• Tidak ada hasil yang ditemukan

View of Metodologi Pembentukan Model Psikologi Komuniti Isteri Bermadu Mengurus Konflik Rumah Tangga Menurut Perspektif Islam

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "View of Metodologi Pembentukan Model Psikologi Komuniti Isteri Bermadu Mengurus Konflik Rumah Tangga Menurut Perspektif Islam"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

METODOLOGI PEMBENTUKAN MODEL PSIKOLOGI KOMUNIKASI ISTERI BERMADU MENGURUS KONFLIK RUMAH TANGGA MENURUT PERSPEKTIF

ISLAM

(Methodology in Development Psychological Communication Model among Sister-Wives in Managing Households Conflicts by Islamic Perspectives)

*Mariam Abd Majid1, Muhammad Yusuf Marlon Abdullah1, Sahlawati Abu Bakar1, Mohd Ridhuan Mohd Jamil2, Salasiah Hanin Hamjah3, Zulkefli Aini3, Naqibah Mansor1

1Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

2Politeknik Nilai Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, 71760 Labu, Negeri Sembilan.

3Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor.

*Corresponding author’s email: mariam@kuis.edu.my Article History:

Submit: 20 March 2020 Accepted: 15 April 2020 Revised: 24 June 2020 Published: 29 June 2020

Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 4, No. 2 (2020), 22-34

Abstrak

Konflik sangat sinonim dikaitkan dengan kehidupan berumah tangga lebih-lebih lagi dalam rumah tangga bermadu. Keadaan berkonflik yang melibatkan pihak suami mahupun isteri yang bermadu sukar dielakkan namun ianya boleh diurus bagi mengelakkan implikasinya menjadi lebih serius. Pendekatan aspek psikologi dalam komunikasi dilihat efektif dijadikan alternatif terutama bagi pihak isteri bermadu untuk mengurus konflik dalam rumah tangga bermadu. Adalah didapati keperluan untuk mewujudkan sebuah model komunikasi psikologi isteri bermadu mengurus konflik dalam rumah tangga. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan mengemukakan metodologi pembentukan model psikologi komunikasi isteri bermadu mengurus konflik rumah tangga. Metodologi pembentukan model ini berasaskan kajian reka bentuk dan pembangunan (DDR) menerusi tiga fasa iaitu analisis keperluan, pembentukan dan pembangunan model serta pengujian kebolehgunaan model. Model ini dibentuk berasaskan lima komponen utama iaitu penyampai, mesej, penerima, gangguan dan pengurusan konflik. Pembentukan model ini berupaya menjadi panduan pengurusan konflik khususnya bagi pasangan rumah tangga bermadu.

Kata kunci: Metodologi; Pembentukan Model; Psikologi Komunikasi; Isteri Bermadu; Mengurus Konflik; Rumah Tangga.

Abstract

Conflicts in marriage are normally happened, among those whom practicing polygamy. The conflicts between a husband and his sister-wives are difficult to avoid but it can be wisely managed by following the Islamic perspectives’ ways before it become worsen. Recently idea of psychological communication approaches were seen to be effective alternative for sister-wives in managing communication conflicts in polygamy life. Hence, psychological communication model among sister-wives in managing households’ conflicts was developed. This article aims to present how a psychological communication model among sister-wives in managing households’ conflicts by Islamic perspectives are performed. This development model is based on design and development research (DDR) through three stages which is; need analysis, design and development, and evaluation. This model are formed, based on five main components namely communicator; messages; receiver; noises; conflict management. The model are expected to be use as a guide for spouses in managing communication conflicts among polygamy practitioners.

Keywords: Methodology; Model Development; Psychological Communication; Sister-Wives; Managing Conflict;

Household

(2)

PENDAHULUAN

Statistik permohonan berpoligami semakin meningkat dari tahun ke tahun di Malaysia. Mengikut Perangkaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kelantan merupakan negeri yang mencatatkan bilangan pendaftaran poligami tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 5,274 kes sejak 1990 hingga 2004. Negeri kedua mencatatkan pendaftaran poligami tertinggi ialah Terengganu iaitu sebanyak 2,645, diikuti Kedah sebanyak 2,613, Johor sebanyak 1,891, Perak sebanyak 1,367 dan Selangor sebanyak 1,039 (Utusan Malaysia, 2006). Isu poligami sering menjadi kontroversi dalam masyarakat terutama berkaitan keharmonian rumah tangga apabila suami berkahwin lagi. Hisham Namat (2018) menyatakan wujud tiga kategori tahap keadaan hubungan rumah tangga poligami iaitu yang harmoni, tidak harmoni dan berada di antara keduanya. Tahap hubungan ini meliputi aspek hubungan suami dengan para isteri mahupun isteri dengan isteri. Kajian Khairuddin dalam Mulia (2004) mengemukakan bahawa poligami antara faktor yang paling kerap mencetuskan tingkah laku yang ganas pihak suami terhadap isteri terutama dalam bentuk gangguan hak-hak berkaitan seksualiti. Antara keganasan yang sering berlaku dalam perkahwinan poligami disebabkan pembahagian hari setiap isteri yang tidak teratur (Irfan Fahmi, 2014). Masalah-masalah dalaman serta luaran yang berlaku ini menyebabkan tercetusnya konflik.

Konflik yang wujud boleh ditangani menerusi komunikasi yang baik. Menurut Cherni (2013), konflik dalam rumah tangga berlaku ekoran kelemahan dalam proses komunikasi. Komunikasi yang tidak efektif menggugat keharmonian hubungan kerana boleh menimbulkan salah faham, salah persepsi dan salah dalam mengambil keputusan (Nur Wahidah, 2011). Banyak kajian menunjukkan bahawa masalah komunikasi yang buruk menyumbang kepada ketidakbahagiaan dalam perkahwinan dan mempunyai potensi tinggi kepada risiko perceraian (Thompson, 2008; Honeycutt, 1993; Thomas et al., 1995). Kegagalan mempraktikkan komunikasi positif bukan sahaja boleh mengundang perceraian dan hubungan yang renggang antara pasangan tetapi turut menyumbang kepada masalah lain seperti pergaduhan, perselisihan faham, pertengkaran dan penderaan (Pickover et al., 2019; Xue et al., 2018; Che Noh & Yusooff, 2011). Ini menjelaskan pentingnya memperbaiki komunikasi dengan pasangan bagi mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan hidup berumahtangga.

Selain komunikasi, faktor perbezaan, kepercayaan, ideologi, fahaman, adat istiadat, kepentingan diri atau kaum dan sebagainya juga turut menyumbang berlakunya konflik (Bharuddin Che Pa & Ajidar Matsyah, 2013). Gangguan turut menjadi antara punca berlakunya konflik dalam sesebuah rumah tangga. Gangguan wujud sama ada daripada faktor luaran yang tidak dapat dikawal mahupun faktor dalaman yang boleh dikawal.

Faktor luaran seperti persekitaran, pihak ketiga atau keluarga, majikan dan faktor dalaman seperti emosi yang tidak stabil, perasaan cemburu dan seumpamanya juga menjadi penyebab munculnya konflik rumah tangga (Nurhanisah & Raihanah, 2016). Konflik dalam rumah tangga tercetus ekoran faktor dalaman dan faktor luaran (Siti Zulaikha, 1989; Haliza, Hasnizam, & Intan Nadia, 2012).

