• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEPATAH ETNIK SABAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PEPATAH ETNIK SABAH"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

1

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR

Sempena

Majlis Konvokesyen UMS Ke-25 Bagi Graduan Tahun 2023

[Sidang 2]

11 Disember 2023 (Isnin) | 1.00 Petang Dewan Canselor

PROFESOR DATUK DR.

KASIM HJ. MANSOR

(2)

2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Salutasi

⮚ Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan,

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah

⮚ Duta dan Konsul

⮚ Ahli-Ahli Lembaga Pengarah UMS

⮚ Ahli-ahli Senat

⮚ Mantan-mantan Naib Canselor UMS

⮚ Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri

⮚ Para Profesor dan Ahli-ahli Akademik

⮚ Ibu Bapa Graduan dan Para Graduan yang Diraikan,

⮚ Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

(3)

3

1. Segala puji bagi Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat-Nya, Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah kali ke-25 bagi graduan tahun 2023 dapat kita raikan bersama-sama bermula hari ini, 11 hingga 14 Disember 2023.

2. Insya-Allah, semoga Allah Subhanahu Wataala mempermudahkan urusan majlis konvokesyen ini.

3. Bersempena dengan detik yang bersejarah ini, pertama sekali dengan penuh rasa bangga saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua para graduan, WELL DONE, you have fought for it, you deserve it, you got it.

4. Majlis Konvokesyen UMS kali ini, menyaksikan seramai 4,236 orang graduan bakal menerima diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (Ph.D) masing-masing yang perinciannya seperti tertera di skrin dan buku cenderamata konvokesyen.

(4)

4

5. Dari jumlah tersebut, 106 orang penerima Ijazah Doktor Falsafah, 307 orang penerima Ijazah Sarjana, 144 orang penerima Diploma Pasca, 3,617 orang penerima Ijazah Sarjana Muda dan 62 orang penerima Diploma akan menerima skrol masing- masing sepanjang 4 hari majlis ini berlangsung.

6. Untuk makluman, Majlis Konvokesyen kali ini mencatat sejarah dan rekod tersendiri apabila buat pertama kalinya seramai 106 graduan PhD berjaya dihasilkan UMS.

7. Begitu juga dengan graduan yang mendapat kelas pertama iaitu seramai 395 orang, peningkatan yang sangat ketara kali ini dan paling ramai setakat penganjuran Majlis Konvokesyen UMS. Syabas dan tahniah atas pencapaian ini.

(5)

5

8. Pada Sidang 2 ini, saya akan menyampaikan ijazah kepada graduan Pusat Luar UMS;

Fakulti Sains dan Sumber Alam; Fakulti Perhutanan Tropika; Fakulti Pertanian Lestari; Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang berjumlah 805 graduan.

9. Dan istimewa juga, seorang tokoh korporat dan usahawan ternama iaitu Tan Sri Abdul Majid Khan, Pengerusi Jawala Plantation Sdn. Bhd. turut akan dianugerahi dengan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Perladangan Hutan).

10. Saya juga ingin memaklumkan bahawa pada Sidang 5 nanti, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman mantan Ketua Menteri Sabah, juga akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Ekonomi Pembangunan).

11. 3 profesor Emeritus juga dianugerahkan semasa Sidang 1 yang telah disampaikan oleh Tun Canselor pada pagi tadi.

(6)

6

12. Kepada seluruh warga kerja UMS, yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan pelaksanaan Majlis Konvokesyen kali ini, ingatlah jasa kalian akan dikenang, bukan sahaja oleh graduan tetapi seluruh ibu bapa dari pelusuk negara yang datang bertandang meraikan anak-anak mereka bergraduasi pada hari yang bersejarah ini.

13. Ucapan syabas dan tahniah juga ditujukan kepada ibu bapa dan penjaga kerana kecekalan dalam memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar di peringkat pendidikan tinggi.

