Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
1 MINIT MESYUARAT
MESYUARAT PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI (MPSAH) BIL. 1/2019
TARIKH : 20 FEBRUARI 2019 (RABU) MASA : 9.00 Pagi
TEMPAT : BILIK MESYUARAT BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI, JPS AMPANG
Kehadiran : A. Pengerusi
Y.Brs Ir. Roslina Binti Yusop Timbalan Pengarah (Seksyen Hidrologi) BPSAH B. Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia
1. En. Azman bin Said Timbalan Pengarah, PRABN
2. En. Roslan bin Sukimin Ketua Penolong Pengarah Kanan, UPM 3. Ir. Rajaselvam A/L Govindaraju Ketua Penolong Pengarah Kanan, PRABN 4. En. Sazali Bin Osman Ketua Penolong Pengarah Kanan, PRABN 5. En. Azman bin Zulkifli Ketua Penolong Pengarah, UPM
6. Ir. Hasanuddin Bin Mohd Ibrahim Penolong Pengarah Kanan, UPM 7. Pn. Nur Wazni binti Mohammad Penolong Pengarah Kanan, UPM 8. En. Mohamed Hafiz bin Kamaluddin Penolong Pengarah Kanan, UPM 9. En. Larry Charles bin Siniun @ Janim Penolong Pengarah, UPM
10. Cik Nor Hamizah binti Muhamad Penolong Pengarah, UTH
C. Pengarah / Timbalan Pengarah / Penolong Pengarah JPS Negeri
11. Ir. Hj. Mohd Nazri Bin Yasmin Pengarah, JPS W.P. Putrajaya 12. Pn. Fairus Binti Ahmad Timbalan Pengarah (O), JPS Kedah 13. Ir. Mohd Suhairi Bin Ramli Penolong Pengarah, JPS Pulau Pinang D. Pegawai Hidrologi Negeri
14. En. Ridzwan bin Ramli PHN JPS Perlis 15. En. Mohd Affrizal bin Amran PHN JPS Kedah 16. En. Mohd Zaidi bin Mokhtar PHN JPS Perak 17. Danapal A/L Kannusamy PHN JPS Selangor
18. En. Mohd Razali Bin Mohd Nazri PHN JPS W.P. Kuala Lumpur 19. Pn. Mastura binti Maarof PHN JPS Negeri Sembilan 20. Pn. Nuraini binti Husin PHN JPS Melaka
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
2 21. En. Jeffree bin Esa PHN JPS Johor
22. En. Poh Chee Chin PHN JPS Pahang
23. En. Hishamshury Bin Ibrahim PHN JPS Kelantan 24. Pn. Normahyusni binti Mohd Annuar PHN JPS Sarawak
25. Pn. Margaret Chong PHN JPS Sabah
26. En. Isaruddin Bin Abdul Rani PHN W.P. Putrajaya 27. En. Hamid Anuar Bin Amirullah PHN W.P. Labuan E. Turut hadir
28. En. Noor Ibrahim bin Md Isa Penolong Jurutera, JPS W.P. Kuala Lumpur 29. En. Ahmad Tarmizi bin Mohamad Penolong Jurutera, JPS W.P. Kuala Lumpur 30. En. Ho Kat Fui Penolong Jurutera, JPS Sabah
31. En. Mohamed Shukri Bin Abdullah Penolong Jurutera, JPS Pulau Pinang 32. En. Mohd Suharmi Bin Ahmad Ghazali Penolong Jurutera, JPS Perak
F. Urusetia
33. En. Muhammad Ariff bin Abdul Khalid Penolong Pengarah, UPM 34. En. Zaini Amli bin Rosli Penolong Jurutera, UPM 35. En. Mohd Syhrizan bin Mat Ghani Penolong Jurutera, UPM 36. Cik Suzi binti Zunaidi Penolong Jurutera, UPM
Singkatan yang digunakan:
JPS - Jabatan Pengairan Dan Saliran
BPSAH - Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi PRABN - Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara SPH - Seksyen Peralatan Hidrologi
UPM - Unit Pengurusan Maklumat UTH - Unit Teknikal Hidrologi PHN - Pegawai Hidrologi Negeri W.P. - Wilayah Persekutuan
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
3 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua para hadirin ke Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi Bil.1/2019.
