• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGURUSAN PEMASARAN PESTA TARIAN SINGA NANYANG WUSHU DI KUCHING OLEH PERSEKUTUAN NANYANG WUSHU SARAWAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PENGURUSAN PEMASARAN PESTA TARIAN SINGA NANYANG WUSHU DI KUCHING OLEH PERSEKUTUAN NANYANG WUSHU SARAWAK"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

PENGURUSAN PEMASARAN PESTA TARIAN SINGA NANYANG

WUSHU DI KUCHING OLEH PERSEKUTUAN NANYANG WUSHU SARAWAK

JEE PEI LUN 52023

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (WA59-Pengurusan Seni)

2018

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

(2)

PENGURUSAN PEMASARAN PESTA TARIAN SINGA NANYANG WUSHU DI KUCHING OLEH PERSEKUTUAN NANYANG WUSHU

SARAWAK

JEE PEI LUN

Kajian ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dan Kreatif Dengan Kepujian

(Program Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2018

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: PENGURUSAN PEMASARAN PESTA TARIAN SINGA NANYANG WUSHU DI KUCHING OLEH PERSEKUTUAN NANYANG WUSHU SARAWAK

SESI PENGAJIAN :2015/2016 Saya : JEE PEI LUN

Mengaku membenarkan tesis/laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. *sila tandakan( / ) SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

Disahkan

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia Tarikh : Tarikh :

Alamat tetap: Lot 1797, RPR Batu Kawa Fasa 2, 93250 Kuching, Sarawak.

Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

*Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu sebagai SULIT atau TERHAD

(mengandungi maklumat yang berdajah keselamatan atau kepentingan termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(4)

PENGAKUAN

Projek bertajuk ‘PENGURUSAN PEMASARAN PESTA TARIAN SINGA NANYANG WUSHU DI KUCHING OLEH PERSEKUTUAN NANYANG WUSHU SARAWAK’ telah disediakan oleh JEE PEI LUN dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

(Encik Alexander anak Chelum) Tarikh:

(5)

i

PENGHARGAAN

Di sini, pengkaji ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas sumbangan yang diberikan sehingga menyiapkan kajian ini.

Terlebih dahulu, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat daripada penyelia projek tahun akhir, Encik Alexander anak Chelum. Masa dan tenaga yang dicurahkan sepanjang penyeliaan beliau untuk memimpin pengkaji menyiapkan kajian ini adalah amat dihargai.

Pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak informan iaitu pengerusi dan ahli Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak (PNWS) yang sudi meluangkan masa untuk memberi maklumat-maklumat dan cadangan yang penting membantu pengkaji menyelesaikan masalah dalam kajian ini.

Akhir sekali, sokongan moral daripada ibu bapa dan rakan-rakan memberi semangat kepada pengkaji untuk menyiapkan kajian ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak kajian pengkaji tidak mungkin akan berjaya.

(6)

ii

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Penghargaan i

Isi Kandungan ii-iv

Abstrak v

Abstract vi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 2

1.1 Latar Belakang Kajian

1.1.1 Jenis-Jenis Tarian Singa di Malaysia 1.1.2 Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu 1.1.3 Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak

(PNWS)

3-8

1.2 Permasalahan Kajian 9

1.3 Objektif Kajian 10

1.4 Persoalan Kajian 11

1.5 Kepentingan Kajian 12

1.6 Lokasi Kajian 13

1.7 Skop Kajian 14

1.8 Limitasi Kajian 15

1.9 Kesimpulan 16

BAB 2 SOROTAN KESUSATERAAN

2.0 Pengenalan 17

2.1 Sejarah Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu 18

(7)

