• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF Tips Penulisan Buku Buku Penerbitan Di Bawah Penerbit Ukm

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PDF Tips Penulisan Buku Buku Penerbitan Di Bawah Penerbit Ukm"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Tips penulisan buku karya ilmiah FP – 3 Mei 2020

TIPS PENULISAN BUKU

BUKU PENERBITAN DI BAWAH PENERBIT UKM Oleh:

Profesor Hatta bin Sidi,

Penyelaras Penerbitan Buku/ Pakar Perunding Kanan Psikiatri Fakulti Perubatan (FP) UKM

1.1 Pengenalan

Penulisan karya ilmiah dalam bentuk Buku Penyelidikan merupakan salah satu dari kunci penting bagi menyebarkan ilmu di kalangan para pembaca di Malaysia dan di luar negara.

Justeru, melalui pengalaman saya mewakili FP UKM ke Sidang Pengarang Universiti (SPU) UKM, dan menerbitkan buku-buku di bawah Penerbit UKM, saya ingin berkongsi beberapa tips bagi membantu para pensyarah muda/professor madya/professor di FP yang berminat untuk menulis karya ilmiah.

Biasanya, para penulis di FP menulis buku di dalam bentuk “point”. Selain itu, tulisan yang terlalu teknikal boleh menyukarkan pembaca umum memahami isi kandungan buku, kecuali jika buku tersebut ditujukan kepada golongan tertentu, misalnya pelajar pascasiswazah di dalam bidang klinikal tertentu.

1.2 Tips

Biasanya utk buku, manuskrip lengkap bagi setiap bab haruslah disampaikan kepada editor/penyunting dari para penyumbang. Kita mencadangkan kepada mereka yang berminat untuk menulis, agar perkara berikut diikuti agar Penerbit UKM boleh menerima untuk dijadikan buku karya ilmiah:

1. Setiap bab dalam mukasurat (m.s.) saiz A4 biasanya jika ditulis dengan saiz buku 9” x 6”, ia akan menjadi 2 x ganda.

Contoh: Jika buku ditulis 40 – 50 mukasurat, makai a sesuai untuk dijadikan satu naskah buku sebanyak 90 – 110 (Tambahan +/- 10 m.s. untuk rujukan, rajah dll.)

2. Kesamarataan bab-bab, jika boleh biarlah seimbang.

Contoh: Jika satu muka surat saiz A4 ditulis, maka jumlahnya sesebanyak 5-6 helai m.s.

sebagai contoh, bagi kesemarataan bagi setiap bab (jangan tidak standard, ada yg tulis 2 m.s., ada yg sampai 10 m.s.);

3. Penulisan biarlah secara tekstual dan menggunakan ayat pendek serta mudah difahami, dan sekiranya melalui 2. di atas, jika kekurangan m.s., penulis boleh menambah gambarajah/ilustrasi untuk memudahkan penyampaian/mesej penulisan. Penulis boleh menggunakan “point form” di tengah penulisan bab (tetapi tidak di awal atau akhir bab);

(2)

Tips penulisan buku karya ilmiah FP – 3 Mei 2020

4. Rujukan gaya Bahasa UKM;

5. Setiap bab ada: pengenalan, isi (kandungan), dan kesimpulan;

6. Cadangan untuk pertimbangan hadiah buku, jangan buku ditulis sebagai buku edisi ke-2 atau sebagainya; Dua (2) pengarang sudah memadai. Jika ini merupakan buku suntingan, maka senarai penyumbang boleh diletakkan dalam “bab senarai penyumbang”

7. Lukisan ilustrasi rajah boleh menggunakan perisian percuma seperti: draw.io 8. Setiap penyumbang nyatakan indeks rujukan

9. Jika bab yg terlalu bersifat pelbagai disiplin, perlu dicadangkan cadangan Penilai supaya mudah Penerbit UKM melantik Penilai dari senarai cadangan yang sedia ada

1.3 Penutup

Semoga tips ini berguna dan memberi menafaat. Diharap ia dapat membantu sebagai pedoman bagi penulisan karya penulisan buku-buku karya ilmiah oleh para pensyarah di FP UKM.

Referensi

Dokumen terkait