• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mahasiswa UniMAP calon tunggal dari Malaysia terima biasiswa IEEE MTT-S

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Mahasiswa UniMAP calon tunggal dari Malaysia terima biasiswa IEEE MTT-S"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1

KENYATAAN MEDIA 15 Mac 2016

MAHASISWA UniMAP CALON TUNGGAL DARI MALAYSIA TERIMA BIASISWA IEEE MTT-S

Kangar, 15 Mac – Mahasiswa tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perhubungan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi calon tunggal dari Malaysia yang terpilih menerima bantuan biasiswa “Institute of Electrical and Electronics Engineers Microwave Theory and Techniques Society (IEEE MTT-S) khusus untuk pelajar ijazah pertama bagi tahun 2016.

Lebih membanggakan, Muhammad Adam Hamidon, 24, yang berasal daripada Selangor juga merupakan pelajar Malaysia pertama yang terpilih sebagai penerima biasiswa tersebut yang mula ditawarkan sejak tahun 2001 lalu, ujar Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

Menurut beliau, kejayaan Muhammad Adam yang diperoleh menerusi laman web rasmi IEEE MTT-S, bakal menjadi suntikan semangat untuk mahasiswa UniMAP terus komited menghasilkan penyelidikan berimpak yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

“Kemenangan ini satu petanda bahawa Projek Tahun Akhir yang dilaksanakan UniMAP bukan sahaja menepati criteria di peringkat antarabangsa, malah mampu menyumbang kepada masyarakat.

“Penerima-penerima biasiswa ini dipilih oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dari seluruh dunia menerusi penilaian kertas cadangan projek masing-masing. Antara kriteria yang dinilai adalah dari aspek keaslian kajian serta prospek mahasiswa tersebut menjayakan projek dalam masa yang ditetapkan,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

IEEE MTT–S merupakan satu jawatankuasa yang menghimpunkan pakar-pakar kejuruteraan dan teknikal dalam bidang teori dan aplikasi RF, mikkrogelombang, gelombang milimeter dengan keahlian melebihi 13,000 orang dari seluruh dunia.

(2)

Unit Perhubungan Media Page 2

Biasiswa tersebut dianugerahkan dalam dua fasa setiap tahun bertujuan untuk menarik minat pelajar-pelajar sarjana muda untuk meneruskan kerjaya atau menyambung pengajian keperingkat pasca-siswazah dalam bidang “radio frequency (RF)” serta mikrogelombang (microwave).

Muhammad Adam, terpilih sebagai penerima biasiswa melalui projek tahun akhirnya iaitu vest pemantauan tahap kesihatan untuk warga emas yang mana ia merupakan satu system pengesan parameter kesihatan bersepadu dalam format pakaian yang menggabungkan empat jenis pengesan.

Alat ini mampu mendapatkan bacaan data kesihatan daripada badan pemakainya dan menyimpannya di dalam pengkalan data dengan selamat yang man aia kemudiannya boleh dipantau oleh doktor, pakar kesihatan serta keluarga pesakit itu sendiri secara atas talian.

Projek tersebut yang diselia oleh Dr. Soh Ping jack dijangka siap pada bulan Mei 2016. Para pemenang biasiswa ini akan menerima sijil dan hadiah wang tunaisebanyak USD$1500 bagi menyempurnakan projek tersebut, selain turut secara automatik menerima keahlian pelajar IEEE dan MTT-S untuk tempoh setahun secara percuma.

Muhammad Adam turut menerima bantuan perjalanan bagi menghadiri the International Microwave Symposium (IMS) yang bakal diadakan di San Francisco, Amerika Syarikat yang akan diadakan secara serentak dengan penganugerahan biasiswa pada bulan Mei ini.

Dikeluarkan Oleh :

SUHANA ABDUL MUTALIB Pengarah

Unit Perhubungan Media UniMAP ([email protected])

Referensi

Dokumen terkait

Page 1 KENYATAAN MEDIA 1 Mac 2016 UniMAP ANJUR PERTANDINGAN TARIAN, KEBAYA TRADISIONAL Kangar,1 Mac – Bertemakan Melestarikan Tarian Tradisional Perlis, Pusat Kajian Istitusi Raja

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Pelajar UniMAP Kekal 100 peratus Dalam Kampus Kangar, 26 Ogos – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP akan kekal 100

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Raih Tempat Ketiga Pesta Pantun Terbuka Perlis KANGAR, 30 September 2016 - Wakil Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya meraih

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP SERAH SUMBANGAN 3,449 PERABOT KEPADA 23 SEKOLAH Kangar, 14 Disember 2016 – Universiti Malaysia Perlis UniMAP telah menyumbangkan

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP CONTRIBUTED 3,449 FURNITURE TO 23 SCHOOLS Kangar, 14 Disember 2016 - Universiti Malaysia Perlis UniMAP has contributed a total

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA ASG 2017 RAIKAN 164 STAF CEMERLANG UniMAP Kangar , 29 Mac – Seramai 164 staf Universiti Malaysia Perlis UniMAP diraikan dalam majlis Anugerah

Pejabat Naib Canselor | 1 KENYATAAN M KENYATAAN MEDIA UniMAP RESEARCHER RECEIVE ENDEAVOUR LEADERSHIP AUSTRALIA RESEARCH FELLOWSHIP AWARD 2019 KANGAR, March 12 – A researcher from

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 19 UniMAP RETIREES INCLUDING FORMER REGISTRAR CELEBRATED Kangar, March 12 – A total of 19 Universiti Malaysia Perlis UniMAP staff