• Tidak ada hasil yang ditemukan

DI JONKER

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "DI JONKER"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

KEUSAHAWANAN KRAFTANGAN BAKUL SIAH DALAM KALANGAN PENGUSAHA DI JONKER STREET,

MELAKA

Nurul Arfah Ht Mohamad Kamro

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2017

(2)

KEUSAHAWANAN KRAFTANGAN BAKUL SIAH DALAM KALANGAN PENGUSAHA DI JONKER STREET, MELAKA

NURUL ARFAH BT MOHAMAD KAMRO

Projek ini mel'upakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2017

(3)

- - - - -- -

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

Grade:

Please tick (..J)

Final Year Project Report

D

Masters

D

PhD

D

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

1 ,

JU~ '.17

This declaration is made on the ... day of ... 2017.

Student's Declaration:

I NURUL ARFAH BT MOHAMAD KAMRO, 48542, FACULTY OF APPLIED &

CREATIVE ARTS hereby declare that the work entitle KEUSAHA WANAN KRAFTANGAN BAKUL SIAH DALAM KALANGAN PENGUSAHA DI JONKER STREET, MELAKA is my original work. I have not copied from any other student's work or from any other source except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text nor has any part been written for me by another person.

9 J Ult l~lr

Date submitted NURUL ARF AH BT MOHAMAD KAMRO( 48542)

Supervisor's Declaration:

j EN. MAZDAN BIN ALI AMARAN hereby certifies that the work entitled

KEUSAHAWANAN KRAFTANGAN BAKUL SIAH DALAM KALANGAN

PENGUSAHA DI JONKER STREET, MEL AKA was prepared by the above named student and was submitted to the "FACULTY" as a* partial/fulfillment for the conferment of BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS (ARTS MANAGEMENT), and the aforementioned to the bestMb~M~id student' s work.

PBNSYARAH DS45

FAKULll SllNI OUNAAN DAN KREATIF

UNIVERSm MALAYSIA SARAWAK 1 ) J.J 1o 2 17 Rece ived for examination by : _ _ _ _ __ _ __ _ _ _ date: _ _ __

(En. Mazdan Bin Ali Amaran)

(4)

[ declare that ProjecUThesis is classified as (Please tick (,)):

D CONFIDENTIAL (Contains confidential information wlder the Official Secret Act 1972*

D RESTRICTED (Contains restricted infOlmation as specified by the organization where Research was done)*

m

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis,)

[ therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said ProjecUThesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as fo llows :

• This Project/Thesis is the sole legal property of University Malaysia Sarawak (UNIMAS).

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copied for the purpose of academic and research only and not for other purpose.

• The Centre for Academic InfOlmation Services has the lawful right to digitalize the content for the Local Content Database.

• The Centre for Academic Infomlation Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute

• No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

• This ProjecUThesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permiSSIon.

Student Signature:

~

Supervisor Signature:

(Nurul Arfah Bt Mo 0)

Current Address:

NO 2553 -E KAMPUNG BUKIT, CHENDERING, 21080 KUALA TERENGGANlJ, TERENGGANU

Note* If th e ProjecUThe sis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organization with the period and reason of confidentiality and restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Service]

(5)

Projek bertajuk 'Keusahawanan Kraftangan Bakul Siah Dalam Kalangan Pengusaha di Jonker Street, Melaka' telah disediakan oleh Nurul Arfah Bt Mohamad Kamro dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sal'jana Muda Seni Gunaan dengan I{epujian (Pengurusan Seni).

