• Tidak ada hasil yang ditemukan

contoh teks pengerusi majlis jamuan akhi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "contoh teks pengerusi majlis jamuan akhi"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

contoh teks pengerusi majlis jamuan akhir

tahun asrama smk salor,2012

Bismillaahirrahmaanirrahim.

Assalamualaikum w.r.t. salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha Pengetua SMK Salor, Pn Zainon bt Jaafar bersama suami, Yang Berusaha Naib YDP PIBG, Tuan Hj. Abdul Rahman Awang Besar,

Yang dihormati ,penolong kanan HEM, Tuan hj Zamari abdul wahab, warden-warden asrama,penyelian asrama,kaunselor sekolah,guru-guru,

exco-eco serta seluruh warga asrama SMK Salor.

19 oktober malam ini, warga asrama berseri-seri; jamuan akhir tahun asrama sama dirai,

kita mulakan dengan ceria di hati.

marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya,kita dapat bersama-sama di Majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama,SMK Salor,bagi tahun 2012.

para hadirin sekalian,

bagi memberkati majlis kita pada malam ini,majlis dengan penuh takzimNya, menjemput Al-fadhil ustaz sayuti bin rejab untuk memimpin bacaan doa.

dengan sukacitanya,dijemput.

terima kasih diucapkan di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

para hadirin,

majlis diteruskan dengan ucapan daripada ketua asrama smk salor,saudara nik faris fikri bin nik mohd kamil.

dipersilakan.

terima kasih diucapkan kepada saudara nik faris fikri di atas ucapan itu tadi.

hadirin sekalian,

seterusnya,majlis menjemput penolong kanan HEM,tuan haji zamari abdul wahab untuk menyampaikan ucapan.

majlis mempersilakan.

terima kasih diucapkan di atas ucapan itu tadi.

hadirin yang dihormati,

sekarang tibalah masanya kita mendengar pula ucapan daripada bonda pengetua smk salor,pn zainon bt jaafar dan seterusnya merasmikan majlis akhir tahun asrama

smk salor bagi tahun 2012 pada malam ini.

hadirin sekalian,

▸ Baca selengkapnya: teks ucapan guru besar majlis graduasi prasekolah

(2)

ucapan sudah,perasmian pun sudah, makan dan minum sahaja yang belum.

kalau tuan dekat cemara, buatlah bara bakar selasih;

sudilah tuan jamu selera, hidangan mesra pengikat kasih.

hadirin hadirat dipersilakan menjamu selera.

sambil kita menjamu selera,

dengan sukacitanya,majlis mempertontonkan persembahan multimedia daripada penghuni asrama tingkatan 5 dan tingkatan 4 serta satu slide show

khas ditujukan kepada warden-warden asrama smk salor.

hadirin yang dikasihi,

majlis diteruska lagu dengan persembahan nyanyian.

persembahan pertam dendengan daripada amelia dan faris yang akan mempersembahkan lagu yang berjudul buatku disana.

seterusnya persembahan daripada...dengan lagunya berjudul....

hadirin sekalian,

majlis diteruskan dengan acara yang ditunggu-tunggu,iaitu acara cabutan bertuah. mana tahu,anda salah seorang yang bertuah pada malam ini? :p

buat pengetahuan anda sekalian,no. cabutan bertuah anda boleh dilihat pada kotak cenderahati yang diberikan kepada anda.

bagi menyempurnakan majlis,majlis menjemput kaunselor sekolah, en.nordin bin yaacob untuk membuat 10 cabutan pertama.

dipersilakan.

dijemput yang bertuah pada malanm ini,yang bernombor.... ...

terima kasih kepada en.nordin bin yaacob di atas cabutan itu tadi.

seterusnya persembahan, cabutan bertuah pulak,

(3)

(selang seli)

(36 cabutan,36 tuu lah aku tak berrtuah.haha == )

hadirin sekalian,

tidak lengkap rasanya jika majlis tidak diserikan dengan persembahan dikir barat.oleh itu,majlis dengan bangganya,mempersilakan para pelajar asrama

lelaki,smk salor untuk membuat persembahan dikir barat. majlis mempersilakan.

terima kasih diucapkan.

lepas tuu cabutan bertuah yg terakhir.. (pandai2 la buat ayat.letih dh ak ni.haha)

hadirin hadirat,

majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada warden-warden dan penyelia asrama.

sukacitanya,majlis menjemput dan mempersilakan tuan haji zamari abdul wahab penolong kanan HEM,untuk mengiringi bonda pengetua bagi menyampaikan

cenderamata. dijemput naik ke pentas,

ketua warden asrama,pn seti saluah abdullah, en,fauzi mamat,

pn hasnah abdul rahman, pn rosmawati isa, ustaz zayuti rejab

en. affendi

dan penyelia asrama,en adnan.

majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kalungan terima kasih.

seterusnya..majlis dengan penuh takzimnya menjemput tuan haji zamari abdul wahab

untuk menyampaikan cenderamata kepada yang berusaha pn zainon bt jaafar, pengetuan smk salor.

majlis mempersilakan.

jutaan terima kasih diucapkan di atas penyampaian itu tadi.

hadirin sekalian,(akkkuuu letihhh dahh ! adoyai~ )

nampaknya,masa semakin mencemburui pertemuan kita pada malam ini. majlis pada malam ini juga sudah sampai ke penghujungnya.(cepat2 lhaa ==' ) lantaran,yang datang sudah mengadu keletihan.yang jauh sudah berbisik,,hari

semakin larut malam.

(4)

asrama smk salor bagi tahun 2012 memohon berbanyak-banyak kemaafan sekiranya terdapat sebarangan kekurangan dalam majlis ini.

sesungguhnya,yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu datang daripada kelemahan kami sendiri.

sehingga kita bertemu lagi dalam suatu majlis yang lain. assalamualaikum & selamat malam.

Referensi

Dokumen terkait

Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana di atas komitmen tinggi menyatukan idea, menyempurnakan tugasan bagi

Ucapan terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri. Mohd Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka kerana telah sudi

MENTERI BELIA DAN SUKAN KITA, BAGI SATU LAGI MAJLIS YANG TIDAK KURANG PENTINGNYA IAITU MAJLIS DIALOG ISU-ISU SEMASA BERSAMA PEMIMPIN.. UCAPAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KUTKM UCAPKAN

Dalam majlis yang sama, Tuan Pengetua merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, staf sokongan serta para pelajar yang terlibat secara langsung

Berjuta-juta ucapan terima kasih yang diberikan kepada warga Desa Cidokom untuk saya dan kelompok, tidak hanya dari warga setempat, ucapan terima kasih pun juga

Hadirin hadirat yang saya hormati sekalian, Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hajjah Jainab kerana sudi

Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis pada petang ini termasuk pihak media serta semua yang hadir untuk sama-sama meraikan

Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi MOSTI bagi inisiatif berterusan melalui Program Inovasi