• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU PANDUAN GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "BUKU PANDUAN GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

1

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

BUKU PANDUAN GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Disediakan oleh

MUHAMAD NASIR BIN ZAIN

KJHEPP POLIMAS

(2)

2

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

1. ISTIADAT KONVOKESYEN

1.1 Istiadat Konvokesyen ke-34 akan berlangsung di Dewan Sri Mas POLIMAS, Jitra pada 25 – 29 September 2022.

1.2 Graduan yang terlibat dalam Istiadat konvokesyen adalah seperti di dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Jadual Istiadat Konvokesyen dan Raptai

TARIKH KONVO MASA GRADUAN

TERLIBAT RAPTAI KONVO

25 September 2022 (Ahad)

7.45 pagi – 1.00 ptg.

Sidang 1 Graduan Cemerlang

24 September 2022 (Sabtu)

8.30 pagi

26 September 2022 (Isnin)

Sidang 2 A. Jabatan

Kejuruteraan Mekanikal B. Jabatan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

25 September 2022 (Ahad)

2.30 ptg.

27 September 2022 (Selasa)

Sidang 3 Jabatan Kejuruteraan Awam

26 September 2022 (Isnin)

2.30 ptg.

(3)

3

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

28 September 2022 (Rabu)

Sidang 4 Jabatan Kejuruteraan

Elektrik

27 September 2022 (Selasa)

2.30 ptg.

29 September 2022 (Khamis)

Sidang 5 Jabatan Perdagangan

28 September 2022 (Rabu)

2.30 ptg.

1.3 Semua graduan perlu mendaftarkan diri pada waktu yang telah ditetapkan dalam Jadual 1 di Dewan Kuliah 1 (DK1), POLIMAS mengikut jabatan masing-masing sebelum bermulanya Istiadat konvokesyen.

1.4 Bagi konvo Sidang 1 (Graduan Cemerlang – graduan terbaik yang dipilih dari keseluruhan lulusan di peringkat setiap jabatan akademik)

1.5 Graduan yang gagal mendaftarkan diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan seperti di atas tidak akan dibenarkan menyertai istiadat konvokesyen.

1.6 Graduan yang telah mendaftar dikehendaki berbaris mengikut jabatan dan kursus masing-masing seperti yang diarahkan pegawai.

1.7 Semasa istiadat konvokesyen sedang berlangsung, graduan diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising atau keluar meninggalkan dewan.

(4)

4

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

1.8 Graduan dinasihatkan supaya tidak membawa barang-barang persendirian seperti beg, kamera, telefon bimbit, alat kelui (pager) dan seumpamanya ke dalam dewan.

2. RAPTAI KONVOKESYEN

2.1 Semua graduan perlu mendaftarkan diri di Dewan Kuliah 1 (DK1), POLIMAS mengikut jabatan masing-masing sebelum bermulanya raptai.

2.2 Jadual raptai konvokesyen untuk semua sidang, sila rujuk pada Jadual 1.

2.3 Graduan yang GAGAL menghadiri majlis raptai, TIDAK DIBENARKAN menyertai istiadat konvokesyen.

2.4 Pakaian graduan perlu kemas dan sesuai dengan majlis raptai.

Graduan lelaki hendaklah berambut pendek.

2.5 Graduan DILARANG memakai seluar jeans, selipar dan “T- Shirt” berkolar bulat semasa raptai.

3. PENYERTAAN & BAYARAN

3.1 Penyertaan dan urusan pendaftaran graduan ke istiadat konvokesyen ini perlu dibuat secara dalam talian.

(5)

5

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

3.2 Bayaran konvokesyen ke-34 adalah seperti berikut:

3.2.1 RM 230.00 (Graduan yang hadir konvokesyen) 3.2.2 RM 170.00 (Graduan yang tidak hadir konvokesyen)

3.2.3 RM 200.00 (Graduan sesi Jun 2019, Disember 2019 dan Jun 2020 yang telah mengambil sijil Diploma dan akan hadir konvokesyen)

3.3 Bayaran penyertaan hanya boleh dilakukan secara atas talian (on-line) melalui laman sesawang konvokesyen POLIMAS, www.polimas.edu.my/konvo bermula 20 Julai 2022 hingga 10 September 2022.

3.4 Sila bawa kad pengenalan dan resit pembayaran sebagai bukti semasa pengambilan jubah.

4. WARIS GRADUAN

4.1 Waris Sidang 1 diperuntukkan DUA (2) tempat duduk di dalam dewan.

4.2 Waris Sidang 2, 3, 4 dan 5 boleh mengikuti liputan secara langsung istiadat konvokesyen di Dewan Kuliah 1, 2 dan 3.

4.3 Waris hendaklah berpakaian kemas dan sopan bersesuaian dengan majlis rasmi, terutama bagi yang hadir dalam sidang 1 bersama Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah.

