• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGAPLIKASIAN DAN FUNGSI SENI UKIRAN PADA RUMAH MELAYU TRADISIONAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PENGAPLIKASIAN DAN FUNGSI SENI UKIRAN PADA RUMAH MELAYU TRADISIONAL"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

132

International Journal of Engineering Advanced Research eISSN: 2710-7167 | Vol. 4 No. 3 [September 2022]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijear

PENGAPLIKASIAN DAN FUNGSI SENI UKIRAN PADA RUMAH MELAYU TRADISIONAL

Farhana Safar1*, Noor Azah Abdul Raman2 and Noor Diana Hazali3

1 Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, MALAYSIA

2 3 Program Sijil Teknologi Senibina, Kolej Komuniti Jasin, Merlimau, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: farhana.safar@pis.edu.my

Article Information:

Article history:

Received date : 21 August 2022 Revised date : 25 August 2022 Accepted date : 5 September 2022 Published date : 25 September 2022

To cite this document:

Safar, F., Abdul Raman, N. A., &

Hazali, N. D. (2022).

PENGAPLIKASIAN DAN FUNGSI SENI UKIRAN PADA RUMAH MELAYU

TRADISIONAL. International Journal of Engineering Advanced Research, 4(3), 132-142.

Abstrak: Senibina rumah Melayu tradisional adalah berbeza jika dibandingkan dengan rumah moden pada masa kini. Ini adalah kerana rumah Melayu tradisional dibina daripada bahan berasaskan kayu dan rekabentuknya seringkali dikaitkan dengan faktor alam semulajadi selain daripada memahami serta mempertimbangkan kehendak-kehendak alam sekitar dalam merekabentuk sesebuah rumah. Kreativiti tukang kayu dahulu boleh dilihat melalui hiasan ukiran pada panel di dinding rumah dan juga berfungsi sebagai medium pengaliran udara dan pencahayaan semulajadi di dalam rumah. Kekuatan motif ukiran rumah kayu tradisional adalah bergantung kepada kebolehan serta kemahiran tukang kayu melalui pelbagai teknik yang digunakan. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti jenis motif ukiran dan fungsi yang diaplikasikan pada rumah Melayu tradisional. Ini adalah kerana dengan memahami seni ukiran ini, ia dapat melestarikan warisan seni yang terdapat pada rumah melayu tradisional. Ukiran pada rumah melayu tradisional adalah merujuk kepada aktiviti lukisan terukur yang dijalankan di Rumah Melayu Tradisional Perak atau Rumah Kutai yang kini dimiliki oleh Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM). Hasil kajian ini mendapati bahawa ukiran yang terdapat pada rumah kutai ini adalah serba ringkas dimana ia dihiasi dengan beberapa motif yang berunsurkan alam semulajadi dan

(2)

1. Pengenalan

Senibina rumah Melayu tradisional merupakan senibina warisan yang perlu dipelihara dan teruskan oleh generasi akan datang. Rekabentuk rumah Melayu tradisional mempunyai nilai estetika tersendiri dan dihiasi dengan keindahan seni ukir sebagai lambang kepada ketinggian budaya tamadun Melayu (Mashitah Sulaiman dan Mohd Nazir Ahmad, 2021). Selain daripada menjadi hiasan, seni ukiran kayu yang terdapat pada rumah tradisional memainkan peranan sebagai medium pengaliran udara dan pencahayaan semulajadi di dalam rumah. Antara bahagian ukiran kayu yang diaplikasi pada rumah Melayu tradisional adalah di dinding, pintu, tingkap, cucuran atap, tebar layar dan lain-lain. Kini, rumah Melayu tradisional yang mempunyai mutu hiasan ukiran yang tinggi telah mengalami kepupusan akibat peredaran zaman. Dengan kemajuan dipengaruhi oleh status sosial pemilik rumah serta kedatangan Islam.

Kata kunci: seni ukiran, rumah kutai.

