Penglibatan Murid dalam Pembelajaran semasa Transisi Pandemik ke Endemik di Sekolah Rendah
(Student Involvement in Learning during the Pandemic to Endemik Transition in Perlis State Primary School)
Yap Yin Fang1*, Muhammad Syawal Amran1
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia
* Corresponding Author: [email protected] Accepted: 15 April 2023 | Published: 30 April 2023
DOI:https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.1.26
__________________________________________________________________________________________
Abstrak: Transisi pandemik ke endemik sepanjang penularan wabak Corona telah mengubah lanskap pembelajaran menyebabkan murid terpaksa berubah kaedah belajar daripada pembelajaran secara bersemuka ke pembelajaran atas talian dan sebaliknya. Hal ini telah mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran secara maya sehingga menyebabkan keciciran berlaku dalam kalangan murid. Satu kajian tinjauan berbentuk kuantitatif telah dijalankan untuk meninjau tahap penglibatan murid semasa kelas atas talian dan kelas bersemuka dari aspek penglibatan tingkah laku, emosi dan kognitif melalui soal selidik. Instrumen soal selidik daripada Federicks et.al. (2003) telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 355 orang murid Tahun 5 di negeri Perlis dipilih sebagai peserta kajian. Data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif untuk mengetahui tahap penglibatan murid dengan kaedah pembelajaran dari segi aspek tingkah laku, emosi dan kognitif. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan murid sekolah rendah di kelas atas talian dan kelas bersemuka bagi aspek tingkah laku,emosi dan tingkah laku adalah pada tahap sederhana tinggi. Namun, purata min skor bagi penglibatan murid di kelas bersemuka adalah lebih tinggi daripada penglibatan murid di kelas atas talian. Kesimpulannya, tahap penglibatan murid di kelas atas talian dan kelas bersemuka adalah sama iaitu pada tahap sederhana tinggi.
Kata kunci: penglibatan tingkah laku, penglibatan kognitif, penglibatan emosi, kelas atas talian, kelas bersemuka
Abstract: The transition from pandemic to endemic throughout the spread of the Corona epidemic has caused students to change their learning methods from face-to-face learning to online learning and vice versa. This has caused dropouts to occur among students. Therefore, a quantitative survey study was conducted to review the level of student engagement during online classes and face-to-face classes from the aspect of behavioral, emotional and cognitive engagement through questionnaires. The questionnaire instrument from Federicks et.al. (2003) was used in this study. A total of 355 Year 5 students in Perlis were selected as study participants. The data obtained from the questionnaire was analyzed descriptively to find out the level of student engagement with learning method in terms of behavioral, emotional and cognitive aspects. The findings of the study show that the involvement of primary school students in online classes and face-to-face classes is at a moderately high level. However, the avarage mean score for student engagement in face-to-face classes is higher than student
engagement in online classes. In conclusion, the level of student engagement in online and face-to-face classes is at a moderately high level.
Keywords: behavioral engagement, cognitive engagement, emotional engagement, online classes, face-to-face classes
___________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Wabak Corona 2019 atau dikenal sebagai COVID-19 telah merebak secara meluas di Malaysia sejak Januari 2020. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18 Mac 2020. Ini telah menyebabkan kegiatan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka (PdPc) tidak dapat dijalankan. Dalam tempoh 2020 hingga 2021, penutupan sekolah secara sementara telah berlaku dan digantikan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PdPR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di rumah melalui kaedah secara dalam talian dan luar talian dengan berstruktur dan terancang (KPM, 2020). Pelbagai media dan aplikasi teknologi telah digunakan untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran seperti Google Classroom, Google Meet, Zoom, Microsoft Team, WhatsApp dan sebagainya semasa pembelajaran di atas talian. Semasa pembelajaran di luar talian, murid dikehendaki belajar dengan menggunakan Youtube, latihan atas talian atau modul yang dihasilkan oleh guru di rumah. Justeru, murid-murid menjalankan proses PdPR dan PdPc di sekolah mengikut arahan KPM. Dalam tempoh dua tahun ini, murid-murid perlulah menyesuaikan diri untuk menghadiri kelas atas talian dan bersemuka di sekolah mengikut perintah pihak kerajaan. Mulai 17 Oktober 2021, pembelajaran secara bergiliran di sekolah dilaksanakan mengikut enrolmen sekolah di mana murid dibahagikan kepada 2 kumpulan dan hadir ke sekolah secara bergiliran. Contohnya, murid Kumpulan A menjalankan PdPc di sekolah manakala murid kumpulan B menjalankan PdPR di rumah dalam satu minggu tersebut.
Murid-murid dibenarkan hadir ke sekolah tanpa penggiliran mulai 17 April 2022 di mana sesi pembelajaran fizikal dijalankan sepenuhnya dalam keadaan norma baharu.
2. Pernyataan Masalah
Semasa belajar di kelas atas talian, murid kurang mendapat bimbingan dan pemantauan daripada guru dari segi pembelajaran. Hal ini berlaku kerana murid susah untuk berhubung dengan guru jika capaian internet tidak baik selain mereka berasa susah untuk berbincang dengan guru di atas talian. Masalah ini telah menyebabkan murid kurang melibatkan diri untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Saifudin dan Hamzah (2021) menyatakan apabila murid kurang berhubung dan mendapatkan bimbingan daripada guru, maka murid selalu mengulangi kesilapan yang sama sehingga mereka tidak termotivasi dan berminat untuk belajar. Keadaan ini menjadi semakin merisaukan apabila ibu bapa juga tidak membimbing dan memantau pembelajaran anaknya. Chiu (2022) juga menyatakan bahawa penglibatan murid yang didorong oleh motivasi adalah prasyarat untuk pembelajaran. Secara tuntasnya, alam pembelajaran di kelas atas talian tidak memberansangkan apabila murid susah untuk berhubung dengan guru secara atas talian.
Selain itu, tidak semua murid yang berpeluang untuk menjalankan PdPR dengan baik akibat daripada faktor persekitaran yang tidak kondusif dan memberangsangkan untuk belajar. Murid- murid terutamanya daripada keluarga bersosial ekonomi rendah amat terkesan dalam kelas atas talian ini. Mereka mungkin menghadapi masalah perlu berkongsi gadget dengan adik-beradik
yang ramai, capaian internet yang lemah, kurang sokongan daripada ibu bapa serta tempat belajar yang bising dan sempit. Faisal dan Ali (2022) menyebabkan murid selalu tidak hadir ke kelas atas talian dan menyebabkan penglibatan tingkah laku menurun. Cabaran-cabaran daripada persekitaran ini menyebabkan murid kurang motivasi untuk belajar sehingga menjejaskan penglibatan murid semasa PdPR dijalankan. Hal ini disokong oleh Suhaila dan Mistima (2019) yang menyatakan persekitaran pembelajaran adalah aspek penting yang dapat menggalakkan penyertaan aktif dalam pembelajaran.
Di kelas bersemuka pula, murid serta ibu bapa mereka takut mereka dijangkiti penyakit Covid- 19 di sekolah. Oleh yang demikian, sesetengah ibu bapa dan murid lebih rela belajar secara sendiri di rumah daripada belajar di sekolah. Walaupun pihak sekolah telah mematuhi langkah pencegahan penyakit dengan baik, namun masih terdapat segelintir murid dan ibu bapa yang berasa bimbing dan risau yang amat tinggi. Dalam kajian Omar dan Surat (2021) menyatakan bahawa sebanyak 57.8% respondennya sangat takut dan 23.7% responden berasa takut dijangkiti Covid-19 jika pergi ke sekolah. Daripada ini, boleh disimpulkan bahawa emosi murid agak terganggu semasa pembelajaran bersemuka dijalankan kerana mereka berasa lebih bimbang dijangkiti virus daripada suka untuk pergi ke sekolah.