(6)

6

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

4.4 Semasa majlis sedang berlangsung, waris diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising.

4.5 Waris tidak dibenarkan mengambil gambar graduan semasa majlis sedang berlangsung.

4.6 Graduan diminta memaklumkan semua peraturan yang berkaitan kepada waris.

MAKLUMAT PENTING

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun DILARANG MASUK ke dalam Dewan semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.

5. PAS KENDERAAN & TEMPAT LETAK KENDERAAN

5.1 Semasa pengambilan jubah, setiap graduan akan diberikan pas kenderaan untuk dipamerkan pada cermin hadapan kenderaan semasa memasuki pintu utama POLIMAS.

5.2 Hanya kenderaan yang mempunyai pas kenderaan saja dibenarkan masuk.

5.3 Graduan dan waris hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang ditunjukkan oleh pengawal lalulintas yang bertugas.

5.4 Sila patuhi arahan/tunjuk arah yang diberikan oleh pengawal lalulintas.

(7)

7

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

5.5 Pakaian Graduan Lelaki

5.5.1 Rupa diri, pakaian dan rambut graduan lelaki adalah seperti dalam Gambar 1 di bawah.

Gambar 1: Rupa diri, pakaian dan rambut graduan lelaki

5.5.2 Graduan dimestikan memakai sama ada:

5.5.2.1 Baju Melayu berbutang lengkap, dan bersampin ATAU

5.5.2.2 ‘Lounge Suit’ berwarna gelap dan bertali leher. Graduan boleh memilih warna baju sendiri mengikut kesesuaian dan keselesaan.

5.5.3 Kasut kulit dan stokin yang bersesuaian untuk majlis rasmi dan berwarna gelap.

5.5.4 Graduan perlu berambut pendek dan kemas (tidak mencecah kolar baju serta tidak menutupi telinga dan dahi)

(8)

8

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

5.6 Pakaian Graduan Wanita

5.6.1 Pakaian graduan wanita ialah baju tradisional atau pakaian labuh yang bersopan dan berwarna cerah. Pakaian yang berbentuk seluar adalah dilarang KECUALI pakaian kebangsaan masyarakat Punjabi.

5.6.2 Graduan muslim dikehendaki memakai tudung berwarna cerah.

5.6.3 Graduan perlu memakai kasut yang bertutup di bahagian depan dan belakang.

Gambar 2 : Rupa diri, pakaian dan rambut graduan wanita

(9)

9

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

6. JUBAH

6.1 Pengambilan Jubah

6.1.1 Jubah boleh diambil di lokasi Pengambilan Jubah sebagaimana Jadual 2 di bawah mengikut masa yang ditetapkan, dengan mengemukakan borang Akuan Pinjaman / Pemulangan Jubah (Borang E)* , resit pembayaran konvokesyen dan slip Pengesahan Kaji Selidik Graduan (wajib).

Jadual 2 : Lokasi Pengambilan Jubah

TARIKH/HARI SIDANG JABATAN / MASA

TEMPAT PENGAMBILAN

JUBAH

24 September 2022

(Sabtu) Sidang 1

SEMUA JABATAN BAGI GRADUAN

TERPILIH / 2.30 ptg – 5.00 ptg

Bilik Kuliah(BK)

BK 3 - JP BK 4 - JTMK BK 9 - JKA BK 6 - JKM BK 7 - JKE

25 September 2022

(Ahad) Sidang 2 (JKM dan JTMK) 3.30 ptg – 6.00 ptg

26 September 2022

(Isnin) Sidang 3 (JKA)

3.30 ptg – 6.00 ptg

27 September 2022

(Selasa) Sidang 4 (JKE)

3.30 ptg – 6.00 ptg

(10)

10

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

28 September 2022

(Rabu) Sidang 5 (JP)

3.30 ptg – 6.00 ptg

6.1.2 Borang pengambilan jubah boleh dicetak sendiri oleh graduan.

6.1.3 Sebarang pengubahsuaian pada jubah adalah dilarang.

6.1.4 Sekiranya jubah ingin diseterika, sila pastikan laras suhunya adalah pada petunjuk “silk” atau yang lebih rendah untuk mengelakkan kerosakan jubah.

