• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat dan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat dan"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

417

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat dan Pencapaian Murid Tahun Empat dalam Mata Pelajaran Sejarah

(The Effectiveness of Using Multimedia on the Interest and Achievement of Year Four Students in History Subjects)

Norsi Sabtari1*, Anuar Ahmad1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 March 2023 | Published: 31 March 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.33

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Murid-murid sekolah mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan memerlukan kaedah yang boleh membantu mereka memahami dan menguasai topik yang diajar oleh guru.

Penggunaan multimedia boleh meningkatkan pemahaman murid tentang idea atau topik yang dipelajari dalam mata pelajaran sejarah. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan multimedia terhadap minat dan pencapaian murid tahun empat dalam mata pelajaran sejarah sekolah rendah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan 80 orang murid tahun empat sebuah sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Instrumen kajian ini ialah satu set ujian pra dan pasca serta borang soal selidik. Data dianalisis secara statistik inferensi dan statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical Package fo the Social Science (SPSS) 25.0. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan min pencapaian murid kumpulan rawatan dan kawalan dalam ujian pra. Namun begitu, terdapat perbezaan yang signifikan min pencapaian murid kumpulan rawatan dan kawalan dalam ujian pasca. Secara keseluruhan, multimedia memberi impak yang positif dalam meningkatkan minat dan pencapaian murid tahun empat dalam mata pelajaran sejarah di sekolah rendah. Kajian ini diharap dapat memberi implikasi kepada guru agar menggunakan multimedia bagi menarik minat dan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan. Kajian lanjut boleh dilakukan dan diperluaskan ke atas murid-murid tahun empat di sekolah-sekolah rendah di daerah yang lain bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat dan jelas tentang kesesuaian penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di semua sekolah rendah.

Kata kunci: Multimedia, Minat, Pencapaian, Tahun Empat, Sejarah

Abstract: School students have diverse intelligence and need methods that can help them understand and master the topics taught by the teacher. The use of multimedia can improve students' understanding of ideas or topics learned in history subjects. This study aims to see the effectiveness of the use of multimedia on the interest and achievement of fourth year students in primary school history subjects. This study uses qualitative and quantitative methods involving 80 fourth-year students from a primary school in Kota Kinabalu, Sabah.

The research instrument is a set of pre- and post-tests and a questionnaire. Data were analyzed by inferential statistics and descriptive statistics using the Statistical Package fo the Social Science (SPSS) 25.0 software. The findings of the study show that there is no significant

(2)

418

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

difference in the mean achievement of students in the treatment and control groups in the pre- test. Nevertheless, there is a significant difference in the mean achievement of students in the treatment and control groups in the post-test. Overall, multimedia has a positive impact in increasing the interest and achievement of fourth year students in history subjects in primary school. This study is expected to give implications to teachers to use multimedia to attract interest and create fun learning. Further research can be done and expanded on fourth year students in primary schools in other districts to obtain more accurate and clear decisions about the appropriateness of using multimedia in teaching and learning history in all primary schools.

Keywords: Multimedia, Interest, Achievement, Year Four, History

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pada tahun 2014, mata pelajaran sejarah telah mula diajar di sekolah rendah bagi menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan murid-murid di sekolah rendah. Dengan mempelajari sejarah, murid-murid akan dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku seterusnya mereka tidak akan mengulangi peristiwa tersebut dalam kehidupan mereka. Rentetan daripada itu, guru disaran menggunakan pelbagai kaedah pengajaran agar murid tertarik untuk belajar sejarah sekaligus meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran sejarah. Murid-murid akan menunjukkan rasa minat terhadap mata pelajaran sejarah yang dianggap membosankan sekiranya kaedah yang digunakan oleh guru sejarah menarik dan menyeronokan (Lezah, 2018). Penyelidik terdahulu mencadangkan agar perubahan dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan pelbagai sumber berasaskan multimedia perlu dilaksanakan untuk menarik minat murid dan meningkatkan pencapaian murid khususnya dalam mata pelajaran sejarah.

Perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran ke arah berasaskan penggunaan multimedia boleh menyebabkan pengajaran guru menarik, memudahkan pemahaman murid dan mampu memaksimumkan peryertaan murid secara aktif dan menyeluruh. Hal ini selaras dengan kajian Abdul Rasid Jasman, Norhashimah Hashim dan Shamsudin Othman (2012) yang mengatakan penggunaan multimedia boleh memotivasikan murid untuk belajar sejarah di mana maklumat dapat diterima dengan cepat dan tepat. Tumpuan murid akan terarah kepada pengajaran guru di dalam kelas sekaligus dapat membantu peningkatan kognitif, psikomotor, emosi dan gaya pembelajaran disebabkan gabungan elemen-elemen seperti bunyi, video dan gambar yang terdapat dalam multimedia.

