• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu Terhadap Murid

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu Terhadap Murid"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu Terhadap Murid Sekolah Menengah Melalui Pendekatan Terbeza

(KOMSAS Learning in Malay Language for Middle School Students Through Different Approach)

Jeniffer Len anak Janang1*, Zamri Mahamod1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 January 2023 | Published: 31 January 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.24

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kepelbagaian jenis murid dalam satu kelas sudah pasti mempunyai corak pembelajaran yang pelbagai dalam memahami KOMSAS. Malah, pelbagai pendekatan digunakan bagi menarik minat murid dalam mempelajari elemen ini termasuk Pendekatan Terbeza. Maka, kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap sikap serta minat murid sekolah menengah dan perbezaan min sikap dan minat yang signifikan berdasarkan faktor jantina murid dalam mempelajari elemen KOMSAS melalui Pembelajaran Terbeza. Pengkaji menggunakan soal selidik dengan empat skala likert untuk mengumpulkan data bagi kajian ini. Analisis deskriptif soal selidik mendapati sikap (min=3.08) dan minat (min=3.17) murid terhadap Pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza. Manakala Ujian-T mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina iaitu sikap murid perempuan (min=3.19) lebih tinggi daripada sikap murid lelaki (min=3.02). Namun didapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara minat murid lelaki dan murid perempuan. Minat murid lelaki (min=3.15) dan murid perempuan (min=3.19). Oleh itu, diharapkan para guru mengenal pasti kepelbagaian corak pembelajaran murid berdasarkan faktor jantina dan mempelbagaikan pedagogi untuk mengubah sikap murid dan meningkatkan lagi minat murid dalam mempelajari KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu dalam memberikan maklumat tentang corak pembelajaran KOMSAS kepada guru dan pengkaji- pengkaji yang akan datang.

Kata kunci: pembelajaran, KOMSAS, Pendekatan Terbeza, murid sekolah menengah

Abstract: The variety of students in a class definitely has a variety of learning patterns in understanding KOMSAS. In fact, various approaches are used to interest students in learning this element, including Different Approaches. Therefore, this study aims to identify the level of attitude and interest of secondary school students in rural areas and the significant difference in mean attitude and interest based on the gender factor of students in learning KOMSAS elements through Different Approach. Researcher used a questionnaire instrument with four likert scales for collecting data. Descriptive analysis of the questionnaire found students' attitudes (mean=3.08) and interest (mean=3.17) towards KOMSAS Learning through a Different Approach. While the T-Test found that there is a significant difference between the sexes, the attitude of female students (mean=3.19) is higher than the attitude of male students (mean=3.02). While, it was found that there is no significant difference between male and female students. The interest of male students (mean=3.15) and female students (mean=3.19).

Therefore, teachers must identify the diversity of student learning patterns based on gender

(2)

factors and diversify pedagogy to change student attitudes and further increase student interest in learning KOMSAS through a DifferentApproach. This study is also expected to help in providing information about KOMSAS learning patterns to future teachers and researchers.

Keywords: learning, KOMSAS, Different Approaches, high school students

___________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Pendidikan merupakan asas bagi membentuk kecemerlangan dalam kehidupan serta meningkatkan taraf kehidupan seseorang individu. Malah, pendidikan juga merupakan elemen yang sangat penting tanpa mengira latar belakang kehidupan seseorang. Maka, seiringan dengan peredaran masa, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 yang berhasrat untuk melahirkan murid yang bersifat kreatif, inovatif, imaginatif dan kritis serta mampu mewujudkan daya saing di peringkat antarabangsa. Namun, beberapa keciciran telah berlaku akibat daripada perubahan yang dilakukan dalam sistem pendidikan. Hal ini demikian kerana, setiap murid mempunyai daya dan keupayaan penerimaan ilmu dengan cara masing- masing. Masalah ini semakin meruncing apabila tiada lagi pengasingan kelas yang diumumkan Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Amin Senin pada tahun 2019.

Impak kepelbagaian murid yang disatukan dalam bilik darjah, sudah pasti mencabar bagi seseorang pendidik yang perlu mengenal pasti kepelbagaian corak pembelajaran murid dalam kelas tersebut. Guru juga perlu bersiap siaga untuk memikirkan persekitaran, proses, kandungan dan produk yang disajikan dalam bilik darjah tanpa pengasingan tersebut.