Seterusnya, emosi murid telah terjejas selepas menghadiri kelas atas talian dalam tempoh masa yang panjang. Jika tekanan tidak dikawal dan dibiarkan secara berpanjangan, murid tersebut akan berasa tidak berdaya untuk meneruskan pembelajaran dan berkemungkinan akan mengalami lesu upaya (Maat & Surat, 2022). Tambahan pula, murid-murid perlu menyesuaikan diri untuk belajar di sekolah dalam keadaan norma baharu di mana terdapat banyak SOP yang mesti diikuti dengan ketat di sekolah seperti penjarakan sosial sebanyak 1 meter dengan rakan dan guru, memakai pelitup muka sepanjang masa di sekolah, tidak boleh kongsi barang dengan rakannya, cuci tangan sebelum masuk ke sekolah dan sebelum makan, makan di dalam kelas dan sebagainya. Norma yang baharu ini memberikan tekanan emosi kepada murid-murid disebabkan SOP dijaga dengan ketat di sekolah, kurang berpeluang bersosial dengan rakannya dan takut dijangkiti oleh rakan atau guru sekolah.
3. Tinjauan Literature
3.1 Konsep Penglibatan Murid
Galugu (2019) menyatakan penglibatan murid di sekolah adalah satu keadaan di mana murid mempunyai keinginan untuk menjalankan proses pembelajaran, terlibat dalam aktiviti pembelajaran secara aktif sama ada dalam akademik atau aktiviti bukan akademik. Penglibatan murid di sekolah membolehkan murid mempunyai perasaan positif terhadap sekolah, menjadi murid yang dapat berfikir secara berdikari, aktif dalam aktiviti sekolah dan akhirnya berjaya menamatkan persekolahan.
Sejak 30 tahun yang lalu, penglibatan murid telah dititikberatkan kerana ia merupakan penyumbang utama kepada kejayaan murid di sekolah (Pit & Surat, 2021). Ahli-ahli psikologi juga menganggap penglibatan sebagai faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan pembelajaran serta hasil pembelajaran yang positif. Penglibatan murid adalah komponen penting kerana mempunyai kaitan dengan pencapaian murid, semangat kekitaan, kepatuhan kepada peraturan sekolah serta berupaya mengurangkan berlakunya kesalahan juvana dalam kalangan murid. Chiu (2022) pula menyatakan penglibatan murid merujuk kepada penglibatan aktif murid dalam amalan pendidikan yang berkesan di mana murid mempunyai komitmen terhadap matlamat dan pembelajarannya.
Penglibatan murid dapat dikaji melalui reaksinya terhadap pembelajaran. Jika penglibatan murid tersebut rendah, murid akan menunjukkan reaksi yang tidak diingini seperti kurang penyertaan dalam kelas, tidak tumpu perhatian dan mempunyai perasaan negatif terhadap persekitarannya (Umbach & Wawrzynski, 2005). Jika penglibatan murid rendah, maka guru susah untuk meningkatkan pemikiran kritikal, penyertaan murid dalam perbincangan serta pemikiran aktif dalam kalangan murid. Penglibatan murid yang rendah juga boleh menyebabkan keciciran di sekolah di mana murid kehilangan penglibatan yang berterusan dalam pembelajaran. Tuntasnya, penglibatan adalah peramal yang kuat bagi pencapaian akademik murid yang menentukan kejayaan murid.
Pada mulanya, penglibatan murid ditakrifkan sebagai penyertaan murid dalam aktiviti pendidikan. Namun begitu, penglibatan murid dikembangkan dengan merangkumi komponen kognitif dan emosi. Kuh (2003) telah menyatakan bahawa penglibatan murid merangkumi aspek kognitif, emosi dan tingkah laku selain menekankan tanggungjawab murid dan pihak sekolah untuk memupuk penglibatan murid. Fredericks et al. (2005) juga menyatakan tiga dimensi utama penglibatan pelajar iaitu penglibatan tingkah laku, penglibatan kognitif dan penglibatan emosi. Ketiga-tiga penglibatan ini adalah saling berkaitan dan selalu dikaitkan dengan motivasi diri dan pencapaian murid.
3.2 Konsep Penglibatan Tingkah Laku
Rosli et. al. (2019) menyatakan tingkah laku ialah perangai, gerak geri atau perkara yang dilakukan oleh seseorang individu. Menurut Amir (2020), definisi tingkah laku adalah berkaitan dengan pergerakan yang dipengaruhi oleh kognitif, motivasi, sikap, nilai, etika dan kepercayaan. Pendapat Al-Ghazali dalam kajian Muid (2022) pula menjelaskan tingkah laku berlaku kerana adanya motivasi, pendorong, objektif dan tujuannya. Tingkah laku boleh diambil kira, diperhati, diukur untuk mengetahui sikap seseorang. Secara tuntasnya, tingkah laku adalah sesuatu aktiviti yang dibentuk dengan bermulanya daripada diri kita untuk bertindak balas terhadap rangsangan dari luaran dan dalaman dan boleh diukur sebagai sikap.
Penglibatan tingkah laku merujuk kepada respons aktif terhadap tugasan pembelajarannya (Chapman, 2003). Menurut Fredericks et al. (2003) dalam kajian Hart, Stewart, dan Jimerson (2011) menyatakan penglibatan tingkah laku adalah merangkumi tindakan atau penyertaan murid yang boleh diperhatikan semasa di sekolah dan dikaji melalui usaha dan penyertaan di sekolah seperti kehadiran, aktiviti kokurikulum dan tabiat kerja. Bizri (2016) pula menyatakan penglibatan tingkah laku adalah berkaitan dengan tingkah laku semasa menjalankan tugas, penyertaan aktif, berusaha dan kegigihan. Tuntasnya, penglibatan tingkah laku dalam pembelajaran juga boleh didefinisikan sebagai sikap dan penyertaan seseorang murid terhadap pembelajarannya.
3.3 Konsep Penglibatan Emosi
Definisi emosi berasal daripada bahasa latin iaitu “movere” yang bererti bergerak atau menggerakkan (Harianja, 2019). Daripada kata tersebut, emosi bermaksud dorongan untuk bertindak. Emosi adalah sesuatu yang melalui pengalaman afektif, perasaan dan ekspresi tingkah laku. Emosi juga dirujuk sebagai suatu perasaan atau fikiran, keadaan biologi dan psikologi serta kecenderungan untuk bertindak (Maulina & Budiyono, 2021). Emosi adalah perasaan gembira, bosan, sedih, perasaan ingin tahu, berminat, marah atau sedih. Persekitaran boleh mempengaruhi emosi dan seterusnya melahirkan tingkah laku untuk bertindak balas terhadap emosi. Secara tuntasnya, emosi adalah perasaan yang ditimbulkan semasa melalui sesuatu perkara mahupun menyebabkan sesuatu tingkah laku berlaku.
Hart, Stewart, dan Jimerson (2011) menyatakan bahawa penglibatan emosi adalah perasaan murid terhadap sekolah, pembelajaran, guru dan rakan sebayanya. Sikap, nilai, minat dan keseronokan dalam alam persekolahan murid telah dinyatakan dalam penglibatan emosi. Ali dan Yaacob (2021) menyatakan penglibatan emosi adalah keadaan afektif seseorang murid serta perasaannya terhadap persekitaran yang dapat mempengaruhi penglibatan mereka terhadap pembelajaran. Secara tuntasnya, penglibatan emosi melibatkan perasaan murid yang ditimbulkan daripada pemikiran kognitifnya semasa murid sedang belajar dan dapat menimbul tingkah laku berdasarkan emosinya.
