• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENERBITAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PENERBITAN"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 11

PENERBITAN

(2)

PENERBITAN

Pada tahun 2020, Penerbit UniMAP telah menerbitkan sebanyak 12 judul buku bercetak bagi memenuhi keperluan penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran serta ilmu kepada masyarakat umum. Penerbit UniMAP juga sentiasa memastikan kecemerlangan penyelidikan berterusan melalui penerbitan 13 isu jurnal pada tahun 2020. Selain itu, Penerbit UniMAP juga menguruskan terbitan khas seperti buku program, poster, banting dan brosur. Jumlah keseluruhan bahan terbitan bagi tahun 2020 adalah sebanyak 48 bahan terbitan.

Jadual 15: Statistik Penerbitan Tahun 2019-2020

JENIS PENERBITAN 2019 2020

Buku 12 12

Jurnal 13 13

Modul Pengajaran - -

Modul Makmal - -

e-Book 10 -

e-Proceeding 1 1

Lain-lain 46 22

JUMLAH 82 48

Rajah 4: Peratusan Perbandingan Penulisan Buku Ilmiah (bercetak) dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Bagi Tahun 2020

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

Peratusan

75%

25%

Rajah 5: Bilangan Penerbitan Buku Ilmiah Mengikut Tahun dari 2006-2020

7 6

4

12 10

20 21 17

22 20

11

14 15

12 12

(3)

SENARAI BUKU YANG DITERBITKAN TAHUN 2020

Dinamika Minda Baharu:

Keusahawanan dan Kemanusiaan ISBN: 978-967-0922-83-6 Editor: Khairunnisak Ahmad Shakir, Shuhairimi Abdullah Azahari Ramli dan Muhammad Shukri Bakar

Terasa Tapi Tak Berbisa ISBN 978-967-0922-84-3 Huzili Hussin

AUTOCAD and BIM: Advance Technology for Construction Industry

ISBN 978-967-0922-85-0 Zul-Atfi Ismail

The Changing Marketing Landscape in Malaysia:

Opportunities and Challenges for Consumers and Marketers ISBN 978-967-0922-89-8 Editor: Mohammad Iranmanesh dan Shaizatulaqma Kamalul Ariffin

Green Infrastructure: Materials and Techniques

ISBN 978-967-0922-90-4 Editor: Nor Hayati Abdul Hamid, Ahmad Kamil Arshad, Muhd Norhasri Muhd Sidek dan Shamilah Anudai @ Anuar

Dari Sinar Mata: Membongkar Kisah Teladan Penyakit Mata ISBN 978-967-0922-86-7 Editor: Samiron Rahmat @ Nurimas SN dan Mushawiahti Mustapha

Tadbir Urus Koperasi di Malaysia ISBN 978-967-0922-88-1

Shafawaty Mohamad Shabri dan Ram Al Jaffri Saad

Pantun Pak Nazel: Lisan Diperi Setulus Nubari

ISBN 978-967-0922-92-8 Nazel Hashim Mohamad

Kenegaraan Malaysia: Sejarah, Kedaulatan Dan Kebangsaan ISBN 978-967-0922-87-4 Wan Ahmad Fauzi Wan Husain

Membina Bakat Kreatif ISBN 978-967-0922-94-2 Zurinah Hassan

Keusahawanan Islam di Malaysia ISBN 978-967-0922-95-9 Shuhairimi Abdullah dan Solahuddin Abdul Hamid

Sorotan Sejarah Perlis:

Pengasasan, Pengukuhan Institusi dan Warisan

ISBN 978-967-0922-93-5 Editor: Nasha Rodziadi Khaw, Mohd Kasturi Nor Abd Aziz dan Nazarudin Zainun

(4)

BENGKEL PENULISAN DAN PENERBITAN BUKU ‘BIOGRAFI DYTM RAJA MUDA PERLIS’

Penerbit UniMAP telah mengadakan Bengkel Penulisan dan Penerbitan Buku ‘Biografi DYTM Raja Muda Perlis’ pada 5 Februari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Penerbit UniMAP.  Penerbitan buku

‘Biografi DYTM Raja Muda Perlis’ ini adalah kerjasama Penerbit UniMAP dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bengkel diadakan bagi membincangkan dengan lebih lanjut lagi tentang kerjasama antara dua institusi di samping membincangkan teknik penulisan bagi menghasilkan manuskrip yang berkualiti yang boleh mendapat pasaran lebih luas di pasaran luar. Bengkel dihadiri oleh En. Shah Rizal Azwan Ghazali, Editor Kanan daripada Bahagian Editorial Buku, DBP, penulis buku, iaitu Dato’ Wan Ahmad Fauzi Wan Husain dan En.