Menyedari kepelbagaian ciptaan-Nya yang mempunyai kepelbagaian kebolehan akal, maka kepelbagaian tersebut hendaklah dihargai. Perkara ini turut dinyatakan dalam kajian Hamir Hamzah dan Mohamad Hilmi (2019) menyatakan bahawa guru hendaklah menghargai kepelbagaian yang dimiliki oleh murid. Hal ini kerana, dengan menghargai kepelbagaian tersebut, maka murid akan melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Apabila murid aktif dalam PdP, maka objektif pembelajaran akan senang dicapai.

Justeru itu, Pendekatan Terbeza diterapkan dalam Pembelajaran Komponen Asas Sastera (KOMSAS) bagi meraikan dan memenuhi keperluan pembelajaran murid. Pembelajaran KOMSAS telah dimasukkan sebagai elemen yang wajib dalam pembelajaran subjek Bahasa Melayu sejak tahun 2000. Tujuan pembelajaran KOMSAS adalah memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Namun demikian, masih terdapat kekurangan dalam mempelajari KOMSAS menyebabkan pembelajaran KOMSAS kurang diminati oleh murid. Hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan markah dalam peperiksaan subjek Bahasa Melayu.

Latar Belakang Kajian

Komponen Asas Sastera (KOMSAS) telah dicetuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dilaksanakan bermula pada tahun 2000 secara berperingkat. Pada tahun 2000, pelaksanaan dimulakan dengan tingkatan 1 dan 4. Kemudian, pada tahun 2001 ia diteruskan kepada tingkatan 2 dan 5, dan tahun 2002 bagi tingkatan 3. Karya-karya KOMSAS meliputi lima genre sastera iaitu novel, puisi tradisional dan moden, cerpen, prosa tradisional dan drama.

Tujuan KOMSAS diperkenalkan adalah untuk menarik minat berkarya dan memupuk semangat membaca dalam kalangan murid. Dengan adanya KOMSAS diselitkan dalam pengajaran bahasa Melayu turut bertujuan untuk menanam dan meningkatkan minat murid

(3)

untuk mendalami karya sastera. Namun, hasrat ini tidak dapat dicapai jika sekiranya pengetahuan pedagogi guru masih terhad dan tidak diperbagaikan. Hal ini penting, kerana guru merupakan sosok yang penting sebagai agen pelaksana untuk memastikan murid mampu turut serta dalam sesi pembelajaran.

Pernyataan Masalah

Pendidikan kini yang mementingkan kecemerlangan akademik telah menyebabkan pembelajaran KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekadar untuk memenuhi tuntutan peperiksaan semata-mata (Srikandi Saemah et al., 2020). Penekanan terhadap ujian menjadi faktor murid meminggirkan aspek penghayatan dalam KOMSAS. Malah dalam Zamri (2014) yang menyatakan bahawa kurikulum yang hanya berfokuskan untuk menyediakan murid menghadapi peperiksaan dan menghabiskan sukatan pelajaran semata-mata. Malah sikap segelintir murid yang menimba ilmu sekadar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang (Chew Fong Peng, 2006).

Tambahan pula, terdapat murid hanya menghafal hingga menyebabkan mereka tidak kreatif dalam pembelajaran (Chew Fong Peng dan Siti Syahirah, 2021). Misalnya, sebelum menduduki ujian, murid-murid melakukan pra persediaan dengan membaca untuk memahami, menghasilkan sinopsis novel, cerpen dan prosa atau memahami maksud puisi, pantun, dan syair. Malah murid menyalin nota ringkas (Srikandi Saemah et al., 2020) mahupun sekadar berbincang atau melakukan pembentangan berkenaan dengan nota KOMSAS seperti sinopsis, gaya bahasa, latar, nilai dan pengajaran, watak dan perwatakan. Kaedah ini sentiasa diulang dalam setiap pembelajaran KOMSAS dan ia menimbulkan kebosanan dalam kalangan murid.

Isu seterusnya, cara atau teknik yang tradisional dalam pembelajaran KOMSAS menimbulkan rasa kurang minat murid dalam mempelajari KOMSAS. Hal ini mungkin disebabkan guru bukan opsyen yang mengajar subjek Bahasa Melayu yang sememangnya tidak mahir dan tidak mendalami ilmu pedagogi pembelajaran KOMSAS. Menurut Chew Fong Peng dan Siti Syahirah (2021), dalam usaha meningkatkan penghayatan KOMSAS guru perlu mempelbagai strategi dan pendekatan agar setiap murid dapat mendalami ilmu KOMSAS.

