• Tidak ada hasil yang ditemukan

pengurusan bermukun dalam masyarakat melanau di sarawak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "pengurusan bermukun dalam masyarakat melanau di sarawak"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI SARAWAK

NOR HAIDAWANIE BT GHANI 31770

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2014

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: _____________

Please tick ()

Final Year Project Report Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the …20………..day of………June……..2014.

Student’s Declaration:

I --- (PLEASE INDICATE STUDENT’S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare that the work entitled --- --- is my original work. I have not copied from any other students’ work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.

20 JUNE 2014 Nor Haidawanie Bt Ghani (31770) __________________ _____________________________

Date submitted Name of the student (Matric No.) Supervisor’s Declaration:

I Dr. Anna Durin (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that the work entitled Pengurusan Bermukun Dalam Masyarakat Melanau Di Sarawak.

(TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a * partial/full fulfillment for the conferment of --------------- --- (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.

Received for examination by: ______________________________ Date: _____________

(Name of the supervisor)

Nor Haidawanie Bt Ghani (31770) Faculty Of Applied And Creative Arts

june

Pengurusan Bermukun Dalam Masyarakat Melanau Di Sarawak

(4)

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:

This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalize the content for the Local Content Database.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.

Student signature ________________________ Supervisor signature: ________________

( ) ( ) Current Address:

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

Management Of Bermukun In Melanau Society In sarawak, Kampung Tellian, 96400 Mukah Sarawak

(5)

i

PENGAKUAN

Projek bertajuk Pengurusan Bermukun Dalam Masyarakat Melanau Di Sarawak telah disediakan oleh Nor Haidawanie Bt Ghani dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif untuk memenuhi syarat mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh:

……….

(Dr. Anna Durin)

Tarikh:

………

(6)

ii

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapatlah saya menyiapkan tesis ini dengan sempurna. Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan yang tulus ikhlas kepada Dr. Anna Durin, yang merupakan seorang penyelia tesis ini dan telah banyak membantu serta memberi bimbingan yang amat bernilai sepanjang proses penyiapan tesis ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan dan menyumbangkan data-data yang berguna, terutama kepada Ahli kumpulan Bermukun yang telah memberi kerjasama dalam sesi temuramah serta tidak lupa juga kepada kawan-kawan seperjuangan dalam memberi maklumat dan pandangan terhadap kajian ini.

Seterusnya ingatan tulus ihlas buat keluarga tercinta terutama ayahanda dan bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan perjuangan ini.

(7)

iii ABSTRAK

Kajian ini adalah mengenai Pengurusan Bermukun Dalam Masyarakat Melanau di Sarawak. Objektif kajian ini adalah Mengenalpasti mukun dengan lebih dekat seperti fungsi mukun, cara penyampaian pantun, irama pantun, cara bergendang dan cara menari serta mengkaji pengurusan bermukun dalam masyarakat Melanau di Sarawak contohnya pengurusan kewangan, pengurusan perancangan dan promosi. Lokasi kajian ini dijalankan di kampung Tellian Mukah di negeri Sarawak. malah skop kajian ini dijalankan juga dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui pemerhatian, temu bual, dan pendokumentasian. Manakala dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa hasil dapatan adalah berdasarkan dua objektif kajian tersebut iaitu mengenalpasti mukun dengan lebih dekat seperti fungsi mukun, cara penyampaian pantun, irama pantun, cara bergendang dan cara menari. Serta mengkaji pengurusan Bermukun dalam masyarakat Melanau di Sarawak. Hasil kajian telah membuktikan bahawa persembahan mukun memang mempunyai peranan dalam masyarakat Melanau seperti masyarakat Melayu.

Selain itu, persembahan mukun juga memang mempunyai aturcara yang tertentu seperti permulaan majlis, semasa dan selepas. Ia juga mempunyai pengurusan yang tersendiri.

