643
PEMBINAAN MODUL REGULASI EMOSI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM:
ANALISIS KEPERLUAN
Rezki Perdani Sawaii, Noornajihan Jaafarii, Joki Perdani Sawaiiii Mashitah Sulaimaniv, Roslee Ahmadv & Masturina Mahazirvi
I,iv,v Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan, Malaysia.
ii Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
iii Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Abstrak
Kajian ini mengenal pasti pendekatan regulasi emosi yang lebih efektif bagi golongan belia, keperluan membangunkan modul regulasi emosi menurut perspektif Islam dan elemen yang diperlukan menurut pandangan pakar dan belia. Sarjana Barat telah banyak membincangkan tentang regulasi emosi. Walau bagaimana pun, aspek kerohanian kurang ditekankan dalam membincangkan tentang regulasi emosi. Modul ini akan dibangunkan dengan mengambil kira pandangan pakar dan belia setempat sejajar dengan aspek agama, nilai dan budaya masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk dan pembangunan yang dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu, (i)fasa analisis keperluan; (ii)fasa rekabentuk dan pembangunan dan (iii)fasa pelaksanaan dan penilaian. Artikel ini akan membincangkan dapatan kajian bagi fasa pertama iaitu fasa analisis keperluan. Lima orang informan yang terdiri dari 3 orang pakar dalam bidang psikologi Islam dan dua orang belia telah dipilih untuk menyertai kajian ini. Lokasi kajian adalah di negeri Selangor, Malaysia.
Kesemua informan bersetuju pembangunan modul regulasi emosi berdasarkan kepada perspektif Islam amatlah diperlukan dan bertepatan dengan keperluan untuk membantu masyarakat Islam terutamanya golongan belia tentang cara-cara mengawal emosi berdasarkan kepada perspektif Islam.
Kata kunci: regulasi emosi, perspektif Islam, kajian keperluan, modul.
PENDAHULUAN
Penularan wabak coronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 telah membawa kepada kesan negatif bukan sahaja kepada diri individu tetapi juga masyarakat dan negara. Antara kesannya ialah kemerosotan ekonomi, pengangguran, gangguan emosi seperti gelisah, bimbang, runsing, sedih, murung yang keterlaluan dan sebagainya.
644
Artikel ini memfokuskan kepada peri pentingnya pengurusan atau regulasi emosi individu, khususnya golongan belia. Belia merujuk kepada suatu peringkat pertumbuhan dalam kehidupan seseorang individu. Maka, belia adalah satu tempoh peralihan dari pergantungan zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Masyarakat di Malaysia mendefinisikan belia sebagai individu yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun. Namun, dari sudut pelaksanaan aktiviti, individu berumur 18 hingga 25 tahun adalah lebih tertumpu (Dasar Pembangunan Belia Negara, 1997).
Menurut Gross & Thompson (2006), regulasi emosi melibatkan proses intrinsik dan ekstrinsik. Proses intrinsik adalah cara bagaimana seseorang mengendalikan emosi yang hadir dalam diri sendiri. Manakala, proses ekstrinsik adalah cara seseorang mempengaruhi emosi orang lain. Regulasi emosi juga merupakan kemampuan untuk kekal tenang apabila berada dibawah tekanan (Reivich dan Shatte, 2002). Berdasarkan definisi ini, seseorang individu akan mudah untuk menyelesaikan sebarang masalah kerana mempunyai keupayaan untuk mengawal perasaan negatif (Asriandri, 2015).
Antara strategi untuk mengawal emosi menurut sarjana Barat adalah dengan melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung, menyelam dan meredah hutan dan merubah cara berfikir (Salye, 1993). Walau bagaimana pun, strategi regulasi emosi yang dikemukakan oleh Sarjana Barat kurang menyentuh soal kerohanian.