Risiko konflik rumah tangga ini menjadi lebih tinggi berlaku dalam rumah tangga bermadu iaitu apabila suami memiliki lebih daripada seorang isteri.. Dalam keluarga yang mengamalkan poligami, faktor konflik sering terjadi disebabkan si isteri tidak dapat menerima kenyataan bahawa suaminya telah berpoligami. Implikasinya terbit perasaan-perasaan negatif dalam diri isteri tersebut (Haryadi, 2009). Isteri mengalami keadaan sensitif, mudah terasa, mudah marah, mudah sedih, bersikap curiga yang berlebihan kepada suami (Soewondo, 2001).

Di samping itu, isteri merasa keliru terhadap peranan dan tugasnya sebagai seorang isteri (Ammelita, Yeniar, &

Nailul, 2014). Menurut Norhayati Nordin (2018) sebahagian besar faktor berlakunya konflik dalam rumah tangga bermadu disebabkan amalan berpoligami yang tidak dipersetujui dan direstui oleh isteri untuk dimadukan. Kajian Sa’diah Abdul Samad (2002) mengemukakan pandangan isteri pertama dan isteri kedua berkaitan kehidupan berpoligami bahawa wujud keadaan hubungan yang harmoni dan tidak harmoni dalam rumah tangga disebabkan oleh banyak faktor. Kajian Mohd Fuad (2015), menyatakan konflik adalah fitrah semula jadi dalam kehidupan manusia. Konflik terjadi apabila satu pihak menghalang, menekan atau memaksa pihak lain menerima pendapatnya yang kemudiaanya pihak ini terasa sangat tergugat dengan tindakan pihak pertama. Meskipun konflik boleh diselesaikan oleh pihak-pihak berkonflik namun kerapkali ia memerlukan pihak ketiga untuk menyelesaikannya. Sikap suami memainkan peranan yang penting untuk memastikan perkahwinan poligami yang dibina berupaya menyumbang terhadap pengukuhan institusi keluarga (Sa’diah, 2002). Pengabaian terhadap kemunculan konflik dalam rumah tangga boleh menyumbang kepada pelbagai implikasi negatif terhadap pelbagai pihak iaitu institusi keluarga, anak-anak, masyarakat dan juga negara.

Komunikasi yang baik penting bagi menghindari berlakunya konflik agar wujud keharmonian dalam rumah tangga. Komunikasi yang baik dizahirkan menerusi sikap keprihatinan terhadap apa yang diucapkan oleh pasangan, menghargai pasangan, memberi ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan menjadi pendengar yang baik kepada pasangan. Pasangan harus mampu meluahkan segala masalah yang dihadapi atau dirasai dan berbincang secara terus terang agar konflik yang dialami dapat ditangani dengan cara yang paling

(3)

sesuai (Fadillah, 2016). Sehubungan itu, peranan kedua pihak suami dan isteri mesti dilaksanakan sebaiknya dan aspek komunikasi penting diberi perhatian dalam memastikan keharmonian dalam rumah tangga. Sebaliknya jika kedua aspek tersebut diabaikan, keadaan konflik boleh wujud dan menggugat keharmonian dalam rumah tangga malahan lebih serius lagi boleh menjurus kepada perceraian. Pada tahun 2010, sebanyak 38,000 kes perceraian direkodkan, ianya meningkat pada tahun 2011 iaitu sebanyak 43,137 kes dan pada tahun 2012, jumlah kes perceraian adalah sebanyak 47,779. Kajian yang dilakukan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berdasarkan statistik pada tahun 2004 mencatatkan bahawa sebanyak 12.0% konflik dalam rumah tangga berlaku disebabkan tiada persefahaman, curang atau enggan dimadukan. Kajian Wan Anor, Risalshah Latif (2014) mendapati pelbagai punca menyebabkan kes perceraian dan antara yang paling ketara ialah tiada kesefahaman, tidak bertanggungjawab, curang, campur tangan keluarga mentua, kahwin muda dan enggan dimadukan suami. Justeru, keprihatinan terhadap usaha mengurus konflik dalam rumah tangga terutama rumah tangga bermadu penting diberi perhatian kerana implikasinya kritikal sekiranya diabaikan. Hakikat yang perlu diakui bahawa konflik yang wujud sukar dielakkan namun boleh diurus bagi mengelakkan implikasi serius berlaku.

Miller (1983) dalam Nikmah (2011) menyatakan psikologi komunikasi merupakan salah satu bidang dalam komunikasi yang mengutamakan pendekatan psikologi dalam komunikasi dan lebih efektif. Justeru itu, artikel ini bertujuan mengemukakan metodologi dalam pembentukan model yang mengintegrasikan pendekatan psikologi komunikasi bagi mengurus konflik rumah tangga bermadu.

OBJEKTIF KAJIAN

Artikel ini bertujuan mengemukakan metodologi dalam proses pembentukan model psikologi komunikasi isteri bermadu mengurus konflik rumah tangga menurut perspektif Islam.

METODOLOGI KAJIAN

Penerangan dan perbincangan artikel ini merangkumi reka bentuk kajian yang terkandung kerangka metodologi dan reka bentuk model. Fasa yang terlibat dalam pembentukan model ini terangkum dalam tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa pengujian kebolehgunaan. Setiap fasa pembentukan model ini diperincikan merujuk kepada pemilihan metodologi yang digunakan. Penghuraian metodologi pembentukan model ini mengemukakan penerangan berkenaan dengan pemilihan informan, proses pengumpulan data, prosedur penganalisisan data dan matriks kajian pembangunan model serta diakhiri dengan kesimpulan.

3.1 Reka Bentuk

Dalam mengimplementasikan pembentukan model ini, pendekatan kajian reka bentuk dan pembangunan Design

& Developmental and Research (DDR) digunakan. Pendekatan ini adalah bersandarkan kepada Richey, Klein &

Nelson (2007) yang menegaskan bahawa sebuah kajian pembangunan adalah suatu kajian yang merangkumi proses yang sangat teratur dan bersistematik meliputi tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan serta penilaian sesuatu produk yang dihasilkan. Dick & Carey (1990) pula mengemukakan empat fasa iaitu dengan memisahkan fasa mereka bentuk model dan membangun model. Dalam konteks ini sebuah model PsiKoMadu yang memfokuskan kepada psikologi komunikasi isteri bermadu mengurus konflik rumah tangga menurut perspektif Islam telah dibangunkan.Tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan model dan fasa penilaian kebolehgunaan model yang dilaksanakan bagi pembinaan model PsiKoMadu ini diadaptasikan dari buku Design and Developmental Research: Emergent Trends in Educational Research (2013). Jadual 1 berikut menunjukkan fasa-fasa tersebut dalam pembangunan model PsiKoMadu ini serta kaedah kajian yang dijalankan.

(4)

Jadual 1.: Fasa Kajian BerdasarkanPpendekatan DDR

Fasa Kaedah

Fasa 1: Analisis Keperluan Temu bual

Fasa 2: Reka Bentuk & Pembangunan Kajian Literatur dan Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) Fasa 3: Penilaian Kebolehgunaan Teknik Kumpulan Nominal Ubahsuai (Modified NGT)

Sumber: Adaptasi daripada Richey, Klien & Nelson (2007)

3.2 Populasi, Sampel Kajian Dan Kaedah Persampelan

Dalam menentukan populasi, sampel kajian dan kaedah persampelan, huraian dikemukakan berdasarkan fasa- fasa yang terlibat agar lebih sistematik.

1. Fasa Analisis Keperluan

Bagi pemilihan sampel dalam fasa ini, kaedah persampelan bertujuan telah dijalankan. Hal demikian adalah kerana sampel ini perlu terdiri daripada informan suami yang berpoligami serta informan isteri bermadu.

Bilangan informan dalam kajian ini adalah 6 orang. Memandangkan dalam fasa ini, penulis menggunakan instrumen temu bual, jadi bilangan 6 orang informan yang ditemu bual adalah memadai. Kesemua informan ini telah diterangkan terlebih dahulu berkenaan tujuan kajian dijalankan dan mereka bersetuju menjadi subjek kajian secara sukarela.

2. Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan

Dalam fasa ini terdapat dua sub fasa yang dijalankan iaitu sub fasa reka bentuk komponen utama dan elemen model serta sub fasa pembangunan reka bentuk model. Kedua-dua sub fasa ini menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM). Pendekatan ini memerlukan pertemuan dengan pakar dan perlu dijalankan secara bersemuka dalam kumpulan melalui perbengkelan. Bilangan pakar bagi kedua-dua sub fasa ini adalah seramai 10 orang.

Hal ini adalah berdasarkan kepada pandangan Adler dan Ziglio (1996) yang menegaskan bahawa bilangan pakar bagi teknik Delphi adalah seramai 10 hingga 15 orang sekiranya pakar mampu mendapatkan kesepakatan yang tinggi di antara satu sama lain. Namun begitu, Rosnaini (2006) dalam Mohd Ridhuan (2016) menyatakan bahawa bilangan pakar yang minimum bagi teknik Delphi adalah seramai lima orang pakar. Hal ini adalah berpadanan dengan hujah Rowe dan Wright (2001) bahawa bilangan pakar boleh bermula daripada 5 hingga 20 orang berdasarkan bidang kepakaran mereka. Jones dan Twiss (1978) pula mencadangkan bilangan pakar yang terlibat dalam pendekatan kaedah Delphi adalah seramai 10-50 orang pakar.

Kriteria dan ciri pakar yang menjadi subjek kajian ini adalah amat berpadanan dengan konteks kajian kerana melibatkan pakar dalam bidang komunikasi, kekeluargaan, kaunseling, psikologi Islam yang terlibat secara langsung dalam pengurusan psikologi komunikasi keluarga serta suami poligami dan isteri bermadu.

Pemilihan ini juga adalah bersandarkan kepada sekumpulan sarjana yang menegaskan bahawa pakar adalah mereka yang sangat mahir dan berpengalaman dalam bidang yang dikaji (Swanson & Falkman, 1997; Dalkey &

Helmet, 1963). Maka, berdasarkan kepada perbincangan tentang pemilihan pakar bagi fasa reka bentuk dan pembangunan model ini, pengkaji telah mengenal pasti beberapa kriteria yang diambil sebagai pakar dan kriterianya adalah seperti berikut:

a) Suami berpoligami dan isteri bermadu yang melalui banyak pengalaman melebihi 5 tahun.

b) Pegawai kerajaan di Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor.

c) Pegawai kerajaan di Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

d) Profesor dari universiti awam, berkelulusan doktor falsafah dan mempunyai kepakaran dalam bidang dakwah dan kaunseling Islam.

e) Profesor Madya dari universiti awam, berkelulusan doktor falsafah dan mempunyai kepakaran dalam bidang dakwah dan kaunseling Islam.

f) Pensyarah kanan dari universiti awam, berkelulusan doktor falsafah dan mempunyai kepakaran dalam bidang komunikasi insan dan komunikasi dakwah.

g) Pensyarah kanan dari universiti awam, berkelulusan doktor falsafah dalam bidang pengajian media dan komunikasi serta mempunyai kepakaran dalam bidang komunikasi.

3. Fasa Penilaian Kebolehgunaan

Fasa penilaian kebolehgunaan ini dilaksanakan menerusi kaedah Nominal Group Technique (NGT). Pemilihan sampel dalam fasa ini, dilakukan menerusi kaedah persampelan bertujuan. Penilaian kebolehgunaan dalam fasa ini melibatkan sekumpulan pengamal yang terdiri dalam kalangan isteri bermadu di Malaysia. Pemilihan golongan isteri bermadu sebagai ahli NGT adalah bersesuaian bagi fasa pengujian kebolehgunaan model

(5)

PsiKoMadu ini. Ini kerana model yang dibentuk ini bertujuan menjadi panduan dalam aplikasi isteri bermadu dalam berkomunikasi serta mengurus konflik rumah tangga yang wujud.

3.3 Kaedah Pengumpulan Data Pembinaan Model

Bagi proses pengumpulan data, penulis membahagikan proses pengumpulan data ini mengikut fasa-fasa yang terdapat dalam kajian yang dijalankan.

1. Fasa Analisis Keperluan

Dalam fasa ini, kaedah temu bual telah dilakukan. Informan yang terlibat dalam temu bual diberikan nama samaran. Tujuan nama samaran ini digunakan untuk memastikan identiti sebenar informan dapat dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Jadual berikut merupakan nama samaran bagi keenam-enam informan yang terlibat dalam kajian:

Jadual 1 : Nama samaran informan

Bil Nama Samaran

1 Puan Laila

2 Puan Salmah

3 Puan Fatimah

4 Puan Maznah

5 Puan Aminah

6 Encik Bakri

Protokol temu bual yang dibangunkan adalah temu bual separa struktur iaitu penulis tidak terikat dengan soalan yang telah dibangunkan dan boleh menambah soalan mengikut respon yang diberikan informan.

Soalan-soalan yang terdapat dalam temu bual separa struktur ini adalah berkaitan dengan faktor konflik yang berlaku dalam rumah tangga bermadu, kaedah dilakukan dalam mengurus konflik dan adakah wujud keperluan model PsiKoMadu ini dibangunkan. Data temu bual dianalisis menerusi proses transkripsi dan pembentukan tema tertentu bagi keperluan pembentukan model ini. Tema dan sub tema tersebut kemudiannya disahkan oleh pakar melalui pengiraan Cohen Kappa. Seramai tiga orang pakar dilantik untuk membuat semakan tema dan sub tema dan sub tema dan sub tema. Jadual 3.0 di bawah merupakan senarai latar belakang pakar yang membuat persetujuan dalam pembinaan tema dan sub tema.