(8)

iv ABSTRACT

Research is about Management Bermukun In Melanau community in Sarawak. The objective of this study is to identify mukun closer as mukun function, mode of delivery rhymes, rhythmic rhymes, how drumming and dancing as well as examine how management bermukun in Melanau in Sarawak such as financial management, planning and promotion. This research was conducted in the village Tellian Mukah in Sarawak.

scope of this study but also by using qualitative methods through observation, interviews, and documentation. The findings of this study suggest that the findings are based on two objectives: to identify mukun study more closely as mukun function, mode of delivery rhymes, rhythmic rhymes, how drumming and dancing way. And review management Bermukun in Melanau in Sarawak. The results showed that the performances mukun does have a role in such Melanau Malay community. Additionally, the presentation mukun also does have a certain program like the beginning of the ceremony, during and after. It also has its own management.

(9)

v

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA M/ SURAT

Surat Pengakuan………...i

Penghargaan………..ii

Abstrak………..iii

Abstrac………..iv

Isi Kandungan………...v-viii BAB SATU PENGENALAN Pengenalan………1

Latar Belakang………..2-3 Permasalahan Kajian……….4

Objektif Kajian………..5

Hipotesis Kajian……….6

Soalan Kajian……….7

Skop Kajian………8

(10)

vi

Lokasi Kajian……….9

Kerangka Kajian……….10-14 BAB DUA SOROTAN KESUSASTERAAN Pengenalan……….15

Definisi Bermukun……….16

Konsep Pantun………..17-18 Bergendang………18

Seh Gendang……….19

Rebana………...20

Bertandak………...20

Nopeng………...21

Masyarakat Melanau………..21-22 Organisasi Masyarakat Melanau……….22

Rumusan………...23

(11)

vii BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan………..24-25 Kaedah Pemerhatian………25 Kaedah Temubual………26 Kaedah Dokumentasi………..27 Instrumen Kajian……….27-28 Rumusas………..29

BAB EMPAT DAPATAN KAJIAN

Pengenalan………..30 Asal Usul Mukun………31-32 Fungsi Mukun……….33 Contoh Persembahan Bermukun……….34-36

Cara Penyampaian Pantun………..37-38 Irama Pantun………38-40 Peralatan Bermukun………41-45 Persiapan Sebelum Persembahan………46-47

(12)

viii

Kostum dan Pakaian……….48-49 Cara dan Tertib Bergendang………50-52 Cara Menari……….53-54 Masyarakat Melanau………55 Pengurusan Bermukun………56-58 Pengurusan Sumber Manusia………..59-61 Pengurusan Kewangan………61-63

Pengurusan Perancangan……….64-67 Promosi………67-70 Reaksi Masyarakat………..71 Cabaran-cabaran Dalam Mengurusi Bermukun………..72

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulan………...73-74 Cadangan………...74-78 Rujukan………...79-80 Lampiran………..81-84

(13)

1

BAB SATU

Pengurusan Bermukun Dalam Masyarakat Melanau Di Sarawak

Pengenalan

kajian ini adalah berkenaan dengan Pengurusan Bermukun dalam masyarakat Melanau di sarawak iaitu di kampung Tellian Mukah. Perkara yang ingin dikaji adalah pengurusan Bermukun dalam masyarakat Melanau di Sarawak seperti asal usul mukun, Fungsi mukun, cara penyampaian pantu, irama pantun, cara bergendang, dan cara menari.

Bergendang adalah salah satu adat yang merupakan khazanah budaya dan kesenian yang diwarisi masyarakat Melayu Sarawak daripada nenek moyang mereka.

Aktiviti ini sangat unik kerana mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang di khalayak ramai.

Masyarakat kaum Melanau mempunyai adat bermukun yang masih diamalkan.

Kebiasaannya, adat bermukun bagi kaum Melanau diadakan ketika malam majlis perkahwinan selepas persandingan dilangsungkan. Aktiviti ini dijalankan seperti berpantun, berjoget, dan berkaraoke. Selain itu, aktitiviti ini, dapat mengeratkan hubungan silaraturahim orang kampung, dapat berkerjasama antara satu sama lain dan dapat mengenali budaya serta adat tersebut.

Perkara yang hendak dikaji ialah pengurusan yang terdapat dalam persembahan Bermukun. Terdapat beberapa sistem pengurusan yang digunakan dalam mengendalikan persembahan Bermukun seperti pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pngurusan perancangan serta promosi.