1.2 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan perkara-perkara sepertimana berikut :
1.2.1 Mesyuarat Pengurusan Sumber Air Dan Hidrologi diadakan pada awal tahun dan sekurang-kurangya sekali dalam tempoh masa 12 bulan yang perlu dihadiri oleh Wakil Pengurusan, Timbalan Wakil Pengurusan berserta Pegawai Hidrologi Negeri.
1.2.2 Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengkaji dan menyemak semula pencapaian sasaran dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan operasi Perkhidmatan Pengurusan Data Hidrologi Untuk Rangkaian Hidrologi Nasional Di JPS Malaysia serta keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 : 2015.
1.3 Pengerusi memaklumkan antara agenda-agenda mesyuarat pada hari ini adalah seperti berikut
1.3.1 Pengesahan dan Maklumbalas Minit Mesyuarat MPSAH Bil.1/2018
1.3.2 Pelaporan Perbelanjaan dan Perancangan Peruntukan Pembangunan dan Mengurus bagi Tahun 2018 dan 2019.
1.3.3 Pelaporan pencapaian Objektif Kualiti Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015.
1.3.4 Laporan Penemuan Audit Pemantauan Dan Naiktaraf SIRIM.
1.3.5 Laporan Perancangan Program-Program ISO 9001:2015 untuk Tahun 2019
Tindakan : Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MPSAH BIL.1/2018
Minit Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil.1/2018 telah disahkan oleh Pengerusi tanpa pindaan. Pembentangan maklumbalas minit Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2018 oleh Penolong Pengarah UPM (En. Muhammad Ariff bin Abdul Khalid) seperti di Lampiran 1.
Tindakan : Makluman
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
4 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 PHN Pahang telah mengetengahkan isu yang sama seperti di para 6.1.5 dan 6.1.6 di dalam Minit Mesyuarat Pengurusan Sumber Air Dan Hidrologi (MPSAH) Bil.1/2018 mengenai prestasi data hujan.
PHN Pahang memaklumkan di JPS Pahang turut menghadapi masalah yang sama iaitu dua (2) stesen hujan yang terletak di Pulau Tioman tidak dapat diakses untuk kutipan data pada musim tengkujuh. PHN Pahang memaklumkan data-data stesen hujan tersebut terutamanya data bagi bulan November dan Disember akan mula dikutip selepas daripada musim tengkujuh. PHN Pahang khuatir data-data bagi stesen tersebut mengganggu prestasi data bagi stesen hujan bukan pedalaman.
Pengerusi mesyuarat meminta pihak UPM untuk mengkaji semula kategori stesen hujan di pulau ini.
Tindakan : UPM
4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PERBELANJAAN BAJET PEMBANGUNAN BAGI TAHUN 2018 & PERANCANGAN BAJET PEMBANGUNAN 2019
Pembentangan Laporan Perbelanjaan Bajet Pembangunan Bagi Tahun 2018 & 2019 oleh Penolong Pengarah Kanan UPM (Pn. Nur Wazni binti Mohammad) seperti di Lampiran 2.
4.1 Agihan peruntukan pembangunan RMK-11 di BPSAH adalah seperti di jadual berikut :
Bil. Program/Projek Jumlah Peruntukan (RM)
1. Program Ramalan Dan Amaran Banjir Negara
(PRAB I) 145,000,000.00
2. Program Ramalan Dan Amaran Banjir Negara
(PRAB II) 385,000,000.00
3. Program Pembangunan Water Balance Bagi
Pengurusan Sumber Air Negara (Fasa I) 49,500,000.00 4. Program Pembangunan Water Balance Bagi
Pengurusan Sumber Air Negara (Fasa II) 45,000,000.00 5. Memperkasa Data dan Rangkaian Stesen
Hidrologi Nasional (Fasa I) 50,000,000.00
Jumlah 674,500,000.00
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
5 4.2 Peruntukan bajet pembangunan di BPSAH pada tahun 2019 adalah seperti berikut :
4.2.1 VOT 13900
Bil. Program/Projek Jumlah Peruntukan (RM)
1. Program Ramalan Dan Amaran Banjir Negara
(PRAB I) 20,000,000.00
2. Program Ramalan Dan Amaran Banjir Negara
(PRAB II) 18,000,000.00
3. Memperkasa Data dan Rangkaian Stesen
Hidrologi Nasional (Fasa I) 15,149,000.00
Jumlah 53,149,000.00
4.2.2 VOT 13400
Bil. Program/Projek Jumlah Peruntukan (RM)
1. Program Pembangunan Water Balance Bagi
Pengurusan Sumber Air Negara (Fasa I) 13,000,000.00 2. Program Pembangunan Water Balance Bagi
Pengurusan Sumber Air Negara (Fasa II) 2,000,000.00
Jumlah 15,000,000.00
Tindakan : Makluman
4.3 PHN Perak mencadangkan supaya stesen hidrologi di Pulau Sara dibangunkan dan dinaiktaraf semula. PHN Perak memohon peruntukan dibawah projek RHN bagi kerja- kerja naiktaraf stesen tersebut.
