• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGARUH FAKTOR KEBERGUNAAN DAN KEMUDAHGUNAAN TERHADAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PENGARUH FAKTOR KEBERGUNAAN DAN KEMUDAHGUNAAN TERHADAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

International Journal of Business and Economy eISSN: 2682-8359 [Vol. 2 No. 3 September 2020]

http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijbec

PENGARUH FAKTOR KEBERGUNAAN DAN

KEMUDAHGUNAAN TERHADAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN PERUSAHAAN KECIL DAN

SEDERHANA DI MALAYSIA

Syaharizad Abdul Razak1* dan Azilahwati Adam2

1 Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, MALAYSIA

2 Kolej Komuniti Jasin, Melaka, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: syaharizad@ptsb.edu.my Article Information:

Article history:

Received date : 15 July 2020 Revised date : 12 August 2020 Accepted date : 20 August 2020 Published date : 7 September 2020

To cite this document:

Abdul Razak, S., & Adam, A. (2020).

PENGARUH FAKTOR KEBERGUNAAN DAN

KEMUDAHGUNAAN TERHADAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA DI

MALAYSIA. International Journal Of Business And Economy, 2(3), 59-67.

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor- faktor yang mempengaruhi penggunaan media sosial dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia berdasarkan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan sampel kajian telah dipilih dalam kalangan PKS di Malaysia dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Sebanyak 212 borang soal selidik telah dikumpulkan dan data dianalisis menggunakan Permodelan Persamaan Struktur Kuasa Dua Terkecil Separa (SEM-PLS). Hasil analisis membuktikan faktor kebergunaan (β = 0.144; p<0.05) dan kemudahgunaan (β

= 0.334; p<0.05) yang menyumbang kepada penggunaan media sosial dalam kalangan PKS di Malaysia.

Kesimpulannya, kajian ini boleh dijadikan panduan kepada PKS untuk menggunakan media sosial dalam aktiviti perniagaan terutamanya sebagai medium pemasaran.

Kata kunci: Kebergunaan, Kemudahgunaan, Media Sosial, PKS.

(2)

1. Pengenalan

Dewasa ini, masyarakat dunia termasuk di Malaysia mempunyai gaya hidup yang berteraskan digital. Hampir semua urusan harian seperti perbankan sehingga kepada memesan makanan dapat dilakukan dengan hanya menggunakan teknologi digital. Berdasarkan gaya hidup digital maka penggunaan media sosial pun turut sama berkembang pesat. Di Malaysia penggunaan media sosial begitu meluas dan rata-rata individu mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram dan sebagainya (Sulaiman, Moghavvemi, Jaafar, & Mohd Shuib, 2015).

Bermula dengan hanya untuk bersosial secara maya, penggunaan media sosial kini telah menular dalam dunia perniagaan. Media sosial digunakan sebagai medium untuk usahawan menjalankan urusniaga secara atas talian dan menjalankan aktiviti pemasaran. Keupayaan media sosial yang boleh merentasi sempadan tempat dan waktu pada bila-bila masa dengan kos yang efektif mampu meluaskan jenama produk perniagaan ke peringkat global (Alraja, Khan, Khashab, & Aldaas, 2020; Bataineh, Al-Abdallah, & Alkharabsheh, 2015).

Media sosial tidak hanya relevan digunakan oleh syarikat-syarikat multinational tetapi ia juga sesuai digunakan oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (Calli & Clark, 2015). Dalam satu kajian lain menjelaskan bahawa teknologi yang mudah digunakan seperti media sosial berkemungkinan akan diterima oleh PKS berbanding teknologi yang terlalu kompleks (Sago, 2013). Menurut Rauniar, Rawski, Yang dan Johnson (2014) pula, teknologi yang berguna boleh memberi pengaruh yang positif kepada PKS dalam menjalankan urusan perniagaan.

Model Penerimaan Teknologi (TAM) digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan media sosial. Faktor-faktor ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu kebergunaan dan kemudahgunaan yang mempengaruhi penggunaan media sosial dalam kalangan PKS di Malaysia (Davis, 1989).

1.1 Objektif Kajian

• Untuk menentukan hubungan antara kebergunaan dengan penggunaan media sosial dalam kalangan PKS.