Abstract: The architecture of traditional Malay houses is different when compared to modern houses today. This is because traditional Malay houses are built from timber as materials and their design is often related to natural factors with understanding and considering the requirements of the surrounding environment while designing a house. The creativity of previous woodcarver can be seen through the carved decorations at the panel on the walls and also acts as a medium of natural air flow and natural lighting in the house. The strength of traditional timber house carving motifs depends on the abilities and skills of the woodcarver through various techniques used.

Therefore, this study was conducted to identify the types of carving motifs and functions applied to traditional Malay houses. This is because by understanding the art of carving, it can preserve the artistic heritage found in traditional Malay houses. Engraving on traditional Malay houses refers to measured drawing activities carried out at the Traditional Malay House of Perak or Rumah Kutai which is now owned by the Malay Heritage Museum, Faculty of Modern Languages and Communication (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM). The results of this study showed that the minimal carvings found in this Rumah Kutai where they are decorated with several natural motifs and influenced by the social status of the homeowner and the arrival of Islam.

Keywords: art of carving, kutai house.

(3)

134

teknologi, pengaplikasian senibina rumah tradisional kepada bangunan sedia ada kurang mendapat perhatian daripada masyarakat setempat kerana lebih memilih kepada konsep moden yang muncul pada akhir era tahun 1990. Kedatangan senibina rumah moden dilihat tidak menonjolkan nilai- nilai kemasyarakatan dan budaya Melayu yang telah diamalkan turun-temurun lebih-lebih lagi dalam rekabentuk ruangnya (Mastor Surat, 2012). Kesukaran mendapatkan tukang kayu, bahan mentah kayu serta harga bahan mentah kayu yang tinggi merupakan faktor kepada kekurangan pembinaan rumah Melayu tradisional. Menurut Fadhlina Ahmad (2016) menyatakan bahawa kurangnya kesedaran dan pemahaman masyarakat terhadap fungsi ukiran menyebabkan ukiran tersebut tidak dianggap sebagai sesuatu yang eksklusif. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk memahami seni ukiran kayu dan fungsi pada rumah Melayu tradisional di Rumah Kutai. Pemilihan Rumah Kutai adalah kerana keunikan senibinanya serta merupakan identiti Perak yang semakin pupus.

2. Kajian Literatur Ukiran dan Fungsi

Seni ukiran kayu tradisional adalah sebahagian daripada warisan nyata yang boleh dilihat di rumah tradisional, masjid, dan istana di negara Asia Tenggara. Ianya merupakan satu pertukangan yang menjadi tradisi kepada masyarakat Melayu sejak turun temurun. Menurut Nila Inangda Manyam Keumala Daud et al. (2012) kebanyakan rumah kayu tradisional dihiasi dengan motif ukiran flora, kaligrafi, geometri, fauna dan ciri-ciri kosmik yang digambarkan mengikut bentuk, saiz dan dimensi panel kayu yang telah ditentukan. Ukiran kayu tradisional merupakan seni hiasan Melayu yang paling ketara. Ekspresi kreatif ukiran kayu Melayu dipengaruhi oleh nilai agama, moral, dan etika pengukir sebagai penyerahan jiwa kepada Yang Maha Kuasa yang meliputi ketakwaan, kedamaian, kebersamaan, kesetiaan, kelembutan dan kehausan (Izani Mat Il, 2022). Konsep penciptaan motif ukiran kayu Melayu dikaitkan dengan kerajaan Melayu kuno Langkasuka di bawah pengaruh agama Hindu. Namun sejak kedatangan Islam, penciptaan motif ukiran Melayu telah mengalami perubahan dimana motif-motif yang dicipta disesuaikan dengan prinsip dan nilai untuk mengelakkan ianya daripada bertentangan dengan ajaran Islam (Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir dan Asyaari Muhamad, 2018). Secara umumnya, penciptaan motif ukiran tradisional Melayu mempunyai prinsip panduan tersendiri yang membezakannya daripada tradisi ukiran di tempat lain. Motif ukiran tradisional Melayu boleh dikategorikan kepada motif hiasan atau corak yang telah diilhamkan oleh motif Melayu awal atau kuno seperti corak rekaan dengan motif bunga, tangkai daun dan pelepah iaitu awan larat (yang secara harfiah bermaksud awan mengawan) yang terdapat dalam persekitaran masyarakat Melayu serta motif-motif yang diilhamkan daripada imaginasi pengukir awal (Azreena Abu Bakar dan Nangkula Utaberta, 2013). Jadual 1 menunjukkan jenis-jenis ukiran yang terdapat pada rumah Melayu tradisional serta fungsinya.