iii 2.2 Definisi

2.2.1 Pengurusan 2.2.2 Pemasaran 2.2.3 Pesta

19-21

2.3 Strategi Pemasaran

2.3.1 Pemasaran untuk badan bukan keuntungan 2.3.2 Pemasaran Tarian Singa

22-25

2.4 Faktor Mempengaruhi Pemasaran 2.4.1 Faktor Persekitaran Dalaman 2.4.2 Faktor Persekitaran Luaran

2.4.3 Cabaran dalam membangunkan Tarian Singa

26-27

2.5 Kesimpulan 28

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 29

3.1 Populasi 30

3.2 Persampelan 30

3.3 Kaedah Pengumpulan Data 3.3.1 Data Primer

3.3.2 Data Sekunder

31-32

3.4 Analisa Kajian 3.4.1 Temu Ramah 3.4.2 Kerangka Kerja

33-37

3.5 Instrumen Kajian 38-39

3.6 Kesimpulan 40

(8)

iv

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 41-42

4.1 Proses Perancangan 43-59

4.2 Proses 60-69

4.3 Pengukuran dan Pengawalan 70-80

4.4 Kesimpulan 81

BAB 5 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

5.0 Pengenalan 82

5.1 Rumusan 83-88

5.2 Cadangan 89-91

5.3 Kesimpulan 92

RUJUKAN 93-98

LAMPIRAN 99-127

(9)

v ABSTRAK

Kajian ini adalah sebuah kajian berkenaan Pengurusan Pemasaran Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu di Kuching oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak. Kajian ini dijalankan untuk menganalisa pengurusan pemasaran yang dilakukan oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak, mengkaji cabaran yang dihadapi oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak dan mengenalpasti cara mengatasi cabaran yang digunakan oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak dalam memasarkan Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu menemubual seramai 2 orang informan yang pakar dalam bidang tersebut.

(10)

vi ABSTRACT

This research is about marketing management of Nanyang Wushu Lion Dance Festival in Kuching organized by Nanyang Wushu Federation of Sarawak (NWFS).

This study was conducted to analyze the marketing management carried out by the Nanyang Wushu Federation of Sarawak, studying the challenges faced by NWFS and identifying the solutions used by NWFS to overcome the challenges in marketing the Nanyang Wushu Lion Dance Festival. This research was conducted by using qualitative method which was interviewed 2 informants who are experts in the field.

(11)

1 BAB 1 PENDAHULUAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui pengurusan pemasaran Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu yang dilakukan oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak. Dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan latar belakang kajian iaitu sejarah dan asal usul Tarian Singa di Malaysia serta latar belakang Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu di Kuching yang dianjurkan oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak. Pengkaji juga akan membincangkan permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, lokasi kajian, skop kajian dan limitasi kajian.

(12)

2 1.0 PENGENALAN

Kajian ini mengenai pengurusan pemasaran Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu di Kuching. Pengkaji akan menganalisa strategi yang digunakan oleh pihak penganjur iaitu Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak dalam memasarkan Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu. Strategi pemasaran merangkumi aktiviti-aktiviti pemasaran. Selain itu, pengkaji akan mengkaji cabaran yang dihadapi oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak dalam memasarkan Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu dan cara mengatasi cabaran tersebut. Isu kajian ini adalah mengenai pengurusan pemasaran Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu di Kuching oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak.

(13)

3 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kuching merupakan ibu kota negeri Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Iban, Melayu, India, Cina, dan lain. Setiap kaum mempunyai tarian tradisional yang tersendiri. Sebagai contoh, Tarian Singa atau dikenali sebagai Wushi dalam masyarakat Cina di Kuching. Menurut Loo, F. Y., & Loo, F. C. (2016) berpendapat bahawa Tarian Singa sudah lama wujud di Malaysia dan dipercayai telah dibawa masuk oleh penghijrah China pada abad ke-19.

Selain di Malaysia, negara Asia yang lain seperti Korea dan Jepun turut mempunyai Tarian Singa yang tersendiri. Dari segi ikonografi manusia dan tradisi, singa memainkan peranan yang sama seperti agama di negara Korea, Jepun dan Indonesia (Loo, F. Y., & Loo, F. C., 2016). Walau bagaimanapun, tarian ini lebih dikenali sebagai tarian tradisional masyarakat Cina. Menurut Yap, J. (2016) mengatakan bahawa Tarian Singa biasanya akan dipersembahkan dalam meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, majlis perkahwinan, ulang tahun kelahiran, dan pembukaan perniagaan oleh masyarakat Cina di Kuching. Di Kuching, Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak telah menganjurkan Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu sejak dari tahun 1992 bagi meraikan perayaan Tahun Baharu Cina (See, H., 2016).