Pengerusi memohon supaya PHN Perak menghantar permohonan rasmi ke BPSAH bagi tujuan tersebut.
Tindakan : PHN JPS Perak
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
6 4.4 Pengarah JPS W.P. Putrajaya memaklumkan buat masa kini, di Putrajaya masih tidak
mempunyai stesen hidrologi.Pengarah JPS W.P. Putrajaya mencadangkan supaya stesen hujan dapat dibangunkan di Putrajaya. Ini kerana data-data hujan diperlukan bagi membolehkan analisis hidrologi dibuat.
Pengarah JPS W.P. Putrajaya juga memaklumkan tapak atau tempat bagi pembangunan stesen hujan di Putrajaya juga sudah tersedia dan telah dikenalpasti lokasinya.
KPPK PRABN (En. Sazali Bin Osman) memaklumkan pembangunan stesen-stesen hujan di Putrajaya boleh dimasukkan dan dipertimbangkan dibawah projek PRAB Fasa II.
Pengerusi memohon supaya JPS W.P. Putrajaya membuat permohonan rasmi ke pejabat BPSAH berkaitan permohonan pembangunan stesen hujan ini dan mencadangkan pembangunan stesen hujan tersebut menggunakan peruntukan di bawah projek PRAB Fasa II.
Tindakan : JPS W.P. Putrajaya
5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PERBELANJAAN BAJET MENGURUS BAGI TAHUN 2018 & PERANCANGAN BAJET MENGURUS TAHUN 2019
Pembentangan Laporan Perbelanjaan Bajet Mengurus Bagi Tahun 2018 & 2019 oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Instrumentasi dan Komunikasi PRABN (Ir.
Rajaselvam A/L Govindaraju) seperti di Lampiran 3.
5.1 Peruntukan Bajet Mengurus bagi tahun 2019 adalah seperti berikut : 5.1.1 Kod 20000
Program Peruntukan Tahun 2019 (RM)
Dasar Sedia Ada 1,996,000.00
Dasar Baru 0.00
Jumlah 1,996,000.00
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
7 Pecahan Peruntukan Dasar Sedia Ada yang diluluskan adalah seperti berikut :
AKTIVITI BUTIRAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN TAHUN 2019 (RM) 21000 Perbelanjaan Perjalanan & Sara Hidup 94,000.00 23000 Perhubungan & Utiliti 400,000.00
24000 Sewaan -
26000 Bekalan Bahan Mentah & Bahan
Pembaikian 52,000.00
28000 Penyelenggaraan & Pembaikan Kecil 1,290,000.00 29000 Perkhidmatan Iktisas, Perkhidmatan &
Hospitaliti 160,000.00
JUMLAH (RM) 1,996,000.00
5.1.2 Kod 30000
Program Peruntukan Tahun 2019 (RM)
One Off 2,550,000.00
Jumlah 2,550,000.00
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
8 5.1.3 Agihan peruntukan Bajet Mengurus kepada JPS Negeri bagi tahun 2019 dan telah diwarankan pada 8 Februari 2019 adalah seperti berikut :
BIL. JPS NEGERI 23000 28000 JUMLAH
1 PERLIS 5,300.00 - 5,300.00
2 KEDAH 10,000.00 91,240.00 101,240.00
3 PULAU PINANG 12,800.00 - 12,800.00
4 PERAK 3,900.00 189,528.00 193,428.00
5 SELANGOR 6,500.00 74,684.00 81,184.00
6 W.P KUALA LUMPUR 4,200.00 330,800.00 335,000.00
7 N. SEMBILAN 4,400.00 - 4,400.00
8 MELAKA 2,800.00 - 2,800.00
9 JOHOR 21,600.00 77,560.00 99,160.00
10 PAHANG 11,000.00 64,490.00 75,490.00
11 TERENGGANU 7,500.00 29,560.00 37,060.00
12 KELANTAN 5,000.00 66,038.00 71,038.00
13 SABAH 1,000.00 - 1,000.00
14 W.P LABUAN 800.00 - 800.00
15 SARAWAK - - -
JUMLAH 96,800.00 923,900.00 1,020,700.00
Agihan peruntukan OS28000 adalah untuk bayaran kontrak penyelenggaraan sedia ada.
