• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengaruh Motivasi Terhadap Pencapaian Matematik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pengaruh Motivasi Terhadap Pencapaian Matematik"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Pengaruh Motivasi Terhadap Pencapaian Matematik: Kajian Literatur Bersistematik

(The Influence of Motivation on Achievement in Mathematics:

Systematic Literature Review)

Noor Fazliena Jawawi1*, Siti Mistima Maat1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p111166@siswa.ukm.edu.my

Accepted: 15 December 2022 | Published: 31 December 2022 DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.13

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Matematik adalah bidang ilmu yang luas dan sentiasa diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pencapaian Matematik yang kurang cemerlang menjadi isu yang sentiasa dibahaskan. Salah satu faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajar adalah kurangnya motivasi dalam diri kerana persepsi terhadap Matematik kurang baik. Pelajar akan berusaha dengan penuh minat dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara apabila mempunyai motivasi dalam diri. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pengaruh motivasi terhadap pencapaian Matematik. Model PRISMA digunakan dalam kajian ini dalam pencarian artikel daripada pangkalan data Scopus dan WOS dari tahun 2018 hingga 2022. 21 artikel digunakan dalam kajian ini selepas memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Dapatan kajian menunjukkan motivasi mempengaruhi pencapaian Matematik secara keseluruhannya. Motivasi juga menjadi pengantara kepada pemboleh ubah lain yang mempengaruhi pencapaian Matematik. Kajian ini diharapkan dapat membantu para pendidik dan pihak sekolah serta organisasi pendidikan dalam merencana intervensi yang dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar sekaligus dapat meningkatkan pencapaian Matematik pelajar.

Kata kunci: motivasi, pencapaian Matematik, pelajar, literatur bersistematik.

Abstract: Mathematics is a wide field of study that is routinely applied in daily life.

Unsatisfactory achievement in Mathematics is becoming a debated issue. One of the factors influencing students’ achievement is a lack of motivation because of bad perception towards Mathematics. When a student is highly motivated himself, he will endeavor with interest and seriousness in such matter. As a result, the purpose of this study was to determine the effect of motivation on Mathematics achievement. The PRISMA model was applied in this study to retrieve articles in the Scopus and WOS databases from 2018 to 2022. After fulfilling the specific required criteria, 21 articles have been used in this study. The studies revealed that motivation influences Mathematics achievement. Motivation also acts as a moderator for other variables that influence mathematics achievement. This research is expected to assist educators, schools, and educational organizations in developing interventions to improve students’ motivation while improving students’ mathematics achievement.

Keywords: motivation, Mathematics achievement, students, systematic literature.

___________________________________________________________________________

(2)

1. Pendahuluan

Salah satu mata pelajaran teras yang ditawarkan di sekolah adalah Matematik. Di sekolah menengah, pengetahuan dan kemahiran Matematik pelajar dikembangkan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Prestasi pelajar dalam Matematik diukur melalui pencapaian mereka dalam peperiksaan terutamanya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan Matematik dalam peperiksaan SPM 2021 terdahulu menunjukkan penurunan terhadap peratus calon lulus daripada 82.6% kepada 74.5% (Lembaga Peperiksaan, 2021, 2022). Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Matematik juga masih kurang memuaskan iaitu 5.57 menunjukkan purata gred yang dicapai pelajar berada dalam lingkungan C+ dan C. Antara faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dapat Matematik adalah motivasi dan minat pelajar itu sendiri (Sihombing et al., 2021). Kefahaman konsep, sikap pelajar, gaya pembelajaran dan strategi pengajaran pensyarah turut memberi pengaruh kepada pencapaian pelajar dalam Matematik (Damanhuri et al., 2020).

Namun begitu, pelajar sekolah berdepan dengan masalah minat yang kurang dalam mata pelajaran Matematik (Mamat & Abdul Wahab, 2022). Pelajar beranggapan Matematik adalah sukar dan tidak releven dengan kehidupan seharian (Mazana et al., 2019). Minat pelajar turut memberi pengaruh kepada hasil pembelajaran matematik (Silfitrah & Mailili, 2020; Simamora

& Saragih, 2021). Motivasi pelajar terhadap matematik sering dikaitkan dengan minat mereka.

Minat pelajar yang rendah dalam Matematik menyebabkan kurangnya motivasi dalam diri mereka (Rismawati & Khairiati, 2020) sekaligus boleh merendahkan tahap pencapaian mereka.

Motivasi yang tinggi dalam diri pelajar membolehkan mereka meningkatkan prestasi dan pencapaian dalam Matematik. Antara pengaruh kepada motivasi pelajar adalah peranan guru itu sendiri (Hornstra et al., 2018; Tambunan, 2018). Guru perlu menggunakan dan memanfaatkan kepelbagaian kaedah dan teknik pengajaran agar minat pelajar terhadap Matematik dapat ditingkatkan. Kepelbagaian kaedah dan teknik pengajaran yang menarik dapat meningkatkan motivasi pelajar. Daripada kajian yang dijalankan Eristian et al. (2020), pelajar yang tidak menyertai Model Pembelajaran Student Facilitator and Explaining dengan bantuan media pembelajaran sederhana mempunyai tahap motivasi yang sederhana. Kajian Herzamzam (2018) juga membuktikan Pendekatan Matematika Realistik (PMR) mampu meningkatkan minat terhadap Matematik. Penggunaan media dalam sesi pembelajaran turut dapat meningkatkan minat pelajar sekaligus boleh meningkatkan motivasi pelajar (Puspitarini

& Hanif, 2019).

