ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN
BIL
BIL PERKARA PERKARA HALAMANHALAMAN
Jemputan
Jemputan Majlis Majlis Istiadat Istiadat Konvokesyen Konvokesyen Oleh Oleh 11 Tuan Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Tuan Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Panduan
Panduan Dan Dan Peraturan Peraturan Majlis Majlis Istiadat Istiadat Konvokesyen Konvokesyen 22 Kali Ke-8 PTSS Tahun 2014
Kali Ke-8 PTSS Tahun 2014 1.
1. Majlis Majlis Istiadat Istiadat Konvokesyen Konvokesyen 22 2.
2. Raptai Raptai Konvokesyen Konvokesyen 33 3.
3. Penyertaan Penyertaan Dan Dan Bayaran Bayaran 33 4.
4. Ibubapa Ibubapa / / Tetamu Tetamu 44 5.
5. Lalulintas Lalulintas dan dan Tempat Tempat Meletak Meletak Kenderaan Kenderaan 55 6.
6. Pakaian Pakaian Dan Dan Rupadiri Rupadiri Graduan Graduan 55 7.
7. Jubah Jubah Graduan Graduan 66 8.
8. Pengambilan Pengambilan Sijil Sijil 77 9.
9. Gambar Gambar Konvokesyen Konvokesyen 88 10.
10. Kajian Kajian Pengesanan Pengesanan Graduan Graduan Politeknik Politeknik KPM KPM 2014 2014 88 11.
11. Persatuan Persatuan Alumni Alumni PTSS PTSS 88 12.
12. Cenderahati Cenderahati Plak Plak KonvokesyeKonvokesyen n 99 13.
13. Pesta Pesta Konvokesyen Konvokesyen 2014 2014 99 14.
14. Maklumat Maklumat Penginapan Penginapan 1010 15.
15. Kuasa Kuasa Politeknik Politeknik 1010
Assalamualaikum w
Assalamualaikum w.b.t dan salam se.b.t dan salam sejahtera.jahtera.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan Politeknik Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di atas kejayaan menamatkan pengajiandi atas kejayaan menamatkan pengajian dan seterusnya dianugerahkan sijil/diploma masing-masing. Usaha dan seterusnya dianugerahkan sijil/diploma masing-masing. Usaha keras anda semua selama ini dalam menuntut ilmu akhirnya terbalas keras anda semua selama ini dalam menuntut ilmu akhirnya terbalas dengan kejayaan mengenggam segulung sijil/diploma.
dengan kejayaan mengenggam segulung sijil/diploma.
Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-8 PTSS Tahun 2014 ini diadakan Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-8 PTSS Tahun 2014 ini diadakan bagi meraikan para graduan semua di atas kejayaan tersebut. Saya dan bagi meraikan para graduan semua di atas kejayaan tersebut. Saya dan seluruh warga PTSS amat berbangga dengan lahirnya anda semua seluruh warga PTSS amat berbangga dengan lahirnya anda semua sebagai graduan politeknik ini. Sesungguhnya anda semua membawa sebagai graduan politeknik ini. Sesungguhnya anda semua membawa nama dan imej politeknik ini ke seluruh negara. Maka tonjolkan nama dan imej politeknik ini ke seluruh negara. Maka tonjolkan keterampilan diri dan daya saing yang tinggi demi meningkatkan nama keterampilan diri dan daya saing yang tinggi demi meningkatkan nama baik politeknik ini di mata rak
baik politeknik ini di mata rak yat Malaysia.yat Malaysia. Akhir
Akhir kata, kata, saya saya dan dan seluruh seluruh warga warga PTSS PTSS dengan dengan berbesar berbesar hatihati menjemput semua para graduan ke Majlis Istiadat Konvokesyen Kali menjemput semua para graduan ke Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-8 Tahun 2014 ini.
8 Tahun 2014 ini.
Selamat maju jaya. Sekian salam hormat. Selamat maju jaya. Sekian salam hormat.
