"LUPING" DALAM BUDAYA DUSUN
Lidwina Romius
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)
2011
ftsat Kbidmat Maklumat Akademik UNIVERSTI'I MALAYSIA SARAWAK
P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAf
miHiiinim
1000273069"L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN
LIDWINA ROMIUS
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2011
i
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN
JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN.
SESI PENGAJIAN 2008 / 2011
Saya LIDWINA ROMIUS
Mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
5. ** Sila tandakan f7l
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
andmän
T an Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh: 14/ qWj / Tarikh:
1'ý
fec 12p``Alamat Tetap:
Kg. Tohan Baru, P/S 1553, 89008, Kenngau, Sabah.
Catatan: * Tcsis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda
** Jika Tesis / Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkau surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tests / laporan ini perlu
di'lcelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
ii
PENGAKUAN
Projek bertajuk "Loping" Dalam Budaya Dusun. Kajian kes di Kampung To6an Baru telah disediakan oleh Lidwina Romius dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan
dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif Pengurusan Seni.
Diterima dan diperiksa oleh:
494ut
i(Puan Noria Ak Tugang)
Tarikh:
iii
PENGHARGAAN
Syukur pada Tuhan, pengkaji telah berjaya menyiapkan projek tahun akhir. Hasil daripada usaha dan pertolongan pihak yang terlibat telah membantu pengkaji meneruskan perjuangan ini walaupun menghadapi pelbagai kesulitan, kesedihan, kegembiraan dan
masalah dalam menjalankan kajian. Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia projek tahun akhir pengkaji iaitu puan Noria Ak Tugang. Beliau telah memberikan tunjuk ajar
dan maklumat penting dalam kajian ini. Titik peluh beliau pasti dibalas Tuhan atas kerjasama dan kemurahan dalam membentuk dan menolong pengkaji sebagai pelajarnya.
Penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu pengkaji iaitu Keyang Bt. Kassim atas dorongan dan sokongannya. Membantu dan mengikut setiap perkembangan penulisan dan kajian yang pengkaji telah lakukan. Begitu juga, setinggi-tinggi terima
kasih kepada bapa pengkaji iaitu Romius Sodomon atas bantuan kewangan yang beliau berikan. Pengkaji mengucapkan terima kasih atas keprihatinan beliau terhadap bebanan yang ditanggung oleh pengkaji tersebut.
Dalam kesempatan ini juga, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih Para informan pengkaji yang telah membantu dan menyumbangkan ilmu serta maklumat yang pengkaji tidak pernah ketahui dalam masyarakat Dusun sendiri. Pengkaji berbesar hati
atas peluang dan kesempatan yang diberikan oleh para informan tersebut. Akhir sekali, pengkaji mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sccara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan projek tahun akhir pengkaji.
iv
ftstt K6idmat Maklumat Akademik UNIVERS177 MALAYSIA SARAWAI(
ISI KANDUNGAN
Halaman Tajuk
Borang Pengesahan Pengakuan Pengakuan
Penghargaan Isi Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Gambar Rajah Senarai Gambar
Abstrak
Abstract
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1.2 Definisi
1.2.1 Tembikar 1.2.2 Adat
1.2.3 Budaya 1.3 Objektif Kajian 1.4 Hipotesis Kajian
1.5 Skop Kajian
1.5.1 Pendahuluan 1.5.2 Lokasi Kajian 1.6 Permasalahan Kajian 1.7 Kepentingan Kajian 1.8 Rumusan
MUKA SURAT
i
11
iii
iv
V-
n
Vil vii
V ii-ix x
xi
1-9
10-11 12
12
13-14 15-19
20
21-24 25-27 28-29
30
V
1.9 Nota 31-32
BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 2.1 Pengenalan
2.2 Penulisan Ilmiah Dan Jurnal 2.3 Rumusan
2.4 Nota
33
34-47 48
49
BAB3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 50
3.1.1 Kaedah Temuramah 51-52
3.1.2 Kelompok Fokus 53
3.2 Lokasi Kajian 54
3.3 Somber Data
3.3.1 Data Primer 55
13.2 Data Sekunder 55
3.4 Populasi Kajian 56
3.5 Instrumen Kajian 57
3.6 Limitasi Kai ian
3.6.1 Kekurangan Bahan Rujukan 58
3.6.2 Kekangan Masa 58
3.6.3 Masalah Kerjasama Daripada Para Informan 56
3.7 Delimitasi Kajian 60
3.8 Rumusan 61
BAB 4 ANALISA DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 62
vi
4.2 Dapatan Kajian
4.2.1 Jenis-Jenis Luping Dusun 63-94
4.2.2 Adat Perkahwinan 95-100
4.2.3 Adat Kematian 101-103
4.2.4 Makanan Dan Minuman 104-107
4.2.5 Pantang Larang 108-109
4.2.6 Sogit 110-111
4.2.7 Hari Keluarga (Moginakaan) 112
4.2.8 Budaya Minum Tapai (Poginuman) 113-115 4.2 Sebab Perubahan Penggunaan Peralatan Luping
4.2.1 Pengaruh Agana 116-121
4.2.2 Penglobalisasian 122-123
4.2.3 Asimilasi / Pertembungan Budaya 124-125
4.4 Analisa Dapatan Kajian 126-132
4.5 Rumusan 133
4.6 Nota 134-136
BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 137
5.2 Rumusan 138-140
5.3 Cadangan 141-145
5.4 Cadangan Untuk Pengkaji Akan Datang 146-147
5.5 Kesimpulan 148-149
Glosari 150-151
Bibliografi 152-157
L. ampiran 158-167
vii
Senarai Jadual
Jadual 1: Temu ramah bersama dengan Japan orang informan.
Jadual 2: Jenis-jenis peralatan luping yang mengikut saiz dan bentuk.
Jadual 3: Jenis-jenis dan kegunaan luping tersebut dalam kalangan masyarakat orang Dusun.
Jadual 4: Perubahan nilai dan fungsi luping.
Jadual 5: Perbezaan penerimaan peralatan luping dalam aspek pantang larang, sogit, had keluarga dan budaya minum tapai.
Senarai Gambar Rajah
Garnbar Rajah 1: Pennasalahan kajian
vii
Senarai Gambar Gambar 1
Gambar 2 Gambar 3 Gambar 4 Gambar 5 Gambar 6 Gambar 7
Gambar 8 Gambar 9 Gambar 10
Gambar 1l Gambar 12
Gambar 13 Gambar 14
Luping Panding
Luping Panding Empat Mata Luping Tuvad
Luping Sapah
Luping solong
Luping Rangkang
Luping Pampangan
Luping Labayon
Luping Kibut
Luping Kabu
Luping Balanai
Luping Goroi
Luping Garouk
Merupakan dua buah luping yang disediakan untuk pasangan pengantin
lelaki dan perempuan semasa pihak keluarga lelaki datang ke rumah kelu. arga perempuan yang bertujuan menbawa batik bersama pengantin perempuan.
viii
Gambar 15 : Gambar ini merupakan salah satu jenis gong (tagung) yang dijadikan sebagai medium penetapan berian oleh masyarakat Dusun.
Gambar 16 : Terdapat sebilangan orang yang masih meletakkan luping di tepi kubur tersebut sebagai tanda sahaja.
Gambar 17 : Sejenis tumpung yang merupakan salah satu jenis tapai tetapi menggunakan botol plastik untuk menghasilkan tapai.
Gambar 18 : Budaya minum tapai dalam kalangan masyarakat Dusun dan menggunakan siopoon sebagai alat untuk menghisap air tapai tersebut daripada luping.
ix
ABSTRAK
Pada zaman dahulu, masyarakat Dusun memartabatkan Luping sebagai peralatan simbolik dalam adat perkahwinan, kematian dan di dalam kehidupan seharian mereka.
Pengkaji ingin melihat penggunaan Luping dalam masyarakat Dusun yang kian pupus.
Mereka memperl; ahankan Luping sebagai peralatan simbolik penting dan barangan berharga. Tetapi generasi kini hanya memandang rendah terhadap penggunaan peralatan Luping tersebut. Justeru itu, kepupusan tersebut banyak melahirkan kesedaran dalam masyarakat Dusun hingga ke hari ini.
X
ABSTRACT
Luping is a tool which has been practiced in Dusun community in order to evaluate symbolic customs of marriage, death, and also have been used in their daily life for a long time ago. However the researchers observed that Luping tool did not practiced anymore by today's generation and it is on the stage of extinction. Compared to our ancestors and folks, the new generation today did not appreciate Luping anymore. For a
long time ago, our ancestor maintained Luping as an important symbolic tools and valuables instead our present generation just look down on Luping. Thus, the extinction of Luping creating awareness in the Dusun community nowadays.
BAB SATU
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Lupingj merupakan istilah penggunaan bahasa dalam masyarakat orang Dusun di Sabah. Luping juga dikenali sebagai tembikar atau tajau". Luping merupakan peralatan yang memenuhi keperluan dalam masyarakat Dusun pada zaman nenek moyang. Warisan yang begitu dikenali oleh masyarakat kaum Dusun tersebut kerana mereka merupakan etnik yang terbesar di Sabah. Kaum Dusun atau Kadazan merupakan komuniti terbesar peribumi Sabah, iaitu lebih kurang 34% daripada jumlah penduduk keseluruhan (Ismail Yusoff, 2004). Beliau juga menerangkan bahawa masyarakat Dusun lebih banyak membuat penempatan di sekitar kawasan Keningau dan Ranau.
Sejarah seni tembikar di Sabah bermula daripada penghijrahan orang luar yang datang berniaga dan bekerja di Borneo khususnya Sabah. Penjajahan juga merupakan
salah satu penerimaan seni tembikar tersebut dalam masyarakat mereka. Salah satunya, luping tersebut merupakan salah satu seni tembikar yang telah diterima masuk dalam masyarakat mereka serta mempengaruhi penduduk tempatan. Penduduk tempatan bukan
sahaja menerima warisan tersebut tetapi mengangkat dan memartabatkan warisan
1
tersebut Hal ini demikian, penggunaan peralatan luping ini bernilai dalam aspek sosial dan ekonomi mereka.
Kedatangan pedagang daripada China membawa masuk seni tembikar mereka ke Borneo. Menurut Nora A. Taylor (2000), "Chinese potters who had migrated to Borneo
during the nineteenth". Selain itu, behau juga menerangkan dalam bukunya bahawa penduduk tempatan telah menerima tembikar atau tempayan tersebut dalam aspek kematian, harts benda dan sebagaianya. "On the island of Borneo they were also used for
burial;, as on accompaniment for, or container of, human remains. Today, they are also valued as antique heirlooms, collector's items, and transportable capital". (Nora A.
Taylor 2000,87).
Dusun mempunyai kesenian dan kebudayaan yang diwarisi secara turun temurun.
Orang Dusun memartabatkan seni kebudayaan dan warisan yang dimiliki apabila nilai- nilai dan amalan yang merangkumi adat dan kepercayaan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Luping merupakan seni warisan tembikar yang mempunyai nilai yang penting dalam masyarakat Dusun sendiri. Mereka sendiri mengakui bahawa luping merupakan peralatan barangan Yang penting dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini demikian, luping itu mempunyai fungsional tersendiri dalam kehidupan seharian mereka.
Masyarakat Dusun juga ada menjelaskan bahawa luping menipakan peralatan yang dijadikan sebagai simbolik dalam adat dan kepercayaan orang Dusun.
2
Selain masyarakat Dusun, suku kaum etnik lain seperti Murrt juga mengakui kepentingan dan nilai bagi sebuah luping tersebut. Menurut Abd. Mohad (2004: 63), beliau menjelaskan bahawa dalam budaya Murut itu sendiri mewajibkan penggunaan
tajau dalam adat perkahwinan Murut yang bermula seawal dari proses peminangan.
Selain itu, beliaujuga menyatakan bahawa tajau dijadikan sebagai medium penyimpanan mayat si mati semasa terjadinya sesuatu kematian. Hal mi secara tidak langsung menunjukkan kepentingan penggunaan tembikar atau tempayan (luping) dalam masyarakat peribumi di Sabah.
Seperti mana masyarakat Dusun juga mengakui kepentingan luping tersebut, masyarakat Murut juga mempercayai tajau (luping) tersebut dalam masyarakat mereka yang melibatkan adat kematian. Hal ini dapat dilihat apabila berlakunya kematian tersebut saudara-maranya membersihkan mayat serta memakaikannya dengan pakaian yang bersih sebelum dikebumikan dalam posisi duduk. Seterusnya mayat tersebut dibakar
dalam tembikar dan disimpan dalam nunah selama tujuh hari. (Sejarah Tingkatan 1).
