Persepsi Guru Pendidikan Khas Terhadap Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran
(Special Education Teachers' Perception of the Classroom Physical Environment for Special Learning Education Class)
Nur Rohazirah Roslan1*, Mohd Mokhtar Tahar1
1 Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia
*Corresponding Author: [email protected] Accepted: 15 August 2022 | Published: 1 September 2022
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.3.7
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Persekitaran fizikal merupakan elemen yang penting untuk mewujudkan bilik darjah yang kondusif. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru-guru Pendidikan Khas terhadap aspek persekitaran fizikal dan tahap keselesaan bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara aspek-aspek persekitaran fizikal dengan tahap keselesaan bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran.
Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Kajian ini didasari oleh Teori Keperluan Maslow dan Universal Design Learning (UDL). Kajian ini telah menggunakan instrumen yang diadaptasi dari Instrumen Persekitaran Fizikal Bilik Darjah (IPFBD) dan Instrumen Penilaian Kesan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah terhadap Murid. Soal selidik ini telah diambil daripada kajian- kajian lepas dan mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbranch melebihi 0.8 dan 0.9.
Sampel kajian terdiri daripada 37 orang guru Pendidikan Khas dari tiga buah sekolah rendah di daerah Tuaran. Dapatan kajian telah dianalisis dalam bentuk deskriptif dan kolerasi Pearson untuk melihat hubungan antara kedua-dua pembolehubah kajian menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 26. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi guru berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara aspek persekitaran fizikal dengan tahap keselesaan. Kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat berkenaan situasi sebenar persekitaran bilik darjah di Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran.
Kata kunci: persepsi guru, persekitaran fizikal bilik darjah, Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran
Abstract: The physical environment is an important element to create a conducive classroom.
This study was conducted to identify the perceptions of Special Education teachers towards aspects of the physical environment and the comfort level of the Special Education Class Learning Classroom. This study was also conducted to identify the relationship between aspects of the physical environment and the level of comfort in the classroom of the Special Education Class. This study is a quantitative design and uses a questionnaire as a data collection instrument. This study is based on Maslow's Theory of Needs and Universal Design Learning (UDL). This study has used instruments adapted from the Classroom Physical Environment Instrument (IPFBD) and the Classroom Physical Environment Impact Assessment Instrument on Students. This questionnaire was taken from previous studies and has Alpha Cronbranch reliability values above 0.8 and 0.9. The study sample consisted of 37
Special Education teachers from three primary schools in Tuaran district. The findings of the study were analyzed in descriptive form and Pearson's correlation to see the relationship between the two study variables using the Statistical Package of Social Science (SPSS) software version 26. The results of the study show that teachers' perceptions are at a moderate level.
The findings of the study also show that there is a significant relationship between aspects of the physical environment and the level of comfort. This study is expected to provide information regarding the actual situation of the classroom environment in Special Education Classes.
Keywords: teacher's perception, classroom physical environment, Special Learning Education Class
___________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Persekitaran fizikal memainkan peranan penting dalam meningkatkan potensi murid dari aspek rohani, emosi, intelektual dan jasmani. Menurut Noraini (2009), suasana pembelajaran yang terbaik mampu meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri. Persekitaran pembelajaran yang kondusif adalah tempat pelajar melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pelajaran (Haliza dan Joy Nesamalar, 2009).
Sesebuah bilik darjah hendaklah bersifat mesra pelajar. Kemudahan fizikal bilik darjah yang baik dapat membantu murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa dan selamat.
Persekitaran fizikal memberikan impak yang begitu mendalam terhadap perubahan emosi dan tingkah laku murid. Abdullah Sani, Abdul Rashid dan Abdul Ghani (2007) menyatakan bahawa iklim pembelajaran mencakupi semua elemen yang ada di sekeliling murid dan berupaya mempengaruhi pembelajaran dan tingkah laku mereka. Oleh itu, persekitaran fizikal bilik darjah yang baik sangatlah penting kepada proses pembelajaran murid.
Pernyataan Masalah
Persekitaran bilik darjah memainkan peranan yang begitu penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal di sekolah masih berada pada tahap sederhana dan kurang memenuhi keperluan guru dan murid (Che Nidzam, 2010 dan
Kamisah, 2011). Hannah Aqilah Amran, Rosadah Abd Majid dan Manisah Mohd. Ali (2019) menyatakan infrastruktur dan kemudahan khas di sekolah masih lagi dalam keadaan yang menyedihkan, terutama sebahagian sekolah di kawasan pedalaman, program PPKI, mahupun sekolah agama. Kekangan ini menyebabkan guru sukar untuk mewujudkan persekitaran yang dinamik dan mesra pembelajaran.
Zalika, Faridah dan Mohamad Johdi (2009) berpendapat bahawa kekurangan kemudahan pembelajaran, suasana pembelajaran yang tidak selesa, selamat, dan kondusif di luar bandar adalah antara faktor yang mempengaruhi pencapaian rendah dalam kalangan murid. Kajian yang dilakukan oleh Khadijah dan Azimin Samsul (2013) juga mendapati, kebanyakan bilik darjah tidak menyediakan persekitaran yang selesa bagi memenuhi keperluan guru dan murid.
