Komunikasi dan Interaksi Sangat
Berkait Rapat dan Sangat Penting Kepada Mahasiswa
COVID-19 Tiada Rawatan Vaksin
Salam Adilfitri Bersama
Timbalan Naib Cancelor Universiti Malaysia Sabah
m/s 18 >>
m/s 19 >>
m/s 9 >>
AMPUS
K U TUSAN SUMBER BERITA PELAJAR UMS
Bil. 1/2020 Edaran Dalaman Sahaja Edisi Digital
Utusan Kampus merupakan projek akhir pelajar tahun 2 Semester 2 Sesi 2019/2020. Semua artikel yang dikeluarkan di dalam akhbar ini tidak mencerminkan pendapat dan fikiran Program Komunikasi Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan UMS.
UTUSAN KAMPUS | SIDANG REDAKSI | 2
Barisan Ahli
Barisan ketiga (dari kiri): Cecilia Michelle, Izyan Insyirah, Nisa Amanina, Noratikah Ismail, Nur Nisya Iqlyma’, Perra Lanting, Nur Hazirah, Nur
Syahidatul Aqmah, Siti Nursyafiqkah, Siti Nurul Amira
Barisan kedua (dari kiri): Mohd Rafizul, Jurianie Abdul, Nurfatin Farhana, Noorizatey Sahdi, Rachel Mina, Abdul Hafizi, Amirzan Makmut, Cynthia
Vita, David Lo Kotan, Golden Steve
Barisan pertama (dari kiri): Mohd Riezwan Syah, Yang Xiaomeng, Mohd Irfan Izzudin, Siti Hasnah, Mohd Farrizzuwan
PENAUNG
Dr. Marsitah Binti Mohd. Radzi Dekan Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan
PENASIHAT
Dr. Norhuda Binti Salleh
Pensyarah Kursus Penyuntingan (AK20903)
PENGARAH/KETUA EDITOR
Cecilia Michelle Anak Matthew (BA18110492)
MANAGING EDITOR
Izyan Insyirah Binti Mohd Ayub (BA18110402)
COPY EDITOR
Nisa Amanina Binti Muhammad Faudzi (BA18110310) Noratikah Binti Ismail (BA18110633)
Nur Nisya Iqlyma’ Binti Suhaimi (BA18110276)
Mohd Rafizul Bin Jumat (BA18110934)
EDITOR BERITA
Jurianie Binti Abdul (BA17161027) Nurfatin Fahana Binti Che Ibrahim (BA18110608)
Noorizatey Binti Sahdi (BA18161102) Rachel Mina William (BA18110640)
Perra Anak Lanting (BA18110487)
EDITOR RENCANA
Nur Hazirah Binti Zainudin (BA18110438) Nur Syahidatul Aqmah Binti Johari (BA18110642)
Siti Hasnah Binti Aldam (BA18110497) Siti Nursyafiqkah Binti Mohd Bidin (BA18161096)
Siti Nurul Amira Binti Jusri (BA18110491)
EDITOR FOTO/EDITOR GRAFIK
Abdul Hafizi Bin Matlah (BA18161116)
Amirzan Bin Makmut (BA18110631) Cynthia Binti Vita (BA18160970)
David Lo Kotan (BA18110881) Golden Steve Anak Nasir (BA18110392) Mohd Irfan Izzudin Bin Rosdin (BA18161060)
WARTAWAN
Mohd Farrizzuwan Bin Ruslan (BA18161072) Mohd Riezwan Syah Bin Mohd Isa (BA18161068)
Yang Xiaomeng (BA17271109)
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 3
Pelajar di Sabah
Dihantar Pulang ke Rumah
Oleh CYNTHIA BINTI VITA BA18160970
Penghantaran pulang pelajar ke kampung halaman
6 Mei, Kota Kinabalu, Sabah - Pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuat penghantaran pulang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Sabah ke kampung halaman masing-masing bermula hari ini.
UMS telah dilantik sebagai ketua zon penghantaran pelajar IPT di Sabah yang terkandas di kampus berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara ini.
Pro. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul, Timbalan Naib Canselor UMS berkata seramai 8, 000 pelajar yang terlibat termasuk pelajar daripada Politeknik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Komuniti serta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
“Pelajar yang dihantar adalah melibatkan pelajar dari Semenanjung, Sarawak dan sekitar Sabah,”
“Pihak kita juga telah menyediakan topeng muka dan hand sanitizer kepada semua pelajar. Disamping itu, beg-beg mereka juga akan disanitasi sebelum masuk ke dalam bas dan bergerak ke lapangan terbang,” kata beliau semasa diwawancara.
Beliau berharap agar pelajar-pelajar yang dihantar pulang ke rumah selamat sampai ke halaman masing-masing dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Realiti Baharu Penyelidikan dan Inovasi
Pasca COVID- 19
Oleh AMIRZAN BIN MAKMUT BA18110631
28 April, Kota Kinabalu, Sabah – “Dalam era COVID-19, tidak wujud perkara normal ataupun norma baharu tetapi sebaliknya berlaku realiti-realiti baharu dalam PASCA COVID-19,” itulah yang dikatakan oleh Prof. Madya Ts. Dr Ramzah Dambul selaku Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) semasa perkongsian secara langsung berkaitan realiti baharu penyelidikan dan inovasi pasca COVID-19 menerusi laman rasmi Facebook UMS.
Semasa COVID-19
melanda negara
terutamanya di negeri Sabah, beliau mengatakan bahawa realiti-realiti baharu yang terjadi telah memberi kesan yang sangat besar kepada pengkaji-pengkaji UMS.
Sebelum ini, pengkaji- pengkaji daripada UMS tidak mempunyai sifat multidisiplinery yang tinggi dan juga kurang hubungan dengan Real Stakeholders di luar sana.
Mereka secara semula jadinya kini telah menunjukkan sifat multidisiplinery dan melakukan pelbagai hubungan dengan Real Stakeholders di luar sana serta mula menggiatkan inovasi untuk mencegah COVID-19 yang melanda.
Realiti baharu penyelidikan dan inovasi pasca COVID-19
Pada ketika ini, terdapat beberapa inisiatif yang di ambil oleh penyelidik UMS untuk memanfaatkan realiti baharu akibat daripada COVID-19 antaranya ialah menggabungkan kepakaran untuk mencipta hand sanitizer untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan (frontliner) serta face shield.
Dalam kenyataan yang diberikan semasa wawancara tersebut, dilaporkan bahawa hand sanitizer yang dihasilkan hampir mencecah 2, 000 liter walaupun terdapat beberapa kekangan dari segi kelengkapan bahan dan sebagainya.
Selain itu, inovasi baharu iaitu ujian saringan (screening test) juga telah diinovasi dan berjaya membuat saringan kepada pihak yang memerlukan sehingga mencecah sebanyak 554 saringan pada ketika ini.
Dr Ramzah juga menyentuh berkaitan realiti baharu dalam ekosistem Sabah. Antara masalah paling utama adalah frontliner yang berdepan dengan pesakit yang terinfeksi dengan virus COVID-19. Oleh sebab itu, para penyelidik UMS bertungkus-lumus menyediakan kemudahan yang sepatutnya bagi menjamin keselamatan dan kesihatan para frontliner berada pada tahap yang sepatutnya.
Bukan itu sahaja, beliau juga melihat bahawa isu bekalan makanan di negeri Sabah adalah salah satu realiti baharu yang berlaku kerana longgokan sayur yang terjadi kepada petani kecil telah menyebabkan mereka mengalami kerugian yang besar. Pihak penyelidik UMS turut membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan mencadangkan penjualan atas talian melalui penghasilan beberapa aplikasi dan juga beberapa cadangan yang seperti mengawet sayuran agar ianya tahan lebih lama.
Walaupun pelbagai inovasi telah dibuat oleh para penyelidik UMS, Dr Ramzah mengingatkan pelbagai pihak untuk terus bekerjasama antara satu sama lain dan mengamalkan multidisiplinery yang tinggi agar segala usaha yang dilakukan dalam penyelidikan dan inovasi semasa pasca COVID -19 ini terus berjaya dan dapat memberi manfaat kepada orang yang memerlukan.
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 4
Realiti Baru Penyelidikan Dan Inovasi Pasca COVID-19 Pada Masa Kini
Oleh MOHD FARRIZZUWAN BIN RUSLAN BA18161072
Azmi Haris (kiri) sebagai moderator bersama Timbalan Naib Canselor UMS, Prof. Madya Ts. Dr Ramzah Dambul atau Dr Ram (kanan)
28 April, Kota Kinabalu, Sabah - Dalam era COVID-19 ini, terdapat beberapa perkara yang sentiasa berubah dan masyarakat harus peka dengan keadaan sekeliling mereka.
Hal ini jelas menggambarkan bahawa ketidakpastian akan wujud dengan maksud yang lebih jelas, akan wujud realiti dari semasa ke semasa.