Pengarah Pengarah
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
BAHAGIAN BAHAGIAN
A A
JEMPUTAN MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN JEMPUTAN MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN
OLEH TUAN PENGARAH OLEH TUAN PENGARAH
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN A
A
B
1. MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN
1.1 Majlis Istiadat Konvokesyen akan berlangsung seperti maklumat berikut :
Tarikh Sidang / Masa Graduan
18/3/2014 (Selasa)
Sidang I (8.00 pagi)
Graduan HPNM 3.50 dan keatas. Lulusan KHK serta penerima anugerah kecemerlangan. 19/3/2014 (Rabu) Sidang II (8.00 pagi) Graduan JKM, JPG, JTMK (HPNM 3.49 dan kebawah) Sidang III (2.00 petang) Graduan JKE, JPH, JRKV (HPNM 3.49 dan kebawah)
Tempat: Dewan Harumanis, PTSS
1.2 Semua graduan perlu mendaftarkan diri di Dewan Kuliah Utama (DKU) pada:
18 Mac 2013 - Sidang I (7.30 pagi ) 19 Mac 2013 - Sidang II (7.30 pagi)
- Sidang III (1.30 t/hari)
a. Graduan yang gagal m endaftar diri seperti tarikh dan masa yang ditetapkan di atas tidak akan dibenarkan menyertai Majlis Istiadat Konvokesyen.
b. Semasa majlis sedang berlangsung, graduan diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising atau keluar meninggalkan dewan.
c. Graduan dinasihatkan supaya tidak membawa barang-barang persendirian seperti beg, kamera, telefon bimbit, alat kelui (pager) atau sebagainya ke dalam dewan.
2. RAPTAI KONVOKESYEN
2.1 Raptai Konvokesyen akan diadakan secara bersama untuk kedua-dua sidang seperti maklumat berikut :
Tarikh : 17 Mac 2014
Hari : Isnin
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Harum Manis PTSS Makluman : semua graduan diwajibkan
menghadiri raptai.
2.2 Graduan diminta membawa kad pengenalan dan slip bayaran Bank Islam (M) Berhad (BIMB) (salinan pelajar) semasa pendaftaran pada hari raptai. Tanpa kad pengenalan dan slip bayaran tersebut, graduan tidak dibenarkan mendaftar untuk menyertai Majlis Istiadat Konvokesyen.
2.3 Graduan yang gagal menghadiri majlis raptai, tidak dibenarkan menyertai Majlis Istiadat Konvokesyen.
2.4 Pakaian semasa raptai mestilah kemas dan sesuai dengan majlis. Graduan lelaki hendaklah berambut pendek.
2.5 Graduan dilarang memakai seluar ’jeans’, selipar dan kemeja ’T’ yang tidak berkolar semasa raptai.
3. PENYERTAAN DAN BAYARAN
3.1 Penyertaan graduan ke Majlis Istiadat Konvokesyen ini hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Jawapan Kehadiran Konvokesyen.
3.1.1 PTSS/KONVO/B1 - AKAN HADIR 3.1.2 PTSS/KONVO/B2 - TIDAK HADIR
3.2 Borang Jawapan Kehadiran Konvokesyen hendaklah sampai kepada Urusetia Kehadiran Konvokesyen (Jabatan Hal Ehwal Pelajar) selewat-lewatnya pada 4 Mac 2014 (Selasa), jam 4.00 petang.
1 BAHAGIAN
B
PANDUAN DAN PERATURAN MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
3.3 Bayaran yang perlu dibuat oleh graduan adalah untuk pengurusan Majlis Istiadat Konvokesyen dan juga bayaran Keahlian Alumni PTSS adalah seperti berikut:
3.3.1 HADIR - RM230.00 3.3.2 TIDAK HADIR - RM 55.00
3.4 Bayaran tersebut hendaklah dibuat dengan menggunakan slip bayaran bank BIMB yang boleh diperolehi di kaunter bank BIMB. Pembayaran hendaklah dibuat atas nama:
Bayar kepada : Koperasi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Berhad Jenis Bayaran : Bayaran Hadir Konvo / Bayaran Tak Hadir Konvo No. akaun : 090100 100431 55 (BIMB)
* Setiap bayaran yang dibuat tidak akan dipulangkan.
3.5 Slip bank BIMB yang telah dibuat bayaran akan menjadi bukti pembayaran. Sila catatkan nama dan nombor matrik pelajar pada ruangan di bahagian belakang slip bank dan poskan bersama Borang Jawapan Kehadiran Konvokesyen.