(4)

Jadual 1: Jenis-Jenis Ukiran dan Fungsi Dalam Rumah Melayu Tradisional

Bentuk Motif Corak Fungsi Sumber

Bunga bayam peraksi

Awan larat

Pencahayaan dan pengudaraan bahagian atas dinding jandaria

https://umlibguides.u m.edu.my/pameranka yu/koleksimuzium

Bunga dala Awan larat Hiasan pada tebar layar rumah

https://umlibguides.u m.edu.my/pameranka yu/koleksimuzium

Bunga pepulut,

batang cincang

Awan larat

Pencahayaan dan pengudaraan bahagian atas dinding jandaria

https://umlibguides.u m.edu.my/pameranka yu/koleksimuzium

Itik pulang petang

Pengulangan berderet

Hiasan tangga Shaik Azahar Shaik Hussain dan Wan Noorazlen Abd Halim (2022)

(5)

136

Latar Belakang Rumah Tradisional Perak: Rumah Kutai

Rumah Kutai merupakan rumah Melayu tradisional yang terdapat di Negeri Perak, Malaysia dimana mempunyai pengaruh senibina Acheh dan Bugis. Ia adalah rekabentuk senibina kediaman serta telah wujud sebelum tahun 1900. “Kutai” bermaksud tua atau purba (Sabrizaa Rashid et al., 2021). Rumah Kutai merupakan jenis rumah Melayu tradisional yang asli di Perak dan dibina di sepanjang sungai Perak di tiga daerah Kuala Kangsar, Perak Tengah, dan Pasir Salak (Khairul Fikri Khairudin et al., 2018). Penempatan rumah Kutai negeri Perak di daerah-daerah tersebut adalah berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan Perak dahulu di mana ia telah menjadi kediaman ahli keluarga di Raja dan kepada orang-orang penting yang mempunyai hubungan rapat dengan istana (Yazid Saleh et al., 2018). Rumah berbumbung panjang ini menpunyai struktur utama tiang yang banyak dan tinggi. Rajah 1 menunjukkan Rumah Kutai milik Uda Noh seorang pendekar di Bota Kanan, Perak yang berusia 121 tahun serta telah dipindahkan dan dipasang semula di Muzim Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM). Merujuk kepada Rajah 2 pula, ia merupakan rumah milik seorang bangsawan Perak yang telah menjadi rumah tradisi Melayu berusia lebih 100 tahun di tebing Sungai Perak dan pernah menjadi menjadi lokasi dan persinggahan keluarga di Raja Perak untuk berehat ketika mudik ke hulu. Rumah ini telah dibeli oleh bekas Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Datuk Seri Ibrahim Abdul Rahman daripada pemilik asalnya dipindahkan ke Jalan Dato Kumbar, Alor Setar, Kedah. Oleh itu, perbezaan yang ketara dapat dilihat dari segi hiasan ukiran pada rumah tersebut dimana ukiran kayu di rumah seorang pendekar adalah lebih ringkas berbanding dengan rumah bangsawan yang dipenuhi oleh pelbagai jenis ukiran.

Terdapat dua jenis Rumah Kutai iaitu Rumah Kutai tiang 12 dan Rumah Kutai tiang 16. Secara amnya, perbezaan kedua-dua rumah ini dapat dilihat pada kedudukan struktur tiang utama pada rumah ibu dan serambi. Rumah kutai tiang 12 mempunyai enam batang tiang panjang pada bahagian rumah ibu dan 6 tiang pada bahagian serambi naik manakala rumah Kutai tiang 16 mempunyai lapan batang tiang panjang pada bahagian rumah ibu dan 8 tiang pada bahagian serambi naik. Menurut Sabrizaa Rashid et al. (2019) pada berdasarkan kajian yang lepas telah menyenaraikan ciri-ciri Rumah Kutai seperti dalam jadual 2.

