• Tidak ada hasil yang ditemukan

orang awam diseru waspada dengan mesej tuntut hadiah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "orang awam diseru waspada dengan mesej tuntut hadiah"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

PEMBERITAHUAN

ORANG AWAM DISERU WASPADA DENGAN MESEJ TUNTUT HADIAH WANG TUNAI DITAWARKAN SEBUAH SYARIKAT TELEKOMUNIKASI CYBERJAYA, 7 Januari 2023 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin menegaskan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah berupa wang tunai di bawah satu skim bonus yang ditawarkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi.

E-mel atau mesej terbabit antara lain mendakwa, hasil pemantauan yang dijalankan oleh Rangkaian Pemantauan Perisikan Siber mendapati si mangsa yang ditujukan mesej berkenaan masih mempunyai transaksi yang belum diselesaikan dengan Maybank, iaitu sebagai pemenang hadiah wang tunai sebanyak RM270,000.00 di bawah Bonus Hadiah Keluarga TM. Selain itu, kandungan e-mel tersebut juga menjelaskan, transaksi dengan Maybank adalah sah dan mereka boleh menuntut wang tunai itu tanpa rasa takut.

Justeru, orang ramai adalah diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej yang tidak ditentukan kesahihannya. Elak daripada memberikan butiran peribadi seperti kad dan nombor kad pengenalan kepada individu yang tidak dikenali. Kewaspadaan orang ramai adalah penting dalam melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan, kecurian maklumat peribadi serta bentuk jenayah yang lain.

Sehubungan itu, MCMC menggesa orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan e-mel sedemikian. Pada masa yang sama, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk perhatian dan tindakan susulan.

www.mcmc.gov.my

Referensi

Dokumen terkait

TRƯỜNG ĐẠI HỌC VĂN HÓA HÀ NỘI KHOA QUẢN LÝ VĂN HÓA - NGHỆ THUẬT --- KHÓA LUẬN CỬ NHÂN QUẢN LÝ VĂN HÓA CHUYÊN NGÀNH: QUẢN LÝ NGHỆ THUẬT PHÁT TRIỂN DÂN CA NGHỆ TĨNH TRONG CỘNG

Tujuan dari penelitian Systematic Literature Review SLR ini memberikan sebuah informasi terkait efektivitas suatu aplikasi transportasi online Gojek dengan menggunakan beberapa artikel