• Tidak ada hasil yang ditemukan

prestasi perdagangan luar bagi bulan februari 2020 dan ... - MITI

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "prestasi perdagangan luar bagi bulan februari 2020 dan ... - MITI"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

MINISTER OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY MALAYSIA

PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA

PRESTASI PERDAGANGAN LUAR BAGI BULAN FEBRUARI 2020 DAN TEMPOH JANUARI- FEBRUARI 2020 #

FebruarI 2020 – Pertumbuhan Eksport tahun ke tahun Terpantas Sejak November 2018

Perdagangan Malaysia pada Februari 2020 mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 11.6% kepada RM136.28 bilion berbanding Februari 2019. Peningkatan perdagangan direkodkan dengan Amerika Syarikat (AS), Singapura, Republik Korea (ROK), China dan Taiwan. Eksport merekodkan peningkatan ketara sebanyak 11.8%

kepada RM74.45 bilion, berbanding penurunan 1.5% pada Januari 2020. Ini merupakan pertumbuhan tahun ke tahun tertinggi bagi tempoh 16 bulan. Import berkembang 11.3% kepada RM61.83 bilion.

Lebihan dagangan pada Februari 2020 bernilai RM12.62 bilion, meningkat 14.1%

berbanding Februari 2019. Ini merupakan lebihan dagangan terbesar yang dicatatkan setakat ini bagi bulan Februari dan yang ke-268 bulan berturut-turut.

Ministry of International Trade and Industry Malaysia

(2)

Berbanding Januari 2020, perdagangan, eksport dan import masing-masing mencatatkan penurunan 12.7%, 11.5% dan 14.2%. Lebihan dagangan meningkat sebanyak 4.9%.

Perdagangan Malaysia bagi tempoh 2 bulan tahun 2020, meningkat 3.9% kepada RM292.48 bilion. Perdagangan yang lebih tinggi direkodkan ke AS, Singapura, ROK, Indonesia dan India. Eksport bagi tempoh tersebut mencatatkan kenaikan 4.3%

kepada RM158.57 bilion dan import meningkat 3.5% kepada RM133.91 bilion.

Lebihan dagangan Malaysia bagi tempoh Januari hingga Februari 2020 bernilai RM24.65 bilion, 9.2% lebih tinggi berbanding RM22.57 bilion bagi tempoh yang sama tahun 2019.

Prestasi Eksport Sektor Utama

Pertumbuhan Dua Digit bagi Eksport Barangan Perkilangan dan Keluaran Pertanian

Pada bulan Februari 2020, eksport barangan perkilangan mencatatkan kenaikan 13.1% kepada RM63.12 bilion berbanding Februari 2019 dan merangkumi 84.8%

daripada jumlah eksport. Eksport yang lebih tinggi direkodkan bagi hampir kesemua barangan perkilangan kecuali barangan elektrik dan elektronik (E&E) serta minuman dan tembakau. Penyumbang utama kepada peningkatan eksport adalah barangan besi dan keluli, barangan optik dan saintifik, keluaran petroleum, jentera, kelengkapan dan peralatan, barangan kayu serta barangan makanan diproses.

Eksport hasil galian (syer 7.6%) menyusut 3% kepada RM5.63 bilion. Pengurangan eksport disebabkan terutamanya oleh penurunan eksport petroleum mentah. Walau bagaimanapun, eksport gas asli cecair (LNG) meningkat 7.1%.

Eksport keluaran pertanian (syer 7%) mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 15.8% kepada RM5.19 bilion hasil kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran

2

(3)

pertanian berasaskan minyak sawit, terutamanya minyak sawit yang meningkat 17.1%

berbanding Februari 2019.

Barangan eksport utama pada Februari 2020:

Barangan E&E bernilai RM25.11 bilion dan merangkumi 33.7% daripada jumlah eksport, menurun 2.7% berbanding Februari 2019;

Keluaran petroleum, RM5.05 bilion, 6.8% daripada jumlah eksport, meningkat 17%;

Kimia dan bahan kimia, RM4.3 bilion, 5.8% daripada jumlah eksport, meningkat 9.6%;

Minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, RM3.56 bilion, 4.8% daripada jumlah eksport, meningkat 17.1%; dan

Jentera, kelengkapan dan peralatan, RM3.48 bilion, 4.7% daripada jumlah eksport, meningkat 23%.

