• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19 "

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

SIARAN MEDIA

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19

Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada hari ini telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 bagi memastikan bekalan vaksin COVID-19 dapat diperolehi dengan kadar segera, selamat dan sempurna.

Jawatankuasa Khas ini akan diketuai secara bersama oleh Datuk Seri Dr. Adham Baba selaku Menteri Kesihatan Malaysia (KKM) dan saya selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi tujuan menyediakan rangka kerja dan pelan perolehan serta pengagihan vaksin COVID-19 apabila ia diluluskan untuk kegunaan di Malaysia.

Menerusinya, beberapa Jawatankuasa Kecil (JKK) dengan skop tugas seperti pemilihan vaksin, komunikasi, pendaftaran dan kelulusan, trade facilitation, kewangan, penstoran, logistik dan pengangkutan serta pengagihan vaksin akan turut dibentuk merentasi pelbagai kementerian dan agensi bagi memudah cara dan mempercepatkan pelaksanaan tugas ini.

Keputusan penubuhan Jawatankuasa Khas ini adalah penting bagi memastikan persediaan awal yang rapi dibuat sebelum bekalan vaksin diterima untuk kegunaan seluruh rakyat Malaysia.

KHAIRY JAMALUDDIN

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI 14 OKTOBER 2020

Referensi

Dokumen terkait

1 SIARAN MEDIA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI HOTSPOT IDENTIFICATION FOR DYNAMIC ENGAGEMENT HIDE Sepertimana dimaklumkan pada 4 Mei lepas, Mesyuarat Majlis Keselamatan

Pentingnya menilai kepuasan pengguna melalui evaluasi layanan kesehatan digital salah satunya yaitu rekam medis elektronik dapat membantu dalam meningkatkan mutu pelayanan kesehatan,