Jadual 3 : Pakar dan Kepakaran Bagi Tahap Persetujuan Cohen Kappa

Bil Nama Kepakaran Tahap Persetujuan (Cohen Kappa)

1 Pakar A Dakwah dan Kaunseling Islam 0.72

2 Pakar B Dakwah dan Komunikasi Media 1.00

3 Pakar C Komunikasi 0.31

Keseluruhan (Nilai pekali persetujuan Indeks Cohen Kappa) 0.68

Tahap keseluruhan persetujuan pakar terhadap tema dan sub tema dan sub tema dan sub tema berdasarkan pengiraan Cohen Kappa adalah 0.68 dan berdasarkan kepada Jadual 3 di bawah, nilai k = 0.68 berada pada skala sederhana. Data tersebut dihurai dalam bentuk deskriptif untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Jadual 4 : Skala persetujuan Cohen Kappa Nilai Kappa Skala Interpretasi

> 0.90 Sangat Tinggi

0.70 – 0.89 Tinggi

0.30 – 0.69 Sederhana

< 0.30 Rendah

Sumber: Kamarul Azmi (2012)

2. Fasa Reka bentuk dan Pembangunan

Proses pengumpulan data dalam fasa ini adalah melibatkan pertemuan secara individu antara penulis dan pakar terlibat dalam perbengkelan yang telah dijalankan. Tujuan perbengkelan dijalankan adalah untuk memastikan kesemua pakar dapat bertemu secara bersemuka dan menjalankan diskusi tentang perkara yang melibatkan

(6)

proses reka bentuk dan pembangunan model. Perbengkelan yang dijalankan adalah keperluan kepada fasa reka bentuk bagi mendapat kesepakatan pakar dalam penilaian komponen dan elemen model PsiKoMadu dan pembangunan model yang menggunapakai pendekatan Kaedah Fuzzy Delphi (FDM).

3. Fasa Penilaian Kebolehgunaan

Kebolehgunaan adalah pengukuran untuk bagi keupayaan sesebuah produk yang dihasilkan dan dibangunkan serta diguna pakai oleh pengguna produk (Mack &Sharples, 2009). Penilaian kebolehgunaan ini dilihat daripada tiga aspek iaitu keberkesanan, kecekapan dan kepuasan pengguna (Millano & Ullius, 1998). Bagi fasa penilaian kebolehgunaan model pula, sebuah perbengkelan dijalankan dengan mengumpul pengamal yang terdiri daripada isteri-isteri bermadu di Malaysia. Pengaplikasian pendekatan Teknik Kumpulan Nominal Ubahsuai (Modified NGT) memerlukan kesemua peserta kajian dipertemukan agar sesi pembentangan model dan perbincangan dapat dijalankan berdasarkan kepada prosedur yang telah ditetapkan. Teknik Kumpulan Nominal Ubahsuai (Modified NGT) diaplikasikan dalam mendapatkan dapatan kajian terhadap kebolehgunaan model. Pemilihan teknik dan peserta kumpulan pengamal ini sangat bersesuaian dengan konteks kajian kerana ia boleh digunakan oleh golongan isteri bermadu sebagai panduan dalam mengurus konflik komunikasi dalam rumah tangga. Jika disoroti kembali, teknik ini relevan digunakan untuk melihat kebolehgunaan sesuatu produk yang dibangunkan (Dobbie, Rhodes, Tysinger & Freeman, 2004).

PENGANALISISAN DATA PEMBINAAN MODEL

Proses penganalisisan data dikemukakan mengikut fasa-fasa dalam kajian yang dijalankan.

4.1 Fasa Analisis Keperluan

Protokol temu bual separa struktur dijadikan instrumen mendapatkan data pada fasa ini. Temubual ini direkodkan dan kemudian dialihkan dalam bentuk tulisan melalui kaedah transkripsi. Transkripsi itu kemudian dimasukkan ke dalam perisian ATLAS.ti versi 8 dan dianalisis menggunakan perisian tersebut bagi membentuk tema dapatan daripada peserta kajian. Tema utama bagi fasa analisis keperluan ini dibentuk berdasarkan persoalan kajian bagi objektif fasa analisis keperluan pembinaan model. Sub tema yang diperolehi diklasifikasikan mengikut tiga tema utama iaitu faktor berlaku konflik rumah tangga, kaedah pengurusan konflik dan keperluan pembangunan model.

Rajah 1: Tema dalam perisian ATLAS.ti 8

4.2 Fasa Reka bentuk dan Pembangunan

Penganalisaan yang terlibat dalam sub fasa reka bentuk model adalah melibatkan pendekatan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) bagi mengenal pasti, menilai dan mengesahkan kesemua komponen utama dan elemen-elemen yang terkandung di dalamnya berdasarkan kepada tiga syarat kesepakatan pakar iaitu:

a) Nilai threshold (d)

b) Peratus kesepakatan pakar c) Nilai skor fuzzy (A).

Bagi sub fasa pembangunan model, pendekatan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) diguna pakai. Ia melibatkan kedudukan keutamaan (ranking) setiap elemen yang terdapat dalam komponen-komponen utama berdasarkan kepada penilaian dan pengesahan yang dibuat oleh pakar dalam sub fasa reka bentuk model.

(7)

Pendekatan ini melibatkan pertemuan sekumpulan pakar secara bersemuka dalam perbengkelan yang dijalankan.

4.3 Fasa Penilaian Kebolehgunaan

Pada fasa penilaian kebolehgunaan model, Teknik Kumpulan Nominal Ubahsuai (Modified NGT) diaplikasikan dengan mengumpulkan seramai 20 orang peserta dalam kalangan isteri bermadu di Malaysia. Perbengkelan turut dilakukan bagi proses menilai kebolehgunaan model PsikoMadu yang telah dibangunkan. Penganalisisan data yang dijalankan melibatkan nilai skor undian kesemua pengamal yang ditukarkan kepada bentuk peratusan dan dibandingkan dengan syarat penilaian kebolehgunaan yang telah ditetapkan berdasarkan literatur.

4.4 Matriks Kajian Pembangunan Model

Matriks kajian yang dihasilkan mengandungi jadual yang mengandungi setiap fasa, kaedah dan teknik yang digunakan bagi menjawab soalan-soalan kajian, informan yang terlibat dan soalan-soalan kajian yang telah digunakan dalam kajian ini. Pembangunan matriks kajian ini bertujuan untuk memudahkan pengkaji melihat perincian setiap gerak kerja yang telah dijalankan. Jadual 1.2 menunjukkan jadual matriks kajian dalam proses pembangunan model ini.

Jadual 5 : Fasa 1 Analisis Keperluan Model PsiKoMadu

FASA SOALAN KAJIAN TEKNIK/ KAEDAH INFORMAN

FASA 1: ANALISIS KEPERLUAN MODEL PsiKoMadu

Mengenal pasti keperluan model psikologi komunikasi isteri bermadu (PsiKoMadu) mengurus konflik rumah tangga menurut perspektif Islam berdasarkan peserta/pengamal.

a) Adakah terdapat konflik rumah tangga bermadu?

b) Apakah faktor berlakunya konflik dalam rumah tangga bermadu?

c) Apakah kaedah yang dilakukan oleh suami isteri bermadu mengurus konflik dalam rumah

tangga?

d) Adakah terdapat keperluan diwujudkan model psikologi komunikasi isteri bermadu

(PsiKoMadu) mengurus konflik rumah tangga? Dapatan fasa kajian ini menggunakan kaedah tinjauan berdasarkan temu bual Bilangan informan:

Pengamal madu (isteri/suami)

(6 orang) Analisis deskriptif

dijalankan menggunakan

perisian ATLAS.ti v8.4.15

untuk mendapatkan

tema-tema berkaitan kajian.

Jadual 6 : Fasa 2 Reka Bentuk dan Pembangunan Model PsiKoMadu

FASA SOALAN KAJIAN TEKNIK/

KAEDAH INFORMAN

FASA 2: REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN MODEL PsiKoMadu

Mereka bentuk dan membangunkan model psikologi komunikasi isteri bermadu (PsikoMadu) mengurus konflik rumah tangga menurut perspektif

Islam berdasarkan kesepakatan pakar.

