• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- 62 SESI 1 29 APRIL 2019 (ISNIN) DEWAN SULTAN ISKANDAR, UTM JOHOR BAHRU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- 62 SESI 1 29 APRIL 2019 (ISNIN) DEWAN SULTAN ISKANDAR, UTM JOHOR BAHRU"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- 62

SESI 1

29 APRIL 2019 (ISNIN)

DEWAN SULTAN ISKANDAR, UTM JOHOR BAHRU

ﻢﯿﺣﺮﻟا ﻦﻤﺣﺮﻟا ﷲا ﻢﺴﺑ ﻪﺗﺎﻛﺮﺑو ﷲا ﺔﻤﺣرو ﻢﻜﯿﻠﻋ مﻼﺴﻟا

Salam Sejahtera and A Very Good Morning ﻦﯿﻤﻟﺎﻌﻟا بر ﷲ ﺪﻤﺤﻟا

ﻲﻠﺳﺮﻤﻟاو ءﺎﯿﺒﻧﻷا فﺮﺷأ ﻰﻠﻋ مﻼﺴﻟاو ةﻼﺼﻟاو ﻦﯿﻌﻤﺟأ ﻪﺒﺤﺻو ﻪﻟآ ﻰﻠﻋو.

▸ Baca selengkapnya: teks mc majlis konvokesyen prasekolah

(2)

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, Canselor UTM.

Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon Diampun, Patik dan seluruh warga UTM merafak sembah,

Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berangkat ke Majlis Konvokesyen UTM kali ke-62, seterusnya mengurniakan ijazah dan pelbagai anugerah kepada graduan pada pagi ini.

Ampun Tuanku,

Izinkan patik berucap kepada sidang hadirin.

Yang Amat Berhormat Dato’ Dr. Sahruddin Jamal Menteri Besar Johor dan Yang Dihormati Datin,

Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri Pro Canselor dan Puan Sri,

Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Puan Sri,

Yang Berbahagia Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib-Naib Canselor dan wakil Naib Canselor Universiti Awam,

Yang turut diraikan ketiga-tiga bakal penerima Gelaran Profesor Emeritus, Pegawai Kanan Universiti, Datuk-datuk, Datin-datin, dif-dif jemputan, ahli Senat, para profesor dan pensyarah, para graduan, ibu bapa dan keluarga graduan dan sidang hadirin sekalian.

(3)

1. Marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala atas rahmat dan izin-Nya jua, kita semua dapat bersama dalam Majlis Konvokesyen UTM kali ke-62 ini. Suatu majlis yang semestinya amat dinantikan dan menjadi satu catatan sejarah khususnya kepada para graduan, ibu bapa, dan keluarga. Kami seluruh warga UTM turut juga berkongsi kegembiraan ini, melihat anak didik kami berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya dan bakal memulakan langkah mengharungi kehidupan dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.

Para Graduan, Ibubapa dan Sidang hadirin sekalian,

2. Pada Majlis Konvokesyen UTM kali ini, seramai ​1,757 ​orang graduan akan menerima pelbagai anugerah dan perinciannya seperti tertera di skrin dan buletin konvokesyen.

3. Sebagai makluman, sehingga Konvokesyen ke-62 ini, UTM telah melahirkan seramai ​194,203 ​graduan dengan ​7,915 adalah graduan antarabangsa daripada ​lebih 75 ​buah negara.

4. Pada Majlis Konvokesyen kali ini, Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr. Mohd Azraai bin Kassim, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus atas sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di UTM. Tahniah diucapkan kepada Prof Ir. Dr. Mohd Azraai atas pelantikan sebagai Naib Canselor UiTM yang ke-5 baru-baru ini. Satu lagi pencapaian UTM yang sangat kita banggakan. Universiti juga akan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abdul Majid A. Kadir dan Yang Berusaha Dr Noor Sharipah Binti

(4)

Sultan Sidi, kedua-duanya merupakan mantan profesor di Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM.

Para Graduan sekalian,

5. Tentunya saudara/i sedar ketika saudara/i bersusah payah berjuang mendapatkan segulung ijazah yang bakal diterima sebentar lagi, saudara/i bukan keseorangan. Sudah pasti doa, dorongan dan pengorbanan ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan dan para pensyarah dan warga UTM seluruhnya adalah antara penyumbang kepada kejayaan anda. Maka, saya ingin mengajak para graduan untuk bangun [**graduan bangun] …. dan lihatlah wajah ibu dan ayah, keluarga, serta para pensyarah, kepada mereka dan kepada diri anda, mari sama-sama kita melahirkan rasa kegembiraan dan tanda syukur dengan memberi tepukan paling gemuruh!... Terima kasih semua!