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, eksport barangan perkilangan, hasil galian dan keluaran pertanian masing-masing menyusut 11.1%, 21.3% dan 3.6%.

Bagi tempoh 2 bulan pertama tahun 2020, eksport barangan perkilangan meningkat 6.4% kepada RM134.15 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu, didorong oleh kenaikan eksport keluaran petroleum, barangan besi dan keluli serta barangan optik dan saintifik. Eksport hasil galian menurun 13.4% kepada RM12.78 bilion disebabkan terutamanya eksport yang lebih rendah bagi LNG. Eksport keluaran pertanian berkembang 4.7% kepada RM10.58 bilion berikutan peningkatan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.

Prestasi Perdagangan dengan Pasaran Utama

Pertumbuhan Dua Digit Eksport ke Hampir Semua Pasaran ASEAN

Jumlah perdagangan dengan ASEAN pada Februari 2020 berkembang 10% tahun ke tahun kepada RM36.17 bilion atau merangkumi 26.5% daripada jumlah perdagangan

3

(4)

Malaysia. Eksport ke ASEAN bernilai RM21.47 bilion, melonjak 14.6%, pertumbuhan terpantas sejak November 2018. Kenaikan eksport disumbangkan oleh eksport yang lebih tinggi bagi keluaran petroleum, barangan besi dan keluli, kimia dan bahan kimia serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Import dari ASEAN bertambah 3.9%

kepada RM14.7 bilion.

Pecahan eksport ke negara ASEAN:

• Singapura RM11.16 bilion, meningkat 22.5%

• Thailand RM3.47 bilion, ↓12.3%

• Viet Nam RM2.36 bilion, ↑14.5%

• Indonesia RM2.34 bilion, ↑21.6%

• Filipina RM1.59 bilion, ↑34.3%

• Myanmar RM271.6 juta, ↑63.8%

• Brunei RM172.2 juta, ↑16.4%

• Kemboja RM108.1 juta, ↓41.8%

• Lao PDR RM4.3 juta, ↑72.4%

Peningkatan ketara eksport direkodkan ke Singapura, yang meningkat sebanyak RM2.05 bilion berikutan kenaikan eksport keluaran petroleum, Indonesia (↑RM416.6 juta, kimia dan bahan kimia) dan Filipina (↑RM404.6 juta, barangan besi dan keluli).

Berbanding Januari 2020, perdagangan, eksport dan import masing-masing mencatatkan pengurangan sebanyak 9.7%, 10.5% dan 8.6%.

Bagi tempoh Januari hingga Februari 2020, perdagangan dengan ASEAN meningkat 1.9% kepada RM76.24 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Eksport ke rantau ini bernilai RM45.46 bilion, naik 4% berikutan pertambahan eksport keluaran petroleum, barangan besi dan keluli serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Import dari ASEAN menyusut 1.2% kepada RM30.78 bilion.

Eksport ke China Kembali Meningkat 11%

Pada Februari 2020, jumlah perdagangan dengan China yang merangkumi 14.1%

atau RM19.19 bilion daripada jumlah perdagangan Malaysia, meningkat 8.6% tahun ke tahun. Eksport ke China meningkat 11% kepada RM9.44 bilion selepas

4

(5)

mencatatkan penurunan sebanyak 5.6% pada Januari 2020. Peningkatan ini disokong oleh kenaikan eksport barangan besi dan keluli, barangan optik dan saintifik, barangan perkilangan logam serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. Import dari China berkembang 6.5% kepada RM9.76 bilion.

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masing- masing menyusut 27.3%, 9.3% dan 39%.

Perdagangan dengan China bagi tempoh Januari hingga Februari 2020 bernilai RM45.6 bilion, menyusut 2.1% berbanding tempoh yang sama tahun 2019. Eksport ke China mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.6% kepada RM19.84 bilion, hasil kenaikan eksport barangan besi dan keluli, barangan perkilangan logam serta barangan optik dan saintifik. Import dari China menurun 4.8% kepada RM25.76 bilion.

Eksport ke AS Meningkat Bagi 11 Bulan Berturut-turut

Jumlah perdagangan dengan AS pada Februari 2020 yang merangkumi 10.1%

daripada jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan kenaikan sebanyak 23.3%

kepada RM13.78 bilion. Eksport ke AS terus berkembang selama 11 bulan berturut- turut dengan kenaikan 25.5% tahun ke tahun kepada RM7.93 bilion pada Februari 2020. Pertambahan eksport telah direkodkan bagi barangan perkilangan terutamanya barangan E&E, barangan kayu, barangan optik dan saintifik, jentera, kelengkapan dan peralatan serta keluaran getah. Import dari AS meningkat 20.4% kepada RM5.85 bilion.

Berbanding Januari 2020, perdagangan, eksport dan import masing-masing jatuh sebanyak 10.5%, 8.9% dan 12.6%.

Bagi tempoh 2 bulan pertama tahun 2020, jumlah perdagangan dengan AS naik 19.3% kepada RM29.19 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Eksport meningkat 16.6% kepada RM16.64 bilion didorong oleh eksport yang lebih tinggi bagi barangan E&E, barangan kayu, barangan optik dan saintifik, jentera, kelengkapan dan

5

(6)

peralatan serta barangan perkilangan logam. Import dari AS meningkat 23.1% kepada RM12.55 bilion.

Pertumbuhan Dua Digit Eksport ke 4 Pasaran Utama EU

Jumlah perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) yang menyumbang 8.4%

daripada jumlah perdagangan Malaysia berkurang 7.1% tahun ke tahun kepada RM11.41 bilion. Eksport bernilai RM6.71 bilion, menyusut 4.9% disebabkan eksport yang lebih rendah bagi barangan E&E dan barangan perkilangan logam. Manakala, kenaikan eksport dapat dilihat bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, barangan optik dan saintifik, barangan perkilangan berasaskan minyak sawit serta keluaran getah. Import dari EU menurun 10% kepada RM4.7 bilion.

Di antara 10 pasaran utama EU yang merangkumi 91.3% daripada jumlah eksport Malaysia ke EU, eksport ke 7 negara mencatatkan pertumbuhan positif iaitu Itali (↑17.9%), Poland (↑48.3%), Belgium (↑10.9%), Perancis (↑6.5%), Hungary (↑13.6%), Sweden (↑5.3%) dan Republik Czech (↑3.3%).

Berbanding Januari 2020, perdagangan, eksport dan import masing-masing merosot 10.9%, 6.8% dan 16.1%.

Jumlah perdagangan dengan EU bagi tempoh 2 bulan pertama tahun 2020 menurun 7.3% kepada RM24.21 bilion. Eksport bernilai RM13.91 bilion, menurun 7.4%

disebabkan eksport yang lebih rendah bagi barangan E&E dan barangan perkilangan logam. Namun begitu, kenaikan eksport dicatatkan bagi barangan perkilangan berasaskan minyak sawit serta keluaran petroleum. Import dari EU menyusut 7.1%

kepada RM10.29 bilion.

Eksport ke Jepun Meningkat Selepas Mencatatkan Penurunan 5 Bulan Berturut- turut

Pada Februari 2020, perdagangan dengan Jepun yang menyumbang 7.9% kepada jumlah perdagangan Malaysia berkembang 5.5% tahun ke tahun kepada RM10.73

6

(7)

bilion. Eksport bernilai RM5.6 bilion, meningkat 3.7%, merupakan kenaikan pertama sejak September 2019. Eksport yang lebih tinggi direkodkan bagi barangan optik dan saintifik, keluaran petroleum, kimia dan bahan kimia, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta barangan E&E. Kesemua barangan ini secara kolektifnya berkembang 22.1% kepada RM2.27 bilion. Import dari Jepun meningkat 7.5% kepada RM5.13 bilion.

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, import meningkat 10.7% manakala perdagangan dan eksport masing-masing menurun 4.1% dan 14.6%.

