E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021
“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”
Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia
E-Prosiding SAIS 2021 PENGAJARAN BERPASUKAN DALAM KURSUS BAHASA ARAB: KAJIAN
MAKLUMBALAS PELAJAR Azniwati Abdul Aziz
Guru Bahasa, Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]
Abstrak
Kursus Bahasa Arab di Pusat Tamhidi telah dilaksanakan dengan kaedah pengajaran berkumpulan (team teaching) pada semester 2 sesi akademik 2020/2021. Pelaksanaan kursus Bahasa Arab dengan kaedah pengajaran berkumpulan ini merupakan satu pengalaman baru bagi majoriti pengajar yang terlibat. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji maklumbalas pelajar bagi mengetahui kelebihan dan kelemahan pengajaran berkumpulan yang dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan responden lebih banyak memberi maklumbalas mengenai kelebihan yang mereka perolehi daripada kaedah pengajaran berkumpulan berbanding maklumbalas tentang kelemahan kaedah tersebut. Kajian ini akan menjadi panduan untuk memperbaiki kelemahan dari semua sudut agar pelajar dapat menerima proses pembelajaran terbaik jika kaedah pengajaran berpasukan ini masih perlu diteruskan pada semester akan datang.
Kata kunci: pengajaran berpasukan, team teaching dan kebersamaan PENDAHULUAN
Terdapat pelbagai kaedah atau method pengajaran dilaksanakan untuk mencapai objektif dan matlamat pendidikan. Pendidik perlu sentiasa bersedia untuk melakukan dan menerima perubahan kaedah pengajaran selari dengan tuntutan semasa atau kekangan yang timbul samada di pihak pengajar mahupun pelajar.
Pengajaran berpasukan ataupun team teaching adalah antara kaedah mengajar yang telah lama diperkenalkan dalam dunia pendidikan, namun pelaksanaannya dalam kursus Bahasa Arab di Pusat Tamhidi adalah satu pengalaman baru. Konsep pengajaran berkumpulan ini dilihat dapat membantu dan memberi manfaat bukan sahaja kepada pihak pengajar, malah banyak kelebihan diperolehi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.
KONSEP PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
Terdapat pelbagai konsep dan peranan pengajaran berpasukan dibincangkan dan dilaksanakan di pelbagai bidang mahupun peringkat pendidikan. Penulis memilih istilah pengajaran berpasukan sebagai istilah yang membawa maksud team teaching dalam skop kajian ini. Supahar (2009) dalam kajian bertajuk Team Teaching: Sebuah Strategi Untuk Membangun Learning Community menjelaskan bahawa team teaching adalah satu strategi pembelajaran di mana aktiviti proses pembelajaran dilaksanakan oleh dua orang guru atau lebih yang mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Pasukan guru ini menyediakan bahan pengajaran yang sama untuk
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021
“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”
Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia
E-Prosiding SAIS 2021 waktu pengajaran dan tujuan yang sama. Namun pelaksanaan boleh dilakukan secara bergilir dengan kaedah kuliah atau secara bersama dengan kaedah perbincangan.
Terdapat dua jenis strategi team teaching dinyatakan iaitu Semi Team Teaching dan Team Teaching Penuh. Kajian Supahar melihat Team Teaching Penuh mampu membangunkan sebuah learning community kerana ia didapati bertepatan dengan prinsip pembentukan pasukan bagi satu tugasan iaitu semua perkara perlu dilakukan bersama bermula dari peringkat perancangan, tindakan dan penilaian tindakan.
Berbanding Semi Team Teaching, walaupun perancangan dilakukan bersama namun pasukan guru tersebut mengajar kelas yang berbeza. Jika pasukan guru masih dalam kelas yang sama, mereka mengajar bergilir-gilir mengikut pembahagian tugas yang telah ditetapkan atau mereka melakukannya bersama-sama tetapi dengan kumpulan pelajar tertentu yang telah dibahagikan dalam kelas tersebut.
Konsep pengajaran berpasukan yang dibincangkan dalam kajian bertajuk Penyelenggaraan Pendidikan Melalui Team Teaching oleh Johannes (t.t) turut menyatakan bahawa ia merupakan strategi pembelajaran dengan penglibatan minima dua pendidik dalam proses pembelajaran pelajar dengan peranan dan tanggungjawab yang jelas dan seimbang. Ini bermakna, setiap pelajar mendapat input dari kesemua guru yang terlibat dalam pengajaran berpasukan tersebut. Team teaching juga dilihat sebagai satu alternatif bagi mengatasi permasalahan berkaitan tuntutan kurikulum, kekangan guru dan isu lain yang berkaitan dengan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun tidak dikaitkan dengan ciri learning community, Johannes juga sependapat dengan Supahar (2009) bahawa antara pelbagai jenis team teaching, Team Teaching Penuh lebih memenuhi kriteria strategi pengajaran berpasukan.
Noraini Ibrahim & Nurul Syafinaz Ishak (2013) dalam kertas kerja bertajuk Team Teaching sebagai Langkah Melindungi Masa Instruksional, memberi fokus kepada model pengajaran team teaching bagi kategori di mana minima dua atau lebih daripada dua orang guru akan mengajar pelajar yang sama pada masa yang sama dan dalam kelas yang sama. Kategori team teaching yang dibincangkan adalah selari dengan definisi team teaching yang dinyatakankan oleh beberapa sarjana dan dipetik oleh Noraini Ibrahim & Nurul Syafinaz Ishak (2013), antaranya Shirley (2011) menjelaskan team teaching sebagai sekumpulan guru seramai dua orang atau lebih yang bekerjasama dalam merancang, melaksana dan menilai aktiviti pembelajaran terhadap sekumpulan murid yang sama. Manakala Goetz (2000) dipetik mendefinisikannya sebagai usaha berkumpulan antara dua orang guru yang terlatih dalam membuat satu pengajaran secara bersama kepada sekumpulan audien.
Kajian bertajuk Implementasi Model Pengajaran Team Teaching Method, turut menjelaskan konsep team teaching sama seperti kajian lain dan turut menyatakan peranan team teaching sebagai method yang dapat meningkatkan motivasi belajar pelajar dengan dapatan kajian menunjukkan peningkatan kepada nilai pembelajaran.
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021
“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”
Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia
E-Prosiding SAIS 2021 Kajian I Wayan Ratha Adhi Kesuma (2016) ini juga menunjukkan dapatan lain iaitu peningkatan kemampuan guru dalam menyediakan pembelajaran inovatif. Peranan lain team teaching dinyatakan Sri Adi Widodo (2013) dalam kajian bertajuk Implementasi Team Teaching Terhadap Prestasi Belajar Siswa Sma Kelas X Se-Kota Yogyakarta Pada Materi Trigonometri, iaitu sebagai satu jalan penyelesaian mengurangkan kecenderungan guru untuk mendominasi proses pembelajaran dan berupaya meningkatkan penglibatan aktif pelajar dalam proses tersebut.
Dalam kajian lain, terdapat beberapa terma hampir sama dengan konsep berbeza mengikut strategi yang dilaksanakan terhadap kaedah ini. Melihat kajian Mohd Asnorhisham dan Abdul Rahim (2017) iaitu Pendekatan Pengajaran Secara Berkumpulan Dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu, walaupun terma yang dibincangkan hampir sama dengan terma yang digunakan dalam kajian penulis, namun konsepnya adalah berbeza. Pengajaran secara berkumpulan ditakrifkan sebagai suatu strategi dengan mewujudkan satu kumpulan kecil di kalangan pelajar dan mereka saling bantu membantu. Pengajaran ini berlaku apabila semua pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, menyelesaikan masalah hingga ke tahap memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan guru. Setiap kumpulan diwakili oleh murid dari pelbagai tahap penguasaan samada berdasarkan minat, kebolehan, kemahiran ataupun kecerdasan. Konsep ini berbeza dengan kajian penulis kerana guru yang terlibat hanyalah seorang sahaja. Pendekatan Pengajaran Secara Berkumpulan dalam kajian Mohd Asnorhisham dan Abdul Rahim ini juga dikenali dengan nama lain seperti pengajaran koperatif, pengajaran kolaboratif atau pengajaran bersama.
Konsep Kebersamaan Dalam Pengajaran
Menelusuri kajian lepas, antara dapatan yang menarik perhatian adalah konsep kebersamaan yang difokuskan. Supahar (2009) secara jelas menyatakan bahawa team teaching berupaya membentuk pasukan pengajar yang dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Impak positif ini membuktikan peranan team teaching yang mampu membangunkan konsep kebersamaan antara guru untuk saling belajar sekaligus menambah kualiti profesionalisme guru.
Konsep kebersamaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam kesemua jenis team teaching yang dibincangkan dalam kajian lepas. Perancangan, tindakan pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan secara bersama terhasil dari perkongsian idea dan perbincangan dari kepelbagaian gaya fikir, tindakan pelaksanaan dengan gabungan kemahiran masing-masing serta refleksi dari sudut pandang sebagai pasukan memberi kelebihan kepada pengajar dalam memvariasikan pendekatan, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran pada peringkat universiti harus menitikberatkan kepelbagaian individu yang terdapat dalam kalangan pelajar
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021
“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”
Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia
E-Prosiding SAIS 2021 tanpa mengambil kira agama, bangsa, kumpulan etnik, ataupun keupayaan individu.
Kehadiran kepelbagaian pelajar dalam institusi pendidikan tinggi menuntut pemikiran baharu dalam kalangan tenaga pengajarnya agar proses pembelajaran menjadi lebih efektif.
Dari sudut pandang positif penulis, konsep kebersamaan ini perlu dititikberatkan sebagai elemen yang turut membantu pengajar mencapai kesarjanaan dalam pembelajaran dan pengajaran. Kesarjanaan dalam pedagogi seperti membangun kaedah reka bentuk, penyampaian dan penaksiran baru yang sesuai untuk pembelajaran adalah salah satu kriteria kesarjanaan dalam pembelajaran dan pengajaran. (Jabatan Pengajian Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi. 2012).
Kemakmuran Bersama dalam Pendidikan
Strategi transformasi modal insan adalah salah satu daripada tujuh teras strategik dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Sejak tahun 2020, fokus utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tertumpu ke arah ‘Merealisasikan Kemakmuran Bersama Melalui Pendidikan’. Nilai hidup dan peranannya dalam kehidupan mesti disemai dan disuburkan dengan penekanan nilai-nilai kehidupan Islam. Penulis berpandangan konsep pengajaran berpasukan tidak terkecuali memiliki nilai yang mampu mencapai maksud kemakmuran bersama dalam pendidikan. Nilai kerjasama sebagai ciri utama pengajaran berpasukan yang memberi maslahah bukan sahaja kepada pelajar malah pengajar itu sendiri adalah antara nilai yang amat ditekankan dalam Islam. Menurut Mahathir Mohamed, pembentukan nilai di peringkat pendidikan tinggi ditekankan melalui aktiviti Service Learning Malaysia - University For Society (SULAM), iaitu kaedah pembelajaran yang memberi pengalaman pembelajaran kepada pelajar melalui penyelesaian permasalahan komuniti (Bernama. 2020).
Nilai kerjasama dalam kaedah pengajaran berpasukan membantu meningkatkan keupayaan individu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Melalui pendekatan ini dalam pendidikan, penulis berpandangan bahawa ia dapat membantu dengan baik usaha pembentukan nilai modal insan hasil dapatan positif yang diberikan. Nor Haiza (2011) menjelaskan pengajaran berpasukan mampu meningkatkan produktiviti, menggalakkan interaksi antara pengajar dalam pasukan, memberi kepuasan kerja serta ahli pasukan mengambil tanggungjawab bersama menyelesaikan semua masalah yang timbul. Kerja rumit pasti sukar untuk diselesaikan secara individu, namun dengan kerjasama, ia dapat meransang penzahiran perasaan, menggalakkan inovasi dan perkembangan fikiran yang lebih kritis ke arah penciptaan yang lebih kreatif. Justeru, perkara ini merupakan nilai hidup yang dipraktiskan dengan baik dan nilai ini dapat disemai dan disuburkan secara tidak langsung dalam proses pembelajaran pelajar.
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021
“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”
Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia
E-Prosiding SAIS 2021
PERNYATAAN MASALAH
Pengajaran berkumpulan sememangnya telah dipraktiskan di universiti awam dan turut dilaksanakan oleh sebilangan kelompok tenaga pengajar di Pusat Tamhidi, USIM untuk beberapa kursus akademik dalam bidang perundangan dan juga sains.
Bagi kursus Bahasa Arab, perubahan kurikulum dalam program-program tamhidi menyebabkan guru Bahasa Arab kekurangan beban pengajaran. Langkah penyelesaian segera yang diambil adalah dengan melaksanakan pengajaran berkumpulan. Kursus Bahasa Arab di Pusat Tamhidi buat pertama kalinya menggunakan pendekatan ini pada semester 2 sesi akademik 2020/2021.
