• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sikap Murid Sekolah Menengah Terhadap PdP Bahasa Melayu Pasca Pandemik (Attitude Of Secondary School Students Towards PdP Bahasa Melayu Post Pandemic)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Sikap Murid Sekolah Menengah Terhadap PdP Bahasa Melayu Pasca Pandemik (Attitude Of Secondary School Students Towards PdP Bahasa Melayu Post Pandemic)"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Sikap Murid Sekolah Menengah Terhadap PdP Bahasa Melayu Pasca Pandemik

(Attitude Of Secondary School Students Towards PdP Bahasa Melayu Post Pandemic)

Fready anak Hang1*, Zamri Mahamod1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

*Pengarang Koresponden: fready_aku91@yahoo.com.my Accepted: 15 January 2023 | Published: 31 January 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.26

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Tujuan kajian ini untuk mengkaji sikap murid sekolah menengah terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu pasca pandemik. Kajian dijalankan di sebuah sekolah menengah yang terletak di Miri yang melibatkan seramai 150 orang sampel kajian. Teori Pembelajaran Atribusi Bersebab digunakan untuk mendasari kajian ini. Reka bentuk kajian kuantitatif melalui pendekatan soal selidik digunakan. Dapatan menunjukkan bahawa tahap sikap murid terhadap PdP bahasa Melayu pasca pandemik adalah tinggi.

Diharapkan agar kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan oleh guru, KPM dan pengkaji lain untuk membuat kajian lanjutan. Kesimpulannya, PdP bahasa Melayu pasca PdPR memberikan kesan yang positif terhadap tahap sikap murid.

Kata kunci: persepsi, murid sekolah menengah, PdP bahasa Melayu dan pasca pandemik

Abstract: This study aims to examine the attitudes of secondary school students towards the teaching and learning (PdP) of Bahasa Melayu post-pandemic. This study was conducted in a secondary school located in Miri involving 150 students. Causal Attribution Learning Theory is used to underpin this study. The research design carried out is a quantitative study through a questionnaire approach. Findings show that the level of students' attitude towards PdP Malay language post-pandemic is high. It is hoped that this study can be used as a reference by teachers, KPM and other researchers to conduct further studies. In conclusion, the Malay language PdP after the PdPR has a positive effect on the level of students' attitudes.

Keywords: perception, secondary school students, PdP Malay and post-pandemic

__________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Virus COVID-19 telah mula dikesan di sebuah daerah di China iaitu Wuhan pada Disember, 2019. Penularan virus ini telah mengakibatkan pandemik diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Disebabkan penularan ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terdiri daripada beberapa peringkat sejak Mac 2020 telah dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pelaksanaan PKP ini bertujuan untuk menghalang wabak COVID-19 ini daripada terus merebak. Selain itu, pihak kerajaan juga

(2)

rumah secara dalam. Sejak wujudnya virus COVID-19, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) telah mula dilaksanakan di Malaysia (Gunther et al., 2020). Perkara ini selari dengan pendapat Juwairiah Mustapah dan Roslinda Rosli (2021) yang menyatakan bahawa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian adalah suatu keperluan khususnya semasa penularan COVID-19. Perkara tersebut bermaksud bahawa murid dan guru perlu membiasakan diri dengan kaedah pembelajaran secara dalam talian.

Namun, pada 1 April 2022, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah mengumumkan peralihan pandemik ke fasa endemik yang membolehkan semua institusi pendidikan seperti sekolah beroperasi seperti sebelum pandemik COVID-19. Perkara ini bermaksud bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran juga akan diadakan secara bersemuka semula di dalam bilik darjah.

2. Pernyataan Masalah

Pelaksanaan sesi PdP secara dalam talian di rumah telah mendatangkan masalah kepada murid terutamanya dari aspek penyertaan murid. Perkara ini berpunca daripada sikap negatif murid semasa berlangsungnya PdPr. Menurut Mohd. Radzi (2020), perkara ini berlaku disebabkan oleh ada dalam kalangan murid yang masih belum dapat membiasakan diri mereka untuk menghadapi sesi pembelajaran norma baharu kerana mereka sudah terbiasa dengan pembelajaran yang dilakukan secara bersemuka. Pelibatan murid yang kurang memuakan menyebabkan proses pdp guru menjadi kurang berkesan.

Sikap ibu bapa yang kurang memotivasikan anak-anak mereka untuk menyertai sesi PdPr juga telah mengakibatkan kehadiran murid sewaktu sesi PdPr merosot. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap kurang mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak mereka kerana keutamaan diberikan kepada pekerjaan mereka (Zamri dan Anita, 2020).

Disebabkan perkara tersebut, tujuan dijalankan kajian ini adalah untuk mengetahui sikap murid sekolah menengah terhadap PdP Bahasa Melayu semasa pasca pandemik dan kajian ini juga untuk melihat kewujudan perubahan sikap murid mengikut jantina untuk mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu setelah negara beralih ke fasa endemik.

3. Objektif Kajian

1) Mengenal pasti tahap sikap murid terhadap pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu semasa pasca pandemik.

2) Mengenal pasti perbezaan min sikap murid sekolah menengah dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan jantina.

4. Tinjauan Literatur

Para pengkaji telah menjalankan banyak kajian untuk mengenal pasti pelbagai masalah dan isu yang timbul dalam bidang pendidikan sejak pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dilaksanakan disebabkan pelaksanaan PKP. Tidak ketinggalan juga para pengkaji di Malaysia juga turut melaksanakan kajian tentang isu yang wujud dalam pelaksanaan sesi PdP yang dijalankan secara dalam talian dan dapatan tersebut juga menyumbang kepada rujukan dan sumbangan ilmu dalam bidang pendidikan.

(3)

Sikap

Sikap ialah perasaan suka atau sebaliknya terhadap sesuatu perkara menurut Siragusa dan Dixon, (2008); Norapiah dan Nor Syahilia, (2021). Menurut Nur Fatin Ashikin et al. (2020), sikap dapat membantu kita untuk mentafsir sesuatu perkara atau situasi. Selain itu, sikap juga dapat membantu untuk menentukan cara kita menunjukkan sikap terhadap sesuatu atau objek.

Noorafini et al. (2017) menyatakan bahawa sikap akan menjelaskan keinginan dan kesanggupan melakukan apa jua tindakan oleh seseorang individu. Oleh itu, sikap murid merujuk kepada penilaian positif atau penilaian negatif seseorang terhadap pembelajaran yang secara tidak langsung telah mempengaruhi proses pembelajaran mereka. Hal ini disebabkan oleh sikap dapat mempengaruhi tingkah laku murid untuk mempelajari sesuatu.

Menurut Kalafatis et al. (1999) dan De Clercq et al. (2013) dalam Lim Siok Ling (2022) menyatakan bahawa sikap seseorang mempunyai perkaitan dengan dengan kehendak mereka.

Perkara tersebut menyokong Noor et al. (2009) yang menyatakan bahawa sikap merupakan aspek mustahak kerana mengambil kira keinginan individu. Selain itu, pencapaian seseorang dalam pembelajaran mempunyai perkaitan dengan sikap (Zaliza dan Zaitul Azma Zainon, 2013). Perkara ini membuktikan bahawa sikap merupakan sesuatu yang dirasa melalui tindakan yang diambil oleh seseorang.

Antara dapatan pengkaji yang telah mengkaji sikap murid semasa berlakunya pandemik mendapati bahawa murid masih mengutamakan pembelajaran secara bersemuka (Mohd Fairuz et al. 2020). Oleh itu, pensyarah disarankan untuk mempelbagaikan bahan bantu mengajar serta mengubah suai kaedah PdP agar pelajar tidak berasa bosan dan motivasi pelajar sentiasa kekal setiap kali menghadiri sesi pembelajaran bagi mengatasi masalah tersebut kerana pelajar akan bersikap negatif terhadap pembelajaran dalam talian disebabkan PdP yang tidak menarik (Siti Balqis dan Muniroh 2020).

Teori Pembelajaran Atribusi Bersebab

Kawalan kepercayaan pembelajaran merupakan suatu proses pembelajaran yang berasaskan pelajar untuk mencapai tujuan pembelajaran. Dalam strategi pembelajaran kendiri, kawalan kepercayaan pembelajaran adalah salah satu komponennya (Baumfield 2004; Brophy 1998;

Pintrich & Schunk 1996). Dengan erti kata yang lain, prinsip utama bagi strategi ini ialah seseorang murid itu perlu mempunyai inisiatif dan adaptasi kemahiran untuk melaksanakan sesuatu tugasan dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.

Kajian daripada pengkaji tempatan mendapati bahawa para pelajar akan dapat menguasai bahasa sasaran sekiranya mereka bersikap positif dan mempunyai kesediaan untuk belajar serta mempunyai motivasi yang tinggi (Kamarudin 1988).

5. Metodologi

Reka bentuk kuantitatif melalui pendekatan soal selidik digunakan. Kajian dijalankan di sebuah sekolah menengah kebangsaan di bahagian Miri melibatkan seramai 150 sampel kajian yang dipilih secara rawak. Sampel dipilih melalui kaedah pensampelan bertujuan. Soal selidik dalam bentuk Google Form yang digunakan memaparkan maklumat demografi responden pada bahagian A dan pada bahagian B pula memaparkan 10 item tentang sikap murid terhadap pembelajaran murid semasa pasca pandemik. Kesemua item dalam Bahagian B akan diukur menggunakan Skala Likert Lima Mata.

(4)

6. Dapatan Kajian

Bahagian ini membincangkan maklumat demografi responden. Jadual 1 memaparkan data sejumlah 150 orang responden.

Jadual 1: Analisis Demografi Responden Kajian

Demografi Kategori Frekuensi Peratusan (%)

Jantina Lelaki 70 46.67

Perempuan 80 53.33

Jumlah 150 100

Pendapatan keluarga B40 75 50

M40 55 36.67

T20 20 13.33

Daripada Jadual 1, didapati jumlah responden kajian lelaki adalah 70 orang atau 46.67%, manakala responden kajian perempuan adalah sejumlah 80 orang atau 53.33%. Dapatan ini memaparkan jumlah murid perempuan adalah melebihi jumlah murid lelaki. Malah dalam Jadual 1 juga menunjukkan pendapatan keluarga bagi 150 orang responden. Pendapatan keluarga dalam kalangan B40 mencatatkan sebanyak 50% mewakili 75 orang. Bagi pendapatan keluarga dalam kalangan M40 mencatatkan sebanyak 36.67% mewakili 55 orang.

Manakala pendapatan keluarga dalam kalangan T20 mencatatkan sebanyak 13.33% mewakili 20 orang. Hal ini menunjukkan majoriti responden adalah daripada kalangan pendapatan keluarga B40.

Setelah analisis demografi responden dilakukan, analisis deskriptif dilakukan bagi mengetahui dapatan berdasarkan soal selidik yang diedarkan. Jadual 2 menunjukkan nilai skor min untuk menentukan sikap responden.

Jadual 2 Nilai Skor Min bagi Menentukan Sikap

Interpretasi Skor Min Skor Min

Rendah 1.00 – 2.00

Sederhana Rendah 2.01 – 3.00

Sederhana Tinggi 3.01 – 4.00

Tinggi 4.01 – 5.00

Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Semasa Pasca Pandemik

Bahagian ini akan menunjukkan analisis tentang dengan sikap murid terhadap pembelajaran bahasa melayu semasa pasca pandemik. Terdapat 10 item pernyataan untuk dijawab oleh responden dan dapatan kajian secara rincinya dinyatakan dalam Jadual 3.

(5)

Jadual 3: Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Semasa Pasca Pandemik

NO Item STS TS KS S SS

Bil (%) Bil (%) Bil (%) Bil (%) Bil (%) A1 Saya suka corak

pengajaran guru semasa

bersemuka.

0 0 6 4 9 6 93 62 42 28

A2 Saya berminat dengan kaedah pengajaran guru secara

bersemuka

0 0 12 8 6 4 91 61 41 27

A3 Saya sentiasa bersedia untuk mempelajari Bahasa Melayu secara

bersemuka

0 0 0 0 5 3 100 67 45 30

A4 Saya rajin menghadirkan diri ke sekolah kerana ingin belajar Bahasa Melayu

0 0 15 10 14 9 99 66 22 15

A5 Saya lebih mudah

memahami isi pembelajaran Bahasa Melayu semasa

bersemuka

0 0 5 3 10 7 60 40 75 50

A6 Saya lebih aktif melibatkan diri semasa PdP Bahasa Melayu secara

bersemuka

0 0 5 3 15 10 87 58 43 29

A7 Saya suka

persekitaran pembelajaran Bahasa Melayu secara

bersemuka

0 0 2 1 10 7 97 65 41 27

A8 Saya tidak berasa bosan dengan pelaksanaan PdP Bahasa Melayu secara

bersemuka

0 0 5 3 10 7 100 67 35 23

(6)

A9 Saya suka berkongsi maklumat bersama rakan semasa PdP Bahasa Melayu secara

bersemuka

0 0 0 0 10 7 98 65 42 28

A10 Saya rajin menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru Bahasa Melayu semasa PdP bersemuka

0 0 10 7 20 13 98 65 22 15

Jadual 4: Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Semasa Pasca PdPR Pemboleh ubah Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa

Melayu Semasa Pasca Pandemik

Min 4.12

Sisihan piawai 0.6930

Tahap Tinggi

Rincian mengikut konstruk dipaparkan dalam Jadual 3 dan Jadual 4. Berdasarkan analisis setiap item yang diberikan kepada responden menunjukkan bahawa frekuensi tertinggi bagi bagi pernyataan Setuju ialah bagi item A3 dan A8 iaitu ‘Saya sentiasa bersedia untuk mempelajari Bahasa Melayu secara bersemuka’ dan ‘Saya tidak berasa bosan dengan pelaksanaan PdP Bahasa Melayu secara bersemuka’ sebanyak 67% manakala bagi pernyataan sangat setuju pula menunjukkan item A5 iaitu ‘Saya lebih mudah memahami isi pembelajaran Bahasa Melayu semasa bersemuka’ menunjukkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 50%

bersamaan dengan 75 orang. Berdasarkan pernyataan yang diberikan menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa murid mempunyai tahap sikap yang tinggi dalam pembelajaran Bahasa Melayu semasa pasca pandemik.

Selain itu, tahap interpretasi yang tinggi ditunjukkan kerana skor min yang dicatatkan adalah sebanyak 4.12 dengan sisihan piawainya 0.6930. Perkara ini menunjukkan. Majoriti murid menunjukkan sikap positif terhadap pembelajaran Bahasa Melayu semasa pasca pandemik.

Perbezaan Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Semasa Pasca Pandemik Berdasarkan Faktor Jantina

Berikut ialah hipotesis bagi sikap murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu semasa pasca pandemik;

Ho : tidak wujud perbezaan sikap murid terhadap pembelajaran bahasa melayu selepas pdpr berdasarkan faktor jantina.

(7)

Jadual 5 Ujian T bagi Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu semasa Pasca Pandemik berdasarkan Faktor Jantina

Equal variances assumed

Equal variances not assumed Levene’s Test for

Equality of Variances

F Sig.

6.053 0.015

t -4.628 -4.416

df 178 127.566

Mean Difference -0.337 --0.337

Std. Error difference 0.072 0.076

*Signifikan Pada Aras P>0.05

Jadual 5 memaparkan dapatan bagi ujian t untuk melihat sikap murid terhadap pembelajaran bahasa melayu semasa pasca pandemik berdasarkan faktor jantina. Keputusan ujian memaparkan nilai p adalah 0.015 iaitu kurang daripada 0.05 tahap signifikan. Disebabkan itu, hipotesis nol (ho) berjaya ditolak kerana wujudnya perbezaan sikap murid terhadap pembelajaran bahasa melayu semasa pasca pandemik berdasarkan faktor jantina.

7. Perbincangan

Bahagian perbincangan akan menjawab persoalan kajian berkaitan “Apakah tahap sikap murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu semasa pasca pandemik?”. Berdasarkan dapatan kajian, murid mempunyai tahap sikap yang tinggi terhadap pembelajaran Bahasa Melayu semasa pasca pandemik. Perkara ini mungkin disebabkan oleh sikap positif yang ditunjukkan oleh murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu semasa pasca pandemik.