(14)

4

1.1.1 JENIS- JENIS TARIAN SINGA DI MALAYSIA

TARIAN SINGA UTARA

Menurut Xu, S. G., Zeng, Z. Q., & Chen, Y. H. (2016) tarian ini berasal dari bahagian utara China dan menjadi salah satu hiburan diraja. Kostum Singa Utara menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara banyak terlibat dalam pergerakan akrobatik dan amat popular di wilayah Guang Dong.

TARIAN SINGA SELATAN

Menurut Zhao, X. J., & Park, E. J. (2013), Tarian Singa Selatan pula membawa kepada perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan dalam upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan reka bentuk kepala kostum Singa Selatan melambangkan wira dalam “Three Kingdom” iaitu pahlawan Liu Bei bersama dengan lima orang jeneral beliau.

Singa turut dilambangkan sebagai, “seniority, mourning, prosperity and youth.”

Menurut Syefry Moniz Mohd. Nizar. (n.d.), terdapat perbezaan dari segi ciri, persembahan tarian, saiz dan bentuk replika kepala singa. Jika dibandingkan dengan Tarian Singa Selatan, Tarian Singa Utara lebih popular dan lebih dikenali oleh masyarakat di Kuching.

(15)

5

1.1.2 PESTA TARIAN SINGA NANYANG WUSHU

Menurut Shshong (2002), Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu di Kuching merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak (PNWS). Pesta ini turut disambut bagi meraikan Tahun Baharu Cina.

Menurut Song, S. H. (2017), pesta ini merupakan usaha PNWS dalam mengekalkan, memelihara dan mempromosi seni tradisional masyarakat Cina. Pesta ini secara tradisinya telah dianjurkan di bangunan Crown Towers, Kuching.

Kemuncak pesta simbolik adalah menitik mata singa oleh Pengerusi Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak iaitu Prof Dato Sri Dr Song Swee Hee. Selepas upacara simbolik ini berakhir, acara seterusnya akan dimulakan dengan persembahan Tarian Singa yang dibawa oleh ahli-ahli Nanyang Wushu.

Pesta ini mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan Negeri Sarawak, Kementerian Pembangunan Sosial (KPS), dan Lembaga Pelancongan Sarawak (Affendi, E., 2010). Menurut Ling, S (2007), pesta ini turut tersenarai dalam kalendar pelancongan Sarawak.

(16)

6

Gambar 1.1: Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu

Sumber: https://stevelinglt.blogspot.my/2008/01/nanyang-wushu-golden-lion- festival.html

(17)

7

1.1.3 PERSEKUTUAN NANYANG WUSHU SARAWAK (PNWS)

Maklumat melalui portal rasmi Nanyang Wushu Federation of Sarawak (2018), PNWS sebelum ini dikenali sebagai “Persatuan Kebudayaan Jasmani dan Nanyang Wushu” telah ditubuhkan pada 30 Julai 1974. Pada tahun 1996, status organisasi ini telah dinaik taraf dan mengubah namanya kepada “Persekutuan” dengan persetujuan serta pengakuan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

PNWS adalah badan bukan keuntungan yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan, sukarela dan yuran latihan bulanan ahli dalam menjalankan aktivitinya.

Selain mengekalkan seni pertahanan masyarakat Cina iaitu Wushu, PNWS juga berusaha mempromosikan seni persembahan masyarakat Cina iaitu Tarian Singa bermula sejak tahun 1992 dengan menganjurkan Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu di Kuching (See, H., 2016). Pesta yang diadakan setiap tahun ini telah menjadi salah satu usaha untuk mengekalkan dan mempromosikan budaya Malaysia kepada masyarakat tempatan serta pelancong luar (Song, S. H, 2017).