/

Tal'ikh:

(6)

PENGHARGAAN

Alharndulillah syukur ke hadrat lllahi atas limpah kumiaNya yang menganugerahkan nikmat masa, tenaga dan juga nyawa kepada saya kerana telah berjaya menyiapkan kajian ini. Selaio ilu, setinggi-tinggi penghargaan juga saya tujukan kepada semua pihak yang teriibat untuk membantu saya dalam menyiapkan dan melengkapkan kajian ini sarna ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Pertarna sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia Projek Tahun Akhir saya iaitu En. Mazdan Bin Ali Amaran yang juga selaku pensyarah akademik program Pengurusan Seni di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif atas segala tunjuk ajar yang diberikan kepada saya selama ini. Jasa dan budi yang telah ditaburkan oleh penyelia saya ini hanya 'luhan yang marnpu membalasnya.

Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada En. Chan, Cik Wong, En. Lye, Puan Lau dan Puan Lian selaku informan kajian saya dan juga pihak responden atas komitmen yang diberikan oleh mereka dalam mengumpul maklumat kajian. Terima kasih juga saya ucapkan kepada mak dan abah say a yang tersayang iaitu Moharnad Kamro Bin Salleh dan juga Rukiah Bt Che Sembok atas segala sokongan ikhlas yang diberikan kepada saya sarna ada dari segi moral, kewangan dan sebagainya dalam menyiapkan projek kajian ini.

(7)

Selain itu, penghargaan illi juga ditujukall kepada kepada rakan-rakan seperjuangan serta sanak salldara yang teJah terlibat kerana sudi memberikall kerjasama dan dorongan yang tillggi kepada diri ini. Mudah-mudahan dengan terhasilnya kajian ini, ia dapat memberikan kita semua satu panduan yang sangat berguna dan boleh dipral-tikkan secara baik dalam kehidupall kita.

11

(8)

I 1 KA DUNGAN

lSI KANDUNGAN MUKA SURAT

Penghargaan

lsi Kandwlgan JJl

Abstrak VI

Abstract VIl

Senarai Rajah VI n

BABI PENGENALAN

Senarai Jadllal IX

Senarai Singkatan x

1.1 Pendahllluan Bab

1.2 Latar belakang kajian 2

1.3 Objektif Kaj ian 5

1.4 PermasaJaJlan Kajian 8

1.5 Kepentingan Kaj ian II

1.6 RUJl)usan Bab 13

BAB2 SOROTA 1 KESUSASTERAA 1

2.1 Pendahulllan Bab 14

2.2 Faktor Penglibatan Pengllsaha 22

(9)

BAB5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5. 1 PendaJlUluan Bab 64

5.2 Perbincangan Kajian 65

5.3 Dasar dan Strategi 68

5.4 Cadanga.tl Pengkaj i 70

5.5 Rumusan Bab 72

RUJUKAN 73

LAMPlRAN 78

v

(10)

2.3 Cabaran Yang Dihadapi Oleh Pengusaha 22

2.4 Faktor Pennintaan Pelanggan 26

2.5 Rumusan Bab 29

BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pendahuluan Bab 30

3.2 Lokasi Kajian 31

3.3 Kaedah Pensampelan 32

3.4 Kaedah Pengumpulan Data 33

3.5 Kaedah Analisis Data 37

3.6 Rumusan Bab 39

BAB4 DAP A TAN KAJIAN

4.1 Pendahllillan Bab 40

4.2 Maklumat Demografi 41

4.3 Penglibatan Pengusaha Dalam Bidang Keusahawanan 53

4.4 Cabaran Yang Dihadapi oleh Pengusaha 55

4.5 Pennintaan Pelanggan Yang Mempengaruhi Pengeluaran 58

4.6 Rumusan Bab 62

IV

(11)