Era COVID-19 ini menyebabkan wujudnya realiti baru yang ditakrifkan sebagai perubahan yang berlaku dengan cepat berikutan situasi yang wujud.
Menurut Timbalan Naib Canselor UMS, Prof. Madya Ts.
Dr Ramzah Dambul menerusi sebuah siaran langsung di Facebook,
“Apabila isu ini dikaitkan dengan penyelidikan dan inovasi, apa yang ingin ditegaskan dalam perkara tersebut terdapat masyarakat yang tidak suka dengan ketidakpastian dan juga ketidaktentuan”.
Namun begitu, komuniti penyelidik pula berpeluang memanfaatkan hal tersebut sebagai satu peluang yang baik untuk mencari tempat menyelidik apabila wujudnya realiti baru ini.
Terdapat juga beberapa cabaran yang wujud sebelum berlakunya COVID-19 seperti multidisciplinary. Seperti yang diketahui, pendidikan yang diterapkan di negara kita bersifat dikotomi yang mana berlaku pemisahan disiplin yang sangat jelas.
“Pihak UMS juga sedang membangunkan mekanisme bertujuan untuk mengetahui atau mengesan kehadiran dalam seminar online pada masa sekarang dan data tersebut mesti juga hendaklah dimasukkan dalam sistem disebabkan polisi penjarakan sosial yang mungkin berlaku berpanjangan dan hal ini juga merupakan realiti baru yang kita akan budayakan,”
ujar Dr. Ramzah.
Selain itu, interaksi antara penyelidik dan orang luar juga menjadi salah satu cabaran yang dihadapi oleh komuniti penyelidik.
Semasa pasca COVID-19 juga, teknologi atau media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu menghubungkan dan memudahkan pembelajaran atas talian.
Selain itu, Dr Ram juga ada mengupas beberapa isu tentang kemiskinan digital yang mana perkara ini berlaku disebabkan oleh faktor yang tertentu seperti faktor geografi dan faktor pendidikan
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 5
“Kedaulatan Negara Adalah Harga Mati!”
Oleh SITI NURSYAFIQKAH BINTI BIDIN BA18161096
Dr. Lai Yu Meng (keempat dari kanan barisan hadapan) bersama dengan para tetamu jemputan
28 Februari, Kota Kinabalu, Sabah - Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan program sesi bicara buku “Kedaulatan Negara Harga Mati Pencerobohan Sulu dan Dampaknya Kepada Keselamatan Pantai Timur Sabah” pada jam 2.00 petang tadi.
Dalam program ulasan buku tersebut, Dr. Lai Yu Meng, Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UMS selaku pengulas buku berkata, tajuk buku tersebut sangat sesuai kerana mencerminkan intipati buku itu.
“Buku ini terdiri daripada lapan nukilan yang disumbangkan oleh para tenaga akademik di UMS dan juga mereka yang terlibat secara langsung dalam operasi keselamatan ketika menentang tentera Sulu di Kampung Tanduo seperti Datuk Abdul Rashid Harun (mantan Komander ESSCOM dan Pesuruhjaya Polis) yang merupakan penulis bersama buku ini”, katanya.
Selain itu, beliau juga menerangkan maksud ‘harga mati’
yang bermaksud kedaulatan negara yang tiada kompromi.
Katanya, ayat tersebut berbunyi sedikit negatif tetapi sebenarnya tidak kerana ayat tersebut berupa penegasan dan salah satu cara untuk menarik minat pembaca untuk membaca buku tersebut.
Dr. Lai Yu Meng juga berkata, buku ini merupakan inisiatif yang bersifat ilmiah kerana tujuannya yang ingin mendokumenkan kes yang terjadi di Kampung Tanduo, Lahad Datu secara terperinci agar segala persoalan yang masih timbul dalam kalangan masyarakat terjawab.
Tambahannya lagi, kes pencerobohan Sulu yang berlaku pada 12 Februari 2013 itu telah menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan untuk memperkasakan keselamatan sempadan negara secara menyeluruh.
Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar buku tersebut dapat memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya di Sabah.
“Saya mengharapkan agar buku ini dapat dijadikan rujukan serta memberikan manfaat kepada semua khususnya masyarakat di Sabah.”
Program yang berlangsung selama dua jam itu turut dihadiri oleh Pengarah penerbit buku tersebut, Dr Asmiaty Ahmad, pegawai-pegawai penerbit UMS, anggota keselamatan UMS, wartawan media dan para pelajar UMS.
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 6
Realiti Baru Penyelidikan dan Inovasi Pasca COVID-19
Oleh MOHD IRFAN IZZUDIN BIN ROSDIN BA18161060
Iklan siaran langsung Realiti Baru Penyelidikan dan Inovasi Pasca COVID-19 yang dimuatnaik oleh laman rasmi Facebook UMS
28 April, Kota Kinabalu, Sabah - Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan satu siaran langsung menerusi halaman aplikasi Facebook rasmi mereka bersama Prof.
Madya Ts. Dr Ramzah Dambul atau Dr Ram merangkap Naib Timbalan Canselor UMS.
Dalam sidang yang berlangsung selama 1 jam 30 minit, Dr Ram berkata bahawa dalam Pasca Covid-19 ini, realiti baru merupakan perubahan yang berlaku dengan cepat mengikut situasi yang wujud dan boleh berubah dari semasa ke semasa.
Menurut Dr Ram juga, realiti penyelidikan di UMS sebelum ini mempunyai cabaran dari segi multidisiplinari iaitu tidak bergabung tenaga untuk melakukan sesuatu penyelidikan.
Selain itu, UMS mempunyai hubungan yang lemah dengan ‘stakeholder’ ataupun orang luar. Akan tetapi, realiti ini seakan berubah akibat daripada wujudnya pandemik COVID-19 dan daripada itu juga, wujudnya beberapa inovasi yang dilakukan berdasarkan perubahan realiti ini.
“Realiti baru yang wujud akibat daripada wabak COVID- 19 ini adalah wabak COVID-19 berjaya merobohkan cabaran multidisiplinari dan hubungan dengan
‘stakeholder dengan mudah” kata Dr Ram dalam siaran langsung tersebut.
Beliau juga berkata bahawa terdapat beberapa inisiatif yang telah diambil oleh penyelidik di UMS yang menunjukkan bagaimana mereka memanfaatkan realiti baru akibat daripada COVID-19.
Antaranya adalah mereka menggabungkan kepakaran penyelidik untuk membuat hand sanitizer dan berjaya menghasilkan 1, 000 liter dan telah mengagihkan sekurang-kurangnya 356 liter kepada petugas-petugas barisan hadapan.
Dr Ram juga mendedahkan bahawa pihak mereka baru- baru ini telah meluluskan Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UMS.
“Dengan adanya Pusat Inovasi dan Pengkomersilan, maka kita boleh memberikan tumpuan yang lebih spesifik untuk pengkomersilan” ujar beliau lagi.
Pusat Inovasi dan pengkomersilan UMS merupakan langkah yang bijak dalam mewujudkan realiti baru dan inovasi ketika pasca COVID-19.
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 7
PKP Meningkatkan Penguasaan Pelajar
semasa Dalam Pengajaran
Kecemasan Jarak Jauh (ERT)
Oleh ABDUL HAFIZI BIN MATLAH BA18161116
Prof. Dr. Abd Karim Alias menerangkan biodata Prof. Dr. Rosna Awang-Hashim sebelum berbincang mengenai penguasaan pelajar semasa Pengajaran Kecemasan Jarak Jauh (ERT).
1 Mei, Kota Kinabalu, Sabah - PROF. DR ROSNA AWANG HASHIM dari Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan Ketua Kluster (Pembangunan Pendidikan & Manusia) melalui siaran langsung di Youtube, menjelaskan bahawa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat virus Corona atau dikenali sebagai COVID-19, penguasaan pelajar dapat ditingkatkan melalui Pengajaran Kecemasan Jarak Jauh (ERT).
Beliau mengatakan bahawa melalui ERT ini, berkemungkinan segelintir pelajar tidak sesuai atau tidak biasa dalam ERT. Menurut Prof. Dr Rosna ERT ialah
pertukaran mod pembelajaran daripada instruksional kepada mod pengajaran alternatif semasa krisis pandemik berlaku.
Prof. Dr Rosna juga mendefinisikan dua jenis motivasi pelajar iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
Menurut beliau, pelajar yang mempunyai motivasi intrinsik mempunyai kesedaran dalaman untuk belajar.
Manakala, pelajar yang mempunyai motivasi ekstrinsik ialah pelajar yang harus dipaksa untuk belajar.
Beliau juga menerangkan bahawa penguasaan pembelajaran ialah satu proses bagi mewujudkan tugas motivasi intrinsik melalui elemen dan tugas bagi meningkatkan penguasaan pelajar semasa ERT.