Luping mempunyai ciri-ciri keunikannya dalam kalangan masyarakat Dusun itu sendiri. Mereka mengakui dan mengagungkan seni tembikar tersebut dalam konteks adat, budaya dan warisan yang diaplikasikan dalam masyarakat mereka. Keunikan luping itu
dijadikan sebagai tarikan untuk masyarakat Dusun. Dahulu mereka benLuha untuk mengumpul dan menyimpan koleksi seni tembikar tersebut. Kepercayaan mereka terhadap penggunaan luping tersebut sebagai simbolik kepada kekayaan dan kemalanuran hidup yang mereka miliki. Walau bagaimanapun, luping adalah sebuah seni
3
warisan tembikar yang hanya diperbuat daripada tanah liat, mempunyai corak bentuk bujur dan bulat serta mempunyai leher dan teliuga pada luping tersebut. Tankannya yang lain iaitu corak, bentuk, saiz, berat, ketahanan dan jenis kategori luping tersebut. Tetapi, luping bernilai dalam adat perkahwinan, adat kematian, hukuman denda (sogfit), pantang larang dan kehidupan seharian.
Luping terdiri daripada pelbagai jenis yang merujuk kepada corak bentuk, saiz, motif corak dan nilai estetika yang ada. Masyarakat Dusun mengelaskan luping dengan nama-nama yang berbeza mengikut dari aspek perbezaan sesebuah luping tersebut.
Contohnya, Panding, Bagaton, Sapah, Timbangan, Tompok Garouk, Lanuangan, Tuva4 Labayan, Tamana, Goroi, Kabuk Panding Seridon, Panding Empat Mata dan Gantung Serilih. Seni tembikar im dikategorikan yang bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan mengenai jenis-jenis luping yang bernilai dan tidak bernilai dalam persepsi masyarakat
Dusun. Dalam kalangan masyarakat Dusun, jenis-jenis luping yang dipandang tinggi terdiri daripada luping yang mempunyai perbezaan dari segi corak, motif dan seni
estetika tersendiri. Contohnya, luping Sapah yang bercorak naga serta mempunyai salz bentuk yang besar dan tinggi.
Bagi masyarakat Dusun, Iuping berfungsi sebagai medium penyimpanan mayat scmasa upacara pengebumian. Adat pengcbumian orang Dusun dahulu amat mementingkan penggunaan luping sebagai medium penguburan si mati. Lazimnya, luping bersaiz besar merupakan pilihan utama untuk menyimpan mayat tersebut.
4
I'usat Khidmat Maklumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Sekiranya si mati adalah berbadan besar dan terdiri dari golongan dewasa, maka nilai
luping tersebut adalah lebih tinggi berbanding mayat bayi ataupun mayat kanak-kanak.
Masyarakat Dusun mempercayai sewaktu terjadinya kematian, orang Dusun terlibat serta dalam pengurusan jenazah mayat sebelum dan semasa adat pengebumian.
Sebelum jenanah mayat tersebut dikebumikan pare saudara mara atau sahabat handai bekerjasama untuk menggali lubang kubur dan bertanggungjawab untuk meletakkan hartanya sebelum mayat si mati ditanam ke dalam lubang kubur tersebut. Lazimnya, mayat dewasa diuruskan oleh kaum lelaki yang mempunyai pertalian saudara atau persahabatan. Manakala mayat kanak-kanak pule dibantu oleh kaum wanita. Menurut
Thomas Rhys William (1965), "as basic items ofparendenen one large pig must usually be killed and one medium-size jar be used at the grave. A wealthy person may have one or several water buffalo (kerbau) and several large jars used for burial". Buku ini menjelaskan bahawa persediaan mereka dalam upacara pengebumian merangkumi beberapa penggunaan loping bagi menyempurnakan proses pengebumian tersebut.
Semasa upacara pengebumian, mayat si mati diusung ke tanah perkuburan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada pokok buluh. Lazimnya, Pam saudara mara dan sahabat handai merupakan orang yang memegang tanggungjawab tersebut.