Kaedah pengajaran berkumpulan ini merupakan satu pengalaman baru bagi majoriti tenaga pengajar yang terlibat. Walaupun tiada masalah kritikal yang timbul di kalangan pengajar dalam pelaksanaan pendekatan ini, namun ia bukan kayu ukur untuk memutuskan bahawa pengajaran berkumpulan ini adalah penyelesaian terbaik bagi masalah kekurangan beban pengajaran secara mutlak. Penerimaan dan pengalaman pembelajaran pelajar dengan kaedah ini juga perlu diambil kira. Justeru, kajian dibuat dengan mendapatkan maklumbalas pelajar bagi mengetahui kelebihan dan kelemahan pengajaran berkumpulan yang dilaksanakan.
REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini berbentuk kualitatif dan metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan maklumbalas pelajar yang terlibat dengan pendekatan pengajaran berkumpulan bagi kursus Bahasa Arab. Pihak responden merupakan para pelajar dari enam kumpulan tutorial Tamhidi Perakaunan dan Muamalat sesi 2020/2021. Metod persampelan yang digunakan adalah persampelan secara rawak kerana kajian ini telah melibatkan semua kumpulan tutorial bagi mewakili populasi pelajar Tamhidi Perakaunan dan Muamalat yang mengambil kursus al-Lughah al- Arabiyyah al-Ittisoliyyah 1 dan kursus al-Lughah al-Arabiyyah al-Ittisoliyyah 2.
Penyelidik menyediakan borang maklumbalas untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan objektif penyelidikan.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Maklumbalas yang diberikan adalah maklumbalas terbuka untuk memaklumkan tentang kelebihan atau kelemahan yang diperolehi sepanjang pembelajaran selama satu semester. Responden bebas memberi pandangan tanpa terikat dengan sub soalan dan skala tertentu. Tujuannya agar penulis dapat memperolehi maklumbalas yang datang secara langsung dari responden tentang pengalaman mereka terhadap soalan kajian.
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021
“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”
Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia
E-Prosiding SAIS 2021 Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Tamhidi Perakaunan dan Muamalat yang mengambil kursus al-Lughah al-Arabiyyah al-Ittisoliyyah 1 dan kursus al-Lughah al-Arabiyyah al-Ittisoliyyah 2 memberi maklumbalas yang lebih banyak tentang kelebihan pendekatan pengajaran berkumpulan berbanding kelemahan yang ada. Sehubungan dengan itu, tanpa kumpulan soalan yang memandu responden, penulis dapati bahawa sebanyak 19% maklumbalas tidak berkaitan dengan maksud team teaching yang telah dilaksanakan dalam kursus al- Lughah al-Arabiyyah al-Ittisoliyyah 1 dan 2. Responden didapati memahami team teaching sebagai teamwork dalam kalangan pelajar sepertimana yang mereka laksanakan dalam menyiapkan tugasan berkumpulan. Perkara ini agak mengejutkan penulis kerana maksud team teaching telah dijelaskan oleh penulis di bahagian pendahuluan dalam borang maklumbalas yang diedarkan kepada responden.
Kelebihan Dan Kelemahan Pendekatan Pengajaran Berpasukan
Peratus maklumbalas responden yang menyatakan mengenai kelebihan pendekatan pengajaran berpasukan lebih tinggi berbanding penyataan tentang kelemahan yang wujud. Sebanyak 76% maklumbalas menunjukkan tentang kelebihan yang terdapat pada pelaksanaan pengajaran berpasukan. Terdapat elbagai kebaikan dan manfaat diperolehi oleh responden dari maklumbalas yang diberi.
Kelebihan Kaedah Pengajaran Berkumpulan
76%
24%
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
Bil. Respon
R a j a h 1 . M a k l u m b a l a s P e l a j a r T e r h a d a p K e l e b i h a n D a n K e l e m a h a n P e m b e l a j a r a n K u r s u s B a h a s a A r a b D e n g a n
P e n d e k a t a n P e n g a j a r a n B e r p a s u k a n Kelebihan Kelemahan
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021
“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”
Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia
E-Prosiding SAIS 2021
Rajah 2 menunjukkan pecahan maklumbalas responden terhadap kelebihan team teaching mengikut kategori kelebihan dari segi pemahaman, pengalaman pembelajaran dan motivasi. Pengkategorian ini dibuat berdasarkan kepada analisa data mengikut tema dan ciri yang sepadan berpandukan kepada perbincangan sarjana dalam kajian Nor Haiza (2011) berkaitan kelebihan team teaching. Sebanyak 43% maklumbalas menunjukkan bahawa pengajaran berpasukan memberikan kelebihan dari segi pemahaman terhadap isi pembelajaran diikuti sebanyak 38%
maklumbalas menyatakan tentang kelebihan kepada pengalaman pembelajaran.