Sub Fasa: Reka bentuk model a) Apakah komponen utama model psikologi komunikasi isteri bermadu (PsikoMadu) mengurus

konflik rumah tangga berdasarkan kesepakatan pakar?

b) Apakah elemen-elemen dalam komponen utama model psikologi komunikasi isteri bermadu (PsikoMadu) mengurus konflik rumah tangga

berdasarkan kesepakatan pakar?

Sub Fasa: Pembangunan model c) Apakah turutan (keutamaan) pembangunan

elemen bagi setiap komponen utama model psikologi komunikasi isteri bermadu mengurus konflik rumah tangga menurut perspektif Islam

berdasarkan kesepakatan pakar?

Dapatan fasa kajian ini adalah berdasarkan pendekatan berikut: Kajian literatur Kaedah Fuzzy Deplhi (FDM)

Mendapatkan kesepakatan pakar terdiri daripada:

1) 4 orang pengamal madu

>5 tahun pengalaman.

2) Pegawai di Bahagian Undang-Undang

Keluarga, JAIS 3) Pegawai di Bahagian

Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM 4) Profesor dalam bidang

dakwah dan kaunseling Islam

5) Profesor Madya dalam bidang dakwah dan

kaunseling Islam 6) Pensyarah kanan dalam

bidang dakwah peribumi 7) Pensyarah kanan dalam

bidang komunikasi

(8)

Jadual 7: Fasa 3 Penilaian Kebolehgunaan Model PsiKoMadu

FASA SOALAN KAJIAN TEKNIK/

KAEDAH INFORMAN

FASA 3: PENILAIAN KEBOLEHGUNAAN MODEL PsiKoMadu

Menilai kebolehgunaan model psikologi komunikasi isteri bermadu (PsikoMadu) mengurus konflik rumah

tangga berdasarkan peserta dalam kalangan isteri bermadu.

a) Apakah pandangan pengamal/isteri bermadu terhadap kesesuaian komponen utama bagi model

PsikoMadu?

b) Apakah pandangan pengamal/isteri bermadu terhadap kesesuaian elemen-elemen bagi model

PsikoMadu?

c) Apakah pandangan pengamal/isteri bermadu terhadap susunan keutamaan elemen bagi model

PsikoMadu?

d) Apakah pandangan pengamal/isteri bermadu terhadap keseluruhan kebolehgunaan model

PsikoMadu?

Dapatan kajian fasa ini berdasarkan

pendekatan Teknik Kumpulan

Nominal Ubahsuai (Modified NGT)

Pengamal yang telah terlibat

dalam ujian kebolehgunaan

model PsikoMadu ini

adalah terdiri daripada golongan isteri bermadu seramai

20 orang.

Tiga fasa iaitu fasa 1, analisis keperluan menggunakan instrumen temu bual yang dilakukan terhadap 6 orang informan rumah tangga bermadu di Malaysia. Fasa 2 iaitu reka bentuk dan pembangunan pula melibatkan pengaplikasian pendekatan kaedah Fuzzy Delphi (FDM). Pendekatan ini memerlukan pemilihan pakar berasaskan kepakaran dalam konteks kajian (Ghazali & Sufean, 2018). Satu perbengkelan dijalankan dengan mengumpul pakar secara bersemuka dan membuat perbincangan, penilaian terhadap komponen-komponen utama dan elemen-elemen yang berkaitan dengan kajian ini dan seterusnya membangunkan model PsiKoMadu berdasarkan kedudukan keutamaan elemen. Fasa 3, iaitu fasa kebolehgunaan, melibatkan pengaplikasian pendekatan Teknik Kumpulan Nominal Ubahsuai (Modified NGT) yang dilaksanakan menerusi perbengkelan menemukan isteri bermadu secara bersemuka untuk menilai kebolehgunaan model PsiKoMadu yang dibangunkan. Pemilihan ahli perbengkelan NGT dalam kalangan isteri bermadu adalah signifikan kerana model PsiKoMadu yang dibangunkan ini bertujuan menjadi panduan bagi isteri bermadu mengurus konflik rumah tangga menurut perspektif Islam.

PERBINCANGAN

Kajian pembangunan model psikologi komunikasi (PsiKomMadu) yang dilaksanakan menerusi tiga fasa iaitu Fasa Pertama (I) dikenali sebagai Fasa Analisis Keperluan Model Psikologi Komunikasi (PsiKomMadu) isteri bermadu mengurus konflik rumah tangga. Fasa Kedua (II) adalah Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan Model Psikologi Komunikasi (PsiKomMadu) bagi isteri bermadu mengurus konflik rumah tangga dan Fasa Ketiga (III) adalah Fasa Penilaian Kebolehgunaan Model Psikologi Komunikasi (PsiKomMadu) bagi isteri bermadu mengurus konflik rumah tangga.

Dalam fasa pertama iaitu fasa Analisis Keperluan Model Psikologi Komunikasi (PsiKomMadu), pengutipan data dijalankan menggunakan kaedah tinjauan. Sehubungan itu, sesi temubual dilaksanakan dalam kalangan pasangan rumah tangga bermadu. Perkara yang dikenal pasti dalam fasa analisis keperluan ini adalah tinjauan berkaitan faktor kewujudan konflik dan kaedah yang dilakukan oleh pasangan rumah tangga bermadu bagi mengurus konflik yang berlaku sekaligus mengetahui keperluan bagi pembentukan model. Dapatan temubual pada fasa ini mendapati terdapat faktor dalaman dan luaran yang menyumbang berlakunya konflik dalam rumah tangga bermadu. Antara faktor dalaman yang menimbulkan konflik dalam rumah tangga bermadu disebabkan merahsiakan perkahwinan, kurang keprihatinan, perasaan cemburu dan salah faham manakala faktor luaran pula ialah pengabaian tanggungjawab, sukar membuat penyesuaian diri dan tiada komunikasi. Fasa analisis keperluan ini penting dilaksanakan bertujuan menentukan spesifikasi komponen dan elemen bagi model yang dibangunkan.

Kajian Zanariah, et. al. (2018) menyatakan bahawa banyak konflik berlaku dalam perkahwinan poligami konflik disebabkan suami berkahwin poligami secara rahsia, tidak berlaku adil segi giliran bermalam, pemberian

(9)

nafkah dan sebagainya. Dalam keluarga bermadu, konflik sering terjadi disebabkan pihak isteri tidak dapat menerima kenyataan bahawa suaminya telah berpoligami. Menurut Haryadi (2009), situasi ini menyebabkan muncul perasaan-perasaan negatif dalam diri isteri tersebut. Isteri menjadi sensitif, mudah terasa, mudah marah, mudah sedih, bersikap curiga yang berlebihan kepada suami (Soewondo, 2001) dan keliru terhadap peranan dan tugasnya sebagai seorang isteri (Ammelita et al., 2014). Menurut Mohd Fuad (2015), konflik ini boleh menjadi lebih serius dan mencetuskan perceraian hubungan sesama individu apabila individu yang menghadapi konflik memilih untuk mengelak dan mengabaikan konflik tersebut tanpa adanya usaha untuk memulihkan.

