Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Negeri Sembilan tanam rumput napier di tanah rizab padang ragut
BAKRI Sawir (kanan) dan Mohd. Nasir Samat melihat ternakan kambing yang diusahakan Mohd. Nasir di Sumobek Trading House di Kampung Melayu Panchor, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD.
SHAHJEHAN MAAMIN.
Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA 4 Mac 2022, 4:23 pm
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengoptimumkan penggunaan seluas 161 hektar tanah rizab padang ragut yang ada di negeri ini termasuk bagi penanaman rumput napier untuk penghasilan makanan ternakan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir berkata, jumlah keluasan tanah rizab padang ragut tersebut merupakan yang masih berbaki daripada keseluruhan 1,200 ekar yang ada.
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
“Walaupun namanya padang ragut, tetapi, ia boleh ditanam dengan tanaman napier, dituai dan dioptimumkan dengan memperbanyakkan makanan untuk ternakan. Ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit (kebergantungan) kepada makanan ternakan lain.
“Saya juga akan meminta Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk melihat keseluruhan kepada baki tanah padang ragut tersebut, jika ada penternak yang berpotensi dan berminat, kita akan serahkan kepada mereka untuk usahakan termasuk untuk meningkatkan pengeluaran hasil daging ruminan di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Rumah Sembelih Ruminan Besar Sumobek Sdn. Bhd. di Kampung Melayu Panchor di sini hari ini.
Sementara itu, Bakri berkata, ketika ini, Negeri Sembilan mempunyai keseluruhan sebanyak lapan buah rumah sembelih iaitu lima buah dikendalikan oleh pihak swasta dan tiga buah lagi oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
“Dari segi kapasiti untuk waktu normal, rumah-rumah sembelih yang ada mencukupi untuk menampung permintaan penyembelihan ruminan daripada penternak, namun, pada musim perayaan, ia memang tidak mencukupi,” katanya.
Pemilik Sumobek Sdn. Bhd., Mohd. Nasir Samat pula berkata, rumah sembelih diusahakannya itu mampu untuk menampung penyembelihan sebanyak 12 hingga 14 ekor lembu ataupun kerbau dalam masa satu jam bergantung kepada permintaan pelanggan.
“Penambahan sebuah lagi rumah sembelih akan banyak membantu penternak termasuk bagi mengekalkan kualiti daging ternakan yang disembelih terutama dalam aspek penyimpanan.
“Jarak perjalanan yang jauh ke sesebuah rumah sembelih menyebabkan kualiti daging menurun kerana disimpan agak lama,” katanya yang memberitahu telah mengeluarkan
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
modal sebanyak RM100,000 bagi membina rumah sembelih tersebut. –UTUSAN ONLINE