3.4 Konsep Penglibatan Kognitif
Proses kognitif dapat mengawal fikiran, tingkah laku dan emosi seseorang. Orientasi kognitif adalah bertujuan, mempunyai pendekatan, mencari strategi, sentiasa bersedia, penguasaan kemahiran untuk mencapai matlamat selain tindakan lanjut, penjagaan serta ketelitian (Pit et.
al., 2021). Mulyani (2019) pula menyatakan definisi kognitif adalah suatu proses berfikir yang memberi kemampuan kepada individu untuk menilai dan mempertimbangkan sesuatu kejadian atau peristiwa. Kognitif boleh dikembangkan mengikut usia dan selalu dikaitkan dengan kemampuan berfikir seperti kemampuan mengingat, menghafal, cerakinkan masalah dan kreativiti. Kemampuan berfikir ini mempengaruhi sikap dan tindakan (Bujuri, 2018).
Chapman (2003) menyatakan bahawa penglibatan kognitif murid adalah sejauh mana murid menghadiri dan menggunakan usaha mental dalam tugasan pembelajarannya. Frederick et al.
juga telah menjelaskan penglibatan kognitif sebagai usaha murid untuk memenuhi keperluan asas, menikmati cabaran akademik, menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi serta masa yang digunakan untuk menjalankan refleksi. Penglibatan kognitif bukan sahaja melibatkan tingkah laku, malah memerlukan perhatian dan kekuatan intelektual (Mandernach, 2015).
Daripada kajian Pit, Rahman dan Surat (2021), penglibatan kognitif adalah penyumbang utama kepada tahap penglibatan murid yang rendah kerana jika murid gagal meregulasikan emosi mereka dengan berkesan, maka murid tidak dapat terlibat secara kognitif secara berkesan.
Penglibatan kognitif juga dikenali sebagai cara murid kaitkan apa yang dipelajari, mononjolkan daya kreativiti, dapat keputusan yang baik, kuasai kemahiran, menyiapkan tugasan, kerjasama dan tanggungjawab mengenai topik yang dipelajari. Oleh yang demikian, orientasi kognitif yang positif dapat mempengaruhi penglibatan emosi dan tingkah laku murid secara positif.
4. Objektif Kajian
i. Mengenalpasti tahap penglibatan tingkah laku murid semasa menjalankan pembelajaran atas talian dan pembelajaran bersemuka sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
ii. Mengenalpasti tahap penglibatan emosi murid semasa menjalankan pembelajaran atas talian dan pembelajaran bersemuka sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
iii. Mengenalpasti tahap penglibatan kognitif murid semasa menjalankan pembelajaran atas talian dan pembelajaran bersemuka sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
5. Metodologi
5.1 Reka Bentuk Kajian
Pengkaji telah menggunakan kaedah kajian tinjauan yang bersifat kuantitatif. Data yang diperoleh daripada kajian ini ditukarkan ke dalam bentuk angka untuk dianalisis dengan menjalankan proses pengiraan statistik. Menurut John (2012), kaedah kuantitatif membolehkan pengkaji menjelas bagaimana pembolehubah pengaruhi pembolehubah yang lain serta hubungan antara pembolehubah tersebut. Kajian tinjauan dapat mengukur tiga jenis pemboleh
ubah mengenai penglibatan murid di kelas atas talian dan kelas bersemuka di sekolah sepanjang tempoh pandemik Covid-19 iaitu penglibatan emosi, penglibatan tingkah laku dan penglibatan kognitif. Kajian tinjauan bersifat kuantiti yang digunakan juga adalah sesuai dengan kajian ini kerana dapatan kajian memerlukan pemerolehan maklumat melalui pengumpulan data yang banyak dan bersifat empirikal di lapangan. Hasil data yang diperolehi dapat diukur dan mewakili tahap penglibatan murid dalam populasi yang dipilih.
5.2 Persampelan Kajian
Di sekolah rendah negeri Perlis, murid telah melalui kelas atas talian dan kelas fizikal sepanjang tempoh 2020 hingga 2022 mengikut arahan KPM. Ini bermakna murid telah mempunyai pengalaman belajar di kelas atas talian dan kelas bersemuka di sekolah sepanjang tempoh transisi pandemik ke endemik. Namun begitu, didapat berlakunya keciciran murid dalam pembelajaran selepas pembukaan sekolah. Penglibatan murid sepanjang kelas atas talian dan kelas secara fizikal telah dikaji memandangkan penglibatan murid mempunyai hubungan berkaitan dengan keciciran dan motivasi murid untuk belajar (Saifudin & Hamzah, 2021). Oleh itu, kajian penglibatan murid semasa pembelajaran atas talian dan pembelajaran bersemuka sepanjang tempoh transisi pandemik ke endemik di negeri Perlis telah dikaji secara kuantitatif.
Berdasarkan data enrolmen daripada JPN Perlis, statistik murid Tahun 5 di 74 buah sekolah rendah adalah sebanyak 3879 orang. Jadual penentuan saiz sampel yang dicadangkan oleh Krajcie dan Morgan (1970) adalah seramai 351 orang bagi 4000 orang populasi. Oleh yang demikian, seramai 355 orang peserta kajian diambil daripada 74 buah sekolah di negeri Perlis.
Pengkaji menggunakan kaedah persampelan secara rawak. Borang Soal Selidik telah dihantarkan ke setiap sekolah dan guru sekolah tersebut diminta memilih murid Tahun 5 secara rawak dan memberikan penjelasan kehendak soalan soal selidik sebelum murid mula menjawab soalan soal selidik.
5.3 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, soal selidik yang sesuai dengan kanak-kanak digunakan untuk menilai penglibatan tingkah laku, emosi dan kognitif murid telah digunakan. Soal selidik ini telah dibangunkan oleh Fredericks, Blumenfeld, Friedel dan Paris (2005). Fredericks dan rakannya telah membuat kajian terhadap soal selidik ini dan mendapati soal selidik yang dihasilkannya mempunyai kesahan dan kepercayaan yang tinggi. Soalan ini telah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu. Selain itu, pengkaji juga telah membuat modifikasi terhadap soalan ini bagi menjawab soalan penglibatan murid di kelas atas talian. Modifikasi telah dibuat dengan bagi supaya soalan yang ditanya sesuai dengan latar tempat dan kaedah pengajaran dan pembelajaran tanpa mengubah isi kandungan mengenai penglibatan tingkah laku, penglibatan emosi dan penglibatan kognitif. Penterjemahan dan modifikasi terhadap borang soal selidik telah mendapat pengesahan daripada pakar.
Dalam borang soalan selidik dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu demografi, penglibatan murid di kelas atas talian dan tahap penglibatan murid di kelas bersemuka. Terdapat 5 soalan bagi aspek penglibatan tingkah laku dan penglibatan emosi masing-masing, penglibatan kognitif pula mempunyai 8 soalan. Skala Likert dari 1 hingga 5 telah digunakan untuk menjawab soalan kajian ini. Soal selidik ini diukur dalam skala Likert yang berjulatkan skor berskala 1 hingga 5. Skor 1 mewakili kepada “sangat tidak bersetuju” , skor 2 mewakili kepada
“tidak setuju”, skor 3 merujuk kepada “tidak pasti”, skor 4 adalah “setuju” manakala skor 5 adalah “sangat setuju”.
Kajian rintis dilakukan sebelum menjalankan kajian yang sebenar untuk mengenal pasti kebolehpercayaan dan kesahan instrumen bagi setiap item soalan yang dibentukkan.