Motivasi ditakrifkan sebagai kehendak yang tinggi atau perasaan yang teguh dalam diri yang dapat mempengaruhi seseorang untuk berusaha sehingga memperoleh kejayaan yang ingin dicapai. Motivasi diklasifikasikan kepada dua, iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik mengikut Teori Determinasi Diri (Deci et al., 1991). Motivasi intrinsik merupakan motivasi yang lahir dari dalaman seseorang dan bertindak mengikut kehendak diri sendiri. Motivasi ekstrinsik pula merupakan motivasi yang dipengaruhi oleh faktor luaran. Prestasi pelajar dalam matematik dipengaruhi oleh kedua-dua motivasi instrinsik dan ekstrinsik. (Adamma et al., 2018). Motivasi dan minat pelajar turut memberi pengaruh kepada hasil pembelajaran matematik (Silfitrah & Mailili, 2020).

Tujuan kajian literatur bersistmatik ini dijalankan adalah untuk mensintesis kajian empirikal tentang pengaruh motivasi terhadap pencapaian Matematik. Berikut adalah objektif kajian ini:

(3)

1) untuk mengenal pasti trend kajian pengaruh motivasi terhadap pencapaian Matematik merangkumi aspek tahun penerbitan, negara kajian dijalankan dan jenis analisis kajian.

2) untuk mengenal pasti pengaruh motivasi terhadap pencapaian Matematik.

2. Metodologi

Kaedah systematic literature review (SLR) digunakan dalam kajian ini. SLR merupakan proses membina, mengatur dan menilai literatur yang sedia di mana domain membina merujuk kepada pengenalan dan pemerolehan literatur, domain mengatur dikaitkan dengan menyusun dan memurnikan literatur, manakala domain menilai pula merujuk kepada penilaian dan pelaporan literatur (Paul et al., 2021).

2.1 Protokol semakan (PRISMA)

Kajian literatur ini diadaptasi daripada Preferred Reporting Items for Systematic reviews and Meta-Analyses (PRISMA) yang dibangunkan oleh Page et al. (2021). Tujuan utama PRISMA digunakan adalah untuk membuat pelaporan bagi ulasan yang menilai kesan sesuatu intervensi.

Selain itu, PRISMA juga turut digunakan sebagai asas bagi melaporkan ulasan sistematik berdasarkan objektif kajian.

2.2 Strategi Pencarian Bersistematik

Terdapat empat peringkat pencarian bersistematik digunakan dalam mendapatkan artikel yang sesuai dengan kajian iaitu pencarian (identification), saringan (screening), kelayakan (eligibility)dan rangkuman (included). Menggunakan kaedah ini, pengkaji dapat meneroka dan mensistesis artikel yang terpilih bagi menghasilkan sorotan literatur yang bersistematik.

2.2.1 Pencarian (identification)

Proses pencarian bermula dengan mengenal pasti kata kunci yang digunakan dalam melakukan proses pencarian artikel. Empat kata kunci digunakan dalam kajian ini: Hubungan, motivasi, pencapaian Matematik dan pelajar. Bagi mempelbagaikan penggunaan perkataan kata kunci, pencarian perkataan sinonim dibuat menggunakan aplikasi Google Chrome sepenuhnya.

Fungsi pencarian juga digunakan sepenuhnya bagi mendapatkan kata kunci yang releven dengan kajian. Antara fungi pencarian tersebut adalah pencarian berdasarkan frasa (phrase searching), fungsi kad bebas (wildcard function), fungsi pemangkasan (truncation function) dan operator Boolean.

Dua pangkalan data termuka digunakan bagi mendapatkan artikel untuk SLR ini iaitu pangkalan data Scopus dan juga Web of Sciences (WOS). Pangkalan data ini mempunyai pelbagai jenis bentuk dokumen yang diperlukan sebagai rujukan. Alat dalam pangkalan data yang pelbagai digunakan sepenuhnya bagi memdapatkan artikel yang bertepatan dengan kehendak kajian. Melalui pangakalan data SCOPUS, 143 artikel ditemui manakala 288 artikel dikenal pasti melalui pangakalan data WOS. Jumlah artikel diperoleh daripada kedua-dua pangkalan data adalah 431 artikel.

(4)

Jadual 1: Rentetan carian yang digunakan dalam proses sorotan sistematik

Pangkalan data Kata kunci

Scopus TITLE-ABS-KEY ((“motivation*”) AND (“mathematics achievement*” OR

“mathematics performance*” OR “mathematics accomplishment*”) AND (“student*”)) AND (“relationship*” OR “relation*” OR “correlation*” OR

“connection*” OR “correspondence*” OR “association*”)

Web of Sciences TS = ((“motivation*”) AND (“mathematics achievement*” OR “mathematics performance*” OR “mathematics accomplishment*”) AND (“student*”)) AND

(“relationship*” OR “relation*” OR “correlation*” OR “connection*” OR

“correspondence*” OR “association*”)

2.2.2 Saringan (screening)

Proses saringan dilakukan selepas pencarian bagi mengenal pasti artikel yang akan diterima atau dikecualikan daripada kajian ini. Empat kriteria diambil kira dalam membuat saringan artikel iaitu jenis dokumen, tahun terbitan, bahasa dan kebolehcapaian artikel tersebut. Hasil daripada proses saringan ini, sebanyak 165 artikel telah dikecualikan kerana tidak memenuhi kriteria pemilihan. Di peringkat ini juga, 39 artikel dikeluarkan dari senarai kerana terdapat rekod pendua dalam kedua-dua pangakalan data. Oleh itu, hanya 227 artikel melepasi kriteria di peringkat saringan.