Jadual 2: Ciri-ciri Yang Terdapat Pada Rumah Kutai (Sabrizaa Rashid et. al.,2019) Kategori Rekabentuk

Asas

Elemen Senibina

Bukaan Aras Tanah Nilai estetik - Rumah

Kutai Asli - Rumah

Kutai Beranjung - Rumah

Kutai Anjung Beranda

- Rumah Ibu - Rumah

Anjung - Rumah Tengah / Rumah Selang - Rumah Dapur

- Bumbung

- Struktur bumbung - Dinding

- Tingkap - Pintu - Lantai

- Rumah bertiang tinggi

- Tebar layar - Lebah

bergantung - Selak

Cantik/Alas Bendul - Lubang angin - Kepala pintu

dan tingkap

(6)

3. Metodologi

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan eksploratif dan deskriptif melalui aktiviti pengukuran di tapak dimana maklumat dikumpulkan daripada sumber utama iaitu lukisan terukur dan juga laporan rumah Melayu tradisional oleh Unit Teknologi Senibina, Kolej Komuniti Jasin dengan kerjasama Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM). Kajian analisis telah dilakukan ke atas rumah Melayu tradisional iaitu Rumah Kutai Perak milik Uda Noh B. Kanda Jaafar. Lokasi asal terletak di Kg. Pendiat Bota Kanan, Perak dan sebelum ditempatkan semula di bawah seliaan Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM). Berdasarkan lukisan yang diukur, rumah ini telah mempamerkan ukiran khas hasil kraftangan yang sangat baik.

Jadual 3 menunjukkan maklumat berkenaan rumah dan penempatan komponen yang diukir. Pelan rumah, lukisan pandangan, lukisan keratan rentas dan lukisan terperinci dirujuk untuk menganalisis data kolektif secara deskriptif bagi mengenal pasti jenis komponen ukiran dan menentukan kualiti reka bentuknya termasuk karakter visual dan prinsip susunan komposisi.

Jadual 3: Komponen Ukiran Rumah Melayu Tradisional Perak No Jenis Rumah Tahun

dibina Pemilik Lokasi Asal

Lokasi Penempatan

Ukiran

Komponen Ukiran 1 Rumah Kutai 1901 Uda Noh B.

Kanda Jaafar

Kg. Pendiat Bota Kanan, Perak

Pintu utama dan pintu belakang

Hiasan di kepala pintu (K1)

Tingkap Jerejak tingkap (K2)

Tingkap Panel pengudaraan di kepala pintu (K3)

Dinding dalaman

Panel Pengudaraan di bahagian atas dinding (K4)

Rajah 1: Pandangan hadapan Rumah Kutai milik

Uda Noh (UtusanTV, 2021) Rajah 2: Pandangan hadapan Rumah Kutai milik bangsawan (Utusan

Malaysia, 2021)

(7)

138

4. Analisis Data

Rumah Kutai Perak Uda Noh Bin Kanda Jaafar

X X

PELAN LANTAI

Paksi menegak dibahagian luar merupakan garisan pengulangan motif di sebelah kiri pusat yang menunjukkan keseimbangan dan simetri. Pada garis paksi ini motif kiri adalah cermin pantulan kepada motif kanan.

Panel dengan motif relif bertindih menunjukkan kerumitan visual sekaligus mempamerkan kemahiran dan kesenian pengukir.

Lingkaran dedaun yang membentuk gegelung didalam parameter memberikan integriti struktur dalam panel ini. Pergerakan daun yang melengkung ke bawah menunjukkan proses pertumbuhan dalam tumbuhan semulajadi seterusnya mengimbangi pertumbuhan bunga di bahagian tengah. Ia menunjukkan pemikiran logikalpengukir terhadap alam semula jadi.

Bentuk daun abstrak yang dikenali sebagai paku pakis mungkin mewakili makara yang diulang beberapa kali dalam saiz yang berbeza dan orientasinya mencipta irama.