Isu yang sering timbul di negara kita berkenaan dengan kemudahan bilik darjah adalah seperti keadaan kelas yang sempit, bahan kemudahan fizikal yang digunakan dan kedudukan ruang fizikal yang diguna pakai dalam sistem bilik darjah (Mohd Razimi Husin, et. al., 2020).
Hal ini juga disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Khadijah dan Azimin Samsul (2013) yang mendapati kebanyakan bilik darjah tidak menyediakan persekitaran yang selesa bagi
memenuhi keperluan guru dan murid. Bagi membolehkan mereka yang kurang upaya melanjutkan pelajaran, penyesuaian yang munasabah yang sesuai dengan keperluan OKU dari segi prasarana, kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai keperluan mereka perlu disediakan (Mohd Hanafi, et.
al., 2013).
Seiring dengan pertambahan bilangan murid-murid di dalam bilik darjah, persekitaran bilik darjah yang kondusif agak sukar untuk diwujudkan dan seterusnya memberi kesan kepada komunikasi antara guru dan murid. Ketidakselesaan dalam persekitaran bilik darjah menyebabkan penglibatan murid-murid terbatas seterusnya menyebabkan motivasi semakin rendah. Guru-guru percaya bahawa kemudahan tambahan yang bersesuaian akan menyebabkan murid pendidikan khas dapat mengambil bahagian dalam aktiviti kelas dan berjaya sama seperti murid aliran perdana (Darrow dan Adamek, 2018).
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1) Mengenal pasti tahap persekitaran fizikal dan tahap keselesaan bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran berdasarkan persepsi guru.
2) Mengenal pasti hubungan antara persekitaran fizikal bilik darjah dengan tahap keselesaan bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran.
Persoalan Kajian
1) Apakah tahap persekitaran fizikal dan tahap keselesaan bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran berdasarkan persepsi guru?
2) Adakah terdapat hubungan antara persekitaran fizikal bilik darjah dengan tahap keselesaan bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran?
2. Tinjauan Literatur
Persekitaran fizikal umpama guru ketiga membimbing pembelajaran dalam bilik darjah (Che Nidzam et. al., 2016). Kajian Frumkin & Fox (2011) dan Miller (2006) dalam Caren S. Martin (2014) mendapati bahawa reka bentuk sekolah mempengaruhi kesihatan dan keselamatan murid, di mana mereka terdedah kepada persekitaran yang membahayakan seperti pengudaraan yang kurang baik dan kepadatan bilangan murid di dalam bilik darjah. Kopec (2012) pula dalam kajiannya menyatakan reka bentuk sekolah boleh mempengaruhi tahap tekanan murid, dan bagi murid dengan ketidakupayaan akan menyukarkan mereka untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Persekitaran pembelajaran yang positif bermakna semua elemen bilik darjah berada dalam keadaan baik dan kondusif untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Mohd.
Hanafi et. al, 2012). Hal ini disokong oleh Azlinda (2013) yang menyatakan persekitaran kerja positif sebagai keadaan kerja yang baik, kualiti udara yang baik, masa maklum balas pihak pengurusan yang tepat serta persefahaman matlamat dan keutamaan kerja. Kemudahan sekolah sememangnya memberi kesan kepada keberkesanan guru dalam pekerjaannya (Earthman, 2002). Perkara ini disokong oleh Bullock (2001) yang menyatakan bahawa kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai pengaruh yang penting kepada apa yang akan berlaku di dalam bilik darjah.
Abraham Maslow (1943) dalam Noriati A. Rashid, et. al. (2017) menyatakan bahawa keperluan fisiologi dan psikologi seseorang perlu dipenuhi untuk kekal bermotivasi dan sentiasa
mencabar diri untuk mengembangkan potensi mereka. Pernyataan ini disokong oleh Preeti dan Kiran (2012) yang menyatakan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik, bilik darjah mestilah sentiasa mempunyai persekitaran yang selesa dan kondusif untuk murid. Hal ini kerana tempat di mana seseorang murid bermasalah menimba ilmu pengetahuan dan pendidikan sebenarnya akan memberi kesan kepada sikap, pencapaian dan perkembangan sosial mereka (Gargiulo, 2006).
3. Metodologi Kajian
Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan adalah merupakan kajian tinjauan dan berbentuk kuantitatif. Creswell (2005) menyatakan bahawa kajian tinjauan merupakan cara untuk mendapatkan maklumat dalam bentuk pendapat, sikap dan persepsi sesuatu populasi individu yang dijadikan sampel.
Dalam kajian ini, salah satu daripada instrumen dalam kajian kuantitatif iaitu soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data dalam bentuk nombor dan statistik. Melalui data kajian kuantitatif ini, maklumat yang diperoleh boleh dilihat dengan lebih jelas lagi.