Berdasarkan hasil kajian, skala untuk penglibatan tingkah laku di kelas atas talian adalah α = .76, penglibatan emosi di kelas atas talian adalah α = 0.85 manakala penglibatan kognitif pula adalah α = 0.87. Skala untuk penglibatan di kelas atas talian adalah α = 0.93. Seterusnya, bagi kelas bersemuka pula, skalanya adalah 0.91. Bagi aspek penglibatan tingkah laku, skalanya adalah α = 0.71, penglibatan emosi adalah α = 0.81 serta penglibatan kognitif adalah α = 0.83.
Melalui analisis kebolehpercayaan, didapati soal selidik yang digunakan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi.
5.4 Analisis Data
Analisis deskriptif telah dijalankan untuk mencapai objektif kajian ini. Penginterpretasian skor min bagi skala Likert dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Tahap penglibatan murid dapat dikenal pasti berdasarkan kedudukan min dalam julat skor dalam Jadual 3.8 di bawah. Julat skor 5 mata hingga 4.01 mata merujuk kepada tahap penglibatan yang tinggi (T), 4.00 mata hingga 3.01 mata adalah sederhana tinggi (ST), 3.00 mata hingga 2.01 mata hingga merujuk kepada sederhana rendah (SR) manakala mata 2.00 hingga mata 1.00 adalah rendah (R). Jadual 3.2 di bawah juga digunakan untuk menilai tahap penglibatan murid bagi setiap item dan setiap bahagian mahupun penglibatan keseluruhannya. Selain itu, sisishan piawai bagi semua aspek dalam borang soal selidik juga telah dikaji.
6. Dapatan Kajian
6.1 Demografi Responden
Terdapat 335 orang murid Tahun 5 daripada 7 buah sekolah di negeri Perlis telah menyertai kajian ini. Daripada data yang diperolehi, responden terdiri daripada 191 orang murid perempuan (53.8%) dan 164 orang lelaki (46.2%). Bagi aspek kaum pula, terdapat 275 orang murid berbangsa Melayu (77.5%), 42 orang murid berbangsa Cina(11.8%), 30 orang murid berbangsa Siam (30%), 5 orang murid berbangsa India (1.4%), 1 orang murid berbangsa Sikh (0.3%), 1 orang murid berbangsa Bidayuh (0.3%) dan 1 orang murid berbangsa Kadazan (0.3%). Dalam kajian ini, responden Tahun 5 ini adalah daripada 8 buah sekolah di negeri Perlis. Terdapat 3 buah sekolah jenis kebangsaan cina yang menyertai kajian ini dan bilangan respondennya adalah seramai 100 orang. Bagi sekolah kebangasaan pula, terdapat 4 buah sekolah telah menyertai kajian ini dengan jumlah responden seramai 255 orang murid tahun 5.
Tahap sosioekonomi rumah tangga telah dikira dengan menggunakan julat pendapatan keluarga. Melalui data yang diperolehi, terdapat 38 (10.7%) orang murid yang tidak menjawab soalan ini. Kemudian, golongan B40 iaitu julat pendapatan keluarga kurang daripada RM3870 adalah seramai 215 orang (60.6%) manakala responden daripada golongan M40 iaitu julat pendapatan RM3871 hingga RM7929 adalah seramai 65 orang (18.3%). Akhir sekali, responden daripada pendapatan keluarga yang lebih daripada RM7930 adalah seramai 37 orang (10.4%).
6.2 Tahap Penglibatan Murid di Kelas Atas Talian dan Kelas Bersemuka
Daripada rajah 1, didapati tahap penglibatan tingkah laku, emosi dan kognitif responden di kelas atas talian dan kelas bersemuka adalah pada tahap sederhana tinggi. Bagi tahap penglibatan tingkah laku, julat min skor bagi kelas atas talian adalah 3.42 manakala kelas bersemuka adalah 3.72. Di kelas atas talian, julat min skor bagi penglibatan emosi di kelas atas talian adalah 3.43 manakala kelas bersemuka mendapat 3.98. Akhir sekali, julat min skor bagi penglibatan kognitif di kelas atas talian adalah 3.35 manakala di kelas bersemuka pula adalah 3.56. Secara tuntasnya, secara puratanya, kelas atas talian mendapat purata skor sebanyak 3.39 manakala kelas bersemuka mendapat purata skor sebanyak 3.72. Perbezaan bagi tahap
penglibatan murid secara keseluruhannya bagi kedua-dua kaedah pembelajaran ini adalah sebanyak 0.33 markah. Walau bagaimanapun, skor bagi tahap penglibatan murid di kelas bersemuka adalah lebih tinggi daripada di kelas atas talian.
Rajah 1: Analisis Graf Kaedah Pembelajaran dan Tahap Penglibatan Murid Sepanjang Transisi Pandemik ke Endemik
6.2.1 Tahap Penglibatan Tingkah Laku Murid di Kelas Atas Talian dan Kelas Bersemuka Berdasarkan analisis soal selidik yang telah dijalankan oleh pengkaji, semasa di kelas atas talian, julat skor yang paling tinggi bagi penglibatan tingkah laku adalah mematuhi peraturan di kelas atas talian (M=3.67, SP=1.43). Skor yang kedua tertinggi pula ialah belajar bersungguh-sungguh di kelas atas talian (M=3.63, SP=1.86) manakala skor tertinggi yang seterusnya adalah memberi perhatian semasa pembelajaran dijalankan (M=3.31, SP=1.17).
Seterusnya adalah aspek murid menyiapkan kerja rumah yang diberikan (M=3.30, SP=1.17).
Aspek yang mendapat julat skor yang paling rendah adalah aspek menghadapi masalah semasa di kelas atas talian (M=3.19, SP=1.33). Purata min skor yang diperoleh adalah berada pada tahap sederhana tinggi (M=3.42, SP=0.69).
Bagi kelas bersemuka pula, responden dapat memberikan perhatian di kelas bersemuka mendapat julat min skor paling tinggi (M=4.1, SP=0.98) dan berada di tahap tinggi. Seterusnya adalah aspek mematuhi peraturan di kelas bersemuka (M=3.89, SP=1.12) dan diikuti oleh aspek ketepatan masa menyiapkan kerja rumah yang diberikan (M=3.69, SP=1.08). Kemudian, markah julat skor diikuti oleh aspek kesungguhan responden belajar di kelas bersemuka (M=3.60, SP=1.31). Akhir sekali, julat skor yang paling rendah adalah responden menghadapi masalah semasa kelas bersemuka dijalankan (M=3.31, SP=1.38). Purata min skor yang diperoleh juga adalah berada pada tahap sederhana tinggi (M=3.72, SP=0.69).
Jadual 1: Tahap Penglibatan Tingkah Laku Murid di Kelas Atas Talian dan Kelas Bersemuka
Bil Aspek Kelas Atas Talian Kelas Bersemuka
Min Skor
Tahap Sisihan Piawai
Min Skor
Tahap Sisihan Piawai 1 Saya memberi perhatian semasa kelas
dijalankan.
3.31 ST 1.17 4.1 T 0.98
2 Saya tidak berlakon seperti saya sedang belajar bersungguh-sungguh semasa kelas dijalankan.
3.63 ST 1.86 3.60 ST 1.31
3 Saya menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru tepat pada masanya.
3.30 ST 1.17 3.69 ST 1.08
4 Saya mematuhi peraturan di kelas atas talian.
3.67 ST 1.43 3.89 ST 1.12
5 Saya tidak menghadapi masalah semasa kelas dijalankan.
3.19 ST 1.33 3.31 ST 1.38
Jumlah Purata Min Skor 3.42 ST 0.69 3.72 ST 0.69
6.2.2 Tahap Penglibatan Emosi Murid di Kelas Atas Talian dan Kelas Bersemuka Bagi penglibatan emosi responden dalam kelas atas talian pula, julat markah bagi aspek persekitaran belajar responden adalah menyeronokkan adalah paling tinggi iaitu 3.54, sp=1.23 dan diikuti dengan responden berasa gembira di kelas dengan julat skor 3.49, sp=1.23.