Corak berulang hujung daun yang bergulung diulang secara berirama berkemungkinan besar untuk melembutkan bentuk komposisi yang kaku di dalam panel.Gulungan bermaksud kepingan ukiran tiga dimensi yang menunjukkan tahap kesukaran yang tinggi untuk penghasilannya seterusnya mempamerkan kemahiran tinggi pengukir.

Motif bunga pusat mungkin berfungsi sebagai titik tumpuan, titik asal dan unsur dominan dari mana unsur-unsur tumbuhan lain dalam komposisi yang seimbang, bersepadu dan harmoni. Pergerakan yang terdapat pada bunga pusat ini menunjukkan proses pertumbuhan dalam tumbuhan semulajadi. Ia menunjukkan pemikiran logik, kreativiti dan inspirasi pengukir terhadap alam semulajadi.

Rajah 3: Panel dekorasi ukiran (K1)

(8)

Rajah 6: Panel Dekorasi Ukiran (K4) PANDANGAN KANAN

KERATAN X - X

Panel berlubang dengan motif bukan relif mewujudkan hubungan permukaan negatif dan positif seterusnya menawarkan kerumitan visual.

Ia merupakan petunjuk yang menunjukkan kemahiran, kreativiti dan kebijaksanaan Paksi mengufuk adalah garis di mana pengulangan motif diatas dan bawah pusat mempamerkan keseimbangan dan simetri.

Dengan mempunyai dua paksi pada panel, menegak dan mengufuk menandakan kreativiti dan kemahiran pengukir. Susunan imbangan Unsur-unsur motif geometri diulang-ulang secara

berirama. Geometri yang bersambung memberikan integriti struktur dan memperkayakan corak pada bingkai panel ini. Kualiti ukiran ini mempamerkan tahap kerumitan ukiran tertentu secara visual. Ia menunjukkan kemahiran tinggi kraftangan, kesenian, Paksi menegak adalah garisan di mana pengulangan motif di kiri dan kanan pusat memberi keseimbangan dan simetri pada modular. Pada garisan paksi ini motif kiri adalah cermin pantulan kepada motif disebelah

Rajah 5: Panel dekorasi ukiran Rajah 4:

Panel dekorasi

(9)

140

5. Perbincangan

Hasil kajian menunjukkan bahawa karakter visual komponen ukiran telah dikenalpasti dalam menentukan komposisi visual, keindahan dan maksud komponen ukiran serta hubungannya dengan unsur senibina rumah Melayu. Ini termasuklah jenis, komposisi, dan juga rekacorak ukiran.

Melalui komponen yang terdapat pada rumah ini, pengukir telah menggunakan teknik tebuk timbul bersilat dan tebuk tembus dalam penghasilan ukiran. Ini kerana teknik ini lebih senang, cepat dan mudah diperbaiki jika berlakunya kesilapan semasa proses menyobek.

Rajah 3 menunjukkan ukiran terdiri daripada awan larat yang bermotifkan kumpulan flora dan paku pakis sebagai rekacorak yang dipilih seterusnya mempamerkan karya seni ukiran Melayu yang digemari oleh pengukir. Rekacorak ini terdiri daripada beberapa elemen tumbuhan seperti daun, bunga, putik bunga, batang dan pucuk digabungkan untuk membentuk satu ukiran lengkap dengan tahap kerumitan yang lebih tinggi. Panel ini juga mempunyai bunga tengah yang berfungsi sebagai titik permulaan ukiran. Ini kerana sesuatu ukiran boleh dikembangkan mengikut ciri atau karakter bunga tersebut yang menyamai ciri pertumbuhan tumbuhan yang menjalar. Motif flora juga digemari kerana ia mudah didapati disekeliling, mudah diukir, mudah dicipta dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Selain daripada motif flora, komponen ukiran adalah dalam bentuk panel segi empat tepat mendatar dipasang di dinding dalam merentasi ruangan bilik-bilik dan juga diletakkan diatas tingkap-tingkap. Komponen ini merupakan panel pengudaraan dinding berlubang dengan motif geometri dan berfungsi sebagai medium penembusan udara dan pencahayaan semulajadi ke dalam rumah (rujuk rajah 4-6).