Jadual 2: Kriterian penerimaan dan pengecualian

Kriteria Penerimaan Pengecualian

Jenis dokumen Artikel jurnal Buku, prosiding, persidangan, bab dalam buku dan ulasan artikel

Tahun terbitan 2018-2022 Sebelum 2018

Bahasa Bahasa Inggeris Bukan bahasa Inggeris

2.2.3 Kelayakan (eligibility)

Proses kelayakan dijalankan bagi memilih artikel yang memenuhi keperluan kajian dari aspek tajuk, abstrak dan juga fokus kajian. Proses ini memerlukan pengkaji meneliti setiap artikel dengan teliti agar pemilihan artikel yang tepat dapat dibuat. Di peringkat ini, sebanyak 206 artikel dikecualikan daripada pemilihan kerana tidak memberi fokus kepada hubungan motivasi dan pencapaian Matematik pelajar. Akhirnya, 21 artikel mempunyai kelayakan untuk dijadikan sumber kajian literatur bersistematik ini.

2.2.4 Rangkuman (included)

Artikel yang melepasi proses kelayakan adalah artikel yang berkisar tentang motivasi dan pencapaian Matematik. 21 artikel telah dipilih daripada pangkalan data Scopus dan WOS.

Peringkat rangkuman merupakan peringkat terakhir dalam proses pencarian artikel. Rajah 1 menerangkan strategi pencarian sistematik yang digunakan sepanjang pencarian artikel yang releven dengan kajian.

(5)

Rajah 1: Strategi pencarian bersistematik menggunakan PRISMA

Jadual 3 menunjukkan hasil rumusan diperoleh setelah penganalisisan artikel dibuat. Hasil rumusan dibahagikan kepada negara kajian dijalankan, responden kajian, jenis analisis data bagi mengenal pasti hubungan motivasi dan pencapaian matematik pelajar serta jenis hubungan yang terhasil sama ada positif atau negatif.

Jadual 3: Rumusan dapatan artikel

No. Penulis (Tahun) Negara Responden Jenis

analisis

1 (Wang et al., 2018) Itali Pelajar sekolah menengah Korelasi

2 (He et al., 2019) Negara-negara yang menyertai TIMSS dan

PISA

Pelajar sekolah menengah Korelasi

3 (Wong & Wong, 2021)

Malaysia Pelajar sekolah menengah ANCOVA

4 (Arthur et al., 2022) Ghana Pelajar Ijazah Universiti SEM

5 (Atit et al., 2020) USA Pelajar Sekolah (purata umur 12 tahun)

ANOVA 6 (Capinding, 2022) Philiphines Pelajar sekolah menengah Korelasi

7 (Wu et al., 2021) Asia Timur Pelajar PISA 2012 SEM

8 (Tran & Nguyen, 2021)

Vietnam Pelajar sekolah menengah SEM

9 (Tywoniw et al., 2020)

USA Pelajar sekolah rendah Korelasi

Rekod dikenal pasti melalui pencarian pangkalan data SCOPUS

(n=143)

Rekod dikenal pasti melalui pencarian pangkalan data WOS

(n=288)

Rekod dikecualikan kerana bukan artikel berbentuk kajian, bukan artikel dalam Bahasa Inggeris dan diterbitkan sebelum tahun 2018

(n=165) Jumlah rekod yang disaring

(n=266)

Rekod pendua dikeluarkan (n=39)

Artikel teks penuh yang dinilai untuk kelayakan

(n=227)

Rekod dikecualikan kerana kajian yang dijalankan bukan kajian tentang hubungan motivasi dan

pencapaian Matematik (n=206)

Artikel digunakan dalam sorotan sistematik

(n=21)

PencarianSaringanKelayakanRangkum

(6)

10 (El-Adl & Alkharusi, 2020)

Oman Pelajar Gred 9 Korelasi

11 (Arop et al., 2020) Nigeria Guru & Pelajar sekolah menengah atas

Regrasi 12 (Lubans et al., 2018) Australia Pelajar sekolah menengah Regrasi 13 (Ersan & Rodriguez,

2020)

Turki Pelajar TIMSS 2015 Korelasi

14 (Østbø & Zachrisson, 2021)

Norway Pelajar TIMSS 2015 SEM

15 (Xiao & Sun, 2021) USA Pelajar PISA 2012 SEM

16 (Tang et al., 2021) China Pelajar sekolah menengah atas SEM

17 (Tian et al., 2018) China Pelajar Gred 10 MANOVA

18 (Liu et al., 2020) China Pelajar sekolah rendah SEM

19 (Suren & Ali Kandemir, 2020)

Turki Pelajar sekolah menengah SEM

20 (Fan & Williams, 2018)

Amerika, Hispanik, Asia, Hawaii

Pelajar Gred 10 SEM

21 (Yu et al., 2021) England Pelajar sekolah menengah SEM

3. Dapatan Kajian

3.1 Trend Kajian Pengaruh Motivasi Terhadap Pencapaian Matematik

Artikel kajian yang dipilih diterbitkan pada tahun 2018-2022. Empat artikel telah diterbitkan pada tahun 2018 (Fan & Williams, 2018; Lubans et al., 2018; Tian et al., 2018; Wang et al., 2018), satu artikel diterbitkan pada 2019 (He et al., 2019), tujuh artikel diterbitkan pada 2020 (Arop et al., 2020; Atit et al., 2020; El-Adl & Alkharusi, 2020; Ersan & Rodriguez, 2020; Liu et al., 2020; Suren & Ali Kandemir, 2020; Tywoniw et al., 2020) dan 2021 (Østbø &

Zachrisson, 2021; Tang et al., 2021; Tran & Nguyen, 2021; Wong & Wong, 2021; Wu et al., 2021; Xiao & Sun, 2021; Yu et al., 2021), manakala dua artikel diterbitkan pada tahun 2022 (Arthur et al., 2022; Capinding, 2022). Trend terbitan pula menurun daripada tahun 2018 ke tahun 2019 namun meningkat pada 2020 dan sekata untuk tahun 2021 seterusnya menurun pada tahun 2022.