3.6 Para graduan juga di minta untuk mengesahkan kehadiran secara online melalui pautan di jt mk-sabri.ptss.edu.my/konvo8. Sila pastikan anda telah membuat pembayaran sebelum mengesahkan kehadiran.
4. IBUBAPA/TETAMU
4.1 Setiap graduan akan diberi pas untuk kebenaran membawa ibubapa/tetamu masuk ke dewan. Setaip graduan dibenarkan membawa 3 orang tetamu (tidak termasuk graduan) sepanjang Majlis Istiadat Konvokesyen berlangsung. Bagaimana pun kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk.
4.2 Pakaian ibubapa/tetamu hendaklah kemas dan bersesuaian untuk majlis rasmi.
4.3 Semasa majlis sedang berlangsung, ibubapa/tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising.
4.4 Ibubapa/tetamu tidak dibenarkan masuk ke dewan untuk tujuan mengambil gambar graduan.
4.5 Graduan diminta memaklumkan perkara ini kepada ibubapa/tetamu masing-masing.
5. LALULINTAS DAN TEMPAT MELETAK KENDERAAN
5.1 Graduan dan ibubapa/waris/tetamu dinasihatkan mengikut arahan bagi melancarkan lalulintas di dalam kampus semasa menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen Kali ke 8 – Tahun 2014. 5.2 Graduan dan ibubapa/waris/tetamu hendaklah meletakkan
kenderaan di tempat letak kenderaan yang disediakan.
5.3 Sila patuhi arahan dan tunjuk arah yang diberikan oleh pihak petugas lalulintas.
6. PAKAIAN DAN RUPADIRI GRADUAN 6.1 Graduan Lelaki
a. Graduan mestilah memakai samada :
Baju Melayu cekak musang BERWARNA HITAM berbutang lengkap, bersongkok HITAM dan bersampin HITAM atau Kemeja PUTIH lengan panjang, bertali leher dan memakai kot/blazer HITAM. Graduan muslim MESTI bersongkok. b. Kasut dan stokin yang bersesuaian untuk majlis rasmi dan
BERWARNA HITAM.
c. Graduan beragama Sikh hanya dibenarkan memakai ’turban’ yang BERWARNA HITAM sahaja.
d. Graduan tidak dibenarkan memakai ’bow-tie’.
e. Graduan mestilah berambut pendek (tidak mencecah kolar baju serta tidak menutupi telinga dan dahi) dan kemas.
f. Graduan yang berambut panjang dan tidak mematuhi syarat-syarat di atas akan dilarang daripada menyertai Majlis Istiadat Konvokesyen ini.
6.2 Graduan Perempuan
6.2.1 Pakaian graduan perempuan ialah baju tradisional atau pakaian labuh yang BERWARNA CERAH. Kadar labuh ialah sehingga ke buku lali. Pakaian itu juga hendaklah berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan dan tanpa belah di bahagian kaki. Baju tersebut hendaklah yang bertutup hingga ke pangkal leher di bahagian hadapan dan belakang. (Pakaian yang berbentuk seluar adalah dilarang kecuali pakaian kebangsaan masyarakat Punjabi).
6.2.2 Pakaian dari jenis kain yang jarang (nipis) dan ketat adalah dilarang.
6.2.3 Bagi graduan muslim, kain tudung yang dipakai hendaklah BERWARNA PUTIH sahaja.
6.2.4 Kasut yang dipakai hendaklah BERWARNA HITAM yang bertutup di bahagian depan dan belakang. Kasut yang bertapak ”platform” atau berladam logam yang berbunyi bising adalah dilarang.
6.2.5 Graduan yang tidak mematuhi syarat-syarat ini akan dilarang daripada menyertai Majlis Istiadat Konvokesyen.
Nota: sebarang pertanyaan berkaitan peraturan di atas bolehlah menghubungi urusetia kehadiran di talian 04-988 6204 / 6206.