(14)

2

Latar belakang kajian

Mukun berasal daripada satu bekas untuk menyimpan permata dan sesuatu barang berharga. Bekas tersebut akan diletakkan di tengah-tengah orang bergendang dan dengan itulah majlis bergendang dipanggil sebagai bermukun. Bermukun dalam masyarakat melanau diadaptasikan daripada masyarakat Melayu. Masyarakat melanau Sarawak mempunyai pelbagai aktiviti-aktiviti kesenian yang berteraskan adat dan budaya. selain itu, masyarakat Sarawak mempunyai sastera rakyat seperti lagu, tradisi dan pelbagai permainan, adat bermukun atau bergendang adalah salah satu tradisi yang paling popular dikalangan masyarakat melanau walaupun diadaptasikan daripada masyarakat Melayu.

Bermukun atau bergendang adalah salah satu adat yang merupakan khazanah dan kesenian yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Aktiviti ini sangat unik kerana mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang di khalayak orang ramai. Bermukun dalam diadakan ketika majlis perkahwinan selepas persandingan dilangsungkan.

Aktiviti bermukun ini, dikendalikan dikalangan wanita seramai dua atau lebih yang duduk dibahagian balik tabir untuk memukul gendang sambil berpantun. Mereka ini di panggil atau dikenali sebagai „tukang gendang‟atau „seh bergendang‟. Kaum lelaki pula akan duduk secara berselerak mengikut bersesuaian atau keselesaan masing- masing di luar tabir. Namun begitu, mereka meninggalkan ruang di bahagian tengah berdekatan tabir sebagai gelanggan tarian. Aktiviti ini dilakukan secara bergilir dengan pasangan masing- masing.

(15)

3

Kaum lelaki berperanan bermain biola mengiringi seh bergendang untuk menjadikan irama lebih menarik dan merdu. Selain itu, penggesek biola yang akan menjadi ikutan seh ketika berpantun. Kebiasaannya aktiviti ini berlangsung sepanjang malam hinggalah ke subuh mengikut kehendak atau kemampuan seh bergendang dengan keizinan tuan rumah.

Peralatan untuk aktiviti bermukun atau bergendang ini seperti gendang, biola, gong, dan sidak. Sidak adalah sejenis alat iaitu lengkungan rotan untuk menengangkan kulit kambing agar bunyi gendang yang terhasil itu kuat ketika dipukul. Ada juga sidak yang menggunkan kulit kayu yang dipintal seperti tali rotan, tetapi peralatan ini sukar dicari dan diperolehi. Peralatan ini adalah sangat penting dalam melakukan aktiviti bermukun ini.

Kesimpulannya, aktiviti bermukun atau bergendang sungguh popular dikalangan masyarakat Sarawak yang amat digemari serta sering diadakan pada majlis keramaian seperti perkahwinan, bertunang bagi menghiburkan tetamu yang hadir. Aktiviti bermukun ini bukan hanya untuk masyarakat melanau yang menjadikan aktiviti bermukun sebagai hiburan tetapi kaum Bidayuh juga turut mengamalkannya.

(16)

4

Permasalahan kajian

Permasalahan kajian merupakan perkara utama yang mendorong kepada berlakunya kajian ke atas sesuatu masalah yang ingin dikaji. Mukun merupakan satu persembahan yang diadakan di Negeri Sarawak sempena majlis keramaian, majlis bertunang dan perkahwinan. Pendedahan mengenai persembahan mukun seperti fungsi mukun, cara penyampaian pantun,lirik pantun, cara bergendang,dan cara menari dalam masyarakat melanau kurang dipraktikkan ke atas golongan remaja yang menyebabkan mukun semakin di pinggir. Oleh itu. Persembahan bermukun perlu diberi pendedahan secara strategik perlu dilaksanakan dalam mengetengahkan persembahan ini.

Seterusnya, Pengurusan Bermukun juga kurang diketahui oleh masyarakat di negeri Sarawak akibat daripada pengaruh oleh perubahan dunia masa kini yang banyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat serta menyebabkan adat Bermukun kian dilupakan. Hal ini kerana, masyarakat pada hari ini kurang tahu tentang pengurusan Bermukun dalam masyarakat melanau. Persembahan bermukun dalam masyarakat melanau merupakan persembahan yang diadaptasikan dari masyarakat Melayu Sarawak.

selain itu juga kurangnya minat masyarakat tentang persembahan bermukun ini.