Rajah 2: Tahun penerbitan artikel

Daripada 21 artikel yang digunakan dalam SLR ini, masing-masing satu kajian dijalankan di Itali (Wang et al., 2018), Malaysia (Wong & Wong, 2021), Ghana (Arthur et al., 2022), Filipina (Capinding, 2022), Vietnam (Tran & Nguyen, 2021), Oman (El-Adl & Alkharusi, 2020), Nigeria (Arop et al., 2020), Australia (Lubans et al., 2018), Norway (Østbø & Zachrisson, 2021) dan England (Yu et al., 2021). Manakala, tiga kajian dijalankan merentas negara (He et al., 2019) iaitu di negara-negara yang menyertai TIMSS dan PISA, Asia Timur (Shanghai, Singapore, Taiwan, Macau & Hong Kong) (Wu et al., 2021) dan di Amerika, Hispanik, Asia,

0 2 4 6 8

2018 2019 2020 2021 2022

(7)

Hawaii (Fan & Williams, 2018). Tiga kajian juga dijalankan di Amerika Syarikat (Atit et al., 2020; Tywoniw et al., 2020; Xiao & Sun, 2021) dan China (Liu et al., 2020; Tang et al., 2021;

Tian et al., 2018). Hasil analasis terhadap negara kajian dijalankan menunjukkan kajian pengaruh motivasi terhadap pencapaian Matematik banyak dijalankan Amerika Syarikat, China dan merentas negara.

Rajah 3: Negara kajian dijalankan

Sebanyak 90.48% daripada keseluruhan responden terdiri daripada pelajar sekolah (Atit et al., 2020; Capinding, 2022; El-Adl & Alkharusi, 2020; Ersan & Rodriguez, 2020; Fan & Williams, 2018; He et al., 2019; Liu et al., 2020; Lubans et al., 2018; Østbø & Zachrisson, 2021; Suren

& Ali Kandemir, 2020; Tang et al., 2021; Tian et al., 2018; Tran & Nguyen, 2021; Tywoniw et al., 2020; Wang et al., 2018; Wong & Wong, 2021; Wu et al., 2021; Xiao & Sun, 2021; Yu et al., 2021). Pelajar sekolah tersebut terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Masing-masing 4.76% responden pelajar universiti (Arthur et al., 2022) dan responden guru dan pelajar sekolah (Arop et al., 2020). Kajian pengaruh motivasi terhadap pencapaian Matematik ini banyak dijalankan melibatkan pelajar sekolah.

Rajah 4: Responden kajian

Bagi mengenal pasti pengaruh motivasi terhadap pencapaian akademik pelajar, pelbagai analisis data digunakan dalam kajian tersebut. Enam kajian menggunakan analisis korelasi (Capinding, 2022; El-Adl & Alkharusi, 2020; Ersan & Rodriguez, 2020; He et al., 2019;

Tywoniw et al., 2020; Wang et al., 2018). Masing-masing satu kajian menggunakan analisis ANCOVA (Wong & Wong, 2021), ANOVA (Atit et al., 2020) dan MANOVA (Tian et al., 2018). Dua kajian menggunakan analisis regresi (Arop et al., 2020; Lubans et al., 2018)

0 1 2 3 4

90.48%

4.76%4.76%

Pelajar sekolah Pelajar universiti Guru & pelajar sekolah

(8)

manakala 10 kajian menggunakan Stuctural Equation Modeling (SEM) (Arthur et al., 2022;

Fan & Williams, 2018; Liu et al., 2020; Østbø & Zachrisson, 2021; Suren & Ali Kandemir, 2020; Tang et al., 2021; Tran & Nguyen, 2021; Wu et al., 2021; Xiao & Sun, 2021; Yu et al., 2021). Analisis SEM banyak digunakan dalam kajian pengaruh motivasi terhadap pencapaian Matematik dan diikuti dengan analisis korelasi.

Rajah 5: Jenis analsis data

3.2 Dapatan pengaruh motivasi terhadap pencapaian matematik

Hasil dapatan sorotan literatur ini dibahagikan kepada tiga. Pertama, motivasi mempengaruhi pencapaian Matematik. Kedua, motivasi tidak mempengaruhi pencapaian Matematik. Ketiga, motivasi menjadi pengantara kepada dua pemboleh lain yang mempengaruhi pencapaian Matematik.Daripada analisis yang dijalankan, sebanyak 20 kajian yang dijalankan menunjukkan motivasi mempengaruhi pencapaian Matematik secara positif (Arop et al., 2020;

Arthur et al., 2022; Atit et al., 2020; Capinding, 2022; El-Adl & Alkharusi, 2020; Ersan &

Rodriguez, 2020; Fan & Williams, 2018; He et al., 2019; Liu et al., 2020; Lubans et al., 2018;

Østbø & Zachrisson, 2021; Suren & Ali Kandemir, 2020; Tian et al., 2018; Tran & Nguyen, 2021; Tywoniw et al., 2020; Wang et al., 2018; Wu et al., 2021; Xiao & Sun, 2021; Yu et al., 2021).