Seterusnya, aspek responden suka belajar di kelas atas talian berada di tempat ketiga dengan julat skornya 3.42, sp=1.32 manakala julat skor bagi aspek responden berminat dengan latihan yang diberikan di kelas atas talian adalah 3.41, sp=1.14. Akhir sekali, aspek yang mendapat julat skor yang paling rendah ialah responden teruja dengan latihan yang diberikan dengan julat skor 3.26, sp=1.17.
Terdapat dua aspek yang berada pada tahap tinggi dalam penglibatan emosi responden di kelas bersemuka di mana murid berasa gembira di kelas bersemuka dengan julat skor 4.31, sp=1.00 dan responden suka belajar di kelas bersemuka dengan julat skor 4.19, sp=1.23. Seterusnya, julat skor bagi aspek persekitaran pembelajaran di sekolah adalah menyeronokkan adalah sebanyak 3.98, sp=1.10 diikuti dengan julat skor 3.85, sp=1.06 oleh aspek responden berminat dengan latihan yang diberikan di dalam kelas. Selain itu, julat skor bagi aspek responden teruja dengan latihan yang diberikan dengan julat skor 3.57, sp=1.16.
Jadual 2: Tahap Penglibatan Emosi Murid di Kelas Atas Talian dan Kelas Bersemuka
Bil Aspek Kelas Atas Talian Kelas Bersemuka
Min Skor
Tahap Sisihan Piawai
Min Skor
Tahap Sisihan Piawai 1 Saya berasa gembira di kelas. 3.49 ST 1.23 4.31 T 1.00 2 Saya berasa teruja dengan latihan
yang diberikan.
3.26 ST 1.17 3.57 ST 1.16
3 Saya suka belajar di kelas. 3.42 ST 1.32 4.19 T 1.23 4 Saya berminat dengan latihan yang
diberikan di kelas.
3.41 ST 1.14 3.85 ST 1.06
5 Persekitaran belajar saya adalah tempat yang menyeronokkan.
3.54 ST 1.23 3.98 ST 1.10
Jumlah Purata Min Skor 3.43 ST 0.86 3.98 ST 0.75
6.2.3 Tahap Penglibatan Kognitif Murid di Kelas Atas Talian dan Kelas Bersemuka Terdapat 8 aspek yang terdapat dalam penglibatan kognitif yang dikaji. Bagi julat markah aspek penglibatan kognitif di kelas atas talian yang tertinggi adalah responden baca semula perkara yang tidak (M=3.62, SP=1.27). Seterusnya adalah aspek responden mencari maksud perkataan yang tidak difahami (M=3.57, SP=1.83) dan diikuti dengan aspek responden menonton Youtube tentang perkara yang dipelajari di kelas atas talian (M=3.51, SP=1.27).
Selain itu, markah julat min skor diikuti dengan aspek responden bertanya kepada diri sendiri bagi memastikannya memahami sesuatu yang dibaca (M=3.33, SP=1.14) dan aspek responden membaca buku rujukan lain untuk mendapatkan ilmu tambahan (M=3.30, SP=1.23). Kemudian diikuti dengan aspek responden menyemak semula latihan yang diberikan untuk mencari kesilapan (M=3.29, SP=1.17) dan aspek responden bercerita tentang aktiviti yang dijalankan di luar sekolah (M=3.15, SP=1.31). Akhir sekali, aspek respon belajar di rumah walaupun tiada ujian dijalankan mendapat julat skor yang paling rendah (M=3.06, SP=1.19). Secara tuntasnya, julat min skor bagi penglibatan bagi aspek kognitif di kelas atas talian adalah sebanyak 3.35 dan berada pada tahap sederhana tinggi.
Bagi kaedah pembelajaran di kelas bersemuka pula, aspek yang mendapat julat markah paling tinggi adalah responden mengulangi bacaan jika dia tidak memahami perkara yang dibacanya (M=3.92, SP=1.22) dan diikuti dengan aspek responden mencari maksud perkataan yang tidak difahami (M=3.87, SP=1.11). Data mengenai aspek responden menyemak semula latihan yang diberikan di kelas untuk mencari kesilapan (M=3.61, SP=1.14) juga telah dikesan. Aspek responden bertanya kepada diri sendiri untuk memastikan dia memahami sesuatu yang dibaca (M=3.54, SP=1.14) dan aspek responden membaca buku rujukkan lain untuk mendapatkan ilmu tambahan (M=3.54, SP=1.25) telah mendapat julat skor yang sama. Kemudian diikuti dengan aspek responden bercerita tentang aktiviti yang dijalankan di sekolah dengan orang lain (M=3.41, SP=1.37) dan aspek responden menonton Youtube tentang perkara yang dijalankan kelas bersemuka (M=3.34, SP=1.31). Seperti dapatan kajian bagi tahap penglibatan murid dalam kelas atas talian, aspek responden belajar di rumah walaupun tiada ujian telah mendapat julat skor yang paling rendah (M=3.21, SP=1.18). Kesimpulannya, tahap penglibatan kognitif murid di kelas bersemuka adalah pada tahap sederhana tinggi dengan julat min skornya sebanyak 3.56.
Jadual 3: Tahap Penglibatan Tingkah Laku Murid di Kelas Atas Talian dan Kelas Bersemuka
Bil
Aspek Kelas Atas Talian Kelas Bersemuka
Min Skor
Tahap Sisihan Piawai
Min Skor
Tahap Sisihan Piawai
1
Saya bertanya kepada diri sendiri untuk memastikan saya memahami sesuatu yang dibaca.
3.33 ST 1.14 3.54 ST 1.14
2 Saya belajar di rumah walaupun tiada ujian dijalankan.
3.06 ST 1.19 3.21 ST 1.18
3 Saya menonton Youtube tentang perkara yang belajar di kelas atas talian.
3.51 ST 1.27 3.34 ST 1.31
4
Saya bercerita tentang aktiviti yang dijalankan di sekolah dengan orang lain di luar sekolah.
3.15 ST 1.31 3.41 ST 1.37
5 Saya menyemak semula latihan yang diberikan di kelas untuk mencari kesilapan.
3.29 ST 1.17 3.61 ST 1.14
6
Saya mencari maksud perkataan yang tidak difahami. Contohnya, mencari dalam kamus atau bertanya kepada seseorang.
3.57 ST 1.83 3.87 ST 1.11
7 Saya membaca buku rujukan lain untuk mendapatkan ilmu tambahan.
3.3 ST 1.23 3.54 ST 1.25
8 Jika saya tidak faham apa yang saya baca, saya akan ulang membaca sekali lagi.
3.62 ST 1.27 3.92 ST 1.22
Jumlah Purata Min Skor 3.35 ST 0.76 3.56 ST 0.72
7. Perbincangan Kajian
7.1 Penglibatan Tingkah Laku Murid di Kelas Atas Talian dan di Kelas Bersemuka Daripada analisis, perbezaan yang paling ketara ialah aspek murid tumpu perhatian semasa di kelas bersemuka jika dibandingkan dengan di kelas atas talian dan aspek ini mendapat tahap tinggi. Menurut Nawwarah, Rahman, Siti, Syed dan Zahir (2022), murid lebih dapat menumpukan perhatian di kelas bersemuka kerana guru boleh melihat cara pergerakan murid semasa membunyikan huruf dengan lebih dekat dan jelas. Guru juga dapat membetulkan dan menegur murid secara langsung jika terdapat kesalahan dan ketidaktepatan yang dibuat oleh murid.
