• Tidak ada hasil yang ditemukan

NAIB CANSELOR PERTAMA UniMAP BERSARA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "NAIB CANSELOR PERTAMA UniMAP BERSARA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 10 Februari 2016 NAIB CANSELOR PERTAMA UniMAP BERSARA

Pauh Putra, 10 Februari – Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Brig. Jen. Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin menamatkan kontrak setahun beliau sebagai Naib Canselor sekaligus mencipta rekod paling lama dalam jawatan.

Beliau yang telah bersara wajib sebagai penjawat awam pada 10 Februari tahun lalu menyandang jawatan tersebut selama 14 semenjak 16 Februari 2002.

Dr Kamarudin sebelum ini adalah rektor ketika awal penubuhan universiti itu yang dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang kemudiannya menjadi Naib Canselor selepas KUKUM dinaiktaraf sebagai universiti awam (UA) ke-17 dengan nama UniMAP sehingga hari ini.

Dr Kamarudin yang turut menyambut hari lahir ke 61 tahun pada hari ini diraikan dalam sebuah majlis perpisahan sempena persaraan beliau sebagai Naib Canselor yang dihadiri seluruh kakitangan UniMAP, pelajar pengajian Diploma serta pelajar antarabangsa di Dewan Ilmu UniMAP, di sini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Astronaut Technology Sdn Bhd (ATSB), Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad dan barisan pengurusan tertinggi UniMAP.

Dr Kamarudin berkata walaupun selepas ini beliau bukan lagi Naib Canselor UniMAP,beliau melahirkan harapan agar segala perancangan yang

(2)

Unit Perhubungan Media Page 2 dirancang sebelum ini dapat direalisasikan agar UniMAP terus cemerlang dalam pelbagai aspek.

“Mulai tahun ini kita akan memulakan gerak kerja baru bagi strategi 2016- 2020 dengan banyak inisiatif yang dicadangkan. Inisiatif jika kekal sebagai cadangan tidak akan membawa universiti ini ke mana-mana. Usahakanlah.

“Justeru, saya berharap kepemimpinan baru UniMAP akan meneruskan segala agenda strategik yang telah diusahakan mahupun dirancang dengan membantu UniMAP menjana kewangan serta memastikan nama UniMAP sentiasa segar dan masyhur di persada antarabangsa,” kata beliau ketika menyampaikan amanat terakhir di sini, hari ini.

Beliau turut melahirkan rasa penghargaan kepada Canselor UniMAP, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Pro Canselor UniMAP, Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta kerajaan negeri Perlis kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk sama-sama membangunkan negeri Perlis menerusi pembangunan UniMAP.

Kecemerlangan Dr Kamarudin sebagai Naib Canselor terus diiktiraf apabila Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh melantik Dr Kamarudin sebagai Penasihat Khas beliau di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mulai 11 Februari 2016.

Dikeluarkan Oleh :

AININULNIZA MOHD YUSOF

Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

TERLEBIH DAHULU PATIK BAGI SELURUH WARGA KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA (KUKUM) INGIN MERAFAK SEMBAH, MENJUNJUNG KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DI ATAS PERKENAN DULI

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam FKI, Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA, Kampus Gong Badak telah menerima kunjungan Naib Canselor UniSZA yang baharu iaitu Prof.. Yahaya Ibrahim

Antara Universiti Awam yang terlibat ialah Universiti Sains Malaysia USM selaku tuan rumah, Univesiti Malaysia Perlis UniMAP, Universiti Malaya UM, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM,

Ampun Tuanku, sembah patik mohon diampun, Patik dan seluruh warga Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, atas perkenan duli

TERLEBIH DAHULU, PATIK BAGI SELURUH WARGA KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA KUKUM INGIN MERAFAK SEMBAH, MENJUNJUNG KASIH YANG TIDAK TERHINGGA, DI ATAS PERKENAN DULI TUANKU

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN, TERLEBIH DAHULU, PATIK BAGI SELURUH WARGA KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA KUKUM INGIN MERAFAK SEMBAH, MENJUNJUNG KASIH YANG TIDAK

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN, TERLEBIH DAHULU PATIK BAGI SELURUH WARGA KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA KUKUM INGIN MERAFAK SEMBAH, MENJUNJUNG KASIH YANG TIDAK

Dato’ Prof Dr Kamarudin Hussin Sempena Majlis Menandatangani MoU Antara UniMAP dan Universitas Padjadjaran UNPAD Bandung Indonesia Pada 25 Jun 2011 Assalamualaikum