Mohd Kasturi Nor Abd Aziz.

PERBINCANGAN KERJASAMA PENULISAN DAN PENERBITAN BUKU ‘BIOGRAFI DYTM RAJA MUDA PERLIS’ DENGAN DBP

Penerbit UniMAP telah mengadakan perbincangan bersama dengan pihak DBP untuk menerbitkan terbitan bersama Buku ‘Biografi DYTM Raja Muda Perlis’. En. Shah Rizal Azwan Ghazali, Editor Kanan daripada Bahagian Editorial Buku, DBP hadir ke Penerbit UniMAP sebagai wakil daripada pihak DBP untuk perbincangan awal penerbitan buku berkenaan.

(5)

TAKLIMAT PENULISAN DAN PENERBITAN BUKU ILMIAH

Sesi taklimat Penulisan dan Penerbitan Buku Ilmiah kepada staf akademik PPK Alam Sekitar telah diadakan pada 11 Februari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat PPK Alam Sekitar. Taklimat tersebut merangkumi proses penerbitan yang diamalkan dalam pengurusan penerbitan di Penerbit UniMAP.

Ketua Penerbit UniMAP, En.

Zulhillizan Othman menyampaikan taklimat mengenai kategori dan jenis penerbitan kepada kira-kira 20 staf akademik. Turut hadir ialah dua orang editor dari Penerbit, iaitu Pn. Zamimi Abd. Manaf dan Pn. Norhanim Hashim. Selain itu, peserta juga diberi taklimat mengenai maklumat dan trend semasa pemasaran buku ilmiah. Pada sesi taklimat berkenaan, peserta turut didedahkan dengan teknik penulisan bagi menghasilkan manuskrip yang berkualiti, antaranya bagaimana menghasilkan judul-judul terkini yang boleh mendapat pasaran lebih luas. Taklimat ini diharapkan dapat membantu para staf akademik bagi meningkatkan kefahaman dalam penulisan dan penerbitan buku khususnya.

(6)

PERBINCANGAN PENULISAN DAN PENERBITAN BUKU DENGAN SASTERAWAN NEGARA, DATO’

ZURINAH HASSAN

Penerbit UniMAP telah mengadakan perbincangan dengan Sasterawan Negara, Dato’ Zurinah Hassan untuk bekerjasama menerbitkan buku dengan Penerbit UniMAP. Buku yang diberi judul ‘Membina Bakat Kreatif’ merupakan satu usaha baik yang mana menceritakan secara khusus mengenai panduan menulis puisi, sajak serta pantun.

Diharapkan dengan kerjasama penerbitan buku ini, UniMAP dapat menimba pengalaman berkarya daripada Dato’ Zurinah Hassan yang memberikan teknik-teknik untuk menulis penulisan-penulisan yang berbentuk kreatif ini.

ANUGERAH PENERBITAN BUKU

Buku terbitan Penerbit UniMAP yang berjudul Kedudukan Wakil Rakyat dalam Sistem Berparlimen di Malaysia telah dipilih sebagai antara 22 karya terbaik bagi kategori dewasa daripada 349 pencalonan dalam Anugerah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) 2020.

Sejumlah 22 judul terbaik telah dipamerkan di Pameran Maya Anugerah PNM 2020.

(7)

PEMASARAN DAN PENJUALAN BAHAN TERBITAN

Sepanjang tahun 2020, hasil jualan bahan yang diperoleh adalah sebanyak RM98,205.51. Penerbit UniMAP mencatatkan sedikit peningkatan berbanding tahun sebelumnya, dan peningkatan ini dibantu oleh hasil melalui perkhidmatan pemprosesan artikel jurnal sebagai salah satu sumber penjanaan kewangan kepada penerbitan dan beberapa faktor yang lain.

Walau bagaimanapun, disebabkan penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia pada tahun ini, penyertaan tahunan Penerbit UniMAP ke pesta dan pameran buku di seluruh Malaysia, tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka. Rangkaian pemasaran Penerbit UniMAP lebih tertumpu kepada operasi jualan secara dalam talian (online) antaranya di LAZADA, SHOPEE dan e-Sentral.

Bagi meningkatkan jualan bahan terbitan, promosi Penerbit UniMAP dibuat melalui laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, laman web rasmi Penerbit dan yang terkini, melalui aplikasi TikTok yang boleh diklasifikasikan sebagai satu kaedah pemasaran yang efektif pada masa kini. Inisiatif ini sedikit sebanyak dilihat dapat membantu Penerbit UniMAP menyantuni generasi muda dengan lebih dekat.

Kaedah ini turut menyumbang kepada peningkatan pengikut di laman sosial dan penjualan bahan terbitan.

Walaupun aktiviti agak terhad susulan dari pandemik ini, Penerbit UniMAP telah menjalinkan kerjasama Penulisan dan Penerbitan Buku dengan beberapa institusi luar, antaranya, University College Tati (UC TATI), DBP, Malaysian Technical University Network (MTUN) dan kerjasama penulisan buku bersama sasterawan negara. Pada tahun ini, Penerbit UniMAP berpeluang untuk bekerjasama dengan Sasterawan Negara, Dato’ Zurinah Hassan, yang karya beliau sentiasa dinanti dan mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Pengalaman ini memberi peluang kepada Penerbit UniMAP untuk lebih maju dan turut memberi nilai tambah kepada Penerbit UniMAP untuk lebih dikenali di peringkat yang lebih tinggi.

Rajah 6: Hasil Jualan Buku Mengikut Bulan Bagi Tahun 2020

RM 2,426.95 Febuari

Januari

RM 4,574.58 Mac

April RM 262.90 Mei RM 355.00

RM 10,634.50 Jun

RM 1,051.00 Julai

RM 719.20 Ogos

RM 909.40 September

RM 4,221.00 Oktober

RM 14,676.02 November

RM 4,171.10

(8)

Rajah 7: Hasil Jualan Penerbit UniMAP Bagi Tahun 2006-2020

Rajah 8: Hasil Jualan Buku dari Rangkaian Pemasaran di Penerbit UniMAP Tahun 2020 RM 12,032.00

2007

RM 10,924.00 2006

RM 14,640.55 2008

2009 RM 18,982.60

2010 RM 33,257.22

RM 58,340.99 2011

RM 36,445.80 2012

RM 42,080.71 2013

RM 67,786.11 2014

RM 63,605.36 2015

RM 38,199.05 2016

RM 48,820.39 2017

RM 86,545.07 2018

RM 87,216.44 2019

RM 98,205.51 2020

Tunai/ Online Banking (RM 28,755.25) Pengedar (RM 16,034.40)

UniMAP Press (RM 928.18) Shopee (RM 3,936.52) Lazada (RM 1,492.30)

56.22%

7.70% 2.92%

1.81%

31.35%

Referensi

Dokumen terkait

Kg Wai 7 Oktober 2018 Program yang dianjurkan oleh PPKSE dengan kerjasama 3rd Force Perlis, 3rd Force UniMAP dan Jabatan HEPA UniMAP untuk membantu masyarakat setempat di Kampung Wai

JELAJAH ILMU UniMAP BAKU, AZERBAIJAN, 30 November - Program Jelajah IImu Universiti Malaysia Perlis UniMAP selama 12 hari di Kazakhstan dan Azerbaijan membuka ruang kerjasama antara

Learn From The Disciplined, Civilised Japanese Culture - Raja Muda Of Perlis From Effendy Harun TOKYO, April 2 Bernama -- The Raja Muda of Perlis, Tuanku Syed Putra Faizuddin Putra

Page 1 KENYATAAN MEDIA 1 Mac 2016 UniMAP ANJUR PERTANDINGAN TARIAN, KEBAYA TRADISIONAL Kangar,1 Mac – Bertemakan Melestarikan Tarian Tradisional Perlis, Pusat Kajian Istitusi Raja

Raja Muda Perlis Urges Universities, IPT To Hold Regular Art Activities KANGAR, 2 March Bernama – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail urged public universities and

UKK Media Page 1 KENYATAAN MEDIA RAJA MUDA PERLIS SENDS IVCORE MASTI TO THAILAND Pauh Putra, 12 Julai – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail and Universiti

Raja Perlis ketujuh ini senantiasa didampingi dengan penuh setia oleh anakanda baginda yang menjadi Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku

Penerbit UniMAP menggunakan segala sumber teknologi yang ada termasuk memasarkan buku secara e-dagang melalui platform e-sentral, LAZADA, Shopee dan langkah-langkah meluaskan pasaran