Mereka mcngiringi si mati tersebut sehingga ke tanah perkuburan. Setelah itu, mayat tersebut dimasukkan ke dalam NOV tersebut. Selepas itu, barulah lubang kubur boleh ditimbus menggunakan tanah. Menurut Thomas Rhys William (1965), "a grave has been
5
dug some hours previously. At the graveside it has been customary that the body be transferred for burial to a large earthenware jar ".
Selain itu, lubang kubur tersebut juga diukur berpandukan saiz luping tersebut dan bilangan harta miliknya yang ditanam sekali bersama dengan jenazah mayat tersebut.
Para penggali lubang kubur tidak melihat dari aspek lebar dan panjang mayat si mati tersebut. Lazimnya, pengali kubur akan mengali lubang kubur berdasarkan jenis luping tersebut. Dalam kalangan masyarakat mereka, penggunaan luping sebagai medium penyimpanan mayat tidak meluas. Hal im demikian, tahap kelas sosial yang dimiliki
dalam suatu masyarakat adalah berbeza. Terdapat golongan kaya dan golongan miskin dalam masyarakat Dusun. Menurut Thomas Rhys William (1965), "poorer families, unable to afford ajar of this size, must bury the dead in the bamboo covers placed over the body for the transport to the grave ".
Penggunaan luping dalam adat perkahwinan masyarakat Dusun dapat dilihat pada suatu masa dahulu sebagai simbolik kepada dalam penentuan mas perkahwinan, simbol mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak pengantin lelaki dan perempuan dan hukuman dan denda dalam institusi kekeluargaan. Sebelum kedatangan pengaruh Islam dan Kristian orang Dusun/Kadazan dianggap pagan (Thomas Rhys William 1965,11).
Menurut sejarawan, kemasukan kuasa barat dalam menyebarkan pengatuh keagamaan ini membawa perubahan di mann orang Dusun mula memeluk agama Islam dan agama
Kristian. Namun terdapat segelintir mereka masih mengamalkan ajaran pagan terutamanya di kawasan pedalaman.
6
Menurut Ismail Yusoff (2004,27), adat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan orang Dusun yang merangkumi aspek perkahwinan, pengtrusan harta pusaka, jenazah sehingga ke aktiviti ekonomi. Barangan seperti luping im mempunyai nilai yang
tinggi dalam kalangan masyarakat Dusun sebelum mereka muia-mule memeluk agama Islam dan Kristian yang melibatkan aspek-aspek seperti adat perkahwinan, adat pengebumian jenanah, harta pusaka, ekonomi dan sebagainya.
Dalam masyarakat Dusun pagan", luping sangat bernilai sebagai mas
perkahwinan atau berian. Semasa urusan menentukan perkahwinan tersebut, pihak perempuan diberikan luping sebagai berian. Selain itu, gong (tagung) dan binatang
seperti khinzir, ayam, dan kerbau juga merupakan barangan dan keperluan yang penting nilai luping tersebut. Menurut Thomas Rhys Williams (1965,5), "marriage always involves direct and substantial property payment or napan, by the groom to father of the
bride. This payment of gongs, jars, and animals is not intended as a "price " for the bride, but is supposed to "represent" her in the nuclear family household by "staying in her place " to comfort her parents in her absence ".
Luping merupakan harta yang mempunyai nilai dalam proses perinintaan dan pembayaran berian pihak lelaki terhadap pihak perempuan. Tujuan utama berian tersebut
ditetapkan untuk mengikat satu perjanjian antara ibu bapa pihak lelaki terhadap ketepatan permintaan yang diminta oleh pihak keluarga perempuan merujuk nilai harta (napan)
7
iaitu berian harta terhadap ibu bapa pengantin perempuan atas usaha mereka
membesarkan anak perempuan mereka.
Adat kepercayaan dalam masyarakat Dusun yang mementingkan luping sebagai medium penyimpanan makanan dan pembuatan minuman. Walaupun bagaimanapun, luping masih diteruskan penggunaannya dari aspek pembuatan minuman tapai (wine rice)
pada masa kini namun terdapat perubahan dari segi penghasilannya. Luping juga merupakan medium penyimpanan makanan dalam masyarakat ini, penggunaan luping
seperti penyimpanan perkasam atau jeruk (bosou) ikan, daging, sayur-sayuran dan buah- buahan merupakan satu cam mereka mengelakkan makanan tersebut rosak dan tahan
lama.