• Untuk menentukan hubungan antara kemudahgunaan dengan penggunaan media sosial dalam kalangan PKS.

1.2 Hipotesis Kajian

• H1: Terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor kebergunaan dengan penggunaan media sosial dalam kalangan PKS.

• H2: Terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor kemudahgunaan dengan penggunaan media sosial dalam kalangan PKS.

(3)

1.3 Kerangka Konseptual Kajian

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian

2. Kajian Literatur 2.1 Media Sosial

Kaplan dan Haenlein (2010) mentakrifkan media sosial sebagai kumpulan aplikasi berasaskan Internet yang dibina berasaskan kepada ideologi dan teknologi web 2.0 yang membolehkan kandungan dibina dan diubahsuai oleh pengguna. Namun begitu, ciri-ciri media sosial yang ditetapkan oleh Kaplan dan Haenlein (2010) adalah bergantung kepada jenis-jenis media sosial.

Manakala, Howison, Finger, dan Hauschka (2014) dalam kajian beliau menyatakan, media sosial adalah inovasi teknologi berasaskan web yang mewujudkan sebuah platform interaktif yang mana individu dan komuniti boleh berkongsi maklumat, merekabentuk dan mengubahsuai kandungan mengikut citarasa yang diingini melalui aplikasi seperti laman rangkaian sosial, platform perkongsian video dan sebagainya. Dalam kajian lain membuktikan media sosial merupakan penggunaan teknologi berasaskan web dan mudah alih yang membenarkan perkongsian maklumat dan melibatkan komunikasi dalam kalangan individu, masyarakat dan organisasi (Akram &

Albalawi, 2016).

2.2 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Definisi PKS dalam kajian ini adalah merujuk kepada definisi yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia (2014) iaitu berdasarkan nilai jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh yang dimiliki oleh PKS. PKS dalam konteks kajian ini terdiri daripada PKS kategori mikro, kecil dan sederhana yang terlibat dalam sektor berasaskan pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, pertanian, perlombongan dan pengkuarian yang menggunakan media sosial dalam perniagaan mereka. PKS berperanan sebagai ejen ekonomi yang sangat penting bagi membantu Malaysia mencapai aspirasi sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Kepelbagaian jenis sektor PKS menyumbang kepada pembangunan komponen ekonomi Malaysia (Adam, 2016).

Kebergunaan

Kemudahgunaan

Penggunaan Media Sosial

H1

H2

(4)

2.3 Model Penerimaan Teknologi (TAM)

TAM mula diperkenalkan oleh Davis (1989) berasaskan Teori Tindakan Beralasan (TRA). TRA mengatakan bahawa kepercayaan seseorang individu mempengaruhi sikap individu itu seterusnya membentuk niat yang akan menghasilkan sesuatu kelakuan. Manakala TAM pula menerangkan bagaimana kepercayaan seseorang individu mempengaruhi sikap serta membentuk niat seseorang individu itu untuk menerima dan menggunakan sesuatu teknologi yang baru. Kedua-dua TAM dan TRA ini mempunyai elemen kelakuan yang kuat, yang mana apabila seseorang individu itu mempunyai niat untuk melakukan sesuatu, ia bebas dilakukan tanpa ada sekatan atau batasan (Fădor, 2014).

Davis (1989) menekankan dua konstruk utama dalam menggunakan sesuatu teknologi iaitu kebergunaan dan kemudahgunaan. Kedua-dua konstruk ini, kebergunaan dan kemudahgunaan mempunyai pengaruh penting ke atas kelakuan penerimaan individu terhadap teknologi. TAM adalah model yang sering digunakan dan disahkan oleh penyelidik-penyelidik dalam pelbagai konteks dan merentasi pelbagai jenis teknologi (Venkatesh, 2000). Kajian-kajian lalu membuktikan TAM digunakan untuk mengkaji pelbagai jenis teknologi yang merangkumi penggunaan media sosial, e-dagang, perbankan internet dan sebagainya (Dumpit & Fernandez, 2017; Hashim, Nor, & Janor, 2016).