Justeru, penghayatan terhadap maksud yang ingin disampaikan dalam teks KOMSAS tidak dapat dikuasai oleh murid yang lemah membaca. Apabila murid kurang menguasai kemahiran membaca, maka kecenderungan murid bersifat pasif dan tidak aktif dalam pembelajaran adalah tinggi. Anisah (2006) menyatakan murid bersifat pasif dalam pembelajaran sastera dan tidak suka membaca karya sastera jika tiada dorongan guru. Sekiranya murid ini terus dibiarkan tanpa dorongan guru, tidak mustahil mereka terus bersikap pasif dan minat terhadap pembelajaran KOMSAS akan berkurang.

Objektif Kajian

1) Mengenal pasti tahap sikap dan tahap minat murid sekolah menengah terhadap pembelajaran KOMSAS melalui pendekatan terbeza.

2) Mengenal pasti perbezaan min yang signifikan terhadap tahap sikap dan minat murid berdasarkan faktor jantina.

Persoalan Kajian

1) Apakah tahap sikap murid sekolah menengah terhadap pembelajaran KOMSAS melalui pendekatan terbeza berdasarkan jantina?

2) Apakah tahap minat murid sekolah menengah terhadap pembelajaran KOMSAS melalui pendekatan terbeza berdasarkan jantina?

(4)

3) Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan terhadap sikap murid berdasarkan faktor jantina?

4) Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan terhadap minat murid berdasarkan faktor jantina?

Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian ini dibina berdasarkan soalan 3 dan 4.

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min sikap murid terhadap Pendekatan Terbeza dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu berdasarkan faktor jantina.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min minat murid terhadap Pendekatan Terbeza dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu berdasarkan faktor jantina.

2. Metodologi Kajian

Kajian tinjauan berbentuk deskriptif ini dijalankan di empat buah sekolah menengah yang terdapat di Kapit Sarawak. Seramai 256 orang murid tingkatan dua yang terdiri daripada murid lelaki dan perempuan. Mereka dipilih secara rawak bertujuan daripada dua buah kelas murid tingkatan dua setiap sekolah yang dikaji.

Seterusnya dalam proses pemerolehan data kajian pula, pengkaji telah mengadaptasi instrumen soal selidik kajian lepas yang dijalankan oleh Ainun Rahman Iberahim, Zamri Mahmod dan Wan Muna Ruzanna (2017) dan Muhammad Zufiqar bin Mat Lui dan Anuar Ahmad (2021).

Setelah dibuat kajian rintis yang dijalankan ke atas 30 orang responden, nilai alpha cronbach yang diperoleh ialah 0.954. Kebolehpercayaan soal selidik adalah tinggi.

Soal selidik tersebut telah dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian A mengenai demografi responden yang terdiri daripada item jantina, sekolah dan pendapatan ibu bapa. Seterusnya Bahagian B yang mengandungi 11 item yang ingin menguji tahap sikap murid terhadap pendekatan pedagogi terbeza dalam pembelajaran KOMSAS bahasa Melayu. Akhir sekali iaitu bahagian C yang emngandungi item yang menguji tahap minat murid terhadap pembelajaran KOMSAS bahasa Melayu melalui pendekatan pedagogi terbeza. Item ini dibahagikan dengan menggunakan skala likert 4 mata.

Setelah soal selidik dijawab, semua data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) versi 26.0. Seterusnya, skor min ditafsirkan menggunakan interpretasi dapatan statistik seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1:

Jadual 1: Interpretasi nilai skor min (Riduwan, 2012)

Skor Min Interpretasi nilai

3.51-4.00 Tinggi

2.51-3.50 Sederhana

1.51-2.50 Rendah

1.00-1.50 Kurang Kaitan

Seterusnya, bagi melihat perbezaan tahap sikap dan minat murid dalam pembelajaran KOMSAS melalui pendekatan pedagogi terbeza pula, data dianalisis secara inferensi menggunakan Ujian-T.