Seterusnya, julat purata skor bagi aspek murid dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan di kelas atas talian adalah lebih rendah dibandingkan dengan di kelas bersemuka. Menurut Sugiyono (2021), di kelas atas talian, guru membebani murid dengan kerja rumah yang banyak bagi mengimbangi pelaksanaan seperti pelaksanaan semasa kelas bersemuka. Oleh yang demikian, murid cenderung berasa bosan dan tidak mengambil penting kerja rumah dan kewajipan dalam kelas atas talian. Kajian daripada Sapian, Mahamod & Mahad (2021) juga menyatakan terdapat segelintir murid yang hadir ke kelas atas talian tetapi tidak menyiapkan latihan yang diberikan. Tuntasnya, penglibatan murid dalam aspek ini adalah lebih tinggi di kelas bersemuka jika dibandingkan dengan di kelas atas talian.
Dapatan kajian menunjukkan murid belajar dengan lebih bersungguh-sungguh di kelas atas talian dibandingkan dengan semasa di kelas bersemuka. Menurut dapatan kajian daripada Alfi, Hanif, Iefone dan Salsabila (2022), semasa pasca pandemik, sebahagian besar respondennya sudah selesa dengan pembelajaran di kelas atas talian sehingga mereka mengalami kemalasan dan kebosanan untuk menjalankan aktiviti yang bersemuka. Kajian Unik, Iefone, Isti, Asih dan Salsabila (2021) pula menyatakan guru yang menggunakan media pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid seperti aplikasi Quizizz dapat meningkatkan kesungguhan murid untuk belajar tanpa tekanan emosi. Media pembelajaran yang bersifat interaktif juga membolehkan murid belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.
7.2 Penglibatan Emosi Murid di Kelas Atas Talian dan di Sekolah
Aspek kegembiraan murid semasa belajar di kelas bersemuka adalah lebih daripada di kelas atas talian. Di kelas bersemuka, aspek ini telah mendapat julat skor yang paling tinggi di antara aspek-aspek yang dikaji. Kajian Lintang, Leana, Muhammad dan Sumbaji (2022) menunjukkan kebanyakan daripada respondennya menyatakan bahawa mereka gembira dan berasa seronok dalam kelas bersemuka tetapi tidak keberatan untuk menjalankan pembelajaran di kelas atas talian. Di sekolah, murid dapat bersosial dengan guru dan kawan-kawan secara bersemuka. Murid-murid lebih gembira untuk belajar dengan adanya teman daripada rakan sebaya kerana mereka boleh berbincang dengan guru dan rakannya secara bersemuka selain dapat bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama. Aktiviti berlandaskan pembelajaran
koperatif dapat mencetuskan perbincangan antara murid kemudian melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran mereka (Low & Kutty, 2022). Melalui cara ini, murid lebih melibatkan diri dalam pembelajaran dan bermotivasi untuk belajar sehingga mereka berasa dirinya belajar lebih banyak semasa di sekolah dan ini amat memberikan kepuasan kepada mereka dalam pembelajaran. Hal ini disokong oleh Sa dan Surat (2021) yang menyatakan hubungan guru dan kesepaduan rakan merupakan faktor meningkatkan penglibatan murid.
Apek kesukaan belajar di kelas atas talian dan kelas bersemuka juga telah dikaji. Di kelas bersemuka, aspek ini telah mendapat julat min skor kedua tertinggi di antara aspek yang dikaji.
Salah satu sebab murid suka belajar di kelas atas talian adalah kerana media pembelajaran yang berasaskan teknologi adalah menarik dan bersifat interaktif yang mengutamakan kerjasama serta komunikasi seperti permainan yang mempunyai ciri-ciri yang dapat mencipta kesukaan murid untuk belajar. Menurut Irwan, Zakry dan Atri (2019), media pembelajaran di kelas atas talian adalah bersifat khayalan, mempunyai cabaran dan dapat meningkatkan sifat keingintahuan murid. Dalam kajian Lintang et. al. (2022) pula menyatakan terdapat 85.72%
responden yang mengatakan mereka lebih suka belajar di kelas atas talian kerana mereka boleh mengajukan soalan dan mendapat maklum balas secara langsung di kelas bersemuka sehingga mereka merasakan pembelajaran lebih berkesan. Selain itu, respondennya juga menyatakan mereka boleh berinteraksi dengan rakannya secara langsung di kelas bersemuka.
Seterusnya, aspek persekitaran pembelajaran yang seronok juga dikaji dan mendapati murid berasa persekitaran di sekolah adalah lebih baik daripada persekitaran di kelas atas talian.
Persekitaran adalah penting kerana murid akan melibatkan diri dalam pembelajaran jika persekitaran optimum disediakan (Muhammad, Muhammad & Asfa, 2020). Menurut Nawwarah et.al. (2022), penetapan tempoh masa pembelajaran yang bersesuaian dan fleksibiliti masa untuk menjalankan PdPR membolehkah murid belajar dalam keadaan yang tersedia dan bersesuaian. Selain itu, media pembelajaran di kelas atas talian yang menyenangkan murid, bersifat kompetitif dan interaktif dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, memotivasikan murid selain dapat meningkatkan pemahaman murid mengenai perkara yang dipelajari (Unik et. al., 2021). Dalam kajian Lintang et. al. (2022) menyatakan bahawa 14.28% respondennya memilih kelas atas talian kerana berasa lebih selesa dan lebih bebas dari segi pelaksanaan. Walau bagaimanapun, kajian daripada Panteri et. al. (2021)telah menunjukkan kadar tumpuan murid semasa di kelas atas talian menurun disebabkan peningkatan tahap tekanan mereka selain menimbulkan perasaan terasing daripada sosial. Selain itu, persekitaran pembelajaran di rumah adalah tidak memberansangkan bagi sesetengah murid kerana terdapat banyak gangguan seperti bunyi bising yang dikeluarkan oleh ahli keluarganya. Murid mungkin menghadapi masalah ruang pembelajaran yang sempit dan kemudahan untuk belajar yang tidak lengkap.
7.3 Penglibatan Kognitif Murid di Kelas Atas Talian dan di Sekolah
Aspek murid membaca buku rujukan untuk mendapatkan ilmu adalah lebih tinggi di kelas bersemuka jika dibandingkan dengan di kelas atas talian. Kajian Lintang et. al. (2022) menyatakan di kelas bersemuka, guru bukan sahaja memberi tugasan tetapi juga memberikan penerangan kepada murid selain murid membuat tugasan dan lebih memahaminya. Penglibatan kognitif iaitu mencari maklumat tambahan adalah lebih kurang sama di kelas atas talian mahupun di sekolah. Di sekolah, murid mempunyai kemudahan yang lebih sempurna untuk mencari maklumat tambahan seperti mencari buku di perpustakaan. Murid juga lebih senang mendapat ilmu daripada guru secara bersemuka. Interaksi murid secara individu dengan guru mempunyai hubungan positif yang kuat jika murid berinteraksi dengan guru secara bersemuka.
Di kelas atas talian pula, murid lebih suka mencari maklumat tambahan di Google.
Seterusnya, perbezaan julat skor bagi aspek murid bercerita tentang aktiviti yang di kelas bersemuka adalah lebih tinggi daripada di kelas atas talian. Menurut dapatan kajian daripada Alfi et. al. (2022), pandemik telah menyebabkan murid cenderung untuk menyendiri atau menjadi introvert. Dari segi perkara yang sering dicerita semula dan difikir kembali pula, murid lebih suka bercakap tentang perkara yang berlaku di sekolah. Hal ini menunjukkan murid lebih suka peristiwa dan perasaan yang berlaku di sekolah. Contohnya, aktiviti dan latihan sekolah yang menarik membolehkan murid lebih mengingatinya dan disebut kepada orang lain. Oleh yang demikian, penglibatan kognitif dari aspek memikir semula perkara yang berlaku di sekolah adalah lebih tinggi.
Bagi aspek murid menonton Youtube tentang perkara yang dipelajari pula, julat skor bagi kaedah kelas atas talian adalah lebih tinggi daripada julat skor di kelas bersemuka. Menurut Nawwarah et. al. (2022), di kelas atas talian, murid-murid boleh melihat rakaman pengajaran guru di mana nota-nota yang penting boleh ditonton secara berulang. Semasa di kelas atas talian, murid lebih bergantung kepada media pembelajaran sehingga menyebabkan aspek ini mendapat julat min skor yang lebih tinggi bagi di kelas atas talian. Di kelas bersemuka pula, murid boleh belajar daripada rakan dan guru di sekolah dan ini menyebabkan kebergantungan kepada Youtube telah berkurangan.
7.4 Rumusan Perbincangan
Semasa transisi dari pandemik ke endemik, kaedah pembelajaran juga telah berubah dan ini memerlukan proses penyesuaian daripada pihak guru dan murid. Hal ini demikian kerana murid telah biasa dengan menjalankan PdPR di rumah dan perlu pulang ke sekolah dalam keadaan adalah SOP yang ketat untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, kajian daripada Gusti dan Abdurahim (2022) menunjukkan kesediaan murid dari segi fizikal, emosi dan mental untuk belajar di kelas bersemuka adalah sangat tinggi walaupun murid mengetahui kedua-dua kaedah pembelajaran ini adalah amat berbeza. Hal ini telah membuktikan sebabnya tahap penglibatan murid di kelas atas talian dan kelas bersemuka adalah sama di mana murid-murid telahpun bersedia untuk belajar dalam kedua-dua kaedah pembelajaran sepanjang transisi pandemik ke endemik.
Pemantauan semasa kelas atas talian dijalankan daripada pihak berkuasa seperti pengawasan daripada pegawai Jabatan Negeri Perlis dan pihak pentadbir sekolah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru semasa pembelajaran dijalankan. Penyeliaan akademik daripada pihak atasan dapat membangunkan kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti kemahiran penggunaan teknologi bagi menyokong proses pembelajaran atas talian dan seterusnya mencapai objektif pembelajaran. Guru juga diberikan motivasi dan penghargaan daripada pihak atasan membolehkan guru lebih berdedikasi untuk mengharungi masalah yang dihadapi di kelas atas talian. Hal ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Sugiyono (2021) yang menyatakan bahawa pemantauan daripada pihak atas adalah amat berkesan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa menjalankan kelas atas talian serta meningkatkan kompetensi guru sekolah untuk menjalankan proses PdP. Apabila masalah telah selesai dan kemahiran guru meningkat, penglibatan murid di kelas atas talian dapat ditingkatkan sehingga dapat selaras dengan tahap penglibatan di kelas bersemuka.
Secara keseluruhannya, penglibatan murid di sekolah adalah lebih tinggi. Hal ini selaras dengan kajian daripada Panteri et. al. (2021) telah menyatakan sebanyak 59% responden memilih untuk belajar secara bersemuka, 29% responden memilih pembelajaran mod campuran manakala 12% responden memilih untuk belajar di kelas atas talian. Hal ini jelas bahawa kebanyakan murid masih suka untuk belajar bersemuka. Dapatan kajian ini
menunjukkan murid lebih dapat menumpukan perhatian, berasa gembira dan dapat menyiapkan latihan yang diberikan di sekolah. Hal ini juga disokong oleh kajian Lintang et. al.
(2022) yang menunjukkan sebanyak 64.3% responden yang mahu belajar di kelas bersemuka manakala hanya 7.1% murid yang ingin belajar di kelas atas talian.
8. Rumusan dan Kesimpulan
Pengkaji mendapati penglibatan murid dalam pembelajaran di kelas atas talian dan kelas bersemuka adalah sama iaitu pada tahap sederhana tinggi. Faktor-faktor yang menyebabkan penglibatan murid di kelas atas talian dan kelas bersemuka semasa transisi pandemik ke endemik masih berada pada tahap sederhana tinggi boleh dikaji secara terperinci lagi. Hal ini kerana murid masih melibatkan diri dalam pembelajaran dalam tahap sederhana tinggi walaupun dengan kaedah pembelajaran dan situasi yang berbeza akibat penularan Covid-19.
Hal ini juga dapat menyokong keberkesanan kelas atas talian dan kelas bersemuka yang telah dijalankan di negeri Perlis. Oleh yang demikian, pengkaji mencadangkan bahawa kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual boleh dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjutan selain menyokong dapatan kajian ini.
Kajian ini penting dan adalah satu usaha kepada warga pendidikan supaya sentiasa kekal bersedia dan menghadapi krisis yang berlaku sehingga dapat mengubah kaedah pembelajaran yang digunakan. Impak positif telah diberikan bagi memastikan sistem pendidikan sentiasa bersifat dinamik dalam menuju kepada arah yang terbaik. Daripada dapatan kajian, warga pendidikan mengetahui aspek penglibatan murid yang lemah bagi kedua-dua kaedah pembelajaran dan seterusnya membuat penambahbaikan dalam pendekatan pengajarannya. Hal ini dapat membaiki kelemahan yang didapati dan seterusnya menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam pembelajaran.
Secara kesimpulannya, penglibatan pelajar perlulah sentiasa diberi perhatian kerana ia adalah petunjuk kepada hasil positif di sekolah yang penting (Pit et. al., 2021). Daripada dapatan kajian, pengkaji mendapati tahap penglibatan murid dalam pembelajaran masih berada pada tahap sederhana tinggi tidak kira di kelas atas talian atau kelas bersemuka. Perkara ini telah menunjukkan murid masih dapat meneruskan pembelajaran pada tahap sederhana tinggi dan memberikan impak yang lebih kurang sama walaupun kaedah pembelajaran telah berubah.
Dapatan kajian daripada Nawwarah et. al. (2022) juga menunjukkan kelas atas talian mampu memberikan impak yang berkesan seperti di kelas bersemuka. Namun begitu, secara keseluruhannya, tahap penglibatan murid di kelas bersemuka adalah lebih tinggi daripada penglibatan murid di kelas atas talian.
Rujukan
Alfi S., Hanif C. A. K., Iefone S. H. & Salsabila D. (2022). Dampak Learning Loss terhadap Psikososial Mahasiswa Saat dan Pasca Pandemi Covid-19. MOMENTUM: Jurnal Sosial dan Keagamaan, 11(2), 203-222.
Ali, A. H., & Yaacob, W. A. (2021). Andragogi Pendidikan Islam Mualaf. Istem Endidikan, 95.
Amir, Y. (2020). Pengaruh Tingkah Laku Guru Dan Pendidikan Keluarga Terhadap Kecerdasan Emosional Anak Di Sdn 7 Komba Kecamatan Larompong Kabupaten Luwu [Doctoral dissertation, Institut agama islam Negeri (IAIAN Palopo)].
Bizri, D. B. (2016). The Effect Of Soft Background Music, Mozart Music, On The Three Levels Of Students' Engagement.(C2016) [Doctoral dissertation, Lebanese American University].
Bujuri, D. A. (2018). Analisis Perkembang Federicksan Kognitif Anak Usia Dasar Dan Implikasinya Dalam Kegiatan Belajar Mengajar. LITERASI (Jurnal Ilmu Pendidikan), 9(1), 37-50.
