• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pekebun tembikai rugi RM300,000 akibat lambakan hasil tanaman

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Pekebun tembikai rugi RM300,000 akibat lambakan hasil tanaman "

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Dua pekebun tembikai menunjukkan hasil tanaman mereka yang terbiar dan rosak serta tidak boleh dipasarkan ketika pelaksanaan PKP. - Foto NSTP/Ramli Ibrahim

Pekebun tembikai rugi RM300,000 akibat lambakan hasil tanaman

Oleh Ramli Ibrahim - Mei 19, 2021 @ 12:10pm bhnews@bh.com.my

JELI: 50 pekebun tembikai di Kampung Kuala Balah, dekat sini, berdepan kerugian lebih RM300,000 kerana berlaku lambakan hasil tanaman itu.

Pengusaha kebun tembikai, Ishak Yusuf, 42, berkata ini berikutan tembikai diusahakan di kawasan seluas 50 hektar mula mengeluarkan hasil sejak dua bulan lalu, tetapi tidak dapat dipasarkan sedangkan pengeluaran bertambah.

Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19, menyebabkan penjualan tembikai terhad kepada menjaja di tepi jalan sahaja.

(2)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

"Kami tidak lagi mengharapkan keuntungan, balik modalpun satu rahmat untuk kami menampung belanja.

"Kini ratusan tan tembikai terbiar dan rosak di pokok dan kami tak sanggup lagi untuk memetiknya dan ia dilonggok begitu sahaja di bawah pokok.

"Banyak disedekahkan kepada orang ramai yang membeli sebiji diberi percuma dua biji," katanya ketika ditemui di kebun tembikainya di sini, hari ini.

Pekebun lain, Jafri Supardi, 40, berkata, dia serik untuk meneruskan tanaman tembikai selepas ini sebagai punca pendapatan.

Katanya, selagi PKP dilaksanakan mereka tidak ada peluang untuk mamasarkan tembikai di merata tempat kerana sebelum ini pasarannya hingga ke luar Kelantan.

"Kami menggunakan modal bagi mengusahakan tanaman tembikai itu sebanyak RM5,000 bagi satu hektar tetapi sekarang modal tak dapat.

Kami rayu pelbagai pihak supaya membantu untuk memasarkan tembikai supaya kami tidak menanggung kerugian teruk," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertanian Jajahan Jeli, Norazreen Shamsudin, berkata pihak jabatannya tidak melepas tangan berhubung masalah pasaran dihadapi petani terbabit.

Beliau berkata, pihaknya ada membuat kontrak pengeluaran perjanjian dengan Syarikat Bee Hoo Supply Sdn Bhd dan syarikat itu sudah mengambil hasil tembikai itu.

"Pembelian pertama bermula tiga hari sebelum hari raya dan sekarang pun tengah ambil lagi.

"Dua hari lepas dan hari ini mereka ambil 20 metrik tan sehari," katanya.

Referensi

Dokumen terkait

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted