• Tidak ada hasil yang ditemukan

YBhg Dato Naib-naib Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan. Yg Berhormat Dato Yazid Mat, Speaker DUN Negeri Perlis Selaku Pengerusi PEMADAM Negeri Perlis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "YBhg Dato Naib-naib Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan. Yg Berhormat Dato Yazid Mat, Speaker DUN Negeri Perlis Selaku Pengerusi PEMADAM Negeri Perlis"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN ALUAN Y. BHG BRIG. GEN. DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, TIMBALAN YANG DIPERTUA

MERANGKAP PENGERUSI BIRO PPDa IPT & KELAB PEMADAM SELAKU PENGERUSI PENGELOLA KURSUS ANTI

DADAH SEMPENA AGM PEMADAM PADA 13 JUN 2009 Yang Dihormati saudara pengerusi majlis

YBhg Dato’ Naib-naib Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan Yg Berhormat Dato’ Yazid Mat, Speaker DUN Negeri Perlis Selaku Pengerusi PEMADAM Negeri Perlis

Yang Berhormat EXCO-EXCO Kerajaan Negeri-negeri selaku Pengerusi PEMADAM Negeri

Ahli Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan

YBhg Dato’-dato’, Tuan-tuan dan puan-puan Ahli PEMADAM seluruh negara, Para perwakilan dan pemerhati PEMADAM sekalian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

(2)

TALKING POINT

 Alhamdulillah, Terlebih dahulu marilah bersama-sama kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T., dengan izin dan limpah perkenanNYA dapat kita berhimpun dalam majlis ilmu iaitu Kursus Anti Dadah sempena Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan Ke-34.

 Di bawah kendalian Biro Pendidikan Pencegahan Dadah IPT & Kelab PEMADAM bersama Biro RnD, PEMADAM Kebangsaan, diharapkan kursus yang bertemakan bertemakan `` MALAYSIA BEBAS DADAH : Strategi Memperkasa 4P iaitu Pencegahan, Penguatkuasaan, Pemulihan dan Penyelidikan’’ akan mencapai matlamat yang diharapkan.

 Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Abd. Majid Mohd Isa, Pengerusi Biro RnD kerana telah memberikan kerjasama padu dalam menjayakan kursus ini.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

 Pemilihan tema ini dibuat berikutan keyakinan kita bahawa usaha membasmi masalah penyalahgunaan dadah sehingga ke peringkat akar umbi hanya dapat diatasi menggunakan strategi yang holistik sahaja.

(3)

 Justeru, atas sebab itu, kursus ini direncanakan dengan mengambil kira pembentangan hasil kajian secara akademik dan juga berkongsi dasar serta strategi dengan pelbagai agensi yang bersama-sama bertanggungjawab menangani permasalahan ini.

 Tidak dapat dinafikan masalah penyalahgunaan dadah semakin meruncing saban tahun dan jika dibiarkan berterusan sudah tentu boleh memudaratkan negara dalam jangka masa panjang kerana mempunyai perkaitan rapat dengan masalah jenayah dan penularan penyakit HIV dan AIDS.

 Sejak usaha pertama mengesan penagih dadah dilakukan pada tahun 1970, bilangan penagih yang dikenal pasti pada tahun-tahun seterusnya telah meningkat.

 Jika diimbas kembali, pada tahun 1970 bilangan penagih dadah ialah seramai 711 dan angka ini telah meningkat ke 10,661 orang pada 1980, 16,893 pada tahun 1990 dan seramai 31,893 pada tahun 2002.

 Menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan (2008), statistik pada tahun 2001-2008 menunjukkan seramai 221,514 kes penagih dadah yang dikesan termasuk dengan kes baru dan berulang.

(4)

Hadirin dan hadirat sekalian,

 Walaupun jumlah kes pada tahun 2008 dilaporkan menurun sebanyak 37.6% iaitu 12,352 berbanding dengan jumlah kes 32,808 pada tahun 2005, namun secara purata 16 penagih baru dan 18 kes penagih berulang dikesan setiap hari dan ini menunjukkan isu ini masih membimbangkan.