14. Semoga, pengorbanan ini akan mendapat balasan sebaik-baiknya daripada Allah Subhanahu Wataala.

Para Graduan, Ibu Bapa dan Sidang hadirin sekalian,

(7)

7

15. Kita telah melalui dan melepasi era pandemik COVID-19 dan berada dalam gelombang Revolusi Industri 4.0 yang telah mengubah sebahagian besar landskap pasaran buruh bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia, termasuklah di negeri Sabah.

16. Selain itu, kemajuan terhadap teknologi kecergasan buatan, automasi dan robotik juga telah mengubah landskap industri pekerjaan pada masa kini.

17. Kepesatan teknologi yang berlaku secara pantas ini mendesak setiap individu termasuk graduan untuk mengadaptasi dan perlu cakna dan berusaha beradaptasi dengan setiap perubahan atau kemajuan yang berlaku dalam dunia teknologi.

18. Budaya penggunaan digital dalam pembelajaran dan kerjaya, perlu terus dilestarikan kerana industri berasaskan

“digitalization” itu sendiri telah menakluki seluruh kehidupan kerjaya masa kini.

(8)

8

19. Kuasa robot automasi dan analisis data kian sinonim dalam pelaksanaan tugas seharian manusia seluruh dunia.

20. Bagi UMS, kepekaan akan keperluan teknologi ini adalah selaras dengan dasar kerajaan dan kehendak global.

21. Ini dapat dilihat melalui usaha pengukuhan program akademik Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) dan juga pemerkasaan Sistem Pendidikan Teknikal &

Latihan (TVET) di peringkat universiti.

22. Banyak pihak percaya bahawa bidang ini akan membantu negara dalam membentuk modal insan seawal pendidikan awal kanak- kanak, bak kata pepatah Melayu “melentur buluh biar dari rebungnya” yakni, memupuk ilmu ke arah pembentukan teknologi baru yang dicanang melalui Revolusi Industri 4.0 itu, biar bermula daripada usia kanak-kanak.

23. Insya-Allah, melentur buluh dari rebung, rebung tidak patah sebagaimana kanak- kanak diajar sedari awal akan lebih mudah menguasai teknologi yang diuar-uarkan itu.

(9)

9

Sidang hadirin yang dihormati,

24. Bilangan graduan pelbagai aliran dan peringkat yang UMS keluarkan hari ini merupakan kejayaan universiti ini menghasilkan graduan berkualiti, sekali gus menjadi modal insan kepada pelbagai sektor pekerjaan di peringkat negeri dan negara.

25. Sebagai bukti, kebolehpasaran graduan UMS bagi tahun 2022, merekodkan kadar peningkatan yang tinggi dengan jumlah 98.3 peratus berbanding peratusan tahun-tahun sebelumnya.

26. Untuk rekod, pada tahun 2021 kadar kebolehpasaran graduan ialah 96.2 peratus, tahun 2021 ialah 92.2 peratus, tahun 2020 92.2 peratus dan tahun 2019 ialah 90.44 peratus.

27. Rekod kebolehpasaran graduan ini menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam usaha UMS memastikan graduan mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

(10)

10

28. Hal yang demikian menunjukkan bahawa program-program akademik yang ditawarkan UMS mempunyai standard dan piawai yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan melalui proses penambahbaikan berkala selaras dengan keperluan semasa dan negara.

29. Bukan sahaja diakreditasi oleh agensi dalam negara, terbaharu program Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kimia Industri), Fakulti Sains dan Sumber Alam telah berjaya mendapat penganugerahan Akreditasi Antarabangsa daripada Royal Society of Chemistry (RSC), United Kingdom bagi tempoh selama 5 tahun iaitu dari tahun 2023 hingga 2028.

30. Laporan penuh daripada The Committee for Accreditation and Validation of the Royal Society of Chemistry menyatakan bahawa akreditasi diberikan tanpa sebarang syarat khusus (pre-requisites) kerana program telah memenuhi semua Key Requirement akreditasi.

