PERTANDINGAN TAZKIRAH MULTIMEDIA
SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 2021M/1443H Tarikh : 11 Oktober 2021 (Tarikh Akhir Penghantaran) Masa : 4.00 petang (Masa Pemarkahan)
Anjuran : Pusat Islam UKM
TEMA : RASULULLAH PENCETUS KEPERIHATINAN UMMAH
PERATURAN PERTANDINGAN Peserta
1. Terbuka kepada kakitangan, mahasiswa dan mahasiswi UKM sahaja.
2. Peserta hanya boleh menghantar satu karya sahaja.
Syarat-Syarat Pertandingan
1. Video pendek boleh mengandungi:
a) Rakaman langsung b) Visual Grafik c) Koleksi foto
d) Ayat al-Quran dan terjemahannya
e) Bacaan Ayat Al-Quran atau Hadith dan terjemahannya f) Kata-kata Para Ulama dan Sarjana Muslim
g) Fakta-fakta lain yang diperakui kebenarannya dan mempunyai kaitan dengan al-Quran al-Karim h) Bunyi latar yang bersesuaian
2. Peserta diberi kebebasan untuk menghasilkan karya video tetapi mestilah menepati tema.
3. Bahasa yang digunakan di dalam karya mestilah Bahasa Malaysia dan mesti difahami oleh ahli masyarakat secara umum. Jika megandungi al-Quran dan Hadith, hendaklah diterjemahkan 4. Penyertaan hasil karya yang menggunakan bahasa slanga (slang) atau ayat yang mempunyai
makna tersembunyi (double meaning) akan disingkirkan secara automatik, mengikut budi bicara pihak penganjur.
5. Peserta mestilah memastikan hasil karya menghormati keharmonian masyarakat majmuk di
Malaysia. Panel juri berhak untuk menyingkir sesuatu hasil karya yang berunsur provokasi, politik, atau menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, agama dan fahaman.
6. Panel juri berhak untuk menyingkir sesuatu hasil karya yang didapati bersifat lucah, jelik atau tidak wajar.
7. Karya yang dihasilkan untuk pertandingan ini hendaklah karya asli peserta dan tidak pernah diterbitkan.
8. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
9. Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati poster yang dihantar adalah tidak asli, diplagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
10. Pihak penganjur juga boleh mengambil tindakan terhadap peserta bagi kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh peserta atas dakwaan hasil karya tiruan.
11. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas hasil karya yang dipertandingkan sekiranya hasil karya tersebut terlibat dalam apa-apa masalah perundangan.
12. Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hakcipta mana- mana pihak ketiga dan/atau apa-apa undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
13. Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta bersetuju membebaskan pihak penganjur dari apa-apa tindakan undang-undang yang disebabkan oleh hasil karya tersebut.
Cara Penghantaran
Hasil karya hendaklah dihantar kepada pihak penganjur bagi tujuan pertandingan ini dalam bentuk:
Semua video yang dipertandingkan perlu dihantar ke alamat emel [email protected] dalam format MP4 sahaja. Salinan lembut (soft copy) dalam format dan resolusi asal atau MP4 melalui serahan CD atau pindahan thumbdrive pada pihak penganjur, Pusat Islam.
1. Saiz dan dimensi hasil karya beresolusi tinggi (final artwork) bagi karya terpilih ialah seperti berikut:
a) Tidak melebihi 4 minit
b) Fail digital hasil karya yang dihantar bagi tujuan pertandingan ini perlu dinamakan dengan nama penuh peserta dan nombor matrik.
HAK MENGGUNA
1. Hasil karya yang dihantar akan menjadi hak milik mutlak Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Peserta tidak dibenarkan untuk memperniaga hasil karya untuk apa-apa tujuan setelah karya dihantar kepada pihak penganjur.
3. Setiap penyertaan yang diterima tidak akan dikembalikan dan hasil karya yang telah dihantar untuk penyertaan kepada pihak penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang lain.
Dikemaskini : 27 September 2021