5.2 PHN Selangor mengetengahkan isu berkaitan peruntukan mengurus bagi penyelenggaraan stesen-stesen yang baru dibangunkan di bawah projek PRAB dan RHN.
PHN Selangor memaklumkan peruntukan mengurus sedia ada daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk penyelenggaraan stesen hidrologi bagi tahun 2019 telah dikurangkan.
Oleh yang demikian PHN Selangor memohon supaya satu taklimat dibuat di Negeri Selangor bagi memberi makluman tentang keperluan peruntukan mengurus untuk penyelenggaraan stesen-stesen hidrologi baru yang dibangunkan di bawah projek PRAB dan RHN. Tujuan taklimat tersebut diperlukan supaya Kerajaan Persekutuan dapat memberi kepastian untuk menyalurkan peruntukan mengurus bagi penyelenggaraan stesen-stesen tersebut.
Timbalan Pengarah PRABN (En. Azman Said) maklumkan pihak BPSAH tidak boleh membuat taklimat seperti dicadangkan bagi memberi jaminan tentang peruntukan mengurus untuk penyelenggaraan stesen-stesen hidrologi tersebut kerana ia melibatkan dasar-dasar dan polisi peringkat atasan atau kementerian.
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
9 Pengerusi memaklumkan supaya perkara ini perlu dibincang dan diputuskan dengan pegawai peringkat atasan.
Tindakan : UPM
6.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PENGHANTARAN, PENERIMAAN DATA HIDROLOGI DAN PRESTASI DATA BAGI TAHUN 2018
Pembentangan Laporan Penghantaran, Penerimaan dan Prestasi Data Hidrologi oleh Penolong Pengarah UPM (En. Muhammad Ariff bin Abdul Khalid) seperti Lampiran 4.
6.1 Prestasi Penghantaran Data Hidrologi
6.1.1 Semua JPS Negeri telah mengemukakan data hidrologi ke Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Ampang mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan seperti di dalam objektif kualiti.
Tindakan : Makluman 6.1 Prestasi Data Hujan
6.1.1 Semua JPS Negeri telah mencapai prestasi data hujan (stesen bukan pedalaman) melebihi 95% pada tahun 2018. Perincian prestasi data hujan mengikut JPS Negeri seperti berikut :
BIL. JPS NEGERI PERATUSAN PRESTASI DATA HUJAN TAHUN 2018
1. Perlis 100%
2. Kedah 100%
3. Pulau Pinang 100%
4. Perak 97.31%
5. Selangor 100%
6. W.P Kuala Lumpur 100%
7. Negeri Sembilan 100%
8. Melaka 99.46%
9. Johor 100%
10. Pahang 99.42%
11. Terengganu 100%
12. Kelantan 99.30%
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
10 Pengerusi mengucapkan tahniah di atas prestasi data hujan yang baik pada tahun 2018. Pengerusi berharap JPS Negeri dapat mengekalkan prestasi terbaik ini pada tahun seterusnya.
Tindakan : Makluman
6.1.2 Prestasi data hujan (Stesen Pedalaman) bagi tahun 2018 adalah seperti berikut : a) JPS Pahang = 100 %
b) JPS Kelantan = 89.56 %
Tindakan : Makluman 6.1.3 PHN Kelantan memaklumkan prestasi data hujan bagi stesen pedalaman tidak mencapai 95% kerana terdapat kerosakan bateri pada alat minilog yang menyebabkan kehilangan data. Walaubagaimanapun tindakan pembetulan telah diambil dan cerapan data hujan kembali pulih.