Mengapa minat ini penting kerana menurut Prof. Dr Rosna minat boleh mempengaruhi kualiti belajar. Bukan itu sahaja, beliau juga menegaskan bahawa setelah pelajar minat dia akan lebih memahami serta permikiranya tidak hanya berfikir yang dia tidak boleh melakukanya.
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 8
Menarik Minat Pelajar adalah Penting semasa Pengajaran
Kecemasan Jarak Jauh (ERT)
Oleh GOLDEN STEVE ANAK NASIR BA18110392
Prof. Dr. Abd Karim Alias bersama Prof. Dr. Rosna Awang-Hashim berbincang mengenai penguasaan pelajar semasa Pengajaran Kecemasan Jarak Jauh (ERT).
1 Mei, Kota Kinabalu, Sabah - Prof. Dr. Rosna Awang- Hashim yang merupakan Ketua Kluster (Pembangunan Pendidikan & Manusia), Akademi Profesor Malaysia mengatakan bahawa menarik minat pelajar adalah penting supaya penguasaan pelajar semasa Pengajaran Kecemasan Jarak Jauh atau Emergency Remote Teaching (ERT) dapat ditingkatkan.
Beliau berkata demikian pada satu webinar tentang Penguasaan Pelajar Semasa ERT yang disiarkan secara langsung di YouTube.
Prof. Rosna menerangkan bahawa ERT adalah satu peralihan sementara penyampaian pengajaran ke mod penyampaian alternatif atas sebab keadaan krisis.
Melalui ERT, pensyarah yang agak tua seperti mereka lebih rumit untuk memulakan ERT ini berbanding dengan
pensyarah muda yang lebih selesa dalam penggunaan teknologi zaman sekarang.
Menurut beliau lagi, penguasaan pembelajaran merupakan satu proses mewujudkan motivasi intrinsik melalui elemen & tugas yang meningkatkan rasa kawalan pelajar.
“Salah satu kata kunci untuk motivasi intrinsik adalah minat. Kita jarang belajar tentang minat dalam kaedah yang sistematik tetapi orang tetap berkata tentang minat.
Hal ini kerana bagi saya, minat adalah sesuatu yang mampu mengarahkan diri untuk memulakan sesuatu.”
kata Prof. Rosna.
Tambahan lagi, minat adalah penting untuk penguasaan pembelajaran semasa ERT kerana minat boleh mempengaruhi kualiti pembelajaran.
Sebagai contoh, pembelajaran yang dalam (deep learning) mampu meningkatkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu yang dipelajari dan mengamalkannya.
Kata Prof. Rosna, oleh itu, bagi meningkatkan minat para pelajar, pensyarah harus merancang sesuatu arahan yang mampu menarik dan mengekalkan perhatian pelajar.
Selain itu, pensyarah juga boleh meningkatkan lagi rasa ingin tahu dalam kalangan pelajar dengan memberikan maklumat yang mengejutkan atau mengujakan.
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 9
Komunikasi Dan Interaksi Sangat Berkait Rapat Dan Penting Kepada Mahasiswa
Oleh NUR HAZIRAH BINTI ZAINUDIN BA18110438
Komunikasi dan Interaksi Mahasiswa dalam Suasana Pandemik Covid-19 bersama Dr. Syahruddin bin Awang Ahmad (kanan).
16 April, Kota Kinabalu, Sabah - Pusat Pengurusan Strategik Dan Komunikasi Korporat Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjemput Dr. Syahruddin bin Awang Ahmad, Pengetua Kolej Kediaman Excellent merangkap Pengerusi Majlis Pengetua - Pengetua Kolej Kediaman (MaPEK) UMS sebagai panel dalam sesi temu bual secara siaran langsung di Facebook @UMS.official.
Sesi temu bual ini membincangkan tajuk Komunikasi dan Interaksi Mahasiswa dalam Suasana Pandemik Covid-19 menekankan bahawa konsep komunikasi dan interaksi dalam konteks pendemik bukan disekat tetapi bersyarat dari segi jarak, bilangan orang mahupun tujuan interaksi.
“Komunikasi dan interaksi adalah perkara yang hampir sama antara satu sama lain.
Tanpa interaksi, tidak akan wujud komunikasi dan komunikasi sebenarnya tidak dapat berdiri sendiri tanpa interaksi sebagai satu aktiviti,” kata Dr. Syahruddin.
Tambahan lagi, mahasiswa lebih dominan menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Twitter dalam berkomunikasi dan interaksi.
Namun begitu, komunikasi memerlukan kemahiran mendengar agar digital imprint dapat disalurkan dengan betul dan jika tidak, ianya akan menjadi lebih buruk serta berita palsu akan terus disebarkan.
Menurut Dr Syahruddin, dalam suasana pendemik ini, keterbatasan dalam komunikasi perlu diambil kira dan dikawal agar tidak berlaku perselisihan faham dengan kawan.
Di samping itu, kita perlu pastikan cara komunikasi yang betul.
“Patuhi segala peraturan yang ditetapkan, amalkan jarak sosial dan berkomunikasi dengan cara yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” tambahnya lagi.
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 10
Emosi Pelajar Terganggu Semasa PKP
Oleh NUR SYAHIDATUL AQMAH BINTI JOHARI BA18110642
Barisan panel dan moderator: (Dari kiri) Vicknesh Nadarajah (panel), Puan Carrie Grace Jaymess (moderator) dan Nurnazirah binti Mohd Fudjari (panel).
23 April, Kota Kinabalu, Sabah - Pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan siaran secara langsung melalui media sosial iaitu Facebook yang membincangkan emosi semasa PKP dari perspektif pelajar yang dimoderator oleh Puan Carrie Grace Jaymess iaitu Pegawai Psikologi Kanan dari bahagian sumber manusia.
Terdapat dua panel jemputan yang merupakan pelajar UMS iaitu Vicknesh Nadarajah (pelajar tahun 3) daripada Program Psikologi Kaunseling dan Nurnazirah binti Mohd Fudjari (pelajar tahun 2) daripada Program Pendarasan Islam untuk berkongsi pengalaman dan perasaan mereka sepanjang pkp ini dijalankan.
Bosan dan sedih, itu adalah jawapan yang diberikan oleh kedua-dua panel jemputan sehingga menyebabkan mereka mengalami sedikit tekanan.
Tambahan lagi, kedua-dua pelajar ini berada di dalam kolej kediaman. Berjauhan dengan keluarga dan
pergerakkan yang terbatas menyebabkan punca berlakunya stress dalam kalangan pelajar.
Namun, bagi mereka, PKP bukanlah penghalang untuk para pelajar berada dalam suasana yang gembira dan positif.
Pengurusan diri dan masa sangat penting agar pelajar dapat mengisi kebosanan mereka dengan benda-benda berfaedah.
Menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah, menonton wayang secara atas talian, membuat panggilan video bersama keluarga dan berkongsi perasaan bersama rakan sebilik merupakan cara mereka mengatasi perasaan dan emosi mereka.
Malahan, pihak UMS juga turut menyediakan khidmat kaunseling seandainya terdapat para pelajar yang memerlukan kaunseling sepanjang dikuarantin di dalam kolej kediaman.
Perkara ini sangat mencabar emosi para pelajar kerana suasana bulan puasa yang bakal menjelang pada tahun ini tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
Namun, kedua-dua panel jemputan tetap mengongsikan aura yang positif agar para pelajar yang lain turut tabah dan kuat menghadapi dugaan ini bersama.
Puan Carrie juga turut berkongsi tips agar pelajar sentiasa kekal positif sepanjang PKP iaitu sibukkan diri anda, jauhi diri anda daripada perkara-perkara yang membuatkan anda sedih, rehat yang secukupnya dan mendengarkan musik-musik yang bagus.
Para panel juga turut berpesan agar semua orang untuk menjaga kebersihan diri, kekal dimana anda berada, sentiasa berfikiran positif dan jadilah rakyat yang bertanggungjawab.
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 11
Mahasiswa Dan Masyarakat 2.0 Dapat Sambutan Meriah Penduduk Kampung
Oleh NUR NISYA IQLYMA’ SUHAIMI BA18110276
Mahasiswa daripada PERMASS bersama masyarakat KG Siasai Dundau, Kota Belud.
29 Februari, Kota Kinabalu, Sabah - Persatuan Mahasiswa Sains Sosial dan Seni (PERMASS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjayakan Program Mahasiswa dan Masyarakat (MDM) 2.0 sebagai aktiviti tahunan Exco Kesukarelawan dan Komuniti di Kampung Siasai Dundau, Kota Belud pada 29 Februari 2020.
Program MDM dianjurkan di surau KG Siasai Dundau dengan masyarakat kampung yang turut hadir memeriahkan suasana bagi menjayakan program serta melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Seramai 30 mahasiswa daripada PERMASS mengikuti program yang dianjurkan oleh UMS mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh masyarakat kampung tersebut disamping mampu mengeratkan silaturahim.
Timbalan Dekan HEPA, Dr. Mohammad Puad Bin Bebit, melahirkan perasaan gembira kerana program telah berjaya dijalankan dengan mendapat sambutan meriah daripada masyarakat penduduk KG Siasai Dundau.
“Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh mahasiswa dan semua pihak kerana telah merancang serta mengatur program pada hari ini, saya yakin dan percaya segala usaha dan kerjasama erat yang ditunjukkan antara UMS dengan penduduk KG Siasai Dundau ini telah memberi impak besar terhadap perkembangan penyelidikan luar bandar di negeri Sabah.
“Lain kali kita akan bertemu lagi untuk membuat aktiviti motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah yang akan mengambil peperiksaan,” katanya.
Beliau juga merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Kampung Siasai Dundau, Sairan Bin Sail atas kesudiaan menyertai sekaligus merasmikan penutupan program MDM 2.0.
Pengarah program Mahasiswa dan Masyarakat (MDM) 2.0, Nurul Hikmah Binti Indily berkata, program ini berjaya memberi impak positif kepada masyarakat KG Siasai Dundau, Kota Belud serta beliau juga bersetuju bahawa
program MDM ini mampu untuk mengeratkan silaturahim antara mahasiswa dan masyarakat kampung.
Sementara itu, Sairan Bin Sail Ketua Kampung Siasai Dundau sewaktu majlis perasmian penutupan turut berterima kasih dan berbesar hati atas kesudian mahasiswa PERMASS dari UMS kerana memilih kampung tersebut untuk menjalankan program MDM 2.0 dan memberi pengalaman baru kepada masyarakat kampung.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sukaneka, tarik tali, gotong-royong dan mengecat tadika.
Kebanyakan penduduk yang hadir sangat mengalu- alukan Program Mahasiswa dan Masyarakat 2.0 ini dan berharap dapat diteruskan lagi untuk program yang lain pada masa akan datang
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 12
Universiti Malaysia
Sabah Anjur Program
Jelajah Ilmu’
Oleh MOHD RIEZWAN SYAH BIN MOHD ISA BA18161068
Kenangan guru-guru dan para peserta Program Jelajah Ilmu SMK Sandakan II bergambar dengan mahasiswa sebagai gambar kenangan ketika program berlangsung di Universiti Malaysia Sabah.
16 Mac, Kota Kinabalu, Sabah - Kelab Gerakan Pengguna Siswa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menganjurkan sebuah Program Jelajah Ilmu dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan II, pada 13 hingga 16 Mac 2020 bertempat di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.
Seramai 65 orang pelajar tingkatan 6 yang terlibat dalam program ini dan disertai 32 Ahli Jawatankuasa dan Fasilitator daripada UMS dan juga kerjasama daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Pengarah program Meree Juzien Jubin berkata antara objektif pelaksanaan program ini adalah memperkenalkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai sebuah institusi yang mementingkan pembangunan masyarakat terutamanya di bahagian luar bandar selain mendedahkan bidang-bidang pengajian yang ditawarkan di UMS agar dapat meningkatkan motivasi dan minat pelajar untuk melanjutkan pengajian ke Menara gading.
Pengisian program jelajah ilmu ini melibatkan aktiviti ceramah, motivasi dan sesi perkongsian serta memberi peluang kepada pelajar mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan pelajari.
Lawatan ke UMS tersebut dapat memberi peluang kepada pelajar memahami lebih mendalam peranan institusi dalam perkhidmatan dan kebajikan sosial masyarakat.
Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan II mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kelab Gerakan Pengguna Siswa, UMS yang telah memberikan dana dan sokongan untuk menjayakan program jelajah ilmu ini.
Di samping itu, majlis penutupan ini juga turut dihadiri oleh wakil daripada pihak SMK Sandakan II iaitu Puan Wirdawati Sonteng dan Puan Sunaidah Abdullah selaku guru pengiring sepanjang program ini berlangsung.
Universiti Malaysia Sabah
Mengambil
Inisiatif untuk Menjangkau
Komuniti Kurang
Bernasib Baik
Oleh RACHEL MINA WILLIAM BA18110640
Pihak UMS bersama peserta daripada Kampung Bangau-Bangau, Semporna
1 Mac, Kota Kinabalu, Sabah - Kursus Ekonomi Kewangan (HE07), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan sebuah program kolaborasi bersama Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia (KPTM) di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada 1 Mac.
Program yang dinamakan sebagai “Teach for the Needs” memfokuskan kanak-kanak di kampung tersebut khususnya mereka yang tidak bersekolah. Antara aktiviti yang diadakan adalah, ceramah motivasi, sesi pembelajaran Bahasa Inggeris dan sukaneka.
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi dorongan kepada kanak-kanak ini untuk terus bersemangat dalam menimba ilmu serta meningkatkan motivasi dalam kalangan mereka.
Program ini diketuai oleh Encik Azman, wakil daripada KPTM dengan kerjasama 40 orang pelajar daripada Kursus HE07. Turut mengiringi adalah Dr. Mori Kogit selaku ketua program HE07.
Selain itu, beberapa aktiviti lain juga diadakan melalui Program Bakti Komuniti FINEC anjuran pihak UMS, termasuklah, gotong-royong membersihkan kawasan sekolah SK Pasir Putih, Tawau dan Persiaran Traulsen.
Menurut salah seorang jawatankuasa program, Christianne Rose menyatakan, program ini bertujuan untuk menjangkau komuniti, melalui aktiviti kemasyarakatan.
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 13
MBS dan FAME
Merealisasikan Kepimpinan Keluarga Unggul di UMS
Oleh MOHD RAFIZUL BIN JUMAT BA18110934
PRESIDEN MBS Encik Ahmad Farid menghulurkan cenderamata kepada Prof. Madya Dr. Haslina Abdullah (Presiden FAME) selaku ahli Panel Pertama dalam program seminar ini.
28 Februari, Kota Kinabalu, Sabah - Majlis Belia Sabah (MBS) kini dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Family Empowerment (FAME) memperkenalkan satu wacana hebat berkenaan pembinaan keluarga yang bertajuk
‘Seminar Kepimpinan Keluarga Unggul’ yang berlangsung di Bilik Seminar Anjung Siswa, UMS.
Dua ahli panel hebat telah dijemput iaitu Prof. Madya Dr.
Haslina Abdullah (UPM) dan Puan Fahlina Sidek (Peguam Syarie) untuk memberikan ceramah kepada pelajar- pelajar Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) dan pelajar- pelajar B40 dalam seminar ini.
Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Ahmad Farid Sainuri selaku perasmi program berkata, “Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada UMS terutamanya kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar kerana ini merupakan satu kerjasama rasmi yang kita laksanakan dalam program seminar ini”.
“Sejurus selepas saya berforum bersama ahli parlimen dan juga mantan timbalan menteri, kita sepakat untuk UMS dan MBS bawa sekurang-kurangnya satu program sebulan ke UMS dari pelbagai aspek”.
“Saya cuba untuk berkongsi future programmes dan juga apa yang kita akan rancang untuk mahasiswa di bumi di negeri di bawah bayu ini terutamanya dan kami percaya di UMS kita merupakan tempat utama untuk all Malaysians to mingle around, itu yang saya percaya”.
“Oleh itu, dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, saya merasmikan ‘Seminar Kepimpinan Keluarga Unggul’
dengan kerjasama Majlis Belia Sabah, UMS, UPM dan Family Empowerment (FAME) dengan rasminya,” katanya ketika mengucapkan perasmian.
Panel Pertama iaitu Prof Madya Dr. Haslinda Abdullah, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti
Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia merangkap Presiden Family Empowerment (FAME) menyampaikan slot seminar “Kepimpinan Muda Unggul”.
“Kepimpinan berasal dari kata dasar “pimpin” dan dari segi istilahnya “pimpin” membawa erti mengepalai atau mengetuai sesuatu kumpulan, badan atau organisasi”.
“Kepimpinan muda yang unggul perlu diperkembangkan sejurus dengan perkataan pimpin yang merupakan proses mempengaruhi orang lain dalam mengenal pasti dan bekerja ke arah matlamat yang sama,” kata Prof Madya Dr. Haslinda.
Panel Kedua iaitu Puan Fadhlina Sidek, Peguam Syarie merangkap Timbalan Presiden Family Empowement (FAME) menyampaikan slot yang bertajuk
“Pemberdayaan Gender: Pengukuhan Polisi dan Peranan”.
“1/6 penduduk dunia menderita kemiskinan iaitu 60%
adalah gender wanita dan wanita menyumbang 66% dari waktu bekerja di dunia tetapi hanya memperoleh 10%
dari pendapatan dunia”.
“Pemberdayaan gender ini juga mempengaruhi 1 dari 3 wanita mengalami kekerasan fizikal atau seksual sepanjang hayat mereka oleh pasangan intim,” kata Puan Fadhlina, Peguam Syarie.
Puan Kamisah Husin selaku ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS berkata, “Saya amat berharap kerjasama seperti ini amat kerap dilakukan iaitu wacana-wacana seperti ini yang sihat dan merupakan adult value kepada semua pelajar-pelajar di UMS ini”.
Seramai 20 orang pelajar-pelajar Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) dan seramai 50 orang pelajar-pelajar B40 yang telah hadir mengikuti seminar ini di UMS.
“Majlis ilmu ini tidak kira berapa orang pelajar yang hadir kita tetap akan diadakan. Jadi, tiada alasan selepas ini pelajar-pelajar berkata kurang majlis ilmu di UMS ini”.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Encik Ahmad Farid selaku Presiden MBS memberi peluang pada pagi ini untuk menghantar aktivis mereka untuk berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar dan kakitangan di UMS ini,” kata Puan Kamisah.
PRESIDEN MBS Encik Ahmad Farid juga menghulurkan cenderamata kepada Puan Fadhlina Sidek (Timbalan Presiden
FAME) selaku ahli Panel Kedua dalam program seminar ini
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 14
Seni Perfileman Terbuka
Untuk Diminat Dan Dipelajari Oleh Semua Pelajar UMS
Oleh SITI NURUL AMIRA BINTI JUSRI BA18110491
Gambar peserta bengkel perfileman di pentas Studio M. Osman, bersama ahli Kelab Seni Visual berserta penceramah jemputan, Dr Addley Bromeo, dan ketua program Seni Visual, Dr Imelda Ann Achins selepas penyampaian cenderahati. (Foto: Wilynie Teng, 26 Feb 2020).
26 Februari, Kota Kinabalu, Sabah - Kelab Seni Visual yang dipimpin oleh Wilynie Teng, dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) berjaya mengadakan bengkel perfileman dengan penceramah jemputan dari program Seni Visual dan penyertaan 17 pelajar UMS pada 26 Februari 2020 di Studio M. Osman.
Dr Addley Bromeo memulakan bengkel pada pukul 9 pagi dengan pengenalan dirinya serta penjelasan dan objektif bengkel; di samping menerangkan aktiviti umum dan kepentingan filem.
Dia memainkan dua video pendek Thailand untuk membentangkan keunikan bahasa filem dan kepelbagaian jenis emosi yang boleh digambarkan.
Bengkel diteruskan dengan penjelasan proses pembuatan filem, serta menerangkan idea dan konsep, penyelidikan dan rujukan, pengembangan idea, dan tampilan akhir dalam perfileman.
Addley menjelaskan objektif kamera dalam menggambarkan bahasa filem; termasuk seni sinematografi, penyuntingan, "mise-en-scene," dan audio, serta formula tangkapan kamera.
Pada 10.30 pagi, makanan tengah hari yang disediakan oleh ahli Kelab Seni Visual, diedarkan untuk para peserta dan penceramah jemputan.
Addley meneruskan ceramah dengan memaparkan video mengenai pergerakan kamera untuk menunjukkan emosi dan mesej dalam filem.
Video seterusnya menerangkan kepentingan papan cerita (storyboard) dan hubungannya dalam perkembangan idea dan pra-produksi untuk proses visualisasi.
Sebelum mengakhiri bengkel, Addley memaparkan klip- klip dalam filem hasil karya pelajarnya sebagai contoh.
Bengkel perfileman berakhir pada 12 tengah hari dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan dari Kelab Seni Visual dan diwakili oleh ketua program Seni Visual, Dr Imelda Ann Achin.
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 15
Jakmas KKTM Mengadakan Sesi Townhall 2019/2020
Oleh SITI HASNAH BINTI ALDAM BA18110497
Dewan Serbaguna KKTM: Gambar menunjukkan keadaan dalam Dewan semasa sesi Townhall berlangsung.
28 Februari, Kota Kinabalu, Sabah - Barisan Kepimpinan Kolej Kediaman (Jakmas) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) mengadakan sesi Townhall bersama Residen Kolej Kediaman Tun Mustapha 2019/2020 yang berlangsung pada 28 Februari 2020 (Jumaat) di Dewan serbaguna KKTM.
Menurut Randle Rafael yang merupakan seorang ahli JAKMAS, Sesi Townhall JAKMAS KKTM 2019/2020 ini telah diketuai oleh Ydp JAKMAS kolej itu tersebut iaitu Muhammad Syahiran dan turut dihadiri dengan ahli- ahli JAKMAS serta residen KKTM.
Sesi Townhall ini merupakan antara usaha pihak JAKMAS KKTM untuk mengadakan sesi soal jawab dan perkongsian pandangan, pendapat ataupun persoalan
dengan cara yang berhemah diantara ahli JAKMAS dan residen KKTM itu sendiri.
Dengan itu, Ahli JAKMAS KKTM mengenakan syarat kepada residen untuk mewajibkan penyertaan penuh kepada residen KKTM supaya mereka dapat menggunakan platform yang diberikan dengan sebaiknya dalam menyuarakan pendapat mahupun persoalan yang ada pada mereka.
Menurut Muhammad Syahiran, Sesi Townhall 2019/2020 ini adalah bertujuan sebagai perkongsian program JAKMAS dan sesi soal jawab diantara residen KKTM dan ahli JAKMAS.
“Oleh itu, gunakan platform yang diberikan ini dengan sebaiknya untuk menyalurkan pandangan, pendapat dan persoalan dalam sesi perbincangan dengan lebih berhemah”, katanya.
Menurut Akmal Hadi yang merupakan salah satu residen KKTM berkata bahawa Sesi Townhall ini sangat penting untuk residen dalam menyuarakan pendapat, persoalan mahupun pertanyaan yang selama ini ingin disuarakan tetapi tidak tahu dengan cara apa maka ini acara ini adalah jawapannya.
JAKMAS juga berharap agar dengan mengadakan Sesi Townhall yang sebegini sepanjang tahun dapat mencapai agenda utama mereka iaitu mengetahui apa masalah mahupun persoalan yang sedang dihadapi oleh residen Kolej Kediaman tersebut.
Golongan Terpelajar Lebih Mendominasi Berita Palsu
Oleh NURFATIN FAHANA BINTI CHE IBRAHIM BA18110608
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Dr Abdul Latif Lai memberikan sedikit perkongsian berkaitan topik yang dekat dengan komuniti universiti iaitu “Berita Palsu” serta faktor berlakunya isu tersebut.
14 April, Kota Kinabalu, Sabah - Penyebaran fake news terhadap masyarakat umum disebabkan oleh seseorang individu tersebut terlalu yakin dengan kenyataan yang dikeluarkannya. Hal ini merupakan salah satu ciri berlakunya fake news pada permulanya.
Menurut pensyarah kanan, Dr Abdul Latif Lai menyatakan bahawa fake news merupakan perkara yang sudah sedia adadalam kalangan masyarakat.
Penyebaran berita palsu ini ditularkan bagi menjatuhkan imej dan reputasi individu ataupun organisasi lain dengan kenyataan palsu tersebut.
Penularan fake news ini disebabkan oleh factor perubahan penggunaan media yang menyebabkan masyarakat hanya scanning berita tersebut tanpa membcacnay dengan teliti dan terus menyebarkannya tanpa kesahihannya.
“Penyebaran fake news ini mendapat perhatian kerana jumlah purata tempoh penggunaan gajet oleh masyarakat adalah sekitar tiga jam sehari dan mereka lebih terdedah kepada lambakan maklumat yang terlampau”katanya.
Fake news mempunyai tiga cabang iaitu dis- information, misinformation dan mal-information yang
mana maklumat yang dibuat-buat untuk menjatuhkan imej seseorang individu secara sengaja yangdisebut sebagai propaganda.
Antara tindakan yang harus dilakukan bagi mengurangkan tindakan penularan dan kecelaruan maklumat fake news ini adalah dengan perubahan tingkah laku dan persepsi masyarakat.
“Fake news merupakan fitnah dan mempunyai tujuan tertentu masyarakat untuk menjatuhkan masyarakat lain dengan menggunakan tiga cabang fake news tersebut” katanya.
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 16
Pelajar-
Pelajar HE08 Giat
Melakukan Latihan
Oleh: CECILIA MICHELLE ANAK MATTHEW BA18110492
Khairul (hadapan) sedang berlatih bersama rakannya untuk peperiksaan akhir.
27 Februari, Kota Kinabalu, Sabah - Pelajar-pelajar Pengurusan Hotel (HE08) Universiti Malaysia Sabah sedang aktif berlatihan pada 27 Februari 2020 untuk ujian akhir praktikal mereka yang akan datang di The Hotelab, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan.
Menurut Khairul Akmal bin Saftu yang juga merupakan seorang pelajar kursus tersebut mengatakan mereka sudah dua minggu mengadakan latihan tersebut untuk ujian praktikal akhir bagi subjek Accomodation Management (BE31003).