ABSTRAK

Kraftangan bakul siah merupakan sejenis prod uk seni krafyang sangat unik kerana ia dihasilkan untuk kepclbagaian fungsi penggunaan dan juga mempunyai nilai estetika yang tinggi. Walau bagaimanapun, seni penghasilan kraftangan bakul siah ini agak suram pada masa kini kerana timbulnya permasalahan-permasalahan seperti ketiadaan pewaris dalam mewarisi penghasilan kraftangan bakul siah, wujudnya peniruan produk kraftangan yang diperbuat daripada bahan plastik dan juga ketidakstabilan pengeluaran kraftangan bakul siah dari segi kualiti dan kuantiti. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji faktor penglibatan pengusaha dalam bidang keusahawanan kraftangan baku I siah, cabaran yang dihadapi oleh pengusaha serta mengkaji faktor permintaan pelanggan yang mempengaruhi pengeluaran kraftangan. Kajian ini telah dijalankan di Jonker Street, Mel aka dengan menggunakan kaedah temu bual dan soal selidik bagi tujuan pengumpulan data. Pengkaji telah menganalisa hasil maklum balas daripada temu bual dan juga menggwlakan perisian SPSS Versi 20.0 bagi tujuan penganalisaan yang menggunakan kaedah di skriptif iaitu kekerapan, taburan silang dan purata.

Secara keseluruhal1l1ya, kelima-lima informan telah menjelaskan faktor penglibatan mereka dari segi minat dan juga meneruskan perniagaan keluarga. Namun demikian, para pen gus aha terpaksa menghadapi cabaran seperti golongan muda tidak berminat menceburi bidang penghasilan kraftangan, kos pengeluaran bahan mentah yang tinggi dan juga persaingan daripada produk buatan plastik. Berdasarkan analisa data yang dijalankan bagi 100 set borang soal selidik, kraftangan bakul siah banyak dihasilkan kerana faktor permintaan pelanggan terhadap kualiti yang terbaik dan juga reka bentuk yang menarik.

(12)

ABSTRACT

Siah basket handicraft is a type of art product that is so unique because it is produced for multi-funcrional product and also has high aeslhetic value.

Nevertheless, siah basket handicraft production is pretty grim nowadays as the emergence ofproblems like the absence of heir in inheriting siah baskel handicraft production, existence of handicraft products imitation made ji-om plastiC material and also siah basket handicraft production instability in terms of quality and quantity. This study is carried out aim to study the entrepreneur involvement factor in entrepreneurial of sioh basket handicraft, the contraints faced by enrrepreneur and the customer demandfactors which influence handicraft production This study has been carried out in lonker Street, Malacca by using interview method and questionnaire for the purpose ofdata co!iection. Researcher had analyzed result of feedback from interview and also used SPSS sofnvare Version 20.0 for the purpose of analysis which using descriptive method namely jiequency, cross tabulation and mean Overall, all five informant had explained their involvemenl factor in terms of passion and also continuation offamily business. However, entrepreneurs have to face lhe constraints like youth are not interested to participate in handicraft production, raw material produclion cost that is high and also the com pet ilion of products made from plastiC. Based on data analysis carried out on 100 set of questionnaires, siah baskel handicraft a 101 being produced because customer demandfactor towards quality that is best and also great design

VII

(13)

SENARAl RAJAH

No. Tajuk Muka surat

rajah

Bilangan responden mengikutjantina 44

4.1

4.2 lumlah peratusan responden mengikut bangsa 45 4.3 JLlmlah peratusan respond en mengikut bidang pekerjaan 46

4.4 Jumlah peratusan responden mengikut kumpulan 47 pendapatan

Jumlah peratusan responden mengikut status perkahwinan 48 4.5

4.6 lumlah peratusan responden mengikut kumpulan umur 49 4.7 Jumlah peratusan respond en mengikut bangsa dan jantina 50

4.8 lumlah peratusan responden mengikut bidang pekerjaan 51 dan kumpulan pendapatan

4.9 Nilai purata mengikut faktor permintaan pelanggan 59

YIll

(14)

SENARAI JADUAL

No. Tajuk

!