7. JUBAH GRADUAN 7.1 Pengambilan Jubah
JADUAL PENGAMBILAN JUBAH
TARIKH Masa TEMPAT
17 Mac 2014 (Isnin)
9.00 pg – 11.30pg Di jabatan masing-masing (JKM / JKE / JPG / JPH / JTMK / JRKV)
a. Jubah boleh diambil dengan mengemukakan Slip Bayaran BIMB (salinan pelajar) seperti maklumat dalam Jadual Pengambilan Jubah diatas.
b. Graduan yang tidak sempat mengambil jubah seperti dalam jadual tersebut masih boleh berbuat demikian selepas selesai majlis raptai sehingga jam 5.00 petang di pejabat HEP.
c. Sebarang pengubahsuaian pada jubah tidak dibenarkan. 7.2 Pemulangan Jubah
a. Jubah perlu dipulangkan selepas Majlis Istiadat Konvokesyen tamat di Bilik Kuliah BK1-1.1 hingga BK1-1.6 atau selewat-lewatnya 2 hari dari tarikh konvokesyen di Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP).
b. Kelewatan pemulangan jubah akan dikenakan denda sebanyak RM5.00 sehari.
c. Borang Pengesahan Pemulangan Jubah akan menjadi bukti untuk graduan membuat tuntutan sijil konvokesyen masing-masing di Kaunter Pengambilan Sijil.
d. Jubah yang rosak atau hilang akan dikenakan denda sebanyak RM150.00.
8. PENGAMBILAN SIJIL
8.1 Para graduan boleh mengambil sijil masing-masing daripada Unit Peperiksaan di kaunter pengambilan sijil selepas Majlis Istiadat Konvokesyen tamat di bilik BK1-2.9 (JPG/JKM), BK1-2.10 (JKE/JRKV), BK1-2.11 (JPH/JTMK).
8.2 Graduan PERLU memulangkan jubah konvokesyen terlebih dahulu dan mengemukakan Borang Pengesahan Pemulangan Jubah sebagai bukti semasa menuntut sijil.
8.3 Graduan yang tidak menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen boleh menghubungi Unit Peperiksaan Politeknik (UPEP) pada waktu pejabat mulai seminggu selepas tamat Majlis Istiadat Konvokesyen untuk menuntut sijil masing-masing. UPEP boleh
dihubungi melalui talian 04-988 6386 / 6388. Sijil yang tidak dituntut akan disimpan oleh pihak Politeknik.
9. GAMBAR KONVOKESYEN
9.1 Gambar konvokesyen graduan akan diuruskan oleh pihak politeknik. Maklumat berkaitan dengannya akan diberi semasa Taklimat Raptai Konvokesyen.
9.2 Gambar konvokesyen akan diposkan kepada graduan selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh k onvokesyen diadakan.
10. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN POLITEKNIK KPT 2014 (TRACER STUDY)
10.1 Kajian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai graduan bagi membolehkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) meningkatkan lagi kualiti kursus dan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak politeknik.
10.2 Graduan diwajibkan menjawab soalan kajiselidik ini secara talian (online) di laman web : http://graduat.mohe.gov.my/. Maklumat lanjut disertakan di lampiran.
10.3 Graduan dikehendaki mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah pada hari raptai konvokesyen.
10.4 Kerjasama graduan amatlah diharapkan bagi melicinkan lagi Majlis Istiadat Konvokesyen PTSS.
11. PERSATUAN ALUMNI PTSS
11.1 Persatuan Alumni PTSS secara rasminya telah ditubuhkan pada 6 Jun 2012. Tujuan utama persatuan ini ditubuhkan bertujuan untuk menjalinkan perhubungan berterusan dalam bentuk sosial dan profesional di antara pihak PTSS dengan para graduan. 11.2 Borang Pendaftaran Keahlian Persatuan Alumni PTSS diposkan
kepada graduan bersama-sama jemputan menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen ini.