Chapman, E. (2003). Alternative Approaches To Assessing Student Engagement Rates.
Practical Assessment, Research & Evaluation, 8(13).
Chiu, T. K. (2022). Applying The Self-Determination Theory (SDT) To Explain Student Engagement In Online Learning During The COVID-19 Pandemic. Journal of Research on Technology in Education, 54(sup1), S14-S30.
Faisal, F. A., & Ali, M. M. (2022). Cabaran Pembelajaran Atas Talian Di Rumah: Tinjauan Ibu Bapa Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran [Challenges Of Online Learning At Home: A Survey Of Parents Of Students With Special Needs With Learning Disabilities]. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education, 2(1), 129- 141.
Fredricks, J. A., Blumenfeld, P., Friedel, J., & Paris, A. (2003). School Engagement.
Indicators of Positive Development Conference, Child Trends, 1-49.
Fredricks, J. A., Blumenfeld, P., Friedel, J., & Paris, A. (2005). School Engagement. What do children need to flourish?, 305-321.
Galugu, N. S. (2019). Academic Self-Concept, Teacher’s Supports And Student’s Engagement In The School. Jurnal Psikologi Pendidikan & Konseling Vol, 5(2).
Gusti, A. M. A. P., & Abdurahim, A. (2022). Analisis Kesiapan Pembelajaran Tatap Muka Mahasiswa Matematika dari Masa Pandemi Menuju Endemi COVID-19. Square:
Journal of Mathematics and Mathematics Education, 4(1), 53-60.
Harianja, V. V. (2019). Emosi Adalah. Jurnal Latihan, 1(1), 1-12.
Hart, S. R., Stewart, K., & Jimerson, S. R. (2011). The Student Engagement In Schools Questionnaire (SESQ) and the Teacher Engagement Report Form-New (TERF-N):
Examining the preliminary evidence. Contemporary School Psychology: Formerly
"The California School Psychologist", 15(1), 67-79
Irwan, I., Zaky F. L., & Atri, W. (2019). Efektifitas Penggunaan Kahoot! Untuk Meningkatkan Hasil Belajar Siswa. PEDAGOGIA: Jurnal Pendidikan, 8(1), 95-104.
John W. C. (2015). Educational research planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Fourth Edition. Fourth Edi. Boston: Pearson Education, Inc.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.
Dimuat turun daripada: https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/bpsh- 2/manual-pdp-di-rumah-1/4667-manual-pdpdr-1/file
Krajcie & Morgan. (1970). Determining Sampel Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement 30: 607–610.
Kuh, G. D. (2003). What We're Learning About Student Engagement From NSSE:
Benchmarks For Effective Educational Practices. Change, 35(2).
Lintang, E.S., Leana, I.P., Muhammad, M. & Sumbaji, P. (2022). Analisis Kesiapan Belajar Matematika Siswa Secara Blended Learning Dalam Masa Transisi. RANGE: Jurnal Pendidikan Matematika, 3(2), 174-180.
Low, H. S., & Kutty, F. M. (2022). Keberkesanan Think-Pair-Share Terhadap Motivasi Dan Penglibatan Murid Dalam Penguasaan Penulisan Bahasa Malaysia Sekolah SJK (C).
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), e001517- e001517.
Maat, N. H., & Surat, S. (2022). Kesediaan Pdpr Dan Kemahiran Mengawal Tekanan Psikologikal Semasa Pandemik Covid-19 Dalam Kalangan Guru KAFA. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001377-e001377.
Mandernach, B. J. (2015). Assessment Of Student Engagement In Higher Education: A Synthesis Of Literature And Assessment Tools. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 12(2).
Maulina, I., & Budiyono, A. (2021). Peran Keluarga Dalam Pengelolaan Emosi Anak Usia Golden Age Di Desa Gambarsari. Jurnal Mahasiswa BK An-Nur: Berbeda, Bermakna, Mulia, 7(1), 21- 28.
Muhammad, A., George T., Muhammad U.S., & Asfa, M.D. (2020). Enhancing Student Engagement Through Heterogeneous Pedagogical Approaches: Action Research In A University Level Course In Saudi Arabia. International Journal of Educational Management.
Muid, A. (2022). Strategi Pembelajaran Aqidah Akhlaq Dalam Membentuk Pengembangan Perilaku Keagamaan Siswa Di Madrasah Aliyah Maarif Bunut Randegansari Driyorejo Gresik. JIPPI MAZIYATUL ILMI, 9(9), 35-80.
Mulyani, S., Mansoer, Z., & Hardiyanto, L. (2019). Upaya meningkatkan kemampuan kognitif melalui media tabung pintar. In Prosiding Seminar Nasional Pendidikan STKIP Kusuma Negara (pp. PAUD_019-PAUD_019).
Nawwarah, Rahman, Siti, Syed & Zahir (2022). Perbezaan Kaedah Tilawah Al-Quran Secara Bersemuka Dan Tidak Bersemuka Dalam Kalangan Pelajar di Era Pandemik Covid- 19 Dan Endemik: The Distinction Between Face to Face and Non Face to Face Al- Quran Reciting Methods Among Students During the Covid-19 Pandemic and Endemic. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 9(2), 86-94.
Omar, F. N., & Surat, S. (2021). Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Tentang Covid-19 Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(12), 1-12.
Panteri, M., Zirki, A., Lambrou, G., Valtanen, J., Berki, E., Lampropoulos, G., ... & Morales Calleja, C. (2021). The Impact Of The COVID-19 Pandemic On The Learning And Wellbeing Of Secondary School Students: A Survey In Southern Europe.
Pit, L., Rahman, S., & Surat, S. (2021). Hubungan Antara Regulasi Emosi Dan Penglibatan Dalam Kalangan Pelajar. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 11-21.
Rosli, T., Muniandy, Y., Jasmi, K. A., Rosli, T., Muniandy, Y., & Jasmi, K. A. (2019). Media Sosial Dan Impak Tingkah Laku Menurut Islam. Jurnal Channel, 3(2), 1-16
Sa, S. L. Y., & Surat, S. (2021). Faktor Dan Kesan Keterlibatan Pelajar Terhadap Pencapaian Akademik [Factors And Implication Of Student Engagement On Achievement].
International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education, 1(3), 81-91.
Saifudin, N. H. A., & Hamzah, M. I. (2021). Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (Pdpr) Dalam Talian Dengan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 250-264.
Sapian, N. A. B., Mahamod, Z. B., & Mahad, I. B. (2021). Penglibatan Murid-Murid Sekolah Kebangsaan Di Kawasan Bandar Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Talian Daripada Persepsi Guru Bahasa Melayu. PENDETA, 12(2), 80-97.
Sugiyono, M. (2021). Pelaksanaan Supervisi Akademik Pengawas Sekolah untuk Mengoptimalkan Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) Kunjungan Rumah di Masa Pandemi Covid-19. JIRA: Jurnal Inovasi dan Riset Akademik, 2(7), 1029-1038.
Suhaila, A. & Mistima S. M. (2019). Pengaruh Persekitaran Pembelajaran Terhadap Kesedaran Metakognitif Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) 1(1): 12-21.
Umbach, P. D., & Wawrzynski, M. R. (2005). Faculty do matter: The role of college faculty in student learning and engagement. Research in Higher education, 46(2), 153-184.
Unik, H.S., Iefone, S.H., Isti, L.A., Asih, I. & Salsabila, D. (2021). Penggunaan Aplikasi Quizizz Sebagai Media Pembelajaran di Tengah Pandemi Pada Siswa Madrasah Aliyah As’ adiyah Dapoko Kab Bantaeng Sulawesi Selatan. Jurnal Pemikiran Dan Pengembangan Pembelajaran, 3(3), 95-102.