• Tidak ada hasil yang ditemukan

TRANSKRIP TEKS UCAPAN TKSUK PERHIMPUNAN BULANAN JULAI 2017 final

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "TRANSKRIP TEKS UCAPAN TKSUK PERHIMPUNAN BULANAN JULAI 2017 final"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1 TEKS UCAPAN

YBHG. TAN SRI OTHMAN BIN HAJI MAHMOOD TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN

JABATAN PERDANA MENTERI

BERSEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JULAI 2017

Tarikh : 26 JULAI 2017

Masa : 9.00 PAGI

Tempat : AUDITORIUM JPM

(2)

2 Bismillahirrahmanirrahim

هتاكربو ه ةمحرو كي ع اسلا

Salam sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia,

Terima kasih kepada pengacara majlis pada hari ini dan saudara yang telah memimpin bacaan doa pada pagi ini.

Yang Berbahagia Datuk Haji Zainal Abidin bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Kewangan) JPM,

YBrs. Encik Muhammad Yasir bin Yahya

Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan dan

YBrs. Encik Sharez Izuan bin Md Zaidi

Setiausaha Urusetia Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan

selaku penganjur bersama perhimpunan kita pada hari ini.

Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Ketua-ketua Jabatan, Setiausaha-setiausaha Bahagian, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dirahmati Allah.

PENDAHULUAN

1. Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana kita dapat berkumpul pada pagi ini sempena Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai 2017 ini.

(3)

3 dapat diteruskan pada bulan-bulan yang mendatang. Amalan bermaafan bukan sahaja perlu diamalkan pada bulan Syawal sahaja, tetapi pada bulan-bulan yang lain juga haruslah diterapkan amalan tersebut kerana ianya satu amalan yang mulia.

3. Tahniah diucapkan kepada semua penerima surat kenaikan pangkat, Anugerah Penjawat Awam Cemerlang Bulanan (APCB) JPM dan Anugerah Peminjam Buku Terbanyak Perpustakaan JPM bagi bulan Jun 2017.

4. Selamat Datang juga diucapkan kepada semua warga kerja baru JPM. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dapat membantu JPM terus cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan kepada semua stakeholders. JPM sentiasa mengalu-alukan idea-idea baru, kreatif serta berinovasi dan berimpak tinggi yang boleh dijadikan sebagai tanda aras kepada perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan.

5. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada warga kerja yang bertukar keluar di atas segala sumbangan yang dicurahkan selama ini. Saya mendoakan agar tuan-tuan dan puan-puan sentiasa berjaya dalam tugas yang diamanahkan dan sentiasa mengekalkan kecemerlangan di agensi yang baru.

6. Kepada warga yang bersara sama ada bersara pilihan atau bersara wajib, saya ucapkan Selamat Bersara dan saya merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan dan bakti yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam, terutamanya semasa berkhidmat di JPM.

(4)

4 Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

PELANCARAN SISTEM E-TANAH DI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (PPTG WP)

8. Pada 19 Jun 2017, Sistem e-Tanah telah dilancarkan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Dato’ Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.

9. Saya dimaklumkan bahawa, Sistem e-Tanah ini merupakan aplikasi Kerajaan Elektronik (e-Government) bersepadu yang dibangunkan untuk memudahkan urusan pentadbiran Kerajaan secara elektronik selaras dengan Program Transformasi Kerajaan sekaligus dapat mengurangkan urusan menggunakan kaedah konvensional.

10. Sistem berkomputer secara bersepadu ini juga dibangunkan sebagai satu usaha ke arah pentadbiran tanah yang lebih efisien, efektif serta time and cost saving kepada Kerajaan demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada

pelanggan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan. Semoga usaha-usaha yang baik seperti ini dapat diaplikasikan dan ditambahbaik di semua Jabatan/Agensi di bawh JPM khususnya demi kelangsungan kecemerlangan JPM dalam memberikan perkhidmatan awam yang terbaik kepada Rakyat.

Hadirin hadirat sekalian,

PERSIAPAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2017

(5)

5 menonjolkan kelainan dan kejutan yang tidak akan sama sepertimana sambutan tahun-tahun sebelum ini yang pastinya akan membuatkan para hadirin yang hadir meraikannya di Dataran Merdeka terpesona dan kagum.

12. Persiapan yang lebih awal dan kerjasama erat diperlukan daripada kesemua Kementerian dan pihak lain yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Semoga semuanya akan berjalan lancar dan saya mengajak semua hadirin beramai-ramai bersama keluarga tersayang di dalam dewan ini untuk turut sama-sama meraikannya di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2017 nanti.

13. Bagi Persiapan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2017 pula, yang mana pada tahun ini, sekali lagi Negeri Sabah Negeri di Bawah Bayu dipilih sebagai tuan rumah dan insyaAllah program sambutannya akan diadakan di Kota Kinabalu. Perancangan awal sudah dimulakan di mana semalam saya telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Penyelarasan pertama (Kick-off meeting) dengan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan dihadiri semua ahli jawatankuasa daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah yang terlibat. Semoga urusan dan persiapan selanjutnya dipermudahkan dan Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini akan diraikan oleh semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa dengan meriah dan jayanya.