Kajian Nurhanisah dan Raihanah (2016) mendapati gangguan dalam rumah tangga wujud sama ada daripada faktor luaran yang tidak dapat dikawal dan faktor dalaman yang boleh dikawal. Faktor luaran seperti persekitaran, pihak ketiga atau keluarga, majikan dan faktor dalaman seperti emosi yang tidak stabil, perasaan cemburu dan seumpamanya juga menjadi penyebab munculnya konflik rumah tangga. Gangguan media sosial seperti Facebook dikenalpasti mampu mengundang konflik yang menggugat tali perkahwinan sekaligus menjadi antara punca terjadinya kes perceraian apabila sikap suami atau isteri yang mendedahkan hal berkaitan rumah tangga di laman sosial (Abe Sophian, Zuliza, & Anwar Fakhri, 2014).

Konflik yang berlaku perlu diurus sebaiknya bagi mengelakkan implikasi lebih serius berlaku terhadap rumah tangga. Komunikasi yang baik adalah antara cara bagi mengurus konflik. Nikmah (2011) mengemukakan psikologi komunikasi sebagai salah satu pendekatan dalam komunikasi bertujuan menjadikan proses komunikasi menjadi lebih efektif. Menurut pandangan Ponomaryov, Osypenko & Iagniuk (2016), psikologi komunikasi ini sangat penting kerana manusia era teknologi hari ini menghantar, menerima, dan memproses sejumlah besar mesej setiap hari. Komunikasi yang berkesan bukan sekadar bertukar maklumat, malah komunikasi yang berkesan juga perlu memahami emosi disebalik maklumat yang disampaikan dan diterima. Komunikasi yang melibatkan elemen psikologi dapat meningkatkan hubungan sosial seterusnya mengeratkan hubungan antara satu sama lain, dapat membuat keputusan yang baik, dan menyelesaikan masalah. Wujudnya elemen psikologi dalam komunikasi membolehkan seseorang individu itu bertukar mesej walaupun negatif atau sukar tanpa mewujudkan sebarang konflik. Komunikasi berkesan menggabungkan satu set kemahiran termasuk komunikasi tanpa lisan, mendengar penuh perhatian, keupayaan menguruskan tekanan, dan keupayaan mengenali dan memahami emosi seseorang. Namun begitu, keberkesanan pendekatan psikologi komunikasi turut berkait rapat dengan keupayaan pihak suami, isteri dan keluarga untuk memainkan peranan dalam usaha mengurus konflik yang timbul.

Pendekatan perbincangan, berlapang dada, tolak ansur, menjaga hati, sabar serta redha, menyimpan rahsia rumah tangga, menghadkan aktiviti sosial yang tidak penting dinyatakan sebagai pendekatan mengurus konflik yang timbul dalam rumah tangga bermadu. Kesemua pendekatan yang dinyatakan memberi indikator terhadap sikap berkompromi yang tinggi penting dalam mengurus konflik kehidupan rumah tangga bermadu.

Ini bertepatan dengan dapatan kajian Nor Hafizah, et. al. (2017), mendapati strategi kolaboratif adalah strategi paling popular yang diamalkan oleh pasangan suami isteri Melayu dalam mengurus konflik rumah tangga, manakala strategi bertukar fikiran dan perasaan sehingga mengorbankan keperluan dan minat mereka sendiri untuk memenuhi keperluan pasangan mereka ekoran bimbang kehilangan hubungan mereka serta mereka tidak mahu menyakiti pasangan. Corak komunikasi yang produktif dapat bantu mengurangkan implikasi buruk dari konflik hubungan (Graham, et. al., 2009). Selain itu, memiliki sifat yang mulia bantu memudahkan pasangan dalam menguruskan konflik rumah tangga (Dini, et. al., 2018).

Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan Model Psikologi Komunikasi (PsiKomMadu) isteri bermadu mengurus konflik rumah tangga melibatkan beberapa proses bagi membentuk komponen dan elemen-elemen model psikologi komunikasi dalam pengurusan konflik rumah tangga bermadu. Proses pertama melibatkan pencarian kajian literatur terhadap kajian terdahulu bagi mengenal pasti komponen utama dan elemen-elemen yang terkandung dalam Model Psikologi Komunikasi (PsiKomMadu) yang dibangunkan. Pembinaan komponen utama dan elemen dalam model ini diasaskan daripada teori komunikasi Shahon & Weaver (1949), Schramm (1954), Berlo (1960), Model Pengurusan Konflik (Conflict Management Model) Thomas-Kilmann (1974) serta pendekatan psikologi berasaskan al-Ghazali. Model ini terdiri daripada lima komponen utama iaitu penyampai, mesej, penerima, gangguan dan pengurusan konflik. Setiap komponen utama dan elemen model ini dinilai dan disahkan oleh sekumpulan pakar yang mempunyai kepakaran dalam konteks kajian. Proses penilaian dan pengesahan pakar adalah berdasarkan pendekatan kaedah Fuzzy Delphi (FDM.) Kedua-dua pendekatan ini memerlukan pemilihan pakar yang sesuai dengan konteks kajian dan ia adalah suatu fasa yang kritikal iaitu perbengkelan pakar yang dilaksanakan secara pertemuan bersemuka dan membincangkan komponen dan elemen-elemen yang berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan seterusnya membangunkan Model Psikologi Komunikasi (PsiKomMadu). Proses mereka bentuk dan membangun model ini menggunakan pendekatan kaedah Fuzzy Delphi (FDM). Aplikasi pendekatan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) ini, turut digunakan dalam kajian

(10)

Mohd Khairul Nuzul Hassan, Abu Bakar Ibrahim & Muhammad Nidzam Yaakub (2018) berkaitan Konstruk Utama Model Pengajaran E-Tvet Bagi Kursus Mekanikal Dan Pembuatan Di Kolej Vokasional, kajian Mohd Ridhuan, Shariza & Mohd Ibrahim (2014) berkaitan penentuan kompetensi guru terhadap pengurusan pengajaran dan pembelajaran, kajian Habibah @ Artini et. al, (2014) tentang keperluan aspek “riadhah ruhiyyah”

untuk profesionalisme perguruan dalam bidang pendidikan Islam, kajian Abduljabbar (2015) berkaitan pemilihan pekerja oleh bahagian sumber dan sebagainya.

Fasa terakhir bagi pembangunan model ini melibatkan proses penilaian kebolehgunaan. Fasa ini dilaksanakan bertujuan menilai kebolehgunaan model yang telah dibangunkan ini. Pendekatan Teknik Kumpulan Nominal Ubahsuai (Modified NGT) diaplikasikan bagi menjawab persoalan tentang kebolehgunaan model psikologi komunikasi (PsikoMadu) ini. Teknik Kumpulan Nominal (NGT) berperanan untuk mengembang dan menyumbang saranan idea sesuatu produk kajian. Namun ianya telah diubahsuai dan digunakan sebagai satu pendekatan untuk menilai sesuatu produk iaitu semua peserta hendaklah dipertemukan dalam sebuah perbengkelan. Dalam konteks kajian ini, peserta bagi penilaian kebolehgunaan model adalah golongan isteri bermadu. Pemilihan golongan isteri bermadu yang terlibat secara langsung dengan kehidupan rumah tangga bermadu sebagai peserta kajian adalah sangat signifikan kerana model yang telah dibangunkan ini bakal menjadi panduan kepada mereka dalam mengurus konflik rumah tangga. Banyak kajian mengaplikasi Teknik Kumpulan Nominal Ubahsuai (Modified NGT) ini dalam fasa penilaian kebolehgunaan kajian pembentukan model antaranya kajian Mohd Ridhuan Mohd Jamil (2016) berkaitan Pembangunan Model Kurikulum Latihan Skives Bagi Program Pengajian Kejuruteraan Pembelajaran Berasaskan Kerja.