Daripada 21 kajian yang dianalisis, hanya satu kajian menunjukkan motivasi tidak mempengaruhi pencapaian Matematik pelajar (Tywoniw et al., 2020) manakala empat kajian menunjukkan motivasi menjadi pengantara kepada pemboleh ubah lain yang mempengaruhi pencapaian Matematik (Fan & Williams, 2018; Liu et al., 2020; Tang et al., 2021; Tian et al., 2018).

Jadual 4: Analisis pengaruh motivasi terhadap pencapaian Matematik

No. Penulis (Tahun) Motivasi

mempengaruhi pencapaian

Motivasi tidak mempengaruhi pencapaian

Motivasi menjadi pengantara

1 (Wang et al., 2018)

2 (He et al., 2019)

3 (Wong & Wong, 2021)

4 (Arthur et al., 2022)

5 (Atit et al., 2020)

6 (Capinding, 2022)

7 (Wu et al., 2021)

8 (Tran & Nguyen, 2021)

0 2 4 6 8 10 12

Korelasi ANCOVA Regresi ANOVA SEM MANOVA

(9)

9 (Tywoniw et al., 2020)

10 (El-Adl & Alkharusi, 2020)

11 (Arop et al., 2020)

12 (Lubans et al., 2018)

13 (Ersan & Rodriguez, 2020)

14 (Østbø & Zachrisson, 2021)

15 (Xiao & Sun, 2021)

16 (Tang et al., 2021)

17 (Tian et al., 2018)

18 (Liu et al., 2020)

19 (Suren & Ali Kandemir, 2020)

20 (Fan & Williams, 2018)

21 (Yu et al., 2021)

4. Perbincangan

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pengaruh motivasi terhadap pencapaian Matematik serta trend kajian hubungan motivasi terhadap pencapaian Matematik merangkumi aspek tahun penerbitan, negara kajian dijalankan dan jenis analisis kajian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan pencapaian Matematik pelajar dipengaruhi oleh motivasi. Trend kajian pengaruh motivasi terhadap pencapaian Matematik menunjukkan artikel banyak diperoleh daripada tahun 2020 dan 2021. China, Amerika Syarikat serta kajian yang merentas negara merupakan antara negara terbanyak menyumbang dalam artikel tersebut. Bagi responden kajian, sebilangan besar pelajar sekolah menengah terlibat dalam kajian yang dijalankan.

Analisis kajian yang banyak digunakan adalah dengan menggunakan analisis SEM.

Pengaruh positif motivasi terhadap pencapaian Matematik dapat dilihat dalam kajian ini.

Beberapa kajian lain turut menyokong dapatan ini. Kajian oleh Jaafar dan Maat (2020) turut menunjukkan hubungan positif sederhana antara motivasi dan pencapaian pelajar. Begitu juga dalam kajian yang dijalankan Waritsman (2020) mendapati hubungan yang signifikan antara motivasi dan pencapaian Matematik. Kajian Abdelrahman (2020) juga menunjukkan hubungan korelasi yang signifikan antara motivasi dan pencapaian Matematik.

Motivasi memberi pengaruh yang besar dalam meningkatkan minat seseorang di mana minat tersebut akan meningkatkan usaha seseorang untuk mencapai sesuatu yang diingini (Lestari &

Suryani, 2019). Minat dan motivasi terhadap Matematik dapat ditingkatkan dengan mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran oleh guru. Antara kaedah dan teknik pengajaran yang dapat meningkatkan motivasi dan minat pelajar adalah Pendekatan Matematik Realistik (PMR) (Herzamzam, 2018), pembelajaran berasaskan permainan (Siong & Osman, 2018), penggunaan aplikasi Quizizz (Matlan & Maat, 2021) dan pengintegrasian STEM dalam pengajaran.

Namun begitu, daripada 21 artikel yang dianalisis, terdapat satu kajian menunjukkan motivasi tidak mempengaruhi pencapaian Matematik. Hasil kajian ini juga disokong kajian yang dijalankan Wahyuningtyas dan Febrianingsih (2018) yang menunjukkan tiada pengaruh yang signifikan antara motivasi dan hasil pembelajaran Matematik. Motivasi mungkin bukan

(10)

menjadi faktor utama yang mempengaruhi pencapaian Matematik. Faktor-faktor lain juga perlu diambil kira dalam mengenal pasti pencapaian Matematik pelajar seperti faktor guru, faktor pelajar, faktor sekolah dan faktor keluarga (Jia Chzin & Surat, 2021).

Dalam kajian ini juga, empat artikel telah dikenal pasti menunjukkan motivasi sebagai pengantara bagi pemboleh ubah lain yang mempengaruhi pencapaian Matematik. Antaranya faktor konsep motivasi kendiri mempunyai hubungan kecil yang signifikan dengan kesan status sosioekonomi terhadap pencapaian Matematik (Østbø & Zachrisson, 2021). Dalam kajian Tang et al. (2021) motivasi menunjukkan kesan yang tidak langsung terhadap pencapaian melalui pengetahuan metakognitif. Selain itu, motivasi instrumental menjadi pengantara kepada aspirasi kendiri dan efikasi kendiri yang memberi kesan negatif terhadap pencapaian Matematik (Liu et al., 2020).

Menerusi kajian Fan dan Williams (2018) pula, motivasi intrinsik menjadi pengantara yang menghubungkan persepsi persekitaran sekolah dengan pencapaian matematik. Hal ini membuktikan pencapaian Matematik bukan sepenuhnya dipengaruhi oleh motivasi. Minat dan motivasi untuk cemerlang dalam Matematik merupakan faktor dalaman yang boleh dipengaruhi oleh faktor luaran seperti faktor guru (Tambunan, 2018).

5. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, motivasi merupakah salah satu elemen yang dapat memberi pengaruh kepada pencapaian Matematik. Motivasi yang tinggi akan meningkatkan pencapaian Matematik pelajar. Oleh itu, pihak berkaitan perlulah mengambil inisiatif agar motivasi pelajar dapat ditingkatkan sekaligus dapat meningkatkan pencapaian Matematik pelajar disemua peringkat pengajian. Kajian ini diharapkan dapat membantu dan memberikan rujukan kepada kajian-kajian akan datang. Selain itu, kajian ini dapat membantu mengukuhkan lagi keperluan dalam menganalisis pengaruh motivasi terhadap pencapaian Matematik. Diharapkan pihak pendidik, pihak sekolah dan organisasi pendidikan bersama-sama dapat membuat intervesi agar motivasi pelajar dapat ditingkatkan sekaligus dapat meningkatkan pencapaian Matematik.

Namun begitu, kajian ini hanya terhad kepada pencapaian Matematik sahaja. Penggunaan pengkalan data dalam mendapatkan artikel juga terhad menyebabkan kekurangan artikel diperoleh. Oleh itu, dicadangkan agar kajian yang akan datang dapat meluaskan kajian dalam pelbagai bidang. Penggunaan pangkalan data yang pelbagai juga digalakkan agar lebih banyak maklumat diperoleh dan dapat mengukuhkan lagi dapatan kajian.

Rujukan

Abdelrahman, R. M. (2020). Metacognitive awareness and academic motivation and their impact on academic achievement of Ajman University students. Heliyon, 6(9), e04192.

https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2020.e04192

Adamma, O. N., Ekwutosim, O. P., & Unamba, E. C. (2018). Influence of Extrinsic and Intrinsic Motivation on Pupils Academic Performance in Mathematics. SJME (Supremum

Journal of Mathematics Education), 2(2), 52–59.

https://doi.org/10.35706/sjme.v2i2.1322

Arop, F. O., Mbon, U. F., Ekanem, E. E., Ukpabio, G. E., Uko, E. S., & Okon, J. E. (2020).

School management practices, teachers effectiveness, and students’ academic performance in mathematics in secondary schools of cross river state, Nigeria. Humanities

and Social Sciences Letters, 8(3), 298–309.

https://doi.org/10.18488/JOURNAL.73.2020.83.298.309

Arthur, Y. D., Dogbe, C. S. K., & Asiedu-Addo, S. K. (2022). Enhancing Performance in

(11)

Mathematics Through Motivation, Peer Assisted Learning, And Teaching Quality: The Mediating Role of Student Interest. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 18(2), em2072. https://doi.org/10.29333/EJMSTE/11509

Atit, K., Power, J. R., Veurink, N., Uttal, D. H., Sorby, S., Panther, G., Msall, C., Fiorella, L.,

& Carr, M. (2020). Examining the role of spatial skills and mathematics motivation on middle school mathematics achievement. International Journal of STEM Education, 7(1), 1–13. https://doi.org/10.1186/s40594-020-00234-3

Capinding, A. T. (2022). Impact of Modular Distance Learning on High School Students Mathematics Motivation, Interest/Attitude, Anxiety and Achievement during the COVID- 19 Pandemic. European Journal of Educational Research, 11(2), 917–934.

Damanhuri, N. H. A., Jamlus, S., & Ahmad, S. S. (2020). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Subjek Matematik Pengurusan bagi Pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan di Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP), 2(4), 275–287.

Deci, E. L., Ryan, R. M., Vallerand, R. J., & Pelletier, L. G. (1991). Motivation and Education:

The Self-Determination Perspective. Educational Psychologist, 26(3–4), 325–346.

https://doi.org/10.1080/00461520.1991.9653137

El-Adl, A., & Alkharusi, H. (2020). Cypriot Journal of Educational. Cypriot Journal of Education Sciences, 15(1), 104–111.

Eristian, S., Jayanta, N. L., & Suarjana, M. (2020). Model Pembelajaran Student Facilitator and Explaining Berbantuan Media Pembelajaran Sederhanaterhadap Motivasi Dan.

Jurnal Ilmiah Pendidikan Profesi Guru, 3(1), 137–151.

Ersan, O., & Rodriguez, M. C. (2020). Socioeconomic status and beyond: a multilevel analysis of TIMSS mathematics achievement given student and school context in Turkey. Large- Scale Assessments in Education, 8(1). https://doi.org/10.1186/s40536-020-00093-y Fan, W., & Williams, C. (2018). The Mediating Role of Student Motivation in the Linking of

Perceived School Climate and Achievement in Reading and Mathematics. Frontiers in Education, 3(July), 1–12. https://doi.org/10.3389/feduc.2018.00050

He, J., Barrera-Pedemonte, F., & Buchholz, J. (2019). Cross-cultural comparability of noncognitive constructs in TIMSS and PISA. Assessment in Education: Principles, Policy and Practice, 26(4), 369–385. https://doi.org/10.1080/0969594X.2018.1469467

Herzamzam, D. A. (2018). Peningkatkan Minat Belajar Matematika Melalui Pendekatan Matematika Realistik (PMR) Pada Siswa Sekolah Dasar. Visipena Journal, 9(1), 67–80.

https://doi.org/10.46244/visipena.v9i1.430

Hornstra, L., Stroet, K., van Eijden, E., Goudsblom, J., & Roskamp, C. (2018). Teacher expectation effects on need-supportive teaching, student motivation, and engagement: a self-determination perspective. Educational Research and Evaluation, 24(3–5), 324–345.

https://doi.org/10.1080/13803611.2018.1550841

Jaafar, W. N. W., & Maat, S. M. (2020). Hubungan antara motivasi dengan pencapaian matematik dalam kalangan murid sekolah luar bandar. Jurnal Pendidikan Sains &

Matematik Malaysia, 10(1), 39–48.