Tindakan : Makluman 6.2 Prestasi Data Aras Air
6.2.1 Semua negeri telah mencapai peratus prestasi data aras air melebihi 95% pada tahun 2018 kecuali bagi JPS Kedah, JPS W.P. Kuala Lumpur dan JPS Kelantan.
Perincian prestasi data aras air bagi tahun 2018 adalah seperti berikut :
BIL. JPS NEGERI PERATUSAN PRESTASI DATA HUJAN TAHUN 2018
1 Perlis 100%
2 Kedah 38.71%
3 Pulau Pinang 100%
4 Perak 96.03%
5 Selangor 100%
6 W.P Kuala Lumpur 51.84%
7 Negeri Sembilan 100%
8 Melaka 100%
9 Johor 100%
10 Pahang 100%
11 Terengganu 100%
12 Kelantan 90.26%
Tindakan : Makluman
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
11 6.2.2 PHN Kedah memaklumkan bahawa prestasi data aras air bagi tahun 2018 tidak
mencapai prestasi 95% kerana berlaku kerosakan stesen di Sg. Muda Jambatan Syed Omar akibat keruntuhan tebing sungai yang mengakibatkan kerosakan stesen dan alat pada tahun 2017. Pada tahun 2018 kerja-kerja pembaikan dan pemindahan stesen asal ke stesen sukatluah berhampiran (Jarak lingkungan 80 meter) telah dilaksanakan.
Walaubagaimanapun, data bagi stesen ini masih belum dicerap kerana berlaku kerosakan pada sensor asal pula.Selain itu juga rumah stesen juga telah diceroboh dan menyebabkan kehilangan bateri.
JPS Kedah memohon supaya stesen ini ditutup sementara sehingga kerja-kerja membaiki peralatan sensor dan naiktaraf keselamatan stesen selesai dibuat.
Pengerusi memohon supaya JPS Kedah menghantar borang penutupan sementara stesen seperti keperluan ISO 9001:2015 dan membuat permohonan peruntukan kewangan untuk pembaikian stesen tersebut bagi tindakan selanjutnya.
Tindakan : PHN JPS Kedah 6.2.3 Penolong Pengarah (En. Muhammad Ariff Bin Abdul Khalid) memaklumkan JPS Negeri Kedah hanya mempunyai 3 stesen aras air (Stesen di Sg. Muda Jambatan Syed Omar, Stesen Sungai Ketil di Kuala Pegang dan Stesen Sg.
Muda di Jeniang) yang didaftarkan dibawah pensijilan ISO 9001:2015.
Pada tahun 2018, Stesen Sungai Ketil di Kuala Pegang dan Stesen Sg. Muda di Jeniang telah ditutup sementara bagi memberi laluan terhadap kerja-kerja pembaikian stesen dan kerosakan alat.
PHN Kedah memaklumkan stesen-stesen tersebut telah siap dibaiki dan pihak JPS Kedah masih memantau trend aras air yang direkod sebelum stesen ini boleh dibuka semula.
Pengerusi memohon supaya JPS Kedah menyegerakan pembukaan semula stesen yang telah ditutup sementara ini bagi mengelakkan tempoh masa kehilangan data-data aras air tidak terlalu lama.
Tindakan : PHN JPS Kedah 6.2.4 PHN W.P. Kuala Lumpur memaklumkan bahawa prestasi data aras air bagi tahun 2018 tidak mencapai prestasi 95% kerana terdapat gangguan bekalan kuasa eletrik di Stesen Aras Air Sg. Klang @ Jambatan Sulaiman yang disebabkan oleh projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengakibatkan operasi cerapan stesen terhenti. PHN WPKL memaklumkan stesen ini dijangka akan beroperasi semula pada bulan Jun 2019.
Tindakan : PHN JPS WPKL
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
12 6.2.5 PHN W.P. Kuala Lumpur juga memaklumkan Stesen Aras Air Sg. Gombak @
Jalan Tun Razak mengalami masalah pendawaian eletrik yang mengakibatkan kehilangan data bermula Januari sehingga Julai 2018. Walaubagaimanapun stesen ini telah kembali beroperasi semula mulai bulan Ogos 2018.