Bagi tempoh 2 bulan pertama tahun 2020, perdagangan dengan Jepun meningkat 1.1% kepada RM21.93 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2019. Eksport meningkat secara marginal sebanyak 0.8% kepada RM12.16 bilion, didorong oleh kenaikan eksport barangan optik dan saintifik, keluaran petroleum, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta barangan E&E. Import dari Jepun naik 1.5% kepada RM9.77 bilion.

Rakan Dagang FTA

Pada Februari 2020, perdagangan dengan rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang merangkumi 64.6% daripada jumlah perdagangan Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 10.3% tahun ke tahun kepada RM88.05 bilion. Eksport ke negara rakan dagang FTA bernilai RM50.02 bilion, 11.2%

lebih tinggi dan import meningkat 9.2% kepada RM38.03 bilion.

Kenaikan ketara eksport direkodkan ke ROK sebanyak 51.6% kepada RM3.41 bilion disokong oleh kenaikan eksport LNG manakala Turki (↑42.7% kepada RM689.6 juta) dan Pakistan (↑71.9% kepada RM400.5 juta) masing-masing disumbangkan oleh peningkatan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.

Berbanding Januari 2020, perdagangan, eksport dan import masing-masing menyusut 14.8%, 12.2% dan 17.9%.

7

(8)

Perdagangan dengan rakan dagang FTA bagi tempoh 2 bulan pertama tahun 2020 yang merangkumi 65.4% daripada jumlah perdagangan Malaysia bernilai RM191.37 bilion, meningkat 2.1%. Eksport berjumlah RM107.01 bilion, naik 2.8% dan import bertambah 1.2% kepada RM84.36 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2019.

Prestasi Import

Import pada bulan Februari 2020 meningkat 11.3% kepada RM61.83 bilion berbanding Februari 2019. Tiga kategori utama import mengikut penggunaan akhir yang merangkumi 79.1% daripada jumlah keseluruhan import adalah:

Barang pengantara, berjumlah RM38.39 bilion atau 62.1% daripada jumlah import, naik 20.4%, hasil peningkatan import alat ganti dan aksesori bagi barang modal (kecuali kelengkapan pengangkutan) khususnya alat ganti bagi jentera elektrik dan kelengkapan;

Barang modal, bernilai RM5.49 bilion atau 8.9% daripada jumlah import, menyusut 16.9%, berikutan penurunan import barang modal (kecuali kelengkapan pengangkutan), khasnya bagi alat ganti bagi jentera dan peralatan mekanikal; dan

Barang penggunaan, bernilai RM5.02 bilion atau 8.1% daripada jumlah import, meningkat 10.1%, disokong oleh kenaikan import barangan makanan diproses dan minuman bagi penggunaan isirumah terutamanya daging.

Bagi tempoh Januari hingga Februari 2020, import berjumlah RM133.91 bilion, meningkat 3.5% berbanding tempoh yang sama tahun 2019. Barang penggunaan bernilai RM77.24 bilion, naik 11.4%, barang modal (RM13.14 bilion, ↓15.7%) dan barang penggunaan (RM11.47 bilion, ↑3.6%).

8

(9)

Nota:

Perlu diambil perhatian bahawa dari segi konsep, angka eksport dan import dalam perangkaan perdagangan luar negeri adalah berbeza daripada apa yang terdapat dalam akaun barangan untuk perhitungan imbangan pembayaran. Penyusunan perangkaan perdagangan antarabangsa biasanya dibuat berdasarkan rekod kastam yang mencerminkan pergerakan barangan fizikal dari satu sempadan ke sempadan yang lain, dan mengikut garis panduan antarabangsa mengenai konsepkonsep dan definisi-definisi contohnya International Merchandise Trade Statistics: Concepts and Definitions 2010 (IMTS 2010) yang berbeza dengan prinsip- prinsip Sistem Akaun Negara (SNA) dan perhitungan Imbangan Pembayaran (BOP). Dalam SNA, barangan didefinisikan sebagai “barangan fizikal yang ada permintaan dan di mana hak milik boleh dikenal pasti serta hak miliknya boleh dipindahkan dari satu institusi ke institusi lain melalui pasaran”.

