• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP Jalin Kerjasama dengan MDC dalam Penyelidikan Konkrit

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP Jalin Kerjasama dengan MDC dalam Penyelidikan Konkrit"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

UKK Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

UniMAP JALIN KERJASAMA DENGAN MDC DALAM PENYELIDIKAN KONKRIT

Kangar, 20 Februari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menandatangani surat hasrat (Letter of Intent-LOI) dengan Macro Dimension Concrete (MDC) Sdn Bhd bagi memenuhi keperluan industri dalam penyediaan konkrit, semalam.

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata UniMAP menerusi Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan menjalinkan kerjasama dengan MDC bagi membangunkan penyelidikan saintifik dalam bidang berkenaan.

Ujarnya, perbincangan berkenaan telah dimulakan sejak beberapa bulan lalu bersama pusat kecemerlangan itu sebelum LOI ditandatangani semalam.

“Selain itu, antara objektif LOI ini adalah bagi memantapkan kewangan luaran, institusi atau jabatan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan antara kedua-dua pihak di samping mobiliti kakitangan dan pelajar UniMAP,” kata beliau ketika majlis menandatangani LOI itu.

Majlis menandatangani LOI berkenaan berlangsung di Pejabat Naib Canselor dengan turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP Prof Ir Dr Rezuwan Kamarudin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan, Pengarah Pusat Kerjasama Industri & Kerajaan Tempatan (CIGC) UniMAP Dr Shafriza Nisha Basah, Pengurus CEGeoGTech Prof Madya Dr Mohd Mustafa Albakri Abdullah, dan Dekan PPK Bahan Dr Mohd Firdaus Omar.

Pada majlis itu, UniMAP diwakili Dr Zul Azhar manakala MDC diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mr Leow Khang Heng.

(2)

UKK Media Page 2

Tambah Dr Zul Azhar, MDC juga bersetuju untuk memperuntukkan biasiswa kepada pelajar UniMAP di samping penempatan latihan industri serta memperkasa akademi MDC.

“Lebih menarik Akademi MDC turut menawarkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bertepatan dengan teras UniMAP dalam bidang kejuruteraan,” kata beliau.

MDC telah diperbadankan pada 10 Mac 1997 di Jitra, Kedah Darul Aman bermula dengan membekalkan konkrit siap pakai bagi projek pembinaan kerajaan dan swasta.

Kini MDC melakar nama sebagai pengeluar dan pembekal konkrit siap pakai yang boleh dipercayai dalam sektor pembinaan serta meluaskan liputannya ke Lembah Klang dan kawasan timur (Kuantan).

Disediakan oleh,

Aininulniza Mohd Yusof Pegawai Perhubungan Media Unit Komunikasi Korporat (UKK) Universiti Malaysia Perlis

Referensi

Dokumen terkait

&- · OJ.· ;Ll> 't LABUAN: Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan UMSKAL, Pro­ fesor Dr.Jualang@Azlan Abdullah Gansau telah menghadiri Majlis Menandatangani

Hasil daripada penubuhan AUN berkenaan, UniMAP Holdings Sdn Bhd yang juga anak syarikat UniMAP menandatangani memorandum perjanjian MoA bersama UniMAP menerusi Institut Agroteknologi

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KONVOKESYEN KALI KE – 8 UniMAP DI PERKARANGAN DATARAN DATO` SHEIKH AHMAD

Pada majlis berkenaan, beliau menyerahkan 10 unit enjin motosikal Modenas kepada Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal untuk digunakan Unit Penyelidikan dan Sukan

Dato’ Prof Dr Kamarudin Hussin Sempena Majlis Menandatangani MoU Antara UniMAP dan Universitas Padjadjaran UNPAD Bandung Indonesia Pada 25 Jun 2011 Assalamualaikum

JENERAL DATUK PROF DR KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM SEMINAR PENTAKSIRAN PRA UNIVERSITI DAN PENGAJIAN TINGGI 2014 PADA 5 JUN 2014, DI HOTEL

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP PADA MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KONVOKESYEN KE 9 UniMAP 23 SEPTEMBER 2014, KAMPUS TETAP PAUH PUTRA Assalamualaikum Warahmatullahi

DR.REZUWAN KAMARUDDIN TIMBALAN NAIB CANSELOR AKADEMIK DAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA PROGRAM PESTA KEBUDAYAAN UniMAP 2 NOVEMBER 2018 DI DEWAN