Tindakan : Makluman 6.2.6 PHN Kelantan memaklumkan prestasi data aras air bagi tahun 2018 tidak mencapai prestasi 95% kerana terdapat kerosakan sensor dan minilog di Stesen Sg. Lebir di Kg. Tualang. Selain itu juga, terdapat keraguan data bagi Stesen Sg.
Galas di Chegar Lapan, Dabong dan Stesen Sg. Kelantan di Jambatan Guillemard.
Tindakan pembetulan telah diambil dan data-data stesen tersebut telah pulih.
Tindakan : Makluman
6.3 Prestasi Data Sejatan
6.3.1 Semua JPS Negeri telah mencapai prestasi data sejatan melebihi 95% pada tahun 2018.
Tindakan : Makluman
7.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PENYEBARAN DATA HIDROLOGI DAN MAKLUMBALAS PELANGGAN BAGI TAHUN 2018
Pembentangan Laporan Penyebaran Data Hidrologi Dan Maklumbalas Pelanggan bagi tahun 2018 oleh Penolong Pengarah UPM (En. Mohd Eizam bin Yusof) seperti di Lampiran 5.
7.1 Jumlah permohonan data hidrologi bagi 4 jenis kategori pelanggan iaitu Perunding Projek Kerajaan, Perunding Projek Swasta, IPT dan Agensi Kerajaan bagi tahun 2018 adalah sebanyak 398 permohonan. Bilangan jumlah borang maklumbalas yang diterima hanya sebanyak 108 (27%) sahaja daripada jumlah keseluruhan permohonan.
Walaubagaimanapun terdapat peningkatan jumlah maklumbalas pelanggan yang diterima pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 iaitu sebanyak 9%. Jadual berikut menunjukkan jumlah permohonan dan maklumbalas pelanggan bagi tahun 2018:
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
13 Bil. Jenis Pelanggan Jumlah
Permohonan
Jumlah maklumbalas pelanggan yang diterima
1. Perunding Projek Kerajaan 122 26
2. Perunding Projek Swasta 24 11
3. IPT 226 63
4. Agensi Kerajaan 26 8
Jumlah 398 108
Jumlah maklumbalas pelanggan
yang tidak diterima 290
Tindakan : Makluman
7.2 Jumlah hasil bayaran yang diperolehi pada tahun 2018 daripada pembekalan data hidrologi kepada pihak swasta adalah sebanyak RM47,640.00.
Tindakan : Makluman 7.3 Secara keseluruhan, daripada skala 1 hingga 5 (1-Amat Tidak Memuaskan, 5-Amat Memuaskan) penilaian atau maklumbalas pelanggan berada pada skala 4.87, iaitu hasil purata daripada 3 kategori penilaian (kualiti data, komunikasi/layanan dan tempoh masa data dibekalkan).
Tindakan : Makluman
8.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KURSUS KUMPULAN SOKONGAN BAGI TAHUN 2018
Pembentangan Laporan Kursus Kumpulan Sokongan oleh Encik Azman Bin Zulkifli dari UPM seperti Lampiran 6. Mesyuarat mengambil maklum.
Tindakan : Makluman 8.1 Semua negeri mencapai peratusan 100% bagi kehadiran kursus berkaitan hidrologi sekurang-kurangnya 1 hari bagi kakitangan kumpulan sokongan yang melaksanakan kerja-kerja hidrologi di BPSAH dan JPS Negeri.
Tindakan : Makluman 8.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua JPS Negeri di atas pencapaian 100%
kehadiran kursus ini dan mengharapkan prestasi terbaik ini terus dikekalkan pada masa hadapan.
Tindakan : Makluman
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
14 9.0 LAPORAN PENEMUAN AUDIT PEMANTAUAN DAN NAIKTARAF SIRIM ISO
9001:2015 BAGI TAHUN 2018
Pembentangan Laporan Penemuan Audit Pemantauan dan Naiktaraf Sirim ISO 9001:2015 Bagi Tahun 2018 oleh Penolong Pengarah UPM (En. Muhammad Ariff bin Abdul Khalid) seperti di Lampiran 7.