(6)

6 Hadirin yang dihormati semua,

RAKAMAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA JPM DAN PEMAKLUMAN MENGENAI PERSARAAN

15. Seperti mana yang hadirin sedia maklum, pada asalnya saya akan menamatkan perkhidmatan saya dalam Perkhidmatan Awam pada 14 April 2017 (genap umur saya 60 tahun). Tapi nampaknya, ketetapan dan takdir yang Allah tentukan untuk saya tidak tertulis seperti itu. Setelah hampir 33 tahun saya berkhidmat, saya akan bersara lebih awal iaitu pada 31 Julai 2017 atas kepentingan Negara.

16. Walau bagaimanapun berkuatkuasa pada 1 Ogos 2017, atas kepentingan Negara dan kehendak stakeholders, saya akan berkhidmat semula menyumbangkan idea, usaha dan keringat di tempat lain, di tempat yang sebelum ini tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Timbalan Pengerusi.

17. Untuk makluman semua juga, saya bakal digantikan oleh YBhg Datuk Mohd Zuki bin Ali, yang pada masa ini memegang jawatan sebagai Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak. Saya berharap semua dapat memberi kerjasama yang erat dan memberi peluang kepada beliau untuk menggalas tugas dan cabaran di JPM ini.

18. Saya mula berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik dengan jawatan Penolong Setiausaha di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 9 Januari 1984. Selepas itu saya telah berkhidmat di beberapa Kementerian dan Jabatan termasuk di Kerajaan Negeri Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Melaka.

(7)

7 pengalaman, kenangan pahit dan manis yang saya perolehi dan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Sesungguhnya JPM sangat dekat di hati saya.

20. Memandangkan perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan terakhir saya bersama YBhg Datuk/tuan/puan semua, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada anda semua yang menjadi tulang belakang kepada tahap kecemerlangan yang dicapai oleh Jabatan Perdana Menteri hingga pada hari ini. Terima kasih kerana banyak membantu saya dalam menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dengan sebaik mungkin. Tanpa tuan/puan semua, saya tidak akan mampu menggalas tugas dan beban yang ditanggung selama ini.

21. Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada YBhg Datuk/tuan/puan semua di atas apa jua kesalahan saya sepanjang saya di JPM sama ada yang disengajakan mahupun tidak. Sesungguhnya tiada sebab untuk saya marah melainkan sebagai teguran berguna dan bagi memastikan semua kerja-kerja yang dilaksanakan berjalan lancar demi menjaga kepentingan stakeholders dan nama baik JPM khususnya.

22. Apa yang penting, di dalam penjawat awam ini, kita perlu ada keikhlasan dalam melaksanakan tugas dan sentiasa memaafi antara satu sama lain. Dalam tugasan ini juga, kita perlu menimbulkan semangat networking yang baik di dalam persekitaran tugasan kita.

PENUTUP

Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

(8)

8 kepada beliau dan terus melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan integriti yang tinggi.

24. Terima kasih saya ucapkan kepada Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan dan Unit Jawatankuasa Kerja Tanah sebagai pihak penganjur bersama program atas usaha mengadakan persiapan dan menyelaras perhimpunan pada kali ini.

25. Akhir kalam, saya sudahi ucapan saya dengan pantun:

Bunga kembang di pagi hari,

Burung kelicap mencari teman,

Saya menyusun sepuluh jari,

Salah dan silap harap maafkan.

Tanam Kemboja batasnya rata,

Pucuk terjuntai di atas titi,

Budi semua saya tak lupa,

Telah terpahat di dalam hati.

Kalau ada sumur di ladang,

Bolehkah saya menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

InsyaAllah berjumpa lagi..

Referensi

Dokumen terkait

Kyselylomake (liite 2) laadittiin strukturoidun haastattelun kaltaiseksi, jossa suurin osa kysymyksistä oli avoimia kysymyksiä. Kyselyn rakenne oli jossain määrin teemoiteltu ja

Konsisten dengan hasil penelitian Pasaribu (2008), penelitian yang dilakukan oleh Hesti (2011) juga menunjukkan bahwa tidak adanya market overreaction pada

Untuk itu, penelitian ini dilaksanaan menggunakan proses pretreatment metode ultasonifikasi agar dapat menghasilkan selulosa yang lebih tinggi dengan partikel berukuran nano

Kandungan logam berat pada air, sedimen dan ikan nila (Oreochromis niloticus Linn.) di karamba danau Rawapening.. Prosiding Seminar Nasional Pengelolaan

Metode yang paling biasa dilakukan untuk menentukan kondisi tanah bawah permukaan dan pengambilan data tanah adalah dengan melakukan penyondiran pada titik-titik yang

Untuk menjaga sistem informasi akuntansi berjalan dengan baik dan sesuai dengan prosedur yang telah ada, Bank Sulselbar telah malakukan atau menerapkan sistem

dilupakan, atau dipalsukan sangat kecil [Zhou, 2009]. Perbandingan dari berbagai sistem pengenalan biometrik menunjukkan bahwa sistem pengenalan iris sangat stabil,

Berdasarkan pengoptimalan pemanfaatan minyak sawit merah dalam pembuatan biskuit kacang dan nilai organoleptik yang dihasilkan maka formulasi minyak sawit merah dan