Headline Patung figura Ejen Ali, Alicia di River of Life Language Malay
Media Title Berita Harian Section/Page
No
Hiburan
Date 05 April 2021 Journalist Zaidi Mohamad
Source https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti /2021/04/803741/patung-figura-ejen-ali-alicia- di-river-life
Remarks Broadcasting ,Animation
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Patung figura Ejen Ali, Alicia di River of Life
Zaidi Mohamad - April 5, 202
Tan Sri Annuar Musa (dua dari kiri), bergambar bersama Datuk Khairul Anwar Salleh (kanan) dan tetamu jemputan ketika majlis pelancaran patung figura Ejen Ali dan Alicia di perkarangan River of Life. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Animasi popular, Ejen Ali dan Ejen Alicia mencipta sejarah apabila menjadi patung figura pertama diletakkan di lokasi tarikan pelancongan River of Life (RoL).
Jenama animasi itu menjadi simbolik dalam usaha mendidik masyarakat mengenai kepentingan pemuliharaan sungai dan kemudahan yang terdapat di kawasan (RoL).
Patung figura yang memaparkan karakter Ejen Ali dan Ejen Alicia dibina berat 350 kilogram dan berukuran enam kali empat inci ditempatkan di Jambatan Leboh Pasar Besar.
Kerjasama berkenaan adalah inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dalam misi memastikan mesej mengenai kepentingan penjagaan sungai sebagai sumber bekalan air bersih dan habitat alam semula jadi diterima secara berkesan.
Headline Patung figura Ejen Ali, Alicia di River of Life Language Malay
Media Title Berita Harian Section/Page
No
Hiburan
Date 05 April 2021 Journalist Zaidi Mohamad
Source https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti /2021/04/803741/patung-figura-ejen-ali-alicia- di-river-life
Remarks Broadcasting ,Animation
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, Media Prima Berhad (MPB) dan WAU Animation selaku penerbit Ejen Ali amat bangga apabila karakter animasi itu dipilih sebagai duta projek pemeliharaan alam sekitar dan sungai berkenaan.
"Ejen Ali menjadi contoh teladan kepada golongan kanak-kanak hingga orang dewasa. Animasi ini menjadi orang tengah atau simbolik dalam memupuk kesedaran menjaga sungai di Kuala Lumpur.
Khairul Anwar berkata, kerjasama terjalin bersama KWP itu juga menuntut komitmen membabitkan Ejen Ali menerusi kontrak yang diperbaharui setiap tahun. Malah, patung figura itu akan kekal berada di lokasi
berkenaan.
"Perbincangan untuk menjalinkan kerjasama sudah dilakukan, sejak tahun lalu. Bagaimanapun, ia tertangguh atas faktor situasi semasa pandemik COVID-19.
"Bagaimanapun, patung figura itu dapat dihasilkan dalam tempoh dua bulan selepas dipersetujui dan mencapai kata sepakat.
"Kami menghasilkan lima video mengenai pelbagai topik membabitkan isu sungai. Setakat ini, sudah dua video dimuat naik dalam platform MPB termasuk YouTube Ejen Ali. Manakala tiga video lagi dijadualkan ditayangkan pada Jun, Ogos dan Oktober, tahun ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin yang bertanggungjawab mewujudkan karakter animasi berkenaan menyanjung tinggi usaha itu.
"Perkara inilah yang diharapkan sejak awal lagi. Kami tidak mahu karakter ini hanya sekadar hiburan dan menjadi bahan gelak ketawa semata-mata.
"Kami mahu terus mengangkat Ejen Ali sebagai karakter kuat yang boleh memberi inspirasi pada alam realiti.
Kami juga menghasilkan pelitup muka Ejen Ali untuk golongan kanak-kanak sebagai tanda kepekaan norma baharu," katanya
Dalam pada itu, Usamah juga memberi bayangan dan pengesahan filem Ejen Ali kedua bakal dihasilkan, tidak lama lagi.
"Sambungan filem Ejen Ali memang ada. Saya sendiri sudah berkongsi teaser sambungan filem ini dalam media sosial.
"Melihat keupayaan dan kredibiliti jenama ini di Malaysia, kami mahu melakukan penjenamaan di luar negara," katanya.