9.1 Pada 5 hingga 7 September 2018, pihak BPSAH telah mengadakan Audit Pemantauan dan Naiktaraf Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 : 2008 kepada ISO 9001: 2015. Audit tersebut telah dilaksanakan oleh pihak SIRIM QAS Sdn Bhd. Antara pejabat-pejabat yang telah dipilih untuk diaudit adalah seperti berikut :
a) Bahagian Pengurusan Sumber Air Dan Hidrologi, JPS Ampang b) JPS Negeri Pulau Pinang
c) JPS Negeri Selangor d) JPS Negeri Pahang e) JPS Negeri Terengganu
Tindakan : Makluman 9.1 Hasil penemuan daripada Audit Pemantauan Dan Naiktaraf SIRIM tersebut, Sistem Pengurusan Kualiti bagi Perkhidmatan Pengurusan Data Hidrologi Untuk Rangkaian Hidrologi Nasional Di JPS Malaysia, tiada laporan ketakakuran daripada pihak auditor diberikan. Walaubagaimanapun terdapat 8 peluang penambahbaikan yang perlu diberi perhatian selanjutnya. Sistem Pengurusan Kualiti ini juga telah berjaya dinaiktaraf daripada versi ISO 9001:2008 kepada versi ISO 9001:2015.
Tindakan : Makluman
10.0 PEMBENTANGAN PERANCANGAN PROGRAM-PROGRAM ISO 9001:2015 BAGI TAHUN 2019
Pembentangan Perancangan Program-Program ISO 9001:2015 Bagi Tahun 2019 oleh Penolong Pengarah UPM (En. Muhammad Ariff bin Abdul Khalid) seperti di Lampiran 8.
10.1 Jadual perancangan program-program berkaitan Sistem Pengurusan Kualiti bagi tahun 2019 telah diedarkan kepada semua wakil Pengurusan BPSAH dan JPS Negeri melalui surat bertarikh 3 Januari 2019. Jadual berikut menunjukkan program-program ISO 9001:2015 bagi tahun 2019 :
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
15 Bil. Program Tanggungjawab Cadangan Tarikh
Pelaksanaan
1.
Mesyuarat Pengurusan Risiko (MPR)- Ibu Pejabat BPSAH
BPSAH April 2019
2. Mesyuarat Pengurusan
Risiko (MPR)- JPS Negeri JPS Negeri April 2019 3. Audit Kualiti Dalaman – Ibu
Pejabat BPSAH BPSAH Julai 2019
4. Audit Kualiti Dalaman – JPS
Negeri JPS Negeri Julai 2019
5. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP)
BPSAH & JPS
Negeri September 2019 6. Audit Pensijilan SIRIM BPSAH & JPS
Negeri Oktober 2019
Tindakan : UPM & Semua PHN 10.2 Sebagai makluman, mohon kerjasama semua PHN Negeri supaya dapat mematuhi
semua perancangan program-program ISO 9001:2015 seperti yang telah ditetapkan bagi tahun 2019 ini. Keperluan mematuhi semua program-program ISO ini sangat penting kerana pada tahun ini terdapat Audit Pensijilan semula daripada pihak SIRIM bagi memastikan kelangsungan sijil ISO 9001 : 2015 bagi Perkhidmatan Pengurusan Data Hidrologi Untuk Rangkaian Hidrologi Nasional Di JPS Malaysia.
Tindakan : Makluman 10.3 Pada tahun 2019, pejabat BPSAH telah membuat beberapa perubahan terhadap dokumen ISO 9001:2015 keluaran 7. Pejabat BPSAH juga telah mengedarkan Borang Notis Perubahan Dokumen melalui surat bertarikh 2 Januari 2019 berkaitan pembatalan Skop Penyediaan Pelaporan Kemarau di dalam Pensijilan ISO 9001:2015 (Perkhidmatan Pengurusan Data Hidrologi) berkuatkuasa 2 Januari 2019.
Walaubagaimanapun aktiviti-aktiviti penyediaan pelaporan kemarau tersebut masih berjalan seperti biasa di bawah Seksyen Sumber Air, BPSAH. Pihak JPS Negeri masih lagi perlu menghantar data-data hujan bagi tujuan penyediaan pelaporan kemarau kepada pegawai Seksyen Sumber Air, BPSAH.