6.2 Pemulangan Jubah

6.2.1 Jubah perlu dipulangkan di Lokasi Pemulangan Jubah mengikut masa seperti Jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Lokasi Pemulangan Jubah

TARIKH/HARI SIDANG JABATAN / MASA

TEMPAT PEMULANGAN

JUBAH 25 September 2022

(Ahad) Sidang 1 2.00 ptg – 6.00 ptg Bilik Kuliah(BK) BK 3 – JP BK 4 - JTMK 26 September 2022

(Isnin) Sidang 2 (JKM dan JTMK) 2.00 ptg – 6.00 ptg

(11)

11

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

27 September 2022

(Selasa) Sidang 3 (JKA)

2.00 ptg – 6.00 ptg

BK 9 – JKA BK 6 – JKM BK 7 - JKE 28 September 2022

(Rabu) Sidang 4 (JKE)

2.00 ptg – 6.00 ptg

29 September 2022

(Khamis) Sidang 5 (JP)

2.00 ptg – 6.00 ptg

6.2.2 Jubah yang dipulangkan selain dari masa yang ditetapkan, perlu diserahkan di Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) dan dikenakan denda lewat sebanyak RM50.00/hari.

6.2.3 Keratan Borang E – Akuan Pinjaman / Pengesahan Pemulangan Jubah akan menjadi syarat untuk graduan membuat tuntutan sijil Diploma di Unit Peperiksaan POLIMAS.

6.3 Kehilangan Atau Kerosakan Jubah

6.3.1 Jubah yang rosak atau hilang akan dikenakan denda/gantirugi sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja).

6.3.2 Mortar board yang rosak atau hilang akan dikenakan denda/gantirugi sebanyak RM50 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja)

(12)

12

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

7. PENGAMBILAN SIJIL DIPLOMA

7.1 Para graduan boleh mengambil sijil Diploma di Unit Peperiksaan mengikut jadual jabatan masing-masing seperti jadual berikut:

Jadual 4: Jadual Pengambilan sijil Diploma

GRADUAN TARIKH MASA TEMPAT

Sidang 1 25 September 2022

(Ahad) 2.00 ptg – 6.00 ptg

Unit Peperiksaan Aras 1 dan 2 Sidang 2 26 September 2022

(Isnin) 2.00 ptg – 6.00 ptg

Sidang 3 27 September 2022

(Selasa) 2.00 ptg – 6.00 ptg

Sidang 4 28 September 2022

(Rabu) 2.00 ptg – 6.00 ptg

Sidang 5 29 September 2022

(Khamis) 2.00 ptg – 6.00 ptg

7.2 Graduan hendaklah memulangkan jubah konvokesyen terlebih dahulu dan mengemukakan Pengesahan Pemulangan Jubah sebagai bukti semasa menuntut sijil Diploma.

(13)

13

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

7.3 Graduan yang tidak menghadiri Istiadat konvokesyen boleh menuntut sijil Diploma tersebut di Unit Peperiksaan POLIMAS dengan mengemukakan slip pembayaran.

7.4 Graduan yang ingin mewakilkan orang lain mengambil sijil Diploma bagi pihaknya, perlu kemukakan surat kebenaran tuntutan bagi pihak graduan beserta sesalinan Kad Pengenalan graduan.

7.5 Sijil Diploma yang tidak dituntut akan terus disimpan di Unit Peperiksaan POLIMAS.

8. GAMBAR DAN CENDERAHATI KONVOKESYEN

8.1 Semasa istiadat konvokesyen sedang berlangsung, aktiviti mengambil gambar DILARANG sama sekali.

8.2 Semua graduan dan waris adalah dilarang sama sekali mengambil gambar Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah.

8.3 Pihak POLIMAS akan menyediakan kemudahan mengambil gambar graduan semasa istiadat konvokesyen berlangsung.

8.4 Borang tempahan gambar akan diedarkan pada masa majlis raptai. Ia perlu diisi dengan lengkap dan dikembalikan kepada Syarikat Fotografi yang dilantik.

8.5 Syarikat Fotografi yang dilantik juga ada menyediakan perkhidmatan studio luar kepada para graduan dan waris yang beroperasi di Tapak Konvokesyen.

(14)

14

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

9. E-BORANG KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN POLITEKNIK 2022/ BILIK PENGAMBILAN KAD RFID/BILIK ALUMNI

9.1 Bagi graduan Sesi Disember 2020 dan Sesi 1 2021/2022 dikehendaki menjawab soal selidik dengan mengakses borang kaji selidik pengesanan graduan di makmal komputer yang disediakan sebelum mengambil jubah. Manakala Sesi Jun 2019, Disember 2019 dan Jun 2020 boleh terus ke bilik pengambilan jubah yang telah ditetapkan.

