• Tidak ada hasil yang ditemukan

Maybank catat untung RM2.04 bilion

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Maybank catat untung RM2.04 bilion"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Maybank catat untung RM2.04 bilion

Wartawan BH

[email protected]

KUALA LUMPUR: Maybank mencatatkan keuntungan bersih RM2.04 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022, berbanding RM2.39 bilion pada suku sama tahun lalu apabila keruncingan geopolitik dan turun naik pasaran memberi kesan kepada persekitaran operasi.

Keuntungan sebelum cukai bank keempat terbesar di Asia Tenggara berdasarkan aset bagi suku dikaji itu juga lebih rendah pada RM2.97 bilion daripada RM3.17 bilion setahun sebelumnya

Maybank dalam kenyataanya menjelaskan, walaupun pembukaan semula ekonomi serantau membawa kepada peningkatan dalam pertumbuhan pinjaman dan mengurangkan caj rosot nilai, kelemahan pasaran mengurangkan kesan positif itu.

Katanya, pendapatan berasaskan dana bersih untuk suku pertama meningkat 5.3 pera kepada RM4.89 bilion apabila margin faedah bersih (NIM) berkembang tiga mata asas tahun ke tahun di atas perbelanjaan faedah yang lebih rendah, manakala pinjaman meningkat 5.2 peratus.

"Namun, ini diimbangi oleh penurunan 28.3 peratus dalam jumlah pendapatan berasaskan fi bersih kepada RM1.56 bilion merentas kebanyakan segmen perniagaan disebabkan oleh ketidaktentuan pasaran.

"Akibatnya, pendapatan operasi bersih 5.4 peratus lebih rendah pada RM6.45 bilion berbanding RM6.83 bilion sebelumnya," katanya.

Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa, berkata permulaan 2022 kelihatan cerah dengan penyambungan semula aktiviti ekonomi secara aktif dan pembukaan semula sempadan antarabangsa secara beransur-ansur.

"Bagaimanapun, peningkatan keruncingan geopolitik dan kemeruapan pasaran yang terhasil serta tekanan inflasi telah melemahkan sentimen ini.

"Walaupun berhati-hati dalam tinjauan hadapan sepanjang tahun ini memandangkan ketidaktentuan yang ketara, kami akan kekal berpandukan strategi berpandangan ke hadapan yang ditetapkan dalam Pelan M25.

"Kami berhasrat untuk memacu pertumbuhan perniagaan baharu

(2)

secara aktif dalam tempoh pemulihan ini, sementara pada masa yang sama terus menyokong pelanggan untuk memastikan mereka dapat kekal mampan dalam jangka masa panjang," kataya.

Beliau turut mengambil peluang untuk mengalu-alukan pelantikan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli, yang memulakan perkhidmatan pada 1 Mei lalu.

"Dengan pengalaman dan wawasannya selama 30 tahun dalam perkhidmatan kewangan dan pasaran modal, kami berharap bekerjasama dengan Khairussaleh di waktu beliau menerajui Maybank berteraskan bidang fokus M25 iaitu pendigitalan, pemacu nilai baharu dan kemampanan," katanya.

Sementara itu, Khairussaleh berkata arah aliran positif dalam prestasi kewangan suku pertama kumpulan adalah jelas di seluruh pasaran utama walaupun terdapat kesan berlarutan faktor global terhadap persekitaran operasi.

"Walaupun tinjauan hadapan bagi baki tahun ini kekal bercampur-baur pada peringkat ini, kami akan menumpukan untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan merentas segmen pelanggan dalam pasaran utama sambil mengekalkan kekuatan modal dan kecairan untuk memudahkan peluang pertumbuhan," katanya.

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam pada itu, Mohd Irwan berkata, Kumpulan Bank Rakyat merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 sebanyak RM1.70 bilion berbanding

Better to use the type of fuel boilers pure fiber because of its value heat is not so much with a calorific value of fuel other and boiler efficiency ishigherthan other types of fuel