• Tidak ada hasil yang ditemukan

on 26 March 2014

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "on 26 March 2014"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

on 26 March 2014

UNIMAS Terima Geran Kerajaan Jepun Bantu Projek Pembekalan Elektrik Tenaga Suria di Long Puah, Ulu Tinjar.

KOTA SAMARAHAN, 25 Mac 2014 – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerusi Institut Informatik Sosial dan Inovasi Teknologi (ISITI) telah menerima geran berjumlah RM168,200 (US$52,480) daripadaGrassroots Grant Assistance for Human Security Project, kerajaan Jepun.

Geran tersebut bagi tujuan pembiayaian Projek Pembekalan Elektrik Tenaga Suria di Long Puah yang terletak di Sungai Tinjar di Ulu Tinjar, Sarawak dengan perjalanan selama lebih 5 jam menggunakan pengangkutan air dan darat.

Sehubungan itu, majlis menandatangani perjanjian geran berkenaan telah dilakukan di mana UNIMAS telah diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman mewakili Naib Canselor, manakala Kerajaan Jepun diwakili oleh Ketua Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu, Encik Hirofumi Morikawa.

Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Kopli Bujang, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr Fasihuddin Badruddin Ahmad, serta Pengarah ISITI,

(2)

Profesor Madya Dr Alvin Yeo, Naib Konsul Pejabat Konsular Jepun, Encik Kenro Takahashi, para pensyarah dan kakitangan UNIMAS.

Projek Pembekalan Elektrik Tenaga Suria akan dilaksanakan menggunakan pendekatan yang berpusat kepada manusia (people-centred participatory approach) di mana masyarakat Penan di Long Puah akan terlibat dalam pelaksanaan, pengurusan serta penyelenggaraan projek tersebut.

Projek ini akan dibantu oleh pasukan pelbagai disiplin dari ISITI, UNIMAS bersama-sama anggota masyarakat dan industri swasta.

Long Puah telah dipilih berdasarkan lokasi yang terpencil dan jauh dari grid kuasa elektrik dengan kepadatan komuniti luar bandar yang kebanyakkannya terdiri daripada penduduk Penan iaitu sekitar 250 orang (27 buah keluarga).

Long Puah tidak mempunyai bekalan elektrik 24 jam dari grid kuasa elektrik dan segelintir keluarga sahaja yang mempunyai penjana elektrik menggunakan diesel mereka sendiri, namun jarang digunakan kerana kos bahan api yang tinggi.

Dengan geran tersebut, kesemua 27 buah keluarga yang tinggal di rumah panjang dan gereja akan mendapat bekalan elektrik melibatkan pemasangan sistem lampu solar.

Projek sistem tenaga hijau dan mesra alam tersebut juga akan mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2), metana (CH4) dan nitrus oksida (N2O) dan mengurangkan tahap pencemaran alam sekitar.

Tambahan pula, dengan penggunaan sistem solar rumah ini juga akan membantu untuk mendidik masyarakat setempat mengenai bekalan tenaga yang lestari terutamanya bagi mereka yang berada jauh di kawasan luar bandar.

Projek ini adalah selaras dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup dan juga untuk meningkatkan pembangunan kelestarian di luar bandar Sarawak.

Oleh : Sarena haidir || Foto : Bujang Mohamad || Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

Referensi

Dokumen terkait

Staf Pengajar Departemen MSP, FPIK IPB.. PRARTONO dan HARPASIS.S.SANUSI. Sungai Tallo adalah salah satu sungai yang terletak di bagian Utara Kota Makassar. Sepanjang aliran sungai

Dengan ini menyatakan bersedia melepaskan hak atas tanah, bangunan, pohon dan bangunan pelengkap lainnya yang terletak di Desa Gaja Mati Kecamatan sungai

TK 13 selanjutnya ke arah Timur menyusuri as (median line) Sungai Konaweha sampai pada PABU-18 dengan koordinat 4°00'59.999" LS dan 122°19'49.100" BT yang terletak di

Bila suatu Pihak membutuhkan bantuan dalam hal terjadi kebakaran lahan dan/atau hutan atau pencemaran asap yang ditimbulkan oleh kebakaran tersebut di wilayahnya,

PBU 13B selanjutnya ke arah Timur Laut sampai pada TK 14 dengan koordinat 02° 16’ 03.0” LS dan 115° 27’ 45.1” BT yang terletak di tepi Sungai Serdang yang merupakan batas

Rata-rata pendapatan tenaga kerja dilihat dari jam kerja pada industri batik tanah liek (tanah liat) di Jorong Teluk Sikai Nagari Sungai Duo Kecamatan

Secara astronomis terletak antara 0°3’15” sampai dengan 0°12’30” LU dan 102°19’40” sampai dengan 102°22’30” BT di sepanjang daerah aliran Sungai

Terletak di pesisir pantai selatan Yogyakarta, Parangtritis adalah salah satu tujuan wisata yang penuh dengan keindahan alam, legenda yang memikat, serta kehidupan lokal yang khas. Dalam artikel ini, kami akan membawa Anda dalam perjalanan ke dunia yang penuh warna dari Parangtritis, merinci sejarahnya, lokasi, jam operasional, harga tiket masuk, tempat parkir, jarak dari bandara dan terminal bus, serta rute menuju ke tempat