(18)

8

Gambar 1.2: Logo Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak Sumber: Buku katalog Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak

(19)

9 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Menurut Song, S. H, (2017) dalam artikel borneo post yang bertajuk “Minister says ready to help Nanyang Wushu Federation of Sarawak”, menyatakan bahawa PNWS bukan sahaja bergiat aktif dalam mempromosikan seni pertahanan diri cina iaitu Wushu, tetapi mereka juga berusaha mempromosikan seni persembahan masyarakat cina seperti Tarian Singa pada peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi sejak dari tahun 1974. Selain itu, mereka turut menganjurkan pesta dan pertandingan yang boleh menarik minat penduduk tempatan dan pelancong luar. Hal ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada industri pelancongan Sarawak.

PNWS telah memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan dan mempromosikan seni persembahan masyarakat Cina dalam kalangan masyarakat sekitar Kuching dan pelancong luar. Isu kajian ini adalah mengenai pengurusan pemasaran Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu di Kuching oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak.

(20)

10 1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Menurut M. J. (2017), objektif kajian adalah senarai perkara yang akan dibincangkan dalam laporan bagi mencapai matlamat yang berpotensi.

1. Menganalisa pengurusan pemasaran yang dilakukan oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak dalam memasarkan Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu.

2. Mengkaji cabaran yang dihadapi oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak dalam memasarkan Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu.

3. Mengenalpasti cara mengatasi cabaran yang digunakan oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak dalam memasarkan Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu.

(21)

11 1.4 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah pengurusan pemasaran yang dilakukan oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak dalam memasarkan Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu?

2. Apakah cabaran yang dihadapi oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak dalam memasarkan Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu?

3. Apakah cara mengatasi cabaran yang digunakan oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak dalam memasarkan Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu?

(22)

12 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

1. Pengkaji akan datang

Kajian ini penting dijalankan kerana masih belum ada kajian yang berkaitan dengan pesta Tarian Singa di Kuching. Kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan tambahan untuk pengkaji lain yang ingin membuat kajian yang sama.

2. Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak

Kajian ini dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat Cina di Kuching tentang kewujudan Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak dalam mengekalkan seni persembahan tradisional Cina.

3. Masyarakat

Kajian ini dijalankan supaya pihak yang bertanggungjawab sedar akan kepentingan memelihara Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu iaitu seni persembahan yang melambangkan identiti masyarakat Cina dan mengekalkan popularitinya sebagai salah satu sumber pelancongan di Sarawak.

(23)

13 1.6 LOKASI KAJIAN

Gambar 1.3: Peta lokasi PNWS

Alamat: 352, Kali Garden, Lorong 3, Jalan Resak, P.O. Box 786, 93716 Kuching, Sarawak, Malaysia

Peta dipetik daripada:

https://www.google.com/maps/place/352,+Lorong+Resak+3,+Taman+Kali,+93 300+Kuching,+Sarawak/@1.5431241,110.3685643,15z/data=!4m5!3m4!1s0x31 fba7ad43c0edff:0x9cecb7d6c4cb2b23!8m2!3d1.5431241!4d110.377319

(24)

14 1.7 SKOP KAJIAN

i. Tertumpu kepada pihak penganjur PNWS.

ii. Pesta Tarian Singa Nanyang Wushu.

iii. Kajian ini dijalankan di Jalan Resak, Kuching.

iv. Kajian menfokus kepada strategi pengurusan yang berdasarkan pemasaran.

v. Mengkaji cabaran dari segi faktor persekitaran dalaman dan faktor persekitaran luaran pemasaran.

vi. Selain itu, mengenalpasti cara mengatasi cabaran yang dihadapi.

Gambar

Gambar 1.2: Logo Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak                      Sumber: Buku katalog Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak
Gambar 1.3: Peta lokasi PNWS

Referensi

Dokumen terkait