(ANDA perlu ke Bilik Kuliah 10 dahulu untuk mengetahui makmal komputer yang akan digunakan )

9.2 Jubah tidak akan diberi sekiranya anda BELUM menjawab borang kaji selidik pengesanan graduan.

9.3 Semua graduan dikehendaki mengambil Kad RFID / BARCODE di Bilik Kuliah 11.

9.4 Berikut disertakan Jadual 5: Jadual Buka Kaunter Kad RFID / BARCODE di Bilik Kuliah 11.

Jadual 5: Jadual Buka Kaunter RFID / BARCODE di Bilik Kuliah 11

GRADUAN TARIKH MASA TEMPAT

Sidang 1 (Graduan Cemerlang)

24 September 2022

(Sabtu) 2.15 PTG – 5.00 PTG.

(15)

15

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Sidang 2 (JKM &

JTMK)

25 September 2022 (Ahad)

7.50 PAGI – 9.00 PAGI

&

3.00 PTG - 5.30 PTG

BK 11 Sidang 3

(JKA)

26 September 2022 (Isnin)

7.50 PAGI – 9.00 PAGI

&

3.00 PTG - 5.30 PTG

Sidang 4 (JKE)

27 September 2022 (Selasa)

7.50 PAGI – 9.00 PAGI

&

3.00 PTG - 5.30 PTG

Sidang 5 (JP)

28 September 2022 (Rabu)

7.50 PAGI – 9.00 PAGI

&

3.00 PTG - 5.30 PTG

9.5 Graduan perlu ambil kad RFID/BARCODE mengikut jadual diberi.

9.6 Graduan MESTI bawa kad RFID/BARCODE semasa Majlis Istiadat Konvokesyen berlangsung.

9.7 kad RFID / BARCODE perlu diserahkan semula kepada petugas semasa beratur untuk naik ke pentas menerima scroll (di luar dewan).

9.8 Graduan dilarang bertukar orang semasa beratur di luar dan ikut arahan petugas agar majlis berjalan lancar

(16)

16

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

10. PERINGATAN TAMBAHAN

10.1 Semua graduan hendaklah membawa kad RFID masing- masing semasa istiadat konvokesyen.

10.2 Graduan DIWAJIBKAN untuk memakai pelitup muka sepanjang majlis berlangsung.

10.3 Jika ada graduan yang masih belum menjelaskan hutang dengan POLIMAS, belum memulangkan pinjaman buku perpustakaan atau sebarang peralatan lain dari POLIMAS, diingatkan supaya menyelesaikan urusan dengan pihak yang berkenaan dengan segera.

10.4 Jika bayaran atau penyerahan barangan pinjaman pernah dibuat, sila bawa resit bayaran atau bukti penyerahan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan sijil Diploma ditahan.

10.5 Bagi graduan yang sedang bekerja dan memerlukan surat pengesahan hadir konvo untuk pelepasan kerja, sila isi dan cetak surat tersebut melalui menu Cetak Surat Pelepasan di dalam laman web konvokesyen : https://www.polimas.edu.my/konvo.

(17)

17

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

10.6 Sebarang pertanyaan berkaitan Istiadat Konvokesyen POLIMAS ke 34 boleh dirujuk dengan menghubungi talian berikut:

i. Pengarah Konvokesyen :

Encik Ahmad Walid bin Md Yusuf (012-5349261)

ii. Pembayaran dan pendaftaran on-line:

Puan Nuramin binti Ramly (019-4573054)

iii. Jubah Graduan :

Tn. Hj. Muhamad Nasir bin Zain (019-4419499) Ustaz Md Hilmy bin Sulaiman (013-4970120)

iv. Senarai graduan dan pengambilan Sijil Diploma:

Encik Faidzuli bin Ismail (019-4810076)

v. Pengesanan Graduan & Alumni:

Puan Norasmah bt Saad (012-4569823) Pn Sharita binti Abd Ghoni (017-5847406) En Zamry bin Ahmad Mokhtar (013-4535050) vi. Kad RFID:

Tn. Hj. Abdul Aziz bin Ab Nasir (019-4166245)

(18)

18

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-34 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

SELAMAT

BERKONVOKESYEN

Referensi

Dokumen terkait

Ini penting bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan. Dalam pemerhatian pengkaji, kebanyakan pensyarah politeknik tidak menggunakan kaedah

memberi kerjasama dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengatasi isu yang dikemukakan. Jika anda tidak dapat menghadiri sesi, sila maklum kepada saya

Kini peranan kepimpinan JKKK semakin luas bukan sekadar memastikan keselamatan dan kemajuan kampung, tetapi menjadi organisasi yang bertanggungjawab memastikan

Atas dasar itu, satu jawatankuasa telah dibentuk yang diketuai oleh Bahagian Pembangunan Pelajar (BPPel), Jabatan Pendidikan Politeknik untuk membangunkan Buku Panduan