Khairul berkata, peperiksaan ini akan dinilai oleh Puan Andi Tamsang yang juga merupakan alumni Universiti Malaysia Sabah dan markah untuk penilaian praktikal tersebut merupakan sebahagian daripada markah seluruh semester untuk subjek tersebut.
Ujian tersebut akan diadakan pada 4 Mac 2020 di The Hotelab dan ujian tersebut akan dinilai dari segi kekemasan dan kelajuan dalam masa yang ditetapkan.
“Sejujurnya saya berasa gementar kerana banyak kriteria yang perlu diikuti seperti dari segi masa, kekemasan dan kreativiti tambahan lagi katil tersebut agak berat.” Kata Khairul.
Walau bagaimanapun, menurut Khairul ini hanyalah ujian namun mereka akan ditugaskan untuk bekerja selama satu hari di hotel-hotel lima bintang pada bulan Mac yang akan datang ini.
Memudahkan Pencarian
Pekerjaan
Oleh: NOORIZATEY BINTI SAHDI BA18161102
Timbalan Pengarah (Pusat Jaringan Industri dan Komuniti), Dr. Christie Chin – Foto Noorizatey.
26 Februari, Kota Kinabalu, Sabah - Dr. Christie Chin yang merupakan Timbalan Pengarah bagi Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (CICN) menyampaikam taklimat mengenai keperluan LinkedIn memudahkan pencarian pekerjaan, pada 26 Februari kelmarin di UMS.
Timbalan Pengarah (CICN), Christie Chin, berkata LinkedIn menunjukkan lebih 10 juta kerja kosong dan lebih sembilan juta syarikat berada dalam LinkedIn.
“Sebelum sesebuah syarikat mengambil kita sebagai pekerja, mereka harus mengetahui maklumat diri kita.
“Jadi apabila kita mohon kerjasama sesebuah syarikat, mereka akan scan atau cari dahulu LinkedIn kamu mengenai apa kebolehan kamu dan pengalaman,” katanya semasa memberi talk mengenai E-Portfolio.
Christie Chin menegaskan, akaun LinkedIn merupakan ‘Sosial Network Professional’
yang harus ditangani secara kemas dan teratur.
“Jadi kamu harus gunakan gambar yang professional seperti portrait dan menggunakan
‘headline’ yang ‘clear dan catchy’,” katanya.
Terdapat syarikat besar di LinkedIn seperti AirAsia, Shell, Petronas, Maybank, Sime Darby, ABN dan lain-lain yang memudahkan lagi kita memohon pekerjaan mengikut bidang yang diminati.
Christie Chin menyatakan bahawa terdapat alumni keluaran UMS yang telah bekerja dengan syarikat besar tersebut.
“Akaun LinkedIn ini juga dapat dimuatnaik di Sistem Maklumat Bersepadu (SMP) pelajar masing-masing.
“Kamu boleh update akaun LinkedIn kamu dekat SMP ‘e-portfolio information’ dan youtube URL kamu yang mempunyai kandungan mengenai resume diri sendiri boleh update dekat SMP,” katanya.
Christie Chin juga menegaskan Facebook’ dan ‘LinkedIn’ berbeza dari segi penggunaan agar tidak berlaku penyalahgunaan terhadap kemudahan tersebut.
Mahasiswa dan mahasiswi mendengar taklimat dari Dr. Christie Chin
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 17
Bazar Seni Menjadi Tumpuan Pelajar UMS Setiap Rabu
Oleh: NORATIKAH BINTI ISMAIL BA18110633
Suasana kemeriahan para pengunjung bazar seni di Blok Seni, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
26 Februari, Kota Kinabalu, Sabah - Suasana kemeriahan bazar seni di blok seni Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diadakan pada setiap hari rabu bermula 7.00 pagi hingga 6.00 petang sangat meriah di sini.
Menurut salah seorang pelajar seni kreatif, Nur Amirah Ainaa, 21 yang merupakan pengunjung bazar seni
berkata, terdapat banyak aktiviti menarik seperti persembahan tarian dan nyayian, pameran dan jualan buku serta pelbagai gerai makanan.
“Justeru, harga yang di tawarkan juga adalah sangat berpatutan dan mampu milik oleh setiap pelajar seperti saya mahupun warga UMS,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurut seorang lagi responden, iaitu Ferdinand, 50 yang merupakan salah seorang penjual disitu berkata bahawa beliau dapat menjana pendapatan yang lumayan jika pengunjung ramai yang datang.
“Terdapat persembahan nyanyian juga turut dijalankan bagi memeriahkan lagi suasana bazar seni itu, dimana kita dapat melihat bakat-bakat pelajar UMS yang hebat-hebat semua.” ujarnya lagi.
DEBORA'20 Melabuhkan Tirainya
Oleh: IZYAN NSYIRAH BINTI MOHD AYUB BA18110402
Barisan pendebat johan (kanan) dan naib johan (kiri) DEBORA’20 bersama pengarah (enam dari kanan) dan para jemputan pertandingan
9 Mei, Kota Kinabalu, Sabah - Majlis penutupan perasmian Debat Piala Orator (DEBORA) 2020 diadakan di sebuah dewan serbaguna Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini semalam.
UMS muncul sebagai juara pertandingan akhir DEBORA’20 dan kelab berkenaan menewaskan pendebat daripada 14 buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara.
Kelab Dewan Bahasa Melayu UMS yang dibarisi empat pendebat iaitu Mohammad Syahiran, Syafiqah Nur Nadhilah, Fatin Umairah dan Nelson Robert memperolehi RM800, piala iringan dan sijil penyertaan.
Naib johan pula disandang oleh Kelab Debat Kolej Kediaman Excellent (KKE) yang juga dari UMS manakala Muslimin Mustari yang mewakili pasukan tersebut diumumkan sebagai pendebat terbaik.
Muslimin berkata usaha dan pengalaman yang pernah diperlolehi sebagai seorang pendebat melayakkan beliau merangkul gelaran tersebut.
“Saya amat gembira kerana ini adalah sebagai bukti kejayaan besar disamping menempuh perjalanan sebagai seorang pelajar,” katanya.
Pertandingan debat kali keenam ini dianjurkan oleh Jawantankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) KKTF yang menjadikan UMS lebih berprestij sejak kali pertama dijalankan pada tahun 2015.
Pengarah DEBORA’20 Muhammad Hazzanif berkata pertandingan kali ini dimeriahkan dengan penyertaan pasukan debat jemputan IPT seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Pagoh, Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kent, Politeknik Kota Kinabalu, Sandakan serta Mukah Sarawak.
“Harapan adalah menjadikan pertandingan ini sebagai platform yang tepat untuk mahasiswa meningkatkan kemahiran berhujah dan komunikasi secara kritis terhadap isu-isu semasa negara,” katanya lagi.
Penutupan pertandingan DEBORA’20 menyaksikan kemeriahannya dengan kehadiran para jemputan, juri, peserta dan pelajar.
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 18
Salam Aidilfitri Bersama Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah
Oleh: DAVID LO KOTAN BA18110881
Ucapan Prof. Madya Dr. Raman Nordin Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dalam program Salam Aidilfitri secara dalam talian – David Lo Kotan.
24 Mei, Kota Kinabalu, Sabah - Interaksi antara Prof.
Madya Dr. Raman Nordin Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dalam Program Salam Aidilfitri secara dalam talian pada jam 10 pagi bagi pelajar yang masih berada di kolej kediaman di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Dalam ucapan Prof. Madya Dr. Raman Nordin bersama ahli Jawatankuasa Kakitangan UMS telah mengadakan program Salam Aidilfitri kepada semua pelajar yang masih berada di kolej kediaman masing-masing dengan menggunakan aplikasi Cisco Webex sebagai
satu saluran untuk bertanyakan khabar pelajar yang berada di kolej kediaman.
Program interaksi yang dilakukan adalah melibatkan semua ahli jawatankuasa kolej kediaman dan interaksi bersama ahli jawatankuasa daripada UMS Kota Kinabalu, UMS Sandakan dan UMS W.P Labuan sempena Hari Raya Adilfitri yang pertama.
Dalam ucapan Prof. Madya Dr. Raman Nordin bersama ahli Jawatankuasa UMS “Walaupun program ini berlangsung tetapi penjarakkan sosial dan pemakaian
Mask Face dalam kalangan pelajar juga ditekankan dalam kalangan pelajar kerana faktor penyakit yang melanda iaitu Covid-19 maka kita seharunya mengambil Langkah berjaga-jaga.
Dengan jamuan yang disediakan kepada semua pelajar di kolej kediaman masing-masing agar mereka juga dapat merasakan Hari Raya Aidifiltri walaupun berada di UMS dan berjauhan dengan ahli keluarga, tetapi dengan menerapkan penjarakkan sosial dan memakai topeng muka bagi mencegah penyakit Covid-19.
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 19
Kempen Derma Darah
Universiti Malaysia Sabah
Oleh: JURIANIE BINTI ABDUL BA17161027
Kempen Derma Darah pelajar Universiti Malaysia Sabah.
26 Februari, Kota Kinabalu, Sabah - Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan kempen derma darah yang dianjurkan oleh Pertubuhan Komuniti Penderma Darah Malaysia. Antara hospital yang terlibat dalam kerja sosial ini adalah daripada Hospital Queen Elizabeth, Hospital Kudat dan Hospital Kota Marudu yang bertempat di perpustakaan Universiti Malaysia Sabah ini.
Program ini diketuai oleh Encik Firdaus Abdullah dan dibantu oleh Encik Sain Matzibu, Pegawai Perhubungan Awam yang bertugas di Unit Tabung Darah Hospital
Kudat. Beliau yang berusia 29 tahun berasal daripada Daerah Nabawan ditemubual.
“Seramai 8 orang kakitangan yang bertugas pada masa ini daripada 2 kumpulan dan objektif utama adalah unutk menambah bekalan darah terutamanya untuk pesakit Talesimia yang kekurangan darah di beberapa hospital yang memerlukan terutamanya pada masa akan datang” ujar Encik Sain Matzibu.
“Kami semua berpuasa hati dengan kerjasama pelajar Universiti Malaysia Sabah dalam membantu
menjalankan program kempen derma darah ini di samping membuat kerja sosial berterusan kerana setiap hari bilangan pelajar yang menderma darah semakin bertambah” Jelasnya lagi.
Pihak Hospital Kudat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pera pelajar yang telah menderma dan membantu dalam menjalankan program derma darah ini dengan jayanya dan harapan agar kesedaran terhadap pendermaan darah ini semakin meningkat.
COVID-19 Tiada Rawatan Vaksin
Oleh: PERRA ANAK LANTING BA18110487
Penceramah Dr. Shazia Qaiser memberi ceramah kesihatan mengenai COVID-19.
28 Februari, Kota Kinabalu, Sabah - Seramai 40 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya dan Sekolah Menengah St. Jo Tuaran menyertai ceramah Coronavirus (COVID-19) yang diadakan pada 28 Februari.
Ceramah yang dianjurkan oleh Hospital Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bertempat di Perpustakaan UMS menekankan bahawa masih tiada rawatan vaksin yang mampu menghentikan penularan ini selain
daripada rawatan sokongan kepada penghidap dan ahli keluarga yang terlibat positif COVID-19.
Staf yang terlibat juga turut menujukkan langkah- langkah bagi menangani penyebaran virus Corona dengan melakukan beberapa demonstrasi termasuklah menunjukkan cara-cara mencuci tangan dan menggunakan topeng muka dengan betul serta cara membuang topeng muka setelah digunakan.
Penceramah turut menegaskan bahawa semua pihak tidak sepatutnya terlibat dengan sebarang penyebaran berita palsu mengenai COVID-19.
Antara laman sesawang rasmi yang boleh dipercayai untuk mendapatkan sebarang info berkaitan COVID-19 ini adalah Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Facebook rasmi Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan KKM) dan Crisis Preparedness and Responses (CPRC)
UTUSAN KAMPUS | BERITA | 20
KKE Mencari Pemain Bagi Pasukan Futsal Wanita
Oleh: NISA AMANINA BINTI MUHAMMAD FAUDZI BA18110310
Para pemain sedang berlatih bagi sesi pertama pemilihan
28 Februari, Kota Kinabalu, Sabah - Pemilihan pemain bagi pasukan futsal wanita Kolej Kediaman Excellent (KKE) bermula pada 4.00 petang semalam bertempat di gelanggang futsal Arena Sukan.
Latihan yang dianjurkan Exco Sukan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) KKE ini dihadiri oleh 15 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun Satu dan pelajar Tahun Dua.
“Banyaknya yang di sini merupakan pemain pasukan sebelum ini lagi”, kata Nurhafidah Albari, 22, salah seorang Sekretariat Exco Sukan JAKMAS KKE yang bertugas di gelanggang.
“Tetapi kami menggalakkan lagi pelajar baru untuk melibatkan diri dan secara langsung menjadi pemain pelapis pada tahun hadapan”, sambungnya lagi.
Pemilihan pasukan ini adalah untuk penyertaan acara Sukan Kolej yang bakal berlangsung pada 10 Mac nanti Latihan pemilihan bakal diadakan selama beberapa hari dan kemudiannya sepuluh nama pemain terpilih akan diumumkan agar latihan penuh dapat dijalankan sebelum acara Sukan Kolej bermula.
Dancer's Platform: Talent Audition of TEAM UMS in 2020
By: YANG XIAOMENG BA17271109
After the competition, the students are listening to the teacher explain the definition of a dancer.
26 February, Kota Kinabalu, Sabah - TEAM UMS held a talent audition from 7 p.m. to 9 p.m. at Normadia Studio, FKSW.
The competition won the unanimous praise of the college students, the college produced a fierce response. The content of the competition includes:
forty minutes by the contestants to show their dance works, after nearly an hour by the authority of our teachers to teach the contestants to learn and dance.
After that, each contestant can freestyle through the dance just taught by the teacher, adding their own elements at the same time.
Four teachers took part in the competition. One of the males and one of the female teachers was responsible for grading the contestants. The other two are
responsible for arranging the order of the students' performances and other things.
"It's a bit of a test, but a challenge." A student said in post-match interviews. “The new competition rules developed by the teachers, which not only tested everyone's real ability, but also a new innovation model.”
In the end of the competition,One of the teachers was in charge of grading have a speech to encouraged everyone to come here and choose to be a dancer, the teacher said would treat all the competitors as a professional dancers, Explained to the dancers their own views on dancers.
After the competition, the students are listening to the teacher explain the definition of a dancer. "You rule
everything." said the teacher in charge of the selection.
It's a phrase that strikes a chord with all dancers.
“When the dancer on the stage, it is the rule, should be more confident and better performance.”
This dance competition is a stage for students to show their own. “It provides a wide stage for students to show their youthful style and spirit and explore the potential of students and give play to their personality.”
Said one of the grading teachers.
"When you're a dancer, it's not easy." said one of the competitors. “Dancers need more courage, we agree with the teacher, we follow the teacher's instruction.”
The talent audition is a limited period of time, but as TEAM UMS ‘s member, they still have space of art is infinite.
UTUSAN KAMPUS | RENCANA | 21
Norma Baharu Pandemik
Covid-19
Oleh NOORIZATEY BINTI SAHDI BA18161102
Peniaga buah mula beroperasi secara kecil-kecilan pada 28 Jun 2020. Airmah, peniaga kecil yang berpusat di Sipitang digambarkan memakai penutup mulut. – Sumber: Noorizatey Binti Sahdi
Sejak kebelakangan ini, dunia menghadapi pandemik Covid-19 turut melibatkan Malaysia. Gaya hidup atau lebih dikenali sebagai norma baharu diwujudkan berikutan pandemik Covid-19.
Norma baharu ini meliputi bagi semua aspek yang memberi kesan terhadap masyarakat di Malaysia.
Norma baharu dari segi pendidikan, pekerjaan, dan pertanian. Setiap aspek menekankan norma dan cara yang berbeza.
Pandemik Coronavirus (Covid-19) ini berlaku akibat penularan virus SARS-CoV-2. Pandemik ini merupakan ancaman terbesar terhadap bukan sahaja kepada kesihatan global tetapi juga memberi kesan kepada sosio ekonomi hampir semua negara di dunia.
Antara empat kes pertama Covid-19 dilaporkan pada 29 Disember 2019, dan semua kes dihubungkan dengan pasar borong makanan laut di Huanan, China Selatan. Pada 31 Disember 2019, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapat pemakluman daripada Pejabat Negara China bahawa terdapat radang paru-paru yang tidak diketahui puncanya dikesan di bandar Wuhan di Wilayah Hubei, China.
WHO mengelaskan wabak novel Coronavirus (Covid-19) sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. Di Malaysia, kes pertama dilaporkan pada 25 Januari 2020. Lapan kematian pertama akibat jangkitan SARS-CoV-2 adalah pada 17 Mac 2020.
Langkah-langkah jarak sosial dan kawalan pergerakan adalah antara beberapa strategi penting untuk memutuskan rangkaian jangkitan dan meratakan lekuk arus draf jangkitan.
Wabak didefinisikan sebagai perubahan ciri penyakit yang mengundang kebimbangan dari segi penyebaran geografinya. Menurut WHO, pandemik ditakrifkan sebagai kemunculan penyakit baru yang belum diketahui puncanya dan mempunyai kesan terhadap orang ramai yang tidak mempunyai kekebalan akibat penularan luar jangkaan tersebut.
