• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendapatan faedah bersih melonjak sebanyak 3.4 peratus kepada RM4.32 bilion, disokong oleh pertumbuhan pinjaman dan deposit yang baik, selain margin faedah bersih yang meningkat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Pendapatan faedah bersih melonjak sebanyak 3.4 peratus kepada RM4.32 bilion, disokong oleh pertumbuhan pinjaman dan deposit yang baik, selain margin faedah bersih yang meningkat"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Public Bank mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM4.02 bilion bagi setengah tahun pertama 2022, meningkat sebanyak enam peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2021.

Peningkatan keuntungan itu dipacu terutamanya oleh pendapatan faedah bersih lebih tinggi serta peruntukan pengurangan nilai pinjaman yang lebih rendah.

(2)

Keuntungan bersih milik pemegang saham bagaimanapun lebih rendah pada RM2.82 bilion pada setengah tahun pertama berakhir Jun 2022, berbanding dengan RM2.91 bilion dalam tempoh yang sama pada 2021 berikutan kesan daripada Cukai Makmur.

Pendapatan faedah bersih melonjak sebanyak 3.4 peratus kepada RM4.32 bilion, disokong oleh pertumbuhan pinjaman dan deposit yang baik, selain margin faedah bersih yang meningkat.

Pengasas, Pengerusi Emeritus, Pengarah dan Penasihat Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, berkata peralihan kepada endemik berserta aktiviti perniagaan dan

sentimen pengguna yang meningkat telah menyebabkan persekitaran perniagaan bertambah baik, sekali gus menyokong perniagaan perbankan teras kumpulan bagi pinjaman dan deposit.

Beliau menambah, kumpulan terus mengendalikan kunci kira-kira dan kualiti asetnya dengan berhemat bagi memastikan perlindungan yang mencukupi di tengah-tengah cabaran ekonomi.

Katanya, untuk setengah tahun pertama 2022, nisbah pinjaman pengurangan nilai kasar kekal rendah pada 0.3 peratus walaupun program bantuan pembayaran balik di bawah skim Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) telah berakhir.

"Asas kukuh dan pengurusan berhemat telah membolehkan kumpulan untuk terus mengekalkan pulangan ekuiti bersih yang bertahan sebanyak 12 peratus dan nisbah kos kepada pendapatan yang cekap sebanyak 33.5 peratus, yang kesemuanya dalam lingkungan sasaran kumpulan untuk tahun 2022.

"Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 8.0 sen sesaham, membolehkan jumlah pembayaran dividen sebanyak RM1.55 bilion, 55.2 peratus daripada keuntungan bersih kumpulan untuk setengah tahun berakhir pada 30 Jun 2022.

"Dividen interim pertama ini akan dibayar pada 23 September 2022 berdasarkan tarikh kelayakan dividen pada 14 September 2022," katanya dalam satu kenyataan.

Pada setengah tahun pertama 2022, jumlah pinjaman Kumpulan Public Bank

berkembang sebanyak 5.6 peratus kepada RM368 bilion, berbanding dengan RM358.0 bilion pada akhir Disember 2021.

Pinjaman domestik berkembang pada kadar tahunan sebanyak 5.4 peratus kepada RM343.6 bilion, sejajar dengan kadar pertumbuhan tahunan industri sebanyak 5.4 peratus.

(3)

Ini terutamanya disebabkan oleh pertumbuhan kukuh segmen pemberian pinjaman kumpulan yang penting untuk hartanah kediaman dan pembiayaan sewa beli.

"Walaupun cabaran dan persaingan ekonomi hebat dan amat ketara di pasaran, kumpulan berupaya mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju domestik dalam hartanah kediaman, pembiayaan sewa beli dan pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan bahagian pasaran masing-masing sebanyak 20.5 peratus, 30.5 peratus dan 20.5 peratus," kata Hong Piow.

Dari segi pendanaan, jumlah deposit pelanggan kumpulan mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 4.1 peratus kepada RM388.3 bilion dalam tempoh yang sama.

Deposit domestik berkembang pada kadar tahunan sebanyak 3.6 peratus kepada RM358.9 bilion berbanding dengan pertumbuhan industri tahunan sebanyak 4.0 peratus.

Mengenai prospek, Hong Piow berkata ekonomi Malaysia terus berada pada landasan pemulihan, disokong oleh permintaan domestik yang bertambah baik dan pertumbuhan eksport yang mampan.

Beliau berkata, peralihan kepada fasa endemik dengan sekatan COVID-19 yang semakin longgar telah mengukuhkan pemulihan ekonomi.

Bagaimanapun, katanya cabaran besar masih ada, lantaran konflik geopolitik dunia, kemunculan semula kes COVID-19, tekanan inflasi yang memuncak dan gangguan rantaian bekalan global.

"Ketika mana cabaran masih ketara, Kumpulan Public Bank akan terus menyahut cabaran berkenaan dengan memberi tumpuan pada pengurusan kos dan risiko berhematm" katanya.

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Referensi

Dokumen terkait

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar lebih perlahan kepada 4.3 peratus tahun ini berbanding pertumbuhan 8.7 peratus pada 2022, dengan Keluaran Dalam Negara