Para Graduan Sekalian,

6. Ilmu yang anda miliki adalah satu amanah bagi membina kesejahteraan sejagat sebagaimana dinyatakan dengan jelas dalam misi dan visi UTM. Saudara/i harus faham setinggi mana pun ilmu, tetapi sekiranya disalah guna sehingga membawa kerosakkan kepada masyarakat itu adalah satu pengkhianatan. Namun saya yakin sebagai graduan UTM, dengan segala proses pembelajaran yang dilalui, termasuk pengalaman kampus transformatif yang disusun rapi, anda telah ditanam dengan nilai-nilai murni yang selari dengan 4 nilai teras UTM iaitu Integriti, Sinergi, Cemerlang dan

(5)

Lestari. Nilai murni ini seharusnya terrpahat di dalam minda dan dihayati bagi membentuk keperibadian yang mulia dalam memimpin masyarakat dan inilah DNA UTM yang menjadi kebanggaan kita bersama.

Para Graduan sekalian​,

7. Saudara/i sudah tentu amat maklum kemelut politik dan ekonomi yang sedang berlaku, kebejatan sosial dan gangguan kepada kelestarian alam sekitar, sama ada diperingkat nasional mahu pun global. Keadaan ini cukup meresahkan dan menjadi salah satu cabaran besar yang perlu kita hadapi bersama. Kita tidak boleh bersikap mementingkan diri dengan membiarkan keadaan ini tanpa ada sedikit pun rasa tanggungjawab membetulkannya. Atau mengharapkan orang lain yang bertindak. Atau lebih buruk jika kita juga terjebak memburukkan keadaan. Jika demikian sikap kita, lambat laun, jika tidak kita, anak cucu kita akan terkesan dengan tragedi ini.

8. Justeru saya menyeru para graduan di dalam dewan ini marilah sama-sama kita mengambil tanggungjawab ini, memimpin masyarakat membuat perubahan ke arah kebaikan. Walau sekecil mana pun peranan yang kita mainkan, saya yakin itu merupakan satu bentuk sumbangan berharga kepada masyarakat sejagat.

Para Graduan sekalian,

9. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi satu formula yang boleh menjadi panduan kita dalam mengharungi kehidupan. Saya namakan formula ringkas ini 4S.

(6)

10.S pertama – ​Sense of mission​. Misi hidup yang jelas, berdasarkan nilai yang murni dan luhur, akan menjadi kompas kehidupan. Dari sinilah akan terbentuk kekuatan dalaman dan tidak mudah tergugat atau terasa lemah dengan apa jua cabaran. Saya yakin misi kita bukanlah setakat berfikir dan berusaha untuk kejayaan diri sendiri dan ahli keluarga. Jadi fikirlah dengan mendalam apa misi hidup anda?.

11.S kedua – ​Struggle atau perjuangan. Misi hidup yang perlu di capai adalah satu perjuangan. Justeru janganlah ada perasaan takut atau lemah apabila berdepan dengan cabaran, kerana ianya adalah asam garam hidup. Peribahasa ada menyebut, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Malah kita harus selalu bertanya sekiranya segalanya datang dengan mudah, mungkin di sana ada sesuatu yang tidak kena.

12.S ketiga – ​Sacrifice atau pengorbanan. Bukanlah satu perjuangan jika tidak ada pengorbanan. Bersedia berkorban merupakan salah satu dari kekuatan yang perlu ada dalam mencapai misi kehidupan. Antara bentuk pengorbanan adalah mengutamakan orang lain, tidak bertanya apa yang kita dapat, malah berkorban demi kebahagian orang lain.

13.S keempat – ​Sincerity atau keikhlasan. Keikhlasan akan menjadi penawar kepada kesakitan dalam perjuangan. Dari rasa ikhlas akan lahir sifat tabah, sabar, penuh berintegriti dan bersedia berkorban demi mencapai misi kehidupan.

Para graduan, ibu bapa dan hadirin sekalian,

14.UTM sentiasa berusaha memastikan peningkatan reputasinya sebagai salah satu institusi pengajian tinggi terbaik diperingkat global. Kita juga berusaha menawarkan sesuatu yang unik kepada pelajar, industri dan pemegang

(7)

taruh yang lain. Kita yakin dengan pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan kita mampu melahirkan graduan yang berupaya berdepan dengan cabaran industri 4.0, antaranya berminda usahawan, inovatif, dan diperkasakan dengan nilai kemanusiaan yang holistik.

15.Kita sentiasa peka dengan pencapaian UTM. Plan Global UTM yang meletakkan sasaran pencapaian UTM pada tahun 2020 telah menampakkan hasilnya.

16.Pencapaian paling baharu yang sangat membanggakan kami ialah siswa UTM, Saudara Mohd Syafiq Rahmat telah dinobatkan sebagai Tokoh Siswa Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau terpilih dari ratusan ribu siswa/siswa seluruh negara.

17.QS World University Rankings di bawah kategori bidang subjek Kejuruteraan dan Teknologi, telah meletakkan UTM pada kedudukan 100 terbaik dunia bagi 4 displin pengajian, iaitu Arkitek dan Alam Bina, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Awam dan Struktur, serta Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik. Selain itu, UTM berada pada kedudukan ke-18 dalam dunia, mengikut Penarafan QS bagi universiti di bawah usia 50 tahun. Kecemerlangan ini adalah berkat kerja keras, pengorbanan dan keihklasan seluruh warga UTM. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh warga UTM, dan juga kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan UTM.