Ini adalah keluaran awalan, keterangan terperinci akan diterbitkan dalam laporan “PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BULANAN” yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, untuk kegunaan umum pada jam 1200, Jumaat, 3 April 2020 dan boleh dimuat turun melalui eStatistik di portal Jabatan Perangkaan Malaysia (https://newss.statistics.gov.my/newss-ortalx/ep/epLogin.seam).

+ Siaran media ini boleh diakses daripada portal Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (http://www.miti.gov.my) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (http://www.matrade.gov.my).

# Data bulan Februari 2020 adalah provisional dan tertakluk kepada semakan/pindaan dalam keluaran berikutnya.

Mulai bulan rujukan April 2018, pemilihan kod untuk eksport dan import bagi minyak sawit dan keluaran berasaskan minyak sawit telah dikaji semula serta dikemaskini untuk lebih mewakili barangan tersebut, dan ini telah menyebabkan sedikit perubahan pada data.

19 rakan dagang FTA terdiri daripada China, Singapura, Jepun, Thailand, Republik Korea, Indonesia, India, Australia, Viet Nam, Filipina, New Zealand, Turki, Pakistan, Myanmar, Kemboja, Brunei, Chile, Lao PDR dan Hong Kong SAR.

Mulai bulan rujukan Februari 2020, Kesatuan Eropah (EU) adalah tidak termasuk United Kingdom

9

(10)

JADUAL 1: RINGKASAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA

Tahun/ Eksport Import

Imbangan Perdagangan

Jumlah Perdagangan

Tempoh (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

2019p

Januari 85,399.9 73,885.7 11,514.2 159,285.5 Februari 66,599.5 55,543.1 11,056.4 122,142.5 Mac 84,063.2 69,678.9 14,384.2 153,742.1 April 85,155.0 74,345.6 10,809.4 159,500.6 Mei 84,138.2 75,062.7 9,075.5 159,201.0 Jun 76,143.2 65,631.0 10,512.2 141,774.2 Julai 87,958.4 73,682.5 14,275.9 161,640.9 Ogos 81,357.4 70,460.9 10,896.4 151,818.3 September 77,721.3 69,367.2 8,354.0 147,088.5 Oktober 90,594.0 73,268.2 17,325.8 163,862.1 November 80,872.3 74,261.3 6,610.9 155,133.6 Disember 86,374.9 73,880.2 12,494.8 160,255.1

2019 (Jan-Dis)p 986,377.1 849,067.3 137,309.8 1,835,444.4

2020p

Januari 84,114.1 72,081.0 12,033.1 156,195.1 Februari 74,451.2 61,831.6 12,619.6 136,282.8

Perubahan m-o-m (%) -11.5 -14.2 4.9 -12.7

Perubahan y-o-y (%) 11.8 11.3 14.1 11.6

Jan-Feb 2019p 151,999.3 129,428.7 22,570.6 281,428.1 Jan-Feb 2020p 158,565.3 133,912.5 24,652.7 292,477.8

Perubahan (%) 4.3 3.5 9.2 3.9

Nota: Jumlah tidak semestinya terhasil disebabkan pembundaran

10

(11)

JADUAL 2: BARANGAN UTAMA EKSPORT

Barangan

Februari 2020p

Januari 2020p

Februari 2019p

Perubahan m-o-m

Perubahan y-o-y

RM Juta RM Juta RM Juta % %

Jumlah Eksport 74,451.2 84,114.1 66,599.5 -11.5 11.8

Barangan E&E 25,105.4 32,421.5 25,813.3 -22.6 -2.7

Keluaran Petroleum 5,054.7 6,742.6 4,319.0 -25.0 17.0

Kimia & Bahan Kimia 4,302.4 4,252.0 3,926.7 1.2 9.6

Minyak Sawit & Keluaran

Pertanian Berasaskan Minyak Sawit 3,561.4 3,738.9 3,041.9 -4.7 17.1 Jentera, Kelengkapan &

Peralatan 3,475.5 3,444.6 2,825.0 0.9 23.0

LNG 3,367.2 3,986.9 3,145.1 -15.5 7.1

Barangan Optik & Saintifik 3,314.4 3,066.2 2,196.8 8.1 50.9 Barangan Perkilangan Logam 2,955.0 3,094.8 2,608.3 -4.5 13.3

Keluaran Getah 2,315.2 2,214.0 1,981.4 4.6 16.8

Barangan Besi & Keluli 2,266.2 1,853.6 1,047.6 22.3 116.3

JADUAL 3: PASARAN UTAMA EKSPORT

Pasaran

Februari 2020p

Januari 2020p

Februari 2019p

Perubahan m-o-m

Perubahan y-o-y

RM Juta RM Juta RM Juta % %

Jumlah Eksport 74,451.2 84,114.1 66,599.5 -11.5 11.8

Singapura 11,164.3 12,298.5 9,110.7 -9.2 22.5

China 9,437.4 10,400.1 8,502.0 -9.3 11.0

AS 7,929.8 8,707.7 6,317.9 -8.9 25.5

Jepun 5,600.4 6,561.6 5,398.5 -14.6 3.7

Hong Kong 4,018.0 5,560.7 3,978.6 -27.7 1.0

Thailand 3,465.7 4,519.9 3,951.8 -23.3 -12.3

ROK 3,405.4 3,410.4 2,245.6 -0.1 51.6

Taiwan 2,493.9 2,954.6 2,063.5 -15.6 20.9

India 2,417.5 3,117.3 2,664.8 -22.4 -9.3

Viet Nam 2,362.8 2,321.4 2,064.3 1.8 14.5

11

(12)

JADUAL 4: BARANGAN UTAMA IMPORT

Barangan

Februari 2020p

Januari 2020p

Februari 2019p

Perubahan m-o-m

Perubahan y-o-y

RM Juta RM Juta RM Juta % %

Jumlah Import 61,831.6 72,081.0 55,543.1 -14.2 11.3

Barangan E&E 18,524.2 20,518.9 17,232.5 -9.7 7.5

Keluaran Petroleum 6,790.6 6,511.9 3,864.6 4.3 75.7

Kimia & Bahan Kimia 5,815.4 6,452.6 5,362.4 -9.9 8.4 Jentera, Kelengkapan &

Peralatan 4,201.9 5,572.2 4,414.2 -24.6 -4.8

Barangan Perkilangan Logam 3,464.1 4,600.6 2,885.3 -24.7 20.1 Kelengkapan Pengangkutan 2,210.1 2,645.7 3,109.5 -16.5 -28.9 Barangan Besi & Keluli 2,170.4 2,497.4 1,865.4 -13.1 16.3

Petroleum Mentah 2,119.8 3,646.6 1,929.5 -41.9 9.9

Barangan Optik & Saintifik 1,848.1 1,795.4 1,464.6 2.9 26.2 Barangan Makanan Diproses 1,668.3 1,749.1 1,270.2 -4.6 31.3

JADUAL 5: SUMBER UTAMA IMPORT

Sumber

Februari 2020p

Januari 2020p

Februari 2019p

Perubahan m-o-m

Perubahan y-o-y

RM Juta RM Juta RM Juta % %

Jumlah Import 61,831.6 72,081.0 55,543.1 -14.2 11.3

China 9,757.3 16,000.4 9,165.4 -39.0 6.5

Singapura 6,199.8 7,535.3 5,968.9 -17.7 3.9

AS 5,852.7 6,700.0 4,863.0 -12.6 20.4

Jepun 5,131.9 4,634.0 4,774.4 10.7 7.5

Taiwan 4,463.0 4,644.7 3,757.7 -3.9 18.8

ROK 3,148.0 3,485.4 2,485.9 -9.7 26.6

Thailand 2,968.2 2,870.6 3,610.6 3.4 -17.8

Indonesia 2,932.0 3,196.9 2,674.0 -8.3 9.6

India 2,219.7 2,282.1 1,360.4 -2.7 63.2

Jerman 1,939.8 2,365.3 1,828.1 -18.0 6.1

12

(13)

JADUAL 6: BARANGAN UTAMA EKSPORT (JANUARI-FEBRUARI 2020)

Barangan

Jan-Feb 2020p

Jan-Feb 2019p

Perubahan

RM Juta RM Juta %

Jumlah Eksport 158,565.3 151,999.3 4.3

Barangan E&E 57,526.8 60,103.6 -4.3

Keluaran Petroleum 11,797.3 8,924.0 32.2

Kimia & Bahan Kimia 8,554.3 9,094.0 -5.9

LNG 7,354.1 8,309.7 -11.5

Minyak Sawit & Keluaran

Pertanian Berasaskan Minyak Sawit 7,300.3 6,761.2 8.0 Jentera, Kelengkapan & Peralatan 6,920.1 6,084.9 13.7 Barangan Optik & Saintifik 6,380.6 5,265.3 21.2

Barangan Perkilangan Logam 6,049.8 5,789.9 4.5

Keluaran Getah 4,529.2 3,981.5 13.8

Barangan Besi & Keluli 4,119.8 2,343.8 75.8

JADUAL 7: PASARAN UTAMA EKSPORT (JANUARI-FEBRUARI 2020) Pasaran

Jan-Feb 2020p

Jan-Feb 2019p

Perubahan

RM Juta RM Juta %

Jumlah Eksport 158,565.3 151,999.3 4.3

Singapura 23,462.8 21,270.5 10.3

China 19,837.5 19,523.4 1.6

AS 16,637.6 14,271.4 16.6

Jepun 12,162.0 12,063.6 0.8

Hong Kong 9,578.7 10,446.5 -8.3

Thailand 7,985.6 9,590.5 -16.7

ROK 6,815.8 5,558.5 22.6

India 5,534.9 5,611.9 -1.4

Taiwan 5,448.6 4,906.4 11.0

Indonesia 5,031.1 4,352.9 15.6

13

(14)

JADUAL 8: BARANGAN UTAMA IMPORT (JANUARI-FEBRUARI 2020)

Barangan

Jan-Feb 2020p

Jan-Feb 2019p

Perubahan

RM Juta RM Juta %

Jumlah Import 133,912.5 129,428.7 3.5

Barangan E&E 39,043.1 39,165.3 -0.3

Keluaran Petroleum 13,302.5 9,403.2 41.5

Kimia & Bahan Kimia 12,268.0 12,632.5 -2.9

Jentera, Kelengkapan & Peralatan 9,774.1 11,208.9 -12.8

Barangan Perkilangan Logam 8,064.7 7,172.6 12.4

Petroleum Mentah 5,766.3 4,175.5 38.1

Kelengkapan Pengangkutan 4,855.8 6,422.6 -24.4

Barangan Besi & Keluli 4,667.7 4,696.6 -0.6

Barangan Optik & Saintifik 3,643.5 3,300.7 10.4

Barangan Makanan Diproses 3,417.5 3,187.0 7.2

JADUAL 9: SUMBER UTAMA IMPORT (JANUARI-FEBRUARI 2020)

Sumber

Jan-Feb 2020p

Jan-Feb 2019p

Perubahan

RM Juta RM Juta %

Jumlah Import 133,912.5 129,428.7 3.5

China 25,757.7 27,062.8 -4.8

Singapura 13,735.1 13,575.9 1.2

AS 12,552.7 10,197.1 23.1

Jepun 9,765.9 9,619.9 1.5

Taiwan 9,107.8 9,143.1 -0.4

ROK 6,633.4 5,560.5 19.3

Indonesia 6,128.9 5,778.0 6.1

Thailand 5,838.8 7,354.0 -20.6

India 4,501.8 3,567.2 26.2

Jerman 4,305.1 4,184.6 2.9

Sumber : Jabatan Perangkaan, Malaysia Disediakan oleh: MATRADE

Nota:

p - data provisional

14

(15)

CARTA 1: PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA BULANAN, 2014 - FEBRUARI 2020

15

Referensi

Dokumen terkait

Bidan diharapkan mampu mengidentifikasi secara dini penyulit persalinan dan mampu merujuk ibu hamil tersebut secara tepat waktu dengan keputusan klinik yang benar.Untuk dapat mencapai

The Cluster based routing protocols, SEP Stable Election Protocol, DEEC Distributed Energy Efficient Clustering, TEEN Threshold Sensitive Energy Efficient Sensor Network Protocol and