Pernyataan Masalah

Pelbagai usaha telah diambil untuk meningkatkan pencapaian akademik murid demi memastikan kehendak dan kejayaan sistem pendidikan negara dapat dicapai. Namun begitu, masalah yang masih dihadapi oleh sistem pendidikan negara kita ialah pencapaian dalam mata pelajaran sejarah masih kurang memuaskan. Tidak ramai murid yang memperoleh keputusan cemerlang. Jika ada yang berjaya, pencapaian murid berkenaan adalah sederhana sahaja. Oleh itu, proses pembelajaran yang berkesan melalui aplikasi pembelajaran mampu mempengaruhi pencapaian murid (M. Kaviza, 2019).

(3)

419

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Permasalahan yang wujud terhadap minat dan pencapaian murid juga ada kaitan dengan kaedah pengajaran guru di dalam kelas. Menurut Maarof et al. (2020), murid-murid perlu membaca dan menghafal fakta sejarah. Ini akan menyebabkan murid-murid yang mempunyai tahap kognitif yang rendah dan malas membaca sukar memahami idea atau perkara yang diajar oleh guru. Oleh itu, mata pelajaran sejarah adalah sesuatu yang berat dan sukar difahami dan seterusnya menyebabkan kebosanan dalam kalangan murid (Mohd Sirajuddin, Abd. Razak Ahmad & Shakila Che Dahalan, 2012). Ini akan memberi kesan kepada pencapaian sejarah murid-murid sekolah rendah.

Masalah kurang minat dalam kalangan murid khususnya dalam mata pelajaran sejarah telah menjadi isu yang sering diperdebatkan. Pembelajaran yang tidak aktif merupakan penyebab murid tidak minat belajar sejarah. Kaedah pengajaran guru kurang menitikberatkan penglibatan murid secara akitf. Menurut Mohd Samsudin dan Shahizan Shaharudin (2012), para guru masih lagi lebih banyak bercakap dalam memberi penerangan tentang isi pelajaran di hadapan kelas beserta penggunaan buku teks sebagai alat bantu mengajar. Kaedah ini tidak sesuai kerana boleh mengurangkan dan menghilangkan tumpuan murid dalam jangka masa yang lama.

Justeru itu, penggunaan multimedia memberi peluang murid untuk terlibat secara aktif (Renuka Ramakrishnan, Norizan Esa & Siti Hawa Abdullah, 2013). Hasilnya, pencapaian murid dalam mata pelajaran sejarah akan meningkat kerana mereka lebih fokus dan dapat memahami topik yang disampaikan oleh guru.

Memandangkan mata pelajaran sejarah merupakan sesuatu yang baru kepada murid-murid di sekolah rendah, sudah pasti banyak cabaran yang dihadapi. Ini kerana murid-murid di sekolah rendah khususnya mempunyai tahap kognitif yang pelbagai. Namun begitu, tidak banyak kajian yang dibuat terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah rendah. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan multimedia terhadap minat dan pencapaian murid tahun empat dalam mata pelajaran sejarah

Hipotesis Kajian

H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian sejarah tahun empat antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan dalam ujian pra.

H02: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian sejarah tahun empat antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan dalam ujian pasca.

2. Ulasan Kajian Lepas

Teori Berkaitan Penggunaan Multimedia

Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Mayer (2001) menekankn tiga proses kognitif yang penting terhadap penggunaan multimedia. Teori ini menyatakan bahawa murid akan melalui tiga proses kognitif yang penting dalam penggunaan multimedia. Murid-murid memilih perkataan atau teks untuk pemprosesan lisan dan imej untuk pemprosesan visual semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Perkataan atau teks yang dipilih kemudiannya disusun menjadi model mental lisan, dan imej yang dipilih disusun menjadi model mental visual dan kesemua digabungkan dengan pengetahuan terdahulu (Mayer, Haser & Lonn, 2001). Dalam beberapa bahagian pembelajaran multimedia, prosedur ini akan berlaku berulang kali dan boleh disimpan dalam jangka masa panjang (Abdul Hadi, 2012).