(17)

5

Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk menetapkan maklumat kajian yang akan dilakukan mengenai pengurusan bermukun dalam masyarakat melanau di Sarawak dan bagaimana kaedah pengurusan yang sesuai dalam mengekalkan persembahan bermukun. Melalui objektif ini juga, pengkaji akan dapat mengetahui tentang respon serta hasil penyelidikan sama ada bertepatan dengan objektif kajian ataupun bertentangan dengan apa yang difokuskan dalam kajian ini.

1. Mengenalpasti mukun dengan lebih dekat seperti fungsi mukun, cara penyampaian pantun, irama pantun, cara bergendang dan cara menari.

2. Mengkaji pengurusan mukun dalam masyarakat melanau di Sarawak contohnya pengurusan kewangan, pengurusan perancangan dan promosi

(18)

6

Hipotesis Kajian

Hipotesis merupakan andaian awal yang dibuat oleh pengkaji sebelum data kajian diperolehi. Penentuan hipotesis bagi sesebuah kajian amat penting supaya langkah pelaksanaan kajian sentiasa menepati kehendak utama tajuk kajian. Kegunaan hipotesis ini bukan sahaja sebagai rujukan semasa membuat kajian, malah turut menjadi dasar yang penting kepada topik kajian. Dalam mendapatkan data bagi penyelidikan ini pengkaji akan mengaplikasikan beberapa elemen-elemen yang bersesuaian dengan kaedah kajian menggunakan idea-idea yang mampu untuk menyumbang kepada hasil kajian yang bertepatan dengan kehendak hipotesis di awal kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji mengandaikan pengurusan yang lebih strategik oleh pemukun dapat menarik minat masyarakat terhadap persembahan bermukun. Seterusnya pemukun mempunyai peranan yang penting dalam pengurusan bermukun dalam masyarakat melanau di negeri Sarawak. Dengan adanya usaha yang berterusan oleh pemukun dalam mengurus persembahan bermukun ini sekaligus dapat memaparkan peranan pemukun sebagai penggiat persembahan bermukun dalam masyarakat melanau di negeri Sarawak. Usaha pengurusan yang dilakukan oleh pemukun banyak membantu dalam memperkenalkan persembahan bermukun dalam masyarakat melanau kepada masyarakat di negeri Sarawak serta manarik minat generasi kini untuk mendekati persembahan bermukun.

(19)

7

Soalan Kajian

Kajian ini memerlukan beberapa soalan yang boleh membantu dalam menyelesaikan masalah kajian dan juga membantu mencapai objektif kajian. Soalan yang pertama adalah bagaimana untuk mengenalpasti mukun dalam masyarakat Melanau Mukah. Soalan ini akan membantu untuk mencapai objektif pertama kajian iaitu mengenalpasti mukun dengan lebih dekat seperti fungsi mukun, cara penyampaian pantun, irama pantun, cara bergendang, dan cara menari. Soalan yang kedua pula adalah apakah kaedah pengurusan yang digunakan dalam mengendalikan persembahan Bermukun tersebut. Soalan ini dapat membantu dalam mengkaji kaedah pengurusan dalam mengurusi persembahan Beremukun sekaligus dapat mencapai objektif kajian yang kedua melalui sesi temuramah dengan pengurus dan pihak yang terbabit. Sesi temuramah ini akan membantu untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengurusan yang dijalankan dalam mengendalikan Persembahan Bermukun.

(20)

8 Skop kajian

Skop kajian merupakan ruang lingkup yang telah ditetapkan untuk sesuatu kajian. Skop kajian ini telah dibahagikan mengikut keperluan dan kehendak kajian.

Pemilih skop kajian ini haruslah bersesuaian dan mempunyai kaitan dengan tajuk utama kajian. Berdasarkan kepada kajian ini, beberapa skop kajian telah dibahagikan mengikut kesesuaian perkara dan bidang kajian yang telah dikenal pasti.