2.4 Konstruk Kajian 2.4.1 Kebergunaan

Kebergunaan merupakan antara faktor yang mempengaruhi penggunaan media sosial dalam kalangan pengguna. Davis (1989) mendefinisikan kebergunaan dengan melihat sejauhmana pengguna percaya bahawa dengan menggunakan sesuatu sistem, aplikasi tertentu atau teknologi web 2.0 akan meningkatkan prestasi sesuatu aktiviti. Selain itu, kebergunaan juga melihat sejauhmana pengguna media sosial percaya bahawa dengan menggunakan media sosial dapat membantu untuk memenuhi keperluan matlamat seseorang individu atau sesebuah organisasi.

2.4.2 Kemudahgunaan

Kemudahgunaan merupakan faktor penentu yang mempengaruhi pengguna untuk menggunakan media sosial. Davis (1989) mendefinisikan kemudahgunaan dengan melihat sejauhmana pengguna percaya mereka tidak perlu berusaha lebih untuk menggunakan sesuatu sistem. Manakala, dalam kajian yang dijalankan oleh Destiana, Salman, & Abd Rahim (2013) menjelaskan kemudahgunaan dari perspektif media sosial, iaitu kemudahgunaan bermaksud seseorang individu itu tidak memerlukan tenaga dan masa yang banyak untuk mempelajari penggunaan media sosial.

(5)

2.4.3 Penggunaan Media Sosial

Davis (1989) dalam kajian beliau menekankan istilah penggunaan sesuatu sistem atau teknologi adalah dari segi kekerapan pengguna menggunakannya sama ada selalu menggunakan, kadang- kadang, jarang-jarang atau tidak menggunakan langsung. Namun, dalam kajian ini, aspek penggunaan lebih memfokuskan kepada tujuan PKS menggunakan media sosial dalam perniagaan.

Dalam kajian ini, tujuan penggunaan media sosial oleh PKS adalah untuk mempromosi produk atau perkhidmatan, berkomunikasi dengan pelanggan, menyampaikan maklumat , meluaskan jenama ke peringkat global dan kos yang efektif (Alloq, Kusumawati, & Abdillah, 2018; Razak &

Latip, 2016).

3. Metodologi

Kajian ini dijalankan secara kuantitatif melibatkan 212 orang usahawan PKS. Kajian ini menggunakan prosedur pengumpulan data soal selidik melalui kaedah internet. Prosedur pengumpulan data secara internet digunakan kerana saiz sampel bagi kajian ini besar dan merangkumi satu Malaysia. Analisis statistik yang digunakan dalam kajian ini adalah berasaskan kepada pendekatan Permodelan Persamaan Struktur dengan menggunakan Kuasa Dua Terkecil Separa atau Partial Least Square Structural Equation Modelling (SEM-PLS). SEM-PLS adalah satu kaedah analisis statistik multivariat yang mengkaji hubungan di antara konstruk yang merujuk kepada teori atau kajian-kajian lalu melalui hipotesis yang dibentuk (Hair, Hult, Ringle, &

Sarstedt, 2017).

Kajian ini menguji pekali lintasan dalam menentukan perhubungan di antara pembolehubah- pembolehubah di dalam model struktur (Latip, 2012). Nilai standard di antara -1 dan +1 menunjukkan terdapat hubungan yang kuat di antara pembolehubah. Selain itu, nilai pekali lintasan dalam model struktur ini juga perlu signifikan. Tahap signifikan perhubungan di dalam hipotesis kajian ini ditentukan melalui kaedah butstrap dengan merujuk kepada nilai t. Merujuk kepada Hair et al. (2017), nilai t yang diperolehi melalui analisis perlu melebihi nilai kritikal yang ditetapkan iaitu 1.96 pada aras signifikan p < 0.05 (5 peratus) bagi dua arah. Memandangkan kajian ini menguji hubungan positif pada satu arah sahaja antara pembolehubah, maka aras signifikan 0.05 dibahagikan kepada dua menjadi 0.025. Oleh yang demikian, dalam kajian ini analisis pekali lintasan ditentukan pada nilai t > 1.96 dan aras signifikan p < 0.025. Pemilihan aras signifikan ini bergantung kepada bidang kajian dan juga objektif kajian (Hair et al., 2017).