Semasa PdPR, banyak kajian dijalankan untuk mengkaji sikap murid semasa pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian berkaitan sikap dan motivasi murid sekolah rendah terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan yang dijalankan oleh Irma Mahad et al. (2021) memaparkan dapatan bahawa sikap dan motivasi yang tinggi dimiliki oleh murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian.

Selain itu, faktor jantina murid tidak mempengaruhi sikap dan motivasi murid sekolah rendah.

Perkara ini bertepatan dengan dapatan Fenny et al. (2021) yang mendapati bahawa murid mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk mengikuti pengajaran yang telah dirancang oleh

guru.

Secara keseluruhannya, belum ada kajian lanjutan berkaitan sikap murid semasa pasca pandemik telah dilakukan. Namun begitu, hasil daripada kajian ini menjelaskan bahawa murid sebenarnya memiliki tahap sikap yang tinggi terhadap pembelajaran Bahasa Melayu semasa pasca pandemik. Perkara ini dapat dilihat menerusi dapatan kajian ini. Sikap yang positif semasa pembelajaran dalam talian menyebabkan murid terus menunjukkan tahap sikap yang tinggi dalam pembelajaran Bahasa Melayu semasa pasca pandemik.

8. Kesimpulan

Dapatlah disimpulkan bahawa murid memiliki tahap sikap yang tinggi semasa sesi Pengajaran

(8)

kekangan dari aspek kajian lepas tentang sikap murid dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu pasca pandemik masih kurang dijalankan. Perkara ini menyukarkan pengkaji memilih kajian yang bersesuaian untuk menyokong dapatan kajian. Oleh itu, diharapkan lebih ramai pengkaji akan menjalankan kajian lanjutan tentang motivasi murid terhadap pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu pasca pandemik.

Rujukan

Juwairiah Mustapah & Roslinda Rosli (2021). Tahap kepuasan pembelajaran Matematik atas talian semasa pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(4): 1-20.

Kamarudin Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Petalaing Jaya: Siri Pendidikan Longman Lim Siok Ling, Sheerad Sahid & Norasmah Othman (2022). Hubungan Sikap dan tingkah

laku keusahawanan terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 7(3):1-15 Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof &

Hapini Awang (2020). Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid- 19. Prosiding Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan. 404-410

Mohd Radzi Jidin (2020). Belajar dalam talian kurang berkesan berbanding bersemuka.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/595525/belajar-dalam-talian-kurang- berkesan-berbanding-bersemuka-metrotv.

Noor, M., Basir M. S., &, Mohammad, S. (2009). An attitude approach to the prediction of entrepreneurship on students at institution of higher learning in Malaysia.

International Journal of business management. 4(4):129-135.

Norapiah Abdul Rahman & Nor Syahilia Aris (2021). Minat, Motivasi Dan Penerimaan Pelajar-Pelajar Politeknik Terhadap Pembelajaran Dan Pengajaran Secara Dalam Talian (Pdpt) Yang Dilaksanakan Sepanjang Pandemic Covid-19. Journal on Technical and Vocational Education. 6(3):61-71

Nur Fatin Ashikin et.al. (2020). Hubungan antara sikap dan penerimaan pelajar terhadap amalan pembelajaran atas talian. Research In Management Of Technology And Business. 1(1):104–113.

Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat (2020). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian

semasa perintah kawalan pergerakan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-pendidikan- menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-guru.

Pintrich, P. R., & Schunk, D. H. (1996). Motivation In Education: Theory, Research And Applications. Englewood Cliffs: Prentice-Hall Inc.

Zaliza Mohamad Nasir & Zaitul Azma Zainon Hamzah (2013). Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia - Social and Behavioral Sciences.

134:408 – 415

Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman (2020). COVID-19: Impak dalam pengajaran dan pembelajaran. Dlm. Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. (Pnyt.) Sistem Pendidikan di Malaysia: Sejarah dan Cabaran Abad Ke-21, 449-486. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait