• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF Pertandingan Projek Penyelidikan Cabaran Inovasi Inklusif

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "PDF Pertandingan Projek Penyelidikan Cabaran Inovasi Inklusif"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

PERTANDINGAN PROJEK PENYELIDIKAN CABARAN INOVASI INKLUSIF LAMPIRAN 1

1

PERTANDINGAN PROJEK PENYELIDIKAN CABARAN INOVASI INKLUSIF

SYARAT-SYARAT , PERATURAN DAN MAKLUMAT AM

1. Tujuan

i. Sempena Program Nano Kebangsaan 2015 (NanoKEB) yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 Oktober 2015 di Shah Alam Convention Center (SACC), MOSTI mengambil inisiatif untuk mengadakan Pertandingan Projek Penyelidikan Cabaran Inovasi Inklusif buat julung kalinya. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari peringkat peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Lanjutan yang mempunyai idea kreatif, inovatif didalam menghasilkan penyelidikan bagi mencari penyelesaikan masalah – masalah seperti Tenaga dan Alam Sekitar, Penjagaan Kesihatan dan Perubatan, Pertanian dan Makanan dan Elektronik dan Sistem

ii. Pertandingan Projek Penyelidikan Cabaran Inovasi Inklusif yang dilaksanakan seharusnya mempamerkan hasil penyelidikan mengikut tema yang ditetapkan seperti berikut:

iii. Tema penyelidikan – Pembangunan nanoteknologi dan penghasilan bahan untuk aplikasi dalam sektor:

Tenaga dan Alam Sekitar: Tenaga boleh diperbaharui, penulinan dan rawatan air, penulinan udara, penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan bahan pencemar.

Penjagaan Kesihatan dan Perubatan: Pengesanan awal penyakit, penyembuhan dan pencegahan penyakit, inovasi penyampaian ubat dan perawatan.dan pertahanan terhadap penyakit berjangkit – denggi, malaria, TB dan influenza;

Pertanian dan Makanan: Perlindungan tanaman dan ternakan, peningkatan produktiviti hasil pertanian, pengesanan awal penyakit tanaman dan ternakan serta perawatan dan inovasi dalam pemprosesan dan penyimpanan;

Elektronik dan Sistem: Inovasi proses penghasilan peranti dan integrasi sistem, peranti untuk peningkatan kecekapan operasi, perubatan, tenaga dan pengesanan pelbagai fungsi.

(2)

PERTANDINGAN PROJEK PENYELIDIKAN CABARAN INOVASI INKLUSIF LAMPIRAN 1

2 2. Kategori:

Pertandingan Projek Penyelidikan Cabaran Inovasi Inklusif ini terbuka kepada pelajar kategori berikut:

Kategori 1: Ijazah Sarjana Muda

Kategori 2: Ijazah Lanjutan (Sarjana atau Doktor Falsafah)

3. Hadiah

i. Pertandingan ini menyediakan hadiah seperti berikut:

Kategori Pelajar : Ijazah Sarjana Muda

i. Tempat pertama : RM1000, plak dan sijil penghargaan;

ii. Tempat kedua : RM750, plak dan sijil penghargaan;

iii. Tempat ketiga : RM500, plak dan sijil penghargaan

Kategori Pelajar: Ijazah Lanjutan (Sarjana dan Doktor Falsafah)

i. Tempat pertama : RM1500, plak dan sijil penghargaan;

ii. Tempat kedua : RM1000, plak dan sijil penghargaan;

iii. Tempat ketiga : RM750, plak dan sijil penghargaan

ii. Hadiah akan disampaikan pada Program NanoKEB 2015 yang akan berlangsung dari 5 Oktober hingga 7 Oktober 2015.

4. Kelayakan Pencalonan

i. Pertandingan ini hanya dibuka kepada pelajar – pelajar daripada peringkat Ijazah dan Ijazah Lanjutan yang berdaftar di institusi pengajian tinggi awam/ swasta di Malaysia.

ii. Setiap peserta hanya layak menghantar satu permohonan sahaja.

iii. Penyertaan akan dinilai dan disenarai pendek untuk dipertandingkan.

Calon yang berjaya disenarai pendek akan dihubungi untuk pembentangan di hadapan panel penilai yang akan diadakan semasa program NanoKEB 2015.

(3)

PERTANDINGAN PROJEK PENYELIDIKAN CABARAN INOVASI INKLUSIF LAMPIRAN 1

3 5. Pemilihan Pemenang / Syarat

i. Pencalonan akan dinilai dan disenarai pendekkan oleh Panel Penilai untuk

pemilihan pemenang. Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk penilaian di hadapan panel sewaktu Program NanoKEB. Calon perlu membuat presentation dalam tempoh masa 30 minit termasuk sesi soal jawab.

ii. Keputusan pertandingan akan ditentukan oleh panel hakim yang dilantik dan akan dimaklumkan semasa penyampaian hadiah. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang surat menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.

6. Prosedur Pencalonan

1.1 Pencalonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang dilampirkan.

1.2 Pencalonan hendaklah disahkan oleh Ketua Pusat Penyelidikan/Penyelia, Naib Canselor Universiti atau Ketua Organisasi di mana individu belajar.

7. Tarikh Tutup Pencalonan

1.3 Borang pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum/pada 30 Ogos 2015 kepada alamat berikut:

URUSETIA PERTANDINGAN PROJEK PENYELIDIKAN CABARAN INOVASI INKLUSIF

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) DIREKTORAT NANOTEKNOLOGI KEBANGSAAN

LOT1.1, ENTERPRISE 2, TECHNOLOGY PARK MALAYSIA BUKIT JALIL, 57000 KUALA LUMPUR.

NO.TEL: 03-8994 1120 NO. FAX: 03-8994 1158

U.P: ENCIK MOHD SHAH HAMBALI BIN ARIFIN/ ENCIK IRFAN ASYRAF BIN AMRAN

ATAU EMEL KEPADA : [email protected]

1.4 Borang pencalonan yang diterima selepas tarikh tutup pencalonan tidak akan dinilai.

Referensi

Dokumen terkait

“Both ministers agreed that this would go a long way towards addressing the many negative sentiments associated with palm oil in Switzerland and would also be an im- portant tool to