Dalam kajian ini, pengkaji membataskan kajian kepada perkara-perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas.

skop kajian ini, lebih memudahkan pengkaji memproses data kajian dengan lebih terperinci. Skop kajian merupakan hal yang utama yang ingin dikaji. Skop kajian pengkaji adalah sistem pengurusan bermukun yang dilakukan oleh pemukun. Dalam konteks lain, pengkaji ingin mengetahui kaedah-kaedah pengurusan yang telah dilaksanakan oleh pemukun dalam menarik minat masyarakat melanau terhadap persembahan bermukun.

Skop kajian seterusnya adalah mengkaji pengurusan bermukun yang diadakan oleh pemukun. Tujuanya adalah untuk mengkaji cara penyampaian pantun secara berdialog oleh seh gendang yang mengikut irama lagu yang dimainkan oleh pemukun. Seterusnya, kajian dilakukan dengan mengkaji fungsi mukun terhadap persembahan bermukun di negeri Sarawak. Masyarakat pada hari ini kurang mmengetahui mengenai fungsi bermukun diadakan. Ini mendorong kajian dilakukan bagi mengenal pasti fungsi persembahan mukun dilakukan oleh pemukun dalam masyarakat melanau di negeri Sarawak. Kajian ini lebih menyentuh mengenai fungsi mukun dalam pengurusan bermukun dalam masyarakat melanau di Sarawak.

(21)

9 Lokasi kajian

Dalan melaksanakan sesuatu kajian itu, tempat atau lokasi merupakan salah satu elemen penting dalam memastikan kajian dapat dihasilkan dengan sempurna. Penentuan lokasi ini snagat membantu pengkaji dalam mengumpul data atau maklumat yang boleh dijadikan sebagai dapatan kajian. Pengkaji juga turut melakukan penyelidikan dilokasi kajian yang dinayatakan supaya maklumat atau data yang diperolehi tidak terpesong dari skop kajian pengkaji. Selain itu, ini membantu pengkaji mengenal pasti lokasi kajian dan dapat mengetahui proses- proses pengumpulan data yang akan dilakukan di sesuatu lokasi itu. Pengkaji telah memilih dua lokasi kajian iaitu di kampung Telian Mukah dan jabatan Kebudayaan dan Kesenian, Negari Sarawak.

Rajah 1: Lokasi kampung Tellian Mukah

(Sumber: Internet)

(22)

10

Kerangka kerja

Kerangka kerja yang digunakan dalam kerja ini adalah berdasarkan konsep‟konseptual theoretical‟ yang diambil ideanya daripada pengkaji-pengkaji masa lampau. Konsep teori tersebut ialah berkaitan dengan pengurusan. Kajian ini ialah tentang pengurusan iaitu pengurusan bermukun dalam masyarakat Melanau di Sarawak.

Olah hal demikian, konsep yang dipilih adalah sangat sesuai di gunakan sebagai garis panduan untuk membantu dalam menyelesaikan permasalahan kajian dan seterusnya untuk membantu mencapai objektif kajian ini. Dalam pengurusan beberapa perkara mengenai pengurusan yang berkaitan dengan kajian ini seperti di bawah

Pengurusan

Aizzat Mohd Nasurdin, Intan Osman, Zainal Ariffin (Ahmad, 2006:6) mengatakan Pengurusan merujuk kepada proses pencapaian matlamat organisasi mengikut cara yang berkesan dan cekap. Semua organisasi mempunyai orang yang bertanggungjawab untuk membantu mereka mencapai matlamat. Peranan pengurus ialah untuk memandu organisasi kearah pencapaian matlamat. Oleh kerana semua organisasi wujud untuk memenuhi tujuan-tujuan tertentu maka golongan pengurus bertanggungjawab untuk menggabungkan dan menggunakan sumber-sumber organisasi bagi memastikan organisasi mereka mencapai matlamat yang dikehendaki

Menurut kata Hersey (1998 : 6), menyatakan bahawa peranan pengurusan iaitu perancangan, menyusun, motivasi dan mengawal adalah pusat untuk satu perbincangan pengurusan oleh penulis yang ramai. Peranan ini terdiri daripada proses pengurusan dari

(23)

11

langkah demi langkah cara untuk melakukan sesuatu yang berkaitan tanpa mengira jenis organisasi atau tahap pengurusan yang berkenaan.