(6)

4. Hasil Dapatan dan Perbincangan 4.1 Profil Responden

Daripada 221 responden yang terlibat dalam kajian ini, terdapat 61 orang lelaki (28.8%) dan 151 orang perempuan (71.2%). Dari segi umur, kebanyakan responden berusia antara 31 - 40 tahun (34.0%). Sekitar 29.7% daripada responden berusia antara 21 – 30 tahun, diikuti oleh mereka yang berumur antara 41 – 50 tahun (18.4%). 10.4% responden berusia 51 tahun dan ke atas manakala 7.5% responden dalam kumpulan umur di bawah 20 tahun. Dari segi kelayakan akademik, sebanyak 49.1% responden yang mempunyai Sijil Pendidikan Malaysia, Diploma (26.4%), Ijazah Sarjana Muda (19.3%) dan Sarjana / PhD (5.2%). Hasil analisis juga menunjukkan, kebanyakan responden mula menggunakan media sosial dalam perniagaan mereka, kurang dari 1 tahun (21.7%), 1 - 3 tahun (36.3%), 4 - 6 tahun (19.8%), 7 - 9 tahun (8.5%) dan 10 tahun ke atas (13.7%).

4.2 Analisis Permodelan Persamaan Struktur Kuasa Dua Terkecil Separa (SEM-PLS) Dalam kajian ini, ujian t dengan satu arah (one tailed) digunakan untuk menentukan aras signifikan memandangkan hipotesis kajian ini memfokuskan kepada satu arah dapatan yang positif sahaja.

Seterusnya, nilai statistik t digunakan untuk menentukan aras signifikan sesuatu hubungan di antara pembolehubah laten. Analisis pekali lintasan ini dijalankan pada aras signifikan p < 0.025 dan hubungan di antara konstruk kajian adalah signifikan pada nilai t > 1.96. Jadual 1 menunjukkan nilai pekali lintasan, nilai t dan nilai p yang diperolehi hasil daripada analisis.

Jadual 1: Nilai Pekali Lintasan, Nilai t dan Nilai p

Bil Konstruk Arah Nilai Pekali

Lintasan

Nilai t Nilai p (Sig.) 1 Kebergunaan Penggunaan Media

Sosial

+ 0.144 2.017 0.022*

2 Kemudahgunaan Penggunaan Media Sosial

+ 0.334 3.354 0.000*

* Signifikan p < 0.025 (satu arah)

4.2.1 Hubungan antara faktor kebergunaan dengan penggunaan media sosial dalam kalangan PKS.

Nilai pekali lintasan dan nilai t menunjukkan hubungan positif yang signifikan (0.144; t = 2.017;

p < 0.025) di antara kebergunaan dan penggunaan media sosial. Oleh yang demikian, H1 diterima dalam kajian ini. Keputusan Hipotesis 1 telah menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor kebergunaan dengan penggunaan media sosial dalam kalangan usahawan PKS. Keputusan kajian ini telah disokong oleh model TAM. Davis (1989) mengatakan bahawa kebergunaan mempunyai hubungan yang positif dengan keinginan yang mendorong kepada penggunaan sebenar sesuatu teknologi.

(7)

Selain itu, dapatan kajian ini juga sepadan dengan keputusan kajian yang dilaksanakan oleh Veldeman, Praet dan Mechant (2015). Mereka mengkaji persepsi syarikat B2B (business-to- business) di Belgium terhadap penggunaan media sosial. Syarikat B2B beranggapan bahawa media sosial sangat berguna dan penting dalam perniagaan mereka. Konsep kebergunaan yang diketengahkan dalam kajian Veldeman et al. (2015) tersebut menekankan kepada proses penyampaian maklumat dan komunikasi bersama pelanggan, rakan kongsi, prospek perniagaan dan pihak ketiga.

4.2.2 Hubungan antara faktor kemudahgunaan dengan penggunaan media sosial dalam kalangan PKS.

Bagi H2, nilai pekali lintasan dan nilai t menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan (0.334; t = 3.354; p < 0.025) di antara kemudahgunaan dan penggunaan media sosial. Oleh yang demikian, H2 diterima dalam kajian ini. Hasil keputusan Hipotesis 2 juga menyatakan terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor kemudahgunaan dengan penggunaan media sosial dalam kalangan usahawan PKS di Malaysia.