Tindakan : Makluman
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
16 10.4 Pejabat BPSAH juga telah memaklumkan kepada semua pemegang salinan terkawal
untuk melupuskan dokumen yang telah dibatalkan tersebut berkuatkuasa 2 Januari 2019. Jadual berikut menunjukkan senarai dokumen yang telah dibatalkan :
Bil. No. Dokumen Nama Dokumen Catatan
1. BPSAH-PK(O)-04
Penyediaan Pelaporan Kemarau Semenanjung Malaysia
2. BPSAH-AK(O)-04
Arahan Kerja Menyediakan Peta Isohyet Bagi Analisis Hujan Untuk Pemantauan Kemarau Semenanjung Malaysia
3. MK Manual Kualiti
Pembatalan Objektif Kualiti No. 4 di Klausa 6.2 iaitu Menyediakan Laporan Pemantauan Kemarau setiap bulan pada bulan berlakunya musim panas/kering/
kemarau / monsun barat daya.
Tindakan : Semua PHN
10.5 Pejabat BPSAH juga sedang dalam proses semakan akhir terhadap pindaan dokumen ISO 9001:2015 Keluaran 7.
Dokumen ini dipinda selaras dengan cadangan penambahbaikan daripada pihak SIRIM dan perubahan-perubahan lain. Pihak BPSAH akan memaklumkan secara rasmi berkaitan pelancaran dokumen pindaan ini adalah pada bulan Mac 2019.
Jadual berikut menunjukkan senarai dokumen-dokumen ISO 9001:2015 Keluaran 7 yang akan dipinda :
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
17 Bil. Bil No. Dokumen Nama
Dokumen Jenis Pindaan
1. MK Manual Kualiti
Pindaan terhadap Objektif Kualiti dan perkara-perkara lain yang berkaitan pembatan skop penyediaan pelaporan kemarau.
2. BPSAH-PK(P)-01 Kajian Semula Pengurusan
Pindaan agenda Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan supaya selaras dengan keperluan ISO 9001:2015.
3. BPSAH- PK (P)- 13 Pengurusan Risiko
Pengemaskinian keseluruhan dokumen prosedur Pengurusan Risiko. Pindaan ini dibuat bagi memberi panduan lengkap kepada BPSAH dan JPSN untuk melaksanakan Pelan Pengurusan Risiko di pejabat masing-masing.
Tindakan : UPM
10.6 Pejabat BPSAH memaklumkan pada tahun 2018, Pelan Pengurusan Risiko telah dilaksanakan secara berpusat dan diuruskan oleh pihak di BPSAH.Bermula tahun 2019, setiap pejabat JPS Negeri yang melaksanakan kerja-kerja Pengurusan Data Hidrologi dan tertakluk di bawah pensijilan ISO 9001:2015 perlu membangunkan dan memantau pelaksanaan Pelan Pengurusan Risiko di pejabat masing-masing serta melaporkan keberkesanan pelaksanaan Pelan Pengurusan Risiko kepada pihak BPSAH. Perkara ini diputuskan selaras dengan cadangan penambahbaikan dan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti oleh pihak SIRIM.
Tindakan : UPM & Semua PHN
11.0 HAL-HAL LAIN
11.1 PHN Kelantan memaklumkan Stesen Sukat Luah Sg. Lebir di Kg. Tualang mengalami kerosakan kable (putus) akibat kejadian kecurian.
Tindakan : PHN JPS Kelantan & SPH
Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2019 20 Februari 2019
18 11.2 Wakil JPS Pulau Pinang (Ir. Mohd Suhairi Bin Ramli) memaklumkan Stesen Sukat Luah
Ladang Victoria mengalami runtuhan tebing.
Pengerusi memohon JPS Pulau Pinang untuk menghantar surat rasmi bagi memohon peruntukan untuk kerja-kerja pengukuhan tebing tersebut
Tindakan : JPS Pulau Pinang
12.0 PENUTUP
Pengerusi menjemput semua ahli mesyuarat untuk bersama-sama menyaksikan Montaj Rangkaian Hidrologi Nasional yang telah disediakan oleh Unit Pengurusan Maklumat, BPSAH. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.50 tengahari.