Muka sural

I

jadual i

4.1 Maklumat demografi informan 41

4.2 Nilai kebolehpercayaan (Cronbach 's alpha) 58

IX

(15)

SENARAI SINGKATAN

PKKM Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

IKN Institut Kraftangan Negara

SPSS Statistical Package for the Social Sciences GPI Global Perspective Inventory

x

(16)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan bab

Pengkaji ingin menjalankan satu kajian lerhadap penglibatan pengusaha dalam menceburi bidang keusahawanan kraftangan bakul siah. Penglibatan pengusaha dalam bidang keusahawanan kraftangan memainkan peranan yang amat penting dalam memajukan industri kraftangan bakul siah ini agar tidak lupllt ditelan zaman.

Oleh yang demikian, mereka boleh menyumbangkan pelbagai sumber yang berguna seperti penghasilan kraftangan, penjualan, kemahiran dan sebagainya bagi memastikan kraftangan bakul siah ini dapat diperkembangkan pengeluarannya di seluruh Malaysia mahupun di luar negara.

Selain itu, pengkaji juga ingin menjadikan kaj ian int sebagai satu input yang berguna kepada masyarakat yang ingin meneeburi bidang kellsahawanan temtamanya kellsahawanan kraftangan. Hal ini demikian kerana, menumt Sobry (2013) dalam salU rene ana akhbar Berita Harian telah menyatakan bahawa seni kraftangan semakin hari semakin meningkat kerana terdapat banyak permintaan daripada para peJanggan di seluruh Malaysia mahupun luar negara. Oleh itu, kajian ini merupakan satu titik permulaan kepada usahawan bam Wltuk memulakan langkah dalam bidang keusahawanan agar seni kraftangan bakul siah yang terdapat di Melaka dapat dipelihara serta diperkembangkan pemasarannya melalui aktiviti keusahawanan ini.

(17)

1.2 Latar belakang kajian

A) Pemilihan kraftangan bakul siah sebagai sampel kajian

Pengkaji telah memilih kraftangan baku I siah sebagai sampel kajian ini kerana ia merupakan satu kraftangan tradisi masyarakat Baba Nyonya yang tidak dikenali oleh kebanyakan masyarakat. Oleh itu, pengkaji ingin memperkenalkan kraftangan baku I siah ini kepada masyarakat dengan menjalankan satu kaj ian yang berkaitan dengan keusahawanan kraftangan bakul siah supaya masyarakat menyedari akan kewujudan kraftangan bakul siah yang sangat unik ini.

Tambahan pula, hal ini secara tidak langsungnya boleh menggalakkan pemasaran produk kraftangan bakul siah kepada masyarakat luar untuk mengenali kraftangan bakul siah dan juga dapat memberi kecenderungan kepada masyarakat untuk memilikinya. Justenl, pengkaji sangat berminat untuk menjadikan kraftangan bakul siah sebagai sampel pilihan dalam kajian ini kera.na ia berpotensi untuk dipasarkan secara meluas kepada masyarakat supaya lebih dikenali keunikannya yang pelbagai sanla ada dari segi fungsinya, motif dan juga warna.

B) Sejarah ringkas bakul siah

Bakul siah merupakan satu kraftangan tradis i masyarakat Baba Nyonya yang diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas lebal atau kulit.

Seterusnya, istilah bakul dalam konteks ini diambil daripada istilah Bahasa Melayu yang merujuk kepada sejenis objek iaitu 'bakul' manakala siah pula membawa maksud 'bertuah' dalam bahasa Hokkien. Gabungan warna merah dan hitam pada bakul siah adalah yang paling biasa dilihat serta digwlakan dalam masyarakat Baba Nyonya (The Star, 2011).

2

(18)

Dari segi fungsinya pula, bakul siah ini senng kali digunakan untuk menyimpan makanan atau hadiah pada majlis-majlis khas terutamanya pada majlis perkahwinan.

Oleb yang demikian, ia digunakan untuk mengisi hantaran perkahwinan pad a hari berlangsungnya majlis tersebut. Pada zaman dahulu, bakul siah adalah bersaiz lebih keeil dan berbentuk bulat namun kini eorak hiasan, saiz dan bentuk bakul siah ini dibuat mengikut eitarasa dan kehendak pelanggan yang telab menempah untuk bakul tersebut. Selain itu, bakul siah ini dibuat dari satu tingkat hingga tiga tingkat mengikut kesesuaian permintaan pelanggan (Kob & Dollah, 2004).

C) Konsep dan definisi

~ Keusahawanan

Menurut Latif et al (20 11), beliau telah menyatakan konsep keusahawanan sebagai satu strategi untuk membangunkan sesebuah negara yang berperanan lIDtuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan, merangsang faktor peneetus inovasi dan juga sebagai faktor pemantap kestabilan ekonomi dan sosial sesebuah negara.

Tambahan pula, menurut Jeffrey A.Timmons yang merupakan seorang pensyarah dalam bidang keusahawanan menyatakan satu takrifan mengenai keusahawanan.

Beliau menjelaskan detinisi keusahawanan sebagai satu tindakan kreatif manusia untuk membangunkan sesuatu yang bernilai, memburu peluang tanpa menghiraukan sumber yang dimiliki danjuga sanggup menghadapi risiko yang telah sedia ada.

3

(19)

~ Usahawan

Definisi usahawan sebagai pereka, pengurus pemIagaan, penanggung risiko, pengagih modal dan juga penggerak sumber merupakan individu yang senti as a bergerak dan juga bijak meneari peluang bam dalam sesebuah pemiagaan. Selain itu, usahawan juga dikatakan tidak memplmyai masa rehat yang eukup dan berkebolehan untuk menghadapi sebarang kemungkinan dengan sentiasa membawa perubahan dan

berusaha untuk mengadaptasi keadaan yang baru dengan eara yang lebih inovatif (Latif et al, 2011 ).

~Kraftangan

MenUTut Razif et al (2014) telah mendefinisikan kraf sebagai satu kerja seni yang dihasilkan oleh kepakaran tangan manusia dengan menggunakan swnber bahan yang mudah didapati dan menggunakan teknik penghasilan yang senang selia menj imatkan masa. Selain itu, kraf yang dihasil kan mestilah berbentuk satu barangan yang menjimatkan kos namun masih mendapat faedah melalui penghasilarUlya.

Manakala, menurut Nadina (2015) telah menyatakan definisi kraftal1gan sebagai kerja penghasilan peralatal1 berguna atau hiasal1 dengal1 menggunakal1 kemahiral1 tang an sepel1ubnya atau perkakas ringkas sahaja. Oleh itu, pada kebiasaannya pertukangan kraftangan dikerjakan seeara perseorangan atau kecil-kecilan. UnsUT­

unsUT seperti kebudayaal1 atau keagamaan menjadi satu kepentingan untuk ditonjolkan dalam setiap pel1ghasilal1 kraftangan. Justeru, kehalusal1 dan keindahal1 bagi setiap motif kraftangan yang dihasilkan merupakan satu eenninan terhadap ni lai kepercayaal1 dan adat budaya sesebuah masyarakat.

4

(20)

1.3 Objektif kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah menetapkan beberapa objektif utama agar kajian yang dijalankan ini dapat menyeJesaikan setiap permasalahan berkaitan dengan keusahawanan kraftangan bakul siah daJam kalangan pengusaha. Antara objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji termasuklah :­

+

Untuk mengkaji faktor penglibatan pengusaha dalam bidang keusahawanan produk kraftangan baku I siah.

Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang agak mencabar kerana terdapat banyak risiko yang perlu dihadapi oleh pengusaha jika ingin memulakan bidang tersebul. Namun demikian, terdapat juga segelintir masyarakat yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan kraftangan bakul siah kerana minat mereka send i.;

atau hanya sekadar untuk meneruskan perniagaan tradisi keluarga. OJeh yang demikian, pengkaji menjalankan kajian ini untuk mengenal pasti faktor-faktor penglibatan pengusaha dalam bidang keusahawanan kraftangan bakul siah dengan lebih mendalam bagi memastikan aktiviti keusahawanan kraftangan berjaya dikekalkan. Oleh itu, dengan adanya penglibatan yang menggalakkan daripada masyarakat ia dapat menjadi satu dorongan kepada pelapis-peJapis baru untuk menceburi bidang keusahawanan pada masa akan datang.

5

(21)

'" U ntuk men genal pasti cabaran yang dihadapi oleh pen gus aha daJam memasarkan produk kraftangan bakuJ siah di MeJaka.

Pada era serba moden ini, terdapat banyak produk-produk yang terjuaJ laris di pasaran kerana wujLldnya ciptaan teknologi yang canggih. Teknologi yang canggih membolehkan pengeluaran barangan tiruan secara besar-besaran dalam pasaran pada masa kini. Hal ini menyebabkan penghasilan produk kraftangan bakul siah berada di tahap minima walauplll1 ia dihasilkan dengan menggunakan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi. Tambahan pula, teknik penghasilan kraftan gan bakul siah hanya menggunakan kepakaran tangan sahaja yang memakan masa dan proses yang panjang untuk disiapkan menyebabkan jumlah pengeluarannya adalah terhad. OJeh yang demikian, pengkaji menjalankan kajian untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pengusaha kraftangan bakul siah agar masalah terse but dapat di bendlll1g bagi meningkatkan jumlah pengeluaran produk kraftangan bakul siah dalam pasaran.

6

(22)

~ UntLlk mengkaji faktor permintaan pelanggan yang mempengaruhi pengeluaran produk kraftangan baku! siah.

Kraftangan bakul siah merupakan satu prod uk kraftangan yang mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi kerana ia merupakan sebuah kraftangan tradisi yang bukan hanya menarik dari segi wama dan corak ma!ahan turu! mempunyai fungsi yang pelbagai. Di samping itu, bagi meningkatkan pengeluaran produk kraftangan baku! siah, pengkaji menjalankan satu kajian lapangan untuk mengenalpasti faktor permintaan pelanggan yang mempengaruhi pengeluaran kraftangan bakul siah agar aktiviti keusahawanan ini dapat dikembangkan dengan adanya permintaan yang berterusan daripada para pelanggan. Selain itu, faktor permin!aan yang tinggi juga dapat meningkatkan hasi! pengeluaran kraftangan bakul siah malahan ia juga berpotensi untuk dipasarkan ke luar negara kerana keunikannya tersendiri dari segi kemasan, reka bentuk, corak danjuga wama.

7

(23)

J.4 Permasa!ahan kaj ian

Minat dan pengetahuan terhadap penghasi!an kraflangan haku! siah ada!ah semakin berkurangan da!anl kalangan masyarakat terutamanya generasi muda pada masa kini.

Hal ini demikian kerana, tanggapan mereka terhadap seni kraftangan sebagai satL!

perkara yang tidak bernilai dan tidak penting ekoran daripada ketiadaan pusat kemahiran mempelajari seni penghasilan kraftangan pada masa kini memherikan persepsi yang negatif terhadap bidang tersebut. Oleh itu, penglibatan dan pendedahan kepada cara serta bentuk pengbasilan kraftangan bakul siah dalam kalangan generasi muda juga kurang menggalakkan kerana go longan tua lebih mendomi nasi bidang kraftangan ini. Masalah seperti ketiadaan pewaris dalam rnewarisi penghasi!an kraftangan menyebabkan industri kraftangan di Malaysia adalah jauh ketinggalan berbanding di negara Indonesia (Khoo Sot Boon, 2007).

Golongan muda tidak lagi menunjukkan minat rnereka dalam aktiviti penghasilan kraftangan. Hal ini demikian kerana, sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai kemahiran dalam menghasilkan kraftangan. Malahan, hal ini juga dapat dilihat secara ketara mengenai proses pengajaran kernahiran krafyan g berlaku secara tidak formal dalam sesebuah keluarga adalah semakin berkurangan. Pada masa kini, pengaruh golongan muda terhadap arus kernodenan yang berlaku di negara ini telah menyebabkan mereka beralih turnpuan kepada pekerjaan lain yang boleh menjaminkan hasil pulangan yang lebih baik (Hamat & Ralunan, 2012).

Seterusnya, pengeluaran kraftangan juga tidak stabil kerana ia dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit dan kualiti yang kurang seragam. Oleh sebab, pengusaha kraftangan menghasilkan produk menggunakan kepakaran tangan tanpa

8

(24)

menggunakan teknologi jadi tidak mustahil barangan kraftangan yang dihasilkan adalah sedikit dan mengambil masa yang agak lanla dalam proses pembuatannya.

Tambahan pula, setiap proses penghasilan kraftangan bakuJ siah mestilah diseragamkan dari awal proses sehingga proses yang terakhir bagi menjamin kualiti pengeluarannya. Sekiranya terdapat gangguan dalam sesuatu proses penghasilan kraftangan ia sekali gus boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pad a kraftangan tersebut (Amin & Muda, 20 II).

SeJain itu, bantuan teknoJogi yang canggih bukan sahaja menjimatkan masa namun juga boleh menyebabkan berlakunya peniruan produk kraftangan. Hal ini bertepatan dengan peniruan produk yang diperbuat daripada bahan plastik terhadap kraftangan bakul siah. Jadi, barang plastik telah mengambil alih pengeluaran produk kraftangan yang asli kerana barang plastik lebih mlldah diimport ke pasaran lllar demi meningkatkanjumlah penjualannya kepada pembeli. Oleh yang demikian, pengllsaha kraftangan hendaklah menghasilkan barangan kraftangan yang unik dan bermutu tinggi agar pelanggan memilih produk kraftangan yang asli daripada barangan plastik (Sahari & Hassan, 2010).

Manakala, menurut Amin dan Muda (2011) dalam kajian, beliau telah menyatakan bahawa kebanyakan pengusaha kraftangan di Malaysia pada ban ini masih menjalankan pemiagaan kraftangan secara kecil-kecilan sahaja. Oleh yang demikian, faktor permintaan pelanggan terhadap sebllah produk kraftangan masih berada di tahap minima jika dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Tanlbahan pula, beliall turut menjelaskan bahawa rata-rata pengusaha kraf tempatan masih mengeluar dan mempamerkan prodllk kraf yang tidak kompetitif dan tidak mampu memberi persaingan yang sihat dengan produk kraftangan dari luar negara.

9

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji alat pembelajaran berasaskan teknologi yang direka bagi mengurangkan kesukaran yang dihadapi oleh pelajar Indonesia dalam

Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan penglibatan yang kurang pelajar Orang Asli di daerah Rompin Pahang terhadap pendidikan

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang berkaitan dengan penglibatan pekebun ked} getah pemilik-pengusaha Melayu dalam membuat penilaian terhadap program

Oleh yang demikian, kajian ini mengenalpasti kecekapan pengurusan keusahawanan yang terdapat pada diri pelajar dan mengenalpasti impak latihan keusahawanan kepada

Oleh yang demikian, sebagai usaha meningkatkan penglibatan golongan wanita dalam bidang keusahawanan, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menggalakkan usahawan

Analisis awal mengenai keusahawanan di sekitar pesisir pantai Negeri Terengganu mendapati tiada kajian telah dijalankan untuk mengkaji hubungan antara faktor peramal

Namun, dalam mengharungi dunia keusahawanan ini penting bagi graduan mengetahui faktor-faktor dan cabaran yang menjadi kekangan yang sering dihadapi oleh

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan multimedia terhadap minat dan pencapaian murid tahun empat dalam mata pelajaran sejarah Hipotesis