• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA KONSEP KOMPANG FORMASI (NEGERI PERAK 2015)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "KERTAS KERJA KONSEP KOMPANG FORMASI (NEGERI PERAK 2015)"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1. PENGENALAN

Pertandingan paluan kompang dan formasi prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah merupakan sebuah pertandingan yang baharu diwujudkan di peringkat prasekolah Negeri Perak. Pertandingan ini, dapat menyemai nilai-nilai murni seperti berdisiplin dan bekerjasama dalam diri murid-murid prasekolah. Disamping itu, pertandingan ini dapat menyemai nilai kecintaan terhadap muzik tradisional Melayu.

2. MATLAMAT

Mendidik murid prasekolah berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuat persembahan dan membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.

3. OBJEKTIF

3.1 Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat murid melalui permainan alat muzik tradisional.

3.2 Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta pengalaman sesama mereka.

3.3 Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif.

3.4 Membina keyakinan dan ketrampilan diri murid.

3.5 Mengamalkan semangat toleransi , berdisiplin dan bekerjasama.

3.6 Melahirkan masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan.

3.7 Memperluaskan intergrasi nasional.

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN PALUAN

KOMPANG FORMASI

PRASEKOLAH

(2)

4. PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG FORMASI PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERAK. Pertandingan ini bertujuan untuk mempersembahkan pelbagai bentuk paluan kompang dan membuat formasi yang kreatif semasa bermain.

4.2 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni budaya tradisional.

4.3 Pertandingan ini dijalankan di peringkat zon, daerah dan negeri.

5. PENYERTAAN

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid prasekolah KPM.

5.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai seramai 12 orang.

5.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki / perempuan sahaja atau campuran dan digalakkan terdiri daripada pelbagai kaum.

5.4. Setiap pasukan harus diiringi sekurang-kurangnya oleh 1 orang guru dan 1 PPM.

5.5 Semua pasukan perlu menyerahkan borang penyertaan serta satu (1) salinan sijil lahir

setiap peserta yang telah disahkan oleh Pegawai Prasekolah Daerah, Guru Besar atau

Guru Penolong Kanan.

6. PERSEMBAHAN

6.1 Semua persembahan hendaklah menggunakan kompang yang disediakan sendiri oleh pasukan masing-masing.

6.2 Saiz kompang adalah dari 8 hingga 15 inci. (boleh dipelbagaikan dalam pasukan).

6.3 Masa persembahan yang diperuntukkan adalah 5 hingga ke 8 minit.

6.4 Tempoh masa persembahan bermula adalah dikira dari paluan pertama dimainkan.

6.5 Gelanggang pertandingan adalah berukuran 10 meter x 10 meter.

6.6 Irama / rentak adalah bebas.

(3)

6.8 Kumpulan yang mempunyai 3 bentuk paluan melalu, menyilang dan meningkah, markah bonus akan diberikan.

6.9 Sebarang peralatan tambahan adalah dilarang.

6.10 Kompang yang mempunyai loceng (gegenta) adalah tidak dibenarkan.

6.11 Nyanyian dan lontaran suara tidak dibenarkan.

6.12 Sebarang bentuk aksi yang membahayakan seperti aksi akrobatik adalah tidak dibenarkan.

6.13 Setiap kumpulan mempersembahkan sekurang-kurangnya 5 bentuk formasi.

6.14 Tidak dibenarkan melabel sebarang identiti sekolah pada bahagian kompang.

6.15 Setiap kumpulan hanya dibenarkan melakukan satu persembahan sahaja.

7. PAKAIAN

7.1 Pakaian ahli mestilah bersesuaian dan bersopan.

8. SKIMA PERMARKAHAN

8.1 Markah dibahagikan seperti berikut :

8.1.1 Paluan Kompang

a. Gubahan Pola irama (Kreativiti) : 15 markah

b. Bentuk paluan : 15 markah

c. Kualiti ton : 10 markah

d. Tempo : 10 markah

e. Dinamik & Ekspresi : 8 markah

f. Bonus : 2 markah

8.1.2 Formasi / pergerakan

a. Kreativiti : 15 markah

b. Keseragaman : 10 markah

(4)

d. Keterampilan : 5 markah

8.2 Jika terdapat persamaan jumlah markah antara kumpulan peserta, maka pemenang akan dirujuk kepada jumlah markah tertinggi mengikut susunan keutamaan pemarkahan yang telah disenaraikan di PERKARA 8 (SKIMA PERMAKAHAN) di atas dan keputusan hakim adalah muktamad.

8.3 Setiap persembahan yang kurang dari 5 minit (10 markah akan ditolak) manakala persembahan yang melebihi 8 minit, (10 markah akan ditolak).

9. HADIAH PEMENANG

9.1 Johan : Hadiah Iringan dan Sijil.

9.2 Naib Johan : Hadiah Iringan dan Sijil.

9.3 Ketiga : Hadiah Iringan dan Sijil.

9.4 Sijil penyertaan untuk semua peserta.

10. HAL-HAL LAIN

Bagi perkara-perkara yang tidak dinyata di dalam syarat-syarat pertandingan, pihak Jawatankuasa Penganjur Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.

11. PENUTUP

Semoga pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekaligus sebagai pengiktirafan terhadap hasil perubahan positif murid sepanjang berada di kelas prasekolah KPM dan boleh menjadi platform terbaik untuk murid sebagai persediaan untuk memasuki ke arus perdana.

Referensi

Dokumen terkait

Yang penting di sini adalah menerangkan bahwa mahar itu merupakan syarat sahnya akad nikah dan menjadi hak sepenuhnya untuk pihak wanita. Tidak dibolehkan bagi

Agar lebih mudah bagi siswa dan tidak membuat mereka merasa bahwa diri mereka menjadi pusat perhatian sebab dalam bimbingan kelompok setiap siswa akan dapat berperan

Bagi sebagian besar penduduk Kabupaten Majalengka yang rata-rata memiliki kondisi sosial-ekonomi yang tidak terlalu baik, keputusan untuk menjadi TKI di luar

Tanpa wewenang untuk membuat keputusan tidak mungkin manajer dapat mencapai mjuan dengan efektif. Tetapi di lain pihak,.. pada kenyataannya nahwa seseorang yang mengendalikan orang

Bagi individu yang sentiasa berhutang terutamanya dengan institusi kewangan seperti bank, jika mereka tidak mampu untuk membuat pembayaran balik maka pihak bank berhak

Kepala sekolah perlu mendorong para gurunya agar mempunyai prestasi kerja yang tinggi dengan harapan memperoleh banyak keuntungan bagi sekolah, namun tidak membuat

Sehubungan dengan hal tersebut di atas PARA PIHAK sepakat membuat Perjanjian Kerja Sama tentang Bantuan Biaya Pendidikan Tinggi Bagi Mahasiswa Dari Keluarga Tidak