UKM-SPKP-KZN-PK01-LO06 No. Semakan: 01 Tarikh Kuatkuasa: 01/04/2020
NOTIS PELAWAAN UNTUK CADANGAN (RFP) PELAWAAN UNTUK CADANGAN (RFP)
PENGUBAHSUAIAN DAN NAIK TARAF SERTA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN DAN PENGURUSAN DI BLOK 2 & 3 KOLEJ KERIS MAS, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa syarikat pembida yang berwibawa dan berpengalaman untuk hadir ke taklimat Pelawaan untuk Cadangan (RFP) seperti berikut:
No. RFP UKM(S).JNA.400-5/1/33
Tajuk RFP Pengubahsuaian dan Naik Taraf Serta Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pengurusan di Blok 2 & Blok 3 Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia
Butiran Taklimat Pembelian Dokumen RFP Penghantaran Kertas Cadangan Tarikh Taklimat dan
Lawatan Tapak:
21 Oktober 2021 (Khamis) Masa:
2.30 petang
Alamat:
Aras 5, Bilik Majlis, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia
Tarikh Pembeliaan Dokumen:
21 Oktober sehingga 28 Oktober 2021
Masa:
9.00 pagi – 4.00 petang Alamat:
JANA@UKM, Aras 4, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaaan
Malaysia
Tarikh Akhir Penghantaran:
2 Disember 2021 Masa:
Sebelum atau pada jam 12.30 petang
Alamat:
Pengarah Eksekutif, JANA@UKM, Aras 4, Bangunan Canselori,
Universiti Kebangsaan Harga Dokumen: RM350.00 senaskah (tidak akan dikembalikan)
1. Jika terdapat sebarang perubahan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), tarikh aktiviti seperti di atas juga akan dilanjutkan. Sehubungan itu, mana- mana syarikat pembida yang berminat untuk RFP ini, pihak syarikat diminta untuk mengisi google form di pautan atau mengimbas kod QR yang disediakan bagi membolehkan pihak UKM memaklumkan tarikh baru jika ada pindaan.
Pautan google form: shorturl.at/ksGQ5
2. Salinan sijil pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan salinan pendaftaran CIDB hendaklah dikemukakan bersama.
3. Syarikat adalah diwajibkan menghadiri sesi taklimat untuk menyertai RFP ini. Dokumen RFP hanya akan dikeluarkan kepada syarikat yang menghadiri taklimat tersebut.
4. Dokumen RFP boleh diperolehi di alamat yang dinyatakan dan dengan bayaran yang ditetapkan hendaklah dibuat secara Bank Deraf/Kiriman Wang/Bayaran Online sahaja di atas nama Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. Syarikat yang tersenarai diminta untuk membuat satu pembentangan kepada UKM pada masa yang akan ditentukan kemudian.
6. UKM tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan sepenuhnya atau sebahagian daripadanya atau sebarang RFP. UKM juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab penolakan serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perbelanjaan oleh syarikat yang mengemukakan RFP.
7. Kertas cadangan yang diterima selepas jam 12.30 petang pada 2 Disember 2021 akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Sr. Mohd Za’im Bin Aziz/En. Amreen Hisyam Bin Awang di talian 03-8921 3016.