 Selain itu, data berkaitan dengan punca menularnya kes penagihan dadah bagi tahun 2001-2008 menunjukkan lebih 55% kes berpunca dengan pengaruh kawan manakala hanya sekitar 5% berpunca dari tekanan perasaan atau tekanan jiwa.

 Uusan Malaysia baru-baru ini turut melaporkan,Kastam Negeri Sabah telah berjaya membuat rampasan dadah jenis ketamin bernilai jutaan ringgit. Dan ini secara tidak langsung membuatkan Malaysia dilabelkan sebagai transit pengedaran dadah jenis ini.

 Tetapi saya juga bimbang, dadah ini akan menjadi pilihan anak remaja kita kelak seterusnya menjerumuskan diri ke lembah penagihan jika kita terus berdiam dan tidak bertindak untuk menanganinya.

 Dalam satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh saya sendiri, mendapati 3

(5)

daripada seribu pelajar di IPTA dan Politeknik terlibat dengan gejala najis dadah.

 Walaupun jumlah tersebut adalah di bawah 1% dan bolehlah dicanangkan sebagai bebas dadah selaras dengan piawai yang ditetapkan oleh ASOD namun kita seharusnya tidak berbangga dengan dapatan kajian ini kerana pelajar di IPT adalah kesinambungan kepemimpinan negara. Dan seharusnya mereka bebas 100% daripada gejala dadah.

Hadirin dan hadirat sekalian,

 Secara umumnya menangani kes penagihan dadah ini bukannya sesuatu yang mudah kerana ianya melibatkan elemen ’craving’ atau mengidam yang cukup tinggi. Selain itu, mereka juga menghadapi masalah pergantungan atau dependency terhadap bahan psikoaktif.

 Ditambah pula dengan sikap harga diri yang rendah dalam kalangan penagih menjadikan permasalahan penagihan dadah ini seperti tiada penghujungnya.

 Kita semua sedar, masalah dadah ini melibatkan dua institusi iaitu ’Supply’ (Penawaran) dan ’Demand’ (Permintaan). Institusi Penawaran melibatkan penciptaan, pemerosesan, pembekalan, pengedaran dan

(6)

pembentukan lingkungan rangkaian yang begitu meluas dan kompleks.

 Manakala Institusi Permintaan pula melibatkan keperluan yang berskala besar, sederhana dan kecil-kecilan. Apa yang jelas kesemuanya ini menyebabkan sebahagian besar masyarakat musnah dan sebahagian kecil sahaja yang berjaya mengaut keuntungan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

 Misi untuk merealisasikan NEGARA BEBAS DADAH 2015 semakin dekat. Pelbagai usaha telahpun digerakkan, pelbagai aktiviti kempen kesedaran dan pencegahan telahpun digembelingkan, gerak gempur penguatkuasaan juga diperhebatkan.

 Selain itu, kerajaan telahpun memperuntukan jutaan ringgit dalam bajet belanjawan negara kepada AADK untuk menjalankan program membasmi dadah.

 Maka, melalui peruntukan itulah, Biro saya telah pun dapat menjalankan 3 kajian di peringkat institusi pengajian tinggi yang mana hasil dapatan akan dibentangkan sebentar lagi, selain PEMADAM sendiri telahpun menggiatkan usaha-usaha penyelidikan terutama tentang keberkesanan program yang dijalankan selama ini.

(7)

 Tetapi, bukan setakat ini sahaja usaha yang perlu kita laksanakan, sebaliknya ia harus diperhebat dan diperkasakan lagi. Jangan kita hanya duduk berpeluk tubuh melihat usaha yang bolehlah diibaratkan sekadar setitis embun sahaja.

Hadirin dan hadirat sekalian,

 Dalam sesebuah organisasi yang dihormati dan berjaya seperti PEMADAM, setiap ahli atau warga PEMADAM perlu memberikan sumbangan. Kita perlu melibatkan diri dengan ikhlas dan penuh komitmen.

 Umpama di dalam satu pasukan, setiap individu mesti bersatu matlamat, bersama menyumbang dan menunjukkan skill dan kepakaran masing-masing untuk menjayakan hasrat bersama.

 Sumbangan mestilah secara zahir dan batin tidak boleh berkira dalam menyumbang dan mestilah disertai dengan tindakan yang bersungguh-sungguh. Janganlah sentiasa melihat kesilapan orang lain tanpa menyedari kelemahan juga ada pada diri kita sendiri.