(11)

11

31. UMS akan meneruskan usaha agar lebih banyak lagi program-program yang ditawarkan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

32. Bagi menyahut saranan kerajaan untuk memantapkan program-program akademik di universiti awam, UMS telahpun mengorak langkah.

33. Dalam sektor keselamatan makanan atau food security, UMS telah mendapat kelulusan untuk menawarkan program baharu iaitu Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian (Perladangan Persis Pintar).

34. Ia merupakan suatu program bagi memastikan teknologi terkini diaplikasi bagi menjamin kelestarian pertanian untuk bekalan makanan negara dapat dijamin.

35. Begitu juga program baharu Sarjana Muda Sains Makmal Perubatan turut mendapat kelulusan.

(12)

12

36. Bukan itu sahaja, UMS turut diberi kebenaran untuk menawarkan program Asasi Sains Pertanian bermula sesi akademik 2024/2025 bagi memastikan pengambilan pelajar ke program-program pertanian dapat dipertingkatkan.

37. Program yang ditawarkan ini adalah unik dan satu-satunya ditawarkan di negara kita kerana ia membenarkan pengambilan pelajar lepasan SPM dari aliran sastera yang ada mengambil subjek sains dan matematik.

38. Justeru, ia akan membuka peluang yang luas bagi pelajar aliran sastera khususnya anak- anak di Sabah untuk mengikuti program pertanian.

39. Untuk jangka masa panjang, saya yakin UMS mampu menyediakan modal insan berkepakaran dalam bidang pertanian.

40. Selain itu, bagi merancakkan lagi dunia penyelidikan, UMS akan mewujudkan lebih banyak Kursi Akademik.

(13)

13

41. Setakat hari ini, UMS telah mempunyai 3 Kursi Akademik iaitu Kursi Kadazan-Dusun, Kursi Pengurusan Kelestarian Kelapa Sawit Felda Global Venture (FGV) dan Kursi Perhutanan Lestari Kelvin Tan Aik Pen.

42. Alhamdulillah, 1 lagi Kursi Akademik yang akan menyusul dalam masa terdekat ini, insya-Allah.

43. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah atas sumbangan dana sebanyak RM10 juta bagi tujuan penubuhan Kursi Rumpun Bajau Sama.

44. Sebanyak 6 lagi Kursi Akademik yang baharu bakal ditubuhkan dengan anggaran jumlah dana sebanyak RM25 juta.

45. 5 lagi Kursi Akademik sedang dalam peringkat perundingan dan UMS mengalu- alukan lebih banyak agensi untuk turut serta bagi menjayakan penubuhan Kursi-kursi Akademik yang dicadangkan ini.

(14)

14

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

46. Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuhkan usaha dalam meningkatkan lagi kecemerlangan akademik dan pengiktirafan universiti di peringkat antarabangsa menerusi jaringan kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi luar negara.

47. Terbaru, UMS telah menerima kunjungan delegasi dari East China Normal University (ECNU), Shanghai, China sebagai satu inisiatif dalam meneroka kerjasama dua hala antara kedua-dua pihak dalam dunia akademik.

48. UMS juga akan meneroka peluang kolaborasi bersama ECNU dalam bidang-bidang Ketamadunan Cina, Sains Data, Komunikasi dan Pendidikan.

(15)

15

49. Menerusi kerjasama ini, pertukaran kakitangan akademik dan pelajar, kolaborasi dalam projek penyelidikan, penerbitan dan pembangunan pelajar, persidangan, program mobiliti, khidmat komuniti dan sebagainya akan dilangsungkan.

50. Kesemua usaha ini sudah tentu akan membawa impak besar seperti kedatangan pelajar antarabangsa ke UMS untuk melanjutkan pengajian khususnya dalam program pascasiswazah.

51. Sebagai sebuah universiti yang mengurus bakat, memberi ilmu dan kebijaksanaan watan, maka UMS menjadi saluran kepada pembentukan tamadun bangsa dan intelektualisme yang boleh dikongsi kepada nusa dan bangsa.

Sidang Hadirin yang dihormati,

52. Menjadi graduan yang berkualiti melibatkan kombinasi sifat peribadi, kemahiran teknikal dan kemahiran interpersonal.

(16)

16

53. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri, membina hubungan yang baik, dan memberikan usaha maksimum dalam setiap tugasan yang diberikan dapat membantu anda mencapai kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan.

54. Selaku Naib Canselor UMS, saya menyeru agar setiap graduan terus kompetitif dan berdaya saing.

55. Bukan sahaja menjadi graduan yang menunggu peluang, tetapi mampu mencipta peluang untuk membina masa depan yang cemerlang.

56. Jadilah graduan yang “Kalis Masa depan”, dinamik dan unggul menerusi pendidikan yang diperoleh di UMS.

57. Graduan yang berilmu mampu mengubah kualiti hidup rakyat yang akhirnya menyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan negara khususnya negeri Sabah.

(17)

17

58. Pepatah tempatan dari suku etnik Bajau Sama berbunyi, “Mangan nyak mangan, asal kurung-kurung” bermaksud, makan atau tidak makan, yang penting kita dapat berkumpul bersama.

59. Secara telusnya, pepatah-tempatan ini mengutamakan sikap kebersamaan dan kekeluargaan yang tinggi walaupun kehidupan yang dilalui serba mencabar.

60. Justeru, ingin saya berpesan kepada semua graduan, usah lupa berjasa kepada keluarga anda.

61. Dengan ijazah yang diperoleh, berusahalah mencari pekerjaan yang sesuai atau membina perusahaan anda sendiri agar anda mampu berkongsi hasil pendapatan dengan keluarga yang dikasihi.

62. Pepatah etnik Dusun juga ada menyebut,

“Oyopos-yopos o’bulud, oyopos-yopos o’kabang”.

63. Jika kaki tidak basah, jangan harap mulut merasa.

(18)

18

64. Selagi mana anda tidak berasa susah, selagi itulah rezeki tidak akan datang sebegitu mudah.

65. Peribahasa melayu turut menyebut, “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.”

66. Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa ada usaha.

67. Anak-anak yang saya kasihi sekalian, ingatlah resam padi, semakin tunduk semakin berisi.

68. Jangan pernah ada ego, takbur dan sombong dalam hati, jika kelak menjadi orang yang ternama dan berkuasa.

69. Berbaktilah kepada komuniti anda khasnya, kepada negeri dan kepada negara tercinta ini.

70. In UMS, you all learn many things THE HARD WAYS.

(19)

19

71. THEREFORE, I fully trust that the UMS graduates are the resilient human resources that every industry is looking forward to hire.

72. SHOW THEM, YOUR ABILITIES! SHOW THEM, YOUR CAPABILITIES! and SHOW THEM, YOUR CREATIVITIES.

73. WILL YOU DO IT? CAN YOU DO IT? (expect students to answer, YES)

74. YES.... YOU CAN!

75. Wabillahi taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(20)

20

(PAUSE)

“Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya mengisytiharkan Majlis Konvokesyen

Universiti Malaysia Sabah kali ke-25 ini dibuka dan menganugerahkan ijazah kepada graduan-graduan seperti yang dinyatakan dalam Buku Cenderamata.”

Sekian, terima kasih.

Referensi

Dokumen terkait

Toleransi etnik dalam kalangan pelajar bumiputera sekolah menengah di Kota Kinabalu Sabah ABSTRACT Keharmonian dan kemajuan sesebuah negara pada hari ini bukan sahaja bergantung

Sesungguhnya perkenan Duli-duli Tuanku bercemar Duli berangkat ke majlis ini membawakan seribu pengertian bukan sahaja kepada patik dan warga pengurusan UniMAP malah juga kepada