Prinsip penyusunan komposisi visual komponen ukiran juga merupakan antara faktor dalam menentukan bentuk dan keindahan khusus komponen ukiran berkaitan dengan elemen senibina rumah melayu tradisional. Penggunaan prinsip susunan seperti simetri, irama dan pengulangan, kepelbagaian, fokus (penekanan visual), kontras, harmoni dan perpaduan telah diaplikasikan didalam rekabentuk ukiran di rumah kutai ini (rujuk rajah 3-6). Melalui komposisi visual ini, pengukir telah menterjemahkan idea dan konsep melalui pemerhatiannya kepada alam semulajadi seterusnya mempamerkan hasil ukiran yang berkemahiran dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Beberapa faktor termasuk karakter visual dan prinsip susunan yang digunakan dalam mengawal bentuk fizikal komponen ukiran telah dikenalpasti melalui kajian kes ini. Sekaligus menunjukkan penguasaan kemahiran, intuisi, kepintaran dan kreativiti pengukir Melayu melalui pemikiran logik dan kebijaksanaan dalam menggambarkan komposisi visual dan identiti ukiran kayu seterusnya mempamerkan keindahan alam semulajadi kepada keindahan buatan.

6. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian dan aktiviti lukisan terukur yang telah dijalankan terhadap Rumah Kutai mendapati pengaplikasian ukiran lebih menjurus kepada fungsi pencahayaan dan pengudaraan di dalam rumah. Hiasan ukirannya adalah bermotifkan flora yang menonjolkan unsur alam semulajadi dan bersesesuaian dengan status sosial pemilik tersebut sebagai seorang pendekar di Negeri Perak berbanding dengan rumah golongan bangsawan yang mempunyai ukiran dengan pelbagai teknik dan corak diaplikasikan pada rumah tersebut. Selepas kedatangan Islam, para pengukir dahulu telah menghasilkan ukiran dengan teliti dengan mengambil kira keindahan dan fungsi ukiran. Ukiran-ukiran yang dihasilkan adalah mengambil

(10)

kira faktor agama terlebih dahulu dan seterusnya diikuti dengan kepercayaan, adat dan persekitaran. Sekaligus menunjukkan penguasan kemahiran kepintaran dan kreatif pengukir Melayu di Negeri Perak. Identiti ukiran ini juga mempamerkan keindahan alam semulajadi kepada keindahan buatan ukiran kayu. Oleh itu, pemeliharaan dan pemuliharaan yang di ambil oleh pihak Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia sebagi satu langkah yang baik supaya masyarakat mengenali serta menghargai tradisi pembuatan dan kesenian Rumah Kutai yang menjadi warisan rumah Melayu tradisional khususnya di Negeri Perak. Diharap pada masa akan datang akan lebih banyak rumah Melayu tradisional dapat dipelihara dan dikekalkan agar warisan budaya dapat dihayati oleh generasi akan datang.

Rujukan

Bakar, A. A., & Utaberta, N. (2013). Motif-Motif Ukiran Pada Rumah Tiang Dua Belas Di Kelantan Dan Terengganu. Journal of Design and Built, 6.

Berita Harian (2022, Februari 21). Rumah Kutai Bota Berusia Lebih 100 Tahun Dialih ke Alor Setar, https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/lain-lain/2022/02/925069/rumah-kutai- bota-berusia-lebih-100-tahun-dialih-ke-alor-setar

Daud, N. I. M. K., Arbi, E., & Faisal, M. (2012). Pengaplikasian Ukiran Kayu Melayu Dalam Seni Bina di Malaysia. Journal of Design and Built Environment, 11, 1-14.

Ahmad, Fadhlina. (2016). Gaya Rupa dan Peletakan Ornamen Senibina Pada Rumah Tradisional Bumbung Panjang Melaka. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Teknologi Malaysia.

Il M. Hum, I. M.., & Abdul Rahman, M. B. (2022). Pendidikan Serta Kemahiran Ukiran Kayu Tradisional Melayu: Nilai Ekspresi Dan Makna. International Journal Of Creative Future And Heritage (Teniat), 10(1). Retrieved From Http://Journal.Umk.Edu.My/Index.Php/Teniat/

Article/View/824

Khairudin, K. F., Salleh, N. H., & Aripin, S. (2018). An Overview of the Construction Techniques of Traditional Malay Houses: Rumah Kutai, Perak. Environment-Behaviour Proceedings Journal, 3(7), 255-264.