Kajian ini didasari oleh teori Keperluan Maslow dan berdasarkan Universal Design Learning (UDL). Berdasarkan Karen L. Milheim (2012), terdapat lima tahap keperluan manusia yang telah dicadangkan oleh Maslow. Setiap orang akan mencapai tahap seterusnya apabila keperluan sebelumnya telah dipenuhi. Dalam konteks persekitaran bilik darjah, keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dalam diri murid hendaklah dipenuhi untuk mencapai keperluan perkembangan yang lebih bermakna. Penambahbaikan dalam persekitaran fizikal bilik darjah perlu dilakukan bagi memenuhi keperluan murid-murid Pendidikan Khas.
Kerangka Konseptual Kajian
Rajah 1: Kerangka Konseptual
Berdasarkan kerangka konseptual yang ditunjukkan dalam rajah di atas, pengkaji memasukkan aspek-aspek persekitaran fizikal bilik darjah yang akan dikaji iaitu saiz dan susun atur kerusi dan meja, pencahayaan, kualiti udara dan suhu, kemasan dan perabot serta kemudahan dan keselesaan persekitaran fizikal bilik darjah berdasarkan persepsi guru-guru Pendidikan Khas yang mengajar di Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran.
Persepsi Guru
Persekitaran fizikal bilik darjah - Ruang bilik darjah
- Pencahayaan
- Kualiti Udara dan Suhu - Warna
- Perabot - Kemudahan
Keselesaan persekitaran fizikal bilik darjah
Persampelan Kajian
Sampel dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Penggunaan pensampelan rawak mudah akan menambahkan peluang untuk mendapatkan data yang mewakili populasi (Chua, 2011). Fauzi Hussin, Jamal Ali dan Mohd Saifoul (2014) menyatakan teknik pensampelan rawak sesuai digunakan sekiranya populasi mempunyai sifat yang hampir seragam. Sebanyak 40 soal selidik telah diedarkan kepada tiga buah sekolah dan 37 soal selidik telah dikembalikan. Kajian ini melibatkan seramai 37 orang guru daripada tiga buah sekolah rendah di daerah Tuaran. Kesemua sampel kajian merupakan guru-guru yang berkhidmat dan mengajar di Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran.
Instrumen Kajian
Data kajian telah dikumpul dengan menggunakan soal selidik untuk mengenal pasti persepsi guru-guru Pendidikan Khas terhadap persekitaran dan keselesaan bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran. Soal selidik ialah satu alat atau instrumen penyelidikan yang mengandungi satu siri soalan bagi mengumpul maklumat daripada sampel (Fauzi Hussin, Jamal Ali dan Mohd Saifoul, 2014). Instrumen ini sangat sesuai digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif dengan lebih jelas dan cepat. Pengkaji telah memberikan tempoh masa kepada sampel kajian untuk menjawab soal selidik ini.
Instrumen kajian ini telah diadaptasi dari instrumen Inventori Persekitaran Fizikal Bilik Darjah (IPFBD) dan Instrumen Penilaian Kesan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah yang telah dibina untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap persekitaran fizikal bilik darjah. Kajian mendapati instrumen ini boleh digunakan bukan hanya untuk pelajar sahaja malah boleh digunakan bagi melihat persepsi guru. Berdasarkan kajian-kajian lepas, instrumen ini mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbranch yang tinggi iaitu melebihi 0.8 dan 0.9.
Instrumen soal selidik yang digunakan oleh pengkaji telah dirujuk dan disahkan oleh tiga orang guru pakar yang berkhidmat dalam bidang pendidikan khas. Instrumen ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu demografi sampel kajian, persekitaran fizikal dan kesan terhadap persekitaran fizikal. Soal selidik ini diukur dalam lima skala pendapat bermula dari skala 1 (Sangat Tidak Setuju) hingga skala 5 (Sangat Setuju).
4. Dapatan Kajian
Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 26. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif, iaitu menggunakan kaedah frekuensi, peratus, dan min. Analisis deskripitif digunakan untuk menjawab persoalan kajian 1 manakala data statistik inferens menggunakan Kolerasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap persekitaran fizikal bilik darjah dengan tahap keselesaan bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran. Skor min yang dirujuk adalah berdasarkan skala min Mohd Majid (2005), iaitu 1.00-2.66 (rendah), 2.67-3.66 (sederhana) dan 3.67-5.00 (tinggi).
Demografi Sampel Kajian
Demografi sampel dalam kajian ini merujuk kepada jantina dan pengalaman mengajar. Seramai 37 orang guru Pendidikan Khas yang terlibat sebagai sampel kajian. Demografi sampel kajian adalah seperti jadual di bawah.
Jadual 1: Demografi sampel kajian (N=37)
Latar belakang sampel kajian Kekerapan Peratusan Jantina • Lelaki
• Perempuan
6 31
16 84 Pengalaman Mengajar • 1 – 5 tahun
• 5 – 10 tahun
• 10 tahun ke atas
7 14 16
19 38 43
Berdasarkan jantina guru, seramai 6 orang sampel kajian (16%) merupakan guru lelaki dan seramai 31 orang sampel kajian (84%) pula merupakan guru perempuan. Dari aspek pengalaman mengajar, seramai 7 orang sampel kajian (19%) telah mengajar 1 hingga 5 tahun dan merupakan golongan guru yang masih awal berkhidmat dalam dunia pendidikan. Seramai 14 orang sampel kajian (38%) terdiri daripada guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar 5 hingga 10 tahun. Seterusnya, 16 orang sampel kajian (43%) merupakan guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar 10 tahun ke atas. Perkara ini menunjukkan bahawa majoriti sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mempunyai pengalaman dalam dunia pendidikan.