(5)

3. Dapatan Kajian

Sekolah-sekolah ini ditandakan dengan I, II, III dan IV. Soal Selidik dikongsikan melalui Google Form kepada murid tingkatan 2. Jadual 2 menunjukkan seramai 131 (51.2%) orang murid lelaki dan 125 (48.8%) orang murid perempuan. Seramai 34.0% dari Sekolah I, 25.4%

responden daripada Sekolah II, 23.8% dari Sekolah III dan 16.8% sahaja responden daripada Sekolah IV. Dari segi pendapat ibu bapa pula, lebih ramai responden yang terdiri daripada keluarga B40 (Pendapatan yang kurang daripada RM4850 ke bawah iaitu sebanyak 85.2%, manakala 14.8% sahaja yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan RM 4851- RM10,970 iaitu M40.

Jadual 2: Demografi Kajian

Demografi (N= 256) Deskriptif Kekerapan Peratus

Jantina Lelaki 131 51.2

Perempuan 125 48.8

Sekolah I 87 34.0

II 65 25.4

III 61 23.8

IV 43 16.8

Pendapatan ibu bapa B40 (RM4850 ke bawah)

218 85.2

M40

(RM 4851- RM10, 970)

38 14.8

Jumlah 256 100

Tahap Sikap Murid terhadap Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu melalui Pendekatan Terbeza

Berdasarkan Jadual 3, didapati bahawa tahap sikap murid dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu setelah penerapan Pendekatan Pedagogi Terbeza pada keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana iaitu jumlah keseluruhan menunjukkan min =3.08, sisihan piawai

= .392.

Menurut hasil dapatan, dapat dilihat item 1 hingga 11 menunjukkan interpretasi min yang sederhana berkenaan dengan sikap murid terhadap pembelajaran KOMSAS. Item 5 ‘Saya bekerjasama dengan seluruh ahli kumpulan dalam semua keadaan semasa pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza’ dan item 10 ‘Saya bersikap positif terhadap cara saya mempelajari KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza’ memperlihatkan min = 3.37, sisihan piawai = .606. Data yang penuh dapat dilihat dalam Jadual 3. Sterusnya diikuti oleh item ke-6 iaitu ‘Saya berkongsi pendapat dan maklumat dengan kumpulan lain mengenai pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza’ (min=3.27, sisihan piawai=.652).

Item 8 mencatatkan min yang rendah ‘Saya membuat refleksi terhadap latihan KOMSAS yang diberikan oleh guru apabila Pendekatan Terbeza dilaksanakan’ (min= 2.98, sisihan piawai =

(6)

.659), diikuti item 3 ‘Saya dapat menyiapkan tugasan KOMSAS Bahasa Melayu setelah menguasai Pendekatan Terbeza’ (min= 2.95, sisihan piawai = .729), dan yang paling rendah adalah item 11 iaitu ‘Pendekatan Terbeza menyebabkan saya sukar memahami arahan guru semasa pembelajaran KOMSAS’ (min=.2.36, sisihan piawai =.870).

Jadual berikut adalah hasil dapatan keseluruhan tentang sikap murid dalam pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza yang lebih terperinci.

Jadual 3: Tahap sikap murid terhadap pembelajaran KOMSAS bahasa Melayu melalui Pendekatan Terbeza dalam

Item Min

Sisihan Piawai

Tahap Interpretasi 1. Saya seronok apabila Pendekatan Terbeza diterapkan dalam

KOMSAS Bahasa Melayu.

3.14 .687 Sederhana

2. Saya sering memberi perhatian semasa pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu apabila Pendekatan Terbeza laksanakan.

3.12 .666 Sederhana

3. Saya dapat menyiapkan tugasan KOMSAS Bahasa Melayu setelah menguasai Pendekatan Terbeza.

2.95 .729 Sederhana

4. Saya seronok apabila aktiviti pembelajaran KOMSAS dipelbagaikan melalui pendekatan ini.

3.22 .658 Sederhana

5. Saya bekerjasama dengan seluruh ahli kumpulan dalam semua keadaan semasa pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza.

3.37 .606 Sederhana

6. Saya berkongsi pendapat dan maklumat dengan kumpulan lain mengenai pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza.

3.27 .652 Sederhana

7. Saya akan mengemukakan idea baharu kepada rakan berkaitan dengan tugasan KOMSAS apabila Pendekatan Terbeza dilaksanakan.