WHO mengklasifikasikan Covid-19 sebagai pandemik apabila kes ini melibatkan sekumpulan orang dijangkiti dan membawa penyakit tersebut dari negara asing dan kemudian kembali ke negara asal. Perkara yang dikenali sebagai ‘kes indeks’ tidak digelar sebagai pandemik.
Penggunaan perkataan pandemik adalah agar informasi mengenai wabak tersebut mencapai tahap gelombang kedua.
Apabila Covid-19 diistiharkan sebagai pandemik, kemungkinan penyebaran di kalangan masyarakat akan meningkat. Kerajaan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu memastikan mereka sedia untuk menangani Covid-19 bagi memutuskan rangkaian wabak tersebut.
WHO membuat keputusan untuk mengistiharkan Covid-19 sebagai pandemik apabila ambang batas sudah tidak kelihatan seperti jumlah kematian dan jangkitan atau jumlah negara yang terjejas.
Sementara itu, coronavirus SARS yang melanda pada tahun 2013 pula tidak digelar sebagai pandemik walaupun mempengaruhi 26 negara. Hal ini demikian kerana penyebarannya berjaya dibendung dengan segera dan hanya mempengaruhi segelintir negara sahaja secara signifikan, termasuklah China, Hong Kong, Taiwan, dan Kanada.
Apabila pandemik diumumkan, ia mencetus panik secara global. Kadar panik mengalahkan usaha penyebaran kesedaran mengenai Covid-19.
Kebanyakan artikel yang menulis mengenai perisytiharan H1N1, atau nama lainnya “selesema babi,”
sebagai satu pandemik pada tahun 2009 menjadi penyebab kepanikan. Situasi yang tidak sepatutnya berlaku menyebabkan Jabatan Kecemasan menghadapi isu panik.
Gejala Covid-19 secara umumnya mempunyai gejala yang ringan dan kebanyakan orang pulih dalam masa 14 hari.
WHO menekankan bahawa penggunaan kata
“pandemik” tidak menunjukkan perubahan dalam nasihat yang mereka nyatakan. WHO masih mendesak negara di seluruh dunia untuk “mengesan, menguji, mengubati, mengasingkan, menjejaki dan mengerakkan rakyat mereka.”
Dr Nathalie MacDermott, pensyarah klinikal akademik Institusi Penyelidikan Kesihatan Nasional King’s College London mengatakan, istilah perubahan tidak mengubah apa-apa secara praktikal kerana dunia dinasihati selama beberapa minggu terakhir untuk bersiap sedia menghadapi wabak yang berpotensi untuk meningkatkan kadar jangkitan dengan cepat, yang diharapkan dipandang serius oleh semua negara.
Walaubagaimanapun, beliau menegaskan bahawa penggunaan istilah ini menekankan pentingnya agar negara-negara di seluruh dunia bekerjasama dan terbuka antara satu sama lain dan bersatu sebagai barisan hadapan dalam usaha mengendalikan keadaan ini.
Terdapat norma-norma baru yang mesti diterapkan oleh masyarakat kini untuk membendung penularan virus. Salah satunya ialah norma baru untuk bahagian pekerjaan perniagaan besar-besaran.
Jumlah pemimpin perniagaan yang semakin bertambah merumitkan operasi bekerja dari rumah dan pengaturan kerja yang lebih fleksibel. Oleh itu, mereka mula menormalkan menggunakan platform teknologi dan persidangan video seperti Zoom dan Google Meet untuk menggantikan perhimpunan beramai-ramai.
Bagi syarikat besar, Amazon, pekerja diberi pilihan sama ada bekerja dari rumah sehingga sekurang- kurangnya bulan Oktober. Manakala, 70 ribu kakitangan syarikat Barclays kini bekerja dari rumah.
Syarikat rangkaian sosial Twitter pula menawarkan pilihan kepada pekerja untuk bekerja dari rumah secara tetap, kata ketua pegawai eksekutif, Jack Dorsey.
Bagi individu yang perlu keluar untuk membeli keperluan harian adalah wajib untuk mengikut Standard Operating Procedures (SOP) atau prosedur operasi standard.
Norma baharu ini melibatkan pemakaian topeng ketika berada di ruang awam, sering mencuci tangan dengan pembersih tangan (handsanitizer) atau sabun, menjaga jarak sosial dengan kumpulan individu lain, hanya keluar berseorangan dan untuk tujuan penting sahaja. Rakyat diwajarkan untuk menjaga jarak sosial sebanyak 2 meter antara individu lain.
Sebelum memasuki pusat membeli belah dan kedai runcit, pengunjung harus menulis nama dan nombor telefon bagi memudahkan pihak KKM menghubungi sekiranya ada amaran kecemasan.
Suhu badan individu juga akan diperiksa sebelum memasuki mana-mana pusat membeli belah sebagai langkah berjaga-jaga. Kebanyakan premis membeli belah mengehadkan kebenaran masuk pelawat jika didapati suhu badan yang melebihi 37.6 °C.
Sekiranya didapati melebihi suhu yang seharusnya, individu akan diarahkan untuk menyejukkan badan terdahulu. Pekerja pusat membeli belah boleh menyuruh individu berdiri dibawah penghawa dingin agar suhu badan turun sehingga yang dibenarkan.
Interaksi peniaga bersama pelanggan yang mengunjungi gerai buah di Sipitang pada jam 2.16 petang. – Sumber: Noorizatey Binti Sahdi
Manakala, bagi penjaja, mereka diarahkan untuk mengikuti garis panduan SOP yang diberikan oleh Majlis Daerah.
Contohnya, penjaja buah-buahan dan air balang di kawasan Sipitang menerangkan bahawa mereka diarahkan untuk menggunakan penutup mulut (mask) sepanjang proses penjualan. Mereka juga diarahkan agar sentiasa bersedia dengan air cuci tangan untuk penjual dan pelanggan.
Namun sesetengah peniaga mendapati sukar untuk dijalankan atas sebab pusat jualan yang jauh dari kemudahan air tersebut. Oleh itu, mereka mampu menyediakan handsanitizer sahaja. Sehubungan itu, bagi perniagaan kecilan, mereka tidak diarahkan untuk menulis nama setiap pelanggan dan menyediakan alat penyukat suhu badan.
Norma baru seterusnya akan berputar di sektor ekonomi. Sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia, pelanggan akan bersantai dengan ahli keluarga dan rakan di khalayak ramai.
Aplikasi penghantaran makanan bukanlah pilihan utama bagi masyarakat kerana mempunyai pilihan untuk memandu sendiri mahupun menaiki pengangkutan awam ke restoran. Hal ini kerana mereka merasakan lebih senang ketika makan di luar.
Tetapi, kini kehidupan seharian mengalami perubahan yang mendadak kerana masyarakat hanya dapat mengambil makanan melalui kaedah pandu lalu (drive- thru) atau beratur di luar restoran sambil mengutamakan jarak sosial.
Sebagai alternatif, rakyat digalakkan memesan makanan melalui aplikasi mudah alih seperti GrabFood, FoodPanda, dan DahMakan. Berikutan berakhirnya perintah kawalan pergerakan (PKP), beberapa restoran masih menetapkan SOP dengan menyediakan ruang kosong untuk setiap meja agar menjaga jarak sosial antara individu.
Clarice, seorang penuntut Universiti, belajar secara atas talian di rumah sendiri pada malam Ahad, 28 Jun. – Sumber Noorizatey Binti Sahdi
Selain itu, wabak ini mengakibatkan penutupan semua institusi pendidikan seperti universiti, sekolah, pusat tuisyen, dan taman asuhan kanak-kanak. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih moden dan maju diterima pakai oleh institusi-institusi ini.
Pensyarah dan guru mengambil proses pembelajaran dalam talian melalui platform seperti Zoom, Google Meet, Google Hangout, Microsoft Teams, Telegrams, dan Whatsapp untuk memastikan pelajar dapat meneruskan kelas pembelajaran seperti biasa. Hal ini agar dapat menyelesaikan sukatan pelajaran dan tugasan.
Sebagai contoh, pelajar universiti dapat menghantar dan menyelesaikan peperiksaan mereka secara dalam talian dan menghantar jawapan melalui platform yang ditetapkan oleh Institusi masing-masing.
Jelaslah, pandemik Covid-19 memberi kesan yang negatif terhadap semua jenis industri dan menjejaskan golongan rendah. Sebagai contoh peniaga kecil, buruh, petani, dan nelayan yang bergantung terhadap pekerjaan harian untuk mendapatkan mata pencarian.
PKP menyebabkan mereka terkandas untuk mendapatkan sumber pendapatan.
Secara positif, kita dapat menganggap krisis ini sebagai peluang untuk kita memperbaiki diri, sama ada dari segi kemahiran memasak atau pengetahuan yang diperoleh daripada membaca, dan bersyukur dapat meluangkan lebih banyak masa berkualiti dengan orang tersayang.