Analisis instrumen soal selidik Kesesuaian Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran berdasarkan Persepsi Guru Pendidikan Khas
Analisis instrumen soal selidik Persepsi Guru Pendidikan Khas terhadap Kesesuaian Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran dapat dilihat pada Jadual 2 di bawah. Item-item bagi aspek persekitaran fizikal ini adalah meliputi item yang terdapat dalam bilik darjah di sekolah. Analisis data ini dihuraikan secara deskriptif iaitu dalam bentuk min dan tahap min.
Objektif 1:
Jadual 2. Kesesuaian Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran berdasarkan Persepsi Guru Pendidikan Khas.
Item Min Sisihan Piawai Tahap Min
Kemudahan 3.56 .620 Sederhana
Pencahayaan 3.46 .455 Sederhana
Perabot 3.44 .349 Sederhana
Warna 3.40 .383 Sederhana
Kualiti udara dalaman dan suhu
3.32 .355 Sederhana
Ruang 2.86 .222 Sederhana
Keseluruhan 3.34 .209 Sederhana
Jadual 2 menunjukkan secara keseluruhannya, purata min bagi aspek persekitaran fizikal bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran berdasarkan persepsi guru ialah 3.34 iaitu pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian menunjukkan daripada keenam-enam aspek persekitaran fizikal bilik darjah mendapati bahawa aspek kemudahan menunjukkan skor min tertinggi iaitu 3.56, diikuti aspek pencahayaan iaitu sebanyak 3.46. Aspek perabot menunjukkan skor min ketiga tertinggi iaitu 3.44. Seterusnya, aspek kualiti udara dan suhu menunjukkan nilai min sebanyak 3.32 manakala aspek ruang menunjukkan nilai min paling rendah iaitu 2.86.
Analisis instrumen soal selidik Tahap Keselesaan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran berdasarkan Persepsi Guru Pendidikan Khas
Analisis instrumen soal selidik Tahap Keselesaan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran berdasarkan persepsi guru dapat dilihat pada Jadual 3 di bawah.
Analisis data ini juga dihuraikan secara deskriptif iaitu dalam bentuk min dan tahap min.
Jadual 3: Tahap Keselesaan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran berdasarkan Persepsi Guru Pendidikan Khas.
Item Min Sisihan Piawai Tahap Min
Tahap keselesaan 3.13 .580 Sederhana
Jadual 3 menunjukkan tahap keselesaan persekitaran fizikal bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran berdasarkan persepsi guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keselesaan persekitaran fizikal bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran adalah pada tahap yang sederhana dengan nilai min 3.13.
Analisis Hubungan antara Persekitaran Fizikal Bilik Darjah dengan Tahap Keselesaan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran
Analisis hubungan antara Persekitaran Fizikal Bilik Darjah dengan Tahap Keselesaan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran dapat dilihat pada Jadual 4 di bawah. Data telah dianalisis menggunakan Kolerasi Pearson untuk mengenal pasti hubungan antara tahap persekitaran fizikal bilik darjah dengan tahap keselesaan bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran.
Objektif 2:
Jadual 4: Korelasi Persekitaran Fizikal Bilik Darjah dengan Tahap Keselesaan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran.
Keselesaan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran
Pearson Correlation .586**
Sig. (2-tailed) .000
N 37
**kolerasi signfikan pada tahap 0.01
Jadual 4 menunjukkan keputusan analisis korelasi Pearson antara persekitaran fizikal bilik darjah dengan tahap keselesaan persekitaran fizikal bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa korelasi antara persekitaran fizikal dengan tahap keselesaan persekitaran fizikal bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran ialah sebanyak 0.586 (r=0.586, p<0.01). Hal ini menunjukkan bahawa hubungan antara persekitaran fizikal dengan tahap keselesaan adalah signifikan pada aras 0.01. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan yang positif antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Melalui keputusan analisis korelasi Pearson ini juga, hipotesis nul (Ho) iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran fizikal bilik darjah dengan tahap keselesaan bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran adalah harus ditolak. Hal ini kerana dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan pada tahap sederhana antara persekitaran fizikal bilik darjah dengan tahap keselesaan bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran. Maka, hipotesis alternatif (Ha) iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran fizikal bilik darjah dengan tahap keselesaan bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran adalah gagal ditolak.
5. Perbincangan
Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran Berdasarkan Persepsi Guru Pendidikan Khas
Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru terhadap persekitaran fizikal bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran adalah pada tahap yang sederhana. Persekitaran fizikal bilik
darjah adalah merupakan nadi utama dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Persekitaran fizikal yang sesuai dan selesa akan merangsang aktiviti intelektual, meningkatkan hubungan sosial, menggalakkan pembelajaran dan menghadkan tingkah laku negatif dalam kalangan murid (Arzi, 2003).
Dapatan kajian menunjukkan aspek kemudahan dalam persekitaran fizikal bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran berada pada tahap yang sederhana. Kemudahan yang dimaksudkan adalah meliputi papan maklumat yang berinformasi, alat pemadam api, bahan bantu mengajar, tempat penyimpanan bahan bantu mengajar, peralatan dilabelkan dan kedudukan tandas adalah bersesuaian dengan lokasi bilik darjah. Namun, dapatan kajian ini menyokong kajian Mohd. Hanafi et.al. (2012) yang menyatakan bahawa kemudahan bagi proses pengajaran dan pembelajaran masih belum mencukupi. Elder-Hinshaw et. al. (2006), menyatakan kemudahan multimedia memberi pelajar peluang untuk menggunakan pelbagai teknologi bagi mengembangkan dan menyampaikan sesebuah projek dan menggabungkan media lain seperti pengimbasan teks, gambar, video dan juga laman internet.
Cabaran Pendidikan Khas pada abad ke-21 adalah menyediakan ruang pembelajaran yang dinamik (Mohd Zailani & Mohd Khairi, 2017). Hasil kajian menunjukkan persepsi guru terhadap ruang bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran pada tahap yang sederhana dan menunjukkan nilai min yang paling rendah. Berdasarkan maklum balas yang dijawab dalam soal selidik mendapati bahawa saiz bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran adalah tidak sesuai dengan bilangan murid. Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian Mohd. Hanafi et. al. (2010), yang menyatakan majoriti pentadbir dan guru tidak bersetuju dengan ruang yang ada kerana tidak sepadan dengan bilangan murid dan guru pada satu-satu masa.
Kualiti udara mempunyai kepentingan yang sama dengan suhu, justeru, tingkap dan kipas merupakan perkara yang penting dalam aspek pengudaraan (OSHA, 1999). Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru terhadap kualiti udara dan suhu adalah pada tahap sederhana. Suhu di dalam bilik darjah adalah dipengaruhi oleh bilangan tingkap dan kipas. Pengudaraan bilik darjah yang kurang baik menyebabkan murid-murid sukar untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran. Bertepatan dengan kajian Zs. Bakó-Biró, et. al. (2012) berkenaan ventilasi menyatakan bahawa bilik darjah yang mempunyai pengudaraan yang kurang akan menyebabkan murid-murid kurang memberi perhatian dalam pelajaran. Murid-murid mudah berasa mengantuk di dalam bilik darjah disebabkan oleh kualiti udara yang rendah, di mana kekurangan oksigen akan menyebabkan murid letih dengan cepat. (Kajtar L, et. al., 2006).
Pencahayaan di dalam bilik darjah hendaklah memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran. Wan Nur ‘Amirah et al. (2018) dalam kajiannya menyatakan bahawa aspek pencahayaan memainkan peranan penting dalam mewujudkan ruang belajar yang selesa dan selamat terutama murid penglihatan terhad. Keseimbangan antara pencahayaan dan kedudukan perabot adalah penting dalam agihan pencahayaan bilik darjah yang seragam dan optimum (Najafabadi, 2015). Dapatan kajian beliau menyokong dapatan kajian ini kerana pencahayaan di bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran adalah sesuai dan menggunakan lampu putih. Bilangan lampu yang digunakan juga mencukupi dan berfungsi dengan baik. Marzita Puteh, et. al. (2015) menyatakan bahawa pencahayaan yang berkualiti dan kecerahan yang sesuai mengikut keperluan dan aktiviti di dalam bilik darjah akan dapat meningkatkan tahap keselesaan pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa warna cat di dalam bilik darjah mempengaruhi pembelajaran dan tingkah laku murid. Selari dengan kajian Kuller R, et. al. (2009), warna bilik darjah mempengaruhi emosi dan fisiologi seterusnya memberi kesan kepada prestasi. Dapatan Peter Barrett, et. al. (2015) mendapati bahawa bilik dan perabot yang menggunakan warna yang terang atau putih akan memberikan hubungan yang baik kepada pembelajaran murid. Justeru, pemilihan warna dalam bilik darjah amat penting untuk mewujudkan suasana yang kondusif.
Penggunaan perabot yang sesuai dan mencukupi juga dapat memberi kesan kepada keselesaan di dalam bilik darjah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perabot di dalam bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran adalah selamat digunakan, bersifat mudah alih dan selesa untuk digunakan dalam jangka masa yang panjang. Dalam hal ini, murid-murid berkeperluan khas perlu berasa selesa, selamat dan terkawal bagi menerima pelajaran (J. Goldsmith dan L.
Goldsmith, 1998). Hal ini menyokong kajian Norramlah Ali & Nurfaradilla Mohamad Nasri (2021) yang menyatakan bahawa penyusunan meja dan kerusi serta peralatan bilik darjah yang tidak konsisten seperti perabot atau alatan mungkin akan menghalang dan membahayakan pergerakan Murid Berkeperluan Khas (MBK) sekaligus akan mengurangkan penglibatan aktif mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, aspek keselamatan amatlah penting dalam bilik darjah pendidikan khas di mana murid-murid berkeperluan khas ini memerlukan perhatian bersesuaian dengan keupayaan mereka.
Secara ringkasnya, aspek-aspek persekitaran fizikal memberikan impak kepada tahap keselesaan murid-murid. Che Nidzam Che Ahmad dan Nurul Jannah Amirul (2017) menyatakan bahawa guru seharusnya memberikan perhatian bukan sahaja kepada penyampaian pengajaran malah perlu menitikberatkan aspek persekitaran pembelajaran bilik darjah. Perkara ini menegaskan bahawa aspek persekitaran fizikal bilik darjah merupakan elemen yang penting dalam pembinaan bilik darjah yang kondusif dan memberikan keselesaan kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Hubungan Antara Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran Dengan Tahap Keselesaan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran Berdasarkan Persepsi Guru
Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran fizikal bilik darjah dengan tahap keselesaan Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan semakin baik persekitaran bilik darjah, semakin tinggi tahap keselesaan dalam bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran. Marinah Awang, Mohd Ezrizal Zakaria dan Ramlee Ismail (2018) berpendapat bahawa persekitaran fizikal yang berkualiti dan kondusif dapat mewujudkan kesejahteraan dan keselesaan ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
Perkara ini menyokong kajian yang telah dijalankan oleh Wong dan Fraser (1996) yang menyatakan kepentingan hubungan persekitaran pembelajaran sebagai penentu utama dalam keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru terhadap keselesaan persekitaran fizikal bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran adalah pada tahap sederhana. Dapatan ini menyokong kajian yang telah dijalankan oleh Norwahidah Mihat, Mohd Hanafi dan Mohd Mokhtar (2019) yang menyatakan bahawa pandangan guru terhadap kemudahan infrastruktur bilik darjah Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah rendah adalah pada tahap yang sederhana.
Kajian yang dijalankan oleh Husnul Khatimah (2021) menyatakan persekitaran bilik darjah yang baik akan meningkatkan motivasi dalam proses pengajaran dan mempengaruhi
pencapaian pelajar. Semakin besar ruang dan bilangan murid yang sedikit di dalam bilik darjah menjadikan guru dan pelajar lebih selesa dan dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas (Nurhidayatuljamilah, Shamsidar dan Mawar, 2013).
Selain itu, Mohd Najib Ghafar dan Sanisah Jaya (2006) menyatakan bahawa bilik darjah yang mempunyai pencahayaan mencukupi, berwarna-warni, selesa, riang dan terdapat interaksi antara guru – murid dan murid – murid pasti akan menghasilkan pembelajaran yang lebih mudah dan begitu juga sebaliknya. Kemudahan multimedia juga memainkan peranan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar Pendidikan Khas ini mempunyai minat yang sama seperti pelajar biasa dimana mereka mudah tertarik dengan bahan-bahan pembelajaran yang bersifat interaktif (Mohd. Razimi et. al, 2020).
Seterusnya, kajian yang dijalankan Eleweke (2002) menyatakan bahawa bilik darjah yang mempunyai ruang yang terhad akan mengakibatkan kanak-kanak perlu belajar di ruang yang terbuka atau terpaksa berkongsi sehingga empat atau lebih bilik darjah. Kesan daripada pengubahsuaian bilik darjah pendidikan khas yang sempit ini secara tidak langsung mengganggu tumpuan dan fokus pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (Mohd.
Hanafi et. al., 2013). Persekitaran fizikal merupakan aspek yang penting dalam meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Nurul Jannah Amirul, et. al., 2013). Oleh itu, penyediaan persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dan selesa perlu dititikberatkan dalam sesebuah bilik darjah.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, aspek-aspek persekitaran fizikal dan tahap persekitaran fizikal bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran masih berada pada tahap yang sederhana. Kajian ini menunjukkan masih banyak perkara yang perlu ditambah baik dalam penyediaan bilik darjah yang kondusif. Walaupun kajian ini hanya melibatkan sampel yang kecil, pengkaji berharap agar kajian ini akan dapat membuka mata banyak pihak berkenaan situasi pembelajaran di dalam bilik darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran. Pengkaji juga berharap agar lebih banyak kajian dijalankan berkenaan persekitaran fizikal dan tahap keselesaan persekitaran fizikal seiring dengan pertambahan bilangan murid.
Zainuddin (2004) menyatakan bahawa golongan kurang upaya ini perlu mendapat kesamarataan dan layanan secara adil tanpa sebarang unsur diskriminasi terhadap ketidakupayaan mereka. Murid berkeperluan khas berhak untuk belajar dalam persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif bagi memenuhi keperluan pembelajaran mereka.
Bertepatan dengan Teori Keperluan Maslow, setiap individu perlu memenuhi keperluan asas terlebih dahulu bagi mencapai keperluan seterusnya. Melalui proses pelaksanaan dan dapatan kajian, diharapkan aspek-aspek persekitaran fizikal bilik darjah dapat dikaji dan difokuskan dengan lebih terperinci lagi bagi memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang lebih berkualiti.
Rujukan
Abdullah Sani, Y., Abdul Rashid, M., Abd. Ghani, A. (2007). Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Ali, N., & Nasri, N. M. (2021). Halangan Yang Dihadapi Oleh Guru Aliran Perdana Dalam Melaksanakan Program Pendidikan Inklusif. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 74-82.
Amran, H. A., Majid, R. A., & Ali, M. M. (2019). Cabaran Guru Pendidikan Khas Pada Abad Ke-21. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(26); 113- 122.
Amirul, N. J., Ahmad, C. N., Yahya, A. F., Abdullah, M. F. N. L., Noh, N. M., & Adnan, M.
(2013). The physical classroom learning environment. In Proceedings of the International Higher Education Teaching and Learning Conference (Vol. 2, No. 1, pp. 1-9).
Arzi, H. (2003). Enhancing science education laboratory environment: More than wall, benches and widgets. Dlm. Fraser, B.J., & Tobin, K.G. (Eds). International Handbook of ScienceEducation, Vol. (1), Netherlands: Kluwer Academic Publishers.
Azlinda Jaini. (2013). A Study on the Factors that Influence Employees Job Satisfaction at Scope International (M) Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan: Universiti Teknologi Mara Shah Alam.
Barret, P., Davies, F., Zhang, Y., & Barret, L. (2015). The impact of classroom design on pupils' learning: Final results of a holistic, multi-level analysis. Building and Environment 89: 118-133
Caren S. Martin. (2014). Exploring the impact of the design of the physical classroom environment on young children with autism spectrum disorder (ASD). Journal of Research in Special Educational Needs, 16(4), 1-19.
C. J. Eleweke. (2002). A Review of Issues in Deaf Education under Nigeria's 6-3-3-4 Education System. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 7(1), 74–82.
Che Nidzam, C.A., Asmayati, A., Mohd. Faizal Nizam Lee, A., Noraini, M. N., Mazlini, A., &
Nurul Jannah, A. (2014). Instrumen Penilaian Kesan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah terhadap Murid. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia,2. 1-12.
Che Nidzam, C.A., Asmayati, A., Mohd. Faizal Nizam Lee, A., Noraini, M. N., Mazlini, A., &
Nurul Jannah, A. (2014). Pembinaan dan Pengesahan Instrumen Penilaian Persekitaran Bilik Darjah Sains (IPPFBDS). Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 4(2). 14-26.
Che Nidzam, C.A., Asmayati, Y., Mohd Faizal Nizam Lee, A., Noraini, MN., & Mazlini, A.
(2015). An Instrument To Assess Physical Aspects Of Classroom Environment In Malaysia. International Journal of Arts & Sciences, 08(02):1–12
Che Nidzam, C.A., & Nurul Jannah, A. (2017). The Effect of The Physical Learning Environment on Students’ Health, Enjoyment and Learning. Jurnal Pendidikan Sains
& Matematik Malaysia, 7(1), 47-55
Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Creswell, J. W. (2005). Education Research-Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research. 2nd Ed. University of Nebraska- Lincoln. Pearson Education International.
Darrow, A. A., & Adamek, M. (2018). Instructional Strategies for the Inclusive Music Classroom. General Music Today. 1–5.
Earthman, G. I. (2002). School Facility Conditions and Student Academic Achievement.
Virginia: Virginia Polytechnic Institute and State University.
Elder-Hinshaw, R. Manset-Williamson, G., Nelson, J. M. & Dunn, M. W. (2006). Engaging Older Students With Reading Disabilities: Multimedia Inquiry Projects Supported by Reading Assistive Technology. Teaching Exceptional Children. 39 (1): 6-11.
Fauzi, H., Jamal, A., & Mohd Saifoul Zamzuri, N. (2014). Kaedah Penyelidikan & Analisis Data SPSS. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Farhan, M., Hamil, S. M., Azmi, N. N., Roslid, N. U. J., Zainal, N. N., Kamaruddin, N. B., ...
& Husin, M. R. (2020). Masalah Pembelajaran untuk Pelajar Pendidikan Khas: Dana
dan Prasarana. International Journal of Humanities, Management and Social Science, 3(1), 1-10.
Gargiulo, R. (2006). Special Education in Contemporary Society: An Introduction to Exceptionality. Belmont, CA: Wadsworth / Thomson Learning.
Ghafar, M. N., & Jahaya, S. (2006). Bias Pengajaran Guru Dalam Pelajaran Khas Dan Pelajaran Normal. In Teachers’ Bias in Special Education and Mainstream Setting. A paper presented at the Annual Conference on Teacher Education (pp. 6-8).
Goldsmith, J. & Goldsmith, L. (1998). Physical Management in Lacey, P.and Ocvry (Eds).
People With Multiple Learning Disabilities. London: David Fulton Publishers.
Haliza, H., & Samuel, J.N. (2009). Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hannah Aqilah, A., Rosadah, AM., & Manisah, MA. (2019). Cabaran Guru Pendidikan Khas Pada Abad Ke-21. International Journal of Education, Psychology and Counselling:
4(26):113-122
Kamisah, O., Che Nidzam, C.A., Lilia, H. (2010). Physical and psychosocial aspect of science Laboratory learning environment. Procedia social and Behavioral Sciences Journal, 9, 87-91.
Kamisah, O., Che Nidzam, C.A., Lilia, H. (2010). Hubungan ramalan persekitaran pembelajaran Makmal Sains dengan tahap kepuasan pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 19- 30.
Kajtar L, Herczeg L, Lang E, Hrustinszky T, Banhidi L. (2006). Influence of carbon dioxide pollutant on human well being and work intensity. Lisbon, Portugal. In: Healthy Buildings.
Kekare, S. H. (2015). Classroom Physical Environment and Academic Achievement of Students. The International Journal of Indian Psychology, 2(3), 116-120
Khadijah, K. & Azimin Samsul, MT. (2013). Thermal comfort assessment of a classroom in Tropical climate conditions. Recent Advances in Energy, Environment &
Development, 30(1), 87-91.
Khatimah, H. (2021). Major Impact of Classroom Environment in Students’ Learning. Journal of Education Review Provision, 1(1), 12-17.
Kopec, D. A. (2012). Environmental Psychology for Design. New York: Fairchild Books Kuller R, Mikellides B, Janssens J. (2009). Color, arousal, and Performanced - A comparison
of Three experiments. Colour Res Appl 2009;34(2):141-52.
Marzita, P., Che Nidzam, CA., Noraini, MN., Mazlini, A., & Mohd. Hairy, I. (2015). The Classroom Physical Environment and Its Relation to Teaching and Learning Comfort Level. International Journal of Social Science and Humanity, Vol. 5, No. 3. 237-240.
Mihat, N., Yassin, M. H. M., & Tahar, M. M. (2019). Teachers’ Views on Classroom Infrastructure Facilities in Special Education Integration Program in Primary School. Journal of ICSAR, 3(1), 54-57.
Milheim, K. L. (2012). Toward a Better Experience: Examining Student Needs in the Online Classsroom through Maslow’s Hierarchy of Needs Model. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching. 8(2)
Mohd. Majid, K.. (2005). Kaedah Penyelidik Pendidikan. Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Hanafi, MH., Hasnah, T., Mohd Mokhtar, T., Safani, B., Siti Nur Nadirah, I., & Rozniza, Z. (2013). Bilik darjah pendidikan khas pada masa kini dan kekangannya terhadap proses pengajaran. Asia Pacific Journal of Educators and Education 28: 159-171.
Mohd Zailani, I., & Mohamad Khairi, O. (2017). Amalan Pedagogi Abad Ke-21 dalam Kalangan Guru Pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 13, 54–71.
Mohd Razimi Bin Husin, Muhammad Farhan Bin Suhaimi, Suhailah Binti Md Hamil, Nurul Natasha Binti Azmi, Nurul Umaira Juliana Binti Roslid, Nur Nabilah Binti Zainal, Nor Balqis Binti Kamaruddin, Nur Izzsufi Binti Hamizi & Nurul Zulaikha Binti Ismawi. (2020). Masalah Pembelajaran untuk Pelajar Pendidikan Khas: Dana dan Prasarana. International Journal of Humanities, Management and Social Sciences, 3 (1)
Najafabadi, F.A. (2015). An investigation on natural lighting levels in students’ dormitories at EMU in Famagusta , North Cyprus. Kertas kerja The Annual International Civil, Architecture and Urbanism Conference (ICAUC 2015). Kharazmi Higher Institute of Science & Technology. Shiraz, Iran, 22 September.
Noraini, I., & Shukri, O. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Noriati, AR., Boon, PY., & Sharifah Fakhriah, SA. (2017). Murid dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor.
OSHA. (1999). In: Indoor Air Quality, Section 3, Chap. 2. Technical Manual, Occupational Safety And Health Administration. US: TED 01-00-015 Preeti, T., & Kiran, U. V.
(2012). Infrastructural Facilities for Differently Abled Students-A
Comparative Study of Government and Non-Government Institutions. International Research Journal of Social Sciences, 1(3), 21-25.
Ramli, N. H., Ahmad, S., & Masri, M. H. (2013). Improving the classroom physical environment: Classroom users’ perception. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 101, 221-229.
Wan Nur ‘Amirah, I., Zainora, M., Norliza, MF., Sumithira, N., & Mohd ‘Izzuddin, H. (2018).
Perubahan Tahap Pencahayaan dalam Bilik Darjah di Sebuah Sekolah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan dan Perbandingan Tahap Pencahayaan di bawah Keadaan Pencahayaan yang Berbeza. Sains Malaysiana 47(8):1835–1842
Yasin, M. H. M., Toran, H., Tahar, M. M., & Bari, S. (2010). Special education classroom infrastructure: Teacher's views. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 7, 601- 604.
Yasin, M. H. M., Salleh, N. M., Toran, H., Tahar, M. M., & Ibrahim, S. N. N. (2012). Perspektif Tenaga Pengajar Program Integrasi Pendidikan Khas Terhadap Infrastruktur di Sekolah. Sains Humanika, 57(1).
Zainuddin, MI. (2004). Peranan Masyarakat dalam mempertingkatkan kerjaya golongan berkeperluan khas. Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas, 2, 402-406.
Zalika, A., Faridah, K., & Mohamad Johari, S. (2009). Memperkasakan pendidikan luar Bandar. Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009