3.05 .672 Sederhana

8. Saya membuat refleksi terhadap latihan KOMSAS yang diberikan oleh guru apabila Pendekatan Terbeza dilaksanakan.

2.98 .659 Sederhana

9. Saya berusaha menguasai KOMSAS dan mempelbagaikan cara untuk mendapatkan perhatian rakan dan guru.

3.08 .805 Sederhana

10. Saya bersikap positif terhadap cara saya mempelajari KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza.

3.37 .618 Sederhana

11. Pendekatan Terbeza menyebabkan saya sukar memahami arahan guru semasa pembelajaran KOMSAS.

2.36 .870 Sederhana

Min Keseluruhan 3.08 .392 sederhana

(7)

Tahap minat murid terhadap Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu melalui Pendekatan Terbeza

Minat merupakan kecenderungan, kesukaan, keinginan untuk mempelajari atau menguasai sesuatu pembelajaran. Hasil kajian mendapati bahawa tahap minat murid terhadap pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Pedagogi Terbeza juga sederhana. Secara keseluruhannya min = 3.12, sisihan piawai = .498.

Item yang mendapat skor tertinggi adalah item 1 iaitu ‘Saya berminat dalam mempelajari teknik dan kaedah yang lebih berkesan dalam pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza’ iaitu min = 3.35, sisihan piawai = .687. Diikuti item 9’ Pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza mengandungi aktiviti yang mengggalakkan murid menjadi kreatif’ iaitu min =3.29, sisihan piawai = .651.

Item yang mendapat skor yang rendah adalah adalah item 8 iaitu ‘Saya suka pembelajaran KOMSAS setelah guru menggunakan Pendekatan Terbeza’ (min= 3.06,sisihan piawai =.651) . Diikuti item yang ke-5 iaitu ‘Saya cenderung berkongsi idea baharu semasa mempelajari KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza.’ (min =3.05, sisihan piawai = .803). Item yang paling rendah iailah item 6 ‘Saya cenderung melibatkan diri secara aktif di dalam kelas apabila adanya sesi soal jawab semasa Pendekatan Terbeza’ (min= 2.93, sisihan piawai=.801)

Jadual 4 merupakan data keseluruhan bagi minat murid sekolah menengah dalam pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza.

Jadual 4: Tahap minat murid terhadap pembelajaran KOMSAS bahasa Melayu melalui Pendekatan Terbeza dalam

Item Min

Sisihan Piawai

Tahap Interpretasi 1. Saya berminat dalam mempelajari teknik yang lebih berkesan

dalam pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza.

3.35 .687 sederhana

2. Saya berminat mempelajari KOMSAS apabila Pendekatan Terbeza diterapkan

3.27 .693 sederhana

3. Saya bersedia menerima setiap tugasan KOMSAS yang diberikan oleh guru Bahasa Melayu melalui Pendekatan Terbeza.

3.17 .782 sederhana

4. Saya berusaha menguasai pelajaran KOMSAS yang dipelajari melalui Pendekatan Terbeza.

3.28 .719 sederhana

5. Saya cenderung berkongsi idea baharu semasa mempelajari KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza.

3.05 .803 sederhana

6. Saya cenderung melibatkan diri secara aktif di dalam kelas apabila adanya sesi soal jawab semasa Pendekatan Terbeza.

2.93 .801 sederhana

7. Saya berusaha untuk mencuba cara pembelajaran baharu dalam memahami KOMSAS apabila Pendekatan Terbeza dilaksanakan.

3.25 .685 sederhana

8. Saya suka pembelajaran KOMSAS setelah guru menggunakan Pendekatan Terbeza

3.06 .651 sederhana

9. Saya cenderung menjadi kreatif semasa pembelajaran KOMSAS setelah menguasai Pendekatan Terbeza

3.29 .651 sederhana

(8)

10. Saya suka melakukan aktiviti pembelajaran KOMSAS dalam kumpulan melalui Pendekatan Terbeza.

3.20 .715 sederhana

11. Saya gemar menyiapkan tugasan KOMSAS bersama rakan sekumpulan setelah menguasai Pendekatan Terbeza

3.14 .720 sederhana

Min Keseluruhan 3.17 .498 sederhana

Analisis Inferensi (Ujian t)

Jadual berikut menunjukkan perbezaan sikap terhadap pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Pedagogi Terbeza berdasarkan faktor jantina. Nilai min bagi sikap murid lelaki sebanyak 3.02, sisihan piawai .346 manakala murid perempuan min 3.19 dengan sisihan piawai .391. Didapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan sikap murid di mana nilai t = -0.001, p<0.05.

