• Tidak ada hasil yang ditemukan

on 11 March 2014

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "on 11 March 2014"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

on 11 March 2014

UNIMAS Raikan Pegawai Bersara

Profesor Dr Peter Songan menerima cenderamata tanda kenang-kenangan daripada Naib Canselor UNIMAS

Tuan Haji Sa’adin Sulaiman turut menerima cenderamata tanda kenang-kenangan daripada Naib Canselor UNIMAS

(2)

Penyerahan tugas Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi daripada Profesor Dr Peter Songan kepada Profesor Dr Kopli Bujang, yang telah dilantik untuk menggantikan tempat Prof Peter Songan, selama tiga tahun, bermula 13 Mac ini.

KOTA SAMARAHAN, 11 Mac 2014 – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah meraikan empat orang pegawai kanan universiti yang akan bersara tidak lama lagi di dalam satu Majlis

Penghargaan Perkhidmatan, tengahari tadi.

Empat pegawai UNIMAS yang diraikan ialah Profesor Dr Peter Songan, Tuan Haji Sa’adin Sulaiman, Prof Datuk Dr Abdul Rashid Abdullah dan Prof Dr Mohd Tajuddin Abdullah.

Profesor Dr Peter Songan merupakan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Tuan Haji Sa’adin Sulaiman (Pegawai Psikologi), Prof Datuk Dr Abdul Rashid Abdullah (Pensyarah/Felo Penyelidik Kanan Institut Pengajian Asia Timur) dan Prof Dr Mohd Tajuddin Abdullah (Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Sumber).

Dalam ucapan ringkas, Naib Canselor UNIMAS, Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi mengucapkan penghargaan dan terima-kasih kepada keempat-empat pegawai yang akan bersara itu.

Beliau berkata, kreadibiliti, kesetiaan dan pengorbanan yang dicurahkan oleh keempat-empat pegawai itu sama ada menerusi sumbangan idea dan sokongan, sesungguhnya diiktiraf oleh warga universiti ini.

“Pengorbanan mereka dalam membantu UNIMAS sepanjang tempoh perkhidmatan mereka adalah amat dihargai. Segala pengorbanan mereka seperti satu cerita epik kejayaan UNIMAS pada masa akan datang.

(3)

“Bahkan, kita yakin pengorbanan mereka ini, akan menjadi contoh cemerlang kepada staf-staf UNIMAS yang lain,” sambung beliau lagi.

Dalam majlis yang sama turut diadakan penyerahan tugas Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi daripada Profesor Dr Peter Songan kepada Profesor Dr Kopli Bujang, yang telah dilantik untuk menggantikan tempat Prof Peter Songan, selama tiga tahun, bermula 13 Mac ini.

Oleh Sarena Haidir || Gambar : Azlandy Mohammid Ali Tuah || Bahagian Perancangan &

Komunikasi Korporat

Referensi

Dokumen terkait

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) - Bahagian Hal Ehwal Pelajar - Bahagian Kaunseling2. Universiti -

01.00 ptg - Ketibaan Para Pelajar 01.40 ptg - Ketibaan Tetamu Jemputan 2.00 ptg - Ketibaan Timbalan-Timbalan Naib Canselor Ketibaan YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi Naib

8.30 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan 9.00 pagi : Ketibaan Professor Dr Kopll Bujang Timbalan Naib Canselor UNIMAS Penyelldikan dan Inovasi Nyanyian Lagu 'Negaraku' dan 'UNIMAS

Dr Ismail Daud, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UniMAP Pegawai-pegawai Utama UniMAP, Dekan-dekan, Ketua-ketua Jabatan Yang dikasihi para peserta Bengkel

Penaung Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi Naib Canselor Penasihat Prof Mohd Fadzil bin Abd Rahman Timbalan Nalb Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Pengerusi Bersama Encik

Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP SALUTASI Yang Berbahagia Timbalan- Timbalan Naib Canselor UniMAP Yang Berusaha Pegawai –Pegawai Utama Universiti Yang Berusaha

Mohd Fo’ad Sakdan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP Pegawai-pegawai Utama Universiti Yang Berusaha Penolong-Penolong Naib Canselor UniMAP, Dekan-dekan dan

on 02 April 2013 Prof Dr Morshidi Sirat Dilantik Naib Canselor UNIMAS Yang Baharu - Khaled KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Institut Pengajian Tinggi Awam IPTA Jabatan Pengajian