• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA KONSEP NASYID (NEGERI PERAK 2015)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "KERTAS KERJA KONSEP NASYID (NEGERI PERAK 2015)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1. PENDAHULUAN

Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan golongan yang diibaratkan sebagai tunjang negara, dilihat juga sebagai peneraju dan penyambung kepada tampuk pemerintahan akan datang. Dalam hal ini untuk memastikan wawasan negara tercapai mengikut acuan dan matlamat yang dikehendaki, maka persiapan dari aspek rohani, jasmani dan ilmu pengetahuan perlu dimantapkan untuk melahirkan murid yang lebih disifatkan sebagai golongan yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negara seterusnya mampu membawa masyarakat ke arah situasi yang lebih baik lagi. Bertitik tolak dari matlamat untuk memantapkan sahsiah, meninggikan martabat ilmu, memupuk semangat muhibbah dan ukhuwah di kalangan murid prasekolah ini maka satu usaha yang bersesuaian perlu dilakukan bagi memenuhi aspirasi ini.

2. OBJEKTIF

2.1 Memberi peluang kepada murid untuk menyertai aktiviti-aktiviti dakwah yang menjadi platform utama dalam membentuk jiwa dan semangat pendakwah dalam diri mereka.

2.2 Melahirkan murid prasekolah yang serba boleh dan berwibawa dalam kehidupan. 2.3 Memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat dan kebolehan yang

dimiliki untuk perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). 2.4 Membantu murid meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akadamik mahupun sosial.

PERTANDINGAN

NASYID

PRASEKOLAH

NEGERI PERAK TAHUN 2015

(2)

3. SASARAN

3.1 Program ini mensasarkan murid prasekolah KPM yang berumur 5 dan 6 tahun.

4. SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Penyertaan

4.1.1 Satu kumpulan terdiri daripada 10 orang murid. Setiap satu kumpulan mesti dianggotai oleh satu jantina sahaja sama ada kumpulan lelaki atau perempuan. 4.1.2 Setiap pasukan harus diiringi sekurang-kurangnya oleh 1 orang guru dan 1 PPM. 4.1.3 Semua pasukan perlu menyerahkan borang penyertaan serta satu (1) salinan sijil

lahir setiap peserta yang telah disahkan oleh Pegawai Prasekolah Daerah, Guru Besar atau Guru Penolong Kanan.

4.2 Lagu Dan Lirik

4.2.1 Setiap pasukan dikehendaki mempersembahkan satu lagu sahaja sama ada irama padang pasir berentak Masri atau nasyid kontemporari (nasyid moden)

4.2.2 Tema yang dipilih adalah bebas dan perlu mempunyai sekurang-kurangnya salah satu unsur dibawah :

i. Keimanan kepada Tuhan. ii. Nilai-nilai murni

iii. Kemasyarakatan iv. Kekeluargaan

4.2.3 Pilihan lagu adalah yang sedia ada ataupun ciptaan sendiri.

4.2.4 Lirik lagu WAJIB ciptaan sendiri sesuai dengan tema dan salinan lirik perlu menggunakan Font Arial bersaiz 12 dan langkau 2 baris serta harus diberikan kepada urusetia pada hari pertandingan sebanyak dua salinan.

4.2.5 Lirik lagu boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris atau gabungan ketiga-tiga bahasa tersebut.

(3)

4.3 Persembahan

4.3.1 Segala aktiviti kumpulan nasyid di pentas bermula daripada langkah pertama naik hinggalah turun dari pentas adalah dianggap sebagai satu persembahan.

4.3.2 Hanya pergerakan kecil yang bersesuaian dengan lagu yang disampaikan dan tidak keterlaluan dibenarkan. Markah akan dipotong bagi pergerakan yang keterlaluan.

4.3.3 Setiap persembahan boleh diiringi dengan penggunaaan minus one atau alat perkusi muzik tradisional nasyid seperti kompang, bongo, conga, darbuka, Turkish, tomolo, shaker, tamborine, djembe, cabasa, gendang, maracas, rebana dan chime sahaja.

4.3.4 Penggunaan alat perkusi boleh mempengaruhi pemarkahan.

4.3.5 Persembahan yang dibantu oleh guru tidak dibenarkan (music conductor). 4.3.6 Sebarang kostum dan props adalah dibenarkan namun ia adalah di bawah urusan pasukan masing-masing. Walaupun demikian, props yang berlebihan tidak digalakkan kerana ia tidak menyumbang kepada markah tambahan.

4.4 Masa

4.4.1 Setiap kumpulan diberi masa 6 - 8 minit untuk mempersembahkan lagu termasuk muzik masuk dan keluar.

4.4.2 Masa dikira bermula apabila peserta memulakan langkah pertama naik ke pentas dan berakhir berdasarkan peserta terakhir turun dari pentas.

4.4.3 Markah akan dipotong jika persembahan kurang dari 6 minit atau melebihi masa 8 minit yang telah ditetapkan.

4.5 Pakaian Peserta

4.5.1 Peserta lelaki digalakkan memakai pakaian Kebangsaan yang lengkap (bersampin dan bersongkok) atau sebarang pakaian yang menutup aurat yang bersesuaian dengan majlis. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali.

(4)

4.5.3 Dilarang sama sekali peserta lelaki berpakaian seperti perempuan dan peserta perempuan berpakaian seperti lelaki. Sekiranya kesalahan ini dilakukan, serta-merta penyertaan dibatalkan.

5. PEMARKAHAN

5.1 Penghakiman kumpulan nasyid dibahagikan kepada empat bahagian iaitu :

Suara - 40 markah

5.1.2.1 Keaslian lagu ( Melodi ) - 8 markah 5.1.2.2 Irama - 9 markah 5.1.2.3 Kesesuaian rentak dan muzik iringan - 8 markah

(5)

5.1.4 Penghakiman Persembahan (10 markah) Setiap persembahan dinilai dari aspek berikut :

5.1.4.1 Gaya dan penampilan - 4 markah

5.1.4.2 Etika - 2 markah

5.1.4.3 Ekspresi - 2 markah

5.1.4.4 Keberkesanan persembahan - 2 markah

6. PERATURAN - PERATURAN AM

6.1 Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan ( akhir ).

6.2 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan TIGA salinan lagu minus one dalam bentuk CD/USB untuk kegunaan semasa pertandingan dan salah satu salinan CD/USB tersebut hendaklah dihantar kepada urusetia selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh

pertandingan. Salinan lirik perlu diserahkan semasa pendaftaran.

6.3 Jika berlaku kerosakan teknikal semasa persembahan sedang berjalan maka pasukan yang terlibat akan diberi peluang mengambil giliran sekali lagi di akhir pasukan yang

mengambil bahagian.

*Keputusan hakim adalah muktamad.

7. HADIAH PEMENANG

7.1 Johan : Hadiah Iringan dan Sijil.

7.2 Naib Johan : Hadiah Iringan dan Sijil.

7.3 Ketiga : Hadiah Iringan dan Sijil.

(6)

8. HAL-HAL LAIN

Bagi perkara-perkara yang tidak dinyata di dalam syarat-syarat pertandingan, pihak Jawatankuasa Penganjur Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.

9. PENUTUP

Referensi

Dokumen terkait