Jadul 5: Ujian-T menunjukan sikap murid terhadap pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Pedagogi Terbeza

1. Jantina N Min sisihan piawai t

Tahap Sikap Lelaki 131 3.0271 .39670 .001

Perempuan 125 3.1942 .39158

Oleh itu, hasil analisis ujian bagi menguji hipotesis Ho1 tentang “Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min sikap murid terhadap Pendekatan Terbeza dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu berdasarkan faktor jantina” adalah ditolak kerana terbukti dengan jelas bahawa terdapat perbezaan sikap murid lelaki dan murid perempuan terhadap pembelajaran KOMSAS bahasa Melayu melalui pendekatan Pedagogi Terbeza iaitu min sikap murid perempuan lebih tinggi daripada min sikap murid lelaki.

Seterusnya analisis ujian-t seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6, didapati terdapat perbezaan minat terhadap pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Pedagogi Terbeza berdasarkan faktor jantina. Jadual tersebut menunjukkan nilai min minat murid lelaki sebanyak 3.15 dengan sisihan piawai sebanyak .512 manakala minat murid perempuan min 3.19 dengan sisihan piawai .485. Dapatan ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan minat murid di mana nilai t = .526.

Jadul 6: Ujian-T menunjukan sikap murid terhadap pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Pedagogi Terbeza

1. Jantina N Min sisihan piawai t

Tahap Minat Lelaki 131 3.1596 .51266 -.526

Perempuan 125 3.1993 .48501

Oleh itu, hasil analisis ujian bagi menguji hipotesis Ho1 yang berbunyi “Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min minat murid terhadap Pendekatan Terbeza dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu berdasarkan faktor jantina” diterima. Hal ini kerana

(9)

tidak terdapat perbezaan minat murid lelaki dan murid perempuan terhadap pembelajaran KOMSAS bahasa Melayu melalui pendekatan Pedagogi Terbeza.

4. Perbincangan

Tahap Sikap Murid terhadap Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu melalui Pendekatan Terbeza

Kajian ini menunjukkan bahawa sikap murid terhadap pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu melalui Pendekatan Terbeza masih di tahap sederhana. Hal ini mungkin disebabkan murid masih belum dapat memahami arahan guru semasa pembelajaran KOMSAS menggunakan Pendekatan Terbeza. Walaubagaimanapun, murid berusaha untuk menyiapkan tugasan KOMSAS Bahasa Melayu setelah mereka menguasai Pendekatan Terbeza. Malah, murid bersikap positif dengan membuat refleksi terhadap latihan KOMSAS yang diberikan oleh guru.

Hal ini bermakna, penggunaan kaedah baharu dalam pembelajaran KOMSAS mampu mengubah sikap murid untuk menguasai KOMSAS. Kajian ini menyokong kajian Chew Fong Peng dan Siti Syahirah (2021) iaitu penggunaan peta I-Think mampu menarik minat serta dapat meningkatkan kreativiti dalam kalangan murid untuk mempelajari KOMSAS. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Wan Dyarudin (2017), didapati bahawa sikap murid terhadap pemahaman membaca Bahasa Melayu meningkat setelah penggunaan teknik SQ3R diterapkan dalam kumpulan kawalan. Ternyata, sikap murid dalam mempelajari sesuatu dapat diubah dengan kaedah pengajaran yang kreatif.

Tahap Minat Murid terhadap Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu melalui Pendekatan Terbeza

Kajian ini juga mendapati minat murid terhadap pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu melalui Pendekatan Terbeza juga sederhana. Namun demikian, dengan adanya sesi soal jawab, murid cenderung melibatkan diri secara aktif semasa pembelajaran KOMSAS. Malah, murid juga suka berkongsi idea baharu dan minat mereka dalam mempelajari KOMSAS semakin meningkat setelah pelaksanaan Pendekatan Terbeza dilaksanakan. Oleh itu, Pendekatan Terbeza adalah penting dijalankan dalam pembelajaran KOMSAS bagi meningkatkan minat murid. Hal ini kerana minat menjadi satu daya yang kuat bagi murid dalam pembelajaran dan seterusnya menyumbang kepada kejayaan akademik (Harackiewicz, Smith dan Priniski 2018)

Kesimpulan

Secara natijahnya, kajian ini mendapati bahawa sikap dan minat murid tingkatan 2 terhadap pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Pedagogi Terbeza masih di tahap sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa murid mempunyai minat terdahap pembelajaran KOMSAS melalui pendekatan ini dan mereka juga bersikap positif dalam mempelajari KOMSAS melalui pendekatan pedagogi terbeza. Oleh itu, guru harus meningkatkan lagi usaha dalam mempelbagaikan strategi PdPc agar murid dapat meningkatkan minat mereka dan mengubah sikap mereka ke arah positif. Melalui kajian ini juga didapati bahawa Pendekatan Pedagogi Terbeza makin diterima di sekolah dan memberikan impak yang positif dalam kalangan murid.

Mereka dapat mewujudkan kerjasama antara rakan sebaya dan saling bertukar idea dalam pembelajaran KOMSAS. Hal ini turut menujukkan kreativiti dalam usaha memahami ilmu KOMSAS. Diharapkan dengan adanya sikap positif dan minat yang semakin meningkat dapat meningkatkan prestasi murid dalam Bahasa Melayu dan memberi nilai tambah dalam seni bahasa penghayatan ilmu KOMSAS.

(10)

Rujukan

Alizah Lambri dan Zamri Mahamod. (2017). Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran Bahasa Melayu menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar.

International Jurnal of Education, Psychology and Counseling, 4(33),78-94.

Chew Fong Peng dan Siti Syahirah. (2021). Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap peta pemikiran I-Think dalam pembelajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Jil. 11(2), 15-25.

Hamir dan Mohamad Hilmi. (2019). Inovasi pengajaran untuk menarik minat pelajar menguasai ilmu tajwid. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 1(6), 1689-1699.

Harackiewicz, J.M., Smith, J.L. dan Priniski, S. J. (2018). Interest matters: The importance of promoting interest in education. Policy Insights Behavior Brain Science, 3(2), 220-227 Mat Lui, M. Z., & Ahmad, A. (2021). Minat Murid Terhadap Gaya, Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran Guru dalam Pendidikan Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 211 - 221. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.676

Mispuah Hassan. (2015). Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Kemahiran Abad ke-21 Dalam Topik MitosiS. Prosiding International Seminar On Technical Vocational Education. 18(1)

Noor Erma Abu dan Leong Kwan Eu. (2014). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian Matematik Tambahan tingkatan 4. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 1-10.

Santangelo dan Tomlinson. (2008). The application of differentiated instruction in postsecondary environments: Benefits, challenges, and future directions. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 20(3), 307-323

Salleh. (2005)

Srikandi Saemah, Samaon and Mary Fatimah, Subet (2020) Teori Relevans dalam Pembelajaran KOMSAS. Borneo International Journal, 2 (4). pp. 47-54. ISSN 2636-9826 Tomlison, C. A. (1999) . Mapping a route toward a differentiated instruction. Educational

Leadership, 57(1), 12.

Wan Dyarudin Wan Mustappa. (2017). Keberkesanan teknik membaca SQ3R dalam pengajaran kefahaman membaca di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 1-10

Yulianingsih dan Lumban. (2019). Keterampilan guru PAK untuk meningkatkan minat belajar murid dalam proses pembelajaran di kelas. FIDEI: Jurnal Teologi Sistematika dan Praktikal, 2(1), 100-119. https://doi.org/10.34081/fidei.v2i1.47

Referensi

Dokumen terkait

Dapatan kajian terhadap persoalan kajian yang kelima adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara jantina, lelaki dan perempuan mengikut faktor

Justeru, objektif kajian ini adalah mengenal pasti persamaan dan perbezaan pembentukan kata bilangan bahasa Melayu dengan bahasa Thai, mengenal pasti jenis kesilapan pembentukan

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap minat pelajar Tahfiz Bestari terhadap pembelajaran bahasa Arab serta hubungan antara persepsi setelah mempelajari bahasa

2016 Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap dan kesediaan pelajar sekolah menengah terhadap penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam

Dua objektif kajian ini ialah mengenal pasti pengubahsuaian masa aktiviti dan susunan aktiviti yang dilakukan oleh guru bagi membantu murid bermasalah pembelajaran belajar

Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap dan persepsi yang merupakan bahagian daripada kognisi pelajar remaja terhadap bahasa Melayu, serta

Melalui kajian ini kami akan dapat mengenal pasti perbezaan diantara dua orang murid yang berbeza dari segi jantina, fizikal, status ibubapa,

Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui tentang keberkesanan kaedah pembelajaran think-pair-share dalam meningkatkan pencapaian murid tahun 4 dan mengenal pasti minat murid