Jia Chzin, D. T., & Surat, S. (2021). Sorotan Literatur Bersistematik : Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(12), 137–157. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i12.1210

Lembaga Peperiksaan. (2021). Laporan Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020. https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/lp/4375-laporan- analisis-keputusan-spm-2020/file

Lembaga Peperiksaan. (2022). Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2021.

http://lp.moe.gov.my/files/spm/2022/Laporan Analisis Keputusan SPM 2021.pdf

Lestari, N., & Suryani, D. R. (2019). Penggunaan Variasi Media Pembelajaran Untuk

(12)

Meningkatkan Motivasi Dan Minat Belajar Matematika Siswa Kelas Xi Ips 3 Sma Negeri 2 Merauke. Musamus Journal of Mathematics Education, 1(2), 74–79.

https://doi.org/10.35724/mjme.v1i2.1376

Liu, T., Chen, X., Liu, M., Zhang, Y., Xin, T., & Wang, Y. (2020). The effects of children’s self-educational aspiration and self-efficacy on mathematics achievement: A moderated chained mediation model. Anales de Psicologia, 36(2), 262–270.

https://doi.org/10.6018/analesps.366621

Lubans, D. R., Beauchamp, M. R., Diallo, T. M. O., Peralta, L. R., Bennie, A., White, R. L., Owen, K., & Lonsdale, C. (2018). School physical activity intervention effect on adolescents’ performance in mathematics. Medicine and Science in Sports and Exercise, 50(12), 2442–2450. https://doi.org/10.1249/MSS.0000000000001730

Mamat, N., & Abdul Wahab, M. N. (2022). Kajian Masalah Pembelajaran Matematik di kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(6), e001531. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i6.1531

Matlan, S. J., & Maat, S. M. (2021). Penggunaan Aplikasi Quizizz Sebagai Alternatif Penilaian Formatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 217–227. https://doi.org/10.55057/jdpd.2021.3.4.18

Mazana, M. Y., Montero, C. S., & Casmir, R. O. (2019). Investigating Students’ Attitude towards Learning Mathematics. International Electronic Journal of Mathematics Education, 14(1), 207–231. https://doi.org/10.29333/iejme/3997

Østbø, I. U., & Zachrisson, H. D. (2021). Student Motivation and Parental Attitude as Mediators for SES Effects on Mathematics Achievement: Evidence from Norway in TIMSS 2015. Scandinavian Journal of Educational Research, 1–16.

https://doi.org/10.1080/00313831.2021.1939138

Page, M. J., McKenzie, J. E., Bossuyt, P. M., Boutron, I., Hoffmann, T. C., Mulrow, C. D., Shamseer, L., Tetzlaff, J. M., Akl, E. A., Brennan, S. E., Chou, R., Glanville, J., Grimshaw, J. M., Hróbjartsson, A., Lalu, M. M., Li, T., Loder, E. W., Mayo-Wilson, E., McDonald, S., … Moher, D. (2021). The PRISMA 2020 statement: An updated guideline for reporting systematic reviews. International Journal of Surgery, 88(March), 1–9.

https://doi.org/10.1016/j.ijsu.2021.105906

Paul, J., Lim, W. M., O’Cass, A., Hao, A. W., & Bresciani, S. (2021). Scientific procedures and rationales for systematic literature reviews (SPAR-4-SLR). International Journal of Consumer Studies, 45(April), 1–16. https://doi.org/10.1111/ijcs.12695

Puspitarini, Y. D., & Hanif, M. (2019). Using Learning Media to Increase Learning Motivation in Elementary School. Anatolian Journal of Education, 4(2), 53–60.

https://doi.org/10.29333/aje.2019.426a

Rismawati, M., & Khairiati, E. (2020). Analisis Faktor Yang Mempengaruhi Rendahnya Motivasi Belajar Siswa Pada Mata Pelajaran Matematika. J-PiMat : Jurnal Pendidikan Matematika, 2(2), 203–212. https://doi.org/10.31932/j-pimat.v2i2.860

Sihombing, S., Silalahi, H. R., Sitinjak, J. R., & Tambunan, H. (2021). Analisis Minat dan Motivasi Belajar, Pemahaman Konsep dan Kreativitas Siswa terhadap Hasil Belajar Selama Pembelajaran dalam Jaringan. Jurnal Pendidikan Matematika (JUDIKA EDUCATION), 4(1), 41–55. https://doi.org/10.31539/judika.v4i1.2061

Silfitrah, S., & Mailili, W. H. (2020). Pengaruh Minat Belajar Dan Motivasi Belajar Terhadap Hasil Belajar Matematika Siswa Kelas Vii Smp Negeri 4 Sigi. Guru Tua : Jurnal Pendidikan Dan Pembelajaran, 3(1), 53–60. https://doi.org/10.31970/gurutua.v3i1.39 Simamora, R., & Saragih, E. M. (2021). Pengaruh Kebiasaan Belajar dan Minat Belajar Siswa

Teradap Hasil Belajar Siswa. Jurnal Mathematic Paedagogic, 6(1), 45–52.

https://doi.org/10.36294/jmp.v6i1.2344

Siong, W. W., & Osman, K. (2018). Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pendidikan

(13)

Stem dan Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, 3, 121–135.

