• Tidak ada hasil yang ditemukan

UCAPAN ALU-ALUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UCAPAN ALU-ALUAN"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YAB DATUK SERI DR. MAD ISA SABU MENTERI BESAR PERLIS

PADA MAJLIS PERASMIAN BENGKEL IBS DI PPK ALAM SEKITAR, UniMAP

PADA 20 MAC 2011

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis

Yang Berbahagia Dato’ Yusof Jusoh, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Proven

Yang Berbahagia Prof. Dr Ismail Daud, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UniMAP

Pegawai-pegawai Utama UniMAP, Dekan-dekan, Ketua-ketua Jabatan

Yang dikasihi para peserta Bengkel “Industrialized Building System”

(IBS) siri 2 ini, ahli jawatankuasa bengkel, wakil-wakil media seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian.

(2)

2

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan Inayah-Nya jua, maka kita dapat berkumpul pada hari ini untuk bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian Bengkel “Industrialized Building System” (IBS).

2. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Proven IBS Training Centre (M) Sdn. Bhd. dan Universiti Malaysia Perlis di atas cetusan idea menganjurkan Bengkel IBS ini di negeri paling utara Malaysia.

Saya berasa amat berbangga kerana telah dijemput oleh untuk merasmikan penutupan bengkel yang ulung kali diadakan ini.

3. Para hadirin sekalian, Sistem Pembinaan Berindustri atau IBS (Industrialised Building System) dikatakan telah mula diperkenalkan di dalam industri pembinaan di negara kita seawal tahun 1960-an lagi. IBS adalah kerja-kerja pembinaan berkonsepkan pasang-siap, di mana komponen-komponen pembinaan dibina serta disimpan di kilang, dan hanya dibawa untuk dipasang apabila kawasan tapak pembinaan telah siap sedia. Kaedah ini dikatakan bukan sahaja berjaya mengurangkan penggunaan buruh kurang mahir, tetapi juga mempercepatkan lagi kerja-kerja pembinaan dan menghasilkan persekitaran pembinaan yang lebih selamat.

4. Alhamdullilah, dengan usaha Badan yang bertanggungjawab, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), penggunaan kaedah IBS dalam industri pembinaan Malaysia semakin berkembang sejak tahun 2005. Walau bagaimana pun,

(3)

3

daripada statistik Pusat IBS tahun 2010 menunjukkan penggunaan kaedah IBS ini masih rendah.

5. Menyedari kepentingan IBS dalam industri binaan negara dan juga sebagai langkah menggalakkkan penggunaannya di utara Semenanjung Malaysia, saya difahamkan bahawa KUKUM Engineering (Malaysia) Sdn Bhd dengan kerjasama Proven IBS Training Centre (M) Sdn. Bhd. akan mengadakan beberapa lagi siri bengkel IBS khusus untuk memberi pendedahan kepada kontraktor, pemaju, perunding dan pembekal binaan tentang kelebihan penggunaan IBS. Syabas diucapkan atas usaha dan keringat yang dihulurkan.

6. Hari ini seramai lebih kurang 25 orang peserta telah menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada para kontraktor, pemaju dan staf akademik. Diharapkan semua mendapat manfaat dan kebaikan daripada bengkel yang dianjurkan dan objektif pelaksanaannya tercapai, insyaAllah. Diharapkan juga bengkel- bengkel yang akan dianjurkan akan datang juga mendapat sambutan yang baik daripada kumpulan sasarannya di utara Malaysia ini.

PENUTUP

Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan ucapan Tahniah & Syabas kepada Universiti Malaysia Perlis &

Proven IBS Training Centre (M) Sdn. Bhd. atas pencernaan idea dan keringat dalam menjayakan program ini.

(4)

4

Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara;

Baliklah tuan membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan negara.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan penutup BENGKEL “INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEM” (IBS) Siri 2 ini.

Sekian. Terima kasih.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

 kebenaran bertulis daripada penyelia dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) hendaklah diperoleh sebelum tesis ini diterbitkan (dalam bentuk

Peneraju : Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni).. Bilangan Geran Penyelidikan dan Pengembangan Berkaitan JINM a) Bilangan Geran Penyelidikan Kontrak Industri

Sukacita dimaklumkan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi telah meluluskan permohonan puan untuk menyertai persidangan berikut: Nama International Conference in

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Ts Dr Arham Abdullah berkata, MoU melalui Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan UMK itu akan memberi manfaat kepada

KETUA PUSTAKAWAN BENDAHARI PENDAFTAR TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK FAKULTI TEKNOLOGI

Disediakan Pusat Islam UniMAP-Diedit Unit Media TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA’ RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG

BRIG GEN DATO’ PROF DR KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN BERSAMA JURULATIH KEBUDAYAAN UZBEKISTAN Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA PROGRAM KAYUHAN LIMPAHAN KASIH UniMAP DI KAMPUNG BALIK GUAR, CHUPING 21HB JANUARI 2018 AHAD Assalamualaikum Warahmatullahi