graf, R. (2013). Financial literacy, household investment and household debt: evidence from Switzerland. Working Papers on Finance No. 13/1.

(9)

Chen, H., & Volpe, R. P. (1998). An Analysis of Personel Financial Literacy Among College Students. Financial Services Review, 7(1), 107–128.

Delafrooz N &Laily P (2011) Determinants of Saving Behavior and Financial Problem Among Employees in Malaysia. Australian Journal of Basic and Applied Sciences 5(7), 222-228.

Davies, E., & Lea, S.E.G. (1995). Student attitudes to student debt. Journal of EconomicPsychology 16 (4): 663-679.

Davidson (2006) dalam Danes, S.M., & Haberman, H.R. (2007). Teen financial knowledge, self-efficacy, and behavior: A gender view. Financial Counseling and Planning, 18, 2, 48-60.

Fernando Angulo-Ruiz And Albena Pergelova An. (2015). An Empowerment Model of Youth Financial Behavior. Journal of Consumer Affairs, 550–575.

Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak, Mohd Yahya Mohd Hussin, Fatimah Salwa Abdul Hadi. (2015).Kehidupan kelas menengah Malaysia: Satu kajian kes mengenai corakperbelanjaan guru dalam pemilikan aset dan pelaburan kewangan.Geografia OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space , 1 - 13.

Gathergood J. (2012). Self-Control, Financial Literacy and Consumer Over-indebtedness.

Journal of Economic Psychology. 33(3), 590-602.

Grifoni, A. and Messy, F. (2012). Current Status of National Strategies for Financial Education: A Comparative Analysis and Relevant Practices, OECD Working Papers on Finance, Insurance and Private Pensions, No. 16, OECD Publishing.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), literasi Kewangan Belia 11-41.

Dimuat turun https://www.iyres.gov.my/dokumen/buletin/edisi-i-april-2011.

Jump$tart Coalition. (2007). National Standards in K-12 Personal Finance Education.

Jusoh, M & Mohd Noor, Z. (1998). Inflasi dan Ukuran Kos Sara Hidup: Implikasi terhadap Golongan Berpendapatan Rendah. Malaysian Journal of Consumer and Family Economics 1. Penerbit Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, UPM.

Karpel, C. S. (1995). The Retirement Myth. New York: Harper Collins.

Kaviyarasu Elangkovan & Ahmed Razman bin Abdul Latiff. (2013). Bankruptcy: A Natural Phenomena Being Attacked On Malaysians’. International Journal of Humanities and Management Sciences (IJHMS). Vol. 1, Issue 1. (2013) 2320- 4044.

(10)

Lane, K. (2003, Feb. 17). How much is too much? Community College Week, 15, 6-9.

Lusardi, A. (2008). Household Saving Behavior: The Role of Financial Literacy, Information, and Financial Education Programs. Macroeconomics: Consumption.

Lusardi, A., Mitchell O.S., & Curto V. (2010). Financial Literacy Among The Young, The Journal of Consumer Affairs. 44, no. 2, 358–380.

Lusardi, A., & Tufano, P. (2015). Debt Literacy, Financial Experiences, and Overindebtedness. Journal of Pension Economics & Finance, 14(4), 332-368.

Malaysia. (2004). Piawaian Perakuan Kerajaan Pelaburan. Kuala Lumpur: Percetakan Nasioanal Malaysia Berhad.

Mandell, L., & Klein, L. (2009). The Impact of Financial Literacy Education on Subsequent Financial Behavior. Journal of Financial Counseling and Planning, 20(1).

Mohamad Fazli Sabri & Maurice MacDonald (2010). Savings Behavior and Financial Problems among College Students: The Role of Financial Literacy in Malaysia.

Canadian Academy of Oriental and Occidental Culture, 6(3), 103-110.

Nazni Noordin et. al. (2012). Bankruptcy Among Young Executives in Malaysia.

International Conference on Economics Marketing and Management IPEDR Vol.

28. IACSIT Press, Singapore

Noor Azizah Shaari, Nurfadhilah Abu Hasan, Ramesh Kumar Moona Haji Mohamed &

Mior Ahmad Jafri Md Sabri. (2013). Financial literacy: A study among the university students. Interdisciplinary Journal of Contemporary Research in Business, 5(2), 279-299.