 Lakonan di dalam organisasi seperti berpura-pura menyokong dan bersetuju tetapi menyanggah dibelakang, tidak akan berpanjangan kerana penonton-penonton yang terdiri daripada warga yang ramai akan

(8)

dapat mengenal gerakgeri pelakon tanpa penghayatan. Bekerjalah dengan jujur dan ikhlas.

 Selagi kita ikhlas mengurus dan menjayakan usaha membasmi penyalahgunaan dadah, akan ada insan-insan yang tetap menghargai kerana kita berkhidmat memanusiakan manusia sebagai syarat mendapat kasih Yang Maha Esa Tuhan yang hakiki.

 Biarlah dalam hidup ini kita dikenali sebagai manusia yang baik dan berbudi, disenangi, dirujuk, semua khidmat dan sumbangan akan dikenang menjadi warisan atau ”legacy” sebagai penggerak dan pejuang anak bangsa membina negara yang dicintai ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,

 Akhir kata, kita juga perlu merenung kembali sejarah yang mana pasti kita akan melihat bahawa orang-orang yang berjaya mencipta dan cemerlang sebenarnya adalah merupakan mereka yang tidak pernah luntur semangatnya, berusaha dan bergerak secara berterusan walaupun setiap langkah berhadapan dengan pelbagai rintangan dan dugaan.

 Dikesempatan ini, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada ahli akademik iaitu penyelidik UUM, UMT, dan juga Kumpulan Penyelidik Kementerian

(9)

Pengajian Tinggi yang terdiri daripada UniMAP, UMT & USM kerana telah menjalankan pelbagai kajian.

 Inilah ”banchmark” kita secara konseptual atau ilmiahnya membuktikan tentang setiap usaha atau ”output” yang kita laksanakan selama ini berjaya atau sebaliknya.

 Kepada pihak AADK, Jabatan Perubatan Psikologi PPUM, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM, saya juga merakamkan ucapan penghargaan kerana sudi menerima jemputan PEMADAM untuk berkongsi strategi bagi memperkasakan setiap inisiatif serta usaha membasmi penyalahgunaan dadah dalam negara.

 Ucapan terima kasih saya juga kepada semua pihak dan urusetia sama ada PEMADAM Kebangsaan, PEMADAM Perlis, Politeknik, Ahli Kelab PEMADAM UniMAP, Petugas-petugas dan staf UniMAP sendiri yang telah berusaha mengelolakan kursus pada hari ini.

 Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan sebarang kekhilafan itu adalah di pihak saya sendiri. Wassalam Mualaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa ada pengaruh yang signifikan penggunaan metode quantum teaching terhadap prestasi belajar matematika materi dalil pythagoras siswa kelas

Orang tua, kakak dan adik tersayang yang telah memberikan doa restu, serta dorongan kepada saya.. Lestari Manurung S.Pd selaku guru yang telah membimbing saya dalam

 Alkohol dapat digunakan untuk membersihkan kulit sebelum injeksi.  Gel Alkohol digunakan untuk

Dengan perolehan nilai rata-rata tersebut yang sangat baik maka dapat dikatakan bahwa dari pengelolaan pembelajaran yang baik maka akan mempengaruhi hasil belajar kognitif siswa

Larutan disiapkan pada saat akan dilakukan analisa h Asam nitrat HNO3 65% i Asam sulfat H2SO4 95%-97% j larutan pengencer contoh HNO3-H2SO4 Campurkan 58 mL HNO3 dengan 67 mL H2SO4

dan akhir penelitian menunjukkan bahwa terdapat perbedaan yang sangat nyata terhadap kandungan logam berat Merkuri (Hg) pada awal dan akhir penelitian

Untuk memahami deskripsi akhlak seorang murid terhadap gurunya dalam konteks pemikiran Az-Zarnuji, menurut Awaluddin dalam tesisnya dapat dipahami dari pernyataannya

Soemanto (2006:129) mengemukakan yang dmaksud dengan pemberan penguatan (rein- forcement) adalah suatu respon postf dar guru kepada sswa yang telah melakukan