Orang Dusun gemar menggunakan luping sebagai medium penyimpanan makanan dan minuman kerana luping mempunyai ciri-ciri yang kukuh, kedap udara,
senang dicuci, tidak berbau dan sebagainya. Selain itu, penggunaan luping juga sangat ringkas dan mudah didapati serta penggunaan yang sesuai dalam setiap aktiviti kehidupan seharian. Salah satunya, tapai" (wine rice) sebenarnya merupakan minuman keras yang
amat digemari oleh orang Dusun. Cara pembuatan tapai tersebut iaitu, mencampur adukan beras yang telah dimasak dengan yis (sasad) dalam sebuah luping yang dipilih.
Selepas itu, taxi tersebut diperap selama beberapa minggu atau bulan dalam luping bagi menghasilkan rasa tapai yang sedap untuk diminum. Biasanya, rasa tapai yang sesuai dengan cita rasa mereka ialah rasa mans dan pahit atau masam dan mans. Oleh itu, penghasilan tapai (wine rice) digemari apabila diperap dalam luping tersebut.
8
Dari segi aspek hukuman dan denda (sogit) dalam masyarakat Dusun.
Pembayaran sogit amat dititikberatkan bagi memohon pengampunan dan belas kasihan di atas kesalahan atau musibah yang dilakukan. Hal im demikian, mereka percaya bahawa
sekiranya membayar denda tersebut maka mereka menghormati adat walaupun mereka telah melakukan kesalahan tersebut. Oleh itu, luping memainkan peranan yang penting pada mereka sebagai medium atau barangan yang utama dalam sesuatu pembayaran
denda tersebut. Hal ini dapat dilihat dalam masalah rumah tangga sesebuah keluarga yang bergaduh dan tidak sefahaman. Contohnya, suami isteri yang tidak sehaluan dan tidak
sefahaman akan didenda sebuah luping apabila berlaku pergaduhan yang menyebabkan pendarahan ataupun kesakitan. Hukuman tersebut harus diikuti bagi menghormati adat
dan kepercayaap masyarakat Dusun.
9
1.2 Definisi
1.2.1 Tembikar (luping)
Tembikar tradisional merupakan khaz. anah yang dimiliki oleh sesetengah lapisan masyarakat yang terdapat di Malaysia. Kamus dewan edisi keempat mentakritkan tembikar sebagai barang daripada tanah Hat yang dibakar dan bergilap (cawan, mangkuk, pinggan, dan lain-lain) atau seramik iaitu serpihan (pinggan, periuk, dan lain-lain), beling dan tembereng. Menurut sumber yang diterbitkan oleh perbadanan kemajuan kraf tangan Malaysia, 2005. Terdapat jenis barangan yang telah dihasilkan oleh tiga buah negeri iaitu perak, Kelantan dan Pahang seperti labu, geluk, buyung, terenang, belanga, perasap,
tempayan das periuk.
Sabah dan Sarawak juga termasuk dalam lingkungan yang menghasilkan tembikar tersebut dalam masyarakat. Salah satu contoh tembikar yang dimiliki oleh suku kaum Kadazan Dusun iaitu kuron atau tembikar yang mempunyai penutup kepalanya. Kuron
dihasilkan untuk kegunaan harian seperti memasak dan menyimpan barang makanan atau air (Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia, 2005). Penduduk dari kampung Melangkap, Kota Belud merupakan pengusaha kepada seni warisan iaitu tembikar.
Hal ini menunjukkan masih terdapat golongan masyarakat yang masih mewarisi
cara pembuatan tembikar secara manual dan buatan tangan tanpa menggunakan teknologi 10
mesin kini. Masyarakat Dusun amat bergantung pada penggunaan luping suatu masa dahulu. Oleh itu, masyarakat Dusun telah mempelajan dan mewarisi kepakaran dan kemahiran untuk menghasilkan luping sendiri tanpa bergantung dari luping yang dibawa
dari luar iaitu negara China.
11