Pengurusan sumber manusia

Bynes (2008 : 188) mengatakan dalam proses pembentukan sesebuah organisasi, perlunya penstaffan sumber manusia iaitu kakitangan atau pekerja di dalam sesebuah organisasi. Penggunaan sumber manusia adalah sangat penting untuk memenuhi misi dan menyokong pelan dan tindakan strategik organisasi.

Menurut Barnes (2013: 382), bahawa sumber manusia sangat penting dalam organisasi. Sumber manusia merupakan kelas kedua dalam organisasi dan mempunyai kepentingannya dalam meningkatkan sesuatu pengurusan. pengurus kini sedar bahawa fungsi sumber manusia mempunyai impak besar ke atas prestasi barisan bawah syarikat.

Perancangan sumber manusia yang rendah boleh mendorong pemerhentian, serta pembayaran pampasan yang mahal, perbelanjaan latihan, dan moral.

(24)

12 Matlamat pengurusan

Barnes (2013: 176) menyatakan bahawa suatu matlamat mempunyai tujuan yang tertentu. Hal ini demikian kerana, matlamat yang wujud itu dapat memberi panduan dan hala tuju kepada orang-orang dalam organisasi itu bersatu.

Matlamat juga boleh dijadikan sebagai sumber motivasi untuk pekerja organisasi. Suatu matlamat yang khusus dan sederhana boleh mendorong pekerja untuk bekerja lebih keras, terutamanya untuk mencapai matlamat yang mengakibatkan ganjaran. Pada masa yang sama, matlamat juga dapat menyediakan mekanisme yang berkesan untuk penilaian dan kawalan. Oleh itu, prestasi itu dapat dinilai pada masa akan datang melalui matlamat yang dicapai.

Sumber kewangan.

Robins & Mukerji (1990 : 6) berpendapat bahawa sumber kewangan amat penting dalam sesebuah pengurusan. Seseorang pengurus memainkan peranan penting dalam pengurusan yang melibatkan sumber kewangan, manusia dan peralatan.

Perancangan pengurusan

Luthan dan Doh (2012 : 271) berpendapat misi dan objektif adalah salah satu aspek dalam perancangan. Melalui proses perancangan, pengurus dapat menentukan misi dan objektif jangka panjang sesebuah organisasi dan seterusnya melaksanakan pelan tindakan untuk mencapai misi dan objektif tersebut.

Gambar

Rajah 1: Lokasi kampung Tellian  Mukah

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang dinyatakan, oleh itu pengkaji ingin menjalankan satu kajian untuk mengenalpasti sama ada amalan pengurusan mengenai elemen

Matlamat kajian ini adalah berpandukan kepada empat objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti tahap kemahiran penulisan rancangan pengajaran, tahap kemahiran penyampaian

Tujuan kajian ini adalah bagi mengenalpasti sama ada konsep Strategi Lautan Biru (BOS) mampu diamalkan oleh guru besar dalam amalan pengurusan sekolah rendah,

Matlamat kajian ini adalah untuk meneroka perspektif semasa amalan pengurusan warisan dalam industri pengekalan dan pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia, mengenalpasti

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti punca utama berlakunya konflik dalam kalangan guru di sekolah, gaya pengurusan konflik oleh guru, amalan terbaik pengurusan

Daripada hasil kajian ini, walaupun faktor pengetahuan prinsip-prinsip pengurusan sisa secara Islam tidak mempunyai hubungan signifikan dengan amalan pengurusan sisa

Kajian ini adalah berkenaan strategi promosi dalam pengurusan Muzium Islam Sarawak (MIS). Muzium ini merupakan sebuah muzium Islam yang pertama berkonsepkan

Jadual 4: Tahap Kepuasan Peserta Kursus Terhadap Tenaga Pengajar Kursus Program N Min Interpretasi Penyampaian isi kandungan mencapai objektif 143 4.53 Tinggi Cara penyampaian