Elemen-elemen kerohanian yang ada dalam diri individu dan kemampuan mewujudkan hubungan kerohanian yang rapat dengan Tuhannya dipercayai memberi impak yang positif kepada individu. Maka, pengkaji berpendapat perlunya satu modul dibina dengan menggabungkan teori regulasi emosi sedia ada dengan elemen-elemen daripada pendekatan yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Pengkaji berharap dapat menghasilkan satu modul yang lebih holistik dan sempurna sekaligus dapat membantu belia cara mengawal emosi masing-masing dan seterusnya mengurangkan masalah kesihatan mental.
Artikel ini akan membincangkan dapatan kajian bagi fasa pertama iaitu fasa analisis keperluan. Kesemua informan bersetuju pembangunan modul regulasi emosi berdasarkan kepada perspektif Islam amatlah diperlukan dan bertepatan dengan keperluan untuk membantu masyarakat Islam terutamanya golongan belia tentang cara- cara mengawal emosi berdasarkan kepada perspektif Islam.
Persoalan Kajian
1. Adakah dengan perlaksanaan atau pembinaan sebuah modul dapat membantu belia mengawal emosi? Bagaimana?
2. Apakah elemen-elemen yang perlu ada dalam modul regulasi emosi tersebut?
645 Kajian Lepas
Regulasi emosi
Bagi seorang muslim, masalah, cabaran dan dugaan yang dialami merupakan satu ujian yang diberikan oleh Allah SWT untuk menilai tahap keimanan hamba-Nya. Perkara ini telah dijelaskan di dalam al-Quran, Surah al-Ankabut, ayat 1-2 yang bermaksud; “Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”.
Berdasarkan ayat ini, manusia sentiasa bersifat leka, lalai dan lupa. Mereka akan terus hanyut dan sukar menerima peringatan sekiranya tidak pernah merasai kesakitan dan kepayahan. Kegagalan atau keburukan yang menimpa diri akan meningkatkan semangat baru dan menjadi pengajaran buat mereka (Nora Ahmad @ Aziz, A’dawiyah Ismail & Salasiah Hanim Hamjah, 2017). Dalam hal ini, emosi seseorang boleh mempengaruhi cara kita berfikir, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah (Nadine Jung et al. 2014; Schwarz & Skurnik, 2003). Emosi dan kognisi saling mempengaruhi dan berkait antara satu sama lain. Apa yang paling penting adalah bagaimana seseorang mengawal emosi mereka apabila berhadapan dengan apa jua masalah.
Thompson (1994) berpendapat bahawa regulasi emosi merangkumi proses intrinsik dan ekstrinsik. Proses intrinsik adalah cara bagaimana seseorang mengendalikan emosi yang hadir dalam diri sendiri. Manakala, proses ekstrinsik adalah emosi yang dipengaruhi oleh faktor luaran. Regulasi emosi juga merangkumi proses yang ditujukan ke arah emosi positif dan negatif yang timbul dalam keadaan normal dan tidak tertekan (Webb et al., 2012). Sebagai contoh, regulasi emosi melibatkan tindak balas terhadap keadaan yang tidak menimbulkan tekanan seperti menahan ketawa ketika melihat seseorang melakukan kesalahan atau menguruskan emosi ketika membaca buku atau menonton filem. Oleh yang demikian, regulasi emosi berlaku dalam keadaan yang lebih luas bukan hanya situasi tertekan.
Regulasi emosi boleh dilakukan dengan pendekatan kognitif dan tingkah laku (Gross, 2002). Pendekatan kognitif menjelaskan bahawa emosi yang dirasakan oleh individu adalah hasil penilaian (appraisal) terhadap situasi yang mereka hadapi. Individu yang menilai situasi yang dialami sebagai sesuatu yang positif akan menghasilkan tindak balas emosi yang positif. Begitu juga sebaliknya. Individu yang memberikan penilaian negatif terhadap situasi yang berlaku akan mengalami emosi negatif. Berdasarkan kajian, penindasan emosi (suppression) berkesan untuk mengurangkan ekspresi emosi negatif tetapi memberikan kesan sampingan iaitu menindas ekspresi positif dan tidak membantu mengurangkan pengalaman negatif (Gross, 2002).
646
Kegagalan golongan belia dalam meregulasi emosi boleh membawa kepada pelbagai implikasi negatif antaranya mudah berputus asa, berlakunya peningkatan masalah sosial kerana mereka tidak mengetahui cara yang benar untuk mengawal dan melepaskan emosi pada platform yang sepatutnya. Ditambah pula jika seseorang itu tidak mendapat sokongan sosial, ekonomi, emosi dan rohani (Syaidatun Nazirah Abu Zahrin et al., 2020). Oleh kerana itu, pengkaji merasakan ini adalah masa yang tepat untuk menyediakan satu modul yang boleh dijadikan panduan dan bimbingan bagaimana seseorang individu boleh mengawal emosi mereka bagi mengatasi kekeliruan dalam mengendalikan emosi negatif dengan betul. Maka, modul ini dibina untuk memudahkan kaunselor dan ahli terapi bagi membantu para belia mengenalpasti regulasi emosi masing-masing, mengawal emosi sekaligus dapat mengurangkan skor masalah kesihatan mental.
METODOLOGI KAJIAN
Informan dalam kajian ini terdiri dari tiga orang pakar dan belia yang berjaya dan dipercayai mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi. Mereka dipilih menggunakan teknik sampel bertujuan (purposive sampling) dan diharapkan mereka dapat memberikan data sepenuhnya hasil dari pengalaman mereka sendiri. Segala perkongsian pengalaman tersebut kemudian akan diterjemahkan dalam bentuk modul. Tiada jumlah yang ditetapkan bagi pemilihan subjek dalam kajian kualitatif sebagaimana dalam kajian kuantitatif. Peringkat ketepuan data adalah apabila subjek yang dipilih telah pun memberikan maklumat yang maksimum dan maklumat yang lebih kurang sama (Syafrimen, 2009).
Objektif utama kajian ini adalah untuk untuk menganalisis keperluan membangunkan modul dan apakah ciri utama yang perlu ada dalam modul yang akan dibangunkan. Bagi menjawab soalan kajian, temubual pakar telah dijalankan.Temu bual ini telah dijalankan dengan tiga orang pakar psikologi Islam dan dua orang belia dari kawasan Lembah Klang. Menurut Chua (2011), temubual adalah perbualan dua hala bertujuan mengumpul maklumat dan interaksi bersemuka antara penemubual dan informan. Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2018), matlamat utama temubual mendalam adalah untuk memahami pandangan subjek pengkajian tentang kehidupan, pengalaman, atau situasi subjek pengkajian, sebagaimana diungkapkan dalam bahasanya sendiri. Soalan temubual separa berstruktur disediakan dan disahkan sebelum prosedur temubual dijalankan. Sebelum sesi temubual dijalankan, informan diminta untuk mengisi butiran peribadi dan borang persetujuan untuk temubual.
Temubual direkodkan dan kemudian ditranskripsikan oleh penemubual secepat mungkin.
647 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian telah dianalisis secara tematik, dan dibincangkan dalam tema-tema yang berikut:
Keperluan Pembinaan Modul Regulasi Emosi
PK1 bersetuju dengan perlaksana atau pembinaan sebuah modul dapat memberi panduan untuk mengawal emosi.
PK 1 dan PK2 bersetuju bahawa perlaksanaan atau pembinaan sebuah modul dapat membantu dalam membendung gejala emosi yang tidak terkawal, tetutamanya kepada golongan belia. Ada kalanya golongan dewasa pun perlu dibimbing seperti yang dinyatakan:
“Sangat membantu. Terutamanya kepada belia, saya tak kata yang dewasa ini dah bijak mengawal emosi. Dewasa pun perlu kadang-kadang bimbingankan? Terutamanya dia dalam keadaan krisis atau konflik. Let’s say mereka sedang mengalami konflik rumah tangga so banyaklah emosi-emosi negative benci, marah, geram, sakit hati, kecewa semualah kan. So dalam keadaan macam tu memang mereka memerlukan bantuan lah, sokongan dari segi psikologi dari segi spiritual. So one of the sokongan itu modul.
PK 4 menjelaskan bahawa menjadi keperluan untuk membina modul yang menekankan kawalan emosi malalui pendekatan spiritual. Terdapat banyak modul dalam keusahawanan, kepimpinan diketengahkan, namun modul khusus untuk regulasi emosi masih kurang. Pernyataan PK 4 dijelaskan dalam pengakuan berikut:
“Saya ingat memang perlu, sebab kalau di majlis belia Malaysia ni kita banyak menekankan pembinaan kapasiti. Emosi juga perlu dibina kapasitinya. Sebab benda yang berkaitan dengan spiritual ni saya lihat kurang dalam gerakkannya.”
PK 5 percaya bahawa sesuatu modul yang baik dapat dilaksanakan dengan praktikal dan efektif. Jika modul disediakan tidak praktikal, ia akan menjejaskan kepada keberkesanan modul. Beliau menambah, kandungan dan garapan yang mantap dalam modul, seharusnya boleh membantu belia untuk mengurus emosi dengan baik dan betul.
Penjelasan PK 5 dalam hal ini adalah seperti berikut:
“Kalau tanya saya, saya memang percaya. Aaa… kalau lah modul ini dapat dilaksanakan dengan praktikal dan efektif. Nak ukur efektif tu kena tengok lah pelaksanaannya tu praktikal atau tidak. So kalau ia tidak praktikal ia bagi kesan kepada effectiveness. Kemudian apa tu, saya percaya kandungan dan garapan yang mantap dalam this modul, membantu belia untuk mengurus emosi dengan baik dengan betul.
648
So this modul is a very specific modul, dengan harapan kawalan emosi yang betul itu tadi dapat membentuk jati diri dan kepimpinan.
Elemen Penting dalam Pembinaan Modul Regulasi Emosi 1) Bimbingan tentang kesedaran emosi dan jenis emosi
Kesedaran emosi adalah kemampuan individu untuk mengenali emosi yang sedang dialaminya dan kesannya terhadap diri sendiri dan orang lain. yang mempunyai kesedaran emosi yang tinggi boleh merasakan perasaan yang sedang bergejolak di dalam dirinya (sama ada sedang sedih, kecewa, marah dan sebagainya) dan mampu mengaitkan perasaan tersebut dengan perkara yang sedang difikirkan, dilakukan dan diungkapkan. Individu tersebut juga sedar dan dapat menjangka kesan yang akan timbul akibat daripada luahan perasaannya terhadap dirinya dan orang lain. Individu tersebut juga menyedari nilai serta matlamat diri yang dijadikan panduan dalam menilai emosi sendiri.
PK1 menyarankan agar modul regulasi emosi yang akan dibangunkan berasaskan pengetahuan dan kemahiran
“Saya rasa sangat perlu. Modul biasanya sort of like bimbingan. Bimbingan should be by knowledge followed by kemahiran.”
Modul berstruktur: dimulakan dengan pengetahuan, ciri-ciri dan rangsangan kepada emosi. Perlu juga disertai dengan contoh setiap satu emosi.
“So dalam konteks modul membina regulasi emosi, saya ingat kena bagi in structured.
Means berstruktur, pertama orang nak tahu apa itu emosi. Then followed by the characteristics of the emotion, and then what make, apa yang aroused the emotion.
Stimulus yang menyebabkan emosi. And then mungkin kita boleh katakan the bad example of expressing emotion tersebut yang biasa kita lihat. Macam marah nak pukul orang. Kita kena senaraikan ini semua expressive behaviour yang pada kita biasa dan sebenarnya tak bagus. Then tunjukkan the should one.”
PK3 juga mempunyai pandangan yang selari dengan PK1 adalah peting untuk memasukkan elemen membina kesedaran emosi (emotional awareness) yang juga disebut sebagai emotional intelligence iaitu kebijaksanaan mengetahui emosi sendiri bagi membolehkan seseorang berfikir secara matang.
“Awareness. Kesedaran. Kesedaran bahawa, ini disebut emotional intelligence that you have the kebijaksanaan knowing your emotion by yourself. Kenal, bijaksana then you akan matang”
649
2) Kemahiran mengenalpasti emosi orang lain
2.1 Empati
PK4 mencadangkan agar elemen empati dimasukkan ke dalam modul sebagai salah satu mekanisma mengawal emosi. Pendekatan empati merupakan satu kaedah mengawal emosi. Bermaksud menyedari perasaan, keperluan dan kehendak, masalah atau keperihatinan (concern) yang dirasakan oleh orang lain.
“Pembinaan elemen empati juga akan menyumbang kepada perasaan common sense. Ini bermakna jika seseorang berada dalam pengangkutan awam, contohnya di Jepun, kebanyakan penumpang akan menghormati penumpang yang lain, dan akan memastikan telefon mereka berada dalam mode senyap. Kalau bercakap pun terpaksa diperlahankan dikhuatiri akan menganggu orang di sekitarnya. Keperluan kepada elemen empati yang tinggi menyebabkan kita memahami perasaan orang lain. Persoalannya “bagaimana kita hendak memastikan bahawa seseorang dapat memahami perasaan orang lain kerana budaya persekitaran setempat yang kasar tidak menggalakkan keadaan tersebut. Dengan menggunakan “comman sense” yang dimiliki oleh semua orang, seseorang akan lebih empati untuk memahami perasaan orang lain. Contohnya menggunakan ear phone ketika mendengar lagu, meletakkan signage atau tanda pemakluman “pemandu sedang di uji”
kita seseorang sedang diuji dalam ujian memandu. Kemahiran ini diperlukan dan dimasukkan di dalam modul untuk seseorang memahami perasaan orang lain tanpa memerlukan signage atau tanda pemakluman.”
Selain itu, PK 4 juga memaklumkan kemahiran memahami emosi orang lain seperti keupayaan mengesan perubahan pada riak wajah atau ekspresi muka adalah penting untuk dimasukkan di dalam modul regulasi emosi. Kebolehan mengesan perasaan orang lain, perspektif mereka dan menunjukkan minat yang mendalam ke atas kehendak dan masalah (concern) yang dihadapi oleh individu lain (Syafrimen, 2009).
“membaca reaksi seseorang yang gelisah ketika mengendalikan mesyuarat. Seseorang yang mengetuai mesyuarat perlu mempercepatkannya. Oleh yang demikian, regulasi emosi yang penting adalah dengan mengawal emosinya yang juga boleh mengawal emosi orang lain juga.”
3) Pendekatan kerohanian
PK4 menekankan kepada pendekatan kerohanian perlu dibincangkan di dalam modul yang akan dibina. Kaedah kerohanian seperti mendirikan solat, membaca al-Quran, zikir
650
boleh memberikan ketenangan kepada hati. Al-Ghazali (dipetik dari Syafrimen, 2009) menyatakan bahawa hati yang tenang adalah hati yang lembut, dipenuhi cahaya Ilahi dan kekuatan spiritual. Apabila hati tenang, sudah tentulah emosi dan tingkahlaku terkawal. Perkara ini telah pun dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran:
…Ingatlah, hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tenteram...(QS. al Ra’du: 28)
3.1 Penghayatan solat
Untuk mengawal emosi dengan bijak, individu perlu dibimbing bagi mempertingkatkan penghayatan solat. Justeru, pendekatan kerohanian amat penting untuk dibincangkan dalam modul yang akan dibangunkan seperti yang dinyatakan dalam petikan di bawah:
“Kerana solat itu dikerjakan tiap-tiap hari. Kalau dikerjakan dengan sempurnalah baru effect dia ada. Dengan wudhuk lagi, wudhuk tu basuh dosa. Sempurna basuh dosa mengadap allah dalam keadaan yang bersih. Kemudian dalam doa,
‘ihdinasirotolmustaqim’ tunjuklah aku jalan yang lurus. Solat is very so called therapeutic, means the element tu sarat dengan therapeutic, penyembuhan jiwa.
Tetapi kenapa tak berlaku hari ini, kerana orang solat hanya for the sake of tunai tanggungjawab lah, lepas tanggungjawab dah. Tak sempurna. Dari doa dia, sebab itulah solat itu tiang agama.”
“Sebab itu saya yakin nak kembalikan orang dalam emotion ke, back to religion lah, back to agama. Dalam agama package yang lengkap, Cuma kita tak truly understand di mana ia berada. Sebab tu aspek yang menentukan regulasi ni, soalan ke tiga ialah bila kita lihat kepada 4 komponen tadi. They go kepada kalo dalam islam adalah back to the heart, hati dan pemikiran. Dua-dua. They go hand in hand.”
“So kematangan berfikir kejernihan hati they combine together would help one able to regulate the emotion.”
3.2 Tazkiyatun nafs
PK3 dan PK1 mencadangkan agar elemen penyucian jiwa dimasukkan ke dalam modul bagi membantu remaja mengawal emosi.
651
“Memasukkan elemen tazkiyah an-nafs iaitu penyucian jiwa adalah perlu. Belia akan mendapat banyak manfaat darinya”.
Tazkiyatun nafs adalah pembersihan atau penyucian sifat lathifah rubbaniyah dalam diri manusia dari pelbagai perangai yang berlawanan dengan fitrah manusia. Bukan hanya membersihkan sahaja, malah juga membimbing serta mengarahkan jiwa ke jalan yang Allah SWT redha.
Dengan penyucian jiwa dari sifat kotor, jiwa akan mampu mengenal dan menemukan jati dirinya sendiri. Oleh karena itu, tazkiyatun nafs sangatlah diperlukan agar jiwa senantiasa tetap berada dalam keadaan fitrah (suci) (Hayu a’la salami, 2016).
4) Integrasi ilmu Naqli dan Aqli
PK 2 menegaskan bahawa pentingnya modul ini disediakan. Antara elemen lain yang perlu ada ialah, modul ini perlu mengambil secara langsung daripada al-Quran dan hadis.
“Kefahaman tentang an-nafs and sadr juga perlu diperoleh daripada pembuktian sains kerana hujahan al-Quran semata-mata tanpa disertakan dengan pembuktian sains sukar diterima oleh manusia biasa”.
Kaedah untuk mengaplikasikan modul regulasi emosi
Pada pandangan PK 4 pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah SAW boleh diaplikasikan pada masa kini menerusi beberapa kaedah seperti:
Kaedah mentoring
Melalui kaedah mentoring, membolehkan ahli merujuk kepada mentor sekiranya mengalami rasa sedih, kurang bersemangat dan sebagainya. Kaedah ini membolehkan suntikan semangat dalaman diberikan kepada ahli menyebabkan mereka bersemangat semula. Pembentukan ataupun kawalan emosi ini dipandu oleh orang yang berpengalaman. PK 4 berkongsi pengalaman peribadinya sebagai seorang mentor seperti berikut:
“Saya lihat satu kaedah lain yang boleh dibuat adalah kaedah mentoring ye. Kalau dalam tarikat dia sebut sebagai syeikh dan murid kan. Maknanya bimbingan kerohanian daripada orang yang lebih ada hikmah ada pengalaman.. emm yang lama.
Mungkin bila dia ada masalah dia akan rujuk pada mentor dia. Kalau dia down.
Membimbing. Macam sultan muhamammad al-fateh kan merupakan bimbingan kerohanian kepada dia adalah syeikh Shamsuddin Haq bagi dia semangat bila dia lemah
652
dalam nak berjuang tu, dia nak give up, so syeikh ini lah dia refer.Pembentukan ataupun kawalan emosi yang di pandu dan di guide oleh orang yang berpengalaman.”
Pendekatan Latihan Berkumpulan
PK 5 menjelaskan bahawa kaedah latihan secara berkumpulan (group) didapati lebih efektif berbanding latihan dalam satu program secara beramai-ramai. PK 5 juga menjelaskan bahawa perlu dipastikan bahawa setiap kumpulan dilantik seorang ketua dengan tugasan tertentu yang perlu disampaikan kepada ahli. Di sini bermulanya perkongsian yang memberi peluang setiap ahli untuk bercakap, melibatkan diri, dan merasa dihargai. Kaedah ini lebih dinamik dan berkesan.
Pernyataan PK 5 dijelaskan dalam pengakuan berikut:
“Bila saya dalam training kan saya train koprat PKNS, Petronas, SEDAR, Kelantan, Klcc kan. Bila saya train dia orang ni, kita tak train bapa dia je, kita ambil anak dia juga, so approach yang saya buat zaman saya belajar dulu is a group punya approach tau. So this group punya approach berbanding dengan ramai punya approach, this group punya approach lebih effektif untuk sokongan emosi dia orang. Rupanya bila kita bagi talk secara ramai ni kan, rupanya dia rasa less attention. Jadi semakin kecil kelompok itu semakin effektif definisi dia.” “interaksi tu banyak antara leader dan at the same time cakap dengan saya. So at the time kita boleh entertain dia saya sorang je tak ada fasilitator. Jadi saya gunakan leader dia sebagai pembantu fasi saya.” Oh rupanya interaksi dan pendekatan yang begitu memberi natijah yang baik.”
PERBINCANGAN
Pembinaan modul mesti selari dengan kompetensi yang akan dilatih. Dalam kajian ini kompetensi yang akan dilatih adalah cara untuk mengawal emosi seseorang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kompetensi pertama yang perlu dibincangkan adalah berkaitan memahami emosi diri sendiri dan orang lain. Syafrimen (2009) mendefinisikan kesedaran emosi sebagai keupayaan seseorang untuk mengenal pasti emosi yang wujud dalam dirinya, dan kesan emosi tersebut bukan sahaja kepada dirinya sendiri tetapi juga orang lain. Selain itu, kompetensi yang perlu ada Kedah-kaedah seperti itu sememangnya banyak dikongsikan oleh subjek yang terlibat dalam kajian ini, tanpa mereka sedari kedaan ini banyak memberikan sumbangan kepada kejayaan yang mereka perolehi.
Perkara kedua yang diutarakan oleh subjek kajian adalah mengambil iktibar dari sejarah dan pengalaman diri sendiri. Pandangan ini adalah selari dengan dapatan kajian oleh Syafrimen (2009) yang menyatakan beberapa cara untuk membina kecerdasan emosi adalah dengan cara “mereflek pengalaman lepas”. Mereflek pengalaman lepas ini
653
merujuk kepada kemampuan seseorang untuk menjadikan pengalaman sebagai panduan untuk muhasabah diri. Terdapat pelbagai peristiwa yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis yang menceritakan bagaimana Rasulullah dan para sahabat mengawal emosi mereka.
Kaedah-kaedah yang dikongsikan oleh subjek seperti mentoring dan latihan dalam kumpulan boleh dijadikan panduan dalam membina modul regulasi emosi yang lebih efektif bagi golongan belia.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, usaha berterusan perlu dilakukan dalam membantu individu dan masyarakat tentang cara mengawal emosi atau regulasi emosi yang efektif. Modul regulasi emosi yang menggabungkan pendekatan integrasi ilmu Aqli dan Naqli wajar diketengahkan. Ini adalah kerana modul yang dibina berasaskan kepada akidah dan keyakinan yang mantap boleh dijadikan sebagai satu garis panduan bagi mengukur tahap regulasi emosi sebenar individu. Modul ini diharapkan dapat memberikan pengetahuan, kesedaran dan seterusnya membawa kepada memberikan perubahan tingkah laku berpanjangan.
RUJUKAN
Buku Al-Quran
Al-Bukhari Muhammad Bin Ismail Abu Abdullah. (1987). Sahih Al-Bukhari. Ed. Ke-3.
Beirut: Dar Ibn Kathir.
Al-Ghazālī, Abū Hamīd Muhammad ibn Muhammad. (2008). Ringkasan ihya’ ulumuddin.
Terj. Abdul Rosyad Siddiq. Jil. Ke-2. Jakarta: Penerbit Akbar Media.
Al-Ghazālī , Abū Hamīd Muhammad ibn Muhammad. (1994). Majmu’ah rasa’il al-Imam al-Ghazālī . Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiah.
Azizi Yahaya, & Tan Soon Yin. (2007). Kesihatan Mental. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Gross, J. J. & Thompson, R.A. (2006). Emotion regulation: Conceptual foundation. In J.J.
Gross (ed). Handbook of emotion regulation. New York: Guilford Press.
Hayu a’la salami. (2016). Konsep tazkiyatun nafs dalam kitab ihya ulumuddin karya imam al-ghazali, Institut Agama Islam Negeri, Salatiga.
Najāty, Muhammad Uthmān. (2001). al-Qur’ān wa ilm al-nafs. Cet. Ke-7. Kaherah: Dār al- Syurūq.
654
Muslim, Ibn Al-Hujjaj Abu Al-Husayn Al-Kushayri Al-Naisaburi. (1984). Al-Jami' Al- Sahih. Beirut: Dar Ihya' Turas al-Arabi.
Najāti & Muhammad Uthmān. (2001). Hati manusia dalam sorotan al-Quran. Terj. Ibn Ibrahim. Jakarta: Cendekia Sentra Muslim.
Najāti & Muhammad Uthmān. (1993). al-Hadīs al-nabawy wa ilm al-nafs. Beirut: Dār al- Syurūq.
Najāti & Muhammad Uthmān. (1993). al-Dirāsāt al-nafsāniyah cinda al-culamā’ al-muslimīn.
Beirut: Dār al-Syurūq.
Jurnal
Asriandri, E. (2015). Resiliensi remaja korban penceraian orang tua. Jurnal Bimbingan dan Konseling, 4(9), 1-8.
Braun, V. & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3 (2). pp. 77-101. ISSN 1478-0887.
Mohd Nasir Bin Masroom. (2016). Aplikasi modul terapi jiwa dalam kalangan pesakit mental dan faedahnya terhadap kesihatan jiwa. Tesis yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.
Nora Ahmad, A’dawiyah Ismail & Salasiah Hanim Hamjah. (2017). Kepentingan kerohanian dalam menangani pesakit kanser wanita menurut islam. Al hikmah.
9(2):41-56.
Salye, H. (1993). History of stress concept. in. goldbeger & breznitz (ed.). Handbook of Stress: Theoritical and Clinical Aspects. New York: The Free Press, A Division of Macmillan.
Syafrimen. (2010). Pembinaan modul EQ untuk latihan kecerdasan emosi guru-guru di Malaysia. Fakulti pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.
Thompson, R. A. (1994). Emotion regulation: A theme in search of definition. The development of emotion regulation and dysregulation: Biological and behavioral aspects. In: Fox NA editor. Monographs of society for research in child development. Vol 59, 25-52.
Webb, T. L., Miles, E. & Shereen, P.(2012). Dealing with feeling: A meta-analysis of the effectiveness of strategies derived from the process model of emotion regulation.
Psychological Bulletin. 138(4):775-808.
655 Internet
Dasar Pembangunan Belia Negara, 1997. Dicapai pada Jun 27, 2015 dari http://www.ippbm.gov.my/dokumen/DPN.pdf.
National Health and Morbidity Survey. (2017). Adolescent Health and Nutrition Survey Institute for Public Health National Institutes of Health Ministry of Health Malaysia.