18.Insha-Allah dengan kefahaman mendalam terhadap visi dan misi UTM, serta keikhlasan setulusnya melaksanakan amanah ini, dan semangat membujur lalu, melintang patah, saya yakin tiada gunung yang tidak mampu kita

(8)

takluki, tiada lurah yang tidak mampu kita turuni dan tiada lautan yang tidak mampu kita renangi.

Para Graduan sekalian,

19.Anda kini adalah alumni UTM. Justeru, kami amat berbangga, berbesar hati dan mengalu-alukan para graduan sekalian untuk mencurahkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran bagi meneruskan kegemilangan UTM.

20.Sesungguhnya, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Jika semalam anda dibantu, esok anda perlu membantu. Anda tahu bagaimana gembiranya hati apabila dibantu oleh mereka yang mampu. Jadi, suatu waktu nanti anda akan mengalami satu kepuasan yang sukar digambarkan apabila anda mampu membantu dan menggembirakan orang lain.

21.Justeru kami mengalu-alukan sumbangan anda dalam pelbagai bentuk termasuklah ke Tabung Endowmen, Tabung Dana Wakaf Pendidikan, dan Tabung Because We Care Chancellor Fund, untuk dimanfaatkan kepada mahasiswa yang memerlukan. ​Sebagai makluman, sehingga kini UTM telah menerima sumbangan lebih RM 3.2 juta daripada para alumni UTM daripada jumlah keseluruhan Endowmen yang berjumlah lebih RM94 juta. Melalui Endowmen ini, sebanyak RM19.6 juta telah dimanfaatkan kepada 630 orang siswa/siswi dalam bentuk pemberian biasiswa sejak 2011. Daripada jumlah tersebut 294 graduan telah berjaya menamatkan pengajian.

(9)

Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti

Pinjaman PTPTN jangan lupa dibayar Tabung UTM juga sentiasa ada untuk diisi

Para Graduan dan Alumni UTM sekalian​, Taburkan bakti ke seluruh alam Serlahkan bakat usah dipendam hari ini dikau pergi

Alumni UTM yang perkasa

Bertebaran berjasa di merata dunia Andai esok terkenang UTM di sanubari Taman ilmu yang dicintai

UTM sentiasa dengan tangan terbuka Menanti kembali bakti anda semua UTMmyhome. UTM is your home.

Ampun Tuanku,

22.Patik mewakili seluruh warga UTM menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keperihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor yang amat mendalam dan berterusan terhadap kebajikan dan pembangunan pelajar universiti ini.

(10)

Patik dan seluruh warga universiti merasa amat terharu di atas ketulusan hati dan budi Tuanku.

23.Patik dan seluruh warga Universiti merakamkan sembah takzim dan mendoakan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, Canselor UTM agar sentiasa berada dalam kesejahteraan, kesihatan yang baik dan sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah Subhanahu WaTaala.

24.Seterusnya ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Menteri Besar Johor, Pro-Canselor, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah dan para tetamu kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis Konvokesyen ini. Burung cenderawasih terbang tinggi

Hinggap sebentar di pohon kasturi Insha-Allah jika diizin Illahi

Di lain ketika, kita bersua lagi Ampun Tuanku,

25.Sekian sahaja ucapan patik. Patik sekali lagi merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih yang tidak terhingga kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas perkenan berangkat ke Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-62 ini.

Referensi

Dokumen terkait

Terlebih dahulu patik bagi seluruh warga kerja Universiti Malaysia Perlis ingin merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga di atas perkenan Tuanku berdua bercemar duli

Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon Diampun, Patik dan seluruh warga Universiti Malaysia Perlis merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, di atas perkenan Duli Tuanku berdua

Patik dan seluruh warga Universiti Malaysia Perlis merafak sembah, menjunjung setinggi - tinggi kasih yang tidak terhingga, atas limpah perkenan duli yang teramat mulia tuanku berdua

Terlebih dahulu, patik bagi seluruh warga Universiti Malaysia Perlis UniMAP merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, atas perkenan Duli Tuanku berdua bercemar duli

Patik dan seluruh warga Universiti Malaysia Perlis merafak sembah, menjunjung setinggi - tinggi kasih yang tidak terhingga, atas limpah perkenan duli yang teramat mulia tuanku berdua

Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun, Adalah patik dengan segala hormat takzimnya, merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli-duli Tuanku mencemar Duli

Ampun Tuanku, sembah patik mohon diampun, Patik dan seluruh warga Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, atas perkenan duli

Akhir kata, patik mewakili seluruh warga UniMAP ingin merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada ke bawah Duli Tuanku berdua kerana telah sudi bercemar