Nor Syahidah Norazam&Norasmah Othman (2017). Kualiti Pendidikan Pengurusan Kewangan Dengan Tahap Literasi Kewangan. Journal of Global Business and Sosial Entrepreneurship, 183-193.

Nurshahirah Azma, Roza Hazli Zakaria, Sabitha Marican. (2017). Sikap Isi Rumah Terhadap Hutang Dan Keberhutangan: Kajian Kes Di Lembah Klang, Malaysia.

The Malaysian Journal of Social Administration, 9 (1): 59-86.

Nur Aisyatul Radiah Alidaniah, Sanep Ahmad, Mohd Ali Mohd Noor, Mohammed Rizki Moi. (2015) .Gelagat hutang isi rumah mengikut kaum di Bandar Baru Bangi, Selangor. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 11 issue 11 (110 - 119).

Sabharwal, Karan. (2016). Saving Habits of Graduates. International Journal of Social and Economic Research. 6. 51. 10.5958/2249-6270.2016.00016.7.

Salbiah Nur Shahrul Azmi, Suzana Ab. Rahman, Suhailah Ibrahim, Nurulhayah Muhamad & Maryam Mohd Esa.(2018). Amalan Pengurusan Kewangan Mahasiswa.

(11)

Journal of Business Innovation Jurnal Inovasi Perniagaan Volume 3 No. 2/ 2018:

9-23.

Schaefer, W. D. (1993). Assessment Literacy For Teachers. Theory Into Practice,32(2),118-126

Shafinar Ismail, Khairuddin, N. S., Alias, N. E., Loon-Koe, W., & Othman, R. (2018). An Empirical Analysis of Saving Behavior among Malaysian Employees. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(10), 1070–1080.

The Institute of Certified Financial Planners (ICFP). (1993). “Financial literacy” Plagues Americans, (Survey Report), Denver, CO.

Willis, L. E., "Evidence and Ideology in Assessing the Effectiveness of Financial Literacy Education" (2008). Scholarship at Penn Law. Paper 206. Retrieve online at http://lsr.nellco.org/upenn_ wps/206.

Yakob, Rubayah & Janor, Hawati & Khamis, Nur. (2015). Financial Literacy Level Amongst Public University Students: Evidence from Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar UKM. 18. 75-88.

Zuriana binti Mohamed dan Rosniyati binti AbdRazak. (2012). “Kajian Persepsi Pelajar terhadap Impak Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi Jabatan Perdagangan.

PoliteknikPortDickson.

Referensi

Dokumen terkait

KEPUTUSAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Latar Belakang Responden 4.2 Literasi Kewangan 4.3 Tingkah Laku Kewangan 4.4 Kompetensi Kewangan 4.5 Penilaian Ibu dan Bapa 4.6 Pengujian

Daripada dua dapatan objektif kajian ini, pengkaji merumuskan bahawa secara keseluruhannya amalan penggunaan media digital dalam kalangan guru-guru di sekolah Orang Asli adalah

Selain itu, kemahiran literasi kewangan akan dapat membantu para usahawan untuk bertindak dengan cekap di mana mereka akan dapat menilai maklumat yang diperlukan

Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan strategi pengurusan kewangan mahasiswa berkahwin di UKM dan UBDI berada pada tahap sederhana berdasarkan analisis empat elemen

Di samping itu, terdapat 5 orang bersamaan 16.67% daripada semua responden berpendapat bahawa Burger Ramly tidak popular dalam kalangan generasi muda walaupun

Hasil kajian ini menunjukkan min literasi kewangan pelajar yang ibubapa mereka mempunyai pengalaman perniagaan adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang ibubapa

Walaupun kajian tersebut melihat kepada faktor jantina, dapatan kajian mendapati bahawa oleh kerana wanita mempunyai gelagat kewangan yang lebih baik dari lelaki,

Responden D Melalui temu bual yang dijalankan, responden yang sebagai tenaga pengajar Pusat dalam Komuniti menyatakan bahawa pengetahuan mengenai perancangan kewangan sangat membantu