(4)

420

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Satu lagi teori yang berkaitan dengan penggunaan multimedia ini ialah teori pembelajaran konstruktivisme. Murid akan membina pemahaman sendiri terhadap apa yang mereka pelajari berbanding pemahaman yang diperolehi dari sumber lain (Eggan & Kauchak, 2004). Menurut Shahabuddin Hashim dan Rohizani Yaakub (2004), penglibatan aktif murid membantu mereka memperoleh pengetahuan baharu seterusnya mengaitkan pengetahuan tersebut dengan pengetahuan yang ada dalam diri mereka. Murid-murid akan menggunakan pengetahuan tersebut dalam minda mereka kepada pelbagai situasi yang baharu. Teori ini juga selari dengan pandangan Nair dan Muthian (2005) yang menyatakan berlaku peningkatan dalam pemahaman murid terhadap sesuatu perkara melalui teori tersebut.

Kajian Berkaitan Penggunaan Multimedia

Beberapa orang pengkaji telah membuat kajian tentang penggunaan multimedia sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sejarah. Tan Choon Keong dan Carol Abu (2013) telah mengkaji tentang pengaplikasian youtube dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah telah mendapati bahawa youtube menarik minat dan memudahkan pemahaman murid terhadap fakta yang disampaikan dalam mata pelajaran sejarah. Penggunaan video mampu menarik tumpuan murid ke arah pengajaran yang dijalankan dan dapat mengembangkan kemahiran berfikir murid. Penggunaan video oleh guru juga dapat meningkatkan minat belajar murid kerana video youtube mempunyai elemen-elemen grafik dan bunyi yang dapat membantu murid mengingat segala isi pelajaran atau topik yang disampaikan oleh guru di dalam kelas.

Kajian oleh Renuka Ramakrishnan, Norizan Esa dan Siti Hawa Abdullah (2013) mendapati berlaku peningkatan terhadap amalan pemikiran sejarah untuk kumpulan rawatan dan kawalan melalui penggunaan sumber digital sejarah. Selain itu, berlakunya perubahan dari segi sikap disebabkan murid-murid belajar sendiri dalam meneroka dan mengkaji sendiri sumber digital sejarah. Ternyata murid akan lebih seronok apabila belajar dengan cara sendiri.

Kajian terhadap mata pelajaran lain telah dijalankan untuk melihat sejauhmana keberkesanan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang telah dibuat oleh Joseph Anjuman dan Wan Rozali Wan Hussin (2013) tentang “ICT dan Kelestarian Penggunaannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geografi di Sekolah” mendapati bahawa pembelajaran Geografi berasaskan ICT menarik minat dan mencungkil kreativiti dan motivasi murid terhadap mata pelajaran berkenaan.

Kajian terhadap minat dan motivasi murid oleh Nurmala et al. (2014) mendapati motivasi belajar merupakan kecenderungan murid melakukan aktiviti pembelajaran dengan keinginan memperolehi hasil belajar yang terbaik. Aktiviti pengajaran dan pembelaharan yang menarik boleh merangsang semangat belajar murid. Motivasi yang kurang akan menyebabkan semangat belajar murid menjadi berkurangan dan seterusnya mempengaruhi pencapaian dalam sesuatu pelajaran. Kajian ini turut disokong oleh Harandi (2015) dalam kajiannya yang menyatakan bahawa motivasi dianggap faktor penting dalam menentukan keberhasilan belajar murid termasuk secara atas talian terutamanya bagi murid yang mempunyai masalah pembelajaran dan murid-murid yang tiada kesungguhan dan semangat untuk belajar. Dengan motivasi dan kata-kata semangat yang diberikan diharap dapat memberi impak yang positif kepada murid tersebut untuk lebih bersemangat dan aktif (Nor Asmah Abdullah & Muhammad Syawal Amran, 2021).

(5)

421

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

3. Metodologi Kajian

Kajian ini adalah untuk melihat perbandingan antara kaedah pengajaran yang menggunakan multimedia dan kaedah pengajaran biasa. Data kajian diperoleh menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif menjurus kepada hasil. Manakala, kajian kualitatif dijalankan untuk mengetahui dengan lebih mendalam terhadap sesuatu perkara yang tidak dapat dijelaskan dalam bentuk angka atau nombor dalam penyelidikan kuantitatif (Marohaini, 2001, Chua, 2006).

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah kuasi eksperimen. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kawalan dan rawatan. Kumpulan kawalan dan rawatan ini akan diberikan ujian pra sebelum pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran sejarah, ujian pasca akan diberikan. Kajian ini dijalankan selama tiga minggu yang merangkumi Unit 1 (Mengenali Sejarah) dan Unit 2 (Saya dan Keluarga). Pengajaran menggunakan multimedia dijalankan ke atas kumpulan rawatan dan pengajaran biasa dijalankan ke atas kumpulan kawalan.

