• Tidak ada hasil yang ditemukan

Semua Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri,(104)dlm.PPS.416 Jld. IISemua Jurutera Projek,4 Mei 1991Semua Ketua Cawangan/Unit JPS Kuala Lumpur.Tuan,

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Semua Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri,(104)dlm.PPS.416 Jld. IISemua Jurutera Projek,4 Mei 1991Semua Ketua Cawangan/Unit JPS Kuala Lumpur.Tuan,"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Semua Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri, (104)dlm.PPS.

416 Jld. II Semua Jurutera Projek,

4 Mei 1991 Semua Ketua Cawangan/Unit JPS Kuala Lumpur.

Tuan,

Penyediaan Ringkasan Harga Tawaran Di dalam

Laporan Perakuan Tawaran Kepada Lembaga Tawaran ---

Seperti yang tuan sedia maklum, format perakuan untuk tawaran kerja sepertimana yang diedarkan melalui surat bil.(29)dlm.PPT.302/5 bertarikh 8 November 1984 memerlukan diberi ringkasan perbandingan harga untuk item-item penting/utama di dalam tawaran yang ... dinilai itu.

Disertakan bersama-sama ini contoh jadual ringkasan perbandingan harga seperti mana yang terdapat di dalam format yang telah diedarkan terdahulu itu (sila lihat Lampiran A).

2. Bagi membolehkan Lembaga Tawaran mendapat gambaran perbandingan harga yang lebih jelas dan membuat keputusan yang saksama adalah dikehendaki, mulai tarikh penulisan surat ini, di mana terdapat `Provisional Sums & Prime Cost Sums' di dalam tawaran tuan, ianya hendaklah dikategorikan sebagai satu item yang berasingan. (sila lihat contoh di Lampiran B).

3. Selanjutnya pihak tuan adalah dikehendaki lebih berhati-hati di dalam penggunaan perkataan `Provisional Sums' dan `Prime Cost Sums' di dalam penyediaan senarai bahan. Adalah didapati terdapat keadaan di mana item yang sepatutnya disenaraikan sebagai `Provisional Sums' telah disenaraikan sebagai `Prime Cost Sums'.

4. `Provisional Sums' adalah sejumlah wang yang diperuntukkan bagi kerja atau bagi bekalan barang-barang atau bahan yang sama sekali tidak boleh diramal, ditetapkan atau dihuraikan semasa dokumen tender dikeluarkan dan jumlah wang itu boleh dibayar dan dibelanjakan pada bila-bila masa dan sebanyak apa-apa amaun bagi faedah mana-mana orang sebagaimana diarahkan oleh Pegawai Penguasa. Contoh di mana `Provisional Sums' boleh digunakan adalah `Provisional Sum for Daywork' dan `Provisional Sum for Work Done or Services Provided by Local Authorities or Other Public Bodies'.

2/...

- 2 -

(2)

5. `Prime Cost Sums' adalah sejumlah wang yang diperuntukkan bagi kerja atau perkhidmatan yang akan dilaksanakan oleh Subkontraktor Dinamakan, atau bagi bahan atau barang-barang yang akan didapatkan daripada Pembekal Dinamakan. Contoh di mana `Prime Cost Sums' boleh digunakan adalah `Prime Cost Sum for Electrical Installation' dan `Prime Cost Sum for Pumpset Installation'.

Sekian, dimaklumkan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(IR. D.N. WELCH) b.p. Ketua Pengarah,

Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia.

Tawaran.wp

(3)

Lampiran A

Ringkasan Penilaian Harga Tawaran

(Sepertimana yang diedarkan melalui surat bil.(29)dlm.PPT. 302/5 bertarikh 8 November 1984)

Penilaian terperinci ke atas harga tawaran tender ini telah dibuat dengan memecahkan harga tawaran mengikut jenis atau kategori kerja yang terlibat dalam skop tender ini seperti jadual dibawah:

Bil. Jenis Kerja Anggaran

$

Tender 12/14

$

Tender 1/14

$

Tender 4/14

$

Tender 14/14

$ 1. General items

2. Earthworks for drains,

canals &

farmroads.

3. Concrete -lined canals.

4. Irrigation and drainage structures.

288,000.00 1,776,930.00

1,380,853.50

764,915.95

186,955.60 1,069,449.18

1,373,754.60

692,595.62

341,000.00 1,263,733.10

1,004,402.60

679,779.15

217,500.00 994,219.00

1,545,530.10

644,361.30

196,500.00 1,922,979.40

406,440.25

885,485.70

Jumlah 4,210,699.45 3,322,755.00 3,288,914.85 3,401,610.40 3,411,405.35

Catatan: Pentender No. 12/14 telah mengurangkan harga tawarannya kepada $3,192,755.00

(4)

LAMPIRAN B

Ringkasan Penilaian Harga Tawaran ---

Penilaian terperinci ke atas harga tawaran tender ini telah dibuat dengan memecahkan harga tawaran mengikut jenis atau kategori kerja yang terlibat dalam skop tender ini seperti jadual dibawah:

Bil. Jenis Kerja Anggaran

$

Tender 12/14

$

Tender 1/14

$

Tender 4/14

$

Tender 14/14

$ 1.(i) General

items (excluding Prime Cost Sums &

Provisional Sums) (ii) Prime Cost Sums &

Provisional Sums (including Profit &

attendance charges) 2. Earthworks for drains, canals &

farmroads.

3. Concrete- Lined canals.

4. Irrigation and drainage structures.

183,000.00

105,000.00

1,776,930.00

1,380,853.50 764,915.95

82,955.60

104,000.00

1,069,449.18

1,373,754.60 692,595.62

231,000.00

110,000.00

1,263,733.10

1,004,402.60 679,779.15

112,500.00

105,000.00

994,219.00

1,545,530.10 644,361.30

90,500.00

106,000.00

1,922,979.40

406,440.25 885,485.70

Jumlah 4,210,699.45 3,322,755.00 3,288,914.85 3,401,610.40 3,411,405.35 Catatan: Pentender No. 12/14 telah mengurangkan harga

tawarannya kepada $3,192,755.00

Referensi

Dokumen terkait