Dapatan kajian ini mengukuhkan lagi dapatan kajian Davis (1989) dalam model TAM bahawa kemudahgunaan mempunyai hubungan yang positif dengan keinginan yang mendorong kepada penggunaan sebenar. Hal ini juga sejajar dengan kajian yang dilakukan oleh Sago (2013) ini yang mengatakan faktor kemudahgunaan mempengaruhi pelajar-pelajar universiti di Amerika Syarikat untuk menggunakan media sosial. Kajian tersebut membincangkan kemudahgunaan media sosial dalam aspek komunikasi secara atas talian.

5. Kesimpulan

Penggunan media sosial dalam perniagaan memberi peluang kepada PKS mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka ke peringkat global. Dengan kelebihan yang ada pada media sosial, PKS mampu bersaing dengan syarikat multinasional dari seluruh pelosok dunia. Ciri-ciri kebergunaan pada media sosial seperti kemampuan dalam memperkenalkan jenama, mempromosi jenama, pemasaran tular dan meluaskan jenama perniagaan ke peringkat antarabangsa boleh menggalakkan usahawan PKS untuk menggunakan media sosial dalam perniagaan mereka.

Jika ditinjau daripada sudut faktor kemudahgunaan dalam kajian ini, media sosial sangat mudah digunakan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pemasaran seperti mengiklankan produk atau perkhidmatan. Teknologi yang mudah seperti Facebook menyediakan ruang iklan atau promosi untuk usahawan PKS mensasarkan terus kepada pelanggan-pelanggan yang dikehendaki mengikut umur, lokasi, pekerjaan dan lain-lain. Di samping itu, media sosial seperti Telegram dan Whats App memudahkan usahawan PKS untuk berkomunikasi dengan pelanggan tanpa mengira tempat yang mana kebanyakan aplikasi media sosial boleh digunakan untuk bermesej, membentuk kumpulan dan sebagainya. Ini sekaligus juga memudahkan PKS untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan perniagaan kepada pelanggan dari masa ke semasa.

(8)

Sebagai kesimpulan, usahawan PKS perlu mengambil inisiatif dengan menggunakan media sosial dalam meluaskan perniagaan kerana internet kini menjadi satu medium yang penting dalam urusan seharian kebanyakan pengguna terutamanya dalam urusan jual beli.

Rujukan

Adam, A. (2016). a Review of Factors That Influenced the Intention of Acceptance and Use of Social Commerce Among Small Medium-Sized Enterprises in Malaysia. Advances in Business-Related Scientific Research Journal, 7(2), 130–140.

Akram, M. S., & Albalawi, W. (2016). Youths’ Social Media Adoption: Theoretical Model and Empirical Evidence. International Journal of Business and Management, 11(2), 22–30.

doi:10.5539/ijbm.v11n2p22

Alloq, D. K., Kusumawati, A., & Abdillah, Y. (2018). The Role of Social Media as Marketing Tools for Small and Medium Enterprises Performance. Jurnal Administrasi Bisnis, 62(2), 176–184.

Alraja, M. N., Khan, S. F., Khashab, B., & Aldaas, R. (2020). Does Facebook Commerce Enhance SMEs Performance? A Structural Equation Analysis of Omani SMEs. SAGE Open, 10(1), 1–

14. doi:10.1177/2158244019900186

Bataineh, A. Q., Al-Abdallah, G. M., & Alkharabsheh, A. M. (2015). Determinants of Continuance Intention to Use Social Networking Sites SNS’s: Studying the Case of Facebook. International Journal of Marketing Studies, 7(4), 121–135. doi:10.5539/ijms.v7n4p121

Calli, L., & Clark, L. (2015). Overcoming SME Barriers to Gaining Competitive Advantage through Social Media. In Proceedings of the 2nd European Conference on Social Media 2015:

ECSM 2015 (p. 59). doi:10.13140/RG.2.1.4136.3046

Davis, F. D. (1989). Perceived Usefulness, Perceived Ease of Use and User Acceptance Information Technology. Management Information System Center, 13(3), 319–340.

Destiana, I., Salman, A., & Abd Rahim, M. H. (2013). Penerimaan Media Sosial : Kajian Dalam kalangan Pelajar Universiti di Palembang. Malaysian Journal of Communication, 29(2), 125–

140.