11.3 Borang yang telah lengkap diisi beserta gambar (saiz pasport) perlu dikembalikan oleh graduan bersama-sama borang jawapan kehadiran ke konvokesyen tersebut
12. CENDERAHATI PLAK KONVOKESYEN (PILIHAN)
12.1 Pihak Koperasi Politeknik menawarkan cenderahati plak konvokesyen kepada graduan sebagai tanda kenangan sempena Majlis Istiadat Konvokesyen ini. Ianya berupa plak replika sijil konvokesyen. Harga plak seunit adalah RM75.00. 12.2 Graduan yang berminat membuat tempahan bolehlah mengisi Borang Tempahan Plak Konvokesyen yang disertakan. Bayaran tempahan perlu dibuat secara penuh di BIMB atas nama berikut:
Bayar kepada : Koperasi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Bhd Jenis Bayaran : Bayaran Plak Konvo
No. akaun : 090100 100600 35 (BIMB)
12.3 Sila kembalikan Borang Tempahan Cenderahati Plak Konvokesyen beserta slip bayaran BIMB Bank (salinan koperasi) untuk tempahan plak bersama-sama Borang Jawapan Kehadiran Konvokesyen (Hadir/Tidak Hadir) mengikut tarikh akhir jawapan kehadiran ke konvokesyen.
13. PESTA KONVOKESYEN 2014
13.1 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) akan mengadakan Pesta Konvokesyen 2014. Pelbagai aktiviti yang dirancang untuk diadakan adalah seperti:
i. Pameran Akademik / Jabatan
ii. Pameran Agensi Kerajaan / Agensi Pekerjaan iii. Lawatan sambil belajar (pelajar sekolah) iv. Gerai Jualan (makanan/cenderhati dll)
v. Aktiviti Persembahan / pertandingan
13.2 Semua orang dijemput hadir bagi memeriahkan Pesta Konvokesyen 2014. Sila rujuk laman web PTSS untuk maklumat-maklumat terkini Pesta Konvokesyen 2014.
14. MAKLUMAT PENGINAPAN
Graduan dan ibubapa/tetamu yang memerlukan penginapan untuk menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen ini perlu menguruskannya sendiri perkara tersebut. Walau bagaimanapun, disenaraikan nama hotel dan nombor telefon bagi membantu graduan merancang penginapan masing-masing.
o Hotel Pauh Inn-ETC, PTSS : 04-988 6200 o Hotel Metro-Inn, Arau : 04-986 6555 o Hotel Putra Palace, Kangar : 04-976 7755 o Hotel Seri Malaysia, Kangar : 04-977 1777 o Hotel Malaysia, Kangar : 04-976 1366 o Hotel Federal, Kangar : 04-976 6288 o Hotel Kayangan Inn, Kangar : 04-976 8121 o Hotel Sri Garden, Kangar : 04-977 3188 o Hotel Darul Farah, Kangar : 04-976 3903 o Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis : 04-985 5900
o Hotel EDC, UUM : 04-928 8888
o Hotel T, Changlun : 04-924 8888 o Hotel Changlun Inn, Changlun : 019-4084988 15. KUASA POLITEKNIK
15.1 Graduan yang masih belum menjelaskan apa-apa hutang dengan politeknik atau belum memulangkan buku perpustakaan atau barang-barang lain yang dipinjam dari mana-mana jabatan/unit di politeknik, diingatkan supaya menyelesaikan urusan tersebut dengan pihak yang berkenaan dengan segera. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan sijil dan transkrip anda ditahan. Sekiranya bayaran atau penyerahan sudah dibuat, sila bawa resit bayaran atau bukti penyerahan.
15.2 Graduan yang tidak mematuhi syarat dan peraturan seperti yang dinyatakan di dalam buku ini boleh dilarang daripada menyertai Majlis Istiadat Konvokesyen ini.
TALIAN URUSETIA MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN Graduan boleh menghubungi talian urusetia berikut jika
memerlukan sebarang maklumat lanjut.
Talian Am 04-988 6200
Kehadiran & Jubah 04-988 6204/6206/6207 Pengambilan Sijil 04-988 6386/6388/1030 Gambar Konvokesyen 04-988 1222
Alumni & Tracer Study 04-988 6276/6202
Gerai & Pameran 04-988 6283 (O) / 017-9857391 (HP)
TARIKH-TARIKH PENTING 4 Mac 2014
(Selasa)
Tarikh Akhir Menjawab Status
Kehadiran (Samada Hadir/Tidak Hadir) 17 Mac 2014
(Isnin)
Pengambilan Jubah oleh Graduan Hari Raptai Majlis Istiadat Konvokesyen 18 – 19 Mac 2014
(Selasa & Rabu)
Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-8 Berlangsung