Maklumbalas juga menyentuh tentang kelebihan kaedah ini sebanyak 19% yang dikategorikan sebagai kelebihan motivasi.
Jadual 1: Contoh maklumbalas pelajar berkaitan kelebihan team teaching mengikut kategori
Responden Maklumbalas Kategori
R11 mendapat banyak ilmu dan pengalaman semasa mempelajari TLA dan semua ilmu yg diberi dapat difahami dengan mudah
Pemahaman
R71 kelebihan nya dapat faham dgn lebih baik Pemahaman R70 kelebihannya saya dapat lebih mengenali ramai guru
dan meneroka cara pengajaran mereka yang berbeza tetapi dalam masa yang sama sangat menarik dan membantu dalam pembelajaran subjek bahasa arab.
Pengalaman pembelajaran
R75 pembelajaran yang lebih efektif kerana method
pembelajaran yang pelbagai Pengalaman
pembelajaran
43%
38%
19%
Rajah 2. Maklumbalas pelajar terhadap kelebihan team teaching
Pemahaman Pengalaman pembelajaran Motivasi
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021
“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”
Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia
E-Prosiding SAIS 2021 R23 Kaedah team teaching dapat menjdikan pelajar lebih
bersemangat untuk belajar selepas cutu midsem. Hal ini kerana mmpunyai tenaga pelajar yang baru, perasaan semangat seperti di awal sem.
Motivasi
R72 Kelebihannya adalah dpt menerima dua atau lebih jenis cara didikan yg berbeza mengikut lecturers yg berbeza dan ia amat menyeronokkan.
Motivasi
Kelemahan Kaedah Pengajaran Berkumpulan
Hasil dapatan pada Rajah 1 menunjukkan sebanyak 24% iaitu sebanyak 19 maklumbalas menyatakan tentang sudut kelemahan. Namun begitu, hasil analisa mendapati terdapat maklumbalas tentang kelemahan yang tidak berkaitan dengan pengajaran berkumpulan. Dapatan akhir menunjukkan bahawa kelemahan berkaitan pengajaran berkumpulan yang dinyatakan adalah berkaitan kesukaran menerima bilangan ramai guru berbanding pendekatan lazim dengan seorang guru sahaja bagi satu kursus akademik. Penulis berpendapat, kaedah pembelajaran dalam talian juga mungkin menjadi faktor kesukaran dan kekeliruan yang timbul kerana pelajar tidak dapat mengenali dan memahami dengan baik gaya pengajaran guru mereka.
Jadual 2: Contoh maklumbalas pelajar berkaitan kelemahan team teaching
Responden Maklumbalas
R24 keliru untuk kali pertama kerana perlu untuk menyesuaikan diri dengan beberapa bilangan cikgu yang mengajar
R39 berlaku sedikit percanggahan atau kecelaruan apabila berlaku pertukaran selepas mid sem.
R72 kelemahannya adalah terdapat kekeliruan dari segi subtopik2 yang diajar. Sometimes ingat ustazah 1 ajar arab 2, rupanya ustazah 1 ajar arab 1
R84 sukar untuk memahami guru kerana waktu yang singkat
Berdasarkan data, responden menyatakan tentang kekeliruan, kecelaruan dan kesukaran dengan penggunaan perkataan keliru pada kekerapan yang paling tinggi.
Hasil analisa maklumbalas, penulis dapati, punca utama kepada kekeliruan ini bukanlah terletak kepada pendekatan pengajaran berkumpulan itu secara khusus,
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021
“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”
Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia
E-Prosiding SAIS 2021 tetapi berpunca daripada wujudnya dua kursus Bahasa Arab yang diambil oleh responden pada semester yang sama dan sebahagiannya pula diajar oleh pengajar yang sama. Sebagai contoh, penulis mengajar kursus TLA0713 dan kursus TLA0723 dan keduanya menggunakan pendekatan pengajaran berkumpulan. Kedua-dua kursus ini diambil oleh responden dan sebahagian daripada mereka belajar dengan penulis bagi kedua-dua kursus. Kelemahannya ialah pelajar mudah keliru untuk membezakan topik pembelajaran dan tugasan yang datang dari pengajar yang sama berkaitan kursus dari bidang yang sama. Kekeliruan boleh bertambah apabila berlaku persilangan atau pertukaran antara guru dan kedua kursus tersebut pada pertengahan semester pengajian mengikut konsep team teaching. Perbezaan karektor guru juga antara penyebab kesukaran bagi pelajar yang sudah mula biasa dengan karektor guru sedia ada sebelum proses pertukaran guru berlaku. Kelemahan lain yang dinyatakan melibatkan ketidakseragaman penyampaian maklumat oleh guru sebagai punca kekeliruan perlu diberi diambil tindakan penambahbaikan oleh guru.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Pelaksanaan kaedah pengajaran berkumpulan bermanfaat untuk kedua-dua pihak yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah kekurangan beban pengajaran bagi pihak ramai pengajar malah ia juga memiliki kelebihan yang dapat diperolehi dan dialami sendiri oleh pihak pelajar. Walaupun terdapat kelemahan yang diutarakan oleh pelajar, penulis berpendapat dengan pelbagai kelebihan yang diperolehi pelajar dan manfaat kemakmuran bersama dikalangan guru yang terlibat, kaedah team teaching sesuai untuk dilaksanakan dalam kursus Bahasa Arab sebagai penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Kelemahan yang timbul dari segi pertembungan dua kursus Bahasa Arab dalam satu semester yang sama boleh diselesaikan apabila stuktur kurikulum baru Pusat Tamhidi mula digunakan dalam tempoh terdekat. Setiap pelajar dari semua program tamhidi akan hanya mengambil satu kursus Bahasa Arab sahaja dalam satu semester pengajian. Kelemahan dari segi kekeliruan penyampaian maklumat berkaitan tugasan khususnya perlu diambil tindakan penambahbaikan oleh pengajar agar tiada lagi pertindihan, pertembungan atau kelewatan maklumat.
RUJUKAN
Noraini Ibrahim & Nurul Syafinaz Ishak. 2013. Team Teaching sebagai Langkah Melindungi Masa Instruksional. Bab dalam buku Melindungi Masa Instruksional (MMI). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nor Haiza. 2011. Strategi Pengajaran Berpasukan (Team Teaching). Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021
“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”
Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia
E-Prosiding SAIS 2021 Supahar. 2009. Team Teaching: Sebuah Strategi Untuk Membangun Learning Community.
Prosiding Seminar Nasional Penelitian, Pendidikan dan Penerapan MIPA.
Fakultas MIPA, Universitas Negeri Yogyakarta.
Johannes J. Gultom. t.t. Penyelenggaraan Pendidikan Melalui Team Teaching. Fakultas
Bahasa dan Seni Universitas Negeri Medan.
https://media.neliti.com/media/publications/77407-ID-penyelenggaraan pendidikan-melalui-team.pdf
Mohd Asnorhisham dan Abdul Rahim. 2017. Pendekatan Pengajaran Secara Berkumpulan Dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)
I Wayan Ratha Adhi Kesuma. 2016. Implementasi Model Pengajaran Team Teaching Method. Vol. XV Nomor 28 Oktober 2016 : 1 – 138
Sri Adi Widodo. 2013. Implementasi Team Teaching Terhadap Prestasi Belajar Siswa Sma Kelas X Se-Kota Yogyakarta Pada Materi Trigonometri. UNION: Jurnal Pendidikan Matematika, Vol 1 No 1, November 2013.
Eni Retno Kusrini. 2019. Identifikasi Hambatan Dan Solusi Penerapan Team Teaching Untuk Mengoptimalkan Pembelajaran Di Kelas I Sekolah Dasar. Publikasi Ilmiah.
Jabatan Pengajian Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi. (2012). Asas Pembelajaran dan Pengajaran Pensyarah Institusi Pengajian Tinggi. Pejabat Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Dasar, hala tuju Kementerian Pendidikan selaras agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Mahathir Mohamad: Amanat dan Aspirasi Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Bernama.
(2020).https://www.utusanborneo.com.my/2020/02/06/dasar-hala-tuju-
kementerian-pendidikan-selaras-agenda-wawasan-kemakmuran-bersama-2030 (diakses pada 29 Jun 2021)
Dasar, hala tuju KPM selaras agenda Wawasan Kemakmuran Bersama.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dasar-hala-tuju-kpm-selaras- agenda-wawasan-kemakmuran-bersama-230008 (diakses pada 29 Jun 2021) Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 akan dilancarkan semula.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/712611/wawasan-
kemakmuran-bersama-2030-akan-dilancarkan-semula (diakses pada 29 Jun 2021)