Suren, N., & Ali Kandemir, M. (2020). The effects of mathematics anxiety and motivation on students’ mathematics achievement. International Journal of Education in Mathematics, Science and Technology, 8(3), 190–218. https://doi.org/10.46328/IJEMST.V8I3.926 Tambunan, H. (2018). The Dominant Factor of Teacher’s Role as A Motivator of Students’

Interest and Motivation in Mathematics Achievement. International Education Studies, 11(4), 144–151. https://doi.org/10.5539/ies.v11n4p144

Tang, Y., Wang, X., Fang, Y., & Li, J. (2021). The Antecedents and Consequences of Metacognitive Knowledge in Mathematics Learning: A Self-Determination Perspective.

Frontiers in Psychology, 12(December), 1–9. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2021.754370 Tian, Y., Fang, Y., & Li, J. (2018). The effect of metacognitive knowledge on mathematics performance in self-regulated learning framework-multiple mediation of self-efficacy and

motivation. Frontiers in Psychology, 9(DEC), 1–11.

https://doi.org/10.3389/fpsyg.2018.02518

Tran, L. T., & Nguyen, T. S. (2021). Motivation and Mathematics Achievement: A Vietnamese Case Study. EURO Advanced Tutorials on Operational Research, 12(3), 449–468.

https://doi.org/10.1007/978-3-030-70990-7_1

Tywoniw, R., Crossley, S. A., Ocumpaugh, J., Karumbaiah, S., & Baker, R. (2020).

Relationships Between Math Performance and Human Judgments of Motivational Constructs in an Online Math Tutoring System. In Lecture Notes in Computer Science (including subseries Lecture Notes in Artificial Intelligence and Lecture Notes in Bioinformatics): Vol. 12164 LNAI. Springer International Publishing.

https://doi.org/10.1007/978-3-030-52240-7_60

Wahyuningtyas, N., & Febrianingsih, L. (2018). Pengaruh Self Efficacy Dan Motivasi Terhadap Hasil Belajar Matematika Siswa. JP2M (Jurnal Pendidikan Dan Pembelajaran Matematika), 4(1), 38–46. https://doi.org/10.29100/jp2m.v4i1.1777

Wang, Z., Shakeshaft, N., Schofield, K., & Malanchini, M. (2018). Anxiety is not enough to drive me away: A latent profile analysis on math anxiety and math motivation. PLoS ONE, 13(2), 1–16. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0192072

Waritsman, A. (2020). Tolis Ilmiah : Jurnal Penelitian Tolis Ilmiah : Jurnal Penelitian. Tolis Ilmiah: Jurnal Penelitian, 1(2), 28–32.

Wong, S. L., & Wong, S. L. (2021). Effects of motivational adaptive instruction on student motivation towards mathematics in a technology-enhanced learning classroom.

Contemporary Educational Technology, 13(4), ep326.

https://doi.org/10.30935/cedtech/11199

Wu, Y. J., Chen, Y. H., Kiefer, S. M., & Carstensen, C. H. (2021). Learning Strategies as Moderators Between Motivation and Mathematics Performance in East Asian Students:

Latent Class Analysis. SAGE Open, 11(4), 1–16.

https://doi.org/10.1177/21582440211061382

Xiao, F., & Sun, L. (2021). Students’ Motivation and Affection Profiles and Their Relation to Mathematics Achievement, Persistence, and Behaviors. Frontiers in Psychology, 11(January), 1–15. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2020.533593

Yu, J., McLellan, R., & Winter, L. (2021). Which Boys and Which Girls Are Falling Behind?

Linking Adolescents’ Gender Role Profiles to Motivation, Engagement, and Achievement. Journal of Youth and Adolescence, 50(2), 336–352.

https://doi.org/10.1007/s10964-020-01293-z

Referensi

Dokumen terkait

Komunikasi yang efektif yang terjalin dapat ditunjukan dengan peningkatan kinerja karyawan karena telah berhasil menunjukan kerjasama yang baik.(Garnet et al, 2008).

Hasil penelitian ini juga didukung oleh Appelbaum et al (2001) yang menyatakan bahwa perusahaan yang mempunyai manajemen karir yang baik akan meningkatkan

Masa hadapan pendidikan adalah dengan terciptanya teknologi yang membolehkan pembelajaran aktif dan merupakan satu pengalaman untuk pelajar. Multimedia interaktif telah menjadi

Hal ini ditunjukkan dari perhitungan koefisien korelasi variabel motivasi terhadap variabel kedisiplinan siswa dalam mematuhi tata tertib sekolah di Sekolah

Menurut hasil penelitian yang dilakukan pada hubungan antara motivasi dan kepuasan kerja karyawan oleh Sirota et al., (2005) memiliki 135.000 responden dari berbagai

Jenis penelitian ini adalah penelitian korelasi. Populasi penelitian ini sebanyak semua mahasiswa Fakultas Ilmu Ekonomi di Universitas Nahdlatul Ulama Al-Ghazali

Penelitian yang menguji pengaruh sistem pengukuran kinerja dilakukan oleh Pinatih (2007), (Rahman et al. 2007, 225), dan Andika (2010) yang menunjukkan hasil bahwa sistem

Azis & Hartono, 2017 Penelitian terkait dengan rasio debt to equity ratio yakni penelitian yang dijalankan oleh Elviani et al., 2019, menunjukkan hasil bahwa DER berpengaruh positif