Pengalaman menakjubkan
PENGALAMAN memanjat tangga untuk sampai ke bahagian atas jejantas memberikan sedikit cabaran namun berbaloi apabila dapat melihat pemandangan indah dari lokasi paling tinggi di situ.
Pengunjung, Mohd.
Najib Asri, 40, berkata pengalaman berada di Forest Skywalk FRIM Kepong itu cukup seronok dirasakan walaupun peringkat awal timbul rasa gusar dan gayat dek ketinggian. •
"Walaupun ia sedikit mencabar kerana perlu memanjat tangga untuk sampai ke atas jejantas, namun ia bukanlah halangan untuk saya, demi mendapatkan pemandangan indah di sekitar Taman Botani Kepong yang menghijau.
"Jika suka bergambar pula, ini adalah lokasi terbaik dan unik untuk merakam kenangan.
Walaupun saya agak gayat, tetapi ia tidak membantutkan hasrat saya untuk menikmati pengalaman menarik berada di Titian Silara ini," katanya.
Mohd. Najib ditemui
Pengalaman memanjat tangga untuk sampai ke bahagian atas jejantas memberikan sedikit cabaran namun berbaloi apabila dapat melihat pemandangan indah dari lokasi paling tinggi di situ."
sewaktu mengikuti ekspedisi rakan media ke Taman Botani, Kepong, anjuran Kelab Kembara Kosmopolitan, 27 November.
Ekspedisi berkenaan disertai kira-kira 12 peserta Kelab Kembara Kosmopolitan.