KESIMPULAN

Perbincangan berkaitan metodologi kajian pembentukan model ini berupaya menyumbang kepada pembangunan pengetahuan dalam bidang metodologi penyelidikan. Proses pembentukan model bagi kajian ini bermula daripada mengukuhkan pernyataan masalah menerusi fasa analisis keperluan bertujuan melihat keperluan terhadap pembangunan model psikologi komunikasi (PsikomMadu). Instrumen temubual digunakan dalam fasa analisis keperluan. Fasa seterusnya ialah reka bentuk dan pembangunan model yang melibatkan kesepakatan kumpulan pakar terhadap pembentukan komponen utama dan elemen model. Fasa terakhir adalah penilaian kebolehgunaan model. Pelaksanaan fasa ini difokuskan kepada golongan isteri bermadu sebagai peserta kajian dan pengguna bagi model yang dihasilkan. Pendekatan Fuzzy Delphi (FDM) digunakan dalam fasa reka bentuk dan pembangunan ini bertujuan menilai serta mengesahkan komponen utama dan elemen yang terkandung di dalamnya dan seterusnya melihat keutamaan elemen yang terdapat dalam setiap komponen utama model. Model psikologi komunikasi isteri bermadu mengurus konflik rumah tangga atau PsiKomMadu ini berupaya menjadi panduan dan rujukan bagi membantu golongan isteri bermadu mengurus konflik rumah tangga dengan mengintegrasikan pendekatan psikologi dalam komunikasi secara efektif berdasarkan kesepakatan pakar.

PENGHARGAAN

Artikel ini merupakan pembentangan dapatan kajian bertajuk Model Psikologi Komunikasi Isteri Bermadu Mengurus Konflik Rumah Tangga Menurut Perspektif Islam. Penghargaan kepada pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai pemberi dana penyelidikan iaitu kategori Geran Penyelidikan Premier (GPP), 2017/P/GPIK/GPP/001.

RUJUKAN

Abduljabbar, Z. (2015). Personnel Selection Using A Fuzzy Delphi Method. Electronic Scientific Journal.

APRIORI. SERIES: Natural Sciences And Engineering, 3(31), pp 1-15.

Abe Sophian, Zuliza & Anwar. (2014). Faktor Perceraian di Mahkamah Syariah Bahagian Mukah, Sarawak Dari Tahun 2000 hingga 2010. Islāmmiyyāt 36(1), 5 – 20

Adler, M., & Ziglio, E. (1996). Gazing Into The Oracle: The Delphi Method And Its Application To Social Policy And Public Health. London: Jessica Kingsley Publishers

(11)

Ammelita, S., Yeniar, I., & Nailul, F. (2014). Penerimaan Diri Terhadap Poligami Pada Istri Pertama. Empati:

Jurnal Karya Ilmiah S1 Undip 3(2), 1–13. Diakses dari

https://ejournal3.undip.ac.id/index.php/empati/article/view/7497

Asiah, A., Irkhaniza, M. R., & Mohamed Sharif, M. (2008). Peranan Komunikasi Dalam Hubungan Kekeluargaan. Seminar Kaunseling Keluarga pada 30 Ogos 2008, pp 82–89. Diakses dari https://www.slideshare.net/AtieAli/asiah-ali2008-peranankomunikasidalamhubungankekeluargaan Berlo, D.K. (1960). The Process of Communication: An Introduction to Theory and Practice. New York: Holt,

Rinehart and Winston. Print.

Bharuddin Che Pa & Ajidar Matsyah. (2013). Konflik Politik dan Penyelesaiannya menurut Perspektif Islam.

Kertas Kerja Konferensi Antarabangsa Islam Borneo VI. UiTM Sarawak.

Che Noh, C.H. & Yusooff, F. (2011) Corak Komunikasi Keluarga dalam Kalangan Keluarga Melayu Di Terengganu (Patterns of Family Communication in Malay Families in Terengganu). Jurnal Hadhari. 3 (2), 45 – 62

Cherni, R. (2013). Strategi Komunikasi Dalam Mengatasi Konflik Rumah Tangga Mengenai Perbedaan Tingkat Penghasilan Di Rt.29 Samarinda Seberang. EJournal Ilmu Komunikasi, 1(1), 212–227.

Dalkey, N. C., & Helmer, O. (1963). An Experimental Application Of The Delphi Method To The Use Of Experts. Management Science, 9(3), 458-467.

Dick & Carey. (1990). The Systematic Design If Instruction. Third edition. USA : Harper Colins Publishers.

Dini, Suhailiza, Marina, & Zaliridzal, M. (2018). Kefahaman Beragama Dan Proses Transformasi Hubungan Pasangan Dalam Perkahwinan. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 3(2), 75–91 Dobbie, A., Rhodes, M., Tysinger, JW. & Freeman, J. (2004). Using a Modified Nominal Group Technique As

A Curriculum Evaluation Tool, Family Medicine, 36(6), 402-406.

Fadillah, I. (2016). Faktor Keharmonian dan Keruntuhan Rumah Tangga. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-11 (PERKEM KE-11), 11, 394–399. Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/8396/1/PERKEM2016_2C6.pdf

Ghazali & Sufean. (2018). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Universiti Malaya Graham, J. E., Glaser, R., Loving, T. J., Malarkey, W. B., Stowell, J. R., & Kiecolt-Glaser, J. K. (2009). Cognitive

Word Use During Marital Conflict and Increases in Proinflammatory Cytokines. Health Psychology, 28(5), 621–630. doi: 10.1037/a0015208

Habibah @ Artini, R., Zaharah, H., Mohd Ridhuan, M.J., Ahmad Arifin, S., Saedah, S. & Nurul Rabihah, M.N.

(2014). Aplikasi Teknik Fuzzy Delphi Terhadap Keperluan Aspek "Riadhah Ruhiyyah" Untuk Profesionalisme Perguruan Pendidikan Islam. The Online Journal of Islamic Education (O-jIE), 2(2), 53-2

Haliza, A. S., Hasnizam, H., & Intan Nadia, G. K. (2012). Krisis Rumah Tangga: Punca-Punca Dan Cara Untuk Mengatasinya Menurut Perspektif Syariah Dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Kajian Syariah Dan Undang-Undang, 4(8), 67–86. Retrieved from http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/9408/1/Kajian Syariah Dan Undang-Undang - Part 3.pdf

Haryadi, Tri. (2009). Pengalaman Suami dan para Istri pada Perkawinan Poligami: Studi Fenomenologis pada Sebuah Keluarga Poligami. Skripsi. Fakultas Psikologi UI

Hisham Namat. (2018). Solusi Harmoni Berkongsi Kasih. WMZ Media Sdn. Bhd.

Honeycutt, JM. (1993) Marital Happiness, Divorce Status and Partner Differences in Attributions About Communication Behaviors. Journal of Divorce & Remarriage. 2(1-2), 177-205.