Nasir, M. N. M., & Muhamad, A. (2018). Sejarah Ukiran Kayu dan Hiasan Perahu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6(3), 2018.

Rashid, S., Baharuddin, N., & Alauddin, K. (2021). The History And Transformation Of Perak Malay Traditional House. Malaysian Journal Of Sustainable Environment, 8(3), 71-86.

doi:10.24191/myse. v8i1.12661

Rashid, S., Alauddin, K., Baharuddin, M. N., & Choo, I. (2019). Architectural Design Evolution of the Malay Traditional Houses Along Sungai Perak. Borneo Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1), 1-10.

Saleh, Y., Hashim, M., Mahat, H., & Nayan, N. (2018). The Traditional Malay Houses in the District of Muallim, Perak: A Lost Legacy. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(2), 684-697.

Shaik Hussain, S. A., & Abd Halim, W. N. (2022). Penerapan Nilai Falsafah dalam Rekaan Seni Bina Rumah Melayu Anjung Layar Sari, Kampung Spaoh Betong, Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001341. https://doi.org/10.47405/

mjssh. v7i3.1341

(11)

142

Sulaiman, M., & Ahmad, M. N. (2021). Cabaran Kesinambungan Warisan Seni Bina Rumah Tradisional Melayu Di Semenanjung Malaysia: Solusi Ke Arah Memartabatkan Seni Budaya Warisan Ketamadunan Melayu. The International Conference On Da’wah And Islamic Management. https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/16107

Surat, M. S., Baharum, M. A., Usman, I. M. S., Musa, A. R., & Tawil, N. M. (2012). Mengenalpasti Tahap Kesejahteraan Seni Bina Warisan Melayu Melalui Konsep Islam. Journal of Design and Built, 5(1).

UtusanTV. (2021, November 17). Rumah Kutai: Rahsia Di Sebalik Rumah Pendekar Dari Perak.

https://utusantv.com/2021/11/17/rumah-kutai-rahsia-di-sebalik-rumah-pendekar-dari-perak/

Pameran Ukiran Kayu: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM. Perpustakaan Universiti Malaya. https://umlibguides.um.edu.my/pamerankayu/koleksimuzium

Referensi

Dokumen terkait

TAPA K Bangunan.. maupun secara teknis dan struktur namun tetap memasukkan unsur tradisonal melalui bentuk bangunan, ragam hias berupa motif gorga dan ukiran. Ulos, selendang

Hiasan ini ditempatkan pada bagian bawah rumah, dengan harapan apapun yang datang dari bawah merupakan ber- kah yang berasal dari Dewa Uwae.. ping itu, motif ini

Ragam hias yang sangat banyak dari suku Melayu Riau biasanya digunakan dalam ukiran dan kerajinan tangan, dalam penulisan ini berkosentrasi pada perancangan dan pengembangan

4.4.2 Penerapan Motif hias Tradisional Bali Pada Bangunan Padmasana Sudah menjadi kebiasan bagi masyarakat Hindu di Bali dalam membuat bangunan selalu diberi hiasan

Penyelidikan ini mengemukakan empat objektif kajian iaitu: 1) mengkaji kearifan tempatan dalam warisan seni bina rumah tradisional masyarakat Melayu; 2) meneroka

Penggunaan material panas yang rendah di semua bagian rumah Melayu tradisional di kota Sambas mampu mengendalikan pemanasan yang berlebihan di dalam rumah pada siang hari

Ragam hias yang sangat banyak dari suku Melayu Riau biasanya digunakan dalam ukiran dan kerajinan tangan, dalam penulisan ini berkosentrasi pada perancangan dan pengembangan

Ragam hias yang sangat banyak dari suku Melayu Riau biasanya digunakan dalam ukiran dan kerajinan tangan, dalam penulisan ini berkosentrasi pada perancangan dan pengembangan