Populasi dan Sampel Kajian

Seramai 80 orang murid tahun empat dari sebuah sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Dua buah kelas dipilih dan dijadikan kumpulan kawalan dan rawatan. Seramai 40 orang responden kumpulan kawalan merupakan 18 orang lelaki dan 22 orang perempuan. Manakala 40 orang responden kumpulan rawatan terdiri daripada 20 orang lelaki dan 20 orang perempuan. Responden dari kedua-dua kelas memiliki tahap kognitif yang lebih kurang sama. Semua responden terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta belajar mata pelajaran sejarah KSSR (Semakan 2017).

Lokasi Kajian

Sebuah sekolah rendah daerah Kota Kinabalu telah dipilih sebagai lokasi kajian. Penyelidik memilih sekolah ini bagi memudahkan kajian dibuat kerana penyelidik juga bertugas di sekolah berkenaan. Sekolah ini terletak di Kampung Likas iaitu 8 km dari pusat bandar. Oleh itu, sebanyak 90% murid-murid yang bersekolah di sekolah ini menetap di kampung berkenaan.

Sementara itu, penyelidik juga sentiasa mendapat sokongan dan kerjasama dari pihak sekolah semasa menjalankan kajian.

Instrumen Kajian

Penyelidik menggunakan satu set ujian pra dan pasca serta soal selidik. Ujian pra dan pasca yang digunakan mengandungi 20 soalan objektif dan perlu dijawab oleh responden dalam tempoh 45 minit. Ujian pra akan diberikan kepada responden sebelum penyelidik menjalankan pengajarannya. Ujian pasca diberikan selepas pengajaran dijalankan. Semua murid diminta menjawab soal selidik untuk mengetahui tahap minat mereka terhadap pengajaran guru.

Kesahan dan Kebolepercayaan

Seramai tiga orang pakar yang terdiri daripada Guru Besar, Ketua Panitia Sejarah dan seorang guru sejarah yang telah mengajar sejarah selama 6 tahun dirujuk untuk mendapatkan pengesahan tentang kesahan dan kebolehpercayaan soalan ujian yang diberikan kepada responden. Selain itu, ianya untuk memastikan ujian tersebut memenuhi piawaian yang dikehendaki sebelum diberikan kepada responden untuk dijawab. Penyelidik menggunakan

(6)

422

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

soal selidik yang diadaptasi dari soal selidik oleh Nur Farhanah (2011) dengan membuat sedikit penyesuaian berdasarkan konteks kajian. Soal selidik mempunyai kebolehpercayaan bersamaan dengan a=0.523. Secara keseluruhannya, soal selidik tersebut boleh digunakan untuk mendapatkan data kajian ini. .

Kajian Rintis

Menurut Mohd Najib (1999), pelaksanaan kajian rintis perlu dibuat bagi memastikan sama ada perlu pengubahsuaian pada ujian tersebut. Kajian rintis juga dijalankan bagi meninjau masalah yang timbul sebelum kajian sebenar dijalankan. Oleh itu, penyelidik telah menjalankan kajian rintis terhadap 10 orang murid tahun empat sekolah rendah daerah di Kota Kinabalu. Murid yang dipilih untuk kajian rintis ini bukan responden kajian sebenar.

Pengumpulan Data

Bagi tujuan pengumpulan data, penyelidik sendiri akan menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua kumpulan tersebut memandangkan penyelidik mengajar di kelas-kelas berkenaan seterusnya mengelakkan penglibatan guru lain. Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam jangka masa tiga minggu. Setiap minggu diperuntukan selama 2 jam. Ujian pra diberikan terlebih dahulu kepada semua murid sebelum menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Selepas itu, penyelidik memberikan ujian pasca pada minggu ketiga. Murid-murid tidak dimaklumkan bahawa ujian pasca yang mereka jawab adalah sama dengan ujian pra yang lalu.

Penganalisisan Data

Kajian ini hanya melihat perbezaan pencapaian murid sebelum dan selepas penggunaan multimedia dalam pengajaran sejarah. Kaedah yang digunakan dalam pengumpulan data ialah kaedah kuantitatif dan kualitatif. Setelah selesai menjalankan ujian dan soal selidik, semua markah atau keputusan yang diperolehi oleh setiap murid dianalisis menggunakan perisian Statistical Package fo the Social Science (SPSS) 25.0 secara analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat tahap minat murid dengan menggunakan markah min dan sisihan piawai. Statistik inferensi pula digunakan untuk mengenalpasti pencapaian murid berdasarkan kaedah yang digunakan.

4. Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan membuat perbandingan pencapaian murid tahun empat dalam mata pelajaran sejarah dengan melihat kepada analisis ujian pra dan pasca.

Analisis Latar Belakang Responden

Jadual 1 menunjukkan data berkaitan dengan latar belakang responden yang ditunjukkan dalam bentuk peratusan dan kekerapan berdasarkan ujian pra dan pasca serta soal selidik.

Jadual 1: Latar Belakang Responden Mengikut Kumpulan

Jantina Kawalan Rawatan

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

Lelaki 18 45% 20 50%

Perempuan 22 55% 20 50%

Jumlah 40 100% 40 100%

(7)

423

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Seramai 80 orang responden yang terdiri daripada murid-murid tahun empat di sebuah sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu terlibat dalam kajian ini. Sebanyak 45% (18 orang) responden lelaki dan 50% (20 orang) responden lelaki adalah dari kumpulan kawalan dan rawatan.

Sementara itu, 55% (22 orang) responden perempuan adalah kumpulan kawalan dan 50% (20 orang) dari kumpulan rawatan.

Analisis pencapaian sejarah dalam ujian pra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

Berdasarkan jadual 2, analisis t-test bagi ujian pra menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada skor pencapaian sejarah antara murid kumpulan rawatan (M=37.25, SD=21.12) dan kumpulan kawalan (M=29.63, SD=16.35) dengan t (73.38)= -1.806, P>0.05 dalam ujian pra. Dapatan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan di dalam pencapaian markah sejarah dalam ujian pra antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Oleh itu, hipotesis null (H01) adalah diterima.

Jadual 2: Analisis pencapaian sejarah ujian pra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan

Ujian Pra Kumpulan N Min SP Nilai t Sig.P

Pencapaian Kawalan 40 29.63 16.35

-1.806 .075

Rawatan 40 37.25 21.12

Analisis pencapaian sejarah dalam ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

Berdasarkan jadual 3, analisis t-test bagi ujian pasca menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan pencapaian sejarah antara kumpulan rawatan (M=52.38, SD=18.67) dan kumpulan kawalan (M=38.25, SD=17.30) dengan t (78) = -3.509, P<0.05 dalam ujian pasca.

Oleh itu, hipotesis null (H02) gagal diterima. Dapatan ini menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang ketara dalam pencapaian sejarah murid tahun empat dalam ujian pasca antara kumpulan rawatan dan murid kumpulan kawalan.

Jadual 3: Analisis pencapaian sejarah dalam ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan

Ujian Pasca Kumpulan N Min SP Nilai t Sig.P

Pencapaian Kawalan 40 38.25 17.30

-3.509 .001

Rawatan 40 52.38 18.67

Analisis soal selidik tahap minat murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

Jadual 4 menunjukkan analisis terhadap minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Bagi item 1, ‘Saya berasa bermotivasi selepas mengikuti P&P Sejarah’, nilai min bagi kumpulan rawatan ialah 4.53. Sementara itu, kumpulan kawalan mencatat nilai min 3.53.

Begitu juga dengan item 2, ‘Saya seronok sepanjang menjalani P&P sejarah’, nilai min minat kumpulan rawatan adalah tinggi iaitu 4.58 berbanding kumpulan kawalan dengan nilai min 3.53. Bagi item 4, ‘P&P ini membosankan saya’, kumpulan rawatan mencatat min terendah iaitu 1.50. Ini adalah kerana murid tidak bersetuju dengan pengajaran guru yang membosankan.

Kumpulan kawalan pula mencatat 3.33 bagi item tersebut kerana pengajaran biasa dalam kelas tidak menarik perhatian mereka.

Bagi item 3, ‘Saya mudah memahami dan mengingat fakta sejarah’, perbezaan min minat bagi kedua-dua kumpulan tidak begitu besar iaitu 3.75 bagi kumpulan rawatan dan 3.08 bagi

(8)

424

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

kumpulan kawalan. Ini kerana murid-murid juga boleh mengingat fakta dengan menggunakan kedua-dua sama ada kaedah pengajaran biasa dan kaedah pengajaran menggunakan multimedia. Bagi item 5, item 6, dan item 7 iaitu, ‘Saya tidak sabar mengikuti aktiviti P&P yang seterusnya’, ‘Saya berminat untuk belajar sejarah’, dan ‘Saya suka dengan kaedah pengajaran guru sejarah’, kumpulan rawatan juga menunjukkan min minat yang tinggi iaitu 4.20, 4.23, dan 4.43 berbanding kumpulan rawatan yang menunjukkan nilai min minat sebanyak 3.50, 3.52 dan 3.52 bagi item-item berkenaan.

Jadual 4: Min Minat Murid Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan

Bil Minat Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan

Min SP Min SP

1 Saya berasa bermotivasi selepas mengikuti P&P Sejarah

3.53 1.320 4.53 .599

2 Saya seronok sepanjang menjalani P&P sejarah.

3.53 1.086 4.58 .636

3 Saya mudah memahami dan mengingat fakta sejarah

3.08 1.228 3.75 .776

4 P&P ini membosankan saya 3.33 1.269 1.50 .847

5 Saya tidak sabar mengikuti aktiviti P&P yang seterusnya

3.50 1.340 4.20 .939

6 Saya berminat untuk belajar Sejarah 3.52 1.569 4.23 .891

7 Saya suka dengan kaedah pengajaran guru sejarah

3.52 1.432 4.43 .594

8 Saya boleh menggunakan kaedah ini untuk P&P subjek lain

4.00 1.132 4.13 1.042

Seterusnya, item 8, ‘Saya boleh menggunakan kaedah ini untuk P&P subjek lain’, kedua-dua kumpulan menunjukkan minat yang lebih kurang sama dengan mencatat nilai min minat iaitu masing-masing 4.00 dan 4.13.

5. Perbincangan

Perbincangan menjurus kepada aspek keberkesanan penggunaan multimedia dan menilai tahap minat murid terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah.

Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa pencapaian murid kumpulan kawalan dan rawatan adalah lebih kurang sama. Ini kerana murid-murid diajar dengan menggunakan kaedah yang sama sebelum kajian dilakukan. Namun begitu, ujian pasca menunjukkan bahawa pencapaian kumpulan rawatan telah meningkat selepas diajar menggunakan multimedia. Ini memberi satu gambaran bahawa multimedia sangat sesuai digunakan sebagai kaedah atau alat bantu mengajar. Ini kerana ia membantu murid memahami dan mengingat fakta sejarah yang diajar oleh guru sejarah. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Andrade et al. (2008) yang menyatakan bahawa multimedia memudahkan pemahaman dan penguasaan murid terhadap sesuatu tajuk yang dipelajari. Oleh itu, multimedia boleh meningkatkan pencapaian dan minat murid berbanding kaedah pengajaran biasa.

Minat murid terhadap pengajaran guru menggunakan multimedia juga telah bertambah berdasarkan keputusan soal selidik. Hal ini menunjukkan murid-murid dalam kumpulan

(9)

425

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

kawalan bosan dengan pengajaran biasa yang digunakan oleh guru kerana tidak melibatkan mereka secara aktif. Dapatan ini disokong oleh pendapat Zainab Ahmad (2009) yang mengatakan murid-murid cenderung untuk tidak menyukainya dan mengakibatkan murid hilang minat dan keseronokan belajar sejarah. Murid-murid tahun empat bersemangat dan seronok belajar sejarah apabila guru menggunakan multimedia kerana elemen-elemen yang terkandung dalam multimedia melibatkan penggunaan pelbagai pancaindera. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Peter Hillis (2008) yang menyatakan bahawa penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah telah menyebabkan murid berasa seronok dan minat untuk belajar sejarah.

Beberapa implikasi juga boleh diperolehi daripada kajian ini khususnya kepada murid, guru dan pihak sekolah. Murid-murid akan seronok belajar apabila mereka dapat belajar dengan cara mereka sendiri. Ini kerana setiap murid mempunyai gaya belajar sendiri yang menggunakan pelbagai pancaindera. Sekiranya kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah menyeronokkan, sudah pasti murid-murid juga akan berusaha meningkatkan pencapaian mereka. Guru-guru sejarah boleh menjadikan hasil kajian ini untuk mendapatkan gambaran tentang penggunaan multimedia dan seterusnya mencetuskan idea kepada guru sejarah untuk mengetahui dan mengolah pengajaran yang sesuai dan terbaik yang boleh digunakan bagi mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan.

Pihak sekolah melalui panitia sejarah juga boleh menggalakkan penggunaan multimedia sebagai kaedah pengajaran dalam kalangan guru-guru sejarah. Pelbagai inisiatif dan bantuan boleh diberikan oleh guru besar kepada guru-guru yang berusaha membina ABM dalam bentuk multimedia. Ini akan mewujudkan budaya pengajaran berasakan multimedia dalam kalangan guru-guru di sekolah. Seterusnya, KPM juga boleh mendapatkan maklumat tentang keperluan guru-guru berkaitan dengan multimedia. Usaha ini boleh membantu guru meningkatkan pengetahuan tentang multimedia dan dapat menghasilkan pengajaran yang menarik dan menyeronokkan.

Sementara itu, kajian lanjutan berkaitan tajuk ini boleh dijalankan dengan menambah jumlah responden. Jumlah responden yang ramai akan memberi gambaran yang lebih luas terhadap dapatan kajian. Selain itu, skop kajian boleh diperluaskan lagi ke sekolah-sekolah rendah di daerah lain bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat tentang kesesuaian penggunaan multimedia di semua sekolah.

6. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, guru sejarah perlu sentiasa kreatif dan proaktif dalam mewujudkan persekitaran yang merangsang dan menyeronokkan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan kaedah yang menyeronokan dan menarik sudah pasti mampu menarik minat dan tumpuan murid akan terarah kepada pengajaran guru. Guru seharusnya memikirkan dan menggunakan kaedah yang boleh memberi impak yang positif terhadap sikap dan pencapaian murid. Penggunaan kaedah pengajaran biasa yang digunakan oleh guru perlu selari dengan peredaran zaman. Kaedah pengajaran tradisional seharusnya tidak lagi menjadi pegangan guru kerana ianya tidak lagi relevan dengan situasi murid-murid pada masa kini. Selain itu, guru juga perlu memainkan peranan dalam memotivasikan dan membangkitkan semangat murid mempelajari sejarah dengan kaedah yang terbaik. Kesimpulannya, penggunaan multimedia

(10)

426

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

merupakan satu kaedah yang berkesan dalam mengubah minat dan meningkatkan pencapaian murid tahun empat dalam mata pelajaran sejarah.

Rujukan

Abdul Hadi Mat Dawi. (2012). Pemerolehan Pembelajaran Bermakna Berasaskan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia. Research and Issues in Technology-based Education, 1(1), 1-5.

Abdul Rasid Jamian, Norhashimah Hashim & Shamsudin Othman. (2012). Multimedia Interaktif Mempertingkatkan Pembelajaran Kemahiran Membaca Murid-murid PROBIM. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 46-53.

Abdul Razak Ahmad, Ahmad Ali Seman & Narayanasamy Letchumanar. (2009).

Keberkesanan Penggunaan Animasi Statik Berdialog dalam Pembelajaran Sejarah.

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau ke-4, 14-25.

Abdul Razak Ahmad, & Mohd Mahzan Awang. (2017). Pengetahuan Guru Sejarah Dalam Pelaksanaan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah. Seminar Pendidikan Serantau ke-8, 153–161.

Alfian, M. (2011). Pendidikan sejarah dan permasalahan yang dihadapi. Pendidikan Sejarah Dan Permasalahan Yang Dihadapi III (2).

Andrade. E. L. M, Mercado. C. A. A & Reynoso. J. M. G. (2008). Learning Data Structures Using Multimedia-Interactive Systems. Communications of the IIMA, 8(3), 25-32.

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abdul Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (1)(2009), 53-66.

Ausubel, B. B. (2013). Belajar bermakna ausubel 43–48.

Awang, M. A. (2017). Hubungan antara gaya pembelajaran dan sikap terhadap pembelajaran berbantu komputer dengan pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah. Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Aziz, Z., & Jair, N. (2009). Penggunaan peta konsep untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan dua. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 3-15.

Chua, Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 1, Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: The McGraw-Hill Companies.

Cohen, L., Manion, L., Marrison, K. (2011). Research Methods in Education. Edisi Ketujuh.

New York: Routledge Taylor & Francis Group.

Eggen, P. dan Kauchak, D. (2004). Educational Psychology Window on Classrooms. Journal Of College Science Teaching, 19(1), 212- 217.

Hillis, Peter. (2008). Authentic Learning and Multimedia in History Education. Learning, Media and Technology, 33(2), 87-99.

Ishak, R., Jantan, R., Pendidikan, U., Idris, S. & Malim, T. (2015). Tinjauan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran sejarah sekolah rendah. Asian Education Action Research Journal, 4, 64–80.

Ismail Said. (2014). Kurikulum Sejarah. Pusat Bandar Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Joseph Anjuman & Wan Rozali Wan Hussin. (2013). ICT dan Kelestarian Penggunaannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geografi di Sekolah. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29-30 Ogos 2013), 55-75.

(11)

427

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Kaviza, M. (2018). Penggunaan sumber sejarah sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran sejarah: Adakah murid sudah bersedia untuk meneroka? Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 3(5), 41.

Kaviza, M. (2019). Pengaruh Antara Gaya Pembelajaran dan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah : Satu Tinjauan di Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Sosial Sciences and Humanities, (4), 98–108.

Kaviza, M. (2019). Sikap Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sejarah: Satu Tinjauan Awal dalam kalangan Murid Tingkatan Satu. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 4(6), 72–81.

Kaviza, M. (2021). Kesan Pembelajaran Berasaskan Dokumen dengan Pendekatan Kepelbagaian Sumber Terhadap Pengetahuan Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(1), 128–139.

Keong, Tan Choon dan Carol Abu. (2013). Pengaplikasian Video YouTube: Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Sosial. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29-30 Ogos 2013):

251-265.

Lee Bih Ni. (2013). ICT dan Pengajaran-Pembelajaran Sejarah di Sekolah. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 UMS, 29-30 Ogos 2013, 106-115.

Lejah, L. & Talin, R. (2018). Kaedah Pengajaran Sejarah yang Diminati Pelajar dan Justifikasinya. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 3(2), 137–145.

Mat Lui, M. Z. & Ahmad, A. (2021). Minat Murid Terhadap Gaya, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru dalam Pendidikan Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 211–221.

Mayer, R. E. (2001). Multimedia Learning. New York: Cambridge University Press.

Mayer, R. E. (2004). Should There Be a Three Rule Against Pure Discovery Learning. The Case for Guided Methods of Instruction. American Psychologist, 59(1), 14-19.

Mohamad Johdi Salleh dan Ariegusrini Agus. (2009). Transformasi Pengajaran Sejarah Berasaskan Multimedia. (dalam) Abdul Razaq dan Isjoni. 2009. Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Penerbitan Bersama: Falkulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dan FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. hlm.113–126.

Mohd Farid Hassan & Azniah Ismail. (2011). Pengaruh Gaya Pembelajaran dan Kecekapan Murid dalam Penggunaan E-Pembelajaran. Journal of ICT in Education, 7, 58–64.

Mohd Majid Konting. (1999). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Samsudin & Shahizan Shaharudin. (2012). Pendidikan dan Pengajaran Mata Pelajaran Sejarah di Sekolah di Malaysia. JEBAT Malaysian Journal of History, Politics &

Strategic Studies, 39(2), 116-141.

Nur Syazwani Abdul Talib, Kamarulzaman Abdul Ghani, Nur Azuki Yusoff & Mohd Mahzan Awang. (2019). Kaedah Pembelajaran Sejarah Dengan Mengambil Kira Minat Dan Peningkatan Prestasi. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2(1984), 45–57.

Renuka Ramakrishnan, Norizan Esa & Siti Hawa Abdullah. (2014). Kesan Penggunaan Sumber Digital Sejarah Terhadap Amalan Pemikiran Sejarah. 23rd International Conference of Historians of Asia 2014, 1–14.

Rossafri Mohamad & Shabariah Mohamad Shariff. (2011). Kesan Penggunaan Laman Sosial ke atas Kaedah Perbincangan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(1), 75-80.

(12)

428

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Rossafri Mohamad & Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya. (2007). Impak Bahan Multimedia ke atas Mata Pelajaran Berbentuk Naratif: Satu Kajian terhadap Mata Pelajaran Sejarah.

1 st International Malaysia Educational Technology Convention, 920-929.

Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub. (2004). Psikologi pembelajaran & personaliti.Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Subadrah Nair & Malar Muthiah. (2005). Penggunaan Model Konstuktivisme Lima Fasa Needham dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 20, 21-41.

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan minat murid Kumpulan Eksperimen dengan dengan pencapaian dan

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan modul pembelajaran bagi mata pelajaran Sistem Elek1:ronik 2 ( E2002 ) dapat membantu pensyarah dan pelajar dalam

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran masteri dalam mata pelajaran Pengajian Am mampu meningkatkan pencapaian dan minat pelajar Kumpulan

Saya mengaku bahawa projek bertajuk “Keberkesanan Perisian Multimedia Interaktif Untuk Meningkatkan Kefahaman Murid Di Dalam Subtopik Sejarah Tahun 4” adalah hasil kerja saya

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi terhadap tahap keberkesanan penggunaan Aplikasi CABE sebagai alat bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran

Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah permainan bahasa (KPB) dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar terhadap kata kerja al-mudari

Dalam kajian ini, analisis ujian-t tidak bersandar digunakan untuk membandingkan tahap pencapaian dan empati sejarah murid yang diajar dengan kaedah pengajaran lazim dan murid yang

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk memberikan pertolongan yang sewajarnya dan penuh keprihatinan kepada murid-murid Tahun 2 Nilam yang menghadapi masalah