Irfan, F. (2014). Proses Pengambilan Keputusan Menjadi Isteri Kedua Dalam Perkawinan Poligami Pada Wanita Berpendidikan Tinggi. Psympathic, Jurnal Ilmiah Psikologi, 1(2), 231–243.

Jones, H. & Twiss, B.L. (1978). Forecasting Technology For Planning Decisions. New York: Macmillan.

Kamarul Azmi. (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian Kualitatif. Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri I, 28-29 Mac 2012, Puteri Resort, Melaka, pp. 1-33.

Mack, Z. & Sharples, S. (2009). The Importance Of Usability In Product Choice: A Mobile Phone Case Study.

Ergonomics, 52(12): Hlm. 1514–1528. Diakses dari

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19941184.

Milano, M. & Ullius, D. (1998). Designing powerful training, The Sequential-Iterative Model. Jossey- Bass/Pfeiffer. A Wiley Company, San Francisco

Mohd Fuad, S. (2015). Konflik keluarga Islam dan kaedah penyelesaian di Mahkamah Syariah di Selangor.

https://doi.org/10.13140/RG.2.1.1836.3600

(12)

Mohd Khairul Nuzul Hassan, Abu Bakar Ibrahim & Muhammad Nidzam Yaakub. (2018). Analisis Fuzzy Delphi Terhadap Konstruk Utama Model Pengajaran E-Tvet Bagi Kursus Mekanikal Dan Pembuatan Di Kolej Vokasional. Journal of Information System and Technology Management 3 (10), pp 20-33.

Mohd Ridhuan Mohd Jamil. (2016). Pembangunan Model Kurikulum Latihan Skives Bagi Program Pengajian Kejuruteraan Pembelajaran Berasaskan Kerja. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaya.

Mohd Ridhuan, M.J., Shariza, S. & Mohd Ibrahim, K.A. (2014). Kompetensi Guru Terhadap Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran: Suatu Pendekatan Teknik Fuzzy Delphi. Jurnal Kepimpinan Pendidikan (JuPiDi).1(3), 77-88

Mulia, S. M. (2004). Islam Menggugat Poligami. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.

Nikmah, H. S. (2011). Psikologi Komunikasi. Fakultas Dakwah dan Ilmu Komunikasi IAIN Sunan Ampel:

Surabaya

Norhayati Nordin. (2018, 17 Mac). Tak Semua Rela Bermadu. myMetro. Retrieved from https://www.hmetro.com.my/rap/2018/03/321984/tak-semua-rela-bermadu

Hafizah, N., Hassan, N. A., Harun, A. S. A., Nayan, L. M., Ahmad, R., & Rosli, M. M. (2017). Conflict Management Among Malay Married Couples: An Analysis on Their Strategies & Tactics. Asian Social Science, 13(10), 95. doi :10.5539/ass.v13n10p95

Nurhanisah, H., & Raihanah, A. (2016). Penghayatan Islam Dan Hubungannya Dengan Konflik Rumahtangga : Kajian Di Unit Runding Cara, Bahagian Undang- Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor.

Jurnal Syariah, 24(3), 393–422.

Nur Wahidah. (2011). Pola Komunikasi Dalam Keluarga. Musawa, 3(2), 163–178.

Pickover, AM., Dodson, TS., Tran, HN., Lipinski, AJ., Beck, JG. (2019) Factor Structure of the Communication Patterns Questionnaire in Violence-Exposed Women. Journal of Interpersonal Violence. Article; Early Access. doi: 10.1177/0886260519867147.

Ponomaryov V. I., Osypenko А. А., & Iagniuk Ia. К. (2016). Communication Psychology: Manual. In 2 parts.

Part 1. Ukraine.: V. N. Karazin Kharkiv National University.

Richey, R.C., Klien, J.D, & Nelson, W.A. (2007). Development Research : Studies Of Instructional Design And Development. In Handbook Of Research On Educational Communication Technology. London : Lawrence Erlbaum Associates Publisher.

Rowe, G., & Wright, G. (2011). The Delphi Technique: Past, Present, And Future Prospects – Introduction To The Special Issue. Technological Forecasting and Social Change, 78(9), 1487–1490.

Sa’diah Abdul Samad. (2002). Kesan Poligami Terhadap Keluarga Islam: Suatu Kajian Di Langkawi Kedah.

Disertasi Sarjana Usuluddin, Universiti Malaya.

Saedah, S., Norlidah, A., DeWitt, D., & Zaharah, H. (2013). Design And Developmental Research: Emergent Trends In Educational Research. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Schramm, W. (1954). The Process And Effects Of Mass Communication, Urbana: University of Illinois Press.

Shahon, C. E., & Weaver, W. (1949). The Mathematical Theory Of Communication. Urbana: University of Illinois Press

Siti Zulaikha Mohd Noor. (1989). Rundingcara Keluarga Sebagai Satu Cara untuk Mengatasi Kekeluargaan Islam di Malaysia. Seminar Perlaksanaan Undang-undang Keluarga Islam Peringkat Kebangsaan. 26- 28 Jun 1989.

Soewondo, S. (2001). Keberadaan Pihak Ketiga, Poligami Dan Permasalahan Perkawinan (Keluarga) Ditinjau Dari Aspek Psikologi. Dalam (Munandar,S. C. U. (Ed.), Bunga Rampai Psikologi Perkembangan Keperibadian dari Bayi Sampai Lanjut Usia. (154-183). Jakarta: UI Press.

Swanson, R.A. & Falkman, S.K. (1997). Training Delivery Probelms And Solutions: Identification Of Nivice Trainer Problems And Expert Trainer Solutions. Human Resource Development Quarterly, 8 (4), 305- 314.

Thompson, P. (2008) Desperate Housewives? Communication Difficulties And The Dynamics Of Marital (Un) Happiness. Economic Journal. 118 (532), 1640-1669. doi: 10.1111/j.1468-0297.2008.02184.x.

Thomas, CE., Boothbutterfield, M., Boothbutterfield, S. (1995) Perceptions of Deception, Divorce Disclosures, and Communication Satisfaction with Parents. Western Journal of Communication. 59(3), 228-245.

doi: 10.1080/10570319509374519.

Wan Anor, W. S., & Risalshah, L. (2014). Kaunseling Keluarga : Isu Dan Cabaran. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014, 1–8. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004

Xue, J., Lin, K., Sun, IY., Liu, JH. (2018) Information Communication Technologies and Intimate Partner Violence in China. International Journal of Offender Therapy and Comparative Criminology. 62(16), 4904-4922. doi: 10.1177/0306624X18801500.

(13)

Zanariah Dimon, Azizah Mohd Rapini, Hammad b. Dahalan. (2018). Faktor-Faktor Konflik Rumah Tangga:

Kajian Di Unit Runding Cara Jabatan Agama Islam Selangor. International Conference On Islamiyyat Studies. 18-19 September 2018, Hotel TENERA, Bandar Baru Bangi, pp. 302-311

_____. (2006, 28 Disember). Kelantan Paling Ramai Poligami. Utusan Malaysia. Retrieved from http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.80.27

Referensi

Dokumen terkait

Professional Nursing Practice Methods In Hospital: A Systematic Review&#34;, Journal Of Nursing Practice,

In addition, most Chinese in northern Jakarta are willing to use &#34;half Indonesian, half Chinese&#34; names because they believe that Chinese surnames are