Dumpit, D. Z., & Fernandez, C. J. (2017). Analysis of the use of social media in Higher Education Institutions (HEIs) using the Technology Acceptance Model. International Journal of Educational Technology in Higher Education, 14(1), 1–16. doi:10.1186/s41239-017-0045-2 Fădor, G. L. (2014). The Emergence and Development of the Technology Acceptance Model

(TAM ). In International Conference“Marketing-from information to decision” 7th Edition (pp. 149–161).

Hair, J. J. F., Hult, G. T. M., Ringle, C. M., & Sarstedt, M. (2017). A Primer on Partial Least Square Structural Equation Modelling (PLS-SEM) (Second Edi). Sage Publications.

Hashim, N. A., Nor, S. M., & Janor, H. (2016). Riding the Waves of Social Commerce : An Empirical Study of Malaysian Entrepreneurs. Geografia Online TM Malaysian Journal of Society and Space, 2(2), 83–94.

Howison, S., Finger, G., & Hauschka, C. (2014). Insights into the Web Presence, Online Marketing, and the Use of Social Media by Tourism Operators in Dunedin, New Zealand.

(9)

Kaplan, A. M., & Haenlein, M. (2010). Users Of The World, Unite! The Challenges and Opportunities of Social Media. Business Horizons, 53(1), 59–68.

doi:10.1016/j.bushor.2009.09.003

Latip, N. A. M. (2012). The Impact of Technological Capability on Power, Trust and Inter-Firm Relationship Performance.

Rauniar, R., Rawski, G., Yang, J., & Johnson, B. (2014). Technology Acceptance Model (TAM) and Social Media Usage: an Empirical Study on Facebook. Journal of Enterprise Information Management, 27(1), 6–30. doi:10.1108/JEIM-04-2012-0011

Razak, S. A., & Latip, N. A. Bin. (2016). Factors That Influence The Usage of Social Media In Marketing. Journal of Research in Business and Management, 4(2), 1–7.

Sago, B. (2013). Factors Influencing Social Media Adoption and Frequency of Use: An Examination of Facebook, Twitter, Pinterest and Google+. International Journal of Business and Commerce, 3(1), 1–14. Retrieved from http://www.ijbcnet.com/3-1/IJBC-13-2802.pdf SME Corporation Malaysia. (2014). Laporan Tahunan PKS : Lampiran 4 Definisi PKS.

Sulaiman, A. F., Moghavvemi, P. S., Jaafar, N. I., & Mohd Shuib, N. L. (2015). Factors Influencing the Use of Social Media by SMEs and its Performance Outcomes. Industrial Management &

Data Systems, 115(3), 570 –588.

Veldeman, C., Praet, E. Van, & Mechant, P. (2015). Social Media Adoption in Business-to- Business : IT and Industrial Companies Compared. International Journal of Business Communication, 1–23. doi:10.1177/2329488415572785

Venkatesh, V. (2000). Determinants of Perceived Ease of Use : Integrating Control , Intrinsic Motivation , and Emotion into the Technology Acceptance Model. Information Systems Research, 11(4), 342–365.

Referensi

Dokumen terkait

Terdapat lima objektif yang dirangka iaitu mengenal pasti motif penggunaan Facebook dalam kalangan guru, mengenal pasti kesan penggunaan Facebook dalam kalangan

Rumusan dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara 'burnout' dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah

Berdasarkan hasil uji hipotesis diketahui bahwa terdapat hubungan yang positif antara globalisasi perusahaan dengan pengungkapan informasi tanggung jawab sosial dan

Hasil analisis korelasi Pearson yang telah digunakan bagi kajian ini juga menunjukkan bahawa kebimbangan imej badan mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan risiko

1) Dalam penelitian ini terdapat tiga hipotesis yaitu (H1) Attitude berpengaruh positif dan signifikan terhadap behavior intention, (H2) subjective norm berpengaruh positif

Hasil uji hipotesis penelitian ini menunjukkan bahwa secara parsial terdapat pengaruh positif dan signifikan antara variabel sosial dan pribadi terhadap keputusan

Uji Hipotesis Hipotesis Keterangan T-statistics H1 Store Atmosphere tidak berpengaruh positif signifikan terhadap Impluse Buying 0,014 H2 Store Atmosphere tidak berpengaruh positif

Berdasarkan teori dan kajian empiris penelitian terdahulu, maka dapat dirumuskan hipotesis sebagai berikut: